Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Memaparkan catatan dengan label tanzim/organisasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanzim/organisasi. Papar semua catatan

Isnin, Jun 22, 2009

Taksub jemaah? Puak aku lebih betul?

Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal Islam atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, jemaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jemaah atau organisasi. Bukan dengan al-quran dan as-sunnah . Dalil -dalil al-quran dan sunnah akan ditafsirkan seiras dengan kehendak organisasi.

Hizbiyyah ini akan menjadikan seseorang taksub kepada jemaah sehinggah tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jemaahnya betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah keputsuan jemaah atau keputusan syura, sekalipun menyanggahi nas.Inilah sikap hizbiyyah atau asabiyah yang dicela.

Saya gemar untuk menyentuh keperihalan taksub jemaah bilamana melihatkan ada sesetengah ahli-ahli jemaah yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang baru "menjejakkan kaki " ke medan perjuangan kampus mahupun penggerak-penggerak kampus sendiri yang begitu taksub kepada satu-satu tanzim.

Ada seorang anak usrah saya berkata dengan nada yang sedih bahawa ada sesetengah sahabat beliau yang seolah-olah memberi "nasihat" kepadanya supaya berundur daripada menyertai tanzim luar daripada tanzim lokaliti . Mereka berkata beliau telah begitu banyak berubah bila mengenali sesetengah "sahabat " yang menerima ekstra tarbiyah dan pendedahan . Saya sebagai penggerak pun menepuk dahi tanda terkejutnya terhadap "luahan hati" anak usrah saya ini.

Saya dengan nada simpatis menyuruh beliau bersabar walaupun saya sendiri tahu bahawa ada sesetengah penggerak sendiri yang tidak mahu menerima sebarang tanzim luar, katanya taat setia kepada tanzim yang asal. Ada sesetengah penggerak yang sampai sekarang tidak begitu faham konsep wala' kepada pemimpin dan sirr wa hazaar (kerahsiaan dan berhati-hati) sehingga begitu takut untuk menyertai sebarang program luar walaupun ia membina fikrah dan kefahaman tentang gerak kerja.

Ini baru tanzim ,tidak masuk lagi perbezaan antara mazhab yang suatu masa dahulu mengakibatkan umat Islam terjerumus ke kancah mengkafirkan antara satu sama lain dan perpecahan antara muslim. Beberapa orang sahabat pernah berkongsi cerita kepada saya berkenaam sikap yang diamalkan oleh penggerak-penggerak dakwah di lokalti mereka. Ada sampai tahap bergaduh dan tidak bertegur sapa hanya kerana merasakan diri mereka yang terbaik dan berbalah mencari mad'u .

Bagi saya , perkara seumpama ini janganlah diperselisihkan kerana ia hanya mendatangkan kerugian terhadap umat Islam itu sendiri . Imam Hassan Al-Banna pernah berkata ," kita bersatu atas apa yang disepakati , dan kita berlapang dada terhadap apa yang diperselisihkan".

Alhamdulillah, perkara ini tidak pernah berlaku kepada IPGM saya di mana kebanyakan usaha dakwah dilakukan oleh penggerak-penggerak lokaliti mahupun tanzim tunggal. Seandainya sikap taksub kepada jemaah ini menular dalam darah daging kita, dikhuatiri satu hari nanti akan berlaku perpecahan disebabkan adanya tanzim baru yang menggerakkan IPGM.

Ketidakfahaman kepada gerak kerja jemaah ini hanya akan membantutkan usaha dakwah itu sendiri. Kalau ketidakfahaman ini berlaku di kalangan adik-adik yang baru menjinak-jinakkan diri dalam arena dakwah kampus, ia masih boleh diterima. Tetapi apabila penggerak sendiri tertanya-tanya dan menentang sesuatu yang baru dan ekstra, ada sesuatu yang tidak kena terhadap tarbiyah.

Saya tidak begitu gemar dengan slogan ,"kalau masuk universiti cari Karisma , PEMBIN A , Hizbut tahrir , PMI , dan apa jua wadah" sehinggakan wujud satu stigma dalam pemikiran adik-adik bahawa sesetengah tanzim sahaja yang dapat diikuti, tanzim lain tidak boleh ,sebab tidak Islamik , jauh dari penghayatan Islam dan sebagainya. Dan saya percaya ada di antara mad'u dan bakal mad'u yang "lari" daripada menerima tarbiyah bila melihatkan "perpecahan" ini.

