Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Rabu, Mac 03, 2010
Kita masih di jalan dakwah ini sampai saat ini..mungkinkah ......tribute 3 tahun perjuangan...dan persahabatan atas ukhuwwah Islamiyyah...
Bila Aku bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah, Bila Aku Bersaksi Nabi Muhammad Pesuruh Allah
Kata saya lagi , bila Aisyah (nama kegemarannya) melafazkan kata-kata ini , dan meyakini segala-galanya tentang Islam , secara automatik Aisyah rela memasukkan keseluruhan hidup Aisyah untuk Islam , dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aisyah bila sudah tekad dengan Islam bereti Aisyah kena berfikir dengan cara Islam , beramal dengan cara Islam , bergaul dengan cara Islam dan percaya dengan kepercayaan Islam.
Apabila Aisyah masuk ke dalam agama ini , secara automatik Aisyah kena akui hanya Islam lah segala-galanya dalam hidup ini-tatacara pergaulan , kesahihan amalan , kebersihan aqidah , perundangan Islam , kegiatan hari -hari dan segala-gala dalam hidup ini. Allah s.w.t menurunkan agama ini sebagai satu cara hidup yang lengkap .
"Bahkan segala-gala mengenai diri kita sendiri dan masyarakat serta makhluk lain kita yakini atas dasar kepercayaan Islam. Pada masa ini ,Aisyah akan berani melafazkan kata-kata suci dan muila itu !"
Alhamdulillah . Aku mendoakan hidayah bagimu , wahai saudaraku.....
Khamis, Februari 18, 2010
Alangkah selesanya kita...untuk renungan sang pencinta Tuhan...
Khamis, Februari 11, 2010
Isnin, Februari 08, 2010
Semua akan baik semula
"Everything Will Be Alright"
I believe in you and meI'm coming to find you
If it takes me all nightWrong until you make it right
And I won't forget youAt least
I'll tryAnd run, and run tonightEverything will be alright
Everything will be alright
Everything will be alright
Everything will be alright
I wasn't shopping for a doll
To say the least, I thought I've seen them all
But then you took me by surprise
I'm dreaming bout those dreamy eyesI never knew,
I never knew
So take your suitcase, cause I don't mind
And baby doll, I meant it every time
You don't need to compromise
I'm dreaming bout those dreamy eyes
I never knew, I never knew
But it's alright...
Everything will be alright
Everything will be alright
Everything will be alright
Everything will be alright
Kemudian........
Dewa -
Hadapi Dengan Senyuman
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadiBiar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Reff
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
Semua lagu ol' skool.....Ini paling lama...
Sabtu, Februari 06, 2010
Musyawarahku melalui Yahoomessenger dan skype...
Jumaat, Februari 05, 2010
Kenapa berasa lesu dalam dakwah ?
Isnin, Januari 25, 2010
Thinking Out of the box....satu ilusi, fantasi, retorika mahupun penghayatan?
Ahad, Januari 24, 2010
Izinkan aku membina sebuah masjid di syurga
24/1/2010-09oo pm – Dewan Pelajar Institut Pendidikan Guru menjadi saksi segalanya. Saya ingin memeluk islam secepat mungkin ,abang. Terkejut dan terkedu sebentar. Saya fikir sungguh cepat sekali gadis ini menyatakan hasratnya. Saya mula mengenali gadis ini semenjak tahun lalu lagi , namun hilang hubungan dengannya selama berbulan-bulan. Saya mula mengadakan diskusi ringkas berkenaan Islam dengannya dan meminjamkan buku-buku Sains dan Islam kepadanya .
Ahad, Januari 17, 2010
Fikir dan Risau 2
Jumaat, Januari 08, 2010
Fikir dan Risau 1: Tanjung Tokong....oh tanjung tokong
Saya belek telefon saya dan menghantar mesej berbunyi begini kepada sahabat-sahabiah saya -"salam, sekarang ini ana tgh mkn di syarif kedai mamak. Rs sggh btuah seorg daie dpt mkn nasi telur goreng n ikan bilis. Mgkn diluar sana ramai mad'u2 yg jauh dr tarbiah, dan jgjauh dr mkn nasi sehari sekali. Btuah aku sb sang daie. Kmpl tenaga ke tg tokong mlm ni. Jmpa persatuan penduduk kat sana."
Sebenarnya antara kedua-dua peristiwa di atas saling bersangkut paut antara satu sama lain. Ia membawa mesej bahawa
1. kejahilan dan ketidaktahuan akan menyebabkan penindasan . Saya melihat isu penindasan terhadap penduduk asal tanjong tokong (yang dikatakan sebagai penempatan haram walaupun sudah beberapa generasi di tinggal di situ, kini dalam usaha pembangunan moden sepenuhnya oleh UDA ) disebabkan kejahilan umat Melayu itu sendiri . Begitu juga dengan kisah pak cik peminta sedekah tadi. Dia mencari sesuap nasi dengan cara tersebut mungkin disebabkan ketidaktahuan (atau dengan lain-ketidaksesuaian akademik dan ketidakahuan yang ada pada dia )
2. kita sebagai seorang daie sebenarnya bukan hanya bercakap dari segi "agama" tetapi usul terhadap agama itu sendiri. Sehingga kepedulian itu sebenarnya sebahagian daripada agama namun ia sendiri tak difahami oleh penggerak-penggerak dakwah itu sendiri.
3.Ramai berdegar-degar dgn isu thaharah, batal wuduk , cara mandi wajib ,sirah , tetapi tak ramai yang ambil tahu tentang kepedulian terhadap golongan yang dinamakan mustadhafin ini. Padahal tidak sedikit perihal membela golongan lemah , menentang kezaliman oleh penjarah yang zalim , kewajiban membela anak yatim , memberi makan kepada orang susah , perihal asnaf zakat dan perkara-perkara seumpama itu ditekankan dalam al-quran dan hadis . Begitu jauhnya kita umat Islam dalam menangani isu seumpama in sehingga ia hanya menjadi "teori" dalam pendidikan dan kitab-kitab, namun aplikasi sifar.
Selasa, Disember 01, 2009
Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY) sebagai satu ikatan antara wadah-wadah di Pulau Pinang
Saya pada kali ini ingin bercakap mengenai pandangan saya sebagai seorang individu kecil dalam beberapa persatuan dan pertubuhan yang saya sertai. Ini hanyalah sebagai coretan sisi setelah begitu lama diri ini begitu tegar untuk menulis disebabkan komitmen lain yang semakin mendengkam terutama program yang bertali arus. Bersyukur kali ini!
Apa pandangan saya berkenaan dengan Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY)?
Hampir 9 bulan saya mengambil alih jawatan sebagai pengerusi JUNDIYY yang sebelum ini dipegang oleh Akh Izzat Anwari Hasni.Secara jujurnya saya ingin berada di dalam JUNDIYY walaupun dengan hanya memegang jawatan kecil disebabkan saya melihat JUNDIYY sebagai satu saluran untuk menyatukan "suara-suara" yang ada antara wadah-wadah di Pulau Pinang.
Saya dapati ini merupakan satu kepentingan kepada wadah-wadah dakwah untuk memikul satu kesatuan yang mampu memberi impak yang baik kepada sebarang permasalahan yang timbul terutama yang berkaitan dengan "serangan" terhadap Islam , perang pemikiran dan penghinaan terhadap Islam serta beberapa isu yang boleh disepakati bersama antara wadah. Agak tertarik dengan kata-kata Muallim Nuruddin Bashah , koordinator Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) yang menyatakan bahawa musuh Islam tidak takut kepada individu , tetapi akan berasa gerun bila berhadapan dengan jemaah atau penyatuan antara wadah-wadah.
Apabila memegang jawatan ini sebenarnya saya "terpaksa" untuk berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap semua wadah tanpa sebarang kecondongan terhadap mana-mana wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Saya merupakan Setiausaha Agong Karisma Pulau Pinang bagi sesi 2009/2010 namun ini tidak bermakna saya akan menyelitkan sebarang "kritikan " atau celaan, atau ajakan secara halus terhadap wadah-wadah lain.
Saya suka mengambil kata-kata daripada guru saya yang amat saya hormati ,Maulana Asri Yusoff, "setiap orang ada sumbangannya sendiri , tabligh ada cara dia, PAS ada cara dia, kita kena terima dan berlapang dada sebarang perbezaan tersebut" .Saya melihat apabila kita bersikap taksub terhadap jemaah kita sendiri kita sebenarnya menutup pintu untuk bersikap lebih terbuka,tidak mampu menerima pendekatan orang lain , menutup pintu pemikiran dan mengahalang perbezaan pendapat (yang saya berpendapat amat tidak rasional) dan sebagainya. Namun , saya sedari wadah yang saya maksudkan adalah wadah yang diakui "ketsiqahannya" dan diterima sebagai wadah yang diterima.
