Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Jun 25, 2008

Ana dan Pencarian

Assalamualaikum w.b. dan salam sejahtera …….

ANA teringat saat ana Kembali semuala kepada agama dahulu…. Ana akui dahulunya ana juga seorang yang baik, sama macam sekarang namun fikrah masih jua kabur… ana di sekolahkan di sebuah sekolah harian biasa yang padanya penekanan terhadap agama adalah amat kurang….sebab itulah ada di antara member2 dahulu minum arak , merempit dan sebagainya sebab kurangnya penekanan kepada agama sepertimana sekolah-sekolah harian biasa yang lain… berbalik kepada persoalan berbalik kepada agama, ana masuk ipg ana dapat rasakan sesuatu kekosongan yang amat mendekam jiwa di samping kecelaruan emosi ana pada masa tersebut(ana dulu seorang pencinta wanita yang tegar,hehe..astaghfirullahalazim) , ana mulai hampiri gerakan tabligh…. Itupun secara kebetulan disebabkan mereka selalu lakukan ghosh di ipg ana…. Seruan yang mereka ajak ,Alhamdulillah amat baik…mereka mengajar ana untuk mencintai tuhan , bukan meletakkan tuhan di tempat yang lain selain dari hati…. Kata2 yang lembut di sulami kata2 yang menyeru kepada kebenaran seperti pergi ke masjid mahupun mengikuti majlis ilmu cukup menarik hati ana yang begitu kekosongan….ana sempat mengikuti program ziarah dan ghosh slama beberapa waktu sebelum ana stop sekejap kerana terikat dengan aktivisme dakwah di kampus…

masa itu Persatuan Agama Islam baru sahaja ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Saudara Haris Imran … jadi antara tugas yang dipikulkan kepada ana ialah memegang portfolio biro publisiti dan penerbitan (sebelum di pecahkan kepada Lujnah Media dan Publisiti)… tugas masa tersebut adalah berat lah jugak sebab antara tugasnya ialah menerbitkan penerbitan Buletin One Aim secara berkala….. nak terbit senang tapi prosedur pada masa itu amatlah “cantik” sebelum di edarkan kepada umum….masa tu jugak ana ikuti usrah abang Yusri USM ….yang kelakarnya ,pada awal usrah dulu ana dan sahabat ana Lukman Hakim (Amir Persatuan Agama Islam sekarang) saling bergilir-gilir mengikuti usrah mingguan…masa tu ahli usrah yang masih ‘lekat ‘ ialah ana dn Akh Lukman…alhamdulillah…kalau minggu ni ana ada project , dia akan ganti, minggu depan dia tak ada , ana akan hadir usrah…. Tu masa awal2 ikuti usrah lah, selepas itu terus stay dengan usrah …..dalam usrah ana kenal erti pesahabatan, erti kekeluargaan dan erti tanggungjwab kita sesama makhluk….bkn mudah nk tahan ikut usrah ni, kena belajar tak boleh tidur selepas subuh….

Era baru usrah bermula apabila seorang penggerak baru hadir dari UUM….beliau memang asal dari ipg ni jugak , namun di”eksport” ke UUM selama 2 tahun sebelum pulang kembali ke ipg.. Beliaulah akhi Fairuz…. Pendekatan yang belaiu gunakan dalam usrah adalah sedikit berbeza berbanding pendekatan akh Yusri… pada pendapat ana akh Fairuz lebih kepada politik, atau isu-isu semasa yang tidak lari daripada tarbiyah…masa ikuti usrah akh fairuzlah ana didedahkan dengan ikhwanul muslimin, apa itu Partai Keadilan Sejahtera, apa hubungkait antara IM dengan Gerakan HAMAS di Palestin, wahabi mahupun perkara2 yang seumpama dengannya… Ana akui syok juga keluar bersama beliau kerana beliau banyak bercerita tentang p;erkara tersebut…beliau jugabanyak bercerita tentang Anwar Ibrahim dan perjuangan kemahasiswaanya…. Manakala pendekatan akh Yusri pula lebih “pure” agama, tanpa sebarang pemberatan terhadap isu2 semasa…. Akh Yusri lebih suka bertanya pendapat kami berbanding AKH Fairuz… 2 2 usrah ana suka.. ana rasa sungguh istimewa sebab ana berpeluang ikut ke 2 2 usrah tersebut pada pada satu masa…..

Ana begitu menghormati kedua-dua naqib ana ini, walaupun naqib rasmi ana Akh Yusri , namun ana masih diterima sebagai sebahagian daripada usrah akh Fairuz bersama-sama adik-adik junior yang lain….

Kini akh Fairuz telahpun meninggalkan kita semua(posting tak tau bila dapat) , namun jasa beliau tidak akan sesekali ana lupakan terhadap ipg kita dan diri ana sendiri…. Usrah beliau akan digantikan dengan Abang Long(abang Shahidan KBM) . Di doakan semoga akh Berjaya….

Maaf, ana dah banyak kecewakan akh terutama sepanjang 6 bulan ni…. Ana juga dah kecewakan akh dalam seminggu ini….(ana dah perjelaskan isu tersebut kepada akh Yusri…insyaallah dia akan perjelaskan kepada akh suatu masa nanti…)isu tersebut hanya akh dan ana yang tahu… Tapi ana harap suatu hari nanti kita kan dipertemukan dengan lembaran baru ditauti ikhwah fillah…..buka buku baru, tutup buku lama…bina ukhuwahh….dengan kasih sayang…

Thanx Lord ….

For gimme da chance, 2 meet sumbodi whose show me da real meanin’ of LIFE……

Aku yang dhaif lagi hina….bukan ana yang mulakan pejuangan, bukan ana yang mengakhirinya...hanya Allah s.w.t......

Ahmad Zhafri bin Md Noor

( Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Jemaah Tabligh Gelugor,ABABIL, GBMU ,PPPRET 2 SNED 2, oghe Kelate)

Selasa, Jun 24, 2008

Halatuju para pelatih guru-dalam konteks pengajian tinggi…..

Assalamualaikum w.b.t
Follow the flow…or not to follow the flow…begitu lah persoalan yang sering bermain di minda ana ini yang dhaif… ramai yang mungkin tertanya-tanya apakah maksud sebenar ana ….kenapa tiba2 timbulkan persoalan tersebut… bahkan ada yang bertanya apakah maksud soalan ini…. Ana bermaksud adakah kita seharusnya mengikut arus yang melanda suasana di institut kita sekarang? Adakah kita hanya ‘singgah’ sebentar di institut (5 ½ tahun kebanyakannya) kemudian keluar sebagai seorang guru yang hanya mendidik apa yang kita pelajari based on our course that we have been taken here? Adakah kita akan mendidik anak-anak murid kita dengan hanya ilmu yang bersifat keduniaan semata-mata? Adakah pernah terfikir di hatimu apakah generasi yang bakal kita didik ini hanya terdiri orang yang hanya menurut apa yang ada di depan mata tanpa memikirkan implikasinya?



Guru merupakan insan yang paling istimewa bagi seseorang manusia selepas keluarganya… tanpa guru siapalah kita…renungi sajak yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Begitu agungnya tugas seorang guru yang pada seorang guru yang biasalah mampu melahirkan generasi yang hebat-hebat sahaja…. Walhal cikgu itu sendiri tetap sama, dhaif dan lesu dengan permasalahan hidupnya.. Guru.. ana begitu mengagumi guru yang ada fikrah Islam dari jiwanya walaupun dia bukanlah seorang yang mengajar agama mahupun mendapat didikan agama yang formal… Gurulah yang telah memberi inspirasi kepada ana untuk terus berjuang di mukabumi ALLAH ini .Ana teringat zaman persekolahan dahulu, ada seorang ustaz yang lain dari fikiran ustaz/ustazah lain… Lain beliau itu, Alhamdulillah , lain yang mencermin kan perkara yang positif… Ustaz ni mengajar ana semasa ana form 3… dia dahulunya seorang yang besar di kedutaan Malaysia… namun beliau bertindak memilih untuk meletak jawatannya itu seterusnya masuk ke tengah masyarakat melalui sekolah… beliau berkata belaiu tidak tahan denagan suasana yang melanda umat Melayu Islam Malaysia di perantauan yang katanya melampaui norma2 pengamalan islam itu sendiri seperti berzina dann minum arak… sesi pembelajaran beliau selalu di sentuh pasal permasalahan yang melanda umat . Tu yang lain berbanding ustaz/ustazh lain yang kebanyakan begitu tegar untuk tidak menyentuh hal2 seumpama itu. Tambahan lagi sekoalah ana buakn sekolah agama! Jadi nampak lainlah....Ustaz ini lah yang memberi inspirasi kepada ana . Sekarang belaiau menjadi orang kuat YADIM cawangan kelantan. .. dengar kata beliau akan dinaikkan pangkat menjadi pengetua …..ana tumpang gembira...

