Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Ahad, Disember 28, 2008

Fenomena Mandi 'air karat" Melanda Malaysia- Siramilah dirimu dengan air kesolehan

Fenomena ini begitu cepat merebak negara kita kini. Fenomena ini adalah fenomena di mana manusia yang bergelar muslim dan mengaku Islam tidak kira lelaki atau perempuan mewarnakan rambutnya.

Isu ini isu yang dah lama , mungkin sudah hampir 10 tahun , tetapi ana harap dengan penulisan ana , mereka yang "tipah-tertipu" (dengan pemikiran "well, i am up-to-dated" , biasalah anak muda sekarang . enjoyyyy ) dan puak-puak "omputess" (orang Islam yang suka ikut gaya barat-istilah sendiri) dapat sedoikit ilmu dari seorang teman untuk teman.

Fenomena in semakin membarah di Kelantan seiring dengan fesyen "baju adik" , "pusat centre" , "kakak perkasa"(baju paras bahu menonjolkan otot-otot/ataupun lemak ! perempuan) di samping dokongan dari fesyen "berjambul" mak datin dan seluar dalam baby-T (kakak-kakak otai mereka).

Harus diambil perhatian fesyen bertudung tembus(nampak rambut dengan tudung jarang-jarang) dan fesyen ekor kuda belang betina (bertudung tapi rambut terjulur belakang) kian menjadi igaun anak-anak muda Islam kini yang bergelar mslimat.

Ana pernah terbaca satu artikel mengenai sebuah negara Arab yang mewajibkan tudung (tidak ingat negara mana). Dalam satu khutbah jumaat(menurut artikel tersebut) , khatib menegur pemakaian muslimah yang semakin "berani" . Apa yang "berani" tu? Pakai tudung dan jubah busana muslimah yang lengkap menutup keseluruhan aurat namun "berfesyen"

Kalau dekat negara Islam Hadhari ini, apakah takrif aurat? Barangkali pemakaian tudung "semakin" tak wajib umpama kata-kata yang amat mulia Ummu Hadhari Ustazah Mashitah Ibrahim," ada ke soal berkenaan solat ditanya kepada perenang negara merentas selat Inggeris sedangkan orang tu mengharumkan negara?" seolah-olah berenang pakai seluar dalam lebih wajib berbanding solat.

Sungguh hebat "fikrah" anak didik Pak Lah ni (jangan salah faham. Bukan Pak Lah Perdana Menteri Malaysia , tapi Pak Lah pak cik jual taugeh di Pedalaman Afrika nun)

Sambung berkenaan isu rambut blonde dan berwarna yang menjadi topik utama posting kali ini . Menurut laman web Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) terdapat 4 hukum bagi pewarnaan rambut iaitu sunat , harus , makruh dan haram .
  1. Sunat mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam. Abu Quhafah , bapa Abu Bakar As-Siddiq dibawa kepada nabi S.A.W pada hari pebebasan Mekah , apabila baginda melihat rambut di kepala dan jnaggutnya sudah berubah putih , lalu baginda bersabda ," warnakan rambut dan janggutnya , tetapi jangan warna hitam,." (Muslim :2102)
  2. Harus mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad dan bagi isteri untuk menarik perhatian suaminya.Menurut Imam Syafe'e , haram menghitamkan rambut uban ,kecuali bagi tentera ketika perang.
  3. Makruh mewarna rambut (selain warna hitam) supaya kelihatan seperti orang soleh dan memutihkan rambut bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat yakni berpura-pura demi mendapatkan keuntungan.
  4. Haram mewarna hitam (kecuali kes harus ) dan mewarna rambut (tidak kira apa-apa warna) sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
Berdasarkan kriteria tersebut , apa yang ana perhatikan ramai sahabat-sahabat pemuda-pemudi yang ber'bin" dan ber"binti"kan (meminjam istilah Majalah Mastika) di tengah-tengah nama mewarnakan rambut tanpa SEBARANG ALASAN YANG KUKUH ! .

Ramai yang cuba meniru gaya-gaya personaliti , artis mahupun pujaan mereka ,yang mungkin berasal dari dalam Malaysia tetapi telah di"doktrinasi"kan pemikiran mereka sebelum ditiru secara membabi buta oleh masyarakat marhaen .

Kebanyakan mereka yang dye, blonde atau apa-apa istilah yang digunakan untuk mewarnakan rambut pada pemerhatian dan pendapat ana tidak tahu "hobi" mereka untuk mengikut membabi buta perilaku orang kafir telah menodai kesucian iman dan aqidah mereka.

Renungi sebuah hadis nabi yang bermaksud "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum , maka dia tergolong dalam kaum itu (Hadis Riwayat Abu Dawud) .


Kebanyakan artis kita (terutama perempuan) , tengok rambut , masyaallah . Agak-agak dari mana "sumber ajaran" mereka? Ajaran Islam ke ? Kafir.. rujuk hadis di atas.

Berkenaan wanita yang mewarnakan rambutnya, boleh dikira HARUS jika ia mendatangkan kesenangan bagi si suami . Namun ia HANYA UNTUK SUAMI . Bukan untuk tontonan UMUM. Di kala ini ramai wanita belasan tahun (kemungkinan besar tak kahwin) menonjolkan "keterbukaan" (+bodoh/jahil ) mereka menayangkan rambut yang di"blonde". 2 kesilapan yang dikesan di situ , 1. tak tutup aurat 2. mewarnakan tanpa sebab yang wajar .Sekadar satu contoh.

Hukum mewarnakan rambut (haram tanpa sebarang alasan yang telah disebutkan di atas) adalah haram dengan hukumnya disamakan dengan hukum mengubah ciptaan Allah yang diisbath daripada hadis yang mahfumnya " Allah melaknat mereka yang menyambungkan rambut dan yang meminta disambung rambutnya".

Mewarnakan rambut dari hitam ke kuning atau merah sudah semestinya merubah penciptaan Allah yang Maha Agong ini. Lainlah jika orang muda yang telah ditumbuhi uban ingin mewarnakan rambutnya supaya hilang perasaan rendah diri dan sebagainya. Ini tidak dikira sebagai merubah ciptaan Allah .

Menurut Imam Ibn Syiba al-Zuhri menyatakan , kami berpendapat harus memilih warna hitam (lawan kepada rambut fitrah yang telah ada) ,jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut , giginya masih belum bergoyang-maksud belaiu ialah usia yang masih muda.

Dalam keghairahan anak muda Melayu islam mewarna sebahagian atau keseluruhan rambut , walaupun mungkin solatnya dapat diterima disebabkan tidak melibatkan anggota wuduk yang wajib dilaksanakan (basuh) , tetapi apa yang ditakuti adalah mandi wajib tak sah yang akan mengakibatkan solat pun tidak sah.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM , Ustaz Mat Jaiz Kamos, -mandi wajib tidak sah bagi yang menggunakan pewarna selain daripada inai kerana pewarna itu akan menghalang rambut dari sampai ke rambut. Ini sebenarnya yang ditakuti kerana ia akan mengakibatkan amalan fardhu seperti solat tidak sah.

Namun samaada air dapat sampai atau tak jika menggunakan pewarna selain daripada inai ,masih boleh diperbahaskan lagi namun sebagai sorang Islam , kita seharusnya menjauhi diri dari perkara yang syubhat(samar-samar hukumnya).

Sesungguhnya yang jelas itu jelas, dan sesungguhnya yang haram juga jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat yang tidak diketahui hukumnya oleh banyak orang, Maka barangsiapa yang menjauhi syubhat , bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya . Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalamnya , maka dia telah terjerumus ke dalam perkara yang haram .

(Diriwayatkan oleh Bukhari dari Nu'man bin Basyir (52) , (2051) dan diriwayatkan oleh Muslim (1599)











Ahad, Disember 21, 2008

Perjuangan Tok Janggut – satu interpretasi Generasi Pasca independen

Ana berksempatan untuk melawat saudara mara dan sahabat seperjuangan di Pasir Puteh , kelantan 2 minggu yang lalu . Pertemuan kembali dengan Saudara Asyran Nasir dari Institut Perguruan Perlis (IPP) yang lalu merupakan pertemuan yang sekian kalinya setelah hampir 1 tahun tidak bertemu mata. Perjumpaan diadakan dalam suasana yang sungguh santai da sempat bertemu dengan bapanya Pak Cik Nassir, yang banyak membantu kami sekeluarga sepanjang kami menetap di Pasir Puteh sebelum berpindah ke rumah sekarang di Kota Bharu 14 tahun lalu.

Perjalanan diteruskan dengan melawat Bandar Pasir Puteh yang dahulunya begitu nostalgia dalam ingatan ana dan kembar ana kerana di sinilah ana mengenal A, B dan C (tadika) dan di sinilah berpeluang mendapat ramai "saudara mara" yang bukan sedarah dan sedaging (disebabkan eratnya kami dengan jiran-jiran di sini).

