Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Memaparkan catatan dengan label kenyataan akhbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenyataan akhbar. Papar semua catatan

Selasa, November 02, 2010

Memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara berhubung penangkapan dan penahanan saksi inkues K.Selvach Santhiran

Memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara berhubung penangkapan dan penahanan saksi inkues K.Selvach Santhiran



Bukit Aman, 30 Oktober 2010





Pengenalan

Penurunan prestasi PDRM secara berterusan ke arah tidak memperdulikan undang-undang dapat dilihat dengan jelas dalam peristiwa penangkapan dan pemukulan K. Selvach Sathiran pada 25 Oktober lalu. Dia dipukul dan ditangkap oleh sekumpulan lelaki berpakaian biasa yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis yang tidak memperkenalkan diri mereka secara jelas. Selvach merupakan salah seorang saksi utama yang membuat kenyataan terhadap polis dalam inkues kes kematian R. Gunasegaran dalam tahanan pihak polis yang diputuskan baru-baru ini.



Pada hari keputusan itu disampaikan dalam inkues tersebut, polis bertindak ke atas Selvach dan datang ke rumahnya untuk menangkapnya. Ketika anak-anak Selvach bertanya kepada polis mengapa ayah mereka, diseret pergi, polis menjawab dengan memukul Selvach di hadapan anak-anaknya sendiri. Pihak polis dalam memutarbelit kasih sayang suami isteri, cuba membuat S.Saraswathy, isteri kepada Selvach untuk mencium suaminya, sebelum memukul Selvach di hadapan isterinya.



Selvach telah melaksanakan tugasnya sebagai warga yang bertanggungjawab dengan memaklumkan kebenaran berkenaan kematian R.Gunasegaran dalam inkues kematian di dalam tahanan polis. Selvach kini ditahan di suatu tempat yang tidak diketahui tanpa dibenarkan untuk dihubungi oleh keluarga dan peguam, biarpun banyak usaha telah dibuat untuk menemuinya atau mengetahui kedudukannya.



Difahamkan dia kini ditahan tanpa bicara dibawah undang-undang menindas Ordinan (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Darurat 1969 ataupun Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membenarkan polis menahan seseorang itu bagi tempoh 60 hari tanpa sebarang perlindungan kehakiman dan kemudiannya perintah penahanan selama 2 tahun oleh Menteri Dalam Negeri.





Bantahan Kami

Sementara kami memahami bahawa pihak polis mempunyai tugas penting dan berat untuk mencegah dan membanteras jenayah, namun polis juga perlu memahami bidang kuasa luas penangkapan dan penahanan tidak boleh disalahgunakan dan digunakan sewenang-wenangnya. Sebagai pasukan polis yang profesional, mereka harus dipandu oleh undang-undang dan proses undang-undang di negara ini dan tidak boleh bertindak dengan kebebasan atau sesuka hati dan tidak mengendahkan perlindungan perlembagaan dan kehakiman.



Hal ini malangnya menunjukkan gejala ketidakmampuan pihak polis untuk bertindak profesional sebagai pasukan polis yang boleh bekerja dalam sistem kehakiman jenayah moden dan bukannya menggunakan akta-akta pencegahan yang tidak memerlukan ketekunan dan kerja-kerja polis yang sebenar. Pasukan polis seharusnya bekerja keras untuk menjadi sebuah pasukan moden dan profesional yang sesuai dengan piawaian antarabangsa serta dengan amalan terbaik dan tidak mundur dengan amalan salah yang menyebabkan masyarakat banyak hilang kepercayaan terhadap pasukan polis.



Tindak balas ganas dan tidak sah di sisi undang-undang oleh pihak polis mencerminkan keangkuhan dan kurangnya rasa hormat terhadap Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan prosedur perundangan. Ini bukan kejadian terpencil tetapi kelanjutan daripada serangkaian panjang tindakan pihak polis yang menunjukkan kebencian mereka terhadap hak-hak rakyat, yang telah mengakibatkan penyalahgunaan kuasa polis yang mengarah kepada keganasan, penyiksaan, penangkapan sewenang-wenangnya, penahanan berpanjangan, penembakan, keganasan dalam tahanan dan kematian.



Kes penangkapan dan penahanan Selvach bertambah parah apabila dia ditangkap pada hari yang sama - selepas "keputusan terbuka (open verdict)" yang memalukan dan mengundang skandal itu disampaikan oleh Koroner Kehakiman Siti Shakirah Mohtarudin, dalam inkues mencari punca kematian R.Gunasegaran dalam tahanan polis. Selvach merupakan salah seorang daripada tiga orang yang berada dalam tahanan polis bersama-sama dengan R.Gunasegaran dan mereka secara konsisten mengenal pasti Lans Kopral Mohd Faizal secara fizikalnya menyerang mendiang si mati. Mereka memberi keterangan walaupun terdapat ancaman terhadap keselamatan mereka oleh pihak polis dan biarpun terdapat pujukan bahawa kerjasama mereka akan menjamin mereka dibebaskan segera.



Hal ini bukanlah suatu kebetulan yang menyaksikan Selvach ditangkap begitu cepat dan tambahan lagi beliau ditahan di bawah tuduhan yang tidak jelas dan dibawah peruntukan perundangan menindas yang membenarkan pihak polis menahan seseorang tanpa bicara, selama dua tahun. Pelapor kesalahan seharusnya diberi jaminan perlindungan oleh sistem perundangan dan bukannya dihukum oleh para penguatkuasa undang-undang. Kes ini telah dengan terang menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan suatu kesalahan yang serius dan boleh didakwa menurut Kanun Keseksaan dan juga boleh dikenakan tindakan hina Mahkamah. Selanjutnya, tindakan ini menunjukan pihak polis bertindak balas dengan dendam dan jelas bertujuan untuk menakutkan sesiapa saja yang bersuara melawan ketidakadilan atau kesalahan yang dilakukan oleh para anggota polis.