Gurulah yang menjadi idola /perangsang bagi murid-murid… sumpama pepeatah Melayu menyatakan “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari” , begitu berpengaruhnya peranan seorang guru dalam mendidik seorang pelajar….kerana pelajar tidak dapat lari dari konsep fitrah yang menekankan bahawa “anak dilahirkan di dunia ibarat kain putih, suci tanpa dosa dan noda, namun ibu bapalah yang berperanan untuk mencorakkannya(dalam satu hadis: ibubapalah yang membentuk anak menjadi seorang majusi ,yahudi mahupun nasrani). Dalam konteks sekarang ibu bapa juga boleh digantikan dengan perkataan guru kerana kebanyakan masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah dan bersama dengan guru. Guru yang baik ialah guru yang mampu menyampaikan ilmunya dengan berkesan manakala guru yang cemerlang dalam konteks Islam ialah guru yang mampu memberi sesuatu (dalam konteks ini:ilmu) kepada pelajarnya tidak tehad kepada ilmu pendidikan yang dipelajarinya di maktab tetapi meliputi ilmu keagamaan…

Guru sering dikaitkan dengan kelesuan pada sebarang aktivitisme yang berkaitan dengan minda kritikal mahupun pengolahan intekektual… Suasana di maktab tidak sama dengan suasana di IPTA/IPTS yang lain , yang kesedaran guru pelatih terhadap isu-isu semasa adalah kurang atau ditinggal terus… berbanding dengan sahabat dari institusi yang lain , guru pelatih di maktab tidak didedahkan dengan dunia semangat perjuangan pelajar yang dapat dilihat melalui demonstrasi, penyerahan memo bantahan terhadap sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar…. Bukanlah ana menyeru supaya kita sama2 membuat demonstrasi dan mengedarkan surat layang , tetapi ana mnyeru supaya kita sama2 keluar dari kelesuan dan zon selesa yang kita nikmati sekarang untuk membuat sesuatu yang bukan sahaja menyumbangkan kepada masyarakat selepas era belajar di kampus, tetapi juga semasa belajar di kampus… antara yang dapat mereka masuki untuk menyahut seruan ini adalah dengan menyertai sebarang perkumpulan atau organisasi yang berorientasikan dakwah dan kesedaran sosial sahaja… Kita perlu sedar bahawa kesedaran politik itu perlu, dan amat berguna, tetapi perbatasan perlu juga dijaga disebabkan menjadi suatu adat resam yang beriringan dengan masa bahawa guru tugasnya lebih terarah untuk mengaji erti kesabaran dan kecintaan , bukan menyebarkan sesuatu yang menyemai perasaan benci dan iri hati dalam diri pelajar2 mereka…. Politik terlalu kotor bagi mereka yang tidk memahaminya…


Ana berpendapat bahawa kita tidak seharusnya melawan arus (not follow the flow) ,kerana dengan tindakan demikian akan mendatangkan kerugian kepada kita sebagai bakal guru… kita seharusnya mengamalkan gaya asimilasi (dengan kata lain tidak meninggalkan budaya institut)dengan budaya institut, tanpa meninggalkan terus seruan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yang kita genggami sebagai seorang aktivis dakwah… suasana persekitaran maktab itu sendiri yang melesukan kita sebenarnya… kesedaran sosial di sini masih terlalu rendah dan kita sering dimomokkan dengan budaya hiburan melampau (hedonisme) sebagaimana yang melanda sahabat-sahabat kita di IPT yang lain…..

Peranan guru sebagai seorang aktivis dakwah merupakan suatu keperluan (bahkan kewajiban!) yang perlu ada di era yang serba mencabar ini….. Guru menyebarkan dakwah terus kepada mad’u mereka (pelajar) , untuk mengenal erti beragama di samping tidak meninggalkan ilmu fardhu kifayah yang dipelajarinya di institusi perguruan… dengan kata lain guru serba boleh dan guru 2 dalam satu… ilmu akhirat boleh ,dunia pun boleh…. Begitu hebatnya peranan guru sebenarnya sebab seorang guru boleh jadi seorang motivator, tutor, pemimpin,dan pendakwah dalam satu masa yang sama…. Berbanding dengan sahabat2 kita yangberada di IPT yang lain, kita sepatutnya sedar bahawa kitalah merupakan seorang pendakwah yang paling ramai mad’unya….ambil contoh Dr. Daniel, belaiu merupakan seorang yang serba boleh…namun pada pendapat ana yang serba dhaif ini, guru sepatutnya lebih terkehadapan dari segi pengislahan diri kerana merekalah yang paling lama bersama mad’unya (pelajar)dan paling luas ruang lingkup dakwahnya, bukan hanya berdakwah di majlis ilmu dan sebagainya..

So, bersyukurlah..para teman….. tetapkan tekadmu di dalam dakwah… Jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongmu…. Perjuangan masih panjang….



Hamba yang tolol lagi hina,

Ahmad Zhafri bin Md Noor

Jumaat, Jun 20, 2008

AKU PENCINTA WANITA

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)


oleh: Brother Nawawi(al-ahkam.net)

Engkau-Kah Pencinta Wanita?

As-Salaa mu ‘Alaikum…

Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya...

Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan…

Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa…

Renungilah maksud ayat ini;

“Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33): 32)

“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya... Islam.

Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.

Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung...)



Khamis, Jun 19, 2008

jangan lupakan al-Aqsa

JANGAN LUPAKAN AL-AQSA !!!
Di kala Lubnan dan Gaza diserang secara intensif oleh tentera-tentera Rejim zionis, ramai yang terlupakan al-Aqsa. Badan-badan berita pun tiada yang membuat liputan mengenai Masjid al-Aqsa yang menjadi paksi kepada isu yang berlaku di Palestin dan Lubnan. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa, isu Palestin tidak akan menjadi perhatian dunia Islam. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, uamt Islam tidak akan tertarik untuk mengambil tahu mengenai isu Palestin. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, isu Palestin tidak akan dapat bertahan selama ini. Banyak lagi isu penjajahan tanah air umat Islam, kesemuanya telah berakhir, tetapi tidak isu Palestin. Semuanya kerana Masjid al-Aqsa.Malangnya, ketika lensa-lensa kamera badan-badan berita antarabangsa sibuk dihalakan ke Lubnan pada hari ini, Masjid al-Aqsa terus dilupakan. Umat Islam rancak membicarakan tentang Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrullah, Qana, dan juga Condoleeza Rice, tetapi al-Aqsa bagaikan dilupakan. Apakah dengan rancaknya peperangan di Lubnan, bermakna al-Aqsa terpelihara dan terselamat ?, realitinya tidak!Sehingga 22 Julai yang lepas, sudah genap tiga minggu umat Islam tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid suci ketiga, dan juga bumi Isra dan Mikraj itu kini tidak boleh dimasuki oleh umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Pada hari-hari biasa, hanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk memasuki Majsid. Milik siapakah masjid ini?Sehingga kini, para pengawal yang terdiri daripada tentera-tentera Zionis bebas berkawal dan menguasai Masjid al-Aqsa. Merekalah yang menentukan siapakah yang berhak masuk dan siapa yang tidak berhak untuk memasuki masjid tersebut. Malang lagi, berita ini tidak menjadi isu. Muassasah al-Quds yang berpusat di Baitul Maqdis, melalui laman web mereka, Islamic-aqsa.com telah mendedahkan mengenai makar Zionis ini. Malang sekali lagi, tiada satu pun badan berita yang berminat dengan isu ini.
Brigade Al Aqsa mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan masjid suci umat Islam , masjid Al Aqsa. Di mana kita ? Mungkin berita umat Islam dilarang memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat bukanlah baru, tetapi bagaimana pula dengan pembinaan model "Haychal" (kuil) yang dibina di bawah Masjid tersebut?, ianya diletakkan di kawasan muzium Yahudi di bawah Masjid al-Aqsa. Bagaimana pula dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Zionis kepada kumpulan "Temple Guardians" untuk memasuki Masjid al-Aqsa pada 3 Ogos 2006?Kumpulan tersebut telah dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid untuk melakukan upacara keagamaan mereka. Kumpulan yang terkenal dengan cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa itu akan menyambut hari memperingati kuil mereka. Di dalam literasi-literasi dan sebaran mereka, mereka menyeru umat Yahudi agar bersama mereka untuk membina kuil tersebut. Demi membina kuil berkenaan, maka mereka perlu terlebih dahulu merobohkan Masjid al-Aqsa. Mereka juga telah melakukan kempen secara besar-besaran menyeru kaum Yahudi bersama-sama mereka merayakan perayaan berkenaan secara besar-besaran. Perkara ini bukan rahsia lagi. Mengapakah Mahkamah Tinggi Zionis dan pihak keselamatan membenarkan mereka memasuki Masjid?
Wajib umat Islam sedunia mencintai masjid Aqsa di Palestin sama kita mencintai Masjidil Haram di Mekah Apa yang pasti, umat Islam tidak akan dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid pada waktu tersebut. Beralasankan untuk menjaga keselamatan dan menjaga keamanan, umat Islam dilarang daripada memasuki masjid pada waktu kehadiran kumpulan yang ingin merobohkan masjid berada di dalamnya. Bukankah ini sesuatu yang ironik dan membahayakan masjid?Umat Islam perlu mengambil tindakan tegas. Sampai bilakah kita hendak membiarkan Masjid al-Aqsa dihina sebegini rupa?, apakah sehingga ianya dirobohkan nanti?Malangnya wakil-wakil OIC yang berada di Kuala Lumpur tidak membincangkan perkara ini dengan serius. Perwakilan hanya daripada 17 buah negara anggota itu hanya dibuaikan dengan perbincangan tentang isu Lubnan sahaja tanpa membincangkan isu Masjid al-Aqsa. Bukankah OIC itu sendiri diusahakan untuk menyatukan umat Islam demi menyelamatkan al-Aqsa!"
**dipetik dari tulisan Ustaz Maszlee Malik

