Manusia...
umpama sang musafir bersama anaknya
dan keldai..
Bila dilalui satu tempat, manusia mengeji mereka
Masakan anak menderhaka kepada bapanya,
Masakan bapa menzaliminya anaknya,
Mana mungkin ada keldai namun tidak dipergunakan,
Mana mungkin keldai yang kurus itu membawa beban 2 manusia,
Itulah manusia,
hari ini kau berbuat sesuatu ,
kau dapati akan kedengaran bunyi-bunyi ,
penasihat agong dan penceramah motivasi tak berbayar akan muncul,
tidak kurang juga wartawan daripada rancangan hiburan sampah,
penebar makanan-makanan berupa fitnahan dan cercaan...
Itulah manusia,
saat kau berbuat baik, kau dikata ingin menunjuk mulia,
tatkala kau memimpin manusia ke jalan Allah,
kau di kata jahat dan keji....
kaulah golongan terpinggir ..kau hina....
itulah manusia,
saat kita mencari siapa teman, kenal sapa lawan,
kita mereka tinggalkan...
Tatkala mereka kesusahan dan mencari dahan berpaut,
mereka mencari kita...
Alangkah hinamu wahai manusia....
itulah manusia,
kebenaran itu dianggap racun bagi sang pemimpin yang bangga,
kau dikata lawan pemimpin dan mencabut ketaatan kepada pemimpin,
kau durjana hanya kerana suara mereka ditegur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan