Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Januari 20, 2010

Ucapan Presiden Ikatan Kerohanian IPG Zon Utara


Pertama- tamanya dan selama-lamanya kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang tidak terhingga atas rahmat dan inayahNya dapat kita sama-sama mengecap segala nikmat kehidupan dan nikmat keIslaman . Suatu nikmat yang hanya dapat dirasai oleh segelintir kecil manusia yang sentiasa mengharapkan rahmat dan redhaNya .


Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki segala keagungan , yang memiliki arasy yang agung, yang telah memperjalankan hambaNya yang mulia (Muhammad) , yang telah mencipta seluruh penghidupan dan ciptaan di alam jagat ini. Dan selawat serta salam ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W , para sahabat, tabi’ ,tabiut tabiin serta ke atas keluarga baginda yang mulia dan dimuliakan seisi langit dan bumi. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Muddatsirl ayat 1-5 mafhumNyA



“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah! dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah .dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah,”

Dalam satu riwayat dikemukakan bahaw Rasulullah s.a.w bersabda ,” ketika aku selesai beruzlah selama sebulan di Hira’ , aku turun ke lembah. Setelah sampai ke tengah lembah ,ada yang memanggilku , tetapi aku tidak melihat seorangpun di sana . Aku menengadahkan kepalaku ke langit, dan tiba-tiba aku melihat malaikat yang pernah mendatangiku di Gua Hira’. Aku cepat-cepat pulang dan berkata ,selimutilah aku ,


Maka turunlah ayat ini sebagai perintah untuk keluar berdakwah. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani yang bersumber dari Jabir telah menerangkan perihal nabi yang mulia diseru untuk turun ke lapangan untuk berdakwah kepada kepada manusia. Ayat ini juga menyeru manusia untuk menjadikan dakwah ini sebagai satu “kehidupan”, “pekerjaan” ,satu gaya hidup dan satu kewajiban.

Sama-samalah kita mengimani dan menghayati segala seruan ini, moga-moga kita ditempatkan di kalangan pejuang agama Allah yang terus tsabat dan cekal menghadapi segala pancaroba dan berhenti di yaumul hisab kelak.

Imam Ibnu Qaiyyim al Jauziyyah r.h ,seorang mujadid dan muhaddithin pernah berkata,” perjalanan seorang daie ini sungguh panjang dan meletihkan. Orang yang lalai akan berasa hairan melihat sang daie itu mensengsengsarakan dirinya dalam kelelahan lalu bertanya kepada sang daie ,”mengapa kau rela bersusah payah sebegini”, jawab sang daie dengan pasti ,”aku mengharapkan pengistirehatan di akhirat kelak”.

Sebelum kita berbicara lebih panjang, ingin saya memperkenalkan diri saya ini. Tidak kenal maka ta’aruf. Nama diberi Ahmad Zhafri bin Md Noor . Kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dalam pengkhususan Sains. Dulunya pernah digelar sebagai blogger tegar oleh sahabat saya mantan Pengerusi Ikatan Kerohanian IPG Zon Utara, al-ustaz Nik Fahmi .

Nama itu masih melekat sampai sekarang tapi sekarang tidak berapa update blog sebab banyak komitmen lain. Saya sebenarnya berasa amat kerdil bila berhadapan dengan sahabat-sahabiah yang saya merasakan amat hebat fikrah dan ilmu mereka berbanding saya yang sungguh sungguh biasa ini.
Dan saya secara persepakatan ramai melalui syura telah dilantik sebagai pengerusi bagi sidang 2010/2011 ini. Bagi saya ini merupakan satu bebanan yang amat manis untuk dipikul . Walapun terbeban namun kita berasa amat manis untuk dipikul ,dan akan terus menggenggam “bara” ini sehingga menjadi abu.
Sahabat sahabiah yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian ,
Kita anak-anak muda, generasi yang merupakan pencorak kepada masa depan Negara kita-bahkan peranan ini sebenarnya agak signifikan kepada kita kerana kita merupakan generasi yang akan membentuk generasi yang seterusnya .