Ini tidak bermaksud saya ini menyeru kepada taadud(kepelbagaian atau berbilang-bilang ) jemaah ,tetapi saya suka melihat bahawa setiap setiap jemaah atau wadah-wadah mempunyai sumbangan sendiri ,mempunyai jasa dan peranan sendiri. Tabligh dengan cara mereka sendiri dan kita tidak boleh menafikan bahawa dengan jasa tablighlah , ramai golongan marhaen mula melihat Islam.
Begitu juga dengan KARISMA -JIM yang mungkin lebih fokus kepad profesional termasuk golongan mahasiswa, wadah-wadah lokaliti seperti Persatuan Mahasiswa Islam atau persatuan Agama Islam yang menjalankan tugas mereka sehabis mampu di lapangan dakwah lokaliti. Hizbi-PAS juga beperanan lebih kepada siyasi tarbawi dan sebagainya.
Amat tidak adil bila kita menyatakan bahawa kitalah jemaah yang sebenar dan paling sempurna sehingga saling kritik dan mencerca kumpulan yang bukan dari golongan kita. Amat malang perkara ini berlaku kepada kepimpinan atasan yang seolah-olah menjadikan dakwah adalah menyeru kepada tanzim bukan dakwah yang menyeru kepada Allah .Mereka seolah-olah meletakkan bahawa sesiapa yang masuk wadah lain tidak akan masuk syurga Allah. Saya berlindung daripada pemikiran yang sempit lagi dangkal ini.
Melalui JUNDIYY, kita akan berganding bahu atas perkara yang disepakati dan akan berlapang dada terhadap sebarang perselisihan yang timbul sepertimana yang diungkapkan oleh Imam Hassan Al Banna. Mungkin sesetengah wadah itu merasakan mereka yang terbaik disebabkan gerak kerja, kemampuan mereka menarik ramai golongan sasar semasa program dan sebagainya, namun apabila berada di dalam JUNDIYY sepatutnya perkara atau perasaan ini tidak akan timbul. Apabila kita rasakan kitalah yang terbaik , dikhuatiri kita sebenarnya menutup salah satu pintu untuk berlapang dada dalam gerak kerja Islam.
Di dalam JUNDIYY sendiri terdapat 10 wadah yang berdaftar dan yang masih belum berdaftar , tetapi diakui "sah" dan setiap daripada tersebut mempunyai pendekatan , golongan sasar, dan pandangan yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Namun ,ingin saya tegaskan di sini , ini tidak bermaksud kita akan berpecah hanya disebabkan benda-benda kecil seperti ini.
Sejarah suatu ketika dahulu pernah mencatatkan bahawa wujudnya golongan yang taksub mazhab sehinggakan setiap penjuru kaabah ada seorang imam yang mengimamkan jemaah yang mewakili setiap mazhab. Perkara yang bidaah lagi menyeleweng ini akhirnya berjaya dibanteras oleh seseorang yang bernama Muhammad Ibnu Wahab . Amat menyedihkan perkara ini berlaku di dunia Islam dan ditempat yang suci lagi mulia, iaitu Tanah Haram. Dan secara hakikatnya saya menyedari dengan sebenarnya mazhab itu tidaklah kita boleh menyamakannya dengan wadah . Ini hanyalah satu perumpamaan yang kecil tetapi lebih terarah maksudnya.
Sepertimana yang pernah saya dan Akh Izzat Anwari tekankan dalam beberapa program JUNDIYY (sebagai contoh SIMPOSIUM BRING ISLAM BACK) yang lepas ,Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah ini bukan merupakan satu jemaah atau tanzim baru , tetapi merupakan satu "ikatan" yang mengikat wadah-wadah di atas perkara-perkara yang disepakati seperti isu-isu penindasan terhadap ummat seperti yang berlaku di Palestina dan selatan Thai, gejala sosial, murtad, Islam Liberal , ajaran sesat dan penghinaan terhadap kesucian Islam sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang .
Mungkin terdapat sesetengah wadah yang "kurang" dari segi ini ,dan ada wadah yang "pakar" dalam perkara seumpama ini. Jadi, melalui penyertaan ke dalam JUNDIYY , kita cuba menyemai perasaan bahawa perkara yang "boleh disepakati" ini sepatutnya menjadi "sebahagian daripada gerak kerja atau pemikiran kita" . Ini bermaksud, bukan hanya sesetengah wadah sahaja yang akan bercakap tentang bahaya Islam Liberal, tetapi melibatkan semua wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Dan saya berlindung dengan Allah dari pemikiran bahawa JUNDIYY lah yang terbaik dari segi pemikiran dan sebagainya. Saya melihat JUNDIYY hanyalah sebagai satu "alat" bukan satu tujuan .
Sebelum ini, semasa Pengerusi masih dipegang oleh Akh Izzat Anwari, beliau membawa JUNDIYY kepada forum Islam Liberal , namun kali ini saya masih tidak begitu berkesempatan dalam "membawakan " isu ini. Moga semester depan memberi kita semua semangat untuk terus berjuang dalam perjalanan yang sungguh panjang ini. Seperti petikan kata-kata emas Sang Mujadid Ibn Qaiyyim Al Jauziyyah-Perjalanan seorang daie itu sungguh panjang dan meletihkan. orang yang lalai akan bertanya ,"mengapa engkau rela melelahkan diri kamu seperti ini?" jawab sang daie dengan pasti, "aku mengharapkan pengistirehatan yang kekal di akhirat kelak".
Saya begitu optimis bahawa JUNDIYY akan terus mekar sebagai satu ikatan antara wadah-wadah terutama wadah-wadah mahasiswa di Pulau Pinang. Saya suka menekankan bahawa saya ini hanyalah perantara , bukan orang yang mampu menentukan halatuju sesebuah wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Moga-moga anda semua sentiasa berada dalam rahmatNya dalam perjalanan yang sungguh memenatkan ini. Salam satu perjuangan untuk anda semua.
Bersatu Memikul Dakwah Ilaihi Rabbi,
Ahmad Zhafri bin Md Noor
Science Education
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang
+60194554508
Selasa, Oktober 20, 2009
Islam dihina. Sampai bila kita hendak rendahkan diri?
Sebagai contoh, seorang Presiden sebuah tanzim dakwah berkata "ana ini hanyalah orang biasa saja, syeikh" , dalam sedar tak sedar peluang untuk kerjasama antara jemaah dan perkongsian halatuju tanzim tersekat akibat tindakan mereka ini.
Berapa banyak perkongsian pintar, kerjasama antara wadah, perkongsian idea serta pengalaman yang terlepas begitu sahaja bilamana perasaan merendah diri yang tak bertempat ini muncul? Jadilah seperti pemuda kahfi , di mana mereka bertegas bangkit menyatakan "Tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi , kami tidak menyeru tuhan selain Dia" .
Seandainya pemuda kahfi ini hanya tahu berkata< "kami tak layak menegakkan kebenaran " , bayangkan sendiri natijah akibat perbuatan mereka itu. Satu lagi persoalan, seandainya semua menghindar diri daripada amanah kepimpinan dan dakwah, siapa lagi yang akan memegang urusan yang amat berat ini? Muthusamy? Muniandy? Choong Boon Kai? Roberta marciallo?
Kita bukan berada di zaman di mana Islam itu kuat. Pada zaman di mana pemahaman islam itu begitu tegar dan asli dengan rempah-ratus warisan golongan salaf . Atau berada di zaman di mana para ulama adalah terdiri daripada muhadithin ataupun pengasas mazhab berada di dalamnya. Kita sekarang berada pada zaman di mana Islam itu dihina secara terang -terangan , ulama diperkecilkan , haq dan bathil saling bercampur dan Islam itu keluar dari jiwa manusia seumpama panah yang keluar dari busur.
Alangkah hinanya kita seandainya kita masih lagi merendah diri dan tidak mahu bergerak semata-mata kerana hendak jaga hati-hendak jaga niat dari sifat-sifat mazmumah.Alangkah zuhudnya mereka disaat para munafik dan kafir mempersoalkan syariah Islam di Malaysia (SIS dan JAG) . Inilah yang dikatakan zuhud tak bertempat. Konon-kononnya tidak mahu lahir sifat sombong, atau riak dalam hati.
