Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Jumaat, Mei 22, 2009

KELAYUAN NILAI KEINTELEKTUALAN DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM.

KELAYUAN NILAI KEINTELEKTUALAN DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM.


Muhammad Nuruddin Bashah
Fakulti Kejuruteraan (Bahan)
Universiti Malaya.
2006

1) Pendahuluan.

Penulisan ini bercorak kritikal dalam membuat pertimbangan dan seolah bersikap pengadilan umum terhadap kelesuan tahap keintelektualan mahasiswa amnya dan para penggerak gerkan mahasiswa khususnya. Pertimbangan mungkin agak kurang lengkap dan janggal diistilahkan sebagai kajian makro disebabkan pengamatan secara peribadi kepada beberapa tingkah dan gerak geri serta pemikiran para pendokong gerakan Mahasiswa. Topik perbahasan ini cuba melihat kelesuan yang menimpa mahasiswa dan pengkhususan perbahasan diletakkan kepada medan persatuan mahasiswa Islam selaku medan penyediaan amilin kebangsaan (reservoir of workers in jamaah).


2) Sorotan pandangan ke belakang.

Sekitar kebangkitan gerakan pelajar di Malaysia pada sekitar 1960an adalah berteraskan nilai keintelektualan. Jolokan mahasiswa sebagai jurubicara asyarakat adalah suatu yang signifikan dengan tradisi mahsiswa zaman itu sejak penubukan-penubuhan universiti di Eropah iaitu untuk menggerakkkan masyarakat melalui peningkatan taraf pemikiran masyarakat. Masyarakat dievolusikan melalui peningkatan taraf pemikiran generasi muda iaitu melalui penekanan pendidikan kepada sebahagian segmen masyarakat iaitu generasi mahasiswa. Istilah 'mahasiswa' mungkin lebih bermakna daripada istilah 'student' dalam bahasa Inggeris. Lantaran itu kebangkitan mahasiswa timur adalah suatu yang diharapkan daripada perletakan terminology ini.

Pada sekitar ini, kita melihat taraf mentality masyarakat melayu menjadi kritis dengan kehadiran beberapa ramai generasi mahasiswa yang mendapat tempat di Universiti yang dalam masa yang sama menerima kebanjiran pemikiran luar yang luas, anti dogmatic serta adil dalam membuat apa-apa sintesis keilmuan. Mahasiswa era ini gemar berseminar, berdiskusi serta berbahasan secara adil mana-maa topik terutamanya berkaitan dengan masyarakat. Dengan kurangnya organisasi NGO yang memperjuangkan isu masyarakat menyebbkan mahasiswa dijadikan kayu terakhir untuk dipaut serta menjadi indicator kepada aras kemakmuran masyarakat. Antara sebab mahasiswa hebat dalam kebangkitan intelek pada era ini adalah :

• Universiti yang dibina tidak banyak serta mahasiswa dianggap golongan 'permata' dalam masyarakat.
• Kurangnya NGO dan badan yang memperjuang isu masyarakat.
• Keadaan system kerajaan yang masih muda dan memerlukn golongan intelek memberi idea, membina sisitem melalui perbahasan bersama serta saranan daripada golongan akademik.
• Sistem pengajian selama sepenggal dan bukan mengikut semester memudahkan pembahagian masa untuk gerakan mahasiwa.
• Kebebasan daripada pihak universiti untuk mengadakan diskusi-diskusi ilmiah di sekitar universiti.

Pada ketika ini buku-buku yang baru terbit akan diperbahaskan dengan terperinci, dikritik walaupun oleh mahasiswa tahun 1. Pensyarah yang mengarang tesis dan buku atau makalah akan membuka ruang untuk kritikan membina daripada mahasiswa. Namun budaya ini mulai lesu selepas beberapa siri pengekangan terhadap kebangkitan pemikiran mahasiswa sekitar pasca 1971 dan keatas. Penurunan graf ini tidak terlalu mendadak sehinggakan mahasiswa kini tidak menyedari perubahan nilai ini serta menyebabkan mereka kini terlarut dalam dunia kegersangan intelek dan ada dikalangan mereka (walaupun penggerak gerakan mahasiswa) yang sebenarnya memerangi budaya ini. Budaya dogmatic dan budaya makan suap idea yang dipertontonkan dengan penuh kejelekan. Mahasiswa yang berasaskan pemikiran Islam kini lupa akan sarana Al Iqra' yang dipaksakan terhadap junjungan besar kita Rasulullah SAW walaupun Baginda Rasul tidak tahu menulis dan membaca. Penghasilan AUKU, penubuhan Kolej-Kolej Universiti semakin menggersangkan lagi keadaan ini.

3) Mengapa gerakan mahasiswa dikaitkan dengan nilai intelek?

Gerakan adalah 'menggerakkan'. Gerakan dalam bahasa Arab adalah Harakah. Harakah adalah proses menggerakkan masyarakat dalam ertikata amalan dan tindakan masyarakat dan semestinya memerlukan usaha memugar pemikiran dan mentliti masyarakat terlebih dahulu. Pemugar masyarakat dalam perbahasan ini adalah mahasiswa. Bagaimana mungkin si pemugar itu sendiri belum memugar pemikirannya? Tahap penakulannya masih di tahap persekolahan, tahap perbahasan masih simplistic seolah-olah peralihan sekolah ke Universiti tidak meninggalkan kesan dalam ruang pemikiran mereka.

Gerakan mahasiswa yang komprehensif, bersepadu dan tersusun adalah pra syarat untuk mengubah pemikiran seterusnya aml dan tindakan masyarakat. Syarat utama gerakan komprehensif dan bersepadu ini ialah titik persamaan diantara segmen mahasiswa yang pelbagai aliran, serta asal usul seperti aliran agama, aliran hedonisme, aliran yang kisah-tak kisah serta aliran yang kritis pemikirannya. Penyatunya adalah kebangkitan nilai bersama iaitu intelektual. Inilah 'hikmah' dan harga diri mahasiuswa yang telah hilang akibat percaturan musuh yang berpaksi machievellian serta kesalahan dan kelalaia mahasiswa yang tidak kenal asal-usul serta tidak engenal maruah sendiri. Momokan belajar untuk kerja, beljar utuk jam kredit serta belajar yang diorientasikan untuk membayar hutang dan budi kepada sipemberi biasiswa menjadikan mahasiswa lupa matlamat intelek dan misi kemasyarkatannya.

4) Halangan keintelektualan ini berputik.

• Sikap tidak optimis mahasiswa Islam dengan kebangkitan berteraskan intelek. Mereka ini kebanyakkan salah ertikan kebangkitan Islam yang dikatakan hanya mengambilkira nilai sepunya aqidah mata-mata. Metos klasik yag kita sendiri tidak tahu asal-usulnya ini menjerut minda ahli gerakan Islam kebangsaan.

• Sikap pemimpin mahasiswa yang menekankan nilai dogmatic dan pengikisan nilai skeptical ahli bawahan dalam menilai persekitaran. Penerapan nilai wala' semberono tanpa memberi penafsiran sebenar, terus berlangsung serta penerapan nilai thiqah kepada pemimpin sehingga konsep perkongsian pembuatan keputusan dan pemasakan idea tidak berlaku. Salah laku ini tidak disedari oleh penggerak Islam kerana selesa dengan nilai 'wala' dan 'Thiqah' separuh masaknya tersebut. Mereka perlu digerakkan agar kembali menjunjung tradisi intelek dan keilmuan yang sejati dalam terus memacu gerakan Islam yang tidak mungkin lekang daripada 2 konsep tersebut.


• Penerapan Usrah yang didominasi ideanya oleh seorang naqib. Naqib dianggap guru utama, mahaguru atau Murabbi sehingga saranan dan ideanya tidak dapat disanggah secara rasional dan ilmiah. Sistem unggul ini adalah punca kebangkitan Islam tetapi bukan meda untuk menghasilkan robot-robot pencetak pemikiran yang berbudaya dogma serta taqlid. Minda akal manusia yang berdogma atau bertaqlid ini akan memusnahkan karya-karya mindanya daripada terhasil sekaligus menjadikan gerakan mahasiswa Islam sebagai bahan tawaan masyarakat luar.

• Budaya syura dan perbahasan perlakuan gerakan tidak dilakukan secara perkongsian pintar. Perbahasan dieksklusifkan atas dasar wala', sir dan percaya kepada keputusan atasan. Penulis tidak mempersoalkan tindakan ini yang ada kewajarannya, tetapi perlu juga menerima andaian dan pandangan golongan pekerja dan pemangku daripada bawahan ini. Mereka lah yang merealisasikan gerakan Islam. Merekalah punca adanya gerakan.


• Kurangnya minat mahasiswa terhadap budaya berdiskusi dan berbahas. Mahasiswa kini telah terlarut dalam budaya ananiyyah atau individualistic kerana kerencaman social kini. Kerencaman ini memanipulasikan mahasiswa sehingga kurangnya kepekaan dan keseriusan mahasiswa dengan isu agama, isu masyarakat, isu rakyat dan isu mahasiswa sendiri. Mereka kebanyakkannya bukan takut akan risiko tetapi kurangnya concern terhadap persekelilingnya sendiri. Diskusi dan perbahasan yang terlalu sukar dan tinggi topiknya tidak menjadi minatnya. Berbahas topic yang diluar skop akademiknya tidak akan dilayan. Mencari jawapan kepada permasalahan masyarakat diswastakan kepada sector, lajnah atau biro-biro tertentu.

• Membaca bukan lagi budaya mahasiswa tetapi hanya budaya pelajar post graduates, budaya pensyarah dan budaya 'mat skema'. Menyentuh buku-buku yang bukan alirannya, bukan kursusnya dianggp pelik dan ganjil. Membeli buku bukan lagi budaya mulia, sehinggakan peruntukan pinjaman dan biasiswanya tidak diperuntukkan untuk membeli bahan-bahan ilmiah ini. Kebanyakkan mhasiswa Islam hanya menyentuh dan mengambil kira buku-buku bbercorak gerakan Islam dan bercorak Islam. Hasilannya adalah golongan berpemikiran eksklusif yang buta social dan buta medan gerakannya sendiri.