Guru sebagai satu profesion yang mempunyai tanggungjawab yang besar.Guru menjadi muaddib , orang yang mengajar adab , murabbi, yang memimpin manusia untuk mengenal Allah ,dan sebagai musleh , yang akan mengislahkan umat manusia menuju kepada roh baru Islam. Guru sebagai pewaris kenabian menyebarkan ilmu Allah di segenap muka bumi .Guru akan mendidik anak bangsa menjadi golongan yang berguna untuk agama , bangsa dan Negara. Ketahuilah bahawa guru yang paling agong ialah Nabi Muhammad s.a.w .


Baginda Berjaya mendidik manusia daripada jahil kepada kecerdikan dan kewarasan akal , mengikut garis panduan yang dibuat oleh Allah s.w.t. Dan tanggungjawab sebagai guru ini akan kita pikul selepas berada selama 5 ½ di IPG.

Sheikh Yusof al-Qardhawi pernah berkata:
“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur”.

Kedatangan kita pada petang yang berbahagia ini merupakan satu perhimpunan, perjumpaan , penyatupaduan antara penggerak-penggerak dakwah, aktivis-aktivis mahasiswa keguruana serta mujahid mujahidah yang sedang dilatih mahupun sudah dilatih untuk ditebarkan keseluruh alam menjadi murabbi yang akan mengislahkan alam.


Kita sebagai satu keluarga yang besar , di mana 5 buah keluarga berkumpul lalu menjadi sebuah keluarga yang besar yang seterusnya diharapkan mampu menjadi sebuah fenomena atau memberi kesan terhadap terhadap biah atau keadaan di institute pendidkan guru di lokaliti masing-masing. Berbanggalah kita wahai sahabat sahabiahku kerana Kita terdiri daripada segolongan anak-anak muda yang yang s.w.t firmankan dalam surah al kahfi mafhumnya:

نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى
وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦۤ إِلَـٰهً۬ا‌ۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذً۬ا شَطَطًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran” al-Kahfi (18:13-14)

Di dalam sebuah buku karya Al Ustaz Fathi Yakan yang bertajuk GENERASI PEMUDA DAN PERUBAHAN , beliau ada mengungkapkan beberapa perkara mengenai dengan pemuda islam . Sebelum itu belaiu mengungkapkan satu pertanyaan –

Kenapa Pemuda Islam?
Wahai sahabat sahbiahku..kenapa Pemuda Islam dibebankan dengan URUSAN dakwah dan pengislahan masyarakat?


Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang
menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi
sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya
generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu
berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu
hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu
kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan
memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat
manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi
pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;

Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh partiparti
kufur dan syaitan;

Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

9:111 "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin itu jiwa dan harta
mereka dengan ganjaran syurga, mereka berperang pada jalan Allah, maka mereka membunuh
dan mereka dibunuh, janji ke atasnya itu benar tersebut dalam Taurat, Injil dan al-Quran, dan siapakah
yang lebih menepati janjinya selain dari Allah dan bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu
lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

Sahabat sahabiahku yang dikasihi Allah azzawajall sekalian ,

Saya mewakili sahabat sahabiah MT yang lain berasa berbesar hati di atas kehadiran anda semua ke majlis ini. Sesungguhnya diharapkan dengan berkumpulnya kita semua hari ini membuka peluang untuk kita semua menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara organisasi dakwah di IPG-IPG Zon Utara.

Beberapa tugasan atau selayaknya dikatakan persoalan ingin saya timbulkan di sini
Apakah halatuju dakwah kita sebagai penggerak-penggerak di sini? Adakah khas dan bersemangat di IPG sahaja ? atau usaha dakwah ini skopnya telah kita fkirkan untuk masa depan?

Adakah dakwah kita hari ini bersifat realistic , di mana banyak persoalan melibatkan masyarakat telah kita hadamkan? Siapa yang ambil kisah tentang Islam Liberal di sini? Berapa ramai yang tahu tentang mustadh’afin? Golongan yang tertindas? Siapa tahu tentang jumlah pesalah juvenile di Negara kita ? siapa tahu apakah ancaman aqidah terbesar di kala ini?
Saya secara peribadinya menyeru mahasiswa keguruan untuk untuk sama-sama membangkitkan izzah islam dengan sebaik mungkin sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah azzawajalla dalam surah At-Taubah ayat :41 mafhumnya:


Maksudnya : Keluarlah (untuk berjuang pada jalan Allah) samaada dalam keadaan ringan dan mahupun berat , dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah . Yang demikian amatlah baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui


Maksudnya: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah ,mengerjakan amal yang soleh dan berkata : sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri
Surah Al-Fushilat :33

Ahad, Januari 17, 2010

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam MalaysiaMengenai Isu Tuntutan Penganut KristianTerhadap Penggunaan

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Setar, Kedah
1) Ulasan/Hujah
i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
ii. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Fikir dan Risau 2

15 Januari 2010 (Jumaat)
Mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Penduduk Kg. Tanjung Tokong buat kali kedua. Agak merisaukan hati saya yang meruncing bilamana umat melayu Islam semakin tertindas di bumi Pulau Pinang. Dahulunya tanjong tokong merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional, sekarang semuanya hampir berubah bilamana kebanyakan penduduk sekarang terdiri daripada orang bukan Melayu. Perkampungan Melayu ini walaupun wujud semenjak 1789 iaitu zaman sebelum kedatangan Francis Light lagi (atas ajakan seorang penduduk yang sekarang mencapai 7 generasi yang cucu cicitnya sekarang merupakan sebagai salah seorang daripada AJK persatuan ini).
Melayu di sini tertindas bilamana tanah ini diisytiharkan sebagai setinggan dan penduduknya dianggap tidak mempunyai hak untuk menetap di sini walaupun telah beratus tahun menetap di sini. Saya memikirkan bakal guru tidak perlu lagi di"bebankan dengan pemikiran assignment , hendak makan mana malam ini, serta kebudayaan hedonisme yang semakin membarah..
Sudah tiba masanya mereka memikirkan apakah yang berlaku di luar sana , di mana mereka suatu hari nanti akan turun ke tengah-tengah masyarakat dan bercakap dengan masyarakat dengan "bahasa mereka". Saya secara jujurnya merasakan bahawa kebanyakan bakal-bakal guru adalah golongan yang jauh daripada masyarakat -tidak mengetahui apa yang berlaku di kalangan masyarakat , tidak sedar tentang apa yang berlaku di kalangan masyarakat dan sebagainya. Bukan sahaja di kalangan sahabat -sahabat yang tidak ikut proses tarbiyah tetapi boleh dikatakan sebahagian sahabat-sahabat yang berada dalam proses pentarbiyahan turut terlepas pandang mengenai perkara ini. Sudah tiba masanya para bakal guru membuka pemikiran mereka ke medan yang lebih luas dan meningkatkan kepedulian mereka tentang segolongan manusia yang tertindas. Inilah masyarakat kita.

Selasa, Januari 12, 2010

FORUM I ”Aqidah: Isu dan Cabarannya di Malaysia”

19 Januari 2010
8.30 pagi
Dewan Utama Pelajar A

FORUM II “Concept of God: Perspective from Divine and Human Law”

19 Januari 2010
8.00 malam
Dewan Masyarakat Penyayang, Jalan Utama


Ahli Panel:
Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM)
Tn. Hj. Ayub Abdul Rahman (Pendakwah)


ANJURAN Pusat Islam USM dan NGO-NGO Islam P.Pinang


SEMUA DIJEMPUT HADIR...
All are invited....


www.lanterananlestari.blogspot.com
www.abimppcyber.blogspot.com
www.pusatislam.usm.my