Posted at 09:00 am by yuzzMake a comment
Thursday, August 03, 2006
Zionis Rancang Cemarkan Al-Aqsa 3 Ogos!
Rabu ,02/08/2006 - Hakim Agung Palestin dan Ketua Dewan Tertinggi Pengadilan Syariat, Syaikh Taisir Rejab at Tamimi menyeru kepada bangsa dan rakyat Palestin, sama ada dengan kekuatan organisasi, politik dan massa agar membela majid al Aqsa dan melawan usaha serangan kaum ekstrimis zionis Israel yang ingin menyerbu kembali masjid al Aqsa, Khamis (03/08) besok.Dalam pernyataan yang disampaikan Selasa kelmarin, Syaikh Tamimi mengingatkan bahawa kelompok-kelompok radikal Zionis Israel akan melakukan penyerbuan ini dengan memanfaatkan saat serangan militan Israel terhadap bangsa Palestin dan Lebanon. Demikian seperti yang disiarkan oleh lama web filistin al yaum.Syaikh Tamimi menegaskan, usaha-usaha buruk ini akan menambah ketegangan dan ketidakstabilan di kawasan serantau dan dunia amnya kerana kaum muslimin tidak akan berdiam diri bagi menghadapi usaha penyerbuan dan penodaan masjid al Aqsa oleh kumpulan-kumpulan radikal Zionis. Beliau menyatakan bahawa regim penjajah Israel bertanggungjawab penuh atas serangan provokasi seperti ini.Syaikh Tamimi juga meminta dunia, kerajaan dan bangsa Arab serta dunia Islam, OIc serta Kumpulan Pejuang al Quds untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan menghadapi segala serangan dan penodaan terhadap masjid al Aqsa, kiblat pertama kaum muslimin yang merupakan masjid ketiga setelah masjidil Haram dan masjid Nabawi, selain sebagai tampat

KE MANA KITA- isu akidah

Dimana Peranan kita.....

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat. Moga-moga terus "thabat" dan diberikan kekuatan untuk terus berada di jalan ini. Marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu, mantapkan iman di dada, perbanyakkan amal, jangan putus asa dengan usaha yang antum/na usahakan, sentiasa muhasabah setiap gerak kerja dan tindakan kita...sebagai bekalan untuk perjalanan yang panjang, sebagai "asbab" untuk Allah memberi kemenangan kepada gerabak dakwah yang sama-sama kita bawa ini.

Perkongsian kali ini [ lihat bawah : penghinaan lagi terhadap Rasulullah.. . dimana peranan kita] bukanlah tulisan dan pandangan ana sendiri... sekadar untuk berkongsi dan memperingatkan diri dan semua...betapa hebatnya serangan pendakyah-pendakyah dan mereka yang ada penyakit dalam hati mereka... Dari pemerhatian, tindakan, perbualan dan diskusi ana dengan teman-teman dalam kampus di Bumi Minden ni... berapa kerat ja yang 'terjaga dari tidur'. Masih ramai yang masih enak dengan 'mimpi' dan 'dunia ciptaan sendiri'... "CITRAWARNA" baru sahaja melabuhkan tirai semalam... berpusu-pusu mahasiswa/i membanjiri stadium utama USM. [Lihat Al-Hadid 57:20].Tinggal berapa kerat ja yang berjaya mujahadah untuk tidak pergi ke temasya tahunan USM tu. Jika diminta menceritakan sejarah Nabi Muhammad SAW atau kisah sahabat/ nama-nama sahabiyyah.. . adakah akan diceritakan dengan detail sedetail penerangan pasal citrawarna? Ini menandakan kerja kita masih belum selesai... malah makin bertimbun-timbun. .. Marilah sama-sama kita muhasabah balik diri kita...

Adakah pendekatan yang kita gunakan dah mampu menarik hati-hati mereka untuk lebih dekat dengan pencipta mereka sendiri? kemana kita nak bawa hati-hati mereka? Dimana hati dan matlamat kita? [Lihat An-Nahl 16:125]Lebih telus... Adakah kita betul-betul bekerja? Adakah betul-betul kita bersungguh-sungguh dengan kerja kita? Adakah kita betul-betul memahami tabiat hati-hati manusia? Adakah kita betul-betul memahami rentak dan tribulasi jalan ini? jika dikata kita tidak mampu... siapa kita untuk mengatakan kita tak mampu sedangkan Allah lebih mengetahui dimana kemampuan kita...hanya tinggal kita sanggup atau tidak? [Lihat Al-Baqarah 2:268]Hakikatnya.. .perjalanan ini satu perjalanan yang jauh, memerlukan kesabaran, ketekunan, kesungguhan, memerlukan pengorbanan masa kita, tenaga kita, fikiran kita... [Lihat 3:200] yang pastinya... inilah jalan menjanjikan seribu kebaikkan malah lebih buat mereka-mereka yang ingin bergelar pejuang... telitilah ayat-ayat Allah satu persatu, bagaimana bentuk 'Madrasah Tarbiyyah Nabawiyyah' dalam melahirkan pejuang-pejuang agama Allah...
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"
Bekalannya.. .. [Lihat Al-Muzammil 1-20]

Bangun malam
Membaca Quran
Sentiasa mengingati Allah
Beribadat dengan sepenuh hati
(Berikanlah kepada Allah pinjaman yang baik)


Dibawah.... salah satu laman web pendakyah-pendakyah yang berusaha memerangi kita... boleh layari... http://www.news. faithfreedom. org/
About Faith Freedom International
(1330 total words in this text)(12561 Reads)
"Islamic terrorism is inspired by Islamic teachings. We can never get rid of Islamic terrorism unless we defeat the ideology behind it and that is Islam itself. Islam induces hate backed by lies. Muhammad was a terrorist by his own admission. All Muslims, to the extent that they follow him, are terrorists. Those Muslims who are not terrorists are ignorant of Islam and are not good Muslims. Fortunately they are the majority. We need to rescue them. If you are a good human being, you are not a Muslim. Read this site and if you can't prove me wrong, which you certainly can't, leave this deceitful cult of hate and terror and join mankind. Don't be part of the Umma. Umma is fascism. It is divisive. It induces the hatred of others. Be part of humanity instead. Your ignorance is not an excuse. Pull your head out of the sand and face the truth, like we did.."http://www.news. faithfreedom. org/index. php?name= Sections&req=viewarticle&artid=2&page=1

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****
Petikan artikel dari wordpress SPAQ (Squad Penyelamat Aqidah) ----->http://skuad. wordpress. .com/

Penghinaan Lagi Terhadap Rasulullah: Di mana peranan kita? 23 03 2008 SPAQ mengutuk tindakan akhbar Denmark yang sekali lagi telah menyiarkan 12 gambar lukisan Rasulullah s.a.w. Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.Rentetan akibat kes tersebut ialah:Kurt Westergaard telah dikatakan diburu oleh para ekstrimis berbangsa Tunisia dan Maghribi di Denmark.Kerajaan Iran telah memanggil kedutaan Denmark mengadap untuk menyatakan bantahan rasmi Iran terhadap penyiaran gambar itu.Demostrasi besar-besaran seluruh dunia dan di Patani selatan Thailand juga tidak ketinggalan.Ramai yang berpendapat bahawa isu penentang penyiaran gambar itu bukan isu utama umat Islam, sebaliknya perlu menumpukan isu ekonomi, pendidikan dan isu peperangan umat Islam semata-mata. Tindakbalas umat terhadap penyiaran itu dianggap hanya bersifat titik bengek dan bukan keutamaan kita. Ada juga berpendapat tindakan melukis wajah nabi juga pernah berlaku sejak zaman empayar Islam lagi oleh golongan anti-khalifah, ajaran sesat dan ekstrimis agama.Walaupun ada dikalangan umat Islam yang �over acting� membakar kedutaan Denmark dan sebagainya, namun begitu demostrasi yang pernah dijalankan di negara kita adalah terkawal. Demostrasi umat Islam terhadap isu ini hanya untuk ekspresi sikap bukannya tindakan yang melampau.SPAQ berpendapat mempertahankan agama adalah perlu dalam setiap segi sama ada ketenteraan, politik, pendidikan, ekonomi mahupun syiar dan maruah agama. Jumhur ulama� telah mengharamkan menggambarkan wajah Rasulullah s.a.w. kerana mengelakkan pelbagai intepretasi yang pelbagai, dan songsang terhadap wajah dan tubuh Rasulullah s.a.w. yang mencerminkan interpretasi sunnah yang mulia.Perjuangan hak bersuara dan kebebasan media perlu diletakkan pada tempat yang betul. Mengapa perlu mengguris hati majoriti umat Islam hanya atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan penyiaran media? Bukankah banyak isu sosial, politik dan marhaen yang perlu dibebaskan dan disuarakan secara meluas? Bukankah umat Islam tidak pernah melukis atau menggambarkan mana-mana tuhan agama lain? Jika ada sila ambil tindakan kepada pihak berkenaan sahaja.Ahli sejarah kanan British David Irving pernah �bersuara bebas� menyatakan bahawa peristiwa Holocaust di barat tidak pernah berlaku. Akibatnya beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Austria. Mengapa di barat yang mementingkan kebebasan bersuara tidak pula berjuang dalam hak berkenaan sebaliknya dihalakan hanya untuk merendahkan martabat agama Islam? Usaha yang berterusan oleh kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. adalah amat perlu. Ayuh, isu ini perlu dicanang kembali!