5) Mengapa kita perlu membina langkah mulia ini?

Dalam memacu kepimpinan kampus eekitar era 90an, begitubanyak sumbangan Mahasiswa Islam melalui wacana-wacana, kritikan membina,forum-forum terbuka dan adil perbahasannya berjaya menyentuh media, masyarakat,massa hatta kepimpinan negara sendiri.
Namun penulis berasa agak kesal dengan sikap segelintir generasi kini yang memandang enteng kepada pembinaan keintelektualan. Mereka merasakan saranan menulis, membaca, menyampai dan berdiskusi adalah budaya paksaan yang tidak kena dengan naluri mereka. Mereka terasa terkongkong dan tertekan dengan melupakan asal-usul mereka sendiri. Melupakan hikmah yang cuba diterapkan kepada diri mereka agar mereka layak bergelar mahasiswa Islam. Mereka memperkecilkan usaha dan sikap Ulama' silam seperti Imam As Syafi'e dan Imam Nawawi yang seharian hidup digunakan untuk membaca, menulis dan menyampai ilmu dan dakwah. Mereka lupakan sikap Syed Qutb yang sehingga ketiadaan dakwat dan lampu didalam penjara, masih kental hasratnya utuk menulis. Mereka lupa sikap Imam mereka sendiri iaitu Imam as-Syahid Hassan Al Banna yang menulis sedari berumur 11 tahun untuk menyebar fikrah dan dakwah. Mereka lupakan peranan A. Samad Said (tokoh Sasterawa Negara) yang bermatian menulis dan menyebar tulisan ilmu politik era 1950an dala usaha membantu Dr Burhanuddin Al Helmi menggerakkan minda masyarakat Melayu dahulu. Mereka lupakan jasa-jasa Ibrahim Yaakub di MPSI yang bertungkus lumus menghasilkan tulisan pendek serta mendiskusikan tulisan tersebut untuk kebangkitan KMM dahjulu. Mereka lupa sejarah mereka. Mereka terlarut dengan ananiyyah dan ketidak optimisan dalam kebangkitan Islam akibat pensekularan pendidikan mereka. Mereka menjadi api dalam sekam dalam gerakan pelajar Islam. Mereka lupa mereka adalah musuh gerakan Islam.

Apakah masalah intelektualan dalam persatuan Islam Mahasiswa?

• Tiada penegasan dan showmanship daripada pemimpin sendiri. Pemimpin gerakan sendiri buntu ideanya dalam memperkasakan 'intelek' kerana kerangka mereka sendiri bukan berasaskan klausa tersebut. Pemimpin tidak gemar membaca, mentelaah buku, mencari idea baru, berdiskusi tajuk kritikal serta menyediakan medium perbahasan kepada ahli mereka sendiri.

• Penggerak persatuan tidak tahu buku dan bahan yang mana perlu diutamakan untuk dibaca. Mereka yang disarankan membaca buku haraki hanya akan kekal dengan buku tersebut. Yang disarankan membaca ilmu siasah akan hanya kekal dalam perbahasan itu. Terdapat juga ahli yang melangkaui tahap dan level sehingga berusaha menggapai buku dan perbahasan tinggi dengan melupakan basicnya yang lemah dan dangkal.


• Ahli tidak konsisten dalam pembacaan dan pengiltizaman ilmu. Mereka akan melupakan buku agama dan kitab agama bila diutarakan tajuk isu semasa. Mereka akan melupakan buku-buku dan tajuk-tajuk harakah apabila disarankan keilmuan pengurusan organisasi. Mereka mudah lupa dan tidak merancang ruang masa dan ruang otak mereka. Mereka agak gopoh dan tidak memahami asas epistimologi.

• Terdapat dikalangan ahli yang menjadi musuh keintelektualan mahasiswa.


• Tidak menjadikan ruang masa yang ada serta kemodenan (yahoogroups) sebagai medan peningkatan keilmuan dan peningkatan tanggapan mereka.

• Membeli buku dianggap membazir. Budaya ke perpustakaan hanya untuk mendapat tempat selesa dikala musim peperiksaan.

6) Persediaan pembinaan generasi intelek.

• Sebelum terlibat dengan gerakan diskusi keintelektulan dan pembinaan minda yang agak liberal dan bebaskadangkala ditaja oleh golongn yang tiada basis Islam, maka diperlukan mahasiswa ini mengekalkan basic agama dan keilmuan agama yang kukuh dalam mengelakkan kita terlarut dalam pemikiran-pemikiran ini.
• Perdisiplinan focus. Mahasiswa perlu menfokuskan kesemua bidang dan cabang ilmu serta tidak melupakan mana-mana bidang yang pernah diceburi, dikaji dan dihayati. Inilah kelemahan utama para mahasiswa. Meninggalkan perbahasan harakah apabila sibuk dalam perbahasan politik kampus dan negara.
• Mempraktikkan budaya gilakan buku, diskusi dan seminar walau dimana sahaja diadakan. Menyebarkan maklumat serta cuba mengorganisasikan rakan sekitar untuk menyebarkan maklumat dan isu yang difahami.
• Menyediakan motivasi kendiri untuk menjadi insan yang cintakan ilmu agama dan ilmu duniawi demi kemaslahatan masyarakat seperti bergaul dengan golongan intelek, berhubung dengan organisasi yang kritikal dalam isu semasa dan isu Islam, serta lain-lain kaedah.
• Menganggap membeli buku, menghabis wang untuk seminar dan untuk pergi ke tempat ilmiah sebagai suatu infaq.

7) Penutup.

Prasyarat kejayaan misi ini adalah dengan mempraktikkan isi tulisan ini serta tidak membuang bulat-bulat ideanya. Perenungan ke belakang penting untuk menilai tapak ke hadapan. Muhasabah tanpa tindakan adalah perkara kelakar. Merancang tanpa pelaksanaan adalah perkara bodoh. Keputusan bersama yang tidak diperaktik bersama secara kolektif bukannya budaya harakah.

2.30 ptg, sabtu, 28 jan 2006
PKNS KL.

Rabu, Mei 20, 2009

Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin

Imam al-Ghazali berkata: “Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab-adab perkahwinan dan jelas dengan tujuan perkahwinan”

Surah an-Nur: (24: 32): “Dan kahwinkanlah orang yang sendirian(bujang) antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Mafhum Hadith: “Setelah anak perempuan berusia 16 tahun maka nikahkanlah ia dan ketika itu seorang bapak memegang tangannya sambil berkata : “Anakku, engkau telah kudidik, kuajar, dan ku nikahkan, semoga aku dilindungi oleh Allah dari bencana dunia dan akhirat.”

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memlihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya”. (H.R Bukhari & Muslim).

Nasihat Rasulullah SAW kepada ummatnya khususnya ibu bapa selaku wali, “Sekiranya datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan” (H.R. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Perkahwinan adalah amanah Allah SWT. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:

1. Calon suami
2. Calon isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Sighah ijab qabul

Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah.

Menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:
“Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas(18) tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam bela(16)s tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

5 PERKARA YANG PERLU DISEGERAKAN DALAM ISLAM SEKIRANYA BERLAKU

1- Menyediakan makanan pada tetamu yang datang dengan segera.

2- Penyempurnaan jenazah setelah meninggal dunia.

3- Perkahwinan perlu disegerakan sekiranya seseorang itu perempuan yang cukup umur..

4- Pelangsaian hutang..

5- Bertaubat setelah melakukan dosa..



Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
“Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.

Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan “Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan”. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
“Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:

Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:

“Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)

Kedua: Rasulullah saw bersabda:

“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)

Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

“ Barangsiapa yang dikurniai seorang isteri(atau suami) yang solehah,bererti dia telah menyempurnakan setengah dari ad-Dinnya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah setengah lainnya”.(Hadith riwayat ath-Thabrani, al-hakim dan al-Baihaqi dari Anas bin Malik)

Kalau seandainya kita mengungkap kembali sirah, kemiskinan tidak sedikit pun membuat Ali bin Abi Talib takut untuk menikahi puteri Rasulullah, Fatimah, sehinggakan baju besi Ali sendiri dijadikan mas kahwin kerana beliau tidak punya apa-apa selain itu. Melihatkan daripada kisah sahabat tersebut, tentunya dalam kondisi kita sekarang ini semakin panasaran mengapa sahabat yang semiskin itu tetap bersemangat untuk menikah, kita bagaimana? Yang perlu kita fahami adalah mereka adalah pemuda-pemuda Islam yang mampu bekerja untuk memenuhi kewajipan keluarga dan tidak perlu mengumpulkan ekonomi yang mapan baru berani untuk menyunting bunga. Mereka mempunyai azam dan matlamat yang jelas dalam pernikahan, iaitu bagi menyempurnakan sebahagian agamanya dan kemudian itu lahirlah generasi-generasi mujahid yang tegar untuk membela Islam. Mereka mendambakan sebuah keluarga Islami yang mampu melahirkan geneasi mujahid untuk akan datang.

sumber kompilasi di: http://matlamat- akhirat.blogspot .com/

Isnin, Mei 18, 2009

KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MEMINGGIR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUKUM SYARAK

Zainul Rijal Abu Bakar

Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan mereka semalam (Jumaat). Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.

Pembubaran Perkahwinan

Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam. Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).

Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyeleasikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu. Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini. Seorang yang sudah mendapat hidaya daripada Allah sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Namun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung keujudan mahkamah syariah ini. Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di mahkamah syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.

Agama Anak

Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada al maqasid al syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ adalah telalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh menggunakan ‘common sense’. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Secara common sense nya sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini. Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permaslahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

Pemeliharaan Anak

Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arusperdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambilkira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas. Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah audi alteram partem itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat keputusan berkaitan Islam. Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama. Pandangan NGO Islam juga mestilah diambilkira. NGO-NGO Islam telah menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.


Sabtu, Mei 16, 2009

REALITI TUGAS SEORANG GURU

Posted by : muridulhaq on Saturday, May 16, 2009 - 09:52 AM CCT 75 Reads Printer Friendly Page Printer Friendly Page
Artikel


Oleh : Abu Haaziq Adnan bin Ishak
http://ceria.my/proquransunnah/

Tarikh 16 Jun setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun. Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.


Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam.

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.( Imam Muslim )

Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;

قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Imam Muslim)

Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.

Wahai insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah sebagaimana mafhum hadis Nabi. Siapalah kita tanpa guru. ‘TERIMA KASIH CIKGU’.

SELAMAT HARI GURU

Nukilan seorang guru.

Jumaat, Mei 15, 2009

GURU TERBANGSAT !

PETIKAN DARI BLOG DARAH MERDEKA
Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?,”

tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga.



Si ayah terkedu.



Mak, kenapa dalam akhbar ni laki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan ayah tidur sebilik tak kena tangkap pun,”

tanya si anak itu lagi dengan penuh rasa ingin tahu.



Si ibu tersentak.



Itulah hakikat realiti hidup zaman sekarang. Kawalan anak-anak di rumah seolah-olah memburukkan lagi kehidupan si anak apabila didikan ibubapa bertentangan dengan apa yang dipertontonkan kepada anak-anak mereka saban hari. Situasi ini berlaku di sekeliling kita setiap hari dan di mana-mana jua. Namun, masih ramai golongan masyarakat yang masih jahil membawa pandangan-pandangan yang bersifat ‘falsafah kosong’ menyokong segala kemungkaran yang semakin berleluasa secara rasmi di dalam media seperti yang di‘fatwa’kan oleh ‘Nabi-nabi’ mereka – artis dan politikus.





Media Dan Pendidikan



Media merupakan salah satu ruang pendidikan yang mengajar manusia melalui pengulangan agenda di sebalik setiap paparan yang disajikan bagi mencapai keyakinan kepada setiap pembaca, pendengar, dan penonton yang mengikutinya. Keberkesanan penanaman keyakinan para pengikut media hampir tidak diragui sehingga media hari ini menjadi elemen utama dalam menyampaikan sebarang bentuk pengetahuan semasa kepada golongan massa.



Ivan Pavlov, seorang pakar psikologi, fisiologi, antropologi, serta perubatan dari Rusia yang menjadi salah satu individu rujukan paling asas bagi sistem pendidikan di Malaysia melalui penemuannya tentang teori tingkahlaku. Ivan Pavlov menerima Anugerah Nobel dalam bidang Fisiologi Perubatan pada tahun 1904 dan merupakan individu yang sangat berpengaruh sewaktu hayatnya sehingga teorinya dikembangkan lagi oleh Carl Jung.



Beliau menggunakan anjing sebagai subjek eksperimen dan membuktikan tingkahlaku haiwan adalah tindakbalas atas apa yang dipercayainya. Dalam eksperimen tersebut, anjing akan diberi makanan dan tindakbalas seperti penghasilan air liur diperhatikan. Kemudian, makanan akan diberikan kepada anjing tersebut setiap kali loceng dibunyikan. Setelah beberapa lama langkah ini dilakukan, eksperimen disambung dengan membunyikan loceng tanpa memberi makanan kepada anjing tadi. Ternyata, anjing tersebut masih mengeluarkan air liur akibat loceng yang dibunyikan walaupun tiada makanan yang diberi.



Mengapa ini berlaku? Secara ringkasnya, anjing tersebut telah diyakinkan dengan pengulangan sistem loceng dan makanan sehingga ia yakin makanan akan diberikan setelah loceng dibunyikan – walaupun sebenarnya tidak. Dan hari ini, teori ini diajar kepada kesemua bakal guru tetapi ibrah penemuan ini tidak disalurkan ke tempat yang sepatutnya.



Sayang sekali penggubal sistem dan pihak yang berkaitan tidak dapat membezakan antara manusia dan anjing sehingga tidak mempedulikan kebejatan mungkar yang berada di sekeliling masyarakat saban hari!





Akhlak Intinya Aqidah



Perilaku manusia iaitu akhlak merupakan satu bentuk perbuatan yang dinilai sebagai baik oleh naluri kemanusiaan itu sendiri. Namun, sandaran penilaian akhlak kepada naluri kemanusiaan semata-mata nyata menjadi perdebatan yang hebat dalam kalangan ahli jiwa. Penilaian sebegini jelas mempunyai percanggahan pendapat yang sangat kritis terutama dari sudut perkara-perkara yang berbentuk metafizika.



Sebab itulah budaya hidup gay serta lesbian yang diterima di Barat langsung menjadi tentangan yang hebat di negara-negara lain terutama di Malaysia akibat perbuatan ini dinilai sebagai tidak bermoral oleh kebanyakan masyarakat di sini. Budaya jijik sebegini diterima di Barat atas dasar pandangan alam Barat yang lebih mengutamakan kebebasan hak individu dalam melakukan perkara-perkara baharu yang di anggap sebagai moden. Pandangan alam sebegini ternyata songsang atas ukuran naluri manusia yang dididik dengan keilmuan yang sahih lagi benar – pendidikan Islam.



Oleh sebab itulah di dalam Islam akhlak seseorang manusia dinisbahkan kepada al-Qur’ān serta segala perilaku, perkataan dan pembenaran oleh RasuluLlah SAW iaitu al-Sunnah. Malah, kayu ukur akhlak sebegini akan kekal sejak daripada kewafatan RasuluLlah SAW sehinggalah Hari Kiamat nanti. Ukuran inilah yang menjadikan umat Islam senantiasa menilai tingkahlaku mereka sama ada mematuhi piawaian yang digariskan oleh Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW atau tidak.



Maka, walau di mana umat Islam berada, walau pada bila-bila masa umat Islam bertindak, mereka akan melakukan yang terbaik dan selaras dengan anjuran yang diketengahkan di dalam Islam – bukan lakonan semata-mata seperti yang dibuat-buat di hadapan kamera atau di khalayak ramai sebagai puji-pujian palsu.



Aqidah yang ditanam subur di dalam jiwa manusia ini akan menumbuhkan pohon akhlak yang benar-benar memahami tujuan penciptaan manusia di dunia. Oleh itu, walau di tempat yang tersorok sekalipun, manusia yang terdidik sebegini percaya sepenuhnya bahawa Allah Maha Melihat dan seterusnya melakukan perkara-perkara yang baik bersandarkan kebaikan yang dianjurkan di dalam Islam.





RasuluLlah SAW Sebagai Suri Teladan



Kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam masyarakat Arab jahiliyyah tatkala mereka di ambang kehancuran merupakan satu rahmat yang terlalu tinggi nilainya dari Allah SWT. Pada waktu itu, masyarakat Arab jahiliyyah kehilangan adab sebagai manusia sehingga menimbulkan pelbagai kerosakan sistem kehidupan mereka baik dari sudut sosial, politik, mahupun akhlak.



Akhlak serta percakapan baginda RasuluLlah SAW yang begitu menyenangkan masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu telah menarik hati masyarakat dalam menerima Wahyu yang disampaikan oleh baginda RasuluLlah SAW. Namun, segelintir manusia yang masih ego serta mementingkan kesenangan duniawi ingkar atas kebenaran yang dibawa oleh RasuluLlah SAW sehingga mereka memusuhi malahan membenci baginda walaupun baginda menyampaikan risalah da‘wah dengan jalan yang paling berhikmah.



Pada ketika itu baginda RasuluLlah SAW dan para Sahabat baginda yang memegang teguh pendirian sebagai muslim ditentang hebat sehingga ada yang disiksa hingga terbunuh. Majoriti masyarakat ketika itu sangat tidak menyenangi kebenaran yang dibawa baginda kerana perhitungan mereka hanyalah semata-mata demi kepentingan harta benda yang tidak kekal lama. Kebenaran tersebut bagi mereka ternyata menyebabkan kepentingan duniawi yang dinikmati selama ini akan tergadai.



Tentangan demi tentangan, ditambah pula dengan tomahan palsu yang dikenakan ke atas umat Islam ketika itu diterima dengan hati yang menyerah kepada Allah SWT serta baginda RasuluLlah SAW secara total. Akibat keteguhan baginda RasuluLlah SAW serta para Sahabat yang sama-sama memperjuangkan aqidah ini, kita hari ini dapat menikmati kebahagiaan yang hakiki yang menjadikan pertemuan kita dengan Allah SWT di Akhirat sana sebagai tujuan hidup.



Malah, baginda RasuluLlah SAW pernah bersabda:



Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”



Sayang seribu kali sayang, Nabi junjungan besar kita hari ini hanya dislogankan ketika Maulidur Rasul serta diselitkan Hadith baginda di celahan program televisyen serta iklan yang berteraskan budaya sesat yang diperangi oleh baginda RasuluLlah SAW sendiri ketika hayat baginda. Penghinaan sebegini dilihat sebagai norma masyarakat bilamana tiada seorang pun muslim di Malaysia yang bangkit lalu membela kesucian teras Islam yang dipermainkan sebegitu rupa. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita atas kelalaian diri kita sendiri.





Cegah, Bukan Ubati



Perilaku serta risalah da‘wah yang disampaikan oleh baginda RasuluLlah SAW sebenarnya merupakan rujukan utama umat Islam dalam memandu kehidupan manusia menuju hakikat penciptaan mereka di dunia dan tujuan hidup mereka setelah dibangkitkan di Akhirat kelak. Peringatan baginda RasuluLlah SAW ini adalah hadiah yang tidak ternilai kepada umat akhir zaman dalam membentuk masyarakat yang benar-benar faham serta yakin tentang kehidupan yang bahagia serta sejahtera dalam erti kata yang sebenarnya.



Pelbagai kerosakan dalam kalangan muda-mudi hari ini terutamanya, sepatutnya dapat dicegah lebih awal lagi sehingga tidak menimbulkan sebarang kerosakan sistem kehidupan bermasyarakat. Peribadi contoh oleh baginda RasuluLlah SAW serta penghayatan terhadap faham ilmu dan kebahagiaan yang benar yang dibawa melalui al-Qur’ān seharusnya disampaikan kepada seluruh masyarakat sedari kecil lagi.



Penularan budaya rempit yang menyebabkan kematian beberapa mangsa yang terlibat baru-baru ini dilihat sebagai ‘menang sorak kampung tergadai’. Slogan-slogan berbaur kemajuan dan pembangunan yang dikecapi negara selepas kemerdekaan mengisi hampir setiap ruang media sehingga masyarakat benar-benar percaya bahawa negara ini mencapai suatu tahap kehidupan yang memuaskan tanpa melihat dengan mata hati bahawa masyarakat hari ini tidak ubah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.



Filem-filem yang mempromosi budaya rempit dan gejala sosial diberi ruang yang cukup besar semata-mata ingin mengaut keuntungan atas kehebatan aksi-aksi samseng serta kegagahan para pelanggar salahlaku undang-undang. Dengan alasan ‘mendalami jiwa rempit’, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kemungkaran rasmi ini dilihat seolah-olah sebagai hero bilamana mengenengahkan realiti masyarakat di dalam media massa.



Maka, pengajaran apa yang benar-benar dijadikan asas kehidupan oleh para penonton dan pembaca media massa? Adakah dengan memperbesarkan isu gejala sosial dengan penyampaian yang menyimpang sebegini dapat memberi kesedaran yang benar-benar meresap ke dalam jiwa anak-anak muda sehingga mereka takut untuk melakukannya?



Gejala sosial hari ini seperti air yang melimpah daripada sebuah kolah. Kebanyakan masyarakat terutama politikus serta pihak berkuasa berusaha menimba air yang melimpah untuk dibuang bagi mengelakkan kawasan di sekeliling kolah kotor dan berbahaya akibat licin. Tiada sesiapa yang berani bangkit dan menutup pili – punca air melimpah – kerana yang membuka pili adalah diri mereka sendiri!





Pembatal Pendidikan



Pendidikan hari ini di ambang kerosakan yang benar-benar membimbangkan. Kebimbangan ini bukanlah hanya lafaz di mulut atau lagak kepura-puraan di hadapan kamera, tetapi lahir daripada kefahaman ilmu yang sahih hasil adab didikan yang sempurna sehingga cetusan rasa dan tingkahlaku daripadanya terbit melalui kesedaran manusia itu sendiri tentang hakikat kehidupan.



Guru-guru hari ini seolah-olah menjalankan tanggungjawab yang sangat sia-sia bilamana mengajar di sekolah dengan bersungguh-sungguh. Separuh hari yang digunakan di sekolah oleh murid-murid dalam memahami erti ilmu serta hakikat kehidupan dibatalkan sepenuhnya dengan lambakan kesesatan yang nyata hasil dakyah pihak media yang tidak bertanggungjawab. Iklan-iklan di televisyen serta drama-drama palsu yang memperlihatkan kepada anak-anak muda erti kehidupan terletak kepada wang serta wanita diberi anugerah tertinggi setaraf martabatnya seperti pencapaian para cendekiawan ilmu. Ini memberikan fenomena yang sangat bertentangan dengan pembelajaran murid-murid di sekolah. Tatkala guru di sekolah mendidik anak murid, ada ‘guru’ di luar sekolah yang membangsatkan anak murid!



Jadi, mengapa harus diteruskan usaha mendidik anak murid di sekolah jika masih dungu lagi para pengawal sistem media yang hanya mementingkan rating program yang diterbitkan sehingga sanggup menyelitkan unsur-unsur negatif sebagai pelaris?



Kotoran di hati harus dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ilmu yang benar ke dalam jiwa murid-murid. Mana mungkin perkara ini berjaya dilakukan jika media masih mempengaruhi masyarakat dengan memaksa agenda sesat mereka disumbat ke dalam minda. Maka, tugas guru menjadi lebih berat lagi – mendidik anak murid serta membentuk sistem kekeluargaan masyarakat yang benar-benar memahami tujuan pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.





Hujah Atas Ilmu, Bukan Sangkaan



Sebilangan masyarakat memberi komen negatif terhadap gejala sosial yang berlaku saban hari memperlihatkan kepada kita kesedaran yang timbul benar-benar memberangsangkan. Namun, harus diingat bahawa pendapat masyarakat kebanyakan tidak boleh dijadikan ukuran tertinggi dalam menilai cara-cara menangani gejala sosial yang semakin merebak gara-gara kebiadapan pihak media yang mencari keuntungan hasil kesesatan mereka yang ditampilkan di dalam media massa.



Kajian atas ilmu yang sahih serta adil sepatutnya menjadi kayu ukur dalam membincangkan permasalahan media dan gejala sosial. Pencegahan di peringkat awal sepatutnya dapat dijalankan, tetapi atas campur tangan politik serta pengaruh wang, kemungkaran dengan rasminya di‘halal’kan oleh sebilangan besar masyarakat untuk bertapak kukuh dalam media.



Malah, cadangan serta komen daripada pemimpin tertinggi negara sekalipun dilihat sebagai ‘melepaskan batuk di tangga.’ Keseriusan tindakan yang sepatutnya di ambil dalam mencegah kerosakan akhlak dalam kalangan remaja harus disandarkan kepada keilmuan yang sahih lagi benar, bukan semata-mata atas jawatan atau kuasa yang disandang. Jika perkara sebegini masih berlanjutan, tidak mustahil suatu hari nanti negara akan membenarkan segala macam kemungkaran akibat pihak berkuasa yang tidak sanggup lagi menanggung kos mengubati gejala sosial yang semakin meruncing.



Ternyata aqidah umat Islam hari ini masih rapuh sehingga sanggup mengenepikan hakikat kehidupan di dunia sebagai pinjaman serta mempermainkan hasrat murni sebilangan kecil masyarakat yang memperjuangkan kebenaran.





Hati, Mata, dan Telinga



Allah SWT dengan keras memberi amaran kepada manusia yang apabila disampaikan kebenaran kepada mereka, mereka masih lagi membiakkan lagi kemungkaran di muka bumi. FirmanNya di dalam al-Qur’ān:

7-179



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti Keesaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.”

[QS al-A‘rāf 7:179]



Sungguh, keterangan Allah SWT ini jelas serta benar bagi umat manusia menginsafi perilaku mereka saban hari. Bagi mereka yang benar-benar memahami tujuan penciptaan mereka di dunia ini, perjuangan dalam menegakkan kebenaran masih berlangsung dengan meletakkan Allah SWT sebagai sebaik-baik penolong dan pelindung. Bagi mereka yang ragu-ragu dengan kebenaran al-Qur’ān, pelbagai alasan yang sengaja direka bagi menyedapkan hati mereka sendiri dijadikan sebagai sandaran rapuh dalam meneruskan kembali usaha melipatganda kepentingan duniawi mereka yang bakal menghancurkan jiwa raga mereka sendiri daripada sudut pandang hakikat kehidupan.



Wahai guru, didiklah anak muridmu menjadi sebenar-benar manusia, bukan membela nafsu masyarakatmu yang semakin menggila.



*tajuk artikel ini bukan berniat untuk mencela kerjaya guru, namun kegelisahan yang amat mendalam serta kesesakan jiwa yang semakin menebal memberikan saya keupayaan untuk melonjakkan kesedaran para guru bahawa di luar sekolah masih ada ‘guru’ yang membatalkan didikan yang kita berikan selama ini di dalam sekolah. Kekecewaan saya sangat mendalam, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati ini. “Ampunilah dosa kami Ya Allah, kerana gagal mendidik generasi kami dalam mengenal serta mencintaiMu.”

Menakar Kesabaran PKS- perkongsian dari Indonesia

Dalam perang Uhud, pasukan Muslim sudah diingatkan untuk tidak meninggalkan posnya hanya untuk rebutan ghonimah atas pampasan perang. Itu karena, sikap takabur dan merasa sudah menang ini membuat mereka menjadi lengah.

Seorang politikus atau patai politik, menurut sosiologi Musni Umar, yang sudah mabuk kemenangan bisa menjadi titik balik kemenangannya. Ketika lawan dianggap bisa dikendalikan dan tidak berdaya, sesungguhnya itu merupakan titik krusial. Pada saat itu terjadinya kekalahan bisa menjadi kenyataan.

Inilah yang menjadi pembicaraan di kalangan kader-kader PKS dalam tiga hari terakhir. Ada kekecewaan dan kemarahan yang tertahan ketika PKS yang sudah siap berkoalisi ternyata diacuhkan Partai Demokrat dan terutama Susilo Bambang Yudhoyono yang sudah diusung sebagai kandidat presiden.

Pengacuhan SBY terhadap PKS ini sesungguhnya bukan hal baru. Sebelumnya, PKS sebagai partai yang ikut mendukung SBY dalam pemilu 2004 di putaran kedua memang sering tidak pernah diajak bicara SBY sebelum membuat keputusan penting. Bahkan terkesan, PKS menjadi tukang cuci piring.

Kegelisahan kader PKS ini diresonansikan dengan baik, dalam reaksi yang seirama oleh kalangan elit PKS. Tidak hanya Wakil Sekjen PKS Fahri Hamzah dan Sekjen PKS Anis Matta saja yang merasa kecewa, Presiden PKS Tifatul Sembiring pun mengungkapkan kekecewaan atas model komunikasi SBY.

