Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Sabtu, April 11, 2009

Peribadi...bahagian 2

Peribadi, menurut Buya HAMKA ialah :
1. Kumpulan sifat-sifat dan kelebihan diri , yang menunjukkan kelebihan seseorang daripada orang lain
2. kumpulan sifat akal-budi , kemahuan , cita-cita dan bentuk tubuh

Namun aku tertarik dengan kata-kata beliau yang aku kira amat jelas dan amat dalam maksudnya, sesuai untuk bekalan pendakwah sepanjang jalan..ataupuN sekurang-kurangnya kepada mereka yang sedar mereka harus berbuat sesuatu terhadap permasalahan yang melanda ummt sekarang ini.

"Setelah merdeka , kita berjuang mempertahankan kemerdekaan , setelah diakui kemerdekaan itu , kita berjuang mengisinya, supaya bangsa dan negara kita berdiri dan Terus hidup . Apabila perjuangan telah berhenti , apabila kesulitan tidak ada lagi , apabila kita sudah puas dengan apa yang adA ertinya matilah negara kita dan kita "

Selain itu , semangat (perubahan) itu dititIpkan melalui REAKSI dan LONTARAN kata-kata yang sungguh bermakna :

"Kebangunan Revolusi kita tempoh hari , hanyalah reaksi jiwa yang tidak tahan ditekan. Dan bila pekerjaan demikian telah habis , gelora telah tenang dan air bah telah susut , terbuntanglah kembali kelemahan jiwa kerana tidak percaya kepada diri sendiri itu."

Sifat manusia yang pelupa dan sering terlupa sebenarnya telahpun ditegur oleh Allah s.w.t sendiri .Bahkan manusia (insan) itu dikaitkan dengan perkataan "an-nasiya" yang bererti pelupa . Apabila manusia itu ditekan dan ditindas , mereka akan bersifat reaktif, terutama sesuatu perkara yang telah lama terpendam dalam diri mereka. Mereka akan melawan dan terus melawan selagi mana hak mereka dan kepentingan mereka diganggugugat. Tetap ia hendaklah bermula dari manusia itu sendiri sama ada mereka sedar ataupun tak terhadap hak-hak dan kepentingan mereka .

Apabila kejayaan mereka tercapai, mereka mula berasa senang, dan jika tiada sebarang pengulangan pemikiran dan peringatan , mereka akan sedikit-demi sedikit akan menjauhi tujuan sebenar mereka, dalam konteks revolusioner masyarakat (guru) dan mungkin dari segi konteks pengabdiaan kepada yang esa itu sendiri. Segalanya bermula dengan niat.
Innamal a'maalu binniyat (sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat)

Petikan daripada buku Peribadi seterusnya melambangkan revolusion yang dialami oleh setiap insan yang berbaka Islam, di mana Islam menjadi darah dagingnya semenjak beberapa keturunan :

" Dalam Agama ini , umpamanya kita lahir dua kali. kelahiran pertama , iaitu kita dalam Islam. Tetapi setelah kita dewasa , kita harus lahir sekali lagi. Kita selidik agama itu sedalam-dalamnya dan kita sesuaikan hidup kita dengan dia."

Ini bermaksud setiap manusia akan mula sedar dengan agama apabila pemikiran mereka mulai matang dan mampu menilai mana yang baik mana yang buruk. Dalsm Islam apabila seseorang telahpun akil baligh dan mampu memegang amanah dan harta, masa itulah merupakan petanda mereka ini dikatakan mampu menilai mana yang aik , mana yang buruk.

Aku beli buku ini tahun lepas sebelum aku boikot Tesco (sebelum pembantaian terhadap Ghazza). Karya Prof . Dr. Hamka yang penuh puitis, informatik , berfalsafah , berbaur dengan segala kepandaian dalam berolah kata-kata. Aku sudah ada 4 buku dari banyak-banyak buku karya-karya beliau. Antaranya, buku ni, Falsafah Hidup ,kenang-kenangan Hamka , dan Tenggelamnya Kapal Van Deer Wijch(novel cinta)Harga ? RM 14.00 . Khazanah yang tidak ternilai pada harga yang rendah terbitan oleh Pustaka Dini.