Perundangan tidak adil dan tidak bertamadun seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) dan Ordinan Darurat tidak patut wujud dalam sebuah negara moden seperti Malaysia. Undang-undang dan pendekatan menindas ini melanggar hak asasi manusia setiap rakyat yang dijamin perlembagaan serta meremehkan kuasa kehakiman dan proses perundangan. Majlis Peguam Malaysia dan masyarakat sivil secara tegasnya telah berkali-kali menyeru pemansuhan semua undang-undang tahanan pencegahan serta untuk berhenti melakukan penangkapan dan tangkapan berulang kali yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya.



Polis tidak boleh dibenarkan untuk terus beroperasi dalam persekitaran yang bebas dan kebal daripada proses undang-undang dan kehakiman. Namun seperti apa yang jelas digambarkan dalam episod menyayat hati ini, pihak polis baru saja menyampaikan mesej mereka yang kuat, bahawa mereka boleh bertindak sesuka hati tanpa mengambil peduli undang-undang, profesionalisme pasukan polis serta undang-undang dan prosedur yang mengatur tata cara perilaku mereka.





Tuntutan Kami

Ketua Polis Negara mesti:

a) melepaskan Selvach serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya dan keluarganya;



b) mengambil tindakan tegas, termasuklah pendakwaan jenayah dan tindakan disiplin terhadap anggota polis yang menyerang dan menangkap Selvach;



c) menyokong penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang akan berfungsi secara bebas, sebagai lembaga luar yang akan menyiasat aduan terhadap anggota polis dan akan membuatkan pihak polis bertanggungjawab terhadap perilaku mereka;



d) menghentikan amalan menangkap dan tangkapan semula dibawah undang-undang tahanan pencegahan;



e) berjanji untuk menghormati hak rakyat untuk mendapat akses yang luas dan bebas terhadap khidmat peguam pada bila-bila masa;



f) mewajibkan pihak polis berpakaian biasa untuk memperkenalkan diri mereka dan memaparkan kad kuasa mereka apabila melaksanakan penguatkuasaan;



g) menyokong pendidikan hak asasi manusia dan program latihan, dengan maksud untuk mengubah sikap dan kaedah penguatkuasaan undang-undang.







Diserahkan oleh Lawyers for Liberty (LFL) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak keluarga K. Selvach Santhiran

Rabu, Mei 19, 2010

ISU JUDI-PENDIRIAN FORUM PENYELARASAN UMMAH

Kenyataan Media FORUM

Susulan dari pengeluaran lesen judi bola sepak sempena piala dunia 2010, Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (FORUM) mendesak agar Kerajaan menarik balik lesen tersebut yang telah diberikan kepada Konglomerat Perjudian, Berjaya Groups Sdn Bhd. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Pada 12 Mei pula, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Melihat kepada proses membuat keputusan yang begitu singkat tanpa merujuk kepada maklumbalas awam, FORUM merasakan wujud keraguan dalam proses meluluskan lesen tersebut. Dengan ini, FORUM menggesa SPRM untuk menjalankan siasatan jika ada sebarang penyelewengan yang berlaku. Dalam hal ini, pihak FORUM akan membuat laporan rasmi kepada pihak berkenaan.
Pada hemat FORUM pemberian lesen judi bola tersebut wajar dibatalkan kerana kerana ianya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran mana-mana agama, bahkan ianya juga bercanggah dengan lunas dan tatacara berfikir yang betul serta tidak menepati etika dan budaya masyarakat ketimuran. Malah FORUM berpendapat dengan kelulusan lesen judi berkenaan akan mengundang pelbagai impak negatif kepada Negara, masyarakat dan individu. Perkara ini juga akan menjatuhkan nama baik Malaysia sebagai sebuah negara yang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi di persada dunia. Justifikasi kerajaan bahawa pemberian judi berlesen akan memudahkan pengawalan adalah tidak tepat sama sekali. Tidak ada sebarang jaminan bahawa para penjudi akan hanya berjudi melalui judi lesen.
FORUM bimbang jika kerajaan terus berfikiran prakmatik yang songsang seperti ini, suatu hari nanti kegiatan maksiat seperti pelacuran pula akan diberikan lesen seperti di Belanda, atas alasan yang tidak Syarie. Pertaruhan piala dunia tidak seharusnya dibenarkan atas apa alasan sekalipun kerana ia akan turut mengundang banyak lagi gejala sosial, rumahtangga porak-peranda dan seterusnya masyarakat menjadi huru-hara. Tambahan lagi, judi piala dunia yang berlansung empat tahun sekali, tidak kurang bahaya berbanding judi lain kerana masyarakat mungkin menganggap tempoh yang lama dan sekali sekala itu ‘tidak salah’ untuk melibatkan diri. Dengan tanggapan seperti itu, FORUM yakin keadaan akan menjadi tidak terkawal dan menegaskan sama ada Piala Dunia atau lumba kuda, judi wajib diharamkan sama sekali.

FORUM PENYELARASAN UMAT PULAU PINANG (FORUM)
19 Mei 2010

Khamis, Mei 06, 2010

MAPIM USUL DEWAN RAKYAT KELUARKAN RESOLUSI KHAS ISU GAZA DAN JURUSALEM TIMUR , AHLI PARLIMEN MALAYSIA TURUT SERTA DI MISI FLOTILLA KE GAZA SERTA SOKON

Kenyataan Media
7 hb April 2010

MAPIM mengusulkan supaya Dewan Rakyat yang kini sedang bersidang mengeluarkan resolusi khas mengutuk keganasan Israel yang sehingga hari ini terus melakukan pelanggaran hak asasi manusia ke atas rakyat Gaza .

MAPIM adalah jawatankuasa gabungan badan-badan Islam Malaysia yang terdiri dari 24 organisasi gabungan negeri dan kebangsaan yang berfungsi untuk menegakkan keadilan dan kesatuan umat Islam berasaskan petunjuk Al Quran dan As-Sunnah
Semenjak Israel mengganas ke atas Gaza pada awal 2009 dalam serangan 22 hari yang bertujuan membunuh dan menghancurkan Gaza , malangnya sehingga kini kezaliman Israel masih tidak berhenti.