Bandar Pasir Puteh masih seperti dahulu, Klinik Dr. Wan Fatimah masih di situ , deretan kedai berbangsa cina berkedudukan sebelum naik jambatan menghubungkan ke Besut ,Terengganu , Klinik Dr. Kamal pakar Homeopathy yang ghaib hilang ke mana dan banyak lagi memori di sini.

Di tepi Sungai Semerak , perjalanan ana terhenti di sebuah tugu tengkolok ,beserta keris dan lembing. Pada tugu tersebut , terpampang satu gambar lama yang dicetak pada papan iklan , iaitu gambar seorang Tua yang sedang terbaring dan satu lagi gambar orang tua itu sedang tergantung dengan kaki ke atas. Bila diamati secara teliti , barulah ana sedari bahawa itu adalah gambar Tok Janggut (ana pernah melihatnya di dalam sebuah buku lama dahulu) .


Kritikan : Seharusnya ada penerangan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan berhampiran tugu tersebut. Hatta peniaga berdekatan sekalipun tidak tahu apakah "maksud' pembinaan tugu tersebut inikan lagi pelancong asing. Hmm, pihak berkuasa tempatan ( Majlis Daerah Pasir Puteh) kena cakna (ambil tahu ) la pasa isu ini.


Di Bandar Pasir Puteh terpateri pelbagai epilog perjuangan orang Melayu menentang penjajahan kuasa luar. Perjuangan ini pernah menjadikan tema "kemerdekaan" sebagai laungan keramat untuk ditebarkan ke seluruh alam. Peristiwa penentangan ini bermula pada tahun 1911.


Bayangkan di mana apabila orang Melayu masih lagi "tidur"dan "pasrah" terhadap pendudukan penjajahan , malah tak keterlaluan jika dikatakan sanggup menjadi "penjilat' penjajah, Haji Hassan bin Panglima Mat Munas , ulama tempatan dan pemimpin tempatan yang dihormati , bangun menentang pendudukan British bersama pengikut-pengikutnya yang terdiri dari kaum tani dan penduduk kampun yang tertindas dan mereka berjaya mewujudkan sebuah "negeri" pertama di Tanah Melayu yang "merdeka".


Haji Hassan yang terkenal dengan panggilan Tok Janggut pernah mengetuai seramai 2000 orang penduduk tempatan mengepung dan menawan Pekan Pasir Puteh (ketika itu) sebelum
pengisytiharan "kemerdekaan" di laungkan .



Namun ia hanya sementara kerana dalam pertempuran di Kampung Dalam Pupuh, Jeram ,Pasir Puteh , beliau dan 2 orang lagi sahabat beliau , Tok Abbas dan Tok Hussein telah syahid. Ramai di kalangan pengikutnya yang ditangkap dan dibuang negeri termasuklah rumah pengikutnya dibakar oleh tentera British. Mayat beliau diarak ke Kota Bharu dengan kereta lembu, digantung beberapa hari di depan Istana dan Padang Bank (kini dikenali sebagai Padang Merdeka di Bandar Kota Bharu) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan .

Perjuangan Tok Janggut berdasarkan beberapa faktor , antaranya ialah :

  1. Seruan oleh Tuan Gurunya semasa di Mekah iaitu Syeikh Ahmad Al-fathani yang menyeru beliau supaya melancarkan jihad melawan British. Beliau juga memegang amanat Seruan Jihad akbar fardhi yang dikeluarkan oleh Syeikhul Islam Othmaniyyah pada ketika itu yang menyeru dilancarkan perang jihad ke atas penjajah .
  2. Perubahan sistem pentadbiran jajahan yang mengenepikan peranan pentadbir tempatan dan digantikan dengan wakil British yang bukan di kalangan penduduk tempatan. Dalam konteks peristiwa ini , peranan Engku Besar sebagai pembesar tempatan digantikan dengan Encik Latif , wakli British yang datang dari Singapura.
  3. Penghinaan terhadap peranan ulama tempatan (haji dan lebai) di mana mereka dipaksa untuk berdoa untuk British dan akan dikenakan tindakan jika mereka enggan. Bagi Tok Janggut perkara seumpama ini merupakan satu ejekan terhadap golongan agama yang menjadi rujukan rakyat biasa.
  4. Cukai yang dikenakan terhadap penduduk tempatan amatlah menyusahkan . Mereka terpaksa pergi ke Kota Bharu utuk menyelesaikan urusan cukai di mana hanya seorang sahaja pegawai yang ditugaskan untuk menjaga kaunter. Cukai yang dikenakan juga adalah tinggi. [enantian sehingga 5 hari untuk menjelaskan pembayaran menyebabkan Tok Janggut mengetuai penduduk tempatan untuk memboikot cukai yang dikenakan dengan tidak membayar cukai tersebut.
  5. Hubungan yang baik antara Tok Janggut dengan pejuang-pejuang Melayu yang berlindung di Kelantan seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato' Bahaman sebelum beliau menuntut ilmu di Mekah sedikit sebanyak memberikan beliau inspirasi kepada beliau tentang kesan campur tangan kuasa asing di Kelantan dan kenapa perluanya beliau berjuang membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah .


Sejarah yang terlakar oleh manusia mulia yang bergelar Tok Janggut ini adalah panjang jika hendak diteliti satu-satu. Tok Janggut merupakan antara pejuang (ulama) yang diberi kesedaran oleh Allah s.w.t untuk berjuang membebaskan tanah air tercinta walaupun tahu perjalanan itu masih panjang di mana pada waktu itu , umat Melayu masih tidur dan tidak "nampak" apa yang dapat mereka lakukan tanpa "tongkat" iaitu pihak penjajah itu sendiri semenjak jatuhnya melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Al-fatihah untuk pejuang bangsa dan agama ini. Al-fatihah.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah , maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu , dan mereka tidak sedikitpun tidak merubah janjinya.
(Surah Al Ahzab : 23)




Penambahan :

Ana pernah menonton satu dokomentari kisah-kisah perjuangan golongan kiri selama 10 tahun sebelum merdeka independen yang bertajuk Hartal (mogok) 10 tahun di mana salah seorang dari tokoh yang ditemuramah dalam dokumentari tersebut menyatakan bahawa seandainya Jepun tidak mengusir British dari Malaya dan menjajah Malaya pada masa tersebut , tentu mentaliti orang Melayu sekarang masih berfikir bahawa kalau nak maju atau hendak mentadbir negara , kita hendaklah bergantung sepenuhnya kepada British kerana Melayu dipandang rendah dan tidak mampu mentadbir oleh bangsa Melayu sendiri .


Ini membuktikan bahawa walaupun perjuangan melawan penjajah telahpun bermula sebelum penubuhan parti politik di Malaya , namun perjuangan itu tidak melibatkan jumlah penentang dalam skala yang besar disebabkan perasaan rendah diri bersanggatan dalam diri kaum melayu kerana menganggap orang Melayu tak mampu memerintah tanah air sendiri.

Generasi hari ini merupakan generasi yang cukup bertuah kerana kita tidak perlu menghunuskan senjata semata-mata ingin membebaskan tanah air dari penjajah. Namun suatu perkara yang perlu kita ingati bahawa ada lagi penjajah yang masih menjajah kita pada hari ini, iaitu penjajah minda. Kesannya amatlah buruk dan lebih dahsyat berbanding penjajahan fizikal sebab "musuh" ini begitu licik memasuki jiwa dan kefahaman umat Islam . Bahkan ia semakin membarah dan diterima sebagai sebahagian daripada budaya 'global" dan "up-to-date".

Kesannya boleh kita perhati pada hari ini , anak muda yang bertuhankan hedonisme , rempit, bojan ,bohsia (isu yang cukup lapuk tetapi masih berlaku!) , jenayah berleluasa , ramai jadi doktor serenti, rogol dan zina macam benda biasa, kefahaman Islam di kalangan rakyat jelata kian terhakis dan banyak lagi perkara yang menyesakkan minda untuk diambil pusing.


Jumaat, Disember 19, 2008

Si Pendakwah yang Hina

Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti
Keadilan

Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang
diiringi oleh titisan air mata hadirin.


Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Rabu, Disember 17, 2008

Pustaka Dar Nur Az-Zahra


Alhamdulillah. Dalam menghabiskan masa yang cukup panjang sepanjang cuti ini ,ana berkesempatan untuk mengunjungi sebuah perpustakaan Wakaf berdekatan sekolah lama ana dahulu, Sultan Ismail College atau SIC .

Kedudukan Perpustakaan Islam ini cukup strategik kerana di samping SIC , perpustakaan ini juga berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (3) di samping terletak di belakang Pusat membeli belah Billion di Jalan Langgar.