Selamat membaca !

Jumaat, April 10, 2009

Peribadi....bahagian 1

Aku rasa mungkin dah begitu lama aku tidak membedah atau mengembara sambil menulis ulasan berkenaan sesuatu buku. Dalam post yang dulu-dulu, aku pernah bedah buku "Dua Wajah" oleh Syed Hussain Ali, Timbalan Presiden PKR berkenaan pengalamannya "bersekolah" d Pusat Kemunting dan beberapa pusat tahanan di bawah akta draconian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)selama 6 tahun .

Kupasan buku tersebut seingat aku dibuat secara luaran sahaja ,tanpa melibatkan sebarang kupasan mendalam.

Kali ini ,aku suka berkongsi dengan anda semua dengan satu buku yang dikarang oleh Buya Hamka.Bagi aku buku-buku yang menerima "sentuhan" daripada beliau tidak lari daripada unsur-unsur falsafah dan agama serta sedikit alunan bahasa yang cukup indah berintikan pengetahuan yang melambangkan penulisnya adalah orang yang kuat membaca , menelti dan berfikir.


Bab kata ayahanda Dr. daniel Zainal Abidin, orang Islam mesti amalkan zikir di samping berfikir .Dua-dua unsur itu tidak boleh lari dari sudut pemikiran terutama yang muslim.

Untuk kupasan ini ,aku lebih suka memetik beberapa perkataan daripada buku ini untuk dikongsi bersama.

"Dua puluh ekor kerbau pedati , yang sama gemuknya dan sama kuatnya , sama pula kepandaiannya menghela pedati , tentu harganya pun tdak berlebih berkurang . Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya , sama kuatnya , belum tentu sama harganya. Sebab bagi kerbaunya tubuhnya yang berharga . bagi manusia peribadinya."

Bersesuaian dengan tajuk buku ini, Buya HAMKA menekankan bahawa "Harga" seorang manusia tidak terletak pada bentuk fizikal dan luarannya, melainkan peribadi atau sudut dalamannya semata-mata. Seseorang yang kuat , cantik mahupunn memiliki rupa luaran yang hebat, bagus dan menawan tidak semestinya memiliki "nilai" yang tinggi.

Dalam islam ia disebut sebagai muru'ah ataupun maruah. ia melambangkan siapa sebenarnya kita. Berapa rama di antara kita yang memiliki kekuatan yang baik, namun dari segi akhlak dan peribadi lemah .

Peribadi orang-orang "hebat" ataupun revolusioner masyarakat diungkapkan seperti berikut :

Setelah sesuatu bangsa yang terjajah beratus tahun lamanya , mencapai kemerdekaanya dengan perjuangan yang hebat , timbullah dengan jelas beberpa orang yang berjalan di hadapan sekali , yang harganya seperti orang seorang kadang-kadang lebih daripada bermillion orang

Kadang-kadang ,kemunculan seseorang itu amat dinanti-nantikan bagi sesetengah masyarakat. Tidak kurang juga terpaksa melawan arus dalam masyarakat demi untuk menimbulkan suatu perubahan dalam masyarakat.

Tidak kurang juga dibunuh dan diseksa hanya kerana menegakkan sesuatu yang haq dan menuju kebenaran.

Bagi yang kenal tarbiyah , imam As-syahid Hassan Al-banna merupakan mujadid, pembaharu urusan agama seterusnya revolusioner bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.Kita percaya bahawa Pak Cik Hassan (naqib aku panggil) ini merupakan orang yang meperbaharui roh agama selama 100 tahun sekali sepertimana yang pernah dijanjikan nabi dalam hadisnya.