Termasuk juga ialah tindakan Perdana Menteri Israel Benjamin Natanyahu yang terus berdegil membina kependudukan di Jurusalem Timur walaupun ia suatu yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Parlimen Malaysia perlu sekali lagi menyatakan pendirian tegas terhadap keganasan tidak berperikemanusiaan Israel yang terus melancarkan serangan keatas Gaza, disamping membina tembuk besi disepanjang sempadan Gaza – Mesir serta mengenakan kepungan keatas Gaza sejak 2006 lagi.

Situasi terkini menunjukkan kepungan ke atas Gaza dan serangan yang masih dilakukan oleh Israel telah menjadikan Gaza berada dalam keadaan dharurat.
\
Dengan tindakan zalim itu pada hakikatnya Israel bertujuan untuk meneruskan tekanan ke atas seluruh populasi Gaza melalui pemusnahan segala kemudahan awam yang ada,
Kami ingin mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen Malaysia bahawa serangan Israel pada awal 2009 yang mengakibatkan 1400 orang awam yang terbunuh , puluhan sekolah , masjid , hospital , ambulan , stor ubatan , bangunan PBB yang musnah, namun sehingga kini rakyat Palestin di Gaza terus menderita.

Walaupun laporan khas dari Suruhanjaya PBB iaitu Goldstone Report telah mendedahkan bukti betapa dalam serangan 2009 itu , Israel telah bertindak luar biasa dengan serangan ganas yang tidak proporsional dengan serangan balas HAMAS , dan sepatutnya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa , akan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang dilakukan ke atas Israel sehingga hari ini.

MAPIM berpendirian bahawa Malaysia tidak harus tunduk kepada mana-mana kuasa Barat untuk terus menegaskan pendirian mengutuk Israel dan berusaha agar hak rakyat Palestin dikembalikan dan Israel dihukum di atas segala pelanggaran hak assasi manusia berdasarkan undang-undang antarabangsa yang dilakukannya ke atas Gaza.

MAPIM berpendirian Malaysia sebagai negara yang berdaulat perlu menegaskan prinsipnya untuk tidak mengiktiraf Israel dan memastikan segala perhubungan rasmi samada dalam perdagangan , ekonomi , ketenteraan , kebudayaan , sukan mahupun diplomatik tidak diadakan dengan Israel samada secara langsung atau tidak langsung.

MAPIM menerima maklum bahawa sebuah koliasi sudah terbentuk di Turkey dalam usaha untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza. Koliasi ini menggabungkan beberapa organisasi dan pergerakan yang bergerak untuk memecah “blockade” ke atas Gaza. Ia melibatkan sebuah organisasi berpejabat di Turki iaitu IHH (Insani Yardim Vakfi) dengan
“European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG)”, “Greek Ship to Gaza campaign”, “Swedish Ship to Gaza campaign” dan “Free Gaza Movement”.

Mereka sudah melancarkan dan mengumumkan sebuah misi “flotilla” kapal-kapal laut yang dimuat dengan kargo , wakil media , ahli parlimen , selebriti dan aktivis untuk ke Gaza bulan hadapan.

Rombongan kapal-kapal (flotilla) paling kurang 8 buah itu , termasuk 3 kapal kargo , akan berlayar dari beberapa pelabuhan Eropah bermula 3 hb Mei dan dijangka tiba di pelabuhan Gaza dalam bulan tersebut.

Lebih 5,000 tan kargo termasuk semen , bahagian-bahagian rumah pasang siap , bahan binaan yang lain , peralatan perubatan dan alat-alat pendidikan akan dibawa untuk diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

The Free Gaza Movement telah melancarkan beberapa kapal ke Gaza sejak Ogos 2008, bersama dengan pelbagai organisasi dan aktivis dari serata dunia. Pada Disember 2009, IHH telah menggerakkan misi konvoi darat dengan membawa beberapa tan bekalan bantuan kemanusiaan.

Pada Januari 2010 , Kempen Eropah telah membawa 50 ahli parlimen ke Gaza untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin dan menyaksikan sendiri kemusnahan akibat serangan Israel dan segala polisi Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Sementara itu misi kapal untuk Gaza dari Greece dan Sweden sudah melancarkan kempen untuk meningkat kesedaran awam dan mengumpul dana untuk usaha membawa bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Kata IHH President Bulent Yildirim.“Through this coalition, these organizations will be able to maximize resources, experience and commitment to ending the illegal siege on Gaza. Even as Israel continues its daily persecution of Palestinians, we will use this action to wake the world’s consciousness about the crimes committed against Palestinians,”

Kami juga telah dimaklumkan bahawa sebuah kapal kargo telah dibeli dari tabung yang dikumpul dari rakyat Malaysia untuk menyertai misi tersebut.

Dengan yang demikian MAPIM berpendapat sangat wajar paling minima 2 orang ahli Parlimen Malaysia menyertai misi flotilla ini disamping menghasilkan sebuah usul khas mengutuk keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

MAPIM juga menyatakan gesaan untuk semua ahli Parlimen Malaysia menandatangani sokongan memorandum MAPIM yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung PBB dan rombongan misi flotilla tersebut supaya mesej rakyat Malaysia mengenai isu Palestin dapat dipertegaskan.

MAPIM mengsasarkan kutipan paling minima bernilai RM 1 juta dapat dikumpul dikalangan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada bantuan barangan yang akan dibawa bersama dalam misi tersebut .

MAPIM ingin mengumumkan sebagai simbol penyertaan rakyat Malaysia bersama misi flotilla itu. suatu KONVOI NASIONAL MAPIM UNTUK GAZA akan diadakan pada 8 hb Mei 2010 di Stadium Melawati , Shah Alam , Selangor. MAPIM merencanakan minima 50 buah kereta akan bergerak dalam konvoi dari setiap negeri untuk berhimpun jam 5.00 petang di Shah Alam. Tujuannya adalah untuk membangkit kesedaran dan sokongan rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

Acara kemuncak konvoi tersebut adalah perhimpunan perdana di Stadium Melawati bersama dengan pemimpin-pemimpin rakyat bagi menyatakan sokongan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Israel.