Isnin, Januari 11, 2010

GURU SEBAGAI REVOLUSIONER MASYARAKAT
Skop yang akan kita bincangkan ini adalah amat luas sebenarnya. Dalam fikiran ana , ana sering tertanya-tanya banyak perkara .Antaranya , ana bagi “point” di sini ialah :Mungkin ini hanya “cebisan” kecil daripada pemikiran ana sendiri.Adakah kita sebagai guru ini hanya bertindak sebagai “ robot” yang akan mengajar generasi hadapan dengan apa yang dipelajari kita dalam bilik kuliah sahaja semasa di IPGM .Seandainya , ana ambil kursus Sains Pendidikan, adakah itu sahaja yang ana dapat curahkan kepada anak bangsa ? Adakah ana hanya setakat masuk ,mengajar , balik , makan tidur dan semuanya berakhir bila ana dipanggil menghadap Allah kelak?
Memang sebagai seorang guru begitulah tugas kita sebagai seorang figur yang tugasnya mengajar anak-anak murid di hadapan , namun adakah “sekadar itu”? Adakakah sekadar itu ? mana penerapan nilai kecintaan agama dan bangsa yang kita hendak semai ?Di kala Negara kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita yang melibatkan guru dan anak murid mereka…Berita yang menyedihkan ,berita yang mengharukan dan berita yang kita akan berasa “takjub” dengannya, sebab ia tak pernah berlaku sebelum ini !
Ana ambil contoh beberapa isu yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini. isu murid tendang guru di Perlis, isu murid buat video lucah DI Kuala Terengganu , isu ketagihan hidu gam (tora) di kalangan pelajar sekolah di Alor Setar, isu pelajar jual badan untuk tanggung duit persekolahan sendiri dan pelbagai jenis isu yang melibatkan anak bangsa kita yang masih bersekolah . Itu tidak masuk lagi dengan gejala mat rempit, hisap gam , bergaduh , black metal , pemurtadan kristianisasi ,emo, punk , skinhead dan pelbagai jenis ancaman yang ‘memeritkan ‘ telinga untuk mendengarnya (bagi hati yang tak buta) .
Adakah generasi ini yang kita akan beri amanah untuk mewarisi dan mentadbir Negara kita? Rosak jahanam Negara kita . Seorang cerdik pandai menyatakan , jika ingin melihat masa depan sesebuah negara , lihatlah pada anak mudanya.Ana malu untuk menyatakan bahawa ana hanya sekadar seorang guru yang hanya sekadar mengajar subjek di depan tapi tak mampu menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa yang tercinta ini .Apa beza ana dengan perkakasan pengajaran seperti komputer dan projektor LCD ? seandainya ana tidak mampu memberi dan menyelitkan izzah Islamiyah dan keunggulan bangsa Melayu sebagai suatu selitan atau “ulam” dalam proses pengajaran dan pembelajaran ana.
Ana tidak bercakap bahawa kita akan mewujudkan sesi kelas agama sedangkan ana dipertanggungjawabkan dengan subjek sains. Maksud ana biarlah dalam sesi pengajaran itu diselitkan dengan hadis-hadis , atau kefahaman Islam , persoalan tentang umat dan sebagainya yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar. Jangan dipisahkan agama dengan dunia. Andai dipisah lagu dan irama , lemah tiada berjiwa , hampa.
Guru-guru seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang mendatangkan faedah seperti pengetahuan tentang isu permasalahan sosial semasa, hak keistimewaan orang melayu , peperangan , penindasan dan banyak lagi isu-isu semasa yang boleh diselitkan bagi menanamkan kecintaan anak-anak murid mereka terhadap agama , Negara dan bangsa mereka .Mereka (anak-anak murid) ini seharusnya didedahkan tentang perkara seumpama itu secara tidak langsung . Patriotik sebagai kesimpulan
Ini tidak , buat KARNIVAL Kempen Rukun Negara, “konon-kononnya” menyemai semangat patriotik, tapi pengisian dia, baik pergi Jom Heboh la. Berjoget sana menari sini. Bukan tempat sini la, nun jauh di pedalaman Afrika .Tiada beza. Kalau cikgu sendiri pun , masuk kelas cakap merepek , cerita pasal rumah tangga , gossip-gosip , mengumpat , buat clique macam budak-budak, pakai seksi sendat , dan tak tunjuk contoh kepada anak-anak murid ,alangkah malangnya generasi muda kita.
Fahamilah bahawa para guru hari ini umpama ibu bapa kepada anak-anak kerana kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan guru-guru di sekolah Pagi dan tengah hari di sekolah , kadang kadang petang dan malam pun ada kelas tambahan .(Jadi sememang selayaknya para guru digelar ibu bapa kedua).Guru-guru ni juga terkadang mengetahui perihal anak-anak murid mereka melebihi ibu bapa anak murid itu sendiri.Guru umpama seorang daie atau pendakwah yang paling lama yang akan berhadapan dengan mad’u ( golongan sasaran) mereka.