Sebelum itu Jamaluddin AL-Afghani , Ibnu Taimiyyah ,Imam Al-ghazali , Khalifah Umar Abdul AZiz dan sebagainya. Kedatangan mereka adalah di tengah-tengah masyarakat yang pada ketika itu semakin condong kepda kekeliruan dalam beraqidah dan beribadat. Di saat kedatangan mereka , mereka hanyalah manusia biasa seperti kita , namun sumbangan yang mereka beri terhadap Islam dan masyarakat amat besar dan bernilai. Dan kebanyakan dari mereka , seperti Pak Cik Hassan sendiri syahid dibunuh oleh penjilat regim sekular yang memerintah mesir ketika itu.

Bagi revolusioner yang bukan Islam ataupun Islam yang perjuangan bersifat lokaliti, yang merubah masyarakat dengan pemikiran dan kefahaman mereka sendiri adalah terdiri daripada golongan yang tertindas seperti golongan pekerja semasa Revolusi Perancis ,golongan bawahan di India bawah pimpinan Mahatma Gandhi, revolusi penentangan tehadap kerajaan boneka penjajah di Cuba Oleh Che Guevara ,Revolusi Islam di Iran oleh Imam Khomeini , pembebasan dasar pembezaan warna kulit oleh Nelson Mandella dan Malcom X , penentangan Tok Janggut,Dato' Bahaman ,Tok Gajah dan lain-lain tokoh semasa membebaskan Tanah Melayu dari jajahan British.Mereka adalah terdiri daripada orang individu yang mempunyai kesedaran, dan mampu menyumbangan kesedaran tesebut kepada masyarakat sekeliling yang mampu merubah keseluruhan aspek sosial , pemikiran dan gaya hidup masyarakat tersebut.

sambungan....

Rabu, Disember 03, 2008

Bacalah, dengan nama tuhanmu yang menciptakan

Dengan sebuah buku di tangan , ana melihat diri ana ini serba "kepelikan" apabila berada di tempat-tempat awam.Bukan pada pakaian , bukan pada kasut atau apa-apa sahaja yang melekat di muka, tetapi BUKU DI TANGAN !

Bukan buku kuliah ,atau buku subjek "Chemistry" yang memeningkan otak itu ,tapi buku ataupun sekadar makalah ataupun majalah ilmiah.

Bergantunglah, mungkin majalah atau buku itu bertemakan topik yang berkisarkan agama, politik , isu-isu semasa mahupun apa jua jenis bacaan yang boleh dibaca.

Kita sering di"propagandakan" dengan slogan Membaca itu jambatan Ilmu , Membaca itu bagus dan sebagainya, tetapi adakah itu sekadar slogan ?

Adakah kata-kata atau slogan ini hanya untuk menyedapkan kata-kata apabila diungkapkan , menyegarkan mata bila dilihat dan dan menyenangkan telinga apabila mendengarnya?

Membaca sepatutnya menjadikan mereka ini sebagai orang yang terkehadapan dari segi pengetahuan , dari segi ilmu dan dari sudut pandangan tentang apa jua hal yang berbangkit (yang tak sudah-sudah!) dalam masyarakat.

Ada sesetengah orang menjadikan bacaan sebagai hobi mahupun "kewajipan" setiap minggu atau bulan tetapi dala
m konsep yang berbeza iaitu sekadar untuk berhibur (hawa nafsu) dan fikiran.

Kebanyakan daripada kita hanya membaca bacaan yang bukan setakat ringan , tetapi picisan seperti cerita tepi (terkadang "dalam") kain artis , artis tu bercerai ke tak , artis tu kena tangkap khlawat minggu lepas , artis tu tak bagi duit komisen make-up artis dan pelbagai benda yang bodoh dan jelik untuk diambil pusing.

Gosip-gosip (atau lebih tepat mengumpat dan memfitnah) ini menjadi suatu kebiasaan dalam majalah tersebut. Ada artis wanita yang membuat pernyataan "berani" (tapi bodoh!) dalam sebuah majalah hiburan (ana tidak ingat majalah apa) beberapa bulan lepas.

Isunya, membesarkan payudaranya. Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ini ,isu payudaranya sahaja yang keluar! Jelik lagi memualkan !