Bagi saya sendiri secara peribadi, menyertai tanzim lain di samping menumpahkan ketaatan (atau gerak kerja dan usrah)kepada sistem pentarbiyahan yang satu atau tunggal banyak memberi kelebihan dari segi pengalaman, gerak kerja, pemikiran dan pengetahuan kepada saya .

Seandainya sikap terlampau "bergantung" , taat tak tentu pasal, dan jumud (beku) ini terus melekat di pemikiran penggerak-penggerak dakwah itu sendiri , saya percaya bahawa dakwah ini hanya setakat usrah , progaram ,usrah , program . Setakat itu sahaja yang kita nampak sehingga melupakan sendiri realiti yang melanda masyarakat massa.

Inilah yang begitu menyedihkan. Kekeliruan ini hanya mencetuskan fenomena "selagi kakak usrah ,abang usrah aku tak join benda ni aku tak nak join benda ni' dan akhir sekali perkembangan dari segi pemikiran dan gerak kerja tidak dapat bercambah disebabkan takut melanggar "tabu" ini.

Sempat berusrah bersama adik-adik (akhawat semuanya) mengenai taasub jemaah , konsep taadud(kepelbagaian)jemaaah dan peri pentingnya kita mengetahui gerak kerja sesebuah tanzim yang lain. Sebab itulah apabila wujudnya satu 'ikatan" yang mengikat penggerak-penggerak antara IPG Zon Utara , Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara , saya adalah antara penggerak yang gembira dengan idea penubuhan ini disebabkan akan ada pengaliran dan percambahan pemikiran bersama sahabat-sahabat daripada IPG yang lain. Saya sering merindukan suasana di mana akan ada ikhwah mahupun akhawat di IPG saya yang akan bertanyakan , 'mana program ilmu minggu ini ? apa beza antara khalafi dan salafi? syed qutb seorang bughoh? dan sebagaimya.

Saya optimis seandainya amalan ilmu dan perkongsian pintar bersama jemaah lain diamalkan , tidak mustahil akan lahir individu yang mampu bercakap seperti JIM (dari segi tarbiyah) , PAS (dari segi siasah atau politik ) , Persatuan Ulama (dari segi aktivisme dan pemikiran ) dan PAI dari segi gerak kerja dan sebagainya.

Sabtu, Oktober 18, 2008

dari radix "o" panas komtar , kepada .......

Salam, lepas solat subuh, tepatnya pada waktu dhuha seorang ikhwah mengajak ana makan di Taman Tun Sardon, tempat yang biasanya ana tidak melepaskan diri daripada pergi ke sana pada setiap hujung minggu. Kebetulan , semasa ikhwah ini mengajak ana ,terdapat 2 orang lagi ikhwah bersama ana … Akh Rozaimi dan Adik Lan …dah ada , baik ana ajak sekali diorang ni, bisik diri ana.jadi kami pergi la ke taman tun sardon, makan di kedai melayu pure kat sana. Daripada ramai-ramai kedai , kedai ni la pa;ling pure mlayunya… bukan india muslim atau lain-lain campuran.

Selepas memesan minuman , ana timbulkan suatu cerita kepada sahabat-sahabat ana, ikram , Rozaimi dan Lan. Ana ada bercakap secara panjang lebar dengan seorang ikhwah di kafe mami (kafe institute)… Ikhwah ni , ana tau dia prnah menjadi Yang Dipertua bagi perwakilan Pelajar di matrikulasi dia dahulu. Fikrah dia, Alhamdulillah, ana boleh respek. Namun secara sugul dia memberitahu ana bahawa dia semakin hanyut dengan persekitaran institute itu sendiri. Dia bagi contoh ,ikhtilat lelaki dan perempuan . Dia meluahkan perasaan betapa beliau berasa sedih dengan penggerak-penggerak dakwah di institute itu sendiri yang bukan sekadar tak bergerak ,namun fiil atau sikap mereka sama sahaja dengan golongan mad’u. contoh dia ana dh bagi tadi pasa ikhtilat lelaki dan perempuan .Ikhwah ini rasa keseorangan. Ai, dekat 2 jam jugak ana lecture dia…. Pujuk dan memberi pandangan ana sebagai seorang yang walaupun baru dalam dakwah , namun pengalamn seperti ikhwah tadi telah ana alami.dia anak usrah ana. Ok, ana taknak sntuh panjang pasa apa yang ana ckp dengan beliau semalam.sebab perbincangan itu terlampau panjang untuk disentuh dan di’recall” balik.