Gurulah antara “engineer” Negara yang paling penting . dari seorang gurulah akan terlahirnya seorang jurutera, dari seorang gurulah lahir seorang ulama, dan dari seorang gurulah lahirnya pelbagai pekerjaan .Dari seorang guru yang pakai tak seberapa makan pun sederhana ini lahirnya ramai wira dan penyangak bangsa !Kalau guru kencing berdiri , anak murid bukan setakat kencing berlari tapi terus buat marathon. Ini realiti yang perlu setiap guru terima.Tak kan kita nak harapkan ustaz-ustazah sahaja buat kerja dakwah ? sedangkan kita telah dipilih sebagai khalifah Allah di muka bumi dan berperanan untuk menyampaikan dakwahNya?
Melihat ada antara guru dan pelatih guru yang terlibat dengan zina (Penang) , Pertandingan “Ratu” cantik pondan (Kota Bharu) , guru rogol anak murid dan beberapa isu lain menyebabkan kita tak senang duduk.Mereka ini akan mengajar anak bangsa kita ? Minta dijauhkan.Kenapa ana menekankan perkara ini? Sebagaimana yang ana tekankan tadi ,kita tidak mahu perkara kerosakan yang melanda generasi pelapis ini dari terus berterusan . Yang berlaku biarlah berlalu.
Perkara yang sudah lepas , rosak binasa kalau difikirkan kembali. Apa yang penting kuatkan kefahaman kita tentang Islam , hak dan kerukunan Melayu ,bukan sekadar melaungkan ketuanan Melayu , tetapi habuk tarak.Projek melepas kat tangan bangsa lain, main tikam belakang anak bangsa sendiri , jawatan pun berebut , dan main rasuah macam makan kacang goreng .Ini kepala bapak punya ketuanan ni. Kembalilah kepada Islam yang syumul .Usah toleh belakang lagi .Tambahkan ilmumu bukan sahaja dalam bidangmu ,tetapi penekanan kepada fardhu ain mestilah ada.
Orang Melayu Malaysia hanya akan maju dengan kembali semula kepada fitrah, yakni kepada agama Islam itu sendiri. Kenapa orang barat boleh maju ? mereka kembali kepada fitrah mereka- kufur terhadap Allah , menarik muslim ke arah “jalan” mereka dengan menjadikan kita umpama tikus makmal kerana disogokkan dengan segala budaya dan pemikiran sampah (hedonism, sekularisme, wahn dsb ), mengamalkan apa yang dilarang Allah , meninggalkan segala larangan Allah ,kufur terhadap nikmat-Nya dan sebagainya.Mereka juga menjadikan dunia sebagai tujuan utama mereka. Adakah kita , terutama kepada bakal guru, yang beragama Islam , “berminat” menjadi seperti mereka?
Tentu tidak bukan.Orang Melayu ,jika mengikut definasi yang terdapat dalam perlembagaan , adalah bangsa asal tanah melayu , beragama islam , yang bercakap dalam bahasa melayu , mengamalkan budaya melayu dan berketurunan Melayu.
Tapi ramai Melayu hendak jadi orang putih, muka liat pesat ,hidung pesek kembang , rambut hitam legam , ada yang kena air karat , bertukar menjadi perang dan bercakap pun pasal hiburan dan perkataan sia-sia sahaja.Hendak maju ?
Bila kita boleh menjadi maju sedangkan budaya sampah terus diangkut dari kahak Negara barat. Sesetengah budaya yang diceduk dari barat , mereka sendiripun anggap budaya itu sebagai budaya sampah di luar dari norma masyarakat dan budaya “kencingan”.Sebagai contoh black metal , dan punk. Tapi tidak sedikit anak muda kita yang terperangkap dalam “tipu daya” ini.
Jadi pada hemat ana yang dhaif ini , guru sepatutnya terkehadapan dari segi pentarbiyahan diri dan pengetahuan tentang isu semasa yang melanda Malaysia , khasnya dan melanda dunia amnya.
Ana tidak bercakap dari sudut teori atau sekadar sembang “berasap berapi “, tapi inilah yang sepatutnya kita perjuangkan , khasnya kepada yang telah mengikuti dan menerima tarbiyah , bahkan kepada yang tidak terima tarbiyah , namun “celik” terhadap permasalahan yang melanda.Di kala para pemimpin masih lagi tidur , masih dengan kepentingan politik sempit mereka, masih dengan pergaduhan sesama bangsa ini hingga mengetepikan tanggungjwab sebenar mereka untuk mendidik dan memimpin rakyat, kitalah ,para pelapis guru yang akan menjadi pemimpin bagi dalam kelas ,ilmunya dan kefahaman untuk ditebarkan ke seluruh alam, insyaalllah .
Bangunlah wahai saudaraku ,rapatkan saff, tahu tujuan , tahu matlamat akhir , kumpul tenaga dan teruskan perjuangan mentarbiyahkan diri. Selepas itu, sebarkan .
Artikel ini adalah perkongsian dan sumbangan dari:
Ahmad Zhafri bin Md Noor @ Mujahid Page
http://deafeningsilent.blogspot.com