Gambar dalam bahan bacaan "sampah" ini tidak kurang "menariknya" , artis pakai bikini dengan payudaranya tersembul bagi perempuan, dan pusat terjulur bagi lelaki.

Tidak kurang juga gambar-gambar artis-artis "role model" masyarakat ini berpelukan lelaki perempuan tanpa rasa malu atau segan.

Mungkin inilah kebebasan individu yang dicanang-canangkan oleh Barat itu. Sungguh hebat "kebebasan" yang diuar-uarkan sehinggan maruah dan kehormatan diletakkan di darjat yang paling hina dan keji.

Sekarang (bahkan sejak dulu lagi pun) ,majalah atau akhbar mahupun buku yang bertemakan mistik dan tahyul memenuhi segenap ruang pameran bagi gerai-gerai buku mahupun gedung -gedung peralatan tulis.

Sebut sahaja hendak cerita apa, anak bunian yang tak habis habis keluar setiap bulan , pontianak tengah mengendong anaknya yang kemudian diketahui sebagai batu nisan, berzina dengan pontianak yang disangkakan isteri sendiri mahupun Mak Long Si Bidan Tua hujung kampung menjadi perawan muda jelita pada malam bulan mengambang !

Bahan bacaan seperti ini banyak di pasaran , seperti Wacana, cermin ,Variasari ,Mastiara ,Mingguan Misteri mahupun apa-apa sahaja yang bersangkut paut dengannya.

Ada sesetengah bahan bacaan tersebut ada bagusnya, termasuklah menyelitkan petikan ayat-ayat Qur'an mahupun hadis.

Tetapi apa yang ana lihat, ayat-ayat (atau lebih tepat jika dikatakan terjemahan ayat-ayat Al-Qur'an) hanya bertindak sebagai penghias majalah, ataupun sekurang-kurangnya sekadar pengisi ruangan kosong dan bawah dalam sesuatu kolum ataupun cerita.

Masyarakat kita terlampau didedahkan dengan benda merapu tak tentu pasal ini sehingga mewujudkan fenomena takutkan hantu atau benda keramat melebihi takutnya kita sendiri kepada Pencipta Kita, yakni Allah s.w.t.

Bahan bacaan yang "erotik" dan lucah juga berlambak di pasaran .

Ada yang menceritakan pengalaman buat hubungan seks dengan adik sendiri, pengalaman dirogol bapa sendiri , macam mana nak dapatkan kepuasan semasa membuat hubungan kelamin, macam mana hendak besarkan benda yang dikatakan "hebat" bila dibesarkan dan sebagainya.

Semua perkara tersebut diceritakan sehingga pembaca akan "merasai" keseronokan jalan cerita berbanding pengajaran yang boleh diambil di dalamnya.

Apakah yang sebenarnya hendak mereka (penerbit dan pengeluar majalah) ini sampaikan kepada pembaca kecuali "melukut" sahaja.

Majalah seumpama inilah yang kadang-kadang lebih merbahaya berbanding majalah yang boleh di"nampak" apa yang tak patut dilihat dan ditayangkan kepada sesiapapun kecuali muhrim dan lelaki yang menjadi suaminya kerana gaya penceritaan yang "REALISTIK" dan penuh ayat yang" romantis" lagi memualkan .

Ana tidak ingin menimbulkan suasana yang tidak senang apabila anda semua membaca artikel ini, tetapi inilah hakikatnya .


Cuba jenguk ke gerai-gerai buku, majalah (atau bahan bacaan) seumpama ini berlambak dan membentuk majoriti di ruang pameran.

Sebenarnya , lambakan ini berpunca daripada sikap pengguna sendiri yang memilih bahan bacaan seperti itu . Masakan ada pengeluaran jika tiada permintaan !

Inilah salah satu cara untuk Yahudi dan Nasrani (Barat) meng"indoktrinasi" pemikiran generasi muda kita supaya meninggalkan Al-Qur'an dan sunnahNYa.