Hasil daripada perbincangan ringkas tapi padat itu tadi, ana dapat simpulkan beberapa perkara. Sesetengah perkara (maaf) , ana hanya dapat kongsi bersama teman-teman se tanzim sahaja sebab ia terlampau peribadi untuk dikongsikan di sini kerana ia melibatkan kredibiliti tanzim dan individu itu sendiri. Antara perkara yang dapat disimpulkan daripada perbincangan tersebut ialah :

1. Kefahaman
2. Tanzim/organisasi
3. Persamaan fikrah (wujudkan think tank)

Perkara pertama ialah berkenaan kefahaman itu sendiri. Kenapa kita bergerak? Kenapa kita kena berdakwah? Kenapa kita harus susahkan diri semata-mata kerana urusan ini. Ana bagi contoh, ramai daripada kalangan kita hanya bersemangat apabila ada "sebab" atau "pemangkin". Senang cerita menjadikan seseorang figure sebagai pembakar semangat untuk terlibat dalam dakwah. Namun semangat mereka ini lenyap bila figure ini ditransfer ke tempat yang lain. Sahabat yang selama ini sua\sah senang bersama kita, yang selama ini makan minum setalang sekali dengan kita , sahabat yang selama ini kami ikut program bersama , namun akhirnya? Ramai yang syahid…. Ramai yang hilang semangat bila hilangnya figure ini. Ana tidak boleh lupa saat bila seorang sahabat ana yang ana tahu fikrah dia tiba2 ingin keluar dari tanzim ini dan menyatakan kepada ana secara direct bahawa dia rasa tak syok masuk tanzim sebab dia takut mencemarkan nama baik tanzim(dalam konteks ini Persatuan Agama Islam).Ana tahu sebabnya. Dan ana tahu itu bukan sebabnya(iaitu tidak mahu malukan tanzim) . Sekarang, dia bukanlah seorang "sahabat" yang ana kenali dulu. Ada sesetengah sahabat ana yang trus ghaib tanpa sepatah kata. Ana tidak menyalahkan figure ini namun, mungkin ini berpunca akibat “fikrah centric” yang dibawakan oelh figure ini “berjaya” mewujudkan satu kefahaman bahawa hanya figure ini yang layak, mampu dan boleh bawa usrah kami. Buktinya , ramai adik2 usrah yang selama ini mengikut usrah tiba2 ghaib umpama ditiup angin bila figure ini tiada . adik2 ni ana tahu diorang ada fikrah, ada ilmu ada keinginan untuk berdakwah, namun….tiada kefahaman ..kefahaman tentang apa itu usrah ,kefahaman tentang kepentingan usrah ,kepentingan kenapa kita harus bergerak , kefahaman tentang apa yang kita nak capai dalam usrah tersebut…..

usrah sebenarnya bukan hanya nak ilmu sebenarnya, bahkan ilmu yang ada atau diberikan oleh naqib atau naqibah tidak banyak pun berbanding ilmu yang kita dapat semasa mendengar kuliah dan ceramah . Namun dalam usrah itu sendiri memberi penekanan(sepatutnyalah) tentang KEFAHAMAN tentang apa jua persoalan yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Usrah juga tempat kita melatih diri untuk terlibat dalam oraganisasi/tanzim kerana apabila datangnya kefahaman , kita bukan setakat menjadi pengikut, tetapi menurut naqib ana, merupakan penggerak dakwah /tanzim itu sendiri.

Ada di kalangan pengerak-penggerak dakwah itu sendiri (ana refer sebagai naqib/naqibah) walaupun membawa usrah kepada adik-adik , namun dari segi ikhtilat , perangai dan perbuatan tidak melambangkan mereka ni bawa usrah. Kadang2 ana fikir , mereka ni lebih “teruk” perlakuannya berbanding orang yang tidak pernah menerima tarbiyah. Umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan betul…. Kalau perkara “basic” pun tak setel, camne ngan perkara yang lebih besar? Inilah fungsi KEFAHAMAN ,wahai saudara-saudaraku… Kefahaman itu hakikatnya milik total ALLAH S.W.T. Namun kita perlu berusaha untuk mendapatkannya . caranya , sentiasa berdoa, tunaikan hak ALLAH S.W.T (melakukan suruhan , meninggalkan larangan) dan jaga peribadi. Ramai yang tak faham dan hanya bersemangat di waktu-waktu tertentu sahaja.