PROGRAM MAHABBAH IPGM ZON UTARA 2010

Dengan sukacitanya, Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara menganjurkan.....


PROGRAM MAHABBAH IPGM ZON UTARA 2010

TARIKH
16 JANUARI 2010

MASA
8.00 AM- 6.OO PM

TEMPAT
DEWAN AL-BUKHARI , IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM ,KEDAH

SASARAN PESERTA
GURU-GURU PELATIH DARIPADA 5 IPGM ZON UTARA (IPGM KPP, IPGM KP , IPGM KDA , IPGM KSAH DAN IPGM KTB)


MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM INI . MOGA SENTIASA DIREDHAI ALLAH. HUBUNGI JK IKATAN KEROHANIAN LOKALITI ANDA.

Belia harapan agama dan ummah

Belia harapan agama dan ummah.

Dalam usaha meningkatkan intergriti dan kehormatan Islam serta umatnya, maka kita haruslah bersiap sedia untuk menjadi penggerak utama dalam memacu masyarakat dan memimpin tamadun dunia selaras dengan tuntutan Islam yang menjadikan umat Islam sebagai umat terbaik yang diciptakan oleh Allah Taala.

Tanggungjawab besar golongan peringkat belia pada hari ini ialah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Peranan belia hari ini bukan tertumpu kepada membina kerjaya di samping melakukan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang sahaja tatapi sepatutnya turut menyumbang ke arah membangunkan modal insan supaya menjadi satu bangsa yang dihormati dan disegani di persada dunia.

Sheikh Yusof al-Qardhawi berkata:
“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur.

بَلْدَةُ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُوْرٌ

Tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauqi pernah bermadah yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”


Peranan dan sumbangan generasi muda Islam membina tamadun Islam memang hebat. Dalam sejarah perkembangan Islam, sejak Islam mula bertapak di Mekah sehingga berkembang ke Madinah, golongan muda seperti Saidina Ali Karamallah Wajhah, Saidina Osman Ibni Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ibni Zubair, Ibni Abbas dan ramai lagi para sahabat yang menjadi pelopor kepada suatu kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat.

Mereka selaku sahabat Rasulullah s.a.w sentiasa berjuang dan berjihad dalam menegakkan ajaran Allah Taala di muka bumi ini. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Ziad yang ketika itu berusia lapan belas tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom. Begitu juga dengan kehebatan Muhammad al-Fateh membuka Kota Istanbul, Konstantinopal ketika usia beliau 21 tahun.

Peranan golongan muda juga telah disebut di dalam al-Quran di mana kisah Ashabul Kahfi dijadikan contoh sebagai golongan muda yang bersikap berani mempertahankan akidah daripada seorang raja yang zalim.


نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى
وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦۤ إِلَـٰهً۬ا‌ۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذً۬ا شَطَطًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran” al-Kahfi (18:13-14)


Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global pada masa ini, golongan belia mengahadapi cabaran yang sangat hebat. golongan ini bukan sahaja terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing, tetapi mereka juga semakin diresapi dengan budaya hedonisme iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dengan amalan seks bebas, ketagih rokok, berjudi, meminum arak, dan terdedah kepada bahan-bahan lucah serta banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan.

Persoalan besar timbul ialah apakah golongan belia yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, mampu untuk memikul amanah mengurus, mentadbir agama dan dapat mempertahankan serta menjamin kedaulatan negara?
…يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka” at-Tahrim (66:6)
Bilangan belia di Malaysia dianggarkan berjumlah seramai 12 juta orang yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang baik.

Dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai cermin masa hadapan negara, maka mereka perlu meletakkan diri mereka sebagai pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam yang unggul, dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia.

Sekiranya golongan ini mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan maka akan lahirlah generasi cemerlang dan negara terbilang, sekaligus akan menaikkan martabat