Bahkan, mungkin Ketua Majelis Syuro PKS Hilmi Aminuddin pun merasa kecewa dengan pengabaian dari bakal mitra koalisinya. Apalagi, pemberitahuan yang disampaikan pada awalnya hanyalah melalui telepon. Setelah sejumlah protes dan pernyataan di media massa dan gerakan politik dilakukan PKS, akhirnya Yudhoyono pun mengirimkan lagi utusan.

Komunikasi kedua dengan mengirimkan tiga utusan SBY, yang juga ditemui oleh tiga orang pimpinan PKS, Kamis(14/5) malam, pun dirasakan masih belum cukup.

PKS tetap mengharapkan ada pertemuan lanjutan antara Hilmi Aminudin dan SBY, untuk menuntaskan pembicaraan. Namun, peluang pertemuan itu tampaknya kecil. SBY, begitu tiba di Jakarta, pada Jumat (15/1) ini, dijadwalkan akan langsung ke Bandung, tempat deklarasi pencalonannya sebagai presiden. Padahal pertemuan ini sangat penting bagi PKS, yang ingin mendapatkan penjeasan langsung dari SBY tentang pemilihan kandidat wakil presiden Boediono. Dalam pertemuan itu, PKS juga berencana membawa keinginan agar kontrak politik PKS dan SBY bisa ditandatangani SBY.

Kontrak politik yang dipersiapkan Tim Lima PKS dan Tim Sembilan PD ada kemungkinan tidak ditandatangani Yudhoyono. Pasalnya, SBY merasa, jika menandatangani kontrak itu, akan menimbulkan imaji bisa didikte PKS. Di sisi lain, bagi PKS, penandatanganan kontrak politik dengan SBY ini sangat penting, dan menjadi keputusan dari Majelis Syuro PKS.

” Kalau ada deadlock, Ketua Majelis Syuro-lah yang akan menentukan ke mana arah PKS, ” ujar Anis Matta.

” Baru dapat 20 persen suara, sudah merasa bisa mengatur semuanya dan merasa menang. Bahkan, merasa 99 persen kemenangan sudah dipastikan. SBY sesungguhnya baru mengantongi 1 persen kemenangan, sisanya 99 persen, ditentukan sama yang diatas,” ujar Ketua Fraksi PKS Mahfudz Siddiq di Jakarta, Kamis (14/5).

Anis Matta mengibaratkan, saat ini pimpinan PKS seperti sedang menahan tanggul dari banjir bandang kekecewaan kader PKS. Ibarat banjir yang menghempas, sikap tidak peduli SBY pada PKS telah menyebabkan kerusakan yang mungkin sulit diperbaiki dalam waktu singkat.

Kekecewaan PKS makin lengkap ketika muncul komentar dari pengurus PD yang makin meremehkan PKS, yang menganggap PKS hanya ingin menaikan nilai tawarnya. Atau PKS dianggap sudah berada dalam posisi tidak bisa mundur.

Tifatul berulang kali mengungkapkan keinginan PKS agar SBY mempertimbangkan wakil presiden dari partai, atau paling tidak mitra koalisi diajak bicara sebelum mengungkapkan wakil yang dipilih untuk mendampingi SBY dalam pilpres mendatang.

Selain itu, Tifatul juga mengingatkan agar representasi umat Islam tidak diabaikan dalam memilih wakil presiden.



Sudah terjadi



Efek kerusakan dari pengabaian ini memang sudah terjadi. Tampaknya, elite KS pun akan sulit memulihkan kekecewaan kadernya dalam waktu singkat.

Seberapa sabar PKS dapat menerima pengacuhan SBY ini, hal itu akan menjadi ambang toleransi untuk tetap dalam koalisi. Ada peribahasa, seekor keledai tidak akan terperosok dalam lubang yang sama. Bagaimana dengan PKS?

Sumber: Koran Kompas, 15 Mei 2009

Rabu, Mei 13, 2009

Negara Islam? boleh ke bogel?

PETIKAN DARI AKHBAR HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.





Rancangan realiti itu yang diadakan setiap tahun memilih lokasi berbeza di seluruh dunia bagi menarik perhatian penonton negara berkenaan yang disiarkan melalui saluran televisyen itu.

Namun, difahamkan, ini pertama kali program berkenaan mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka.

Ia sekali gus mencetuskan kritikan penonton program itu yang menyelar penerbitnya kerana menjatuhkan air muka peserta, selain cuba mencetuskan kontroversi itu negara yang menjadi lokasi penggambaran.

Babak acara lumba lari bogel berkenaan yang tersebar melalui akhbar online yang mempunyai pautan dengan laman web program realiti televisyen berkenaan, dianggap satu bentuk penghinaan disengajakan yang boleh menjatuhkan maruah peserta.

Berdasarkan maklumat, seramai 16 daripada 22 peserta program berkenaan terpaksa menyertai acara lumba lari dalam keadaan bogel manakala lima peserta lagi masih berseluar dalam.

Mereka kemudian disyaratkan memakan ulat gonggok sebagai ujian ketahanan fizikal, sebelum melalui proses undian bagi menyingkirkan peserta yang dianggap tidak lagi layak menyertai cabaran.

Difahamkan, seorang peserta wanita yang enggan membuka pakaian untuk menyertai lumba lari berkenaan disingkirkan daripada program berkenaan sebelum dihantar pulang ke Denmark serta-merta.

Berdasarkan dua gambar berasingan yang dipaparkan di akhbar online itu, beberapa lelaki dan wanita kelihatan sedang berlari dalam keadaan bogel di kawasan di pantai.

Turut dipaparkan gambar seorang wanita sedang berlari dalam keadaan bogel secara bersendirian.

Seorang rakyat Denmark yang mengirimkan e-mel mengenai babak panas berkenaan kepada Harian Metro, semalam menyifatkan program yang dipaparkan itu bentuk ‘pertandingan pornografi secara lembut’.

Sebaik membaca akhbar online pagi semalam, dia mendakwa terkejut bagaimana program seumpama itu boleh dibenarkan menjalani penggambaran di Malaysia selain menyatakan rasa hairan mengapa ia boleh sewenang-wenang diluluskan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Johor.

Mengikut sejarah, Ekspedisi Robinson dicatatkan berlaku pada 1905 apabila sekumpulan 65 orang tempatan dan seorang lelaki bernama Robinson memulakan perjalanan dari di Kuala Tembeling, Pahang pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju Kuala Tahan bagi menakluki puncak Gunung Tahan di Banjaran Titiwangsa


Mujahid Page berkata :


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.


Bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:

1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.

Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.


Mengikut ulamak feqah, ada lima pembahagian negara iaitu:

1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat

Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb

Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9H.. Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:

‘Telah diizirikan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.”

Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah diiktibarkan sebagai ‘dar al--Harb’. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat “dar al-Harb” iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.

Sifat Negara Islam

Al-Qur’an mengambarkan “dar al-Islam” seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang bermaksud:

“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”


Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga. sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang sesama mereka.

Sifat negara Islam ialah:

1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.

2. Agama Islam menjadi dominan serta undang--undang Islam dilaksanakan.

3. Suasana keamanan kepada umat Islam.

Apabila berbicara tentng ketiga-tiga ciri negara Islam tersebut, ciri pertama bolehlah dikatakan melepasi syarat untuk Malaysia digelar sebagai sebuah negara Islam . Begitu juga dengan ciri ketiga yang menjanjikan keamanan kepada umat Islam dari segi keselamatan dan keebasan untuk melaksanakan ibadat. Tetapi ciri kedua bagi sesebuh negara Islam masih belum dapat dipenuhi kerana secara dasarnya kita masih berpegang dengan undang-undang kepada undang-undang yang digubal berdasarkan perundangan yang dipakai oleh British.

PERSOALAN DI SINI-BOLEH KE ORANG BOGEL BEBAS BEKEJARAN DI TEMPAT AWAM DI SEBUAH NEGARA ISLAM ????

Sudah tiba masanya perguruan sebagai satu profesion

Oleh: NOORHAYATI SHOHAILI - Universiti Putra Malaysia, Serdang

SEJARAH tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.

Kelahiran guru-guru seperti Harun Aminurrasyid Makmur, Ahmad Bakhtiar, A. Samad Ahmad dan Abdullah Sidek dalam lembaran sejarah lepas yang lantang menentang penjajah di samping meniup obor semangat masyarakat ketika itu merupakan suatu perjuangan yang patut dibanggakan.

Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal.

Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan kompleks.

Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif.

Hanya guru-guru yang komited dan intelek sahaja yang mampu mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru ini.

Namun, kini, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan peranan guru berbanding dahulu?

Mengapa masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua?

Mengapa masih ada yang berani mempertikaikan keupayaan dan kemampuan guru sebagai golongan pendidik?

Mengapa kerjaya guru dilihat sebagai kerjaya yang tidak mempunyai masa depan dan peluang yang cerah?

Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?

Adakah status guru tidak setaraf dengan kerjaya dan profesion lain yang dianggap lebih berprestij seperti golongan korporat?

Sampai bila kita hendak membiarkan guru berkonflik terhadap status guru yang lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) dan bukan profesion?

Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam memastikan profesion perguruan dimartabatkan di tempat yang sepatutnya?

Soalan demi soalan bertalu-talu bermain di benak fikiran golongan pendidik.

Apa yang nyata, kini, sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah bagi memastikan keprofesionalan guru tidak mudah diganggu gugat atau dipertikaikan.

Kadang-kadang kita perlu menilai dan mengambil kira pandangan-pandangan insan veteran dalam dunia perguruan dan pendidikan.

Contohnya kenyataan daripada Abu Bakar Shawkat Ali iaitu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK) yang menegaskan bahawa keadaan dan masa yang berubah dengan begitu pantas menyebabkan kemudahan untuk guru kini perlu setanding dengan profesion lain.