Yang Benar



Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
Pengerusi Penyerlaras KONVOI NASIONAL MAPIM UNTK GAZA

Khamis, Mac 18, 2010

Kenyataan akhbar Aqsa Syarif: Situasi terkini di Baitul Maqdis


Kenyataan Media AQSA SYARIF
19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi’ulakhir 1431


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka.


Upacara perasmian kuil pada 15 Mac yang lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu adalah percikan api pertama yang akan mencetuskan ledakan besar. Ekoran dari tindakan provakasi ini, Khaled Mish’al tokoh dan jurucakap HAMAS di Damsyik menggesa supaya rakyat Palestin bangkit melancarkan intifadah demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Tanah Suci Baitul Maqdis. Tindakan Israel membangunkan tempat ibadat mereka di kawasan penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian adalah jelas menggunakan sentimen keagamaan untuk melanjutkan agenda jahat Zionis untuk menguasai Baitul Maqdis.

Perancangan ini adalah seiring dengan pengumuman Tel Aviv untuk meneruskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi yang menempatkan tambahan 1,600 unit apartment di Baitul Maqdis timur. Meskipun Israel bersetuju untuk menghentikan projek penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dalam semua perundingan damai yang dicapai bersama pihak berkuasa Palestin sejak dari Perjanjian Oslo 1993 sehinggalah Konferens Annapolis pada tahun 2007, namun seperti yang dijangka, Israel sama sekali tidak akan menghormati syarat-syarat rundingan damai tersebut.


Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara haram Israel bahawa Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai ‘Judea’ dan ‘Samaria’ adalah bahagian yang integral dari negara Israel dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diwartakan sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah-tanah rakyat Palestin yang mereka rampas adalah bertujuan untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Kehadiran kuil Hurva adalah pelengkap kepada cita-cita untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya dengan mengeluarkan rakyat Palestin yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam saat-saat situasi cemas yang berlaku kini di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa maka AQSA SYARIF menegaskan berikut:-

1. AQSA SYARIF menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci Baitul Maqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.

2. AQSA SYARIF menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat-syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di sana pasti akan menggagalkan proses rundingan damai dan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian dua negara.

3. AQSA SYARIF menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca dari dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan regim Zionis itu meskipun ia bertentangan dengan prinsip undang-undang dan hak asasi.

4. AQSA SYARIF menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat regim Zionis yang berselindung di sebalik proses rundingan damai untuk melanjutkan agenda pendudukan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. AQSA SYARIF yakin bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang ampuh ialah dengan seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyatakan solidariti mereka terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dari pendudukan Zionis. Umat Islam juga wajib membantu baik dari segi kewangan dan moral serta mempertahankan hak rakyat Palestin dalam forum-forum antarabangsa.

5. AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L’oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. AQSA SYARIF mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction – kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (civil society) kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.

6. AQSA SYARIF juga menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.

7. AQSA SYARIF mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten di dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. AQSA SYARIF akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim Zionis Israel.

8. AQSA SYARIF juga tidak lupa untuk merafaqkan sembah kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel sejak negara mencapai kemerdekaan dan konsisten di dalam menyanggah pendudukan regim zionis Israel ke atas bumi Palestin.
Sekian kenyataan AQSA SYARIF dan semoga rakyat Palestin terus teguh di dalam perjuangan mereka dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang di jalan Allah swt.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF


AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor. No. Telefon: 013-7444428; E.mail: admin@aqsasyarif.com; myhasanuddin@gmail.com; Laman Web: http://www.aqsasyarif.com/.

Khamis, Februari 18, 2010

MEMORANDUM SEJUTA UMAT

“Katakanlah Dia Allah yang Maha Esa
Allah tempat meminta segala sesuatu
(Allah) tidak beranak dan tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesuata yang setara dengan Dia”
(Surah Al Ikhlas 1-4)

disediakan oleh
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia
Dipanjangkan kepada

KDYMM Raja-raja Melayu
dan
Perdana Menteri Malaysia

Menyedari bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan dengan itu mempunyai kedudukan istimewa dalam negara ini.
Mengisafi bahawa kalimah Allah bukan hanya nama Tuhan disisi Islam , malah adalah aqidah yang jelas bermaksud Allah yang Esa dan tidak sama dengan maksud Tuhan dalam mana-mana agama lain dari Islam seperti yang ditegaskan dalam Al Quran ,Surah Al Ikhlas.
Menegaskan bahawa menggunakan kalimah Allah dalam konteks agama lain dari Islam adalah suatu penghinaan kepada Islam ,
Menyedari betapa keharmonian hidup beragama dikalangan masyarakat di negara ini hendaklah dipelihara dengan menghormati sensitiviti antara penganut pelbagai agama di Malaysia,
Menegaskan bahawa dengan mengheret kes penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Sivil seperti yang telah dilakukan oleh pihak penganut Katolik dengan tujuan mengunakannya dalam majalah Herald Catholic Weekly adalah jelas menyalahguna proses undang-undang untuk mencabar kedudukan Islam dan bidangkuasa agensi Agama Islam serta Majlis Raja-raja Melayu.
Mengingatkan bahawa keamanan awam akan terjejas jika pihak pemimpin penganut Katholik maseh terus mahu menguna kalimah Allah dalam majalahnya akibat sensitiviti masyarakat Islam tidak dihormati,
Memahami bahawa proses undang-undang mengenai hal ehwal yang berkaitan dengan Islam tidak boleh dibawa ke Mahakamh sivil,

Maka Kami yang menandatangan memorandum ini dengan ini menyatakan pendirian kami dan menuntut
1. Menolak dan membantah dengan tegas penggunaan kalimah Allah dalam konteks mana-mana agama lain selain Islam yang menyamakan Allah dengan makasud Tuhan mereka.

2. Menolak dan membantah keputusan Mahkamah Tinggi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membatalkan arahan Kementerian Dalam Negeri untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly.