Kalau ikut buku rujukan yang paling" teras" ialah Al-Qur'an. Tetapi kenapa buku teras ini tidak dirujuk , dibaca dan dihayati bagi membentengi diri dari perencanaan dunia yang menyesakkan lagi fana ini?

Lihatlah di sekeliling kita. Ramai anak muda kita yang menjadi "orang putih" , pakai baju ketat sendat , rambut diwarnakan dan memakai rantai.

Sekarang ia umpama satu "trend" dan dilihat "stylo". Salah satu sebab ialah akibat alat propaganda Yahudi dan Nasrani ini yang menyebarkan daiyah melalui alat media ini.

Mereka (yahudi dan nasrani) tidak akan berpuas hati selagi umat Muhammad ini tidak mengikut jalan mereka, sejengkal-demi sejengkal.

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka..

(Surah Al-Baqarah :120)


Proganda ini sungguh halus dan berkesan , bahkan ia berjaya melumpuhkan roh dan jati diri Islam yang ada di kalangan umat Islam terutama generasi muda kini.

Seorang panglima Perang Salib , bila berjaya menakluk Baitul Muqaddis, dia dengan bongkak berkata "Seandainya kita mahu perangi Islam ,cabutkan ruh Islam dari diri mereka" sambil memegang Qur'an.

Peranan pembacaan bahan bacaan "tercemar" oleh hedonisme yang melampau ini sama hebat dengan medium-medium "pencemar" lain seperti televisyen , sistem pesanan ringkas, emel , radio dan perbualan harian.

Kenapa jenis pembacaan itu penting ? Salah satu sebab adalah kerana ia akan menentukan siapa kita sebenarnya.

Muslimah bertudung labuh tidak akan baca majalah mangga (sebagai contoh) dan perempuan yang berbaju sendat dan nampak "tube" tidak akan baca majalah i.(juga sekadar contoh)

Itu ikut logik. Tapi kalau kedua-dua contoh itu tidak tepat , maafkanlah saya .

Sebab kedua ialah , dari segi pembacaanlah, manusia dapat mengetahui sesuatu yang selama ini dia tidak mengetahuinya.

Orang Malaysia tidak akan tahu perihal yang berlaku di Mumbai (sekadar contoh) , jika tidak melalui pembacaan. Bahkan sesiapa sahaja tidak boleh jadi "somebody" jika tidak menjadikan bacaan sebagai hobi setipa masa.

Stalin , pemimpin Komunis Rusia yang digeruni kerap berada di Perpustakaan berbanding bercuti melancong .

http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/c60020dbe9ae44e2482566cd003249ef/$FILE/k961.jpg

Seruan "Bacalah" dalam surah Al-alaq sepatutnya menjadi perangsang bagi umat Islam untuk membaca.

Membaca apa ? Bismirabbikallazi khalaq -dengan nama tuhan yang menciptakan.-

Apa itu membaca "dengan nama tuhan yang menciptakan"?

Membaca dengan erti kata membaca yang memberi faedah , ilmu dan pengetahuan kepada kita. Dari tidak tahu kepada tahu. Dari tiada kepada ada. Dari tuhan , untuk manusia , kepada tuhan .



Sabtu, November 29, 2008

Dilema Melayu Islam- buku memperihalkan pendekatn secara terbuka dan "bebas"

Ana mencadangkan antum semua sebagai penggerak-penggerak dakwah dan aktivis-aktivis untuk membaca buku ini -Buku Dilema Melayu Islam (Kurang Fikir atau kurang zikir) karya Pahrol Mohamad Juoi.

Buku ini digarap dari seudut pandangan bebas dari kaca mata penilai yang bebas.

Dalam buku ini "dicuit" perihal isu ketuanan melayu, ketidakmatangan politik bangsa Melayu , PAS , Kota Bharu Bandaraya Islam , Islam Hadhari , kesan video lucah dan majalah picisan terhadap Melayu dan sebagainya.

Pertama kali mentap buku ini ana mempunyai perasaan yang kurang enak tentang buku ini. Melihatkan ilustrasi dan tata cara aturan buku ini menyebabkan ana berfikirna bahawa buku ini bertahap novel atau sekadar buku motivasi.