Begitu juga dengan harapan Tan Sri Profesor Dato' Dr. Awang Had Salleh iaitu Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia semasa penulis bersoal jawab dengan beliau dalam Seminar Pengurusan Personalia Pelajar 2000 di UPM pada 14 Disember 2000 iaitu beliau ingin melihat kerjaya guru diiktiraf sebagai suatu profesion yang profesional.

Jadi, diharap selepas ini tiada lagi rintihan hati daripada para guru sama ada tentang gaji yang tidak setimpal dengan beban tugas yang semakin bertambah, kedudukan guru yang sedang berkhidmat, jawatan dan peluang kenaikan pangkat mahupun persepsi dan apresiasi masyarakat terhadap profesionalisme perguruan itu sendiri.

Pihak kerajaan perlu bersunguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai.

Pihak-pihak yang terlibat dengan kebajikan dan prospek perguruan pula seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) perlulah memainkan peranan yang aktif dalam membentuk satu organisasi yang mantap dan kuat yang boleh menjaga kepentingan para guru seterusnya mempunyai kuasa kawalan terhadap para guru itu sendiri.

Sebagai penutup, penulis ingat akan kata-kata Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia semasa penulis berdialog dengan beliau baru-baru ini iaitu beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tangggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagi jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.


***petikan ini dipetik dari Portal Pendidikan Utusan
Dihantar oleh maryani@yahoo.com

Peranan persuratkhabaran dan golongan guru dalam kemerdekaan

Oleh Nurul Halawati Azhari [mstar]

Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun telah menyuntik satu kesedaran baru dalam minda penduduk Tanah Melayu dan menyemarakkan lagi agenda mencapai kemerdekaan.

Pengalaman selama tiga tahun lapan bulan di bawah cengkaman Jepun yang kononnya ingin membebaskan Asia Tenggara daripada penjajahan Barat ruparupanya mengundang derita. Tetapi apabila British kembali ke Tanah Melayu, selepas Jepun menyerah diri, senarionya berubah sama sekali. Kekaguman serta penghormatan membuta-tuli terhadap pihak British yang wujud sebelum perang telah terhakis.

Hakikat bahawa British terlalu kuat untuk dikalahkan seperti yang dipercayai sebelumnya telah membangkitkan suarasuara penentangan yang mencetuskan perjuangan kemerdekaan. Antara yang aktif dan bersungguhsungguh meniupkan semangat perjuangan mendaulatkan maruah bangsa ialah golongan guru Melayu.

Apatah lagi ketika itu terdapat diskriminasi antara Sekolah Melayu tempat mereka mengajar yang masih lagi berbumbungkan atap dan sekolah Inggeris yang serba lengkap. Diskriminasi itu jugalah yang telah menyedarkan mereka bahawa hanya orang Melayulah yang dapat mengubah nasib mereka sendiri.

KEPRIHATINAN GURU TERHADAP KESENGSARAAN ORANG MELAYU
Kesusahan yang dialami masyarakat Melayu telah menyuntik semangat guruguru pada zaman itu, menunjangi pergerakan politik. Sama ada dengan menyertai partiparti politik seperti Umno, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) malah ada juga yang menggunakan medium penulisan sebagai alat menyampaikan pandangan serta seruan masingmasing.

Dengan beraninya golongan ini menyuarakan komentar serta pandangan tajam mereka mengenai penjajah melalui suratkhabar seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Malaya, Warta Ahad dan Warta Jenaka. Ada juga yang menulis dalam akhbar-akhbar sebelum dan semasa pemerintahan Jepun seperti Persaudaraan Sahabat Pena Malaya, Semangat Asia dan Fajar Asia. Tulisan mereka lebih berkisar kepada cerpen dan rencana yang menyentuh soal politik, kebudayaan dan pendidikan.

Namanama seperti Abdul Ghafar Baba, Syed Nasir Syed Ismail, Alimin, Buyong Adil, Za'ba, Abdullah Sidek, Harun Md.Amin (Harun Aminurrashid) dan Shaharom Husain adalah antara tokoh guru penulis yang telah mewarnai dunia penulisan waktu itu.
Menurut Dr Shaharom Husain, 87, tokoh guru, sejarawan dan budayawan yang telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya menghasilkan beratus-ratus teks sastera dan sejarah, penglibatan guruguru dalam dunia persuratkhabaran adalah satu usaha yang harus dihargai. Ini kerana mereka turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

PENGLIBATAN GURU
Shaharom juga pernah menjadi guru dan jurubahasa Jepun pada zaman penjajahan Jepun. Beliau juga salah seorang lulusan guru dari maktab perguruan yang turut menjadi pusat menyemarakkan semangat kebangsaan.
Beliau turut mengimbau kembali penglibatan dan perjuangan beberapa orang tokoh guru penulis yang lahir daripada maktab-maktab perguruan seperti Maktab Latihan (Guru) Melayu Singapura, Melaka, Matang, Johor Baharu dan Maktab Latihan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim.

Di SITC misalnya, para penuntut digalakkan menghantar karya mereka kepada majalah rasmi institusi itu, Chendera Mata. Oleh kerana ramai yang berminat dalam penulisan, majalah rasmi maktab itu tidak dapat menampung kesemua karya yang dihantar oleh penuntut. Justeru, mereka mula mengembangkan sayap dengan mencuba nasib di akhbarakhbar tempatan dan luar negara.

Selain itu SITC, di bawah pentadbiran O.T Dussek, telah menubuhkan Pejabat Karang Mengarang dan Perpustakaan Maktab. Ia sangat berpengaruh dan telah membantu perkembangan bahasa dan persuratan Melayu serta perkembangan pelajaran persekolahan Melayu penuntut maktab. Di sinilah minat membaca serta menulis di kalangan guruguru maktab dipupuk. Mereka menulis dengan tujuan yang sungguh murni iaitu untuk perkembangan dan kedaulatan bahasa dan sastera serta kemerdekaan tanah air.

PERANAN ZAABA
Antara guru penulis yang dikagumi beliau dan berjaya membolosi bidang penerbitan ialah Harun Aminurrasyid, Buyong Adil dan Zaaba. Harun, selain lantang bersyarah, juga banyak menulis dan salah satu syairnya banyak mempengaruhi guru dan penuntut maktab. Karyanya turut tersiar dalam Majalah Guru dan Warta Ahad. Manakala Buyong Adil pula menerapkan semangat kemerdekaan menerusi kelas sejarah serta tulisan-tulisannya.

Zaaba bagi Shaharom adalah antara individu yang aktif dan lantang menyuarakan pendapatnya menerusi mata pena. Beliau memperlihatkan sikap antikolonial British dari awal lagi.
Misalnya, Zaaba telah melihat dengan jelasnya bagaimana British berusaha menanam sikap taat setia dan rasa abdi pada Rajaraja Melayu melalui pendidikan. Caranya ialah dengan menerbitkan bukubuku teks di sekolah Melayu mengenai hikayathikayat Melayu lama seperti Hikayat Hang Tuah dan Kisah Pelayaran Abdullah yang hanya menonjolkan kelemahan mereka.

Oleh kerana bukubuku ini turut memuatkan kisah-kisah ajaib, ia dilihat oleh Zaaba sebagai bahan bacaan yang tidak akan membina minda pelajar Melayu yang bersesuaian dengan zaman. Beliau berpendapat, ia adalah antara agenda British bagi menghalang kesedaran untuk bersatu serta menuntut hak membebaskan tanah air.

SHAHAROM TERUS MENULIS
Semangat Zaaba itu mendorong Shaharom terus menulis. Menggunakan nama pena Mashor Malaya, Shabhi dan Dharmaya, tulisannya banyak menyentuh tentang peri mustahaknya guruguru menanamkan semangat kebangsaan pada murid-muridnya. Ia turut menyeru guruguru lain agar turut serta menyuntik kesedaran dalam diri murid-murid Melayu akan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan, kesejahteraan dan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Dalam usia emasnya, penulis novel sejarah Tun Fatimah (1948), Keris Laksamana Bentan (1954) dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang (1959) ini masih lagi aktif menulis.

Mengingati kembali saat pahit manis perjuangan guru penulis ketika zaman mudanya, bagi Shaharom, ketika itu, guruguru Melayu mempunyai rasa insaf diri yang tinggi.
"Sedar akan kelemahan orang Melayu ketika itu, guruguru bersatu dalam kesatuan sama ada berhaluan kiri atau kanan. Tapi, waktu itu sama ada memilih parti berhaluan kiri atau kanan, matlamat perjuangan mereka adalah sama iaitu ingin membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Pahit getir perjuangan penulisan mereka terasa manisnya apabila laungan kemerdekaan bergema di seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

MENGHARGAI PERJUANGAN GURU
Sumbangan golongan guru penulis untuk memartabatkan bangsa tidak terhitung nilainya. Jiwa pendidik yang cintakan bangsa terus subur walaupun ada ketikanya dipuji dan dibela, ada waktunya pula dikeji dan difitnah.

Setelah usia kemerdekaan mencapai Jubli Emas, generasi muda mungkin agak terleka dengan kemewahan dan keamanan yang dicapai. Namun, tokoh yang pernah mendapat Anugerah Sasterawan Nasional daripada Dewan Bahasa dan Pustaka di awal 90an ini mahu golongan muda hari ini mengenal kembali susur galur sejarah negara.

"Manusia, bila sudah senang, sering lupa dan leka. Bila sudah senang, kita tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan," ujarnya mengakhiri temubual.
-BERNAMA

Isnin, Mei 11, 2009

Aku Mencari Dia yang Mampu

Sedikit Sharing utk ikhwah akhwat..

Golongan yang bakal pupus jika ‘program kemandirian spesis’nya tidak mendapat perhatian. Huh..


" PerJuanGan Ini, Selalu Ada AwaL taPi x PernaH ada Akhir.."