3. Agar pihak institusi Katolik dinegara ini membatalkan niatnya untuk meneruskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguannya Herald – The Catholic Weekly,

4. Mempersosial niat sebenar penggunaan Allah dalam majalah Herald yang boleh menyalahi peruntukkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.


5. Pihak kerajaan segera menggunakan kuasa mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya kedudukan agama Islam sebagai agama yang mempunyai status istimewa di negara ini dipertegaskan dan tidak membenarkan sebarang percubaan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu yang boleh ditafsir sebagai menghina Islam.


6. Proses undang-undang melalui pembicara di Mahkamah mengenai penggunaan kalimah Allah hendaklah dibatalkan kerana ini melibatkan isu keselamatan dan hak umat Islam di negara ini.

7. Majlis Raja-raja Melayu dengan segera mengadakan persidangan tergempar untuk memutuskan pendirian mengenai isu ini agar mempertahan kesucian agama Islam supaya tidak berlaku ketegangan yang menjejaskan keamanan awam,

8. Semua media hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam isu ini supaya tidak menjejaskan keharmonian antara agama dan tidak mengakibatkan imej Islam dan agensi-agensi Islam dihina dikacamata masyarakat.

9. Semua pertubuhan Islam dinegara ini bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam dan mengambil sikap bertanggungjawab dan bijaksana dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah ini.


10. Semua pertubuhan politik mengambil sikap bertangungjawab dan mengenepi kepentingan politik sempit demi memelihara kedudukan dan kesucian agama Islam serta keharmonian antara umat beragama di negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung Majlis Perunding Pertubuhan-perubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Sekretariat Perhubungan Setiausaha Agung MAPIM: di Alamat Pejabat TERAS Pengupayaan Melayu F1014A , Kg.Pondok , 08400 Merbok , Kedah . Tel 019-4744856 , azmi58@yahoo.com

Selasa, Disember 01, 2009

KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.

Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.

25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.

KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.

Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.

Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.

Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.

Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.
--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)



--

ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD

Rabu, November 04, 2009

Pernyataan Media Berkenaan Isu Penangkapan Dr. asri

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

3 November 2009/15 Zulkaedah 1430

JIM PERSOAL KAEDAH PENANGKAPAN BEKAS MUFTI PERLIS



Pada hari Ahad, 1 November 2009, negara dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang. Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.



Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur’an dan sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia .



Berikutan penangkapan tersebut, pelbagai pihak telah mempertikaikan cara penangkapan dilakukan. Menurut laporan-laporan media, beliau ditahan pada jam 12.10 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.10 pagi. Beliau kemudian diarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.00 pagi keesokkannya untuk dituduh. Namun setelah disemak peguam beliau, didapati bahawa tiada pendakwaan telah difailkan di mahkamah. Beliau akhirnya dibebaskan pada kira-kira jam 12.30 tengahari dengan jaminan JAIS tanpa sebarang pendakwaan tetapi boleh dipanggil oleh JAIS pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.



Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Dr Asri di minta ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan. Menurutnya lagi, Dr Asri akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Katanya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.



Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mempersoalkan kaedah penangkapan yang dilakukan. Mengapakah beliau ditahan secara mengejut dan mengaibkan seperti penjenayah besar sedangkan beliau boleh dipanggil dengan cara yang lebih profesional dan hormat untuk bertemu JAIS atau mana-mana pihak berkuasa? Pengarah JAIS sendiri menyatakan bahawa Dr. Asri telah lama dipantau. Mengapakah pula tiada pertuduhan atau pendakwaan difailkan di mahkamah sedangkan tangkapan telah dibuat pada hari sebelumnya? Apakah motif di sebalik penahanan begini?



JIM melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.



Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)



Apatah lagi sekiranya perkara yang diperselisihkan itu adalah perkara yang boleh diselesaikan secara musyawarah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah.



JIM berpendapat bahawa sewajarnya JAIS lebih berhemah dalam membuat penangkapan dan pertuduhan terhadap sesiapa juga tidak kira rakyat biasa atau seorang bekas Mufti kerana dikuatiri tindakan mereka boleh mengakibatkan salah tafsir atau boleh mencacatkan sistem keadilan Islam itu sendiri. Dalam melaksanakan tindakan, sandaran Al-Qur’an dan sunnah harus dijadikan panduan selain mengambil pendekatan kaedah-kaedah fiqh seperti Al-Aslu bara’atu zimmah iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Di samping itu, keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi harus dilihat dilaksanakan dalam proses dan prosidur berkaitannya.



JIM berharap JAIS akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan.



JIM juga mengesyorkan supaya JAIS mengambil kesempatan ini untuk meneliti semula Enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam yang bersifat subjektif supaya ia tidak mengekang pengembangan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.



Sekian. Terima kasih.



HJ ZAID KAMARUDDIN

Presiden

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Rabu, Oktober 14, 2009

Memorandum bantahan terhadap kumpulan yang mencabar perlaksanaan undang-undang Jenayah Syariah

Sila layari http://www.ipetitions.com/petition/syariahmalaysia/ bagi menyatakan sokongan anda.


10 hb Oktober 2009

Masjid Solihin , Teras Jernang , Bandar Baru Bangi, Selangor , Darul Ehsan

Menyedari bahawa Undang-undang syariah berdasarkan rujukan sumber dalil dan nas Quran , Al Sunnah dan Ijma Ulama dan ia adalah undang-undang yang dicernakan dari perintah Allah S.W.T. dan setiap umat Islam dan pemerintah Islam yang dimandatkan dengan kuasa oleh umat Islam, wajib melaksanakan undang-undang syariah dengan sesempurna mungkin,

Beriman dan menyakini serta menginsafi bahawa undang-undang syariah adalah undang-undang Allah S.W.T yang terbaik dan paling adil dan paling layak dan berkesan untuk menyelesaikan serta menangani segala masalah sosio-ekonomi politik kehidupan umat Islam khususnya dan masyarakat awam keseluruhannya,

Menegaskan bahawa undang-undang syariah semada dalam urusan muamalah mahupun jenayah adalah undang-undang yang sah dan berkewajipan di kuatkuasakan oleh agensi-agensi mengikut peruntukan yang jelas dinyatakan secara tersurat seperti yang diperundangkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mengambil perhatian bahawa hukuman sebat sudah diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984).Akta itu diwujudkan menurut kuasa diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai II (Senarai Negeri).

