Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 20, 2010

KE ARAH ISLAMISASI BIDANG PERGURUAN (Tajdid Pendidikan)


KE ARAH ISLAMISASI BIDANG PERGURUAN

(Tajdid Pendidikan)



Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang mepelajari sesuatu bidang ilmu untuk mengajar orang lain , nescaya ia akan diberikan pahala tujuh puluh siddiqqin “

(Riwayat Abu Mansor al-Dailami dalam musnah Al Firdaus)

Sabdanya lagi:

“ Sesungguhnya Malaikat , penduduk langit dan bumi ; termasuk semut dalam lubangnya bahkan ikan-ikan (di laut) mendoakan orang mengajar kebaikan kepada orang lan”

(Riwayat Tarmizi)

Mukaddimah

Mendidik adalah profesion yang paling tua dan paling tinggi martabatnya . Rasulullah saw menerangkan bahawa beliau diutus sebagai pendidk. Beliau menegaskan lagi bahawa beliau diutus untuk menyempurnakan kemanusiaan dengan akhlak dan budipekerti yang mulia.Tugas-tugasnya ini tentunya dilaksanakan melalui pendidikan .


Dengan pendidikan ilmu , kemahiran , pengalaman, sikap dan kecenderungan dapat disalurkan kepada generasi baru yang bakal mengembangkan dan menyalurkan pula ilmu pengetahuan tersebut kepada generasi lain.

Kejayaan proses pendidikan bergantung kepada beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi . Prasyarat tersebut ada yang berkaitan dengan keperluan kurikulum, pengalaman dan kegiatan yang relevan dengan keperluan dan persoalan anak didik serta masyarakat.


Ada yang berkaitan dengan buku teks , bahan dan alat bantu pengajaran yang bermutu, dan kelengkapan serta makmal yang cukup untuk membantu mengekalkan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari . Ada juga yang berhubung dengan prngurusan pendidikan yang licin serta binaan sekolah yang sesuai dan seterusnya.


Meskipun semua aspek di atas perlu direalisasi dengan sempurna untuk menghasilkan pembelajaran yang baik, tetapi ia belum dapat menjamin proses tersebut berjalan lancar tanpa wujudnya guru-guru yang baik , yang dapat memimpin dan mengurus proses pengajaran dengan cekap dan berkesan; guru yang mampu mrnggunakan unsur-unsur di atas dengan baik dan dapat pula menutupi kekurangan –kekurangan yang ada.


Kepentingan Peranan Guru


Guru adalah faktor yang terpenting dan berpengaruh dalam proses pembelajaran murid. Guru yang baik bergantung kepada penyediaan dan latihan keguruan yang baik. Guru yang baik amat penting sekali dalam proses pendidikan. Tanpa kehadiran guru yang baik dari segi keperibadian ,minat mengajar dan kemahiran mendidik, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan.


Kepentingan peranan guru semakin dirasakan berikutan dengan perkembangan pesat yang dilalui oleh pengertian dalam konsep pengajaran dan tanggungjawab guru yang merangkum bidang pendidikan ,pengetahuan , sosial, politik dan lain-lain.


Peranan guru tidak lagi sekadar menghurai buku teks atau mengulang-ulangkan perkataan atau ungkapan tertentu , bahkan peranan mereka lebih komplek dari itu.


Proses pengajaran memerlukan kefahaman watak murid-murid , ciri-ciri , kecenderungan , tahap pencapaian akal mereka, keperluan kejiwaan , sosial dan keperluan-keperluan pembelajaran secara khusus.


Guru juga harus mempunyai kefahaman yang baik tentang proses pembelajaran , prinsip-prinsip pembelajaran serta kaedah-kaedah dapat membantu pembelajaran yang sihat. Kini proses pembelajaran menuju ke arah pengembangan keperibadian anak didik secara menyeluruh dan tidak hanya sekadar mengisi akal murid dengan maklumat dan data ilmiah sahaja.


Guru di zaman moden ini perlu memiliki pelbagai kemahiran yang mungkin tidak diperlukan oleh guru-guru pada masa dahulu. Guru-guru kini memerlukan kemahiran ,seperti :

a) Membina hubungan kemanusiaan dengan rakan sejawat , murid-murid dan penjaga mereka;

b) Memberikan perhatian terhadap perbezaan –perbezaan individu dalam pelbagai sudut di kalangan anak didiknya yang semakinmeluas berikutan dengan peluasan fungsi pendidikan .

c) Menggunakan kaedah pendidikan perseorangan mahupun melalui kaedah perkumpulan , perbincangan dan sebagainya.

d) Dengan menggunakan alat bantu , teknologi pendidikan dan alat pandang dengar(audio –visual) moden yang sesuai dengan mata pelajaran dan topic yang hendak disampaikannya.


Guru tidak boleh berpandu dengan bahan-bahan pengajaran biasa seperti buku teks dan papan hitam sahaja.


Selain daripada tugas mendidik dan segala aspek yang berkaitan dengannya , guru juga harus peka dengan perkembangan masyarakatnya. Ia mempunyai tanggungjawab yang lebih luas daripada ruang sekolahnya.


Ia bertanggungjawab terhadap masyarakat seluruhnya untuk menampilkan generasi baru yang beriman, berilmu dan bertakwa yang meyakini tasawur (world view) dan nilai-nilai idealisme Islam.


Guru mestilah menjadi mediator dan agen masyarakat yang boleh memindahkan nilai, kemahiran , pengalaman , dan budaya warisan kepada generasi baru, di samping mampu mengembangkan warisan ilmu dan budaya setelah ditapis dengan saksama dari segi kesesuaiannya dengan agama .


Guru sepatutnya juga turut serta dalam menampilkan pola penyelesaiannya terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Guru juga diharapkan dapat menimbulkan dan mengembangkan kesedaran beragama dan berperadaban dalam masyarakat.


Guru patut meningkatkan lagi kualiti profesionnya. Keguruan tidak lagi merupakan tugas yang mudah , tetapi adalah suatu kerjaya yang bersifat professional yang mempunyai kriteria ,tuntutan kemahiran yang standard serta etika kerja yang tersendiri.