Aku mencari DIA yang MAMPU

Hasil nukilan oleh mutiarabernilai

Mencari Mereka Yang Mampu

Dalam pergolakkan masyarakat tercari-cari identiti sendiri, terpinga-pinga membina keperibadian sedangkan mereka hanya meniru barat, berbangga dengan pencapaian hebat sedangkan ia tiada nilai dan sumbangan buat masyarakat lain yang menderita..pun begitu, masih ada mereka yang sudah punya identiti, berkeperibadian unggul, terasing dari kejahilan yang diwar-warkan orang ramai.

Merekalah para rijal yang diharapkan mampu untuk memimpin. Kehadapan dalam menjayakan agenda membangkitkan semula kegemilangan islam. Tegas dalam pandangan yang disandarkan hanya pada syarak. Bercita-cita memanggil untuk bersama daripada duduk diam menanti. Siangnya singa, malamnya si lemah yang mengharapkan ampunanNya.

Islam dulu dan kini, didokong sang rijal.

Kalau kita perhatikan pokok taugeh, teringat projek sains masa sekolah rendah dulu..benda yang pertama tumbuh selepas disemai adalah akar. Kerana akar yang akan menyokong batang taugeh. Kemudian baru tumbuh daun dia untuk proses fotosintesis yang membolehkan taugeh tadi tumbuh gemuk dan tinggi. Begitulah analogi yang boleh kita gunakan dalam meniti jalan dakwah. “Da’a ilallah” menyeru kepada Allah. Siapa yang kita serukan? Dan adakah cukup sekadar memanggil tanpa membelai, tanpa kasih, tanpa harapan suatu hari nanti sang mad’u pula mampu ‘memanggil’? menggantikan kita, meneruskan perjuangan yang terhenti..

Usrah bukan satu modal kebaikan mempromosikan persatuan tanpa diniatkan menjadi medan pengkaderan para rijal. Jika ini berlaku, cukuplah usrah berjalan sebagai satu program yang bermula dengan al-Fatihah dan diakhiri dengan al-Asr. Satu bentuk pembaziran masa dan tenaga atas kaca mata ’kita melakukan kebaikan’. Sedangkan usrah itu matlamatnya melahirkan pewaris, mengembang-biakkan pendokong, sesi penyelarasan fikrah agar tamat usrah; keluarnya para jundullah berjuang dimedan masyarakat. Untuk itu, para dai’e bukanlah calang-calang orang. Pengalaman berusrah tidak meletakkan dia pada status layak menjadi naqib. Namun perasaan sedar memikul tanggungjawab menjadikan dia boleh diamanahkan.

Lihat sahaja pada seerah.

Sahabat Mus’ab bin Umair. Sahabat yang dihantar RasuluLlah ke yathrib untuk berdakwah. Dia tidak bersama RasuluLlah dalam waktu yang lama, namun dihantar memikul tanggungjawab mengislamkan masyarakat yathrib yang akhirnya menjadi kota islam pertama, Madinah. Dimana hendak kita cari sang Mus’ab?

Sahabat Abu Dzar al Ghifari. Dibelasah kerana terang-terangan berdakwah dihadapan kaabah, lalu di suruh oleh RasuluLlah untuk pulang dan berdakwah kepada penduduk kampungnya. Akhirnya, seluruh penduduk kampungnya memeluk islam. Bagaimana hendak kita bina sang Abu Dzar?

Pengajaran ghuzwatul Badr al-Qubra. rasuluLlah memawa bersama 313/314 golongan muhajir dan ansar keluar manahan rombongan dagang Abu Sufian. Namun, skuad road block yang digerakkan terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera quraisy lengkap bersenjata. Dikisahkan, rasuluLlah bertanya kepada sahabat2 sudikah mereka turut bersama memerangi golongan quraisy. Lalu bangkit Miqdad bin Amr seorang muhajir menyahut seruan rasuluLlah. Namum rasuluLlah menanyakan lagi beberapa kali, sehinggalah Saad bin Muadz bangkit dan menjawab pertanyaan tersebut. Seorang ansar. rasuluLlah berpuas hati. Kenapa? Kerana respons yang diharapkan ialah dari golongan ansar, melihat sejauh mana mereka faham tentang pengorbanan yang menjadi pakej dan hadiah2 sampingan sebagai seorang muslim.

Kita? Kita mahu nanti muka-muka baru yang menyahut seruan jihad, muka-muka baru yang menggerakkan ummah, muka-muka baru yang tampil lebih hadapan dari mereka yang sudah lama dalam tarbiyah. Denagn itu barulah matlamat tarbiyah tercapai. Membina manusia tunduk kepada Allah dan membina pelapis perjuangan. Bila pula sang Saad junior mahu bangit menyahut seruan?

Wahai para pemuda, bangkitlah menjadi sang rijal.

Hari ini dunia dipenuhi pemuda-pemuda. Hebat. Mereka hebat. Namun bukan mereka yang mampu memimpin ummah. Malahan mereka menjadi indicator kepada kemunduran ummah, antara pra-syarat2 kejatuhan bangsa dan empire. Pemuda merupakan masa depan negara dan dunia kerana mereka bakal memimpin tapi for better or for worst is not yet answered.

Lain pula dengan rijal. Mereka sangat sedikit hari ini. Golongan yang bakal pupus jika ‘program kemandirian spesis’nya tidak mendapat perhatian. Mereka juga pemimpin masa depan, mereka juga hebat. But surely for the better of the future. Tidak boleh kita nafikan, para rijal hanya memimpin ummah kearah yang lebih baik. Itu satu jaminan yang pasti.
Kenapa diserukan untuk bangkit? Kerana setiap pemuda itu ada kualitinya untuk menjadi rijal. Tersemai jauh dalam diri namun ramai yang menafikan kehendak hati yang menginginkan a bigger purpose in life dari sekadar duduk di rumah jadi anak emak atau keluar menunggang motor mencari cabaran di jalanan atau jadi insan baik penuh dengan sikap moral yang tinggi.

Untuk kita membangkitkan conscious ini, hati2 para pemuda ini perlu diketuk. Kita tidak mahukan pemuda yang memimpin atas dasar ‘keperluan memimpin’, namun kita mahukan pemuda yang tergerak oleh hatinya untuk memimpin atas dasar kesedaran ia adalah tanggungjawabnya terhadap ummah.

Hati adalah kunci kepada kebangkitan ini.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
“Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka diberikan kefahaman. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” (Riwayat Muslim).

Apakah komponen utama kepada kefahaman? Tidak cukup dengan akal memikirkan, tapi hati juga kena tunduk membukakan peluang untuk akal memahami. Pernah dengar ’mental block’? sebenarnya istilah ini tiada kena mengena dengan akal, kerana yang menghalang diri dari melakukan sesuatu adalah hati

Hati ini mampu kita bentuk. Tapi bukan dengan teori. Teori untuk akal. Hati perlu dibentuk dengan perasaan kerana itulah hati. Kita tidak mampu membina rijal2 hebat sebagaimana sahabat Salman Al-Farisi atau Suhaib Ar-Rumi jika hati mereka tidak bersama kita. Begitulah realiti dakwah dan tarbiyah. Targetnya hati agar dengan terikatnya hati, empunya hati mampu untuk meneruskan agenda sang du’at yang dulu pernah membentuk hatinya.

Pernah kita fikirkan bagaimana rasuluLlah membentuk para sahabat? Lihat sahaja intipati surah-surah makiyah. Tiada teori, tiada puasa, tiada zakat dan sebagainya. Intipati lebih diberatkan dengan urusan akhirat. Pembinaan hati agar takut dengan azab dan gembira dengan nikamt syurga. Menjadikan hati itu merindui untuk bertemu dengan Allah.

Hari ini, proses ini perlu berulang. Ikatkan hati-hati para pemuda ini untuk merasakan mereka ini sebuah ummah yang mana mereka adalah sebahagian daripadanya. Agenda mereka besar dan jauh.

Wahai pemuda! Bukalah pintu hatimu untuk membangkitkan semangat rijal yang tersembunyi dalam diri!

Aku mencari mereka yang mampu membimbing ummah ini!

Sumayyah binti Abdul Aziz

Pengabaian bahasa di Malaysia; fenomena tuntutan ekonomi komersial

Bahasa Melambangkan Bangsa. Adakah benar-benar rakyat Malaysia menghayati makna klausa berkenaan? Sebuah negara bangsa yang berindentiti, memiliki segala khazanah bahasa, adab dan adat, periatur dalam permasyarakatan dan memiliki segala perundangan yang berteraskan melayu, nusantara dan Islam, namun masih ketinggalan adalah rakyatnya sendiri. Kita berbahasa tetapi berbahasa untuk tujuan ekonomi dan kemajuan. Apabila kita melihat dunia hari ini berbahasa Inggeris dalam segala segi, kita mula mencampur adukkan bahasa baik di dalam filem, industri, pendidikan malah dalam penggunaan bahasa pemimpin masyarakat. Kita tidak pula perkasakan penggunaan Bahasa Inggeris yang betul sekaligus terus memartabatkan bahasa kebangsaan kita sendiri dan meletakkan bahasa kebangsaan di tempat yang sewajarnya.



Masyarakat Malaysia masih ada yang berpragmatik dalam berbahasa. Pragmatik hingga mengabaikan idealisme dalam berbahasa. Terlalu pragmatik hingga anjal dan mudah mengikut-ikut cara budaya lain berbahasa. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi malah ia adalah perlambangan. Tidak salah jika sedikit asimilasi dan transaksi bahasa lain ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu, namun terlalu banyak penutur di kalangan rakyat dan pemimpin yang mengutamakan orbit budaya popular dunia, mengutamakan bahasa pasaran ekonomi serta hingga hanya mengikut acuan kemajuan yang ditajai barat.