Memahami kes Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sabit dengan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987,dan Mahkamah Syariah tersebut berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Menegaskan lagi bahawa umat Islam berhak untuk melaksanakan serta mengembangkan undang-undang syariah seperti yang tercakup dalam undang-undang Islam yang meliputi semua aspek kehidupan umat islam.

Mengambilkira bahawa perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia maseh memerlukan pemerkasaan yang sewajarnya dengan mempertingkatkan bidangkuasa dan kecekapan agensi-agensi Islam seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Majlis Fatwa Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Penjara , Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah,

Menyedari wujudnya kekeliruan dikalangan masyarakat awam mengenai undang-undang syariah,

Mengambil perhatian serius ujudnya kumpulan tertentu yang berusaha menimbulkan kekeliruan serta memburuk-burukkan perlaksanaan undang-undang syariah dan cuba menghapuskan undang-undang syariah di Negara ini

Maka ,

  • Kami dengan tegas menyatakan pendirian kami membantah dengan keras percubaan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Joint Action Group For Gender Equality (dianggotai antaranya oleh Sisters in Islam, SUARAM, Selangor Community for Community Awareness ,HAKAM) yang cuba menolak dan menghalang perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara ini melalui memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 1 hb Oktober 2009.
  • Membantah dengan keras bahawa kumpulan ini telah menyatakan dengan terang dan biadab bahawa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah seperti yang dijatuhkan ke atas Kartika bersabit kesalahan minum arak sebagai kejam dan menjejaskan imej Negara yang dianggap Negara Islam moderat.
  • Kami juga membantah keras mereka yang berusaha dengan mengguna saluran undang-undang meminta semakan kehakiman (judicial review) dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap kes Kartika Sari Dewi Shukarno supaya perlaksanan hukum jenayah syariah seperti yang diperuntukan dalam undang-undang syariah dihalang perlaksanaannya .
  • Kami dengan tegas membantah kenyataan beberapa pemimpin negara yang mempersoalkan wibawa dan autoriti agensi perlaksanaan undang-undang Syariah yang dengan kenyataan mereka berpendirian bahawa hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah tidak perlu didilaksanakan. Kenyataan mereka menjejaskan imej dan undang-undang Islam di negara ini sekaligus berimplikasi menghina Mahkamah Syariah.
  • Dengan ini kami mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap kumpulan yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencabar kuasa agensi Islam yang diperuntukan dalam undang-undang mengenai status undang-undang Islam di negara ini sekaligus mencabar kuasa Raja-raja yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.
  • Kami menegaskan lagi bahawa undang-undang syariah di negara ini hendaklah diperkasakan dan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JAKIM, Jabatan Agama negeri-negeri, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang lain hendaklah memberi kerjasama penuh untuk merealisasikan perlaksanaan undang-undang Islam dengan sempurna di negara ini.
  • Kami membantah dan menolak dengan keras sebarang campurtangan pihak luar semada oleh media atau mana-mana kumpulan NGO atau politik dari luar mahupun dari dalam Negara atas nama hak asasi manusia atau gender yang cuba memberi tekanan ke atas Negara khususnya agensi penguatkuasa undang-undang syariah supaya undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Negara ini.

Diperakui oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid

Penyelaras Kempen Pertahan undang-undang Syariah

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

1.Amidi Manan

Timbalan Preisden ABIM

2.Ust Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA

3.Prof Madya Salleh Hj. Ahmad

Timbalan YDP Persatuan Ulama Malaysia

4.Hj. Zainol Rijal

Setiusaha Persatuan Peguam Syarie Malaysia

5. Fadhlina bt. Siddiq

Naib Presiden ABIM

6.Masadah Sajadi

Pengerusi Majlis Bertindak Wanita Islam

7.Dr. Khairuddin Datuk Malik

Pengerusi JAMA’IY Perak

8.Prof. dr. Wan Salim Mohd Nor

Pengerusi FORUM Negeri P.Pinang

9.Dr. Abdul Rahman Ahmad

Timbalan Pengerusi WEHDAH Kedah

10. Mohd Idris Mohd Yussoff

Presiden GAMIS

Isnin, Oktober 12, 2009

Kenyataan Media berkaitan isu penempatan


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan pendirian dan pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hasil perbincangan bersama semalam. Berikut merupakan kenyataan yang dihantar ke UPSIkini.

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
8 OKTOBER 2009


Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.

Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.

Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :

• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.

• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.

• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.

• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.

Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Nor Aqilah hanis Bt Mohd Yusof
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Sabtu, Oktober 03, 2009

Persada bantah ‘Beyonce: I Am..’, minta Jamil Khir bertindak tegas

  • Beyonce_Jay-z

    Alor Star 3 Okt 09:23a.m │ Dalam penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Beyonce Knowles 25hb ini di Kuala Lumpur, semakin banyak pihak yang memberikan kritikan dan bantahan kepada kedatangan artis berkenaan ke Malaysia.

    Penyanyi yang tampil dengan album ketiganya ‘I Am…Sasha Fierce’ pernah tersenarai dalam carta wanita paling seksi dunia dan dikritik hebat oleh beberapa NGO dan parti politik di Malaysia kerana didakwa “tidak menepati budaya dan kesopanan orang Timur”.

    Dalam pada itu, Persatuan Mahasiswa Darul Aman dalam suatu kenyataan kepada media menyatakan bantahan terhadap konsert artis berkenaan dengan alasan yang sama.

    Abdul azim abdul jamil[1]“Penyanyi yang ditampilkan jelas menampilkan etika sosial yang tidak sihat untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Pemakaian yang ditampilkan oleh penyanyi tersebut menjolok mata dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan kepada rakyat negara ini. Penyanyi tersebut juga mempunyai rekod-rekod masalah peribadi yang jelas menyimpang dengan budaya rakyat ini,”ujar Abdul Azim Bin Abd Jamil, Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan semasa menjelaskan berkenaan kenyataan tersebut.