Namun , speerti biasa, perpustakaan ini tidak ramai pengunjungnya. Boleh dibilang dengan jari . Barangkali Mungkin disebabkan musim cuti persekolahan yang tiba menyebabkan kesuraman ini terjadi di samping hujan yang turun tidak berhenti-henti menambahkan lagi "kegelapan"di dalamnya.

Perpustakaan ini bertkonsepkan wakaf di mana buku-buku yang berada di dalamnya tidak dibenarkan dipinjam kecuali jika benar-benar berkehendakkan buku tersebut, kita boleh membuat salinan melalui mesin fotostat yang turut disediakan .

Suasana cukup aman jika berada di sini , tanpa sebarang gangguan dari bunyi hon-hon kenderaan mahupun bunyi hiruk pikuk manusia di luar , sesuai untuk membaca dan mentelaah pelajaran.

Pendingin hawa sentiasa di pasang sepanjang operasi menambahkan lagi kekhusyukan untuk membaca walaupun di luar sana panas membahang .

Sama di mana-mana tempat awam di Kelantan , perpustakaan ini mengamalkan pengasingan sudut bacaan bagi lelaki dan perempuan bagi mengelakkan ia disalahguna oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab .

Tambah-tambah lagi ia merupakan perpustakaan wakaf berkonsepkan Islam dan banyak dikunjungi oleh orang-orang hebat (para ilmuwan sbg contoh) dan para pelajar.


Terdapat pelbagai koleksi buku di sini yang diwakafkan seperti buku-buku politik ,fail-fail dari seminar-seminar di seluruh negara, majalah-majalah dan buku-buku lama (mastika tahu 60an yang dihinpun dalam satu buku log tebal pun ada), kitab-kitab agama dan arab ,
buku-buku motivasi, buku-buku rujukan pelajaran ,novel-novel maupun karya-karya yang tidak akan diterbitkan lagi ,buku-buku kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan ingat perpustakaan wakaf ini hanya mewakafkan buku-buku dan karya-karya lama sahaja sebab buku-buku yang paling baru seperti buku karya Dr. Daniel Zainal Abidin pun ada.

Untuk aras pertama , terdapat kaunter untuk sebarang pertanyaan dan pembayaran, beserta ruangan khusus untuk sudut bacaan kanak-kanak, ruangan santai (sofa dan meja) , dan tempat meletakkan barang-barang.

Untuk aras kedua, terdapat ruangan buku-buku dan ruang khas untuk lelaki sahaja di samping surau dan tandas lelaki.

Untuk aras ketiga juga terdapat ruangan kitab-kitab agama berbahasa arab dan ruangan untuk membaca bagi perempuan di samping tandas perempuan dan ruangan santai untuk membaca majalah.

Aras keempat menempatkan dewan seminar yang hanya digunakan bila terdapat tempahan sahaja .

Buku-buku yang menarik minat ana untuk diterokai..(alamak ,sayangnya, masa tak cukup. kalaucuti 2 bulan pun tak habis nak baca ni).

Anda semua boleh mengetahui lebih lanjut tentang perpustakaan ini dengan menekan sini













Isnin, Disember 15, 2008

Menari membawa Padah

Dipetik dengan kebenaran Akh Izzat Anwari bin Hasni (http://DarahMerdeka .wordpress. com)


Penganjuran pertandingan i-Dance oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Danzity Dance House dan Hotlink yang diwarwarkan sebagai aktiviti riadah sebenarnya boleh membawa lebih banyak keburukan daripada mendatangkan manfaat terutama kepada golongan belia yang terlibat. Malah penganjuran street dance ini dilihat sebagai aktiviti yang memburukkan lagi iklim pendidikan belia di Malaysia yang kian pincang saban hari.

Penyertaan pertandingan secara terbuka ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja yang masih bersekolah, malahan golongan muda yang beragama Islam. Pertandingan yang dimulakan pada jam 7.00 petang ini dikhuatiri menyebabkan golongan belia Islam yang menyertai mahupun menjadi penonton akan mengabaikan solat Maghrib seterusnya melalaikan mereka sehingga lewat tengah malam.

Saya jelik melihat ada pihak yang membandingkan budaya street dance dengan budaya rosak yang lain seperti rempit dan sebagainya. Perbandingan ini seolah-olah nampak logik dengan memenangkan street dance sebagai budaya yang sihat dan mengisi masa lapang supaya tidak terjebak dengan dadah, alkohol, melepak, mencuri, merempit, dan sebagainya. Persoalan sebenarnya ialah golongan belia yang menagih dadah, peminum alkohol tegar, pencuri kenderaan orang lain, remaja yang merempit di jalan raya, mereka ini tidak langsung berminat dengan aktiviti street dance ini!

Di Sebalik Street Dance

Budaya menari dalam pertandingan ini sebenarnya berasaskan keseronokan hiburan semata-mata disamping unsur-unsur pergerakan tangkas yang kononnya memberi kesihatan kepada badan. Elemen tradisional juga turut diselitkan dalam pergerakan ini sebagai syarat untuk menampakkan bahawa adat tradisi dalam tarian turun-temurun yang diberi nafas baru. Namun, sebenarnya elemen sebenar tarian tradisional bukanlah pergerakan atau gaya tari tetapi penghayatan dan kesan kebudayaan hidup masyarakat di Tanah Melayu dahulu yang diterjemahkan ke dalam tarian. Perkara ini berlaku secara semulajadi melalui fasa-fasa tertentu hinggalah kebudayaan tempatan `dibunuh' oleh unsur hiburan dari Barat seperti street dance ini.

Penerimaan budaya tarian Barat ini sepatutnya dipertanggungjawabk an kepada pihak media yang melambakkan rancangan-rancangan hiburan yang bertemakan `keseronokan ala moden'. Rancangan seperti Sehati Berdansa, So You Think You Can Dance?, dan sebagainya sebenarnya mempromosikan budaya hidup masyarakat Barat yang berteraskan hiburan dan material semata-mata. Ini sama sekali berlawanan dengan adat ketimuran yang dipegang oleh masyarakat di Malaysia selama ini. Malahan, sejarah perkembangan Tanah Melayu yang dilihat secara telus sebenarnya menyatukan kaum-kaum di Malaysia sehinggalah campur tangan pihak penjajah British yang menjalankan dasar pecah dan perintah serta kesinambungan dasar pendidikan yang menyimpang.

Aktiviti street dance ini juga sebenarnya merupakan `gula-gula' untuk menarik perhatian golongan belia supaya mereka ini mudah dibelokkan perhatian serta menjadi kurang sensitif dengan isu-isu semasa yang menindas masyarakat Malaysia saban hari. Isu rundingan United State Free Trade Agreement (USFTA), isu penindasan golongan kapitalis terhadap rakyat di setiap pelusuk negeri di Malaysia, isu penghakisan budaya tempatan melalui pengaruh media secara terus kepada masyarakat, isu krisis ekonomi dunia yang meruncing, dan lain-lain lagi seharusnya didukung oleh golongan belia bagi membela nasib rakyat Malaysia supaya impak negatifnya kurang pada hari mendatang.

Namun, penganjuran aktiviti hiburan seperti ini secara rasmi nampaknya meruncingkan lagi kesedaran belia pelbagai kaum di Malaysia dalam menangani bersama isu-isu luar serta dalam negara yang bakal memberi impak negatif jangka masa panjang kepada masyarakat. Maka, pemimpin yang akan lahir sedekad akan datang diramalkan mempunyai ideologi berseronok semata-mata tanpa memikirkan nasib serta kehidupan rakyat umumnya. Siapa yang harus dipersalahkan? Pemimpin yang bakal dilahirkan ini atau pemuda-pemudi `gila hiburan' sekarang yang bakal menjadi ibubapa mereka?

Tarian Tradisional Masyarakat Cina

Secara umumnya, masyarakat Cina terlibat secara langsung dengan pertandingan street dance ini jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Latar budaya masyarakat Cina yang penuh dengan adat serta seni tarian sepatutnya dibela dengan ketat tanpa kompromi. Tarian opera Cina pada hari ini dilihat kurang sambutan oleh golongan muda pelbagai kaum terutama kaum Cina akibat kuatnya pengaruh tarian Barat yang melambak di media massa.

Sewajarnya adat Cina seperti tarian tradisional diberi tempat yang sepatutnya. Seni tarian masyarakat Cina dikenalpasti sebelum penemuan tulisan Cina yang pertama. Pasu seramik yang dijumpai di tapak arkeologi Sun Chia Chai di negeri Ta-tung yang terletak di barat tanah besar China mempunyai ukiran pergerakan tarian yang unik. Kajian artifak purba yang menunjukkan budaya masyarakat Neolitik Yang-shao terlukis dalam gambaran pergerakan tangan dan kaki manusia yang diseragamkan oleh mainan alat muzik sudahpun wujud pada abad keempat sebelum Masihi. Ini membuktikan bahawa seni tarian tradiosional wujud subur dalam sosial hidup masyarakat Cina ketika itu.

