Isnin, Mei 25, 2009

Kenapa saya menentang PPSMI?

Banyak hujah yang kita akan dapat ,sama ada secara sembang mulut ke mulut mengenai keperihan guru-guru dalam mengajar anak bangsa yang dahulunya bermasalah dalam Inggeris. Sekarang bertambah satu lagi masalah iaitu masalah untuk memahami Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Kita tinggalkan dahulu akta-akta, hujah-hujah dari segi perlembagaan, tidak terlepas dari sudut agama yang secara jelas menolak kerelevanan untuk meneruskan pelaksanaan dasar PPSMI ini. Saya tidak berniat untuk mengeluarkan semula hujah-hujah tersebut. Bagi banyak hujah pun ,seandainya pihak yang terbabit dalam memperkenalkan dasar ini hanya membutakan mata dan memekakkan telinga daripada mendengar rintihan rakyat-rakyat marhAen serta pejuang-pejuang bahasa- cuma satu penamat-CUKUP.

Kita tinggalkan golongan yang hanya tahu mementingkan golongan minoriti (kroni-kroni) dan kita tetap teruskan perjuangan memansuhkan dasar ini.

Mungkin ini pandangan paling berani yang dikeluarkan oleh seorang guru pelatih yang akan menjejakkan kaki ke sekolah-sekolah. Atas dasar nama KEABSAHAN MELAYU ISLAM, ini pandanganku.

-Sesungguhnya "Jihad yang paling besar ialah menegakkan kalimah kebenaran di hadapan pemerintah yang ZALIM"-