    Beliau juga yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaya (UTM) mendakwa konsert berkenaan yang pernah di sekat penganjurannya telah diluluskan dan dalam masa yang sama menyalahkan pendirian kerajaan yang memperakui kelulusan permit penganjuran konsert.

    “Kami (Persada) tuntut Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam , Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom agar tegas dan sentiasa memantau perkembangan perkara-perkara seperti ini. Kami juga mahu beliau mengesa kerajaan agar menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur konsert tersebut,” tambah beliau tegas.

    Konsert yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil berkenaan merupakan jelajah dunia dengan tema ‘Beyonce “I Am…..” World Tour Live in Malaysia 2009’. Tiket-tiket konsert berkenaan telah mula dijual bermula awal Oktober kepada peminat.

    Terdahulu, Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (Pas) melalui Ketuanya, Nasrudin bin Hj. Hassan At-Tantawi mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap konsert tersebut.

    Dalam pada itu, Persada sebagai NGO anak muda Kedah melalui presidennya, Mohd Syazwan Ahmad memaklumkan bahawa badan tersebut telah diiktiraf oleh kerajaan negeri berkenaan sebagai badan NGO yang berkepentingan dalam menasihati kerajaan negeri dari sudut pandang sisi mahasiswa.-mahasiswakini

MEMORANDUM BANTAHAN FORUM PENYELARASAN UMAT PULAU PINANG (FORUM) TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDA



(A) Latarbelakang
Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiara dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –
“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-
• Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)

• Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;

• Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN

• Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam

NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1. MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2. MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3. MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4. MEMECAT MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO ISLAM YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM.

5. BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

3 OKTOBER 2009
Forum Penyalarasan Ummat (FORUM)

Selasa, September 08, 2009

FORUM lancar kempen tandatangan mendesak Jeff Ooi memohon maaf dan meletak jawatan

KENYATAAN RASMI FORUM 9 September 2009

FORUM lancar kempen tandatangan mendesak Jeff Ooi

memohon maaf dan meletak jawatan

Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].

FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet).

Keengganan Kerajaan Negeri dan Pemimpin Politik tempatan mengambil tindakan tegas ke atas hal ini menunjukkan sikap mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti masyarakat di Malaysia.

FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Sehubungan itu, FORUM melancarkan kempen tandatangan rakyat mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan atau pemecatan Jeff Ooi. NGO-NGO dibawah FORUM akan menggerakkan kempen diperingkat akar umbi untuk memberi kesedaran masyarakat berkenaan isu ini dan memohon sokongan masyarakat supaya pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam ini tidak lagi memegang sebarang jawatan kerajaan.

FORUM telah mendapat maklum balas dari masyarakat awam, pimpinan tempatan termasuk masyarakat peniaga di Pulau Pinang yang merasakan pemecatan YB Jeff Ooi adalah wajar dan FORUM berhajat mengumpulkan maklum balas atau protes bertulis dalam bentuk kempen tandatangan.

Sepertimana masyarakat muslim dan bukan Islam yang berpandangan bahawa insiden protes kepala lembu di Selangor oleh individu-individu tertentu adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menjaga sensitiviti agama lain, maka penghinaan “Syariah sebagai Ekstrim” oleh seorang ahli Parlimen dan individu berjawatan penting dalam kerajaan negeri P.Pinang adalah tidak dapat diterima sama sekali.

FORUM selepas insiden di halau dari tingkat 52, KOMTAR oleh pegawai Kerajaan Negeri dalam usaha menyampaikan bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, berhasrat ingin sekali lagi berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengapa YB Jeff Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga ke hari ini.

Mohd Hafiz Nordin Md Roslan Hashim

Jurucakap FORUM Jurucakap FORUM

NGO-NGO yang menyokong kenyataan mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan YB Jeff Ooi (14 Ogos 2009):

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) P.Pinang

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah

3. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

4. Badan Anti IFC (BADAI)

5. Badan Kebajikan Nun (BAKUN)

6. Badan Kebajikan Pendidikan Islam P.Pinang(BAKIP)

7. Haluan Malaysia caw P.Pinang

8. Ikatan Muslimin Islam (ISMA) P.Pinang

9. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysian (ISRA')

10. Institut Al-Qayyim (IQ)

11. Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)

12. Islamic Propagation Society International (IPSI)

13. Jaringan Pemuda Dakwah Islamiyyah (JUNDIYY)

14. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)

15. Jemaah Islah Malaysia P. Pinang (JIM)

16. Kelab Rakan Islah Malaysian (KARISMA)

17. Kelab Remaja JIM

18. Muhammadiyah International

19. Majlis Muafakat Warga Desa (RURAL CITIZEN)

20. Per. Ulama' Malaysia Caw. Pulau Pinang (PUM PP)

21. Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)

22. Persatuan Anak Jati Melayu P.Pinang (PAJIM)

23. Rumah Upayadaya Dan Harapan Ar-Rahman (RAUDHAH)

24. Sekretariat Dakwah Non-Muslim P. Pinang (SDPP)

25. Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA)

26. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)

27. Teras Pengupayaan Melayu(TERAS)

28. Ummah Aid

29. Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

30. Wanita JIM

31. Warga Kilang.Com

32. Young Muslim Sport Club (YMSC)

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi Saudara Roslan Hashim : 019 444 1404 (JIM), Ustaz Mohamad Hafiz : 019 4127 440 (PUMPP) dan Saudara Yusuf : 019 5766 440 (PAJIM)





--
M Nizam Mahshar
Institut Latihan Anak Muda (ILHAM)
21, Lintang Delima 15,
11700 P.Pinang, Malaysia.