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin bin BashahSalam perjuangan.. .

Selasa, Jun 17, 2008

kita semakin terlupa....

assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap detik setiap saat yang kita tempuhi dalam hidup, adakah kita pernah satu kali terdetik dalam jiwa yang nurani kita, apakah ujuan kita dihidupkan? Orang sering menyatakan bahwa hidup ini sementara, so enjoylah sementara masih ada masa... ada yang kata hidup ini hanya untuk makan , minum, tidur , bekerja dan seks.... ada yang kata hidup ini hanya hak kita sahaja.... kita nak buat apa suka hatilah.... kalau dihitung scara kasar dapat disimpulkan kehidupan ini terbahagi kepada tiga pandangan umum manusia tentang pandangan hidup, iaitu orang yang hanya fikir pasal dunia sahaja , kehidupan serba sekular dan tiada langsung hujah agama dalam hidup dia.... Senang cerita dia digelar mulhid ataupun ateis... golongan kedua berada di pertengahan , balance dari segi kepentingan dunia dan akhirat... dia bekerja untuk mendapat sesuatu dari dunia manakala perkara yang berkaitan ketuhanan dia tidak tinggal.... golongan ini kita gelar sebagai golongan yang beragama... tidak kira apa jua agama ..... ada sesetengah manusia lebih suka memilih untuk masuk ke golongan ke 3 , iaitu golongan yang mengharapkan agama lebih penting daripada dunia... dia juga mendapatkan dunia , namun sedikit berbanding penghayatan kepada akhirat..
namun sebagai seorang yang beriman, kita sepatutnya merenungi kata-kata tuhan dalam Al-quran
tidak aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaku..
. beribadat itu menunjukkan ketaatan kita kepada Allah s.w.t , keabadian kita hanya kepada khalik yang satu tiada sekutu bagi-Nya.. Cuba check doa iftitah yang selalu kata baca pada permulaan solat,

sesungguhnya solatku , ibadat, hidupku dan mautku hanya kerana Allah seluruh Alam , tiada sekutu bagiNya ...

adakah amalan yng kita buat ini mencukupi untuk kita menghadap-NYA? cuba check balik...

Isnin, Jun 09, 2008

IKRAR BELIA DAN MAHASISWA

Ikrar Belia dan Mahasiswa
(8 Jun 2008)

Pendahuluan

Pada tahun 2001, 7 orang mahasiswa telah diambil tindakan dibawah AUKU kerana melibatkan diri dalam perhimpunan pemansuhan ISA(Internal Security Act). Kami mengucapkan penghormatan tertinggi terhadap pengorbanan mereka, peristiwa mereka telah menimbulkan keraguan para mahasiswa dan pemuda-pemudi Malaysia tentang kewujudan AUKU. Maka mereka mengambil keputusan untuk bergabung bahu berusaha untuk memansuhkan AUKU. Untuk mengenang budi pengorbanan dan usaha mereka, Persatuan Belia dan Mahasiswa Malaysia telah menetapkan 8 Jun sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa.

Hari Hak Asasi Mahasiswa merupakan hari penting belia dan mahasiswa. Kerana pada hari yang mulia ini, belia dan mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka, pada hari ini juga, kami sebagai Persatuan Belia dan Mahasiswa, akan membentangkan pendapat kami tentang tanah air tercinta kami, Malaysia.

Sebagai belia dan mahasiswa, sebagai rakyat Malaysia hari ini dan hari seterusnya, kami berikrar, kami telah siap bersedia menanggung tanggungjawab, serta menyeru para pemimpin negara kami supaya berusaha bersama-sama kami, menerima dan menyokong cadangan-cadangan kami sebagai yang berikut:

  1. Kembali semula pilihan raya Kerajaan Tempatan

Negara kami memerlukan sistem pembentuk polisi yang lebih demokrasi dan terbuka. Kami menyeru supaya kerajaan pusat dan kerajaaan negeri memandang serious tentang keperluan revolusi, supaya kembali semula pilihan raya kerajaan tempatan supaya rakyat terlibat diri sendiri dalam hal ehwal rakyat.

Kami menolak pegawai kerajaan tempatan dilantik oleh kuasa politik, sebaliknya tegas meminta karajaan pusat dan kerajaan negeri supaya mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa 3 tahun, dan mengemukakan proses perlaksaanan kembali semula kerajaan tempatan 6 bulan sebelum pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.

  1. Menghapus amalan rasuah

Kami menolak Malaysia yang penuh dengan amalan rasuah, kami ingin Malaysia yang amanah, bersih, dan telus, jadi kami minta supaya Jabatan Pencegah Rasuah menjadi sebuah badan eksekutif yang benar-benar berdikari untuk mengambil tindakan, supaya menikmati kuasa membuat siasatan dan mendakwa, supaya akan terus bertanggungjawab terhadap Parlimen tetapi bukannya Kementerian Perdana Menteri. Pada masa yang sama, kami meminta kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya menubuhkan Ombudsman office untuk menerima dan memantau rayuan rakyat berkenaan dengan perkara rasuah dan menyalahgunakan kuasa, yang seterusnya melapor kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

  1. Menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)

Dalam pasukan pihak polis kekurangan sistem yang mengambil tindakan kelakuan polis, menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dan kelakuan tidak senonoh selalu berlaku.Oleh itu,kami meminta kerajaan persekutuan melaksanakan cadangan kedua-dua Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja,iaitu menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).

  1. Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman

Prinsip doktrin perasingan kuasa, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif berdikari dan “check and balance” antara satu sama lain, doktrin perasingan kuasa bukan sahaja mempertahan demokrasi negara, kebebasan dan hak asasi manusia. Malah juga sebagai remedi untuk membasmi limpahan rasuah kuasa dan amalan salah pentadbiran. Namun, Skandal adil telah terdedah kecacatan sistem perundangan negara kita untuk masa yang lama, oleh itu Suruhanjaya Kehakiman mempunyai keperluan untuk diasaskan, untuk menguruskan proses-proses tentang perkara perlantikan hakim dan kenaikkan pangkat, serentak mestilah tranperasi untuk melantik hakim dan menaikkan pangkat seseorang hakim mengikut berkebolehan, amanah, dan adil.

  1. Menolak politik perkauman

Politik perkauman merupakan sejenis bentuk politik yang kurang rasional, ianya bukan sahaja memudaratkan pembanguan masyarakat Malaysia, malah merosakan kesepakatan palbagai kaum. Maka kami, menyeru supaya parti-parti politik menghentikan penggunaan bentuk politik tersebut, membina satu budaya politik dan iklim politik yang baharu

  1. Mansuhkan Akta-akta zalim

Kami meminta Kerajaan Malaysia menandatangani ‘perjanjian antarabangsa hak civil dan hak politik’ DAN ‘penjanjinan hak budaya sosial ekonomi’, supaya hak asasi warganegara-warganegara Malaysia dapat dipertahan melalui akta. Kita meminta mansuhkan semua akta-akta yang bercangagh dengan hak asasi manusia, seperti akta yang menahan seseorang tanpa bicara seperti ISA (akta keselamatan dalam negeri), akta darurat, akta polis, akta universiti dan universiti kolej (AUKU), OSA (akta rahsia rasmi negara) dan sebagainya.

Oleh itu, kita meminta kerajaan persekutuan mengakui kepentingan belia, dan menghormati hak-hak asasi pelajar. Kita meminta untuk menghapuskan sebarang akta yang mengehadkan kepentingan-kepentingan pelajar dan hak-hak asasi belia, sebagai contoh, akta universiti dan universiti kolej (AUKU), mengeluarkan satu akta yang bebas yang mampu untuk menjamin hak-hak asasi dan kepentingan belia dan pelajar.

  1. Membina ruang yang bebas informasi

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 telah mengkakis kebebasan media dikakis, pihak media perlu mamohon semula lesen menerbit dengan kementerian dalam negeri. Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 harus dimansuh untuk memastikan kebebasan bersuara. Selain itu, kerajaan persekutuwan dan kerajaan negeri harus mengadakan akta bebas informasi supaya dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kepentingan rakyat diumum secara telus.

  1. Akta gaji minima RM 1500

Akta gaji minima RM 1500 amat perlu sekarang, inflasi sangat tinggi, penswastaan keperluan asas juga membebankan pekerja, tetapi gaji pekerja tidak meningkat.