Ramai juga yang akan cari kesalahan dan kelemahan penggerak lain dengan menyatakan,"ana dah buat kajian tentang enta, kelemahan enta, kalau ada penaja ana akan terbit buku pasa kelemahan enta sem ini juga". Inilah ayat-ayat sinikal yang sengaja saya ubah bilamana ada juga yang menggelarkan diri mereka sebagai penggerak ini ada masa hendak cari kelemahan penggerak lain, siap survey lagi .
Mungkin agak kelakar tapi ini realiti. Mungkin penggerak yang dicari kelemahan itu ada kelemahan , tetapi itu tidak menjadikan penggerak itu diboikot dan digelar memalukan Islam. Kita kena faham bahawa yang memalukan Islam bukan penggerak yang fail exam atau yang dapat keputusan yang rendah, tetapi yang memalukan Islam adalah para penggerak yang tidak menjaga ikhtilat, tidak bergerak dan sebagainya.
Memang apabila gagal dalam peperiksaan sedikit sebanyak akan menjadikan orang mempersoalkan kita, namun adakah pengggerak yang keluar berdua-duaan itu lebih mulia daripada penggerak yang tidak mempunyai masa untuk menelaah semata-mata kerana dakwah? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini.
Biarkan. Ini hanya khilaf untuk renungan bersama. Kenapa dicari kelemahan? Kenapa tidak dicari kelebihan sahabat kita ini, apa sumbangan sahabat kita ini, apa yang dia telah lakukan untuk agama ini.
Ada yang begitu berbangga dengan jumlah adik atau anak usrah yang ramai , namun ramai disebabkan populariti , bukan sebab apa yang hendak disampaikan iaitu islam itu sendiri .Kadang-kadang prinsip dakwah mereka ini berubah mengikut kehendak golongan ramai sehingga orang diluar dakwah akan mempersoalkan apakah bezanya antara yang ikut tarbiyah dengan yang ikut tarbiyah.
Teruskan merendah diri hingga Islam ini diranapkan . Teruskan mengumpul koleksi kelemahan para sahabat. Biarlah mereka di situ. Wahai penggerak dakwah! yang tulen Jasad dan kudrat antum diperlukan semaksimum mungkin! Jangan undur lagi ! Banyak lagi permasalahan umat kita kena fikir. Mustadhafin, Islam Liberal , murtad, gejala sosial, anak luar nikah , pelacuran , perpecahan umat Islam , ajaran sesat, agenda yahudi, ekonomi, penindasan terhadap golongan minoriti dan sebagainya. Fikir bukan setakat risau , kena bertindak !Sesungguhnya orang yang berjihad di jalan Allah tidak takut celaan daripada golongan yang suka mencela !
Selasa, Oktober 06, 2009
Wacana Intelektual merentasi IPGM
Tetapi satu perkara sahaja yang saya amat benar-benar lakukan , membaca buku ! Bahan bacaan saya bukanlah buku atau nota kuliah ,tetapi buku-buku poltik, isu-isu semasa, tarbawi, haraki dan pelbagai lagi. Bahkan agak sesuai jika dikatakan pembacaan saya agak meluas terutama pembacaan berkenaan dengan isu pendidikan , gejala sosial, pemikiran dan sebagainya.
Antara buku yang amat saya gemari ialah Maalim fi-ttariq atau Petunjuk Sepanjang Jalan , karya Syed Qutb yang bagi saya amat realistik dengan apa yang Islam mahu dengan peranan sebagai seorang hamba Nya dalam menegakkan sebuah daulah Islamiyyah. Saya telah beberapa kali khatam buku ini.
Walaupun karya ini agak kontoversi kerana dikaitkan dengan golongan anak muda yang melampau dan separuh matang , Jemaah Takfir wal hijr , namun karya ini tetap menjadi pilihan saya. Bunga-bunga bahasa agak menarik dan tidak "membebankan " pembaca muda . Karya ini berbeza dengan sesetengah buku agama yang hanya bercakap sekadar teori termasuklah perkara tentang penegakan daulah Islamiyyah.
Malay Dilemma karya Tun Dr Mahathir turut menjadi buku kesayangan saya untuk dibuat perbandingan .Banyak perkara atau kritikan yang disentuh dalam Malay Dilemma itu sendiri yang kena batang hidungnya semasa era pemerintahannya ! Namun , banyak perkara yang disinggung beliau dalam karya ini menjadi renungan kepada kita, insan yang bergelar Melayu. Selain itu, berkenaan topik melayu juga , saya gemar membaca karya Rustam A. Sani , Dr. Daniel , Pahrol Muhammad Joui dan Prof Dr Sidek Baba yang setiap dari mereka menghuraikan konteks melayu dan Islam itu dalam perspektif yang berbeza , namun halatuju yang sama .
Hamka, Said Haawa, Muhammad Qutb .Hassan Al Banna , Syed Sabiq , Mustafa Masyhur , merupakan antara tokoh-tokoh tarbiyah yang saya baca bukunya. Buku Syed Naquib Al-attas ? Saya mengimpikan bahawa saya mampu memiliki dan memahami buku tersebut ! Dengar kata , ayat yang digunakan sungguh "lazat" terutama karyanya yang bertajuk "Islam and Secularism" .
Untuk buku yang berunsur pengetahuan agama ,saya sukakan buku-buk karya Dr Asri Zainul Abidin , mantan mufti Perlis yang berani , terbuka dan bebas. Hafiz Firdaus turut menjadi rujukan , mewakili golongan yang digelar sebagai profesional ustaz atau protaz.
Buku karya Rasul Dahari ? Saya masih takut-takut untuk membaca karya beliau . Mungkin disebabkan saya tidak berkesempatan . Mungkin. Mereka inilah yang dipanggil salafi atau wahabi atau kaum muda atau sahabat sunnah. Itu panggilan orang ramai sahaja, saya sebenarnya tidak berapa berani menyentuh isu ini terutama berkenaan dengan terma "wahabi".
Set buku yang menjadi kegemaran saya ialah Radical Essentials Pamphlet Series yang dikeluarkan oleh CITIZENS INTERNATIONAL. Terdapat banyak judul dalam siri buku ini. Antaranya ialah Where Shall We Begin? Enlightened Thinkers and The Revolutinary Society karya Ali Shariati , Why I am Not An American petikan pidato Malcom X , Pedagogy of The Oppressed -An Education for Humanization karya Paulo Freire , the Colonizer and Colonized oleh Albert Memmi dan beberapa judul lagi.
Satu lagi set buku yang menjadi rujukan saya ialah THINKING CAP , terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Di dalam siri ini terdapat judul-judul seperti How School Affects Your Kids, Understanding Globalization, Understanding International Organizations Beyond Customer Culture dan bebrapa judul lagi.
Namun ,apa juan jenis bahan bacaan pun , kena sedar bahawa semuanya bermula "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"
Selasa, September 08, 2009
Mengampu tahap kronik
Oleh: Mohd Hasbie Muda
1. Saya tidak pasti mengapa perkara ini masih wujud di dalam masyarakat Malaysia kita yang semakin bertambah ramai golongan cerdik pandainya.
2. Setiap kali Perdana Menteri baru mengumumkan gagasan atau slogan yang baru, ianya akan disambut dengan begitu ghairah dan taat setia tanpa berbelah bahagi.
3. Teringat sewaktu Pak Lah mengumumkan Islam Hadhari seawal beliau mengambil-alih kepimpinan negara 5 tahun lalu, konsep itu disambut dan dilaungkan dengan begitu rancak sekali. Semua perkara mahu di’Hadhari’kan. MPMUM (badan pelajar utama UM) sesi 2004 hingga 2007 juga pernah mewujudkan Biro Kerohanian dan Islam Hadhari. Paling melucukan, ada menu-menu di hotel dan restoren ternama yang meletakkan nama Hadhari pada masakan mereka. Maka wujudlah nama-nama seperti Nasi Beriani Hadhari, Siakap Stim Hadhari dan Jus Tembikai Hadhari. Institusi lain juga tidak terkecuali.
4. Pada kali ini, Datuk Sri Najib mengitar semula satu konsep yang dinamakan 1Malaysia. Seperti biasa syarikat-syarikat korporat, institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, kedai-kedai makan, restoran dan sebagainya berlumba-lumba menyekutukan mereka dengan 1Malaysia. Tidak salah untuk menyokong gagasan atau slogan pimpinan kerajaan jika ia difikirkan betul dan sesuai. Namun biarlah sokong kerana faham bukan sokong kerana mahukan perhatian.