Sabtu, Ogos 15, 2009

KENYATAAN RASMI FORUM 14 OGOS 2009 - FORUM Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan

KENYATAAN RASMI FORUM 14 OGOS 2009

FORUM Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan

FORUM merujuk kepada kenyataan Jeff Ooi pada 9 Ogos 2009 lalu dan kenyataan-kenyataan pimpinan NGO-NGO Islam Pulau Pinang sebagai reaksi kepada kenyataan tersebut. NGO-NGO Islam dibawah Forum Penyelarasan Umat (FORUM) dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang telah bermesyuarat dan sepakat mengambil keputusan seperti berikut:

FORUM berpandangan YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan enggan mengakui kesalahan beliau berkenaan kenyataan beliau yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisme [rujuk The Star, 2 Ogos 2009, N12]. Kenyataan ini dikeluarkan berhubung pertelingkahan beliau dengan Hj Mohd Razali, Ahli Majlis MPPP yang juga ahli kepada Jamaah Islah Malaysia (JIM).

FORUM merasakan pendirian sebegini tidak seharusnya ada pada seorang ahli parlimen dan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri yang dilihat berbaur jahat terhadap Syariah Islam dengan mengaitkannya dengan ekstrimisme dan bertentangan dengan slogan kerajaan negeri mengikuti pemerintahan Saidina ‘Umar ‘Abd al-‘Aziz dan ‘Amar Ma‘aruf Nahi Mungkar. Prinsip ini adalah berpandukan Syariah Islamiyyah.

FORUM merasa kesal apabila Jeff Ooi enggan memohon maaf dan cuba mengelak dari isu yang lebih besar iaitu kenyataan beliau yang berbaur fitnah dan menghasut perpecahan dengan mengaitkan Syariah Islam dengan ekstremisme. Penarikan kembali kenyataan beliau terhadap JIM tidak menggambarkan sikap dan pendirian untuk memohon maaf dan mengakui kesilapan terhadap kenyatan beliau terhadap Islam.

Kenyataan ini dilihat menghina Islam dan penganutnya sebagai agama yang dianuti majoriti masyarakat Negara ini dan menghina perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan.

FORUM mendesak Jeff Ooi memohon maaf dan meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri dalam tempoh 3 hari dari pernyataan ini.

FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

FORUM juga mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang memecat beliau sebagai Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri jika beliau enggan memohon maaf dan melatak jawatan.

Mohd Hafiz Nordin & Md Roslan Hashim

(Jurucakap FORUM)

Kenyataan disahkan oleh NGO-NGO berikut (14 Ogos 2009):

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) P.Pinang

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Badan Anti IFC (BADAI)

Badan Kebajikan Nun (BAKUN)

Badan Kebajikan Pendidikan Islam P.Pinang(BAKIP)

Haluan Malaysia caw P.Pinang

Ikatan Muslimin Islam (ISMA) P.Pinang

Ikatan Pengkajian Syariah Malaysian (ISRA’)

Institut Al-Qayyim (IQ)

Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)

Islamic Propagation Society International (IPSI)

Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)

Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)

Jemaah Islah Malaysia P. Pinang (JIM)

Kelab Rakan Islah Malaysian (KARISMA)

Kelab Remaja JIM

Muhammadiyah International

Majlis Muafakat Warga Desa (RURAL CITIZEN)

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP)

Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)

Persatuan Anak Jati Melayu P.Pinang (PAJIM)

Rumah Upayadaya Dan Harapan Ar-Rahman (RAUDHAH)

Sekretariat Dakwah Non-Muslim P. Pinang (SDPP)

Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA)

Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)

Teras Pengupayaan Melayu(TERAS)

Ummah Aid

Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

Wanita JIM

Warga Kilang.Com

Young Muslim Sport Club (YMSC)

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi Saudara Roslan Hashim (JIM: 019-444 1404), Ustaz Mohamad Hafiz (PUMPP: 019-4127 440) dan Saudara Yusuf (PAJIM: 019-5766 440)

Rabu, Ogos 05, 2009

KENYATAAN AKHBAR-Zulkifli Nordin mnegenai isu penghinaan Islam oleh Adun P.Pinang

KENYATAAN AKHBAR

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Isnin 12 Sya'ban 1430 / 03 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya, YB Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerimapakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya) . Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang into membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

Saya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Adalah jelas kenyataan tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau.

Pertama, Sdr. Mohd. Razali Abdullah adalah seorang jurutera yang berkelayakan dan mendapat kelulusan akadamik yang cemerlang. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat dan diberi amanah dan mandat mewakili PKR didalam Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

Kedua Jamaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya.

Buat pengetahuan YB Ooi, kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar diluarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Buat makluman YB Ooi dan yang sewaktu dengan beliau, menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau. Setiap Muslim yang beriman, samada di Malaysia atau dimana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita saperti itu. Hanya cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza. Ada yang berjuang melalui perjuangan bersenjata, ada yang melalui ruang politik, ada yang melalui proses demokrasi, ada yang melalui cara berdakwah dan banyak lagi kaedah dan cara. Pokok pangkalnya, setiap Muslim beriman mempunyai cita-cita yang sama.

Every Muslim worth his salt would definitely aspire to have full syariah law implemented in their way of life. To accuse such Muslim as extremist for believing so would mean you are accusing every single faithful Muslim gulity of being an extremist. And if aspiring to have syariah law implemented in full is considered extremist, then every faithful Muslim would be proud to be labelled as extremist!

Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan chauvinis.

Saya dengan ini mendesak YB Ooi supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka khususnya kepada Sdr. Mohd. Razali Bin Abdullah dan Jamaah Islah Malaysia, dan umumnya kepada umat Islam. Kenyataan dangkal, bodoh dan sombong yang dibuat beliau itu telah mengguris perasaan umat Islam yang telah lama bersabar dengan karenah dan mehnah serta sikap sombong melampau orang saperti beliau.

Saya khuatir dengan sikap Islamophobia dan prejudis dan prasangka terhadap agama Islam dan umat Islam yang ditunjukkan oleh pimpinan DAP saperti YB Ooi yang sudah pasti akan membawa kesan negatif kepada usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan diantara agama di negara ini. Malaysia tidak memerlukan mereka yang bersikap ekstremis dan chauvinis serta berfahaman sempit saperti YB Ooi ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
12 Sya'ban 1430 / 03 Ogos 2009