Tuntutan MTUC sebelum ini ialah Gaji minima RM 900, elaun kehidupan RM 300. Tuntutan mereka tidak dapat menanggung inflasi sekarang. Gaji RM 1500 hanya cukup pekerja hidup di bandar basar, penswataan bekalan air dan elektrik juga mengyebabkan pekerja menanggung risiko pembatalan perkhidmatan air dan elektrik.

  1. Miliknegarakan, demokrasi dan ketelusan pengkhidmatan awam

Malaysia, sejak tahun 1983 telah mengaju ke arah Malaysia Incorporated. Semenjak itu, perkhidmatan awam Malaysia semakin diswatakan, hak asasi dan kebajikan rakyat semakin diniagakan.

Kerajaan Malaysia telah mensyarikatkan dan menswatakan perkhidmatan sivil yang berikut:

Bekalan air 1996-2000

Bekalan elektrik 1/9/1990

Pembuangan kumuhan Ogos 1995

Perkhidmatan telekom 1/1/1990

Lebuhraya 1996-1998

Perkhidmatan pos Ogos 2001

Perkhidmatan perubatan 1994-2000

Pendidikan tertinggi 1998(Bilangan kolej persendirian meningkat daripada 280 buah pada tahun 1995 kepada 690 buah pada tahun 2001)

Setelah pelbagai keperluan asas diswatakan, rakyat Malaysia terpaksa menanggung bebanan yang semakin berat. Bayaran pelbagai perkhidmatan semakin naik harga—bil bekalan air, bil bekalan eletrik, bayaran tol, petrol, dan juga bayaran yuran sekolah dan pelbagai barangan keperluan harian. Semestinya bayaran pelbagai perkhidmatan semakin meningkat, namun kualiti perkhidmatan semakin menurun, maka menolak pernyataan bahawa perswataan nampu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan.

Oleh demikian, perkhidmatan awam harus dimilikenegaraan, supaya kerajaan dapat menolong mengurangkan bebanan rakyat, pada masa yang sama mendemokrasikan supaya staf-staf perkhidmatan awam mempunyai hak membuat keputusan yang lebih berkuasa, termasuk memilih lapisan pemimpin.

Seluruh perkhidmatan awam harus dilusinakan, supaya rakyat dapat memantau proses perjalanan seluruh perkhidmatan awam, kami menentang sistem perlantikan pegawai, memansuhkan bureaucratik, bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam yang dikenegaraankan.

  1. Hentikan perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) tanpa penyertaan rakyat

Malaysia telah melancarkan rundingan bagi FTA dengan Amerika Syarikat. Rundingan ini diadakan tanpa penyertaan rakyat. FTA US-Malaysia ini akan meliputi produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak melabur, pemerolehan kerajaan, hak harta intektual dan sebagainya. FTA amat berkait dengan kebajikan dan kepentingan rakyat.

11. Hak untuk menerima pendidikan

Pendidikan merupakan hak asasi manusia, hak asasi tidak boleh diniagakan, tidak boleh dijual belikan, tidak boleh ditawar-menawarkan, oleh itu, kerajaan harus menanggung tanggungjawab menyediakan pendidikan. Menurut UDHR, setiap manusia berhak menerima pendidikan, secara percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat rendah. Pendidikan pada peringkat rendah seharusnya bersifat percuma. Pendidikan teknik harus diperbanyakkan, kemasukan universiti haruslah mengikut keputusan pelajaran individu dan setiap individu menikmati hak yang samarata. Kementerian Pendidikan Tertinggi harus memberi peluang menuntut pelajaran dengan menilai keputusan pelajaran ,kemudian menubuhkan lebih banyak institusi tertinggi dengan kaedah yang sesuai, kemudian menjadikan pendidikan tertinggi percuma.

  1. Hak pelbagai dan bahasa ibunda

1996 Barcelona, "Dunia Declaration di Rights bahasa" telah menyatakan bahawa:

Segala-gala bahasa adalah bentuk penyampaian sekumpulan manusia yang terunggal, ia juga satu kaedah teristimewa untuk memperkenalkan dan mencatatkan realistik. Pendidikan haruslah berkhidmat untuk kepelbagaian bahasa dan budaya, serta mengeratkan hubungan dengan komuniti yang beza bahasa

ISLAM LIBERAL: SATU KAJIAN ILMIAH

eralAKAR PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL :

Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Gerakan Islam Liberal cukup popular di Indonesia, namun begitu tidak ramai yang menyedari sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di serata dunia.

Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi satu trend pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M. Tulisan ini bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologis gerakan Islam Liberal sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada tren pemikiran ini yang cukup banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah dewasa ini. Hipotesis kajian ini adalah bahawa adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme Islam dengan Islam Liberal.

Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang daripada dua dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap umat Islam sedikit sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority- complex apabila berhadapan dengan peradaban yang canggih dan hebat. Perlu digarisbawahi di sini bahawa modenisme Islam bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia mencakupi beberapa aliran pemikiran sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang kabur.

Gerakan modenisme telah mengalami banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an. Usaha beliau walaubagaimanapun telah ‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam Liberal.

Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan melihat model pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di Barat. Modenisme di Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment, revolusi industri dan akhirnya telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan pemimpin dunia. Menyedari kemunduran dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan.

Sikap keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut untuk dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila telah terbukti bahawa sains yang sama telah berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan oleh Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan.

Modenisme Islam dan Modenisme Barat

Oleh kerana modenisme Islam sangat berkait rapat dengan modenisme Barat, maka sebelum membicarakan tentang modenisme Islam, sangat penting sekali untuk memahami konsep modenisme dan modenisasi dan kemunculannya di Barat. Perlu digaris bawahi di sini bahawa kemunculan modenisme Islam hanya berlaku sebagai satu konsekuensi daripada interaksi dunia Islam dengan tamadun Barat.

Satu fakta yang perlu diingat adalah bahawa Umat Islam sejak abad ke 16/17M telah dijajah dan diinfiltrasi oleh pemikiran dan budaya yang asing daripada pemikiran, budaya dan agama mereka. Reaksi dari diri Umat pada ketika itu adalah di antara penolakan dan penerimaan. Golongan tradisionalis lebih cenderung untuk menentang dan mengasingkan diri dari segala bentuk pembaratan (Westernization) . Adapun golongan modenis yang pada masa itu mempunyai latarbelakang pendidikan Barat, melihat segala kebaikan berada dalam tamadun Barat, dan adalah satu kerugian besar bahkan dianggap kekolotan berfikir apabila umat Islam tidak tampil untuk memperolehinya.

Modenisme di Barat digerakkan oleh falsafah enlightenment- humanism yang berhasil mempengaruhi pemikiran sebagian masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka. Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant, David Hume, Nietzsche dan lain-lain telah memberikan penekanan terhadap rasionalisme dan kebebasan (liberalisme) atau pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma. Gerakan keintelektualan ini semakin kuat dengan munculnya falsafah eksistensialisme oleh Sartre dan logical-positivism oleh kelompok yang dikenali dengan Vienna Circle.

Pada hari ini gerakan humanisme dipelopori oleh Council for Secular Humanism. Menurut mereka secular humanism bermaksud “cara berfikir dan cara hidup yang bertujuan untuk memberikan yang terbaik bagi manusia dengan menolak segala kepercayaan agama dan kuasa di luar tabi’i. Humanisme sekular menekankan rasio manusia dan pengkajian saintifik, kebebasan individu dan pertanggung- jawaban, nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang dan keperluan terhadap toleransi dan kerjasama”.

Penjelasan tentang humanisme sekular di atas memperlihatkan wujudnya dikotomi antara agama dan sains, antara moralitas dan kebebasan individu, antara Tuhan dan nilai-nilai kemanusiaan. Terlepas daripada elemen-elemen yang tampak baik yang terdapat dalam pemikiran ini, penumpuan kepada kerasionalan, penolakan terhadap agama, dan kebebasan individu dalam menentukan segala sesuatu, pastinya memberi kesan negatif khususnya bagi seorang Muslim. Oleh kerana itu, penilaian perlu dilakukan secara menyeluruh dan sebaiknya penjelasan tentang modenisme dilakukan dari dua sudut pandang yang berbeza: Barat dan Islam.

Seorang penulis Muslim berasal dari Perancis dan menetap di Mesir, Renë Guenon, menjelaskan bahawa modenisme pada intinya adalah penolakan terhadap segala apa yang berbentuk divine, transcendent dan supernatural. Ia adalah penolakan yang dilakukan oleh enlightenment- humanist terhadap tradisi dan otoriti, demi kepentingan akal dan sains tabi'i. Ia dicipta atas dasar perkiraan bahawa kuasa individu yang menjadi satu-satunya sumber bagi makna dan kebenaran.