Malah, tarian tradisional masyarakat Cina dibahagikan kepada dua iaitu tarian rakyat dan tarian tentera semasa era Shang dan Chou pada abad pertama sebelum Masihi. Dalam tarian rakyat, penari akan memegang bulu yang memberi simbol buah sewaktu tiba musim memburu haiwan atau menangkap ikan. Tarian ini kemudiannya berkembang menjadi tarian yang digunakan dalam upacara korban oleh maharaja yang dilakukan di luar istana dan seterusnya menjadi tarian yang digunakan dalam upacara keagamaan. Manakala penari tentera yang ramai bilangannya, digunakan di dalam unit tentera sambil memegang senjata dan bergerak ke hadapan dan ke belakang dalam koordinasi gerak kumpulan. Tarian ini kemudiannya berkembang menjadi pergerakan yang digunakan dalam senaman tentera.

Tarian Cina yang banyak menggunakan koreografi pergerakan tangan dan kaki sebagai simbol penghayatan semangat langit dan bumi (heaven and earth) yang diterjemahkan dalam aspek harian sehingga melibatkan perasaan perkongsian rasa gembira dan indah daripada penari kepada penonton. Malah, tarian tradisional Cina ini memberi satu rasa perhargaan sama ada kepada penari mahupun penonton di sekeliling mereka.

Saya sama sekali tidak nampak penganjuran street dance membela atau memperkenalkan tarian masyarakat Cina yang penuh dengan adat dan seni kepada masyarakat di Malaysia secara umum. Malah, penganjuran pertandingan seperti ini sebenarnya menjadi perencat kepada perkembangan budaya masyarakat Cina di Malaysia dengan penghakisan adat resam mereka sendiri melalui pengaruh budaya Barat.

Riadah atau Redah?

Street dance sebagai riadah golongan belia merupakan alasan yang kurang kukuh kerana tarian sebegini langsung tidak mencakupi makna `sihat' yang sebenarnya. Kesihatan sepatutnya dipandang dari sudut yang lebih holistik melalui penerapan nilai fizikal, mental, emosi, sahsiah, dan spiritual. Penganjuran street dance dilihat menekankan aspek fizikal semata-mata dengan menyelitkan unsur keseronokan hiburan Barat bersama-sama gaya menari yang direkacipta sendiri. Ini sama sekali berbeza jauh daripada tarian tradisional yang lahir secara semulajadi melalui budaya dan adat tempatan serta dizahirkan melalui penghayatan gerak tari dalam rentak muzik yang penuh seni.

Penganjuran street dance ini juga dikatakan budaya sihat dengan larangan dadah dan alkohol semasa penganjurannya. Alasan ini jelas kelihatan `jauh panggang dari api' kerana punca utama menagihan dadah dan alkohol bukanlah berasal daripada tarian jalanan. Malah, jika penganjur benar-benar ingin membanteras penagihan dadah dan alkohol dalam kalangan belia hari ini, sepatutnya kempen roadshow se-Malaysia atau penganjuran bengkel `Bebaskan Belia daripada Dadah dan Alkohol' dianjurkan secara besar-besaran melalui dana sumbangan kerajaan dan orang ramai.

Seharusnya kerajaan negeri mengkaji dahulu kesan penganjuran aktiviti seperti ini kepada belia pelbagai peringkat umur serta berbilang latar belakang. Sikap sambil lewa serta redah dalam menganjurkan aktiviti seperti ini sepatutnya dielakkan bagi mengurangkan risiko kebejatan gejala sosial yang boleh meruntuhkan nilai moral masyarakat Malaysia. Sebagai bakal guru, saya melihat penganjuran aktiviti hiburan sebegini adalah bertentangan dengan dasar serta tujuan pendidikan yang dirangka di sekolah.

Riadah street dance ini juga seharusnya tidak dianjurkan secara terbuka dan meriah kerana boleh menyebabkan remaja yang masih bersekolah kurang berminat dengan ilmu lalu terjun ke alam hiburan di usia yang masih muda. Saya masih ingat lagi tatkala saya mengikuti latihan mengajar sebagai guru praktikal di sebuah sekolah di Perai, Pulau Pinang. Apabila saya bertanya kepada salah seorang anak murid saya di dalam kelas yang kurang berminat untuk belajar tentang cita-citanya di masa hadapan, dia menjawab,

"I want to be a dancer"

Selepas Menari

Di dalam sosiologi, antropologi dan pengajian budaya (cultural studies), subculture adalah sekumpulan manusia dengan budaya (nampak ataupun sembunyi) yang berbeza dengan budaya besar (major culture) di mana mereka tinggal. Perkara yang paling ditakuti oleh para intelek sejarah dan pendidikan adalah timbulnya subculture yang menyimpang dari nilai kemanusiaan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya struktur sosial sesebuah negara. Budaya punk, black metal, gothic, hiphop, dan sebagainya yang melambak di Barat sepatutnya dijadikan iktibar kepada masyarakat di Malaysia.

Budaya-budaya ini lahir selepas wujudnya unsur hiburan yang dibawa pada awalnya dengan alasan kononnya meluangkan masa melalui minat yang sama. Kemudian, budaya sebegini menjadi satu gaya hidup di mana penampilan luaran direkacipta dan dijadikan lambang kumpulan masing-masing. Maka, selepas itu sikap gah dengan kumpulan masing-masing mula menguasai diri, malah sifat dengki dan iri hati dengan subculture yang lain timbul sehingga mengakibatkan pergaduhan serta pembunuhan.

Budaya punk tidak dapat lari dengan imej rambut serta pakaian duri mereka dan budaya hiphop tidak dapat lari dengan imej senjata, dadah, dan teman wanita seksi mereka. Pengenalan imej-imej setiap kumpulan sebeginilah yang menyebabkan timbulnya pemikiran yang tidak sihat malah menjadi satu ideologi yang sangat merosakkan sistem hidup manusia.

Belia di Malaysia suatu ketika dahulu dipopularkan dengan budaya rap dan kemudiannya budaya ini hilang ditelan modenisasi hidup. Hari ini pula, timbul pelbagai subculture yang mempunyai asas yang sama dengan rap tetapi berbeza dari segi aspek luaran. Street dance juga sama sekali tidak akan bertahan lama dan akan lenyap ditelan arus globalisasi yang sangat deras. Ini kerana subculture street dance ini bukanlah satu budaya yang lahir daripada sistem sosial masyarakat secara semulajadi tetapi direkacipta sebagai mengisi keseronokan sementara, sama seperti punk, hiphop, gothic, dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Jadi, mengapa perlu mengangkat subculture ini menjadi sebahagian daripada projek terbesar pihak berkuasa sehingga mengenepikan unsur pendidikan dan adat resam budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

Bantah i-Dance!

Penganjuran i-Dance oleh Kerajaan Pulau Pinang seharusnya dihentikan bagi mengurangkan kesan buruk jangkamasa panjang masyarakat di Pulau Pinang khususnya. Alasan street dance ini merupakan riadah dan penggunaan alkohol serta penagihan dadah dikawal sewaktu pertandingan langsung tidak menunjukkan langkah pencegahan awal oleh pihak yang terbabit. Saya pasti selepas promosi kelas tarian serta budaya street dance ini di Pulau Pinang, akan timbulnya pertandingan seumpama ini yang akan dianjurkan secara kerap oleh pelbagai pihak. Maka, di waktu itu pemantauan terhadap unsur-unsur negatif tidak dapat digunakan akibat kekurangan tenaga manusia yang kononnya ingin mengawal tingkah laku buruk golongan belia.

Pembantahan i-Dance ini juga bukanlah omong-omong kosong malah berdasarkan keilmuan serta pemahaman melalui pelbagai bidang ilmu yang benar. Saya sama sekali tidak akan berganjak daripada keputusan pembantahan ini. Saya berdiri sebagai seorang rakyat Malaysia yang ingin membela adat resam budaya pelbagai kaum di Malaysia dan saya juga berdiri sebagai seorang muslim yang faham atas pengajian saya selama saya masih hidup.

`Izzat Anwari bin Hasni,
Ketua Usrah Pemikiran,
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Pulau Pinang.
Blog: http://DarahMerdeka .wordpress. com

Ahad, Disember 14, 2008

Hantu menyerang Malaysia- siapkan diri dengan iman !

Semasa ana kecil dulu, nenek ana selalu me'momokkan' ana dengan kata-kata ,"jangan pergi sana , nanti hantu ambil kang" dalam loghat Kelantan yang pekat. Kita , sebagai budak yang naif dan tak tahu apa-apa, apalgi ,terus percaya . Dalam otak masa tu untuk ingat 2 perkara :
  1. Takut kat hantu
  2. jangan pergi sana


Budak-budak, mana tahu apa. Tapi perasaan ana ketika itu dikuasai oleh perkara pertama , iaitu takut kat hantu sampai macam wujud satu perasaan bahawa hantu benar-benar akan ambil kita jika kita pergi ke tempat yang dilarang.