5. Seperti biasa, gagasan PM yang terdahulu iaitu Islam Hadhari sudah dilupakan. Ustaz dan penceramah yang dahulu paling aktif bercakap tentang Islam Hadhari, pada hari ini sudah lupa prinsip Islam Hadhari yang pertama. Paling malang, orang ramai yang dahulunya menyokong kuat gagasan itu sudah tidak lagi berminat untuk bercakap tentang Islam Hadhari.
6. Saya yakin apabila PM baru nanti mengambil alih, 1Malaysia juga akan menjadi bahan yang layak disimpan di ‘Muzium Slogan’. Fenomena sokong bermusim ini boleh adalah antara contoh budaya ampu yang wujud dalam masyarakat kita.
7. Mengapa perkara ini berlaku?
8. Masyarakat yang malas berfikir akan memilih jalan-jalan pintas untuk mencapai sesuatu hajat. Ahli perniagaan yang mahukan projek, ahli akademik yang mahukan pengiktirafan dan populariti, pekerja yang mahukan kenaikan gaji dan pangkat, mahasiswa yang mahu kepentingan diri dijaga, dan semua golongan terdedah dengan budaya ini. Mengampu adalah salah satu jalan pintas yang sangat tidak bermaruah. Ia adalah suatu kesalahan yang berat bagi mana-mana individu yang mengaku bertamadun.
9. Seorang pengampu akan menurunkan tahap produktiviti negara baik secara kualitatif mahupun kuantitatif. Apabila persaingan tidak lagi berasaskan meritokrasi tetapi dipandu oleh keupayaan untuk berdampingan dengan pemilik kuasa, maka negara sebenarnya sedang bergerak ke arah malapetaka dan kehancuran. Pada suatu jangka masa yang panjang, kita sedang membina masyarakat kita yang semakin rendah nilainya.
10. Kita tidak dapat menahan apatah lagi menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan mengampu. Kita tidak mampu mengesan siapa, bila dan di mana jenayah mengampu itu dilakukan. Kita hanya mampu berdoa dan berpesan-pesan agar masyarakat kita tidak membudayakan ampu.
11. Apa yang kita mampu harapkan juga adalah setiap orang daripada kita agar berlaku jujur pada diri sendiri. Samada memilih untuk menjadi masyarakat yang mulia ataupun rela dipandang hina.
————
*Penulis ialah Presiden Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah badan pemikir dan NGO bebas terutamanya dalam isu-isu sosio-ekonomi negara, mengembangkan pemikiran kritis dalam politik dan ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Blog Pencak Bicara MHM kini menjadi ruang analisis dan perkongsian beliau.
Aku seorang aktivis masyarakat , mahasiswa keguruan ,reformer kecil , dan nuqaba'
Itu merupakan perkenalan pertama saya dengn jemaah luar kampus. Apabila difikirkan kembali , sebenarnya jasa jemaah ini kepada saya amatlah banyak. Ia termasuklah mengisi kelompongan jiwa yang ada pada masa tersebut.
Secara jujur, saya amat menghormati kesungguhan dan keikhlasan jemaah ini dalam menyebarkan dakwah. Fasa ini fasa tazkiyyah atau penyucian dalam jiwa saya. Jemaah mana yang rela turun ke lapangan setiap hari dan bercakap tentang kehidupan akhirat setiap masa selain daripada tabligh. Sampai sekarang mereka inilah sahabat-sahabat saya yang amat saya kasihi.
Enam bulan selepas itu, saya telah diserap ke dalam sistem usrah JIM yang pada masa itu diadakan secara kecil-kecilan di surau oleh Akh Yusri Yaacob. Ahli usah hanya 3 orang untuk msulimin. Muslimat saya rasa masih belum terbentuk waktu itu. Amat bermakna usrah ini kerana daripada usrah inilah lahirnya penggerak-penggerak dakwah di sini. Sedikit demi sedikit kefahaman tentang agama saya ini ditambah-tambah sehingga saya rasa begitu yakin untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pengerak satu hari nanti.
Fasa kedua bermula dengan kehadiran seorang Akh, Akh Fairuz Jaafar yang mendedahkan saya tentang cara berorganisasi melalui penyerapan saya dalam wadah KARISMA. Masa tersebut saya masih buta dengan apa jua jemaah, kehidupan pun masih gila-gila remaja dan mentah. Saya mula mengenali sahabat-sahabat daripada jemaah lain di Pulau Pinang di SIMPOSIUM BRING ISLAM BACK, di seminar-seminar di Usm dan sebagainya.
Saya mulai rapat dengan penggerak-penggerak API PUMPP yang sebetulnya mereka betul-betul cakna tentang isu-isu semasa terutama yang berkaitan aqidah, dan beberapa wadah lain seperti rakan masjid Uitm ,dan PMI USM . Tambahan lagi saya begitu berminat untuk ikuti program-program yang bersifat lmiah ini.
Fasa ketiga , saya mula jadi pengerak. Saya mulakan dengan menghantar surat permohonan menggunakan kenderaan IPGM dan mempromosikan program bagi program luar kampus. Sebagai contoh, program yang dibuat oleh Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang. Setiap kali program dapat tarik peserta satu bas IPGM ke destinasi ceramah. Lakukan sendiri semua.
Ok lah tu bagi suatu permulaan bagi sebuah perjuangan yang sungguh panjang. Ada banyak program sehingga saya sendiri melupakannya. Tetapi ironinya, semua program hanya disertai oleh akhawat, mana ikhwah ni!Bersangka baik. Mungkin beli pampers anak.Haha.Masa ini saya hampir jatuh moral melihatkan Surau begitu lesu dengan pengisian dan kefahaman . Sekali lagi saya membawa diri ke luar.
Fasa keempat , saya mulai menjadi penggerak . Menghidupkan Persatuan Agama Islam walaupun pangkat tak de pun. Masa awal-awal penubuhan PAI dulu , saya ditugaskan untuk mengetuai Lujnah Publisiti dan Penerbitan. Sangat berat kerjanya. Tetapi amanah itu perlu ditunaikan.
Seorang buat kerja , macam mana. Kita cari bahan , kita edit, kita masukkan dalam words kita, jumpa ustazah, kena edit balik(masa tu usazah begitu rigid pasal bahasa Melayu, kena ubah struktur ayat dan penggunaan bahasa) lepas tu cetak.
Masa tu edisi seminggu sekali.Memang hari-hari full dengan aktiviti semenjak sem pertama di I4P ni lagi. Pernah hantar memorandum bantahan ke HEP dan penganjur program Karnival Rukun Negara yang hampes ,buat konsert belakang surau. Pernah juga berhadapan dengan organizer gig yang dianjurkan di RECSAM. Sendiri juga .hampir berlaku tumbuk menumbuk antara saya dengan 3 orang.
Sekarang .Agak ironi bila ada sesetengah penggerak dakwah yang mengeluh tentang kerja banyak.
Mungkin terlampau dimanjakan dengan segala keenakan dan keselesaan di I4P .Saya pernah bagitau kepada anak-anak usrah saya, jangan terlampau selesa di I4P . Natijahnya , apabila terlampau selesa, kita akan mudah menyerah dan berundur. Memang benar telahan saya. Ada sesetengahnya yang begitu mudah syahid kerana cinta walaupun dahulunya dialah segalanya.Tok Imam, pemimpin pelajar.
Fasa aktivis .Sekarang , alhamdulillah . Dengan kehadiran ramai adik-adik yang ada fikrah ini melegakan sedikit sebanyak jiwa saya.
Saya lebih suka membawa sahabat-sahabat daripada API seperti Akh Izzat Anwari, Abang Amir dan Muallim Nuruddin Bashah . Niat saya satu sahaja, supaya guru pelatih di sini terdedah dengan isu-isu yang melanda semasa termasuklah persoalan sosial. Fikrah saya KARISMA, pemikiran saya Persatuan Ulama.
Jika dikaji balik apa yang telah dilakukan , saya membuat kesimpulan bahawa sebenarnya saya cuba untuk membawa satu perubahan dari segi pemikiran dan budaya ilmu di sini. Diharap dengan berasaskan satu perkumpulan pemikir yang dinamakan IPGM THINK TANKERS, yang diasaskan oleh saya sendiri budaya ilmu itu dapat disemai di ipgm kpp.
Halatuju IPGM THINK TANKERS adalah menganjurkan sebarang aktiviti keilmuan sama ada secara rasmi atau tidak :
Rasmi :ceramah , debat, pidato dsb
Tidak rasmi: Bedah buku, perkongsian , tazkirah dsb
Ia ditubuhkan BUKAN untuk menyaingi atau mengambil alih sebarang tugas tanzim lokaliti,
tetapi ditubuhkan atas dasar ingin memenuhi sedikit kelompongan terutama dari segi pengisian dan keilmuan yang ada di IPGM.