Bila membacanya ana tahu ana silap. Banyak isu dan idea diketengahkan melalui buku ini. Ia termasuklah cara-cara penyelesaian atau langkah-langkah pencegahan yang patut dilakukan bagi membasmi sesuatu isu, sebagai contoh perpecahan sesama bangsa Melayu .


Bagi yang ingin meneliti dan melihat pendapat dari perspektif bebas dan berbeza , ana cadangkan antum membeli buku ini. Harganya cuma RM 30.00 karya Telaga Biru sdn. bhd.

Mengisi masa dengan membaca buku seumpama ini dapat menambahkan lagi world view kita sebagai penggerak.

Dalam halaman belakang buku , ada pertanyaan mengapakah anda mesti membaca buku ini ?
Antara jawapannya adalah :

Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.

Memberi pandangan "di luar kotak" untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, peranan hamba dan khalifah , kesepaduan ilmu aqli dan naqli , berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi).

Menjelaskan pelaksanaan "berpolitik sebagai satu ibadah " untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin melayu ke arah pembentukan generasi yang lebih berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.

Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik , pragmatik , praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan dan ketelusan menguruskan perbezaan.

Mengajak bangsa Melayu Islam berfikir ... jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu perkongsian pintar sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk persaingan sihat turut tertutup?

Hmm, harap sangat dapat membaca dan mendalami isi hati Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam Malay Dilemma. Akan datang , insyaallah.

Khamis, November 13, 2008

Oh, kasihku tertumpah pada buku ini...

Tengah cari kotak untuk packing barang di Tesco Gelugor semalam , ana sempat usha tempat favourite ana untuk lepak dan berangan beli buku , iaitu Kedai Buku Popular. Ingat nak cari kotak tu terpesong sedikit niat dia (tak pe , benda baik).

Kebanyakan boleh kata baru dan sentiasa berganti judul. hmm, tengok buku yang bertajuk Membongkar 13 Mei (lebih kurang tu tajuk dia) , rasa cam menarik pula. tapi mungkin next visits kot . Same problem, money ! kalau ada kinokuniya kat penang ni kan senang , fikir ana dikala itu.

Belek-belek ruangan pamer buku yang utama, ana jumpa buku di bawah ini. Dua wajah- Tahanan Tanpa Bicara oleh Syed Husin Ali, timbalan presiden PKR. Tengok tajuk dah tahu tema aa yang nak dibawa- ISA akta kezaliman dan golongan penguasa yang "penikus" yang takut kepada kebangkitan rakyat sendiri yang "rausyanfikir" (celik- kata Akh Faysal @Sosialis Kanan)

Wah, ni tak boleh jadi ni! Dah baca buku Ramadhan -Kisah Perjalanan Seorang Daie 2 oleh Akh Saari Sungib (Abu Urwah) yang juga berkenaan tema yang sama -MANSUHKAN ISA (akta rimba yang zalim). Rasa macam rugi pula kalau tak tengok dari perspektif orang lain pula terhadap akta kahak penjajah ni.

Ana syor setiap bakal guru membaca buku ni. Sekurang-kurangnya berkembang minda sikit. Ni tak, makan+tidur+berak+mengumpat +jual kuih time raya + beli cover set motor baru +akhir bulan dapat elaun +tak serius dalam mesyuarat+ main angguk angguk geleng geleng dan buat clique macam budak-budak. Bukan cikgu sini la, cikgu di pedalaman benua Afrika nun.

buku yang ni memang tak boleh lepas la... lalu 'terkorbannya' RM 20 dari kocek yang semakin menipis - terkorban dalam erti kata gembira dan redha !


Memang syok banget, bah! Jalan-jalan pula ke ruangan buku dalam Tesco ,ada jumpa satu lagi buku yang menarik perhatian untuk dimiliki "cintanya" . Buku PERIBADI karya ilmuawan terulung Nusantara HAMKA...buku yang sarat dengan persoalan berkenaan peribadi yang sepatutnya dimiliki oleh setiap manusia.