Demikianlah dapat disimpulkan bahawa pengaruh humanisme Barat sangat kuat dalam kerangka pemikiran modenisme Islam. Dalam menjelaskan hakikat liberalisme Islam, Leonard Binder menegaskan bahawa perbahasan rasional menjadi tonggak utama golongan Islam Liberal ini. Rasionalisme, dalam erti mendewakan akal fikiran dan menjadikannya kayu ukur dalam menilai segala sesuatu, yang menjadi asas peradaban Barat juga dianut oleh golongan modenis dan liberal Muslim.

Dalam mendefinisikan modenisme Islam, Charles Kurzman, seorang lagi ideolog Islam Liberal, dalam bukunya Modernist Islam mengatakan bahawa seorang modenis bukan sahaja menerima nilai-nilai moden dari Barat sebagai sesuatu yang benar melainkan juga usaha untuk memperjuangkan modenisme Barat (proponent of modernity) yang termasuk di dalamnya rasionaliti, sains, kedaulatan perlembagaan (constitutionalism) , dan persamaan manusia.

Bahkan peranan seorang modenis menurut beliau bukan sahaja dalam mencari persamaan di antara nilai-nilai moden dengan nilai-nilai atau ajaran Islam. Lebih dari itu, seorang modenis mesti berusaha untuk memperkasakan dan membangunkan teori yang kukuh yang dapat membuktikan adanya persamaan dan kesesuaian tersebut. Dari sini tampak jelas bahwa gerakan ini mempunyai prakonsepsi dalam memahami Islam. Penyatuan di antara modern values dan ajaran Islam pada realitinya dilakukan dengan tidak adil iaitu dengan memilih sebahagian tradisi dan teks-teks agama yang mampu menyokong nilai-nilai Barat. Sedangkan kajian terhadap tradisi Barat sendiri dilakukan dengan penuh apresiasi dan tidak kritis.

Berkenaan dengan tema-tema Islam Liberal, mengikut tulisan mereka sendiri, dapat dilihat sebenarnya tidak jauh berbeda dengan modernist Islam. Di antaranya adalah demokrasi, pembelaan hak-hak perempuan, kebebasan bersuara, dan masa depan kemajuan manusia. Tema-tema yang diangkat memberikan impresi bahwa siapapun yang rasional tidak mungkin menolak perjuangan mereka.

Di sebalik itu, ada keinginan untuk memonopoli perjuangan untuk kemanusiaan, sedangkan agama Islam sejak mula telah memperjuangkan kepentingan manusia. Tema-tema di atas tampak menarik dan segar, tetapi ini berbeda dengan tema-tema yang selalu menjadi perdebatan hangat di kalangan umat Islam. Isu-isu seperti penolakan Syari'at, pluralisme agama, kebebasan berijtihad, penolakan otoriti agama dan hermeneutik sebenarya yang menjadi perbahasan utama gerakan ini.

Pandangan bahawa perlunya penyesuaian di antara Islam dan nilai-nilai Barat, di antara wahyu dan kemodenan, adalah dengan andaian bahawa keduanya tidak bertentangan dan sesuai (compatible) . Atas andaian inilah maka peranan menyesuaikan di antara keduanya bukan perkara yang rumit. Persoalannya adalah adakah andaian ini betul? Apakah tidak ada pertembungan nilai dan prinsip di antara worldview Islam dan worldview Barat. Pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan bahawa Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza dengan pandangan hidup Barat. Pandangan hidup Barat meletakkan falsafah humanisme, rasionalisme, sekularisme sebagai asas peradaban mereka. Sedangkan falsafah-falsafah ini amat asing dan tidak perlu dalam konteks umat yang beragama Islam.

Isma'il al-Faruqi mengatakan bahawa humanisme Barat sekarang banyak dipengaruhi oleh humanisme Greco-Roman, yang terlalu mendewakan manusia dan sebagai reaksi kepada tradisi Kristian yang sebenarnya merendahkan nilai-nilai kemanusiaan. sebaliknya Islam telah dengan secara tidak langsung meninggikan martabat manusia, maka dari itu, al-Faruqi menyimpulkan bahawa humanisme dalam Islam adalah satu-satunya yang asli dan terbaik.

Dengan alasan kuatnya pengaruh sekularisme dan humanisme dalam tamadun Barat, al-Attas menekankan perlunya ilmu-ilmu Barat diIslamisasikan terlebih dahulu sebelum ianya diterima oleh umat Islam untuk mengelakkan berlakunya dikotomi dalam diri umat Islam dan wujudnya dilema atau krisis minda yang menjadikan umat Islam keliru, lemah dan berpecah belah.

Untuk melihat sejauh manakah kesan dan pengaruh secular humanisme dan postmodenisme terhadap pemikiran Islam Liberal kita dapat lihat dalam tema-tema yang dibangkitkan oleh ideolog-ideolog Islam Liberal seperti Nasr Hamid Abu Zayd (lahir 1943), Muhammad Said al-Ashmawi (l. 1932), Muhammed Arkoun (l. 1928), Abdullahi Ahmed al-Nai'im (l. 1946) dan Asghar 'Ali Engineer (l. 1939). Abu Zayd misalnya mengatakan bahawa Islam adalah agama sekular (al-din al-ilmani) dan hanya diskursus sekularisme ('ilmaniyyah) , yang menurut beliau berasal dari perkataan ilmu ('ilm), yang dapat membawa Umat Islam kepada pemodenan dan kemajuan dan menyelamatkan mereka daripada kekolotan berfikir.

Adapun Muhammad Arkoun, beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran postmodenisme khususnya Jacques Derrida. Amat jelas terlihat metod deconstruct dan no truth-claim dalam pemikiran Arkoun. Robert D. Lee dalam kata pengantarnya terhadap buku Arkoun, Rethinking Islam, mengatakan: "In the world Arkoun proposes, there would be no margins and no center, no marginalized groups and no dominant ones, no inferior beliefs and no superior, truth-producing logic."

Muhammad Said Ashmawi seperti pendahulunya 'Ali Abd al-Raziq, Wahid Ra'fat dan Faraj Fawdah menentang konsep Islam syumul (way of life), baginya permasalahan politik terpisah daripada agama. Beliau juga menolak keras pelaksanaan Syari'at Islam dengan alasan bahawa ia akan memberikan kuasa politik kepada golongan agama dan mengakibatkan lahirnya negara teokrasi. Dalam bukunya, The Islamic State, Bagi Asghar Ali Engineer Hukum Islam adalah ciptaan fuqaha, pelaksanaan Shari'at Islam bermakna pemerintahan teokrasi. Dan beliau juga menyokong sepenuhnya pemerintahan sekular:

Secularism is highly necessary if India has to survive as a nation. But apart from survival of Indian nationalism and Indian unity, secularism is necessary for modern democratic polity. And this need for secular polity becomes much greater if the country happens to be as diverse and plural as India . Secularism is a great need for democratic pluralism…. The most Orthodox Muslim 'Ulama of Deobandi school preferred secular India to Muslim homeland or theocratic Pakistan . They outright rejected the idea of Pakistan when mooted by Jinnah. They denounced two nation theory on the basis of religion.

Radwan Masmoudi, seorang presiden Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) yang merupakan sebuah pertubuhan yang berpengaruh di Amerika dan baru-baru ini menjelaskan pendiriannya terhadap Islam Liberal. Beliau menjelaskan bahawa Liberal Islam memperjuangkan kerajaan yang bertanggungjawab, kebebasan individu, dan hak-hak asasi manusia. Oleh karena itu menurut beliau golongan ini merupakan Muslim majority di dunia Islam. Tentunya anggapan bahawa golongan Islam Liberal adalah golongan majoriti umat Islam tidak berasas dan boleh dipertikaikan. Ini kerana imej liberal yang mereka ketengahkan berbesa dengan apa yang mereka maksudkan.

Dalam hal ini istilah yang tepat bagi golongan yang mereka sebutkan adalah progressif, bukan liberal. Jelas sekali istilah Islam Liberal itu sendiri sangat kabur dan kontradiktif. Bahkan tokoh-tokoh yang disebutkan oleh Masmoudi, yang mengikut kategorisasi Kurzman, seperti Muhammad Salim al-'Awwa, Anwar Ibrahim dan Fathi Osman tidak pernah dikategorikan sebagai Islam Liberal, tidak ada indikasi yang dapat mengaitkan pemikiran mereka dengan pemikiran Islam Liberal. Tokoh-tokoh yang lain yang juga disebutkan seperti Tariq al-Bishri, Abdul Karim Soroush, Abdulaziz Sachedina lebih dikenal sebagai modenis.

Mungkin ada yang bertanya mengapa tokoh-tokoh seperti Muhammad Iqbal, Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Natsir, Rashid Ghannouchi, Anwar Ibrahim disebut sebagai tokoh-tokoh dan pendukung Islam Liberal? Terlepas daripada sama ada ia adalah satu kesilapan yang disengajakan ataupun tidak, tentunya ia bertujuan untuk menarik perhatian umat Islam agar mudah terpengaruh. Ironisnya, kenyataan Kurzman tersebut disangkal oleh kalangan Barat sendiri yang majoritinya mengkategorikan al-Qaradawi sebagai fundamentalis.