Saya umpamakan IPGM THINK TANKERS ini sebagai NGO dalam sebuah negara-bebas, ilmiah dan berprinsip. Kerajaan adalah JPP maupun PAI.
Cukup cemburu bila sahabat sahabat di Ipgm KTB sudah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mengadakan forum ilmiah, debat dan wacana berkenaan Islam Liberal . Kita? Pertandingan Nasyid, Suara Jati , drama oleh KSB dsb.
Fikir-fikir balik, sahabat sahabiah di Ipgm mana tahu pasa KAMPUS NEGARA, mana terdedah dengan MAHASISWAKINI dan buku buku yang berkaitan dengan fikrah dan harakah (setakat ni saya tak pernah tahu pelajar ipgm ini baca buku haraki dan fikrah, kalau ada wallahua'lam).
Mereka mungkin tidak pernah tahu pun tentang peristiwa analogi yang menimpa mahasiswa. Peristiwa Baling? Dataran TiangMen?Mungkin ini yang memisahkan antara saya dengan pemikiran mereka.
Mungkin sesiapa yang membacanya cuba menafsirkan saya sebagai seorang sombong ,riyak dengan pembacaan, tetapi percayalah ini sekadar renungan bersama.
Seorang teman (akhwat PMI USM) terkejut bila saya katakan kepadanya saya pelajar ipgm. Kerana beliau sering melihat saya di USM dan mengelolakan program yang disertai majoriti MAHASISWA dari USM.
Sering jua saya terfikir, apa yang aku mampu lakukan untuk IPGM aku ini? Soalan ini mungkin akan tergantung di sini. Ya.Allah ! Jangan Kau matikan semangatku ini.
Teringat kata-kata seorang pemikir daripada India , Sir Iqbal -"Semua orang akan dikenali apabila mereka meninggal dunia, namun saya tidak .Orang tidak akan mengenali saya".
Bersama merevolusikan IPGM !
Ahad, Julai 26, 2009
Bila kalam mula berbicara-satu intropeksi
Demi Allah , saya mula meneliti semula perjalanan dakwah saya ini yang dilihat penuh kontroversi , suka duka dan perit. Saya akui untuk menjadi seorang Zhafri agak sukar kerana Zhafri ini dilihat keras , tidak mampu bertolak ansur dan sebagainya. Tetapi hakikatnya niat itu hanya Allah yang tahu .Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk menjadi seorang daie itu sehinggakan kita sendiri terdetik dalam hati adakah pertolongan Allah itu sudah dekat ? Bukan bererti kita hendak menafikan pertolongan Allah kerana dalam Al-Quran sendiri memberi jaminan kepada pejuang-pejuang agamaNya bahawa pertolongan Allah sungguh dekat. Bahkan seorang daie itu sedar bahawa Allah s.w.t telah berfirman di dalam kitabNya yang mulia , "Adakah kamu (dibiarkan berkata) kami telah beriman sedangkan kamu tidak diuji? "Namun ia lebih sekadar pertanyaan dalam diri. Sabar atas sabar-merupakan satu azimat kepada setiap ujian yang Allah tetapkan. Mahukah Aku tunjukkan kepadamu perniagaan yang tidak akan rugi? -Allah secara jelas menerangkan bahawa di dalam dakwah kita tidak akan bertemu istilah yang dipanggil rugi.
Saya lebih suka bekerja seorang diri walaupun agak memenatkan sebab saya jenis yang suka melakukan sesuatu secara cepat dan pantas . Bukan niat saya untuk mencari pangkat atau kedudukan , demi Allah , seandainya ada yang lebih layak memikul jawatan atau bebanan saya ini ,saya rela lepaskan semua jawatan saya . Saya berpendapat bahawa ada sesetengah perkara kita kena lakukan secara bersama,iaitu bersama tanzim lokaliti. Sebagai contoh program high impact seperti ceramah , pertandingan hafazan tafsir dan sebagainya,
Namun ada sesetengah perkara yang kena kita lakukan sendiri seperti mengisi kelompongan atau kekosongan pada program tanzim seperti membuka kelas aqidah ,kelas guru sedar dan sebagainya. Ada sesetengah orang yang tidak faham menganggap perkara ini seumpama satu ANCAMAN terhadap pangkat dan kedudukan mereka, sesetengah menentang atas alasan yang cukup kelakar seperti tidak mendapat kebenaran daripadsa HEP dan masih dalam perbincangan dan sebagainya.
Saya ulangi bukan niat saya-bahkan pangkat itu menjadi bebanan kepada saya suatu hari nanti. Tugas saya hanya bekerja -dan terus bekerja walaupun demam, kecederaan , keletihan dan ditentang . Kekerasan kepala saya juga terserlah bila saya berpandangan bahawa "kalau ada yang hendak bekerja bersama saya ,silakan , alhamdulillah saya terima dengan hati terbuka.
Kalau tidak mahu bekerja bersama saya ,syukur terima kasih ,saya tidak mengharapkan pertolongan sesiapa kecuali kepada Allah" . Prinsip ini seharusnya dipegang oleh setiap daie sebab saya melihat ramai daie2 atau penggerak-penggerak yang begitu takut untuk menyatakan pendapat atau membuat sesuatu yang disifatkan sebagai "lain dari kebiasaan" , "thinking out of the box" , berisiko tinggi dan takut akta! Ramai takut untuk kehadapan sehingga mesyuarat atau perjumpaan hanya dihadiri oleh orang-orang yang pasrah menerima tugasan pihak atasan dan takut untuk membangkang dan hanya bercakap di belakang.
Saya juga berpandangan bahawa institusi surau atau masjid haruslah diperkasakan dengan pengisian berbentuk tarbiyah dan sebagainya. Tidak cukup jika kita hanya bercakap bahawa kita mempunyai banyak kumpulan usrah, tetapi pengisian yang bersifat umum ini tidak ditekankan.
Usrah itu lebih kepada khususiyah manakala majlis ilmu lebih kepada umum. Bukan semua orang yang mahu dan mampu mengikuti sistem usrah ini. Pengisian juga tidak harus diskemakan , di mana setiap majlis ilmu itu terpaksa mendapat kebenaranan daripada pihak atasan , mendapat permit dan harus melalui musyawarah (yang terkadang tidak relevan dan tidak perlu) dan sebagainya. Sesetengah pengunjung masjid atau surau begitu mendambakan majlis ilmu , tetapi kehendak mereka itu tidak dipenuhi. Surau dan masjid tidak harus dimilikperibadikan , atau diswastakan atau dikawal aktiviti di dalamnya kecuali aktiviti tersebut bercanggah dengan hukum syarak .
Wanita ? Bagi saya wanita merupakan makhluk paling indah dicipta oleh Allah di alam ini. Bahkan kehormatan seorang wanita itu lebih berharga dari segala emas dan harta di dunia ini. Nabi Muhammad s.a.w begitu menyayangi kaum ini ,di mana antara kalimah baginda sebelum menghadap Rabbul jalil adalah "wanita, wanita, lindungi wanita". Sesungguhnya Islam telah mengangkat kaum ini ke tempat yang seharusnya dan sepatutnya. Apabila Islam datang , wanita dipandang sebagai suatu kaum yang terhormat, mulia, makhluk paling dipuji dan disanjungi , sesuai dengan sifat wanita yang lebih pelembut, penyabar dan mempunyai belas insan yang tinggi. Wanita seharusnya sedar tentang "harga " diri mereka sendiri dan tidak terperangkap dalam kancah pemikiran dan eksploitasi yang dicetuskan oleh kaum Adam .
Kaedah sirr (rahsia) dan hazaar (hati-hati) seharusnya tidak menjadi alasan untuk kita tidak menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Ramai orang begitu takut menegur kesalahan sahabat lain atas dasar hendak jaga hati , hendak jaga supaya dia tidak lari usrah dan sebagainya. Kaedah ini relevan dipakai apabila ia melibatkan unsur-unsur strategi seperti pembentukan kabinet bayangan dan pemilihan pemimpin secara rahsia.
Namun dalam ,konteks dakwah di Malaysia , secara umumnya, kaedah seperti ini tidak sesuai digunakan kerana dakwah hari ini merupakan dakwah yang disampaikan secara terbuka dan telus. Orang ramai yang tidak menerima tarbiyah juga tidak akan begitu takut untuk menghampiri sahabat-sahabat tarbiyah ini seterusnya ini akan menarik sahabat-sahabat di luar tarbiayah untuk menyertai tarbiyah. Sudah masanya kita bangkit dan menuruti sabda nabi dalam satu hadis sahih <" Sesungguhnya jihad yang paling besar adalah dengan menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim". Ramai yang suka jaga periuk nasi sendiri dan takut bertindak. Inilah ciri-ciri wahn sepertimana yang ditekankan dalam satu hadis nabi.