Belum pernah "melihat" dan "membaca" pemikiran buya HAMKA secara "terus" , kecuali secara tidak langsung melalui penulisannya dalam Novel Tenggelamnya Kapal Vaan Der Wich.

jadi, ana ambil kesempatan cuti panjang ini untuk "menerokai" pemikiran sebenar tokoh ini. Insyaallah la, sebab anak bini tak de lagi. jadi memang tak payah risau la tukar lampin anak ke.

Masih belum baca hatta helaian pertama buku ni... esok kot... insyaallah .

teringat kata Akh Herri Nurdi (Editor Majalah terulung Indonesia Sabili ) .Saudara dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia ini datang ke USM Penang 2 minggu lepas untuk bercakap tentang Dosa Tidak Berbuat.

Beliau mencabar setiap orang yang hadir dalam talk beliau pada malam tersebut untuk habiskan sebuah buku dalam masa sehari !

Ana cuba sahut cabaran tersebut.. anda pula bagaimana ?

Akh Rausyanfikir @ sosialis kanan pernah menyebut dalam post beliau bahawa dai'e tak harus terikat dengan buku DPF (dewan pustaka fajar) sahaja untuk dapatkan ilmu. Buku-buku lain kena baca juga.

Isnin, Oktober 27, 2008

aku dan toko buku (Jaafar Rawas)


tarikh kejadian : 26/10/2008
masa kejadian : 13:39

Dengan berbekalkan duit elaun yang cukup unuk makan 2 hari , bertemankan jaket hitam "bundle" , beg sandang hitam , helmet faveret hitam dan "Black" , si Motor Lagenda DBF 3691 yang juga berwarna hitam yang baru beli awal tahun lepas berkesempatan untuk merayau-rayau di Medan Ilmu , Jalan Dato' Pati Kota Bharu untuk cari sikit "modal" untuk penulisan mahupun menambah koleksi DVD an buku-buku politik, tarbiyah , perjuangan dan isu semasa. Semua subjek tu ana memang minat la. Alhmdulillah , ada la 2-3 buku dan DVD yang menarik minat ana nak belinya tapi cam biasa , pejuang tak berduit....tapi sempat sambar 2 buku tarbiyah - Orang-orang Asing (Ghuraba) oelh Al-Jamaah Al-Islamiyah Mesir (keluaran 1991) dan Tuntutan & Kebesaran Kalimah Tayyibah oelh Muhammad Qutb . Harga borong untuk 2 buku tu RM 8.00... Murah kan ? tu pun sebab dia buku lama, kalau tak standard la... kurang2 belasan ringgit pasti kena keluar.

2 buku lagi ana bajet "mesti" sambar pada elaun yang akan datang (ataupun minta "sedikit" bantuan dari ibu yang amat2 understanding" kehendak anak dia ni!) -Buku tu ialah buku Dilema Melayu Islam (ana tak ingat nama judul penuh dia , tapi tu tajuk besar). Buku ni ana tengok bagus untuk di baca oleh semua kerana ia tidak menyebelahi mana-mana pihak, samaada pembangkang mahupun kerajaan . Buku politik dari perspektif "bebas". First-first tengok buku tu cam buku motivasi plak..hmm.... satu buku lagi ialah Tok Janggut -Pejuang atau Penderhaka? Buku tu ana tgk ok je....suatu dimensi baru bagi sejarah negara yang selama ini lebih condong kepada "kepala otak" penjajah dahulu kala. Sekali imbas dalam buku ini mengimbau balik perjuangan Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan pengikut-pengikut beliau , bermula dari sebab penentangan (yang sebenar) kepada saat kematian beliau.

DVD ada gak yang menarik minat...tapi tajuk dengan isi nya tak tahu lagi(maksudnya sinopsis DVD la tu).... Ai, tak sabar dapat duit poket sendiri hujung tahun ni... Apa planning antum ntuk hujung tahun ni?