Itu secebis dari contoh-contoh tahyul yang berlaku dalam masyarakat dari dulu sampailah sekarang tapi dalam bentuk yang berbeza.

Kalau dulu (sehingga tahun 90 an), mungkin contoh di atas masih boleh digunakan, dan perasaan takut dan meremang bulu roma masih dapat "dihayati" oleh kanak-kanak, tetapi sekarang , bila saja sebut macam tu , mungkin kita yang akan ditertawakan nanti oleh generasi baru kini.

Kini , kanak-kanak (dan juga orang dewasa) di Malaysia "diserang" oleh "gerombolan" hantu-hantu pelbagai spesies (pontianak , langsuir ,toyol , zombie dsb) yang datang tak kira tempat. Ada yang datang dari China, ada yang datang dari Korea , ada yang datang dari Amerika Syarikat, ada yang datang dari Indonesia , dan ada juga yang datang dari negara yang kita cintai ini, Malaysia.

"Serangan" ini berlaku melalui 2 tempat yang jelas, melalui majalah-majalah/daiges misteri ataupun rancangan-rancangan di kaca tv.

Cerita-cerita tahyul ini walaupun dibuat atas dasar "seronok" , "pengetahuan" , atau apa-apa sahaja sebab, namun kalau diikutkan ia mampu membawa kita kepada perbuatan syirik dan meletakkan Allah setara atau lebih rendah dari hantu-hantu mereka itu .

Memang tidak dinafikan bahawa syaitan ,jin dan perkara-perkara ghaib itu wujud, bahkan menjadi kewajiban kita untuk mempercayai perkara-perkara tersbut. Bahkan dalam AL-Quran sendiri ada menyebut tentang perkara-perkara yang tidak boleh kita nampak seperti jin, malaikat, Lauhul Mahfuz, syaitan , syurga , neraka dan sebagainya. Dalam Al-Qur;an sendiri terdapat satu surah yang dinamakan Surah Al-Jin.

Dengan tidak menyentuh perihal kewujudan perkara-perkara tersebut , kepercayaan tahyul ini membawa banyak implikasi kepada masyarakat Islam itu sendiri . Paling jelas mampu membawa kepada syirik sama ada sedar mahupun tidak.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukanNya (syirik) dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki . Barangsiapa mempersekutukan Allah . maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar.
(Surah An-Nisa: 48)

Selain mampu membawa kita kepada syirik , ia turut mendedahkan masyarakat dengan kepincangan sosial yang secara tak sedar disuntik ke dalam diri anggota masyarakat.

Sebagai contoh, manusia akan mencari bomoh-bomoh yang mengarut bila sahaja sesuatu perkara berlaku ke atas mereka. Mereka lebih mempercayai bahawa dengan "rahmat " bomohlah mereka dapat peroleh "berkat" ,karamat, kekuatan luarbiasa dan sebagainya.

Bahkan ,ada yang mencari bomoh untuk minta perlindungan supaya selamat dalam perjalanan jauh , selamat dari mara bahaya yang konon-kononnya akan menimpa dan pelbagai jenis perlindungan . Rujuk surah Ar-Ra'd ayat 16

Katakanlah (Muhammmad) ,"Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Katakanlah "Allah". Katakanlah "Pantaskah kamu mengambil pelindung-pelindung selain Allah ,padahal mereka tidak berkuasa mendatangkan manfaat mahupun mudarat bagi dirinya sendiri?"
Dalam ayat di atas secara jelas Allah bertanyakan kepada kita dan menjawab sendiri soalan tersebut perihal siapakah yang menjadi pencipta alam yang luas ini . Jawabnya Allah. Allah menanyakan kembali kepada kita , adakah kita ini mahu mencari perlindungan dari makhluk lain yang turut diciptakan Allah , dan mempunyai kelemahan seperti kita ,bahkan lebih lemah daripada kita?

Orang-orang beriman , mereka berperang di jalan Allah , dan orang-orang kafir berperang di jalan thaghut , maka perangilah kawan-kawan syaitan itu , SESUNGGUHNYA TIPU DAYA SYAITAN ITU AMAT LEMAH
(Surah An-nisa: 76)


Ada yang sampai sanggup kena raba , dan ada yang kena "direct hit" oleh Tok Bomoh yang konon-kononnya menjadi syarat atau kaedah perawatannya.Ini semua merupakan natijah atau kifarat bila "bomoh" dijadikan sebagai tempat "bergantung harap" atau sumber rujukan bila berlaku sesuatu.

Masyarakat juga terdedah dengan pemikiran yang serba jumud dan sempit dan "takut" untuk membuat sesuatu yang baik , hatta ingin solat pun. Ada yang lebih suka solat di rumah pada malam jumaat , sebab takut "benda-benda" di pongsu sebelah rumah tunjuk "belang" malam jumaat.

Manusia jadi serba takut dan terkadang membawa mereka kepada kerugian yang amat sangat. Di kala bangsa lain berlumba-lumba mengejar kejayaan dalam pelbagai bidang samaada ekonomi , pendidikan , dan pelbagai cabang bidang lain ,kita masih dengan pelaris ataupun burung cenderawasih yang konon-kononnya tinggal di syurga , turun ke dunia untuk mati dan hanya makan awan saje. Kita masih lagi percaya benda yang mati ini sebagai suatu kuasa yang dapat tarik duit (rezeki) ini.

Terkejut ana bila baca satu majalah misteri dulu (ana suka perhati) , burung ni ada yang tawarkan harga sampai RM 700,000.00 untuk laris perniagaan . Masyaallah, masih percaya benda mengarut ni walaupun yang tawar burung ni sudah tentu bukan calang-calang orang hingga mampu tawar hampir satu juta semata-mata ingin memiliki "bangkai" burung ini.Bangkai je ni. Kalau kat Irian Jaya, suatu wilayah autonomi di Indonesia "burung kayangan" ini terbang bebas umpama gagak di Bandaraya Kuala Lumpur. Benda hidup. Orang Indon pun gelak bila dengar orang kita gilakan bangkai burung. Apakata kalau mereka yang "cerdikpandai" ini tubuhkan satu yayasan untuk memajukan anak bangsa seperti yayasan pendidikan untuk fakir miskin atau anak petani, boleh juga faedahnya. Atau dermakan sahaja duit ni ke badan-badan kebajikan seperti pusat penjagaan anak yatim , fakir miskin, pusat penjagaan Orang Tua mahupun badan-badan bukan kerajaan berorientasikan dakwah. Dapat gak pahalanya.

Suatu kemestian para "penganut" tahyul ini ,apa sahaja yang berlaku , mesti ada pantangnya , mesti ada syaratnya ,bahkan untuk ke hutan kita kena minta tolong dari "datuk" . Datuk K ke apa ni? Dalam Islam kita ada doa masuk hutan , bahkan apa sahaja yang berbangkit dari kehidupan ini kita boleh temui jawapannya dalam Islam.

Ada kata-kata popular ,"orang putih dah ke bulan kita masih lagi dok takat tu saja"

Pernah dengar cerita hantu purdah ? Cerita yang pernah menggemparkan negara pada 80 an dan awal 90-an (mungkin awal 80 -an lagi).

Cerita di mana seorang wanita yang berpurdah yang naik kereta berwarna merah akan mencari anak-anak sunti untuk dihisap darah? Cerita itu begitu famous pada ketika itu menyamai hantu stoking dan hantu-hantu seangkatan dengannya.

Sebenarnya , 2 perkara yang ana dapat kesan dari cerita hantu tersebut
  1. anak gadis tidak seharusnya berani membuka pintu kepada tetamu bila dia keseorangan , hatta kepada perempuan pun.
  2. suatu usaha untuk menyekat usaha dakwah yang dilakukan oleh golongan pendakwah yang begitu popular pada zaman kebangkitan Islam di Malaysia iaitu awal tahun 80 an iaitu di mana siswi atau pendakwah-pendakwah berpurdah giat menyampaikan dakwah ke rumah-rumah penduduk di mana tudung menutup bahagian dada begitu "asing" dipakai ketika itu.. Sama dengan "makan sup tangan" - "hikayat" yang dicetuskan puak-puak kafir dan munafiq dalam usaha memperendahkan atau menyekat usaha pelaksanaan Undang- undang Allah di bumi Malaysia .Istilah ini begitu popular suatu ketika dahulu.


Mujurlah zaman ana dah tak ada upacara yang mengarut-mengarut yang diwarisi oleh orang tua-tua hasil dari pewarisan hindu seperti upacara melenggang perut, upacara menjejak tanah , dan pelbagai upacara lagi.