Saya juga tersentuh dengan satu rangkap kata-kata yang dinukilkan oleh sahabat nabi yang besar , Saidina Omar RA. Beliau berkata , "seorang pemuda tidak akan menyatakan itu adalah ayahku ,tetapi seorang pemuda yang berani akan berkata inilah aku!" Kata-kata itu sebenarnya merupakan satu azimat kepada diri saya sebenarnya . Saya ada identiti sendiri . iNILAH AKU !
Rabu, Jun 24, 2009
Inferiority Complex

"Eh , tak perlu lah nampak macam religious sangat , nanti orang bukan Islam menjauhi kita pula" ,"kita kena lah consider bahawa negara kita ni berbilang bangsa dan agama, tak boleh la nampak radikal sangat " dan sebagainya adalah merupakan antara kata-kata yang sering saya dengar sepanjang "terjun" dalam bidang dakwah ini.Kata-kata ini bukan keluar daripada si anak kecil , tetapi melibatkan golongan dewasa yang saya kira sepatutnya lebih bersifat rasional terhadap kata-kata mereka.
Saya tidak melihat isu ini sebagai isu ranting sahaja .Antara sebabnya ialah kerana isu ini sebenarnya boleh merosakkan aqidah yang kita pegang selama ini . Saya ulangi AQIDAH ! Saya berkata demikian adalah kerana ada sesetengah orang yang nampak begitu "tidak yakin" terhadap kesyumulan agama Islam ini. Bahkan berasa rendah diri bila bercakap berkenaan dengan agama. Bukan rendah diri sebab kurang ilmu agama , tetapi rendah diri sebab agama itu sendiri,rendah diri untuk berkata yang haq dan menegah perkara yang bathil.
Ada satu ketika , apabila saya dan beberapa sahabat saya pergi ke sekolah untuk program Pengalaman Berasaskan Sekolah di sebuah sekolah d Pulau Pinang, semasa kami hendak balik , tiba-tiba seorang perempuan cina menghulurkan salam kepada kami. Sahabat saya bersalam manakala saya hanya buat "donno" sahaja sebab tahu hukumnya. Saya tahu ada sesetengah ulama seperti Yusof AlQardhawi yang begitu lembut berkenaan kes ini sehingga menghalalkan seseorang lelaki memegang tangan wanita , namun untuk diri saya saya berpegang kepada prinsip selagi tak mencapai tahap darurat , saya tidak akan bersalam.
Saya beritahu kepada sahabat saya tadi .Tapi beliau menjawab ,"dah orang hulur salam, sambut je lah" seolah-olah benda ini biasa sahaja. Siap tambah fatwa sendiri pula-"tak apa bila sambut salam perempuan tua sebab "niat" bukan nak mengurat ,tetapi atas dasar dia tu sebaYa dengan mak aku". Amboi . Hebat fatwa ini.
Saya tegurlah sahabat saya ini , tidak kira sama ada sebaya dengan ibu kita,kakak kita , mahupun nenek kita kalau melibatkan persentuhan kulit dengan kulit antara lelaki dengan perempuan tetap haram. Hanya beberapa orang ulama yang berselisih dengan pengharaman ini.
Pernah sekali di IPGM saya berlangsung satu perhimpunan bulanan di padang. Tiba-tiba saya berasa "kelainan" apabila pengarah menyampaikan ucapan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Rupa-rupanya ia merupakan tanda "selamat datang" kepada beberapa orang sahabat dari Kanada yang belajar di IPGM ini . Memang tidak salah untuk berbahasa inggeris , tambah-tambahan lagi bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di Malaysia ,namun sifat kita yang terlampau "baik hati" ini menjadikan mentaliti "hormat" kepada sifat yang ada pada orang arat bertambah.
Tertarik dengar satu cerita daripada seorang sahabat semasa belajar di luar negara dahulu. Beliau dengan sinis berkata "punyalah ramai rakyat Malaysia belajar di tempt ana dahulu, tak adelah director bercakap bahasa Melayu!"
Bukan niat saya untuk memperbesarkan sesuatu yang "sepatutnya" tidak diperbesarkan. Tetapi dalam sedar tak sedar kita sebenarnya masih mempunyai perasaan "inferiority complex" yang mendalam dalam diri terutama perkara yang melibatkan jati diri kita sebagai seorang muslim dan Melayu .
Mentaliti terjajah masih mendekam tebal dalam pemikiran orang-orang kita. Tidak msutahi suatu hari nanti generasi muda kita hanya akan megenal jenama-jenama barat, ikon-ikon barat, makanan-makanan barat dan semua perkara berkaitan dengan barat seandainya perasaan rendah diri tidak bertempat ini terus berada dalam diri.
Usah bercakap berkenaan lambakan majalah, pakaian (fesyen) dan apa jua yang berkaitan dengan barat, budaya barat yang tidak baik dan tidak bersesuaian dengan Islam terus digunapakai sehingga orang yang menentangnya dikatakan jumud , out-dated person,katak bawah tempurung , berfikiran sempit dan pelbagai istilah yang memperendahkan golongan ini.
Isnin, Jun 01, 2009
-Aku, dia , superman-

Manis .Senyumannya tetap manis menggoda. Suaranya yang gemersik . Wajahnya cukup ayu, persis Cik Siti Wan Kembang ,cukup untuk menggetarkan jiwa setiap lelaki yang pertama kali melihatnya. Di Jeti Kuala Perlis jadi saksi pertemuan kami ,setelah 5 tahun "berpisah" dan "terpisah" . Sekarang da menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis dalam jurusan Pendidikan Jasmani.
Aku mengenali gadis ayu cilik itu di Maktab Rendah Sains Mara Beseri ,Perlis. Tidak tahu kenapa, pertemuan dengan gadis kelahiran Grik ,perak itu mengimbau kembali sejarah aku mengenali istilah apa itu CINTA MONYET. Berjiwa srikandi melayu, ayu dan lembut, tetapi bertegas dalam soal budaya berpasangan, dan aku sendiri tahu dia bukanlah gadis yang menerima tarbiyah , dan inilah yang menjadikan kelainan baginya. Seumpama dia melaungkan prinsip tiada perasaan cinta terhadap seorang lelaki sebelum kahwin walaupun dia tidak pernah berkata seperi itu. Inlah yang menjadikan aku bertambah hormat terhadap gadis itu.
AYU-VE
Berlalulah hari demi hari
Sayunya hatiku ini
Takku sangka kau di sisi
Baju kurung putih berseri...
Ayu... (kaulah wanita)
Ayu... (kaulah satu bagi)
Semadikanlah selamanya...
Yang teristimewa
Keayuanmu...
Kaulah mawarku kaulah yang satu...
Memberikanku sebutir harapan keikhlasan
Tanpaku diriku tenggelam
Siang malam ku, hanyut di dalam khayalan
Tak mudah kumelupakanmu...
Dalam dirimu pnuh kelembutan
Semakin hari makin rinduku padamu
Tanpamu ku sayu
Terkenang kembali sewaktu pertemuan dulu...
Ayunya senyumanmu
Ayunya sentuhanmu
Semadikanlah selamnya...
Yang teristimewa...
Selama-lamanya...
Keayuanmu...
(wajahmu... senyumanmu yang teristimewa)
Keayuanmu
Kelembutan dan jiwanya yang halus , cukup mengagumkan sesiapa sahaja yang mengenalinya. Sama dengan keadaan yang aku kenal dahulu. Disebut-sebut dan diminati orang. Layanannya terhadap lelaki dan perempuan sama sahaj. Tidak sombong dan petah berbicara, tetapi bukan ini yang menjadi keistimewaannya. Keistimewaanny terletak ada senyumannya.
7 Pelangi (Nyanyian Bandi Amuk)
Kasih yang kau titiskan
Menyelinap keronggaku
Halus dan mulus
Tersirat di hati
Kecintaan ini terus teguh
Berdiri di ruang hati
Berputik seranting
Gugurnya tak pasti
Senyummu bak tujuh pelangi
Bisa melembutkan hatiku
Ranumnya di bingkai sanubari
Menjadi satu reality
Seribu tahun ku turuti
Kan kuturuti
Bebananku masih sarat
Aturi langkahmu
Menuju pintu yang satu
Titianmu masih luas
Datangmu disambut
Sembah salamku padamu
Demi panji demi janji
Tak bisa gusar lagi
Kau srikandi Firdausi
Demi budi demi bakti
Kau tetap di hatiku
Memancar cahaya suci
Kau srikandi Firdausi
Ya. Aku pernah jatuh cinta dengannya . walaupun kami tidak pernah menyatakan hasrat secara terbuka, namun dalam hati dan matanya , umpama tersimpan satu luka apabila aku terpaksa berpisah dengannya setelah aku "terpaksa" keluar dari tempat pengajianku di Beseri itu. Dia menangis. Buat kali pertama, aku melihatnya menangis.Aku kaget. Tidak pernah kurasakan jiwa ini "dihargai" sebegitu rupa. Lantas memberi gambarnya bersama teman-teman yang lain, di sampin suntikan kata-kata semangat untuk diriku.
Aku mula mengenali istilah solat tahajud , qiamullail selepas peristiwa perpisahan ini. Seingat aku 28 Ogos 2004 aku terpaksa berpisah dengannya, tidak lagi melihat wajahnya yang jernih dengan ketenangan dan ketegasan(dia tetap ayu) dan suaranya yang gemersik syahdu.
Cukuplah aku menyatakan bahawa aku mulai menunaikan amalan tersebut apabila dirasakan kelemahan dan ketidaktenangan hadir ke dalam diriku. Dan tidak keterlaluan bahawa ia telah membuka dimensi baru dalam pemikiranku berkenaan satu kaum yang dinamakan hawa ini.
Dimensi yang lebih terbuka. Daripada seseorang yang suka menyumpah kepada perempuan yang dirasakan tidak "islamiik". Ya. Aku cukup membenci wanita yang kurasakan tidak Islamik sejak kecil lagi. Berpakaian ketat, tidak bertudung , tidak menjaga kehormatan diri dan sebagainya.
Bagi aku mereka ini (dengan maaf) sampah. Dan mungkin kebanyakan daripada wanita sebenarnya.. Selepas mengenali dia. Aku sedikit sebanyak berubah menjadi yang lebih toleran dan lebih lunak terhadap wanita. Hendak kata macam mana ,adik beradik aku semua lelaki. Dan kami dibesarkan dengan kasih sayang yang penuh kelakian.
Apabila masuk ke gelanggan tarbiyah, "Sampah" inilah yang aku gelarkan sebagai mad'u atau golongan sasar dan aku lebih "mencintai mereka seumpama saudara-saudarku sendiri.
Dia tidak pernah berubah. Kecuali tingginya sahaja. Tetap mesra dan melayan orang secara sama rata, sama rasa. Aku tidak berniat untuk bercakap soal cinta dan perasaan secara tidak akademik sebab aku sediri pun menyedari bahawa bukanlah tujuan ini blog ini ditubuhkan.
Blog aku ditubuhkan sebagai menyatakan sesuatu yang berkenaan dengan pendapat aku berkenaan isu-isu semasa. Aku lebih suka bercakap atau paling tidak pun menyentuh perkara yang menjadi pantang dan "sumpah" bagi guru-guru pelatih IPGM.. Namun ,biarlah kali ini, tulisan ini ku tujukan kepada diriku sendiri buat muhasabah di malam hari.
Gadisku( nyanyian Amy Search)
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya
Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku
Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci
Gadisku...
Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya
Setelah beberapa waktu "menderita" ,aku bangun kembali. Luka dalam ,beb. Cukuplah menyatakan aku ingin teruskan apa yang telah aku janjikan terhadap Allah, menjadi khlaifah di muka bumi.. Aku menyedari bahawa cara aku dan cara dia berbeza. Apa yang berbeza. Aku dan dia jiwa tak sama . Aku insafi. Dulu bolehlah, sekarang tak lagi.
Misty
Artist : Cromok
Title : Misty
Searching for an answer
Wandering through different place
Is there anything left for the heart so true?
Flying with broken wings
Plunging into certain death
The sight of you saves me from the fall
I reach out to touch you
Spread my wings towards your heart
Fly until I reach, reach my destination
Will I ever win?
Your voice answer to my doubts
Failure does not exist, EXIST, exist in my life
You, hope lies in your spark
Like candles in the dark
Guide me with your heart
You, caught me by suprise
Blink of your eyes
Light the colour in the sky
Happy ever after
Million hands grab me away from you
Million reasons nothing, NOTHING!
I ever knew, will it ever matter?
Fantasy turns to shattered dreams
I don’t know why they stop me, hate me
What have i done?
Sadness in my eyes
Even demons cry
I wait for you
There’s nothing I can do
Even back to where I start
Broken wings with broken heart
Journey
Artist : Cromok
Title : Journey
The plight of the wanderer
Telling tales of endless sorrow
Life’s been a shattered mirror
Trapped by the hands of time
Such longing that crippled my soul
The search of glory never dies in me
Wise man with guiding hands
Whose eyes shine in darkness
Please take me to where I belong
“Listen to my phrase of wisdom,
open your eyes to the vision of life,
your image of purity shows.”
“Bow to the master,”
wise man says, “to see the light.”
Your IMAGE OF PURITY shows!
The wheel of life will be turned
Life hasn’t been kind to me
Blinded by pleasure
Still travelling in misty sea
Pillaging through the trails of death
Will I ever end this Journey
Dalam hari-hari rusuh dalam jiwaku sepanjang program Persidangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Zon Utara selama 4 hari, aku menerima mesej daripada Akh Izzat Anwari - Salam ,Zhaf. Enta sibuk ke sem depan? Aku membalas mesej tersebut- Kalau ikut sibuk, setiap sem sibuk ,akh. Sibuk ngan tugasan maktab, dan sibuk dengan tugasan luar, kenapa akh?-
Beliau membalas balik mesej aku- enta sudi tak jadi penggerak ABABIL?. -Aku teringat , sem depan banyak perancangan yang telah aku buat.
Dan aku tahu perkara seumpama ini bukannya perkara mudah. Tambah-tambah lagi aku sendiri masih kabur-kabur berkenaan tugasku sebagai Pengerusi Jundiyy, satu ikatan NGO-NGO dan badan-badan dakwah mahasiswa di Pulau Pinang ini setelah dipilih pada awal tahun dulu. -Ana sudi akhi. Jawab aku dengan tegas setelah merasakan pengharapan di seblaik mesej tersebut.
Sebab aku minat perkara seumpama ini.
KARISMA-JIM sebagai wadah pentarbiyahan dan wala'. Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (JUNDIYY ,ABABIL) sebagai wadah pemikiran dan idealisme. dan PAI dan Biro Agama dan Kerohanian JPP IPGM KPP serta Ikatan Kerohanian Guru Pelatih IPGM Zon Utara sebagai wadah gerak kerja . Walaupun berat tanggungan aku, dengan pecahan kerja yang pelbagai. Itu menandakan bahawa AKU TAK PUNYA WAKTU UNTUK REHAT DAN BERSUKA RIA! .DAN JUGAK JIWANG!!!!
Kena ingat pesan Allah ,beb..
Demi Masa . sesunggguhnya manusia dalam kerugian
Kecuali orang yang beriman dan orang yang soleh
Serta orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran
(Surah Al-asr)
Aku insafi segala kekurangan diri.Target cuti ini aku akan habiskan khatam buku Falsafah Hidup (Prof. Dr. Hamka) , Jalan Ke Mekah (terjemahan The Road to Mecca, Muhammad Assad) , Ahmad Boestaman -Satu Biografi Politik, Meniti Lautan Gelora-sebuah Memoir Politik Said Zahari, The Malays Their Problems and Their Future (Syed Hussin Ali) ,Anwar Ibrahim- The Asian Renaissance dan revise balik buku-buku dan risalah-risalah berkenaan Islam Liberal.
Ar-Ruhul Jadid
Album :
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
http://liriknasyid.com
Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia
Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia
Aku teringat dengan kata-kata seorang cendikiawan terkenal ,yang mana aku lupa namanya. Carilah ilmu melalui buku dan guru sebelum kamu diangkat menjadi pemimpin. Seandainya kamu telahpun diangkat sebagai pemimpin, kamu tidak mempunyai sebarang waktu untuk membaca dan menambah ilmu.
Sepertimana yang aku tekankan sbelum ini. Post kali ini bukan untuk meluahkan sesuatu, tetapi untuk merefleks kembali jiwaku . Manusia sentiasa lupa dengan asal-usulnya. Dan aku sedari bahawa perjuangan memerlukan dua perkara yang antara yang paling penting. Pengorbanan dan Perubahan . Pengorbanan dalam erti kata mengorbankan sesuatu keadaan,perkara, dan sebagainya untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Dan perubahan dari sesuatu yang kurang baik kepada sesuatu yang lebih baik.
Orang yang Jahil lagi Hina
Selasa, Mei 26, 2009
-Ta'aruf bersama Pemilik Blog-
Hampir setahun setengah saya menulis di blog ini. Daripada penggunaan kata sapa "ana" kepada "aku " sebelum berubah menjadi "saya". Mungkin ini melambangkan pendekatan saya ,mahupun barangkali disebabkan pengalaman sehari-hari mengakibatkan kata-kata sapaan itu sentiasa berubah. Mungkin juga ini menunjukkan umur saya semakin bertambah dan memendek. Ada banyak sebab perubahan itu . To err is human. Setiap manusia mencapai revolusi tertentu dalam hidup sebelum menjadi "dia" yang sekarang.Mungkin selepas ini pendekatan saya juga akan berubah. Namun semua itu tidak bermakna bahawa prinsip saya dan jiwa saya turut berubah.Biar ta'aruf ini lain berbanding REVOLUSIONER(anda boleh merujuknya di tepi blog ini)
Kenapa Akh Zhaf?
Nama saya yang sebenar ialah Ahmad Zhafri bin Md Noor. Orang Melayu Kelantan . "Akh' bermaksud saudara lelaki dalam bahasa arab. Ia juga boleh digunakan untuk abang ataupun adik lelaki. Biasanya saya sangat suka bila seseorang memanggil saya akhi, sebab ia melambangkan lebih persaudaraan berbanding "enta" ,"awak" mahupun "you". Bukankah kita disaran untuk memanggil nama panggilan yang disukai saudaranya.
Siapakah Mujahid Page?
Merupakan nama samaran saya yang kedua. Nama "Mujahid" amat disukai oleh saya kerana ia bermaksud "Orang yang berjihad". Menjauhkan diri dari semangat mebuta-tuli , semangat jidah , pada pandangan saya memerlukan bukan sahaja semangat ataupun kata-kata ,tetapi turut melibatkan kefahaman , ilmu pengetahuan dan hati yang ikhlas. Tanpa formula-formula tersebut, atau hanya sebahagian daripada asas tersebut diambil, tadhliyah atau pengorbanan kita menjadi sia-sia. Teringat sebuah kisah di zaman nabi, di mana apabila sebuah peperangan meletus , sahabat berkata kepada sekujur mayat tentera Islam yang mati dalam peperangan tersebut. Para sahabat berkata tentulah orang yang terbunuh itu ditempatkan di syurga. Namun kata-kata sahabat tersebut disanggah oleh Rasulullah sendiri. Baginda menyatakan bahawa lelaki yang terbunuh itu akan dimasukkan ke neraka. Sebabnya? Berjuang sebab hendak menghapuskan musuh negara (nasionalis), bukan disebabkan iman dan penegakan daulah Islamiyyah."Page" pula tidak bermaksud apa-apa. Mungkin ia hanya sekadar nama.
Kenapa letak DEAFENING SILENT sebagai nama dan alamat blog?
Sebenarnya, Deafening Silent merupakan nama salah satu nama album band Trash Metal Malaysia , Cromok. Saya begitu meminati band ini semenjak sekolah menengah lagi ,di samping Metallica, Amuk , Butterfingers dan 80's Malaysia rockers bands. Kumpulan yang memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam industri muzik indie dan bawah tanah ini memiliki kekuatan dari segi "growl" vokal yang memukau, ketukan dram yang berpadu , 'mainan' gitar dan "bass" yang WOW . Fantastic! dan sudah tentu semua ini tidak membantu kecuali dengan penciptaan LIRIK yang bermakna dan tidak slapstik.Jika diterjemahkan "Deafening Silent" bermaksud "Senyap Yang Memekakkan". Apa yang saya boleh kaitkan dengan blog ini adalah walaupun blog ini tidak mampu "bercakap" , "membalas balik" mahupun "bergerak" , namun diharapkan dengan adanya blog ini , seseorang akan jadi "pekak" / "Pekak" bukan bermaksud fizikal, tetapi lebih kepada mental sebab dalam blog ini banyak perkara "pantang" , "larangan" yang selama ini fobia ketakutan tidak berasas kepada guru-guru pelatih mahupun guru-guru (bimbang dikenakan tindakan oleh pihak-pihak tertentu) disentuh. Ada sesetengah artikel yang secara "direct" mengkritik individu mahupun organisasi di tertentu hingga saya pernah diberi amaran supaya tidak terlalu "berani" oleh seorang Guru Senior.
Kenapa banyak sangat artikel yang memiliki taraf "Copy and paste" ?
Ada beberapa sebab kenapa saya banyak menceduk sepenuhnya artikel individu-individu mahupun organisasi-organisasi tertentu.1. Mungkin lebih kepada kekangan masa yang begitu mencengkam. Insyaallah, saya akan cuba menulis sendiri karya nanti. Saya cuba untuk tidak memasukkan unsur-unsur dalaman konteks "keakuan" , soal hati dan luahan perasaan. 2. Artikel yang saya petik adalah terdiri daripada artikel yang saya pilih sendiri berdasarkan beberapa sumber seperti blog, emel, akhbar dan buku-buku. 3. Saya berazam untuk menulis sendiri artikel selepas ini berdasarkan sumber-sumber yang sahih dan jitu. Dakwah melalui medium internet merupakan satu wadah yang berkesan dan cepat di samping murah.
Kenapa saya tulis banyak artikel yang menekankan perihal guru sebagai revolusioner masyarakat
Bagi saya , inilah sumbangan yang mampu saya sampaikan kepada sahabat-sahabat yang sama IPGM dengan saya dan sahabat-sahabat dari IPGM yang lain. Secara jujurnya saya tidak diberi sebarang ruang dan peluang untuk menyatakan sesuatu pemahaman dan pendirian , kecuali ada waktu tazkirah di surau dan apabila ada sesi penambahan atau masa kecemasan di dalam mesyuarat! Saya melihat kelesuan dari segi aspek aktivisme dalam diri majoriti guru peltih di IPGM saya. Maksud aktivisme di sini ialah bergiat cergas dalam melibatkan diri dalam sebarang program sukarela dan berbentuk kemasyarakatan. Berapa ramai guru-guru pelatih yang rela turun ke Alor Star dan Sungai Petani bagi melihat sendiri kebejatan sosial anak-anak muda Melayu Islam di sana melalui program yang dianjurkan badan-badan bukan kerajaan seperti Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah (UNGGAS) , atau berdakwah kepada orang bukan muslim di tempat-tempat awam seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dari IPSI , ataupun menjadi fasilitator tanpa bayaran dalam program Kelab Remaja JIM , ataupun setidak-tidaknya menyertai Usrah di IPGM!Bagi saya ini merupakan suatu kerugian walhal peranan guru pada suatu ketika dahulu dikatakan amat penting disebabkan mereka merupakan pemimpin masyarakat .Suatu ketika dahulu lepasan maktab perguruan adalah antara antara penggerak massa ke arah membebaskan masyarakat daripada penjajahan mental dan fizikal. Siapa tidak kenal Pendeta Za'aba, lepasan Sultan Idris Training College yang banyak merubah mentaliti orang Melayu yang terlampau "manja" , "penakut" dan lebih selesa berada di bawah penjajahan. Saya mengimpikan idealisme terus subur dengan aktiviti bercorak kelmuaan memiliki tempat di hati setiap guru pelatih di IPGM . Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah melalui halaqah ilmu, bedah buku, diskusi ilmiah dan pelbagai aktiviti yang membawa kepada penerokaan pemikiran. Pembudayaan budaya ilmu seperti pembacaam buku-buku imiah yang lari dari subjek yang diambil di IPGM dan meneliti isu-isu semasa yang melanda masyarakat glokal seharusnya diamalkan . Berapa ramai yang kenal tokoh-tokoh yang merevolusikan masyarakat dan dunia seperti Ernesto Che Guevara ,Ali Shariaati, Imam Hassan Al Banna, Muhmammad bin Abdul Wahab , Pak Natsir, Tok Janggut, Malcom X , Muhammad Abduh, Jalaluddin Al Afghani , Ibnu Timiyah, Imam Al-ghazali, Tun Dr. Mahathir, dan ramai lagi tokoh-tokoh yang mungkin namanya tidak begitu dikenali , namu sumbangan mereka terhadap masyarakat amatlah besar. Saya suka dengan sajak yang dikarang oleh Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant) yang secara jelas refleks kepada peranan guru yang sebenar sebagai revolusiner, mujadid dan pembaharu masyarakat.
GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG

