Rabu, Ogos 20, 2008

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan membentangkan Pindaan kepada Akta Pendidikan yang memberikan tumpuan kepada agenda untuk memartabatkan profesion perguruan .

Menterinya , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata , rang undang-undang itu ialah untuk menaik taraf maktab -maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

"Melalui institut ini, saya harap kurikulum dapat digubal yang memenuhi kehendak dan situasi semasa dengan setiap IPG ini mempunyai kelebihan masing-masing .

Setiap IPG memberi tumpuan untuk melahirkan guru-guru yang boleh mengajar Bahasa Inggeris ,Bahasa Mandarin ,dan satu IPG yang berhubung kait kepada memberi keperluan tambahan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak di mana Keningau dan Miri telah dikenalpasti ;' katanya di Lobi Parlimen semalam.

Kampus induk IPG itu sedang dibina di Nilai , Negeri Sembilan , katanya , rang undang-undang yang dipinda itu menunjukkan komitmen kementerian untuk merealisasikan agenda bagi memartabatkan profesion perguruan.


Mujahid PAGE berkata :

Alhamdulillah...moga-moga penaiktarafan ini bakal menjadikan maktab perguruan setanding dengan institusi pendidikan yang lain. Ini penting bagi melahirkan guru-guru yang benar-benar terlatih . Ada pihak berpendapat guru lepasan institut lebih berkualiti berbanding guru yang telah ke universiti dan mengambil bidang keguruan di institut perguruan.

Ini ana tak nak komen apa-apa . namun bila diteliti balik tempoh yang KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) hanya lah setahun tempoh pengajian sebelum dihantar ke sekolah-sekolah manakala IPG pula sebagaimana yang telah dikatakan tadi mempunyai tempoh pengajian (dan juga pendedahan!) selama 5 1/2 tahun. Inilah satu faktor mengapa perlunya disegerakan kewujudan satu institusi di mana institusi itu khas untuk pembinaan guru .

Di institut pendidikan guru sekarang ini masih dalam peringkat menaik taraf untuk membolehkan pengeluaran ijazaah sendiri tanpa pergantungan kepada institusi pengajian tinggi yang lain. Jika sebelum ini , institut perguruan (maktab perguruan dahulunya) hanya menyediakan diploma sebagai sandaran dan ijazah peringkat pertama hanya disediakan setelah sambung pengajian di institusi pengajian tinggi yang lain.

syabas untuk usaha ini ..