Di bawah kepimpinan Ulama' di Kelantan sejak 18 tahun lalu , perkara-perkara syirik dan tahyul ini secara drastik dibasmi melalui larangan bermain atau diadakan pertunjukkan aktiviti atau permainan yang memerlukan "pertolongan" sesuatu kuasa selain dari Allah.

Antaranya ialah permainan wayang kulit , main puteri dan mak yong yang secara jelas memohon sesuatu dari sesuatu kuasa yang tak tahu hujung pangkalnya. Ada yang kena perasap dulu peralatan persembahan dan kena seru nama khadam atau wali-wali mahupun karahah-karamah yang biasanya dimulai dengan kalimah basmalah.

Secara halus mengakibatkan Islam (melalui perbuatan membaca basmalah, selawat dan sebagainya) di"asimilasi"kan dengan perbuatan agama lain (Hindu) seperti perasap dan menyeru nama-nama malaikat dan orang-orang keramat menggantikan nama-nama dewa hindu yang digunakan rakyat Melayu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

Perbuatan ini secara langsung mencemarkan nama Islam dan mampu mengelirukan masyarakat awam yang jahil dan tak tahu apa-apa.

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan ? Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
(Surah Yasin : 60)


Kerajaan seharusnya mengawal pengeluaran majalah mahupun daiges atau penyiaran cerita-cerita berunsur tahyul dan tidak membina akal ini sama ada di tv mahupun di pawagam dalam usaha untuk memurnikan kembali kefahaman Islam di tahap yang terbaik di samping menjadikan impian kerajaan untuk melahirkan warganegara yang memiliki minda kelas pertama tercapai. Renungi ayat dari surah Al-Hujurat :ayat 15 yang berbunyi seperti berikut :-

Sesungguhnya orang-orang Mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya , kemudian mereka tidak ragu-ragu . dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah . Mereka itulah orang yang benar.


Kehadiran siaran mahupun bacaan picisan ini hanya mampu merendahkan sudut pandangan generasi muda Melayu Islam yang mungkin hanya melihat "hantu iblis dan syaitan" sebagai subjek untuk ditakuti bukan Allah s.w.t sebagai Pencipta sekalian alam. Di saat Islam tertindas, dihina dan dikeji oleh orang kafir bahkan orang "Islam" sendiri ,usaha untuk mengurangkan atau menghapuskan unsur-unsur tahyul dalam tayangan mahupun bacaan amat erlu disegerakan.

Tergelak bila ana baca Mastika keluaran tahun ini (2008, keluaran bulan berapa ana tak ingat) , tajuk pada artikel ditulis sebagai berikut , "Inikah anak bunian?" Dengar tajukpun dah rasa seram sejuk . Mana taknya kita tak pernah tengok orang bunian . Harap-harap dapat tengok dalam keluaran tu. Tapi hampes ,anak bunian itu "muncul" bila ibu manusia ini buat "penilaian" terhadap hati lelaki-lelaki (manusia la ni) dalam sebuah hutan . Moga pembaca semua faham.






Jumaat, Disember 12, 2008

Malaysia ku tercinta- kritikan dari sudut pandangan bebas

Sejak kebelakangan ini , beberapa isu yang disifatkan menyentuh sensitiviti orang Melayu telah berlaku di negara yang tercinta ini. Keadaan ini bertambah nyata pasca pilihan raya umum ke 12 yang lalu yang menyaksikan ramai "orang-orang besar" dalam parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA ,MIC dan PPP jatuh tersungkur di tangan parti Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS , DAP dan PKR. Isu-isu yang menyentuh sensitiviti ini kita dapat simpulkan sebagai berikut. Diingatkan bahawa penulis bukan seorang racist mahupun juak-juak atau kroni parti politik , penulis menulis dari sudut "bebas" dan bersifat peribadi

  1. Orang kafir mempertikaikan peranan dan "hak" Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) dalam mengeluarkan fatwa seperti mana yang berlaku dalam isu pengharaman yoga dan gejala seks songsang , pengkid.
  2. penggunaan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang , dan yang terbaru di Perak. selain kedua-dua negeri tersebut , "pencemaran" ini turut berlaku di Kuala Lumpur .
  3. pertikaian tentang peranan dan sumbangan DEB terhadap rakyat Malaysia , yang disifatkan menguntungkan sesetengah pihak SAHAJA oleh Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng.
  4. pertikaian kewujudan dan kerelevanan kontrak sosial dan ketuanan Melayu oleh pemimpin bukan Melayu dan beberapa pemimpin (dan bekas pemimpin) samaada dalam BN mahupun PR sendiri. Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkenaan tiadanya ketuanan Melayu tetapi yang ada ketuanan Islam haruslah diteliti.
  5. penganjuran Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam yang dalam diam (dan jelas) mempersoalkan keadaan "kurang selesa" apabila seseorang individu itu memeluk Islam seperti majlis pengkebumian , penceraian dengan pasangan yang bukan muslim dan sebagainya.
  6. Kumpulan "jahiliayah" dan gerakan munafiqun seperti Kumpulan Artikel 11 mengadakan roadshow "mempromosikan" kebebasan individu Islam untuk murtad berdasarkan "ketidakfahaman" mereka ini tentang terma "kebebasan beragama" sebagaimana yang terdapat dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada negeri untuk menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam (rujuk Artikel 11 (4) )
  7. ajaran sesat tidak ditangani secara "baik" mahupun bijaksana di mana institusi keagamaan dipandang lembab dan dungu dalam bertindak membanteras beberapa ajaran songsang seperti ayah Pin (masih bertengkar antara kerajaan Negeri Terengganu dengan JHEIT patut ke tak nak tangkap si dajal ini, contoh dungu kedua-dua pihak) , antihadis (tokohnya seperti Kassim Ahmad dibiarkan bebas untuk menyebarkan dakyah melalui penerbitan buku dan forum ) , ajaran sesat munafiqun syiah yang giat menyebarkan sayapnya di Gombak Selangor dan Islam Liberal ( pendokong seperti Sister In Islam (kafirun) yang secara jelas bahkan halus mempertikaikan undang-undang syariah terutama yang berkaitan pembahagian harta pusaka ).
  8. Budaya sosial yang tak pernah surut dan mengalami masa rehat. Harus dibuat penekanan bahawa orang Melayu kita "menjuarai" populasi di Pusat Serenti , Pusat Bina Akhlak , Penjara dan pembuang bayi no. 1 di Malaysia. Ini tak masuk lagi yang terlibat dalam gejala bunuh diri Rempit dan terlibat dalam pembikinan filem lucah di Malaysia.

sebab yang seharusnya kita sebagai orang Islam (terutama Melayu) renungi kenapa terjadinya "bala" seumpama ini di Malaysia antaranya ialah :

  1. Orang Islam sendiri yang mempersendakan Islam (tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun) terutama dalam Undang-undang Islam. Sebagai contoh , ada seorang pemimpin menyaman sebuah kerajaan negeri kerana ingin melaksanakan Hukum Hudud (atas sebab ini hukum hudud ciptaan mereka tanpa sedar atau seakan mahu tidak sedar bahawa undang-undang ini secara jelas termaktub dalam Qur’an) dan penerbitan Filem Sepet karya Yasmin Ahmad yang dilihat mempersendakan Islam dalam babak2 tertentu (antaranya ialah babak wanita dirogol sebelum "dilaungkan" kalimah azan)
  2. Selain mempersendakan Islam , sesetengah pihak dilihat "merogol" kehormatan Bahasa Melayu dengan memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) . Di mana kedaulatan bahasa Melayu apabila kita sendiri "membunuhnya" ?
  3. Dari segi politik , kepimpinan Melayu yang lemah gagal memainkan peranan penting untuk mendaulatkan Islam dan Melayu. Kronisme dan nepotisme , poiltik wang (aka rasuah) umpama "kacang goreng" (900 kes rasuah dilaporkan berlaku ) dan perebutan beberapa jawatan tertinggi parti tertentu (sesama kaum) memburukkan lagi keadaan .
  4. Amat sedikit penerangan diberikan melalui media massa yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kerajaan Islam Hadhari terutama yang berkaitan agama, sebagai contoh isu fatwa baru-baru ini. Jangan dibiarkan rakyat yang masih tak jelas berada dalam kebingungan . Cadangan ana supaya : kurangkan sebar propaganda sesetengah parti mahupun individu tertentu yang itu (melalui berita-berita dan perbincangan pagi ) ,gantikan dengan penerangan yang berkaitan agama dan isu-isu yang timbul . Penerangan banyak dibuat oleh pihak tak rasmi dan tidak mempunyai kuasa tentangnya (sebagai contoh isu ketuanan Melayu di mana orang buta sejarah dibiarkan bebas berkata dalam akhbar propaganda kerajaan , Utusan Malaysia.)
  5. Pemerintahan lambat (atau kerenah birokrasi yang menjengkelkan) bertindak terhadap penyebaran ajaran sesat dan sosial hingga sesetengah pihak berpendapat kerajaan hanya ingin menjaga kantung dan politik mereka sahaja.. Isu ayah pin sebagai contoh masih tak dapat diselesaikan . Lihat apabila Kumpulan Al-Arqam ingin dihancurkan . Mereka (orang berkepentingan politik) dengan dibantu anggota skuad khas dan perisikan berjaya melumpuhkan gerakan ini sehingga ke akar umbi sebab ada kepentingan politik di situ . Masih ingat lagi Kes Anwar Ibrahim? Kalau melibatkan nama dan pengaruh mereka, cepat saja mereka bertindak. Cuba banding dengan Ayah Pin yang 'ancaman'nya lebih menggusarkan kepada umat dari segi akidah.
  6. Rakyat malaysia dilihat masih jauh dari makna perpaduan walaupun bibit-bibit perpaduan itu kelihatan , namun ia hanya disifatkan sebagai make-up dan "dessert" penyedap selera. Sebagai contoh dalam parti kerajaan sendiri , di mana pemimpin bukan Melayu dengan lantang mengkritik pemimpin Melayu berkenaan isu yang membabitkan perkauman , bukan yang berkaitan dengan "cabang" seperti jawatan dan sebagainya.


Beberapa jalan penyelesaian atau solusi yang dapat ana cadangkan (harap-harap sampai kepada Kerajaan) :

  1. Menerapkan pendidikan awal kanak-kanak muslim berlandaskan Al-Qur'an dan hadis - pemimpin melayu beragama Islam seharusnya memainkan peranan penting dalam merombak sistem pendidikan yang sedia ada yang dilihat hanya melahirkan masyarakat "robot" dan berkepentingan diri sendiri .
  2. Ana menyokong penuh cadangan Mukhriz Mahathir yang ingin memperkenalkan hanya satu aliran dalam sistem persekolahan. tetapi dengan syarat biarlah sistem Agama islam (Melayu) digunapakai dalam pentadbiran sekolah . Sebagai contoh , pengasingan kelas atau pemisahan tempat duduk antara lelaki dan perempuan, pemisahan di kaunter makanan , bacaan doa tidak dihalang pada waktu pagi persekolahan , syarat pemakaian uniform diperketatkan seperti skirt tidak boleh terlalu pendek bagi orang kafir dan wajib pakai tudung bagi pelajar wanita Muslim , identiti pada sekolah agama dari segi pergaulan dan sistem pembelajaran (termasuk subjek sekolah agama yang diajar) dikekalkan .
  3. pengenalan subjek mahupun silibus berkenaan kontrak sosial hendaklah diwujudkan segera bagi membasmi sebarang salah faham terhadap konsep ini. Kontrak sosial tidak harus didlihat sebagai suatu halangan kepada perpaduan , tetapi merupakan satu dasar yang mampu menyatukan rakyat Malaysia atas dasar penghormatan kepada hak dan prinsip masing-masing.
  4. Ana menyambut baik usaha kerajaan untuk merombak balik sukatan pelajaran pelajar sekolah rendah di mana subjek sejarah akan menjadi sebahagian daripada subjek wajib yang diajar bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah Negara.
  5. Revisi balik PPSMI sebab ia dilihat duri dalam daging kepada bangsa Melayu. Kritikan ini sekadar menyatakan pandangan,bukan atas dasar ingin menjatuhkan mahupun memperendahkan pihak-pihak tertentu.
  6. Mengenakan tindakan serta merta terhadap individu atau kumpulan yang mepersoalkan sesuatu yang jelas terdapat dalam perlembagaan seperti yang berlaku skarang ini terutama yang berkaitan kontrak sosial dan Islam.
  7. Ana secara peribadi menyokong penuh cadangan yang pernah dilontarkan oleh Bekas Mufti Perlis , Assabihussamahah Al-Ustadz Dr. Asri Zainul Abidin tidak lama selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu bahawa pemimpin-pemimpin Melayu (sebut : Tun Dr. Mahathir, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) seharusnya duduk semeja berunding dan membincangkan perkara-perkara yang membabitkan orang Melayu. Cadangan ini amat bagus bagi ana sebab walaupun kita mungkin berlainan ideologi /pendekatan politik ,namun atas sesetengah isu seperti Agama Islam dan Melayu, kita dapat bersatu .

Malaysia...negaraku yang tercinta....

Khamis, Disember 11, 2008

Sokong PGSM

Ana menyokong penuh cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar supaya pengamal undang-undang yang tidak fasih berbahasa Melayu perlu dilucutkan keistimewaan daripada menjadi pegawai undang-undang dan peguam di negara ini (rujuk Utusan Malaysia, 10 Disember 2008) .

Jika langkah ini dipersetujui oleh kerajaan , ia secara tidak langsung akan memartabatkan bahasa kebangsaan yang kian "robek" dirakus oleh bahana politikus yang tidak memahami kepentingan penguasaan bahasa Melayu seperti yang berlaku melalui dasar kerajaan untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) , dasar sesetengah syarikat di Malaysia terutama syarikat pelaburan asing yang mengutamakan graduan yang berkebolehan berbahasa Inggeris dan penggunaan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang dan yang terbaru di Perak .

In termasuklah langkah untuk memansuhkan pengajaran huruf jawi dalam sukatan pelajaran pada suatu ketika dahulu sehingga Melayu hilang identitinya.


Bahasa Melayu akan dipandang tinggi oleh masyarakat dengan mengira sejarah bahawa bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca ataupun bahasa utama untuk berhubung .

Dengan bahasa Melayulah , umat Melayu dapat mengenal jati dirinya yang sebenar , dapat mengenal bahawa bangsa ini pernah mendaulatkan Islam dengan penegakan sebuah negara (negeri) Islam di Melaka , menjadi Pusat penyebaran Islam di nusantara dan pernah memiliki keupayaan ekonomi yang cemerlang berdasarkan perkiraan bahawa terdapat beberapa pelabuhan perdagangan menjadi pelabuhan utama .

Jadi , usaha untuk menaikkan kembali martabat bahasa Melayu sepatutnya menjadi agenda penting bagi mengembalikan semula "maruah" dan roh Melayu islam di alam jagat.

Sabtu, Disember 06, 2008

Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI Berjaya Capai Sasaran





En.Kamal Shukri, Sdr Faisal (Pengerusi GAP), saya berbaju hijau PAS mewakili (TERAS Melayu), dan sdr. Hilmi (Presiden PKPIM)


30 November, Gombak - Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI anjuran Gerakan Anti-PPSMI (GAP) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan di sini pada hari ini berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Panelis-panelis forum tersebut terdiri daripada En. Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Koordinator Kampus TERAS dan Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM. Forum tersebut diselia oleh Sdr. Muhamad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM sebagai moderator.


Forum yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi tamat pada pukul 12.30 tengahari menyaksikan para panelis menyampaikan dasar-dasar penting sebagai landasan di dalam perjuangan Bahasa Melayu yang diusahakan oleh Gerakan Anti PPSMI ini. En. Kamal Shukri menyelar Persidangan Meja Bulat PPSMI anjuran Kementerian Pelajarn Malaysia (KPM) yang beliau sifatkan sebagai berat sebelah. Beliau juga menyatakan bahawa hasil perbincangan persidangan tersebut tidak boleh disama tarakan dengan hasil kajian yang dilaksanakan oleh cendekiawan-cendekiawan universiti di dalam isu ini sebagai contoh hasil kajian berhubung keberkesanan PPSMI di kalangan pelajar oleh Prof. Emiritus Dr. Isahak Haron daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau menyeru supaya Akta-Akta yang berkaitan dengan Bahasa Melayu tidak hanya tinggal sebagi Akta-Akta kosong yang tidak bererti. Akta-Akta tersebut perlu dikuatkuasakan dan dipatuhi. Beliau merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan dan lain-lain. Beliau turut memberi persoalan penting untuk difikir oleh pemikir-pemikir polisi di dalam KPM iaitu adakah kita ingin hancurkan Bahasa Melayu dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mengembangkan sains dan teknologi?