Istilah pragmatik disini lebih saya sasarkan kepada konotasi terlalu terbuka dalam memasukkan unsur luar dalam berbahasa. Dari kamus dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Tiga, istilah Pragmatik (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori, bersifat praktikal. Saya tidak menggunakan istilah pragmatik linguistik yang bermaksud cabang linguistik yg berkaitan dgn kajian tentang makna dan kesan yg timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. (Kamus Dewan Edisi Empat)



Suatu ketika dahulu terdapat banyak wacana di kalangan masyarakat kita berkenaan bahasa rojak dan bahasa pasar yang dijenama semula. Bahasa rojak yang mencampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa lain terutamanya Bahasa Inggeris seperti kelihatan suatu fenomena biasa namun tanpa disedari ia berjaya menghasilkan masyarakat yang berparadigma pragmatik juga. Paradigma pragmatik yang juga menurut perubahan dunia sehingga mengabaikan ciri tempatan dan ciri negara bangsa Malaysia. Alasan ekonomi, kemajuan dan sifat utiliti bahasa dan budaya eropah selalu diberikan hingga kita menurut sahaja lambakan budaya barat dalam berbahasa.



Penggunaan bahasa yang rojak mencerminkan rakyat kita yang tiada beridealisme. Beridealisme alam berbahasa bukan bermakna anti kemajuan dan transasksi bahasa ilmu lain. Beridealisme juga bukan bermaksud ego dan taksub dengan penghayatan serta diksi bahasa sendiri, tetapi idealisme adalah asas dalam pembentukan jiwa yang berpendirian dalam bersaing dengan kemajuan bangsa luar negara. Idealisme dalam berbahasa tidak menghalang keluwesan dan keterbukaan mencitrakan dan mengglobalisasikan kekayaan bahasa kita.



Hari ini gejala pragmatik dalam berbahasa juga jelas kelihatan apabila istilah-istilah bagi nama tempat, restoran dan syarikat-syarikat yang digunakan adalah istilah saduran dari bahasa yang pernah menjajah tanah air ini. Sebagai contoh kegilaan menggunakan pangkal perkataan D’ atau De sebelum meletak apa-apa perkataan. D’ Utara Restoran, D’ Palma Apartmen dan sebagainya melambangkan jiwa dab pemikiran rakyat yang pragmatik dengan populariti budaya tertentu tanpa menyelidik mengapa ia tersebar, dari aman asal penggunaan istilah dan apa kesan kepada jiwa anak-anak bangsa akan datang.



Menurut kenyataan Dr Abu Hassan Hasbullah yang disiarkan dalam Dewan Bahasa keluaran April 2009, Zentrum Future Study Malaysia menemui hanya 23 kondominium daripada 1000 kondominium di Malaysia menggunakan bahasa Melayu atau berunsur tempatan. Kini istilah seperti Seri Keruing, Restoran Anggerik Biru, Mayang Sari serta istilah melayu keislaman seperti Restoran Al Amin, farmasi Ikhwan sudah janggal dan asing digunakan apatah lagi bagi menamakan konsultan dan syarikat-syarikat berteraskan perniagaan atas alasan tidak komersial. Isu komersial adalah berpunca dari kita. Bahasa Melayu hilang nilai ekanya, muram dan ketinggalan dalam arus moden berpunca dari kita yang menindas bahasa sendiri.



Gejala peminggiran bahasa boleh diatasi jika Pendaftar Pertubuhan dan Jabatan Perlesenan mengambil kira permasalahan ini serta dijadikan syarat dalam meluluskan nama-nama ini sebagai nama syarikat, kondomnium, resort dan restoren. Berilah galakan kepada rakyat yang mahu menggunakan istilah bahasa Melayu, atau mengutamakan istilah bernama ketimuran nusantara melalui peluang tender, kemudahan pemprosesan lesen atau permit, pengiklanan dan peluang-peluang yang berunsur komersial. Hal ini sekaligus akan menerbitkan daya saing serta memberi harga diri dan kemahawangsaan kepada bahasa kebangsaan kita. Kepada rakyat Malaysia terutama yang memacu industri dan perniagaan, tinggalkan sikap pesimistis kita terhadap nilai Bahasa Kebangsaan kita.



Muhammad Nuruddin Bashah

Jurutera Metallurgis

Setiausaha TERAS Perak



http://munawwarah. blogdrive. com

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

017 6291368

Jumaat, Mei 08, 2009

Ya Allah....kuatkan jiwa antara kami penggerak-penggerak dakwah

Aku berkesempatan untuk ber'usrah' bersama Akh Nahar (Setiausaha Agong Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia ) di Raudahatul Ukhuwwah di Bukit Gelugor ,semalam. Pukul 5.30 ,beliau dengan kereta chevroletnya datang menjemputku di surau Al-Falah. surau untuk warga IPGM Kampus Pulau Pinang.

Amat seronok untuk keluar dengan beliau sebab banyak perkara yang boleh dikongsikan semasa bersama dengan beliau, orang besar JIM Malaysia. Beliau seorang yang bagi aku unpredictable, tiada beza antara bergurau , sinikal mahpun marah ,tetapi sudah tentu dia amat baik dan pemurah(selalu belanja kami ikhwah-ikwah penggerak Karisma Penang ni). Sampai sekarang aku tak mampu tiru gaya beliau, berani menegur depan-depan apabila berhadapan dengan orang yang "melakukan kesalahan".

Apabila sampai di Raudhatul Ukhuwwah ,rumah wakaf untuk ikhwah Karisma, kami disambut oleh Akh Munzir (Karisma Minden) dan Akhi Azmi( Mantan Amir k-usm Minden dan penggerak Usrah IQ). Tidak lama selepas kedatngan kami, Akhi Razmi (Mantan Amir K-UTHM yang buat praktikal di sini), Akh Nadhir (SPAQ) dan beberapa orang sahabat lagi datang menyertai "usrah" ringkas tersebut.

Malam , ba'da Isyak , kami berkumpul di Restoran Barkath , berdekatan dengan Masjid USM , untuk menjamu selera dengan disertai dengan beberapa orang lagi sahabat , Akh Zaid (Amir Karisma Pulau Pinang) dan Akh Yaakob(AJK K nasional). Restoran Barkath ini pernah jadi saksi pertemuan aku dan beberapa orang penggerak dahulu,berbincang dan menautkan ukhuwwah antara satu sama lain. Tempat menjadi "favourite" Akh Fairuz, penggerak KBM ,dan Akh Yusri, brother yang banyak bagi inspirasi dan semangat untuk aku. Mereka semua ni dah tak ada.

Kira macam tempat meeting kami la ni, selain beberapa tempat yang elok aku rahsiakan .Mana tahu ada SB atau pencacai yang ikuti blog aku , mana tahu kan? Apabila demokrasi dilacurkan sedemikian rupa di satu negeri yang kini juga dikenali sebagai Negeri Pasir Berdengung , apabila orang yang diberi amanah untuk jaga keamanan negara tiba-tiba menjadi "terminator" (atau kuda tunggangan) pihak-pihak tertentu dalam menceroboh dewan yang mulia dan mengurung penguasa dewan dalam bilik kurungan . Apa yang ada padaku, kan? Moga Allah jatuhkan sesiapa yang zalim dan menzalimi orang lain. Ya Allah, jauhkanlah aku dari orang orang yang zalim dan lindungilah aku dari menzalimi orang lain. Amin.

Ukhuwwah itu amat penting bagi penggerak-penggerak dakwah. Tanpa ukhuwwah , kita tiada beza dengan teman-teman yang berada di luar sana. Aku semakin meneliti hubungan aku dengan sahabat-sahabat. Mungkin ada tindakan aku yang terlebih terkurang, harap dapat dimaafkan .

Aku selalu teringat kata-kata naqib aku dahulu, "Kita yang join tarbiyah bukan bersatu atas hobi, atas minat ,atau atas nama pasukan bola sepak, tetapi kita yang ikut tarbiyah ini bersatu atas dasar keimanan , dan kecintaan kita terhadap agama Allah Ini."

Aku suka petik kata-kata daripada Imam Hassan AL-hudhaibi - seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir,- tegakkan Islam di dalam dirimu, sebelum kamu menegakkkannya di bumi yang nyata'

Rabu, Mei 06, 2009

Pandangan Ustaz Ahmad Jailani berkenaan Isu Taraf Agama Anak muallaf


Berikut merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Ustaz Ahmad Jailani berkenaan isu taraf agama anak-anak muallaf tidak boleh berubah kepada islam bilamana salah seorang dari ibu mahupun bapa memeluk Islam sepertimana yang idwartakan oleh Jemaah Menteri di Parlimen

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD PANDANGAN USTAZ AHMAD JAILANI BERKENAAN ISU INI

Kes Status Agama Anak setelah salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam harus dikaji sedalam-dalamnya


Keputusan kabinet kerajaan untuk memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain perlulah dikaji secara perundangan dan syarak sebelum diwartakan di khalayak ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesan jangka panjang .

Ini adalah kerana dengan keputusan kabinet ini ,secara langsung mengenepikan peranan golongan otoriti agama sepeti Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dari segi agama (Islam) di Malaysia.

Pengeluarana warta ini adalah berikutan kes bekas penganut Hindu yang memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah menukar agama anaknya kepada Islam ,namun tindakan ini mendapat tentangan daripada isterinya yang beragama Hindu , yang kemudiannya mengheret ke mahkamah kes ini sebelum mahkamah memutuskan bahawa hak-hak penjagaan anak-anak mereka yang sementara adalah di bawah jagaan bekas isterinya.

Menurut kenyataan beberapa orang mufti, keputusan kerajaan untuk mengekalkan agama anak-anak dengan agama asal apabila salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga memeluk Islam adalah melanggar syarak yang ditetapkan. Ini adalah kerana pengenalan kepada akta ini melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam dalam mendepani isu-isu yang sensitif seperti ini.

Di sini saya memetik beberapa hujah balas berkenaan isu ini:


DIPETIK DARI SINI


1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

rعَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.”

Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anak
Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.