Agama dan Akal

Islam Liberal beranggapan bahawa gerakan yang mereka lakukan adalah satu-satunya alternatif yang melakukan usaha penyatuan di antara agama (faith) dan akal fikiran (reason). Mereka melihat majoriti umat Islam mengikut aliran tradisionalis konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal fikiran untuk berperanan dan berijtihad. Lebih dari itu, golongan fundamentalis dikatakan telah berusaha untuk memonopoli pemahaman Islam, sehingga apa sahaja pandangan yang tidak sesuai dengan kerangka berfikir mereka akan dicap sebagai tidak Islamik.

Kalau dilihat daripada sejarah pemikiran dan perundangan Islam, penyatuan agama dan akal bukan perkara yang baru, ia sememangnya telah ada dalam tradisi Islam. Terlalu banyak ayat al-Qur'an dan Hadith yang memberikan perhatian kepada penggunaan akal fikiran. Bahkan melihat kepada pelaksanaan Rasulullah s.a.w. terhadap text, dan pemahaman dan pelaksanaan para Sahabat tidak pernah membelakangi akal fikiran. Akal berfungsi dengan baik sebagai penterjemah dan memikirkan cara terbaik dalam melaksanakan tuntutan agama. Imam-imam mazhab mengenal dan mencipta istilah-istilah seperti qiyas, istihsan, masalih al-mursalah dan maqasid al-shari‘ah yang merupakan sumber perundangan Islam yang diakui dalam tradisi Islam.

Apabila adanya kecenderungan ulama’ masa kini yang kolot dan jumud dalam berfikir, ia tidak bermakna tradisi atau Islam sendiri yang menyebabkan perkara tersebut terjadi. Justeru, ajaran Islam menggalakkan penggunaan optimum akal fikiran dalam kerangka yang dibenarkan oleh syari’ah itu sendiri. Oleh sebab itu sebenarnya tidak timbul istilah literal Islam versus liberal Islam dalam memahami agama.

Di sini dapat dikesan kecenderungan Islam Liberal dalam melihat agama dan akal sebagai dua entiti yang otonom dan independen. Agama ataupun shari’ah, kerana dilihat amat terbatas jumlah teksnya, bergerak dalam ruanglingkupnya yang tersendiri dan akal mempunyai peranan dalam kerangka yang lebih luas yang dapat memastikan kerelevanan agama dalam dunia masa kini. Oleh kerana itu kontradiksi berlaku di antara dua aliran pemikiran modenis atau Islam Liberal dan ramai ulama’ dan pemikir Islam yang meletakkan syarat penggunaan akal fikiran agar tidak bertentangan dengan mana-mana teks al-Qur’an dan al-Sunnah.

Bagi Islam Liberal apabila pertentangan di antara keduanya berlaku, maka teks al-Qur’an ini perlu ditafsirkan melalui kaedah hermeneutik ataupun melalui pemahaman substantif agar tidak lagi terpaku kepada pemahaman literal terhadap shari’ah, akan tetapi pemahaman yang Liberal. Berangkat dari metodologi dan cara berfikir inilah, tidak sedikit daripada mereka yang hanya melihat daripada shari’ah itu nilai-nilai universal yang juga ada dalam tamadun Barat bahkan juga dikongsi bersama oleh mana-mana agama di dunia ini.

Penolakan Terhadap Otoriti Agama

Liberalisme dan modernisme Islam menolak otoriti agama. Dalam wacana Islam Liberal banyak penekanan diberikan kepada kebebasan berpendapat oleh siapa saja tentang apapun permasalahan agama. Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu dengan mengatakan bahwa kebenaran itu relatif tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan otoriti agama ini penting agar kebebasan berpendapat ijtihad dapat dilakukan dan hanya dengan inilah liberalisasi Islam akan berhasil. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya orientalis-kristian kerana melihat mereka adalah otoriti yang cukup kritis dan telah dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional dan berlainan.

Islam menetapkan bahawa otoriti dalam ilmu pengetahuan sangat penting. Cukup banyak ayat dan hadis yang menuntut umatnya menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu. Disiplin ilmu apapun memerlukan otoriti. Islam adalah subjek ilmu yang cukup ketat dalam menentukan siapa yang layak dijadikan guru. Tanpa adanya kriteria-kriteria tertentu dalam pemilihan guru maka penyelewengan terhadap agama sangat mudah sekali berlaku.

Setiap disiplin ilmu ada otoriti masing-masing. Kalau dalam bidang perubatan, kejuruteraan dsb. seseorang itu perlu merujuk kepada otoriti dan pakar-pakarnya maka sebenarnya tidak ada bezanya dengan agama Islam: shari'ah, aqidah, tafsir, hadith, masing-masing cabang ilmu ini memerlukan kepakaran yang juga memakan energi dan masa yang tidak kurang daripada keperluan seseorang menguasai bidang perubatan dan sains. Bahkan dari ribuan orang yang berusaha menguasai cabang keilmuan Islam hanya segelintir saja yang diakui sebagai pakar dan otoriti yang menjadi rujukan.

Golongan Islam Liberal melihat bahawa otoriti agama hanya akan memberi kesan negatif. Ini kerana ulama’ akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan selain daripada ulama’ sebagai tidak islami, sesat dan sebagainya. Kekeliruan ini timbul akibat salah faham atau distorsi yang disengajakan. Wujudnya otoriti ilmu ini tidak mengisyaratkan wujudnya hierarki dalam Islam. Islam sama sekali tidak pernah meletakkan ulama’ sebagai wakil Tuhan atau pemegang kuasa menggantikan Tuhan sepertimana berlaku dalam tradisi Nasrani dan pemerintahan gereja di zaman kegelapan (Dark Ages).

Dalam Islam ijtihad ulama’ tidak mutlak kebenarannya. Oleh itu pandangan ulama’ tidak semestinya benar. Pandangan ulama’ hanya boleh diterima sekiranya terbukti sesuai dengan kehendak syari’ah dan dipersetujui kebenarannya. Di sinilah dalam tradisi Islam kita mengenal konsep qawl al-jumhur (pandangan majoriti), dan ijma' (kesepakatan ilmuwan) dan konsep ini sangat penting dalam tradisi keilmuan Islam.

Penolakan terhadap otoriti agama memberi ruang yang luas kepada golongan Islam Liberal untuk berijtihad dengan bebas. Kurzman menggunakan istilah yang berlainan agar tampak canggih iaitu “freedom of thought” dan “freedom of religious interpretation” . Bertolak dari premis inilah golongan ini melihat perlunya umat Islam mempertimbangkan hermeneutika al-Qur’an di samping tafsir al-Qur’an yang dianggap tidak sesuai lagi pada zaman modern ini. Nasr Hamid Abu Zaid disebut sebagai tokoh hermeneutik Islam Liberal saat ini. Walaubagaimanapun buku beliau, Mafhum al-Nas mendapat tentangan yang keras dari para sarjana Muslim.

Konsep Pluralisme Agama

Perdebatan tentang pluralime agama baru-baru ini cukup hangat di Indonesia . Aliran modenisme dan Islam Liberal mendukung kuat ide ini dan promosi besar-besaran telah dilakukan. Banyak buku-buku telah diterbitkan dan diseminarkan. Di antara tokoh utama dalam hal ini adalah Alwi Shihab yang telah menulis buku yang bertajuk: Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama.

Alwi mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapai kerukunan hidup beragama. Atas dasar ini seorang pluralis berusaha untuk tidak bersikap eksklusif dan tidak mengklaim kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya. Setelah itu barulah dialog dan toleransi beragama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penulis melihat adanya pra-asumsi bahawa yang menyebabkan permusuhan antara agama berlaku adalah semata-mata kerana wujudnya sikap ekslusif dalam beragama. Alwi menafikan bahawa syari'at yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. adalah penghapus bagi syari'at-syari' at yang telah diturunkan sebelumnya. Alwi juga mengatakan bahwa ayat al-Qur’an yang selalu digunakan untuk mengklaim eksklusivisme Islam yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (dinan) mereka maka tidak akan diterima (oleh Allah) daripadanya” dalam penjelasan terhadap ayat ini beliau mengatakan bahawa: hal itu (Islam) tidak hanya diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia. Alasan Alwi adalah bahawa Islam bermakna berserah diri, maka sesiapa sahaja yang dapat melaksanakan tuntutan iman ini dengan menyerahkan diri terhadap kehendak Tuhan adalah termasuk orang yang berserah diri.

Kekeliruan timbul akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, kebenaran tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak lalu menafikan hak orang lain. Pemikiran relativisme ini yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama. Terdapat beberapa tokoh falsafah Barat dan Islam yang bertanggungjawab memperkenalkan ide ini antaranya adalah Frithjof Schuon dan Sayyed Hossein Nasr.

Apa yang mereka ketengahkan adalah lebih kepada ide kesatuan agama pada hakikatnya (the transcendent unity of religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah. Akan tetapi, pendekatan yang digunakan oleh Alwi Shihab cukup berani dan radikal. Kerana beliau bukan sahaja bercakap dari segi pemikiran dan falsafah akan tetapi cuba untuk mengambil pendekatan dari dalam, dengan mempergunakan tradisi Islam khususnya teks-teks al-Qur’an dan mentafsirkannya dengan sewenang-wenang.

Alasan yang dianggap oleh pluralis cukup kuat dan dapat menyokong pandangannya bahawa al-Qur’an mengakui keimanan komunitas beragama selain daripada umat Islam bahkan amalan mereka juga akan diterima sebagaimana umat Islam. Dengan bersandarkan kepada ayat al-Qur’an (al-Baqarah: 62 dan al-Ma’idah: 69), Alwi menterjemahkan ayat tersebut sebagai berikut: “Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristen, dan Kaum Shabiin; Mereka yang percaya pada tuhan dan hari akhir dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan merugi dan tidak akan berduka cita”.

Sekilas pandang ayat ini seolah menjustifikasikan pandangan beliau, akan tetapi sesiapa yang faham bahasa Arab akan sedar adanya kalimat yang sengaja ditambah dan tidak sesuai dengan kehendak ayat. Ayat tersebut bermula dengan, Innallazina amanu wallazina hadu wannasara wassabi’ina man amana billah, jelas sekali ayat ini tidak mengatakan bahawa semua golongan yang dinyatakan adalah dianggap beriman, ayat tersebut hanya menyatakan bahawa ada kemungkinan di antara penganut agama tersebut ada orang-orang yang mempunyai keimanan (yang belum tercemari oleh kesesatan) terhadap Allah dan hari akhirat.

Al-Qurtubi menjelaskan bahawa pendapat yang kuat berdasarkan pendapat Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat waman yabtaghi ghayr al-Islami dinan…Adapun pendapat yang mengatakan ia tidak dimansuhkan mengatakan bahawa terdapat syarat implisit bagi ayat tersebut iaitu beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ulama’ dan ramai mufassir mengatakan bahawa ayat ini perlu difahami sebagai satu seruan agar ahlul Kitab yang masih mempunyai secebis keimanan tersebut hendaklah menyempurnakannya dengan beriman kepada nabi Muhammad s.a.w. kerana keimanan terhadap Allah tidak sempurna dan tidak akan diterima tanpa keimanan terhadap Rasulullah begitu juga amalan mereka tidak akan diterima sebagai amal saleh apabila mereka enggan mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w.

Pentafsiran seperti inilah yang sesuai dengan mesej keseluruhan dan objektif al-Qur’an. Ini kerana seorang mufassir dikehendaki melihat satu-satu ayat selari dengan ayat-ayat yang lain bukan mengasingkannya dan menutup mata dari melihat kepada nas-nas (teks) yang justeru bertentangan dengan pemahamannya. Mengenai kedudukan orang kafir baik Ahlul Kitab maupun Musyrikin terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskan tentang kesesatan dan kekufuran mereka.

Konsep pluralisme agama adalah selari dengan misi sekularisasi dan liberalisasi. Di Barat, masyarakat pada umumnya sudah hilang kepercayaan pada agama. Agama Kristian tidak lagi menjadi rujukan dalam masalah kemoralan apalagi masalah politik, dan sosial. Falsafah eksistensialisme dan pragmatisme telah mengambil alih peranan dalam menentukan nilai-nilai moral masyarakat Barat.

Ini kerana agama secara umum telah disepakati merupakan produk manusia tidak luput daripada silap dan salah. Bahkan banyak ajaran Injil hanya dianggap mitos yang tidak rasional dan perlu ditinggalkan oleh orang yang telah bertamadun dan maju. Apabila telah menjadi kesepakatan umum bahawa 'all religions are human inventions' maka tidak ada lagi kebenaran mutlak, yang ada adalah kebenaran yang relatif, terserah kepada masing-masing individu untuk memilih sesuai dengan seleranya.

Penolakan terhadap Shari'at Islam

Islam Liberal menolak pelaksanaan syari’at Islam, di Amerika al-Na’im pengikut setia tokoh kontroversial Mahmud Muhammad Taha dari Sudan, menulis buku beliau pada tahun 1990 berjudul, Toward an Islamic Reformation yang intinya adalah merombak pemahaman orang Islam terhadap syari’at Islam. Menurut beliau syari’at Islam itu tidak suci (divine). Beliau menyuarakan perlunya syari’at Islam khususnya Islamic public law dirubah karena teks agama tidak perlu diikuti secara literal. Bahkan beliau mengatakan bahwa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan counter-productive. Karena pelaksanaannya sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Al-Na'im menjelaskan:

I have shown that Shari'a was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna, Shari'a is not divine because it is the product of human interpretation of those sources. Moreover, this process of construction through human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implementation today.
Di sini dapat dilihat pengaruh kajian Orientalist terhadap al-Na'im. Berasaskan kepada kajian orientalis seperti Goldziher, Schacht dan Coulson yang mengatakan bahawa Syari’at Islam adalah hasil ciptaan ulama’ dan fuqaha selama tiga ratus tahun. Malangnya amat kurang sekali tulisan-tulisan ilmiah yang dapat mendongak idea-idea seperti ini, kecuali beberapa tulisan yang masih perlu dilanjutkan seperti M. Mustafa al-Azami yang telahpun membatalkan premis-premis Schacht tentang Shari'ah. Kajian mendalam orientalis terhadap hukum Islam membuahkan hasil dengan diterimanya premis-premis mereka sebagai sandaran untuk menolak hukum Islam.

Penolakan hukum Islam sebenarnya berakar daripada keengganan meletakkan agama sebagai dasar kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu penolakan syari'at Islam sebenarnya merupakan kesinambungan daripada pemikiran sekularisme dan bahkan juga diakui oleh al-Naim sendiri. Di Indonesia mesej penolakan Shari'at dikemukakan Jaringan Islam Liberal.

Anggapan bahawa syari’at Islam tidak divine adalah disandarkan kepada kajian-kajian orientalis yang mengatakan bahwa formulasi syari’at Islam berlaku selama 300 tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu mereka menyimpulkan bahwa syari’ah adalah produk ulama dan pemerintah yang tentunya bernuansa politik dan kekuasaan. Di sini sangat jelas kekeliruan mereka karena tidak membezakan Syari’ah dengan Fiqh, di antara thawabit dan mutaghayyirat, di antara perkara-perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa melihat perkara-perkara seperti ini maka tentunya kekeliruan tersebut timbul.

Kesimpulan
Terdapat perbezaan yang ketara di antara teori yang dikemukakan oleh Kurzman dan Binder dengan kenyataan lapangan. Teori Kurzman membawa mesej untuk mempopularkan gerakan ini dan memberi justifikasi atas setiap ide dan pemikiran Islam Liberal. Untuk tujuan ini, Kurzman telah berjaya mengelabui mata orang ramai dengan penggunaan istilah dan terminologi yang diterima ramai seperti: progress, freedom of thought, democracy dsb. Penumpuan pada hal-hal tersebut akan memberi kesan ketidakrelevenan golongan yang menolak Islam Liberal. Dan menutup mata orang ramai terhadap banyak lagi ide-ide yang justru menjadi ciri-ciri utama pemikiran Islam Liberal seperti: penolakan otoriti agama, pluralisme agama, penolakan Syari’ah dll.

Hubungan dan pengaruh pemikiran Barat: sekularisme, orientalisme dan postmodernisme, terhadap pemikiran Islam Liberal adalah berdasarkan bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal. Ini jelas dalam buku Kurzman Liberal Islam yang menjadikan tema-tema sekular sebagai elemen penting dalam gerakan ini. Oleh yang demikian, ada benarnya pernyataan Islamis bahwa Islam Liberal sebenarnya merupakan ‘produk’ Barat, dilahirkan dan dibentuk bukan di dalam paradigma Islam akan tetapi di dalam paradigma pemikiran Barat. Walaupun para ideolog dan promotor mereka mencoba untuk memberikan legitimasi daripada teks-teks agama untuk setiap ide yang dilontarkan, ia hanyalah sebagai satu strategi dan hanya digunakan dengan tujuan validasi.

Adalah tidak benar jika dikatakan bahwa Islam Liberal tidak mempunyai metodologi dalam pemikirannya. Hasil kajian ini menunjukkan bahwa ideolog-ideolog Islam Liberal memakai metodologi yang telah tersedia dan disadur daripada pemikiran Barat. Sebuah framework pemikiran adalah hasil paradigma yang dibentuk oleh pemikir-pemikir yang berpengaruh dan tentunya ia tidak kelihatan, dalam bentuknya yang asli, pada gerakan ini. Kalau dalam diskursus Islamis banyak menyebut tentang serangan pemikiran (al-Ghazw al-Fikri) dan menjadikan Orientalisme, sekularisme dan modernisme sebagian darinya, tentunya gerakan Islam Liberal ini merupakan satu jelmaan baru serangan Barat terhadap Islam.

Pemikir-pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan penjelasan tentang worldview Islam dan worldview Barat, dengan tujuan bahawa umat Islam tidak keliru dan terpengaruh dengan pemikiran Barat yang pada intinya tidak mesra agama kalau bukan anti-agama. Anggapan bahawa tidak adanya percanggahan di antara keduanya memberikan isyarat bahawa Islam tidak mempunyai identiti tersendiri dan tidak memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia, dan anggapan ini tentunya tidak benar sama sekali.