Perkara kedua (hasil perbincangan) ialah berkenaan dengan tanzim itu sendiri. Banyak skop (dari konteks tanzim) yang kami bincangkan pagi tadi sebenarnya. Tapi ana akan focus lebih kepada

• Perlunya tanzim dikepalai oleh seseorang yang bukan setakat berfikrah , mampu jalankan program , namun “faham “apa yang diperjuangkan. Bukan hanya setakat masa program , masa nak arahkan orang sahaja muncul muka. Waktu lain, haram nak jmpa. Apabila dibicarakan berkenaan sesuatu organisasi yang menjadikan Islam sebagai “ halatujunya” atau tujuan, suatu benda/perkara yang kita kena tahu bahwa kita menganjurkan sesuatu program bukan setakat nak orang join sahaja, atau ingin mencapai matlamat akhir sahaja, namun yang paling penting dakwah itu sendiri.Tidak akan dinamakan organisasi Islam seandainya penekanan terhadap penyebaran kefahaman Islam ,fikrah dan dakwah hanya dianggap benda yang kecil. Ambil contoh Persatuan Bahasa Melayu atau apa2 jua persatuan yang tidak berorientasikan agama. Mereka hanya bergerak apabila ada program . Tapi , adakah itu yang kita mahu ? “konon-kononnya” menyebarkan fikrah Islam secara keseluruhan di alam Kampus?

Firman Allah dalam surah As-saff , ayat 2 dan 3 ;

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? (Itu ) sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


• Keperluan untuk sesuatu kepimpinan untuk memahami apakah tujuan dan halatuju atau arah tanzim tersebut ingin dibawa.Adakah kita hanya terikat dengan “kontrak” aktiviti/program sahaja? Adakah kita hanya bergerak bila ada sahaja program namun hilang ghaib bila program tersebut hilang? Halatuju , ataupun target sepatutnya ada bagi sesuatu tanzim. Umpama kapten sebuah kapal, begitulah peranan sesuatu kepimpinan itu sendiri.


Perkara yang ketiga dan pengakhiran (hasil perbincangan tadi) ialah perlunya diwujudkan sebuah pasukan pemikir atau think tank. Dalam pasukan ini ,kita akan binangkantentang banyak perkara yang dirasakan berupaya merubah “persekitaran” IPGM itu sendiri. ana gariskan beberapa kepentingan wujudnya think tank ini:

• Mewujudkan satu fikrah/pemikiran / pendapat yang sama berdasarkan beberapa persoalan dan isu yang timbul. Sebagai contoh :isu coupling dan berdua-duaan. Dalam think tank ini kita akan bincang tentang cara ngi mencegah atau usaha yang kita perlu buat bagi memastikan gejala ini tidak terus berlaku di IPGM kita ini.Buat satu resolusi yang munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan. Mungkin di kalangan ahli think tank ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pensyarah-pensyarah , mungkin ada yang rapat dengan pentadbir sekolah dan mungkin ada di kalangan ahli think tank yang memegang portfolio dalam organisasi berdaftar di IPGM. Sebagai contoh : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Persatuan Agama Islam. Ahli-ahli dala think tank inilah yang akan mewujudkan “tekanan” terhadap pihak pentadbir terhadap isu ini.

• Dapat menarik sahabat-sahabt yang berada di luar PAI mahupun JPP agar sama-sama berfikir dan menyumbangkan buah fikiran bagi memantapkan lagi perjalanan IPGM itu sendiri-bertindak sebagai watchdog IPGM .Dari sini kita akan melatih /mengajak sahabat-sahabt di luar tanzim ini untuk sama –sama “berjuang” dan menyertai tanzim.

• Beberapa startegi lain yang ana rasa sepatutnya dirahsiakan dan hanya harus diperbincangkan bersama sahabat-sahabat dalam tanzim. Ana akan perhalusi bersama teman-teman yang lain lagi. Yang pasti mewujudkan "shadow" kabinet.