Ia harus peka untuk meningkatkan tahap kecemerlangan melalui peningkatan ilmu dan kemahiran. Ini dapat dilakukan dengan penglibatan dalam seminar-seminar , bengkel dan kursus-kursus iktisas.


Usaha-usaha Islamisasi yang dilaungkan oleh pemerintah akan tinggal laungan jika sekiranya para guru yang terlibat dalam setiap peringkat pendidikan tidak memenuhi beberapa tuntutan asas untuk merealisasikan tujuan ini. Oleh itu guru harus dibekalkan dengan segala bahan, ciri dan pengisian keilmuan dan kemahiran yang setimpal dengan hasrat dan cita-cita murni tersebut.


Petikan daripada buku TAJDID: dalam pendidikan dan masyarakat oleh Haji Abdul Ghani Shamsuddin

Isnin, Oktober 18, 2010

Sepetang berhujung minggu di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Sepetang berhujung minggu di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Lesu. Itulah perasaan yang sentiasa membelenggu saya ketika berada di sini. Lesu dari segi aktivisme pelajar. Dan lesu dari segi penghayatan agama . Dan realitinya, kami ini bakal guru yang akan melahirkan ramai pemimpin akan datang .


Ironinya, masih ramai yang Cuma mampu menjadi projektor dan perkakasan ulangan , disebalik peranan murabbi yang sepatutnya mereka mainkan .Saya percaya perasaan ini turut dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat di IPG lain yang sama aliran pemikiran dan sefikrah dengan saya. Ingin ditegaskan , bukan berniat memburukkan sesiapa , Cuma berharap semoga perasaan saya ini akan menjadi bahan gelengan generasi guru yang akan datang. Saya berharap guru-guru pelatih di IPG sekarang ini akan mula membuka mata setelah kita telah lama lena. Lena bukan dari segi mata, tetapi mata hati.

Siapa tidak lesu dan mula berasa amat marah apabila melihatkan seorang bayi yang cukup sifatnya dibuang dalam tong sampah persis sampah jijik lagi tidak berguna? Siapa tidak marah apabila melihatkan aksi-aksi monyet oleh samseng-samseng jalanan yang majoritinya terdiri daripada melayu beragama Islam? Siapa sanggup melihat banyak kes-kes jenayah berlaku melibatkan remaja dewasa ini?


Kita semua umpama mampu menggeleng kepala dan menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Ibu bapa akan menyalahkan guru, guru akan menyalahkan ibu bapa, rakyat akan menyalahkan kerajaan , masyarakat akan menyalahkan semua orang, akhir-akhir sekali senyap. Tiada siapa akan ambil tindakan tegas.


Saya sering memberatkan diri saya bahawa inilah peranan diri saya sebagai bakal guru. Peranan kita bukan setakat menjadi ejen sebar ilmu , tetapi ejen sebar dakwah .Jika dahulu para guru dikaitkan dengan golongan yang membangkitkan kesedaran kemerdekaan tanah air melalui penubuhan Jabatan Karang mengarang di Sultan Idris Training College (kini bergelar sebagai UPSI) , sekarang ?


Peranan ini juga dimainkan oleh nabi-nabi, rasul-rasul , mujadid , mujadid, , reformis-reformis dan pendokong cita-cita ideal menuju masyarakat yang sejahtera. Siapa tidak kenal NaBI Muhammad bin Abdullah yang MENDIDIK ummah menjadi ummah yang bersatu padu, berjiwa merdeka, berfikiran jauh ke hadapan dan hebat dari semua sudut kehidupan.

Siapa tidak kenal Ali Sharaati , seorang pemikir di Iran yang Berjaya membina binaan kukuh bagi sebuah revolusi di Negara Parsi tersebut. Siapa tidak kenal Muhammad bin Abdul Wahab, reformis yang Berjaya menghancurkan segala berhala kesyirikan dan kemunduran serta penyembahan terhadap golongan ugama pada masa itu yang menimpa ummah pada kurun ke 18, begitu juga dengan Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah yang cekal mendidik ummah melawan penghambaan tuhan palsu dan penjajah.


Begitu juga dengan nama-nama lain seperti Jamaluddin Al Afghani, muridnya, Syeikh Muhammad Abduh. Kemudian disambung pula oleh Syeikh Rashid Redha sebelum Imam Hassan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin sebagai wadah pengislhana ummah. Semua mereka merupakan pendidik atau ulama . Imam Hassan al banna, juga seorang guru sekolah rendah di Mesir.


Namun kesedaran itu tidak didapati di sini. Program Jemaah banyak terperangkap dengan program yang bukan tarbiyah. Ahli-ahli banyak dididik melalui program seperti carnival nasyid , hafazan tilawah ceramah berbanding mukhayyam, tamrin , daurah , jaulah dan katibah.


Mujurlah masih ada usrah. Sekurang-kurangnya tarbiyah masih diteruskan dan kita masih terus difahamkan tenatng erti perjuangan. Tetapi itu tidak mencukupi di mana kita sebenarnya digerakkan oleh tarbiyahh, bukan digerakkan oleh pangkat dan nama. Tidak hairan orang yang bawa usrah itu turut menyertai persatuan seni budaya di sini . Inilah fikrah yang rancu dan kacau.


Sedih bila melihatkan hedonisme masih menggila melanda masyarakat guru pelatih. Jenguklah kea mana sahaja di dalam bilik mereka, apa ynag sedang mereka lakukan ? Kebanyakan lebih suka tidur, bermain computer games, sembang-sembang kosong, bergayut, ber”facebook” sampai berjam-jam, dan gemar bergosip dan mengumpat.


Ingin ditegaskan , bukan semua tetapi perkara ini seriang berlaku. Mungkin ada yang akan kata ,”biasalah tu, IPT lain pun ada ,…”Ya. Saya tidak menafikan perkara-perkara di atas berlaku di seluruh IPT, seperti perkara biasa . Namun kita kena ingat bahawa kita adalah bakal guru yang akan mendidik generasi masa depan


Hujung minggu banyak dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak membina iman dan pemikiran.



Saya banyak terlibat dengan program luar semata-mata ingin keluar daripada pemikiran tipikal guru pelatih. Beberapa demonstrasi pernah saya sertai.


Begitu juga pernah menerajui beberapa gabungan mahasiswa di Pulau Pinang. Ini semata-mata kerana kita ingin berbalik kepada realitI masyarakat itu sendiri. Kebanyakan guru pelatih yang ada sekarang ini umpama ketam. Mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan mereka sendiri ada masalah.


Tibalah masanya kita berubaah menjadi guru yang bersifat terbuka,m berdaya saing, bermaruah , mampu menjadi contoh teladan kepada para pelajar dan mampu menebarkan nilai agama dalam kalangan murid-murid mereka. Kita sendiri kena bangkit.


Imam Hassan AL BANNA pernah menyebut :Perbaharui dirimu , dan serulah orang lain. Moga kita dapat menjadi guru-guru yang akan melahirkan ramai para solehin di masa akan datang .Insyaallah.

Selasa, Mac 02, 2010

Guru-guru Di Malaysia Belum Bersedia Ajar Pendidikan Seks- Bernama


Oleh Sajad Hussein
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng.
Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.Beliau memberitahu Bernama Selasa bahawa guru-guru takut mereka mungkin di saman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.
Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.NUTP merupakan kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.
Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.Sementara itu, tinjauan Bernama di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.
Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: " Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita".Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.
Sementara itu, M. Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar."Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.
Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu."Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya.-- BERNAMA

Isnin, Januari 11, 2010

GURU SEBAGAI REVOLUSIONER MASYARAKAT
Skop yang akan kita bincangkan ini adalah amat luas sebenarnya. Dalam fikiran ana , ana sering tertanya-tanya banyak perkara .Antaranya , ana bagi “point” di sini ialah :Mungkin ini hanya “cebisan” kecil daripada pemikiran ana sendiri.Adakah kita sebagai guru ini hanya bertindak sebagai “ robot” yang akan mengajar generasi hadapan dengan apa yang dipelajari kita dalam bilik kuliah sahaja semasa di IPGM .Seandainya , ana ambil kursus Sains Pendidikan, adakah itu sahaja yang ana dapat curahkan kepada anak bangsa ? Adakah ana hanya setakat masuk ,mengajar , balik , makan tidur dan semuanya berakhir bila ana dipanggil menghadap Allah kelak?
Memang sebagai seorang guru begitulah tugas kita sebagai seorang figur yang tugasnya mengajar anak-anak murid di hadapan , namun adakah “sekadar itu”? Adakakah sekadar itu ? mana penerapan nilai kecintaan agama dan bangsa yang kita hendak semai ?Di kala Negara kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita yang melibatkan guru dan anak murid mereka…Berita yang menyedihkan ,berita yang mengharukan dan berita yang kita akan berasa “takjub” dengannya, sebab ia tak pernah berlaku sebelum ini !
Ana ambil contoh beberapa isu yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini. isu murid tendang guru di Perlis, isu murid buat video lucah DI Kuala Terengganu , isu ketagihan hidu gam (tora) di kalangan pelajar sekolah di Alor Setar, isu pelajar jual badan untuk tanggung duit persekolahan sendiri dan pelbagai jenis isu yang melibatkan anak bangsa kita yang masih bersekolah . Itu tidak masuk lagi dengan gejala mat rempit, hisap gam , bergaduh , black metal , pemurtadan kristianisasi ,emo, punk , skinhead dan pelbagai jenis ancaman yang ‘memeritkan ‘ telinga untuk mendengarnya (bagi hati yang tak buta) .
Adakah generasi ini yang kita akan beri amanah untuk mewarisi dan mentadbir Negara kita? Rosak jahanam Negara kita . Seorang cerdik pandai menyatakan , jika ingin melihat masa depan sesebuah negara , lihatlah pada anak mudanya.Ana malu untuk menyatakan bahawa ana hanya sekadar seorang guru yang hanya sekadar mengajar subjek di depan tapi tak mampu menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa yang tercinta ini .Apa beza ana dengan perkakasan pengajaran seperti komputer dan projektor LCD ? seandainya ana tidak mampu memberi dan menyelitkan izzah Islamiyah dan keunggulan bangsa Melayu sebagai suatu selitan atau “ulam” dalam proses pengajaran dan pembelajaran ana.
Ana tidak bercakap bahawa kita akan mewujudkan sesi kelas agama sedangkan ana dipertanggungjawabkan dengan subjek sains. Maksud ana biarlah dalam sesi pengajaran itu diselitkan dengan hadis-hadis , atau kefahaman Islam , persoalan tentang umat dan sebagainya yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar. Jangan dipisahkan agama dengan dunia. Andai dipisah lagu dan irama , lemah tiada berjiwa , hampa.
Guru-guru seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang mendatangkan faedah seperti pengetahuan tentang isu permasalahan sosial semasa, hak keistimewaan orang melayu , peperangan , penindasan dan banyak lagi isu-isu semasa yang boleh diselitkan bagi menanamkan kecintaan anak-anak murid mereka terhadap agama , Negara dan bangsa mereka .Mereka (anak-anak murid) ini seharusnya didedahkan tentang perkara seumpama itu secara tidak langsung . Patriotik sebagai kesimpulan
Ini tidak , buat KARNIVAL Kempen Rukun Negara, “konon-kononnya” menyemai semangat patriotik, tapi pengisian dia, baik pergi Jom Heboh la. Berjoget sana menari sini. Bukan tempat sini la, nun jauh di pedalaman Afrika .Tiada beza. Kalau cikgu sendiri pun , masuk kelas cakap merepek , cerita pasal rumah tangga , gossip-gosip , mengumpat , buat clique macam budak-budak, pakai seksi sendat , dan tak tunjuk contoh kepada anak-anak murid ,alangkah malangnya generasi muda kita.
Fahamilah bahawa para guru hari ini umpama ibu bapa kepada anak-anak kerana kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan guru-guru di sekolah Pagi dan tengah hari di sekolah , kadang kadang petang dan malam pun ada kelas tambahan .(Jadi sememang selayaknya para guru digelar ibu bapa kedua).Guru-guru ni juga terkadang mengetahui perihal anak-anak murid mereka melebihi ibu bapa anak murid itu sendiri.Guru umpama seorang daie atau pendakwah yang paling lama yang akan berhadapan dengan mad’u ( golongan sasaran) mereka.
Gurulah antara “engineer” Negara yang paling penting . dari seorang gurulah akan terlahirnya seorang jurutera, dari seorang gurulah lahir seorang ulama, dan dari seorang gurulah lahirnya pelbagai pekerjaan .Dari seorang guru yang pakai tak seberapa makan pun sederhana ini lahirnya ramai wira dan penyangak bangsa !Kalau guru kencing berdiri , anak murid bukan setakat kencing berlari tapi terus buat marathon. Ini realiti yang perlu setiap guru terima.Tak kan kita nak harapkan ustaz-ustazah sahaja buat kerja dakwah ? sedangkan kita telah dipilih sebagai khalifah Allah di muka bumi dan berperanan untuk menyampaikan dakwahNya?
Melihat ada antara guru dan pelatih guru yang terlibat dengan zina (Penang) , Pertandingan “Ratu” cantik pondan (Kota Bharu) , guru rogol anak murid dan beberapa isu lain menyebabkan kita tak senang duduk.Mereka ini akan mengajar anak bangsa kita ? Minta dijauhkan.Kenapa ana menekankan perkara ini? Sebagaimana yang ana tekankan tadi ,kita tidak mahu perkara kerosakan yang melanda generasi pelapis ini dari terus berterusan . Yang berlaku biarlah berlalu.
Perkara yang sudah lepas , rosak binasa kalau difikirkan kembali. Apa yang penting kuatkan kefahaman kita tentang Islam , hak dan kerukunan Melayu ,bukan sekadar melaungkan ketuanan Melayu , tetapi habuk tarak.Projek melepas kat tangan bangsa lain, main tikam belakang anak bangsa sendiri , jawatan pun berebut , dan main rasuah macam makan kacang goreng .Ini kepala bapak punya ketuanan ni. Kembalilah kepada Islam yang syumul .Usah toleh belakang lagi .Tambahkan ilmumu bukan sahaja dalam bidangmu ,tetapi penekanan kepada fardhu ain mestilah ada.
Orang Melayu Malaysia hanya akan maju dengan kembali semula kepada fitrah, yakni kepada agama Islam itu sendiri. Kenapa orang barat boleh maju ? mereka kembali kepada fitrah mereka- kufur terhadap Allah , menarik muslim ke arah “jalan” mereka dengan menjadikan kita umpama tikus makmal kerana disogokkan dengan segala budaya dan pemikiran sampah (hedonism, sekularisme, wahn dsb ), mengamalkan apa yang dilarang Allah , meninggalkan segala larangan Allah ,kufur terhadap nikmat-Nya dan sebagainya.Mereka juga menjadikan dunia sebagai tujuan utama mereka. Adakah kita , terutama kepada bakal guru, yang beragama Islam , “berminat” menjadi seperti mereka?
Tentu tidak bukan.Orang Melayu ,jika mengikut definasi yang terdapat dalam perlembagaan , adalah bangsa asal tanah melayu , beragama islam , yang bercakap dalam bahasa melayu , mengamalkan budaya melayu dan berketurunan Melayu.
Tapi ramai Melayu hendak jadi orang putih, muka liat pesat ,hidung pesek kembang , rambut hitam legam , ada yang kena air karat , bertukar menjadi perang dan bercakap pun pasal hiburan dan perkataan sia-sia sahaja.Hendak maju ?
Bila kita boleh menjadi maju sedangkan budaya sampah terus diangkut dari kahak Negara barat. Sesetengah budaya yang diceduk dari barat , mereka sendiripun anggap budaya itu sebagai budaya sampah di luar dari norma masyarakat dan budaya “kencingan”.Sebagai contoh black metal , dan punk. Tapi tidak sedikit anak muda kita yang terperangkap dalam “tipu daya” ini.
Jadi pada hemat ana yang dhaif ini , guru sepatutnya terkehadapan dari segi pentarbiyahan diri dan pengetahuan tentang isu semasa yang melanda Malaysia , khasnya dan melanda dunia amnya.
Ana tidak bercakap dari sudut teori atau sekadar sembang “berasap berapi “, tapi inilah yang sepatutnya kita perjuangkan , khasnya kepada yang telah mengikuti dan menerima tarbiyah , bahkan kepada yang tidak terima tarbiyah , namun “celik” terhadap permasalahan yang melanda.Di kala para pemimpin masih lagi tidur , masih dengan kepentingan politik sempit mereka, masih dengan pergaduhan sesama bangsa ini hingga mengetepikan tanggungjwab sebenar mereka untuk mendidik dan memimpin rakyat, kitalah ,para pelapis guru yang akan menjadi pemimpin bagi dalam kelas ,ilmunya dan kefahaman untuk ditebarkan ke seluruh alam, insyaalllah .
Bangunlah wahai saudaraku ,rapatkan saff, tahu tujuan , tahu matlamat akhir , kumpul tenaga dan teruskan perjuangan mentarbiyahkan diri. Selepas itu, sebarkan .
Artikel ini adalah perkongsian dan sumbangan dari:
Ahmad Zhafri bin Md Noor @ Mujahid Page
http://deafeningsilent.blogspot.com

Guru... satu wacana pengislahan masyarakat madani..

Menurut buku Enlightened Thinkers and The Revolutionary Society karya pemikir Iran terkemuka Prof Ali Shariati “ the enlightened soul is a person who is self conscious of his human condition in his time and historical and social setting m and whose awareness inevitably and necessarily gives him a sense of social reponsiblity .
Ravindranath Tagore , seorang penyair Bengali , penulis novel , ahli falsafah dan pelukis ,dalam bukunya City and Village memperkatakan mengenai takrif sebenar “harta”- property is not merely money , not merely furniture , it does not represent merely acquisitiveness , but is an objective manifestation of our taste , our imagination , our constructive faculties , our desire for self-sacrifice.
Menurut Edward A. Shills , dalam International Encylopedia of the social Sciences ,tugas intelektual ialah mentafsirkan pengalaman masa lalu masyarakat , mendidik pemuda dalam tradisi dan kemahiran masyarakatnya , melancarkan dan membimbing pengalaman estetik dan keagamaan berbagai sektor masyarakat.
Peranan guru sebagai ulil al bab-Al-qur’an dan Terjemahannya dari Departeman Agama Republik Indonesia mentakrifkan ulil albab sebagai “orang-orang yang berakal “ ,”orang-orang yang mempunyai pemikiran “. Ulil Albab disebut enam belas kali dalam Al-quran , ia digambarkan sebagai :
1. Orang yang diberi hikmah (Qs : 2:269)
2. Yang sanggup mengambil pelajaran dari sejarah umat terdahulu (Qs : 12:111)
3. Kritis mendengarkan pembicaraan atau ungkapan pemikiran orang ( Qs: 39: 18)
4. Bersungguh-sungguh mencari ilmu (Qs: 3:7)
5. Merenung ciptaan Allah s.w.t di langit dan di bumi (Qs: 3 :190)
6. Mengambil pelajaran dari kitab yang diwahyukan oleh Allah (Qs: 38: 29 , 40:54, 3: 7)
7. Sanggup sendiri mempertahankan keyakinannya dan tidak terpesona dgn bilangan yang banyak dalam keburukan Qs: :5 :100 dan byak lagi.

"Maka hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada mungkar sehingga kamu melihat yang bathil ditaati , hawa nafsu yang diikuti , dunia yang diutamakan m dan ujub seseorang dengan pendapatnya ,maka hendaklah kamu berpegang kepada dirimu sendiri dan tinggalkan orang awam kerana di hadapanmu adalah hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seseorang yang memegang bara api, pejuang (Islam) pada hari itu menyamai balasan lima puluh orang lelaki yang berjuang seperti kamu . Para sahabat bertanya ,Apakah balasan lima puluh lelaki di antara kami atau di antara mereka ? Maka Rasulullah menjawab. Malahan balasan lima puluh daripada kamu .” Hadis ini hassan sahih menurut Imam At-tirmizi.

Menurut Syeikh Abu Ala Al Maududi dalam bukunya Gerakan Tajdid Islam , beliau menggariskan beberapa ciri-ciri mujadid , reformer mahupun pengislah . Antaranya :
· Hatinya bersih
· Berpandangan jauh ke hadapan
· Berfikiran luas, tidak jumud
· Sederhana dan seimbang dalam berpendapat dan mengambil keputusan
· Memiliki daya pemikiran yang kuat, tidak terpengaruh oleh kekuatan yang sedang berkuasa , tidak fanatik terhadap sesuatu golongan .
· Tabah dan tahan dalam menghadapi tentangan zaman
· Berbakat sebagai pemimpin dan pembimbing serta sanggup menerima suatu kepimpinan.
· Berkemampuan melakukan ijtihad dan menghasilkan kerja dalam lapangan pembangunan
· Meyakini dan memhami sepenuhnya terhadap ajaran Islam
· Pandangan , kefahaman dan perasaannya mencerminkan sebagai seorang muslim hakiki
· Mampu membezakan antara yang kebenaran Islam dan lumpur kepalsuan (jahiliah ) sehingga keada titik buntu.

Ahad, Oktober 11, 2009

::Pembekuan Penempatan Siswa Pendidikan::


Bangi - 5 OKTOBER - Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) memohon kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat penjelasan berkaitan isu pembekuan penempatan bagi mahsiswa Fakulti Pendidikan di Institiut Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan.

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan mahasiswa di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI mengeluarkan kenyataan bahawa semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa 3 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan agar mahasiswa terutamanya dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini. Hal demikian adalah berkaitan masa depan mahasiswa yang tidak boleh diperjudikan dengan mudah.

Menurutnya lagi, respon yang diterima daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, GAMIS memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya. Jika tidak, masalah pengangguran di kalangan graduan akan semakin meningkat di negara kita.

Sekiranya tidak ada penjelasan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat, GAMIS akan bertemu menteri bertanggungjawab untuk mendapat penjelasan sebenar agar ianya tidak mendatangkan permasalahan kepada beribu mahasiswa dalam bidang ini.

Selasa, Oktober 06, 2009

TNC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.


Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

Isnin, September 28, 2009

Islam Liberal ? Apa kaitan dengan mahasiswa keguruan?

Islam Liberal merupakan suatu ajaran atau pemikiran yang dinisbahkan sebagai tafsiran agama cara baru dan terkini. Jalur pemikiran golongan liberalis ini sebenarnya tidak mampu ditafsir kepada golongan-golongan tertentu ,sebagai contoh si anu yang membuat begini maka Islam Liberalllah dia. Ada sesetengah pihak seperti Sister In Islam (SIS) walaupun tidak menyatakan bahawa mereka secara terang-terangan "menganut " agama ini , tetapi dari segi tindak tanduk mereka melambangkan bahawa mereka telahpun "hadam" ajaran ini.

Saya suka menyebut ajaran sesat ini sebagai agama Islam Liberal kerana walaupun ajaran ini dinisbahkan kepada "Islam" itu sendiri, namun dari segi "roh" dan kefahaman Islam itu sendiri tidak ada dalam ajaran mereka. Mereka boleh diibaratkan sebagai pengikut ajaran sesat yang dikomersial dan dibenarkan di Malaysia. Banyak isu yang mereka timbulkan mendangkalkan pemikiran golongan agama dan mengelirukan masyarakat umum. Sebagai contoh isu, tudung, hudud, hak kesaksamaan wanita, dan sebagainya. Dalam artikel kali ini ,saya akan menerangkan secara umum berkenaan agenda Islam liberal ini bagi melahirkan masyarakat yang pada zahirnya Islam , namun pada batinnya "Islam mereka tercabut umpama anak panah terkeluar dari busur.

Sambung...

Jumaat, September 25, 2009

Mungkin saya sedang berangan atau bermimpi..

Apabila difikirkan balik tentang artikel-artikel saya berkenaan mahasiswa keguruan yang lepas (buka kategori GURU) , saya dapati mungkin ada sesetengah artikel yang saya tulis itu lebih bersifat lokaliti, iaitu lebih bersifat pengamatan dan kritikan saya dengan perkara yang berlaku di IPGM saya. Ada sesetengah artikel pula lebih bersifat umum, iaitu tidak terarah kepada mana-mana IPGM, namun kritikan itu turut terselit untuk direnungi oleh bakal guru . Ada yang lebih bersifat guru, iaitu bebas daripada mana-mana skop yang bersifat mahasisa keguruan (atau dengan lain kata :guru pelatih), iaitu guru dengan maksud guru yang sebenar.

Artikel-artikel tersebut merupakan pandangan saya sendiri terhadap permasalahan yang melanda bakal-bakal guru dari perspektif guru pelatih itu sendiri ,bahkan kritikan itu dengan kata lain mengenai diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru. Saya banyak merenung dan berkongsi dengan sahabat-sahabat saya dari IPT-IPT mahupun IPG-IPG sendiri sebelum saya merumuskannya di dalam artikel saya . Mungkin artikel saya ada yang berpandangan bahawa lebih bersifat terawang-awangan , tidak realistik , non informatic article mahupun apa jua istilah yang melambangkan 'kekurangan' namun dari segi kalimahnya , terselit kata-kata nasihat di situ.

Seandainya ditanya apakah halatuju kamu sebagai seorang daie dalam menerbitkan artikel seumpama ini . Jawaban saya ialah sebagai seorang daie saya haruslah mengajak manusia ke arah kebenaran , dengan lain kali mengislahkan seseorang itu. menjadi lebih terbuka dan progresif serta berpandangan jauh . Pemikiran saya lebih kepada aktivisme, mungkin disebabkan pergaulan saya yang amat rapat dengan sahabat-sahabat daripada Universiti Sains Malaysia Kampus Minden Pulau Pinang, sehinggakan ada sesetengah mahasiswa USM bertanya kepada saya ,saya di USM ambil jurusan apa. Tidak melampau dikatakan bahawa, sahabat-sahabat yang mengenali saya di USM (yang mngenali nama) lebih ramai bilangannnya berbanding di IPGM saya!

Saya melihat pada suatu hari nanti, mungkin dalam masa lebih kurang 10 tahun lagi (atau kurang) akan wujudnya satu ikatan atau organisasi yang menggabungkan mahasiswa keguruan Islam di Malaysia sepertimana para mahasiswa IPT-IPT di Malaysia mampu berbangga dengan pertubuhan GAMIS atau GPMS. Bagi saya ini bukan merupakan satu yang mustahil untuk dilakukan disebabkan di Malaysia sekarang telah wujud 2 ikatan guru pelatih yang mewakili zon-zon tertentu (maaf-tidak harus dikongsikan di sini) . Bersama-samalah menggembleng tenaga dan usaha dalam mewujudkan ikatan IPG-IPG dalam satu-satu zon. Insyaallah, jika Allah s.w.t mengizinkan pembentukan gabungan mahasiswa keguruan Islam di seluruh Malaysia akan dapat dilakukan. Antara peranan gabungan ini adalah untuk menggabungkan "suara"mahasiswa keguruan(atau dengan bahasa lembut: guru pelatih) yang beragama Islam di IPG-IPG di seluruh Malaysia seterusnya mampu menjadi "golongan pendesak" bagi mahasiswa keguruan Muslim di peringkat nasional. Bersama-samalah mendoakannya.

Saya melihat juga, satu hari nanti, kesedaran guru pelatih tentang tanggungjawab dan hak mereka sebagai bakal pendidik generasi akan datang akan bertambah. Kesedaran ini bermaksud, mahasiswa keguruan tidak akan sentuh lagi atau berbicara lagi tentang perkara-perkara bodoh (atau kurang penting) seperti makan dah ke belum, assignment dah siap ke belum, mengumpat dan membicarakan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan permasalahan murid-murid (atau ummah) yang semakin hari semakin terhakis nilai Islami dan ketimurannnya. Mahasiswa keguruan tidak lagi melihat isu-isu semasa sebagai isu yang "pantang disentuh" , tiada kaitan dengan profesion mereka, tidak penting dan sebagainya. Sebagai contoh, isu gejala sosial. Berapa ramai guru pelatih di sini yang sanggup turun ke lapangan berdakwah kepada masyarakat dan meilhat sendiri generasi muda hari ini? Saya rasa tidak ramai.

Saya juga melihat, suatu hari nanti, mahasiswa keguruan akan bangkit menentang sebarang akta mahupun peraturan yang menyekat mereka dalam menyertai sebarang organisasi di luar IPG . Sebenarnya hasil daripada penguatkuasaan akta ini hanya menghasilkan robot-robot, lcd projektor , video tape rekorder atau apa jua aparatus yang melambangkan aparatus yang merakamkan proses p dan p di IPG sebelum ditayangkan di hadapan murid-murid. Mana mungkin manusia akan dilahirkan hasil ajaran aparatus-aparatus ini? Akta ini amat perlu ,namun sesetengah perkara yang menyekat perbezaan pendapat ,percambahan pemikiran dan idelaisme haruslah ditentang. Penyertaan mahasiswa keguruan dalam persatuan atau badan bukan kerajaan adalah perlu kerana mereka dengan sendiri akan didedahkan dengan pelbagai perkara yang menjadi "arus" dalam masyarakat seperti gejala sosial, Islam Liberal, mustadh'afin , hak-hak kemanusiaan , isu-isu aqidah dan sebagainya. Apabila mereka didedahkan dengan realiti ini ,secara automatik mereka akan cuba menyemai nilai-nilai murni (yang bertentangan dengan nilai-nilai kufur ingkar tadi) dalam kalangan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

Pada pandangan saya juga , kita sebenarnya dalam usaha melahirkan ramai guru-guru yang mengajar subjek kritikal ( seperti Bahasa Inggeris, Sains , Matematik dsb) , namun berfikrah Islam. Ini sebenarnya perkembangan yang amat positif dalam melahirkan generasi-generasi pelapis negara yang mampu memacu negara ke arah sebuah negara yang maju berlandaskan al-qur'an dan hadis dan berkonsepkan permuafakatan dalam pentadbiran antara ulama dan umara. Ini lah hasil penerusan banyak program yang menjurus tentang agama setelah melihat banyak kepincangan atau ketidak sempurnaan (atau dengan kata lain :unsur berat sebelah) yang ada dalam sistem pendidikan negara. Seandainya diharapkan dengan pembelajaran agama mahupun moral di sekolah rendah dan menengah, saya secara peribadi berpendapat bahawa itu amat tidak mencukupi. Tambahan lagi dengan peperangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang dicetuskan oleh penyesat-penyesat sekeliling . Sebagai contoh media massa dan rakan sedarjah dsb.

Namun berbalik kepada tajuk artikel ini- mungkin saya sedang berangan atau bermimpi- Saya harap tidak!

Khamis, September 24, 2009

Beberapa Solusi Untuk Melahirkan Guru yang Rausyanfikir Terhadap Permasalahan Masyarakat

Ini merupakan antara cadangan , pemikiran dan sousi yang dapat saya simpulkan hasil sumber pembacaan saya, perbincangan bersama teman-teman dan orang-orang berkenaan dan juga hasil pemikiran saya sendiri bagi melahirkan bakal guru yang lebih bersifat realistik (menyedari dan ambil tahu isu-isu yang melanda masyarakat) , holistik (bersifat menyeluruh dari segi moral dan akhlak yang baik, mempunyai pegangan agama yang stabil, berfikiran terbuka ) ,aktivis (mampu turun kepada masyarakat dalam mendepani isu-isu semasa/cakna terhadap isu semasa) dan menjadi kudwah hasanah(contoh ikutan yang baik) terhadap murid-murid dan masyarakat sekeiling.

Antara solusi yang dapat saya simpulkan di sini adalah:

  1. Bakal-bakal guru seharusnya terdedah (atau dengan kata lain :mendedahkan diri mereka) dengan segala persoalan atau permasalah yang melanda masyarakat umum . Dengan kata lain ,guru pelatih seharusnya sentiasa turun ke tengah-tengah masyarakat melalui penglibatan dalam apa jua program yang dianjurkan oleh IPGM mahupun badan bukan kerajaan Antara program yang boleh disertai adalah dalam bentuk menganjurkan program motivasi, dakwah turun ke lapangan ,menyertai forum isu-isu semasa di samping program yang wajib disertai oleh sahabat-sahabiah yang mengikuti usrah seperti daurah, mukhayyam , jaulah mahupun ziarah. Kita sebagai mahasiswa keguruan seharusnya tidak terikat dengan paradigma Bina Ihsan Guru sebagai medium bertemu dengan masyarakat disebabkan program B.I.G ini hanya diadakan sekali dalam satu semester. Tambah-tambah lagi program ini lebih bersifat "tugasan" , bukan bersifat penghayatan yang seolah-olah "memaksa" mahasiswa keguruan untuk turun ke lapangan masyarakat.
  2. Banyakkan terlibat dengan aktiviti yang lebih bersifat kepimpinan dan memerlukan kita bertindak sebagai pemimpin. Sebagai contoh melibatkan diri dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM lokaliti
  3. Wajibkan membaca dalam diri bukan sahaja buku/artikel /risalah yang berkaitan dengan akademik atau subjek yang dipelajari ,tetapi turut melibatkan buku-buku yang berada di luar konteks (pembelajaran atau kuliah ) seperti politik , agama , bangsa, permasalahan sosial , isu-isu antarabangsa, , haraki dan tarbiyah ,pemikiran yang melanda masyarakat dan pelbagai subjek lagi. Ironinya, topik-topik ini hanya dihadam oleh sesetengah mahasiswa keguruan sahaja seperti mahasiswa yang mengambil subjek agama, kajian sosial dan kursus yang berkaitan dengannnya. Selain itu, buku peraturan IPGM dan Akta 174 hendaklah dihadam sepenuhnya bagi setiap aktivis mahasiswa keguruan sebagai satu bekalan atau panduan kita semasa ditimpa masalah hasil kerja golongan minda tertawan , pengampu beserta kroni-kroninya.
  4. Banyakkan bergaul dengan sahabat-sahabiah dari IPGM mahupun IPT yang lain. Ini menjadi sumber percambahan idea dan pemikiran. Selalunya mahasiswa keguruan kita lebih suka bergaul dengan kalangan sendiri . Ini hanya menghasilkan mahasiswa keguruan yang jumud, sempit pemikiran namun sombong dengan identiti sendiri. Selain itu, penglibatan mahasiswa keguruan dengan badan bukan kerajaan juga harus digiatkan walaupun ia secara jelas dan nyata melanggar peruntukan yang ada dalam Akta 174.
  5. Sentiasa menganjurkan program melalui apa jua saluran. Seandainya anda memegang usrah ,lakukan program bersama adik usrah anda. Begitu juga para pemimpin yang memegang jawatan dalam IPGM masing-masing. Teruskan bergerak. Jangan tidur lagi.
  6. Jaga amalan yang berkaitan kerohanian sebab itu merupakan sumber kekuatan bagi penggerak-penggerak mahasiswa keguruan dan bakal para graduan keguruan yang akan menjadi sebagai pendakwah di lapangan masyarakat (sekolah) kelak.
Kita sering terperangkap dengan polemik atau retorik golongan yang sering melaung-laungkan kata-kata "thinking out of the box", namun pada masa yang sama menyekat idealisme , aktivisme dan pengislahan yang bangkit di kalangan mahasiswa keguruan dengan mengenakan pelbagai sekatan dan peraturan yang tidak relevan lagi zalim. Bagaimana kita ingin lahirkan mahasiswa keguruan yang mampu menyumbangkan idealisme, yang mempunyai semangat patriotik dan patuh terhadap negara (bukan patuh membuta-tuli terhadap kepimpinan yang zalim lagi korup!) serta yang mempunyai kesedaran yang tinggi apabila semua sumber-sumber yang menuju ke arah itu disekat dan "dikembirikan"?

Kita juga sering terperangkap dengan ketakutan yang tidak bersebab terhadap Akta hantu, akta 174 yang seolah-olah begitu rakus mencari mangsa , sedangkan jika kita lakukan secara berhemah ,nescaya kita mampu mengharungi akta ini dengan jayanya. Kita kena ingat bahawa kita lakukan ini kerana Allah semata-mata. Bukan atas nama hawa nafsu seperti pemilik vcd lucah yang turut sama termaktub hukumannya di dalam akta tersebut.

Rabu, Ogos 19, 2009

Pendidikan atau Pengsijilan?: Muhasabah buat para graduan


wanrausyan

oleh: Wan Ahmad Faysal*

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah tiba musim graduasi para mahasiswa di seluruh negara. Jelas kelihatan kelibat ahli keluarga yang riang dan gembira melihat anak-anak merangkul ijazah yang menandakan “kejayaan” anak mereka.

Tapi apakah benar segulung ijazah tersebut menandakan para graduan benar-benar telah terdidik atau sekadar menerima latihan sepanjang 5 tahun bergelumang dalam institusi yang dinamakan universiti ini?

Ada beza antara education atau lebih tepat peng-ta’dib-an dalam Islam, dan certification atau pengsijilan yang banyak berlaku dalam senario pendidikan moden pada hari ini.

Anda mungkin pelajar terbaik universiti dengan CGPA 4.0 tapi apakah anda sudah berjaya keluar dari belenggu penjajahan minda yang lebih bersifat nadir dalam era pasca-kolonial ini? Apakah anda benar-benar “terbuka” dan “kritis” dalam memahami haqiqah atau paradigma anda sekadar terperangkap dalam aspek waqi’iy semata-mata?

Lupakah anda bahawa baginda Rasulullah sendiri pernah berdoa untuk dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat (allahuma inni auzubika min ‘ilmi la yanfa’)?

Apakah anda menerima “ilmu” atau sekadar “maklumat” sepanjang anda menjadi mahasiswa di kampus masing-masing?

Semua persoalan ini merupakan tugas khas setiap individu yang menuntut ilmu untuk melakukan muhasabah kembali apakah benar-benar kita telah “berjaya” dalam mendidik diri menjadi apa yang sepatutnya terjadi setelah bergelar graduan.

Ada baiknya kita sama-sama tinjau kembali nasihat seorang pemikir Islam dari Pakistan, Sayyid Abul ‘Ala Mawdudi berkenaan nasihat beliau terhadap para graduan:

“‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’”

Terjemahan dalam Bahasa Melayu:

“‘Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini.

Syarah:

Mungkin, tidak ramai orang kita yang mengenali sosok pejuang Islam dari Pakistan ini. Sejarah telah mengukir betapa sosok ini berupaya berdiri sama tinggi dengan Imam Hassan Al Bana dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai Sistem Kehidupan di tanah air masing-masing.

Sayyid Abul Ala Maududi merupakan seorang pejuang, intelektual dan da’ie yang cukup disegani dalam abad ke-20. Namanya senantiasa meniti dibibir para pejuang Islam yang dahagakan tiupan semboyan daripada pemimpin sepertinya.

Beliau merupakan pengasas kepada Jamaat-e-Islami di Pakistan, sebuah gerakan Islam yang sama hebatnya dengan Ikhanul Muslimin dibawah Imam Hassan Al Bana.

Ungkapan yang tajam dan tersirat di atas merupakan salah satu ekspresi diri beliau terhadap realiti sistem pendidikan yang telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan semenjak zaman kolonial hinggalah ke hari ini.

Kenapa begitu teruk sekali pandangan beliau terhadap universiti? Adakah pengorbanan mahasiswa tidak bererti dalam menimba ilmu?

Persoalan ini akan terjawab jikalau kita bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan impak yang tersirat didalam masyarakat.

Memang benar. Universiti telah menjadi pusat penyembelihan kepada anak-anak muda yang suci pemikirannya. Disinilah mereka dikelar mindanya, dipatahkan tulang kesedarannya dan digantung maruah mereka selaku pengubah masyarakat.

Para penyembelih yang terdiri daripada golongan aristokrat pendidikan telah mengupah manusia-manusia yang kelu untuk menyiat potensi minda perjuangan anak-anak muda ini. Diasingkan daripada realiti dan diangkat menjadi fantasi.

Itulah keadaan sebenar pada hari ini. Golongan mahasiswa sudah dicincang dengan lumat sehingga tidak dapat dikenali lagi sebagai seorang ‘insan’ yang berguna pada rakyatnya. Terkurung daripada cahaya kebenaran, mahasiswa akhirnya dibutakan dengan lambakkan makanan berupa sampah untuk dibuntalkan perut minda mereka agar tidak ada apa lagi yang perlu dipersoalkan.

Akhirnya, kegemukkan minda menghasilkan sifat kemalasan dan kepekaan kepada sekeliling menjadi pudar. Buta hati mula melingkar menusuk kalbu. Itulah mahasiswa. Hanyalah haiwan sembelihan buat golongan kapitalis yang menyedut darah merah yang segar daripada otak beku mereka.

Selagi mana golongan mahasiswa terpisah dengan realiti masyarakat, kehidupan yang sempit didalam kampus hanya mampu menjadikan mereka daging pejal buat golongan kapitalis yang saban hari menyediakan hidangan daging mentah buat umat manusia. Mungkin, inilah yang ingin cuba disampaikan oleh Pejuang Islam ini. Pendidikan warisan penjajah yang membunuh.

ACHTUNG 1 !
Untuk penjelasan lanjut berkenaan masalah berkenaan hakikat menjadi mahasiswa dan universiti sila rujuk makalah saya bertajuk The University and The Captive Mind

ACHTUNG 2 !
Forum Youth to Youth for a Better Malaysia sudah berpindah tempat dari Sunway University College ke 3K Inn di Petaling Jaya. Saya amat menyarankan ahli gerakan mahasiswa Islam turun menghadiri forum ini bagi bersama-sama timba pengalaman dan membina hubungan dengan rakan-rakan lain yang berbeza fikrah baik Muslim ataupun yang bukan Muslim.

————-

*Penulis ialah mahasiswa tahun akhir Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau terlibat dengan pelbagai wacana intelektual mahupun ‘demonstrasi aman’. Buah fikir aktivis sosial, pemikir polisi alternatif, penulis amatur dan juga penceramah bebas” ini boleh dilayari di Rausyanfikir.