Panelis kedua, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal (rausyanfikir) pula menyentuh tentang hubungan di antara Bahasa Melayu dan Islam yang disifatkannya sudah berasimilasi sepanjang kehadiran Islam ke Tanah Melayu di dalam lipatan sejarah. Bahasa Melayu sudah melalui proses Islamisasi sehingga menjadikannya sebuah bahasa yang tidak boleh hidup tanpa Islam. Beliau memperkaitkannya dengan keperluan untuk Bahasa Melayu digunapakai sebagai medium transmisi ilmu. Sekiranya PPSMI diteruskan, ia akan menghilangkan sifat keagamaan yang ada di dalam Bahasa Melayu untuk diterapkan di dalam kebangkitan sains dan teknologi pada hari ini. Malah, pada beliau, sekiranya kita menolak kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk transmisi ilmu, seolah kita menidakkan kepentingan bahasa sesuatu bangsa sebagai medium transimisi ilmu seperti yan disebutkan di dalam ayat 4 Surah Ibrahim. perantara untuk penyampaian ilmu yang Perjuangan memartabat dan pemerkasaan Bahasa Melayu pada beliau bukan sangat kerana isu PPSMI ini, tetapi ia sebenarnya isu yang lebih serius dan lebih dalam daripada apa yang dilihat secara luaran. Beliau turut menyifatkan segelintir kita sebagai terperangkap di dalam watak tertawan dengan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa ilmu di dalam negara kita.Tampaknya, bangsa Melayu lebih kelihatan terperangkap dengan minda yang terjajah dan watak yang tertawan selepas daripada Malaysia mencapai kemerdekaan berbanding daripada sebelumnya.


Mohd. Hilmi Ramli menekankan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan seperti yang terkandung di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dipegang sekian lama. Bahasa Melayu merupakan agen pemersatu untuk bangsa-bangsa yang hidup sebuumbung di Malaysia. Perjuangan untuk menamatkan PPSMI ini sudah pun dimulaakn sejak ia mula dilaksanakan pada 2003. Sudah pelbagai usaha melalui memorandum, resolusi, petisyen dan bermacam lagi yang dicapai di dalam kongres, seminar, konvensyen dan kolokium Bahasa Melayu yang dianjurkan. Sekiranya pihak pemerintah masih tidak memahami bahas diplomasi yang digunakan untuk menunjukkan protes rakyat terhadap pelaksanaan PPSMI ini, sudah tiba masanya untuk gerakan perjuangan Bahasa Melayu ini menggunakan bahasa advokasi. Beliau juga turut menyeru generasi muda khususnya di kalangan mahasiswa untuk turut sama bangkit dan berdiri di barisan hadapan di dalam mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang benar-benar dihayati dan bukannya setakat omong-omong kosong atau sekadar tulisan di atas kertas. Di dalam hal ini, beliau dengan lantang menyatakan bahawa PKPIM akan membuat laporan polis terhadap KPM kerana didakwa mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan beberapa Akta lain yang berkiatan dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Beliau turut menasihati para perwakilan UMNO di dalam Persidangan Agung UMNO Mac hadapan untuk menolak pemimpin-pemimpin yang menjahanamkan Bahasa Melayu.


Prof Emiritus Abdullah Ahsan mempersetujui hujah saya dan sdr. Hilmi akan peri penting Bahasa Melayu dalam institusi Islam.


Forum pada hari ini turut menerima lontaran pandangan yang bernas daripada Prof. Emiritus. Dr. Abdullah Ahsan, seoarang cendekiawan dan pejuang bahasa. Beliau mengajak para hadirin untuk melihat isu ini daripada skop yang lebih luas. Bukan setakat isu PPSMI, Bahas Melayu harus diselamatkan di pelbagai lapangan. Isu PPSMI merupakan salah satu daripada cabang penting di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu, dan ia harus diteruskan. Namun, adalah perlu untuk kita melihat kempen selamatkan Bahasa Melayu ini dari aspek lain juga. Sebagai contoh kepentingan Bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa yang punya beban rohani yang cukup tinggi di dalam kehidupan kita seharian.



Forum tersebut diadakan bertujuan untuk meratakan kefahaman akan peri penting perjuangan memartabat dan pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Jumlah peserta forum tersebut turut mencapai sasaran apabila berjaya menarik minat lebih daripada 50 orang mahasiswa yang mewakili organisasi masing-masing, guru-guru, cendekiawan universiti dan pejuang bahasa. Forum yang diajurkan pada hari ini hanya merupakan permulaan kepada satu protes panjang terhadap PPSMI dan usaha-usaha menyahtaraf Bahas Melayu di Malaysia. PKPIM dan gerakan mahasiswa lain melalui GAP akan terus memobilasi isu ini sehingga KPM mengembalikan hak Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan Malaysia demi kebajikan dan masa depan keseluruhan generasi muda, para pelajar Malaysia.

Hapuskan PPSMI demi bahasa Melayu

Hapuskan PPSMI demi Bahasa Melayu

Oleh Nazmi Yaakub
bhnews@bharian.com.my


sumber: Berita Harian 4 Disember 2008


KAMAL, Muhamad Faisal, Wan Ahmad Faysal dan Mohd Hilmi dalam berusaha menyelamatkan bahasa rasmi negara pada Forum Khas: Kempen Selamatkan Bahasa Melayu di Kompleks Anjung Harapan.

Forum khas anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia minta pemimpin beri perhatian


FORUM Khas: Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI memberi peringatan kepada pemimpin Melayu agar membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.



Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selaku penganjur turut bercadang mengemukakan saman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 1952 dan Perlembagaan serta mereka yang terus mengekalkan PPSMI kerana dianggap tidak mengikut lunas perundangan.


Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, berkata pihaknya tidak lagi mahu berlembut dan berbincang apabila pendapat ilmuwan dan tokoh bahasa yang mewakili suara akar umbi tidak lagi didengari, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan bahasa Melayu selepas mendapati bahasa diplomasi tidak lagi difahami.



“PKPIM dan mahasiswa melancarkan Gerakan Anti PPSMI (GAP) ini bertujuan menyelamatkan bahasa Melayu, manakala forum hari ini pula diadakan bagi mengumpul dan menyuntik kekuatan untuk menyatakan bantahan terhadap PPSMI.



“PKPIM bertekad akan menyaman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 152 dan Perlembagaan serta secara terus terang menggunakan PPSMI yang tidak mengikut lunas perundangan,” katanya pada forum anjuran PKPIM di Pusat, Kompleks Anjung Rahmat di sini, baru-baru ini.



Tokoh bahasa, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, berkata beliau akan menghantar memorandum kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas Aidil Adha agar pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu dikembalikan, sekali gus mengelakkan bahasa itu disisihkan daripada sistem pendidikan secara sistematik.



“Memorandum akan dihantar dalam bentuk buku, Kenapa Kami Bantah PPSMI kerana apabila PPSMI dilakukan sepenuhnya, semua subjek berasaskan Sains dan Matematik akan bertukar ke bahasa Inggeris yang menjadi 96 peratus daripada kurikulum peringkat universiti, manakala subjek yang tidak ada kena-mengena turut beralih ke bahasa itu berikutan fitrah manusia mengikut apa-apa yang menjadi arus perdana.



Prof Abdullah memetik surah Ibrahim ayat ke-4 yang terkandung dalam al-Quran, menegaskan keperluan manusia untuk mengajar ilmu dalam bahasa ibundanya dan mengingatkan penyampaian ilmu bukan melalui bahasa ibunda, tidak akan sampai kepada semua lapisan masyarakat, sekali gus tidak dapat mendemokrasi dan meliberalkan pendidikan.



“Dasar pendidikan dalam bahasa Melayu itulah yang menjadikan orang Melayu pandai selama ini sehingga berjaya menjawat doktor, jurutera dan jutawan, tetapi sebahagian daripada mereka ini seperti kacang melupakan kulit,” katanya pada forum yang dipengerusikan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Mohd Faisal Abdul Aziz.


Prof Emeritus Abdullah juga tidak menolak kemungkinan untuk menghantar memorandum kepada Agong dan Sultan dengan menekankan kepentingan bahasa Melayu terhadap institusi Raja Melayu di negara ini, sekiranya tindakan sedia ada tidak membawa kesan positif.



Dalam konteks Islam, Koordinator Kampus, Teras Keupayaan Melayu (Teras), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengingatkan pihak yang beranggapan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai asabiah agar menilai sejarah peradaban Melayu yang diangkat dengan kedatangan Islam melalui bahasa Melayu.



“Isu bahasa Melayu turut memberi kesan kepada Islam kerana peradaban bangsa Melayu semakin penting selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sekali gus menjadi kerugian seandainya orang Islam tidak memahami sejarah yang agung itu,” katanya.



Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, menolak tanggapan pihak yang mempertikaikan usaha mengembalikan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu kepada bahasa Melayu sebagai pembaziran beralasan kerajaan sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk PPSMI termasuk membekalkan komputer.


“Usaha kerajaan membekalkan komputer sebenarnya tidak membazir sekiranya bahasa Melayu dikembalikan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek terbabit kerana ia masih boleh digunakan dengan menukar perisian saja, selain syarikat pembekal sedia ada juga masih boleh membuat keuntungan tanpa perlu merosakkan bahasa ibunda berkenaan, ujarnya yang menganggarkan lebih 5.5 juta pelajar yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sehingga bergelar profesor dan saintis sejak bahasa itu digunakan pada 1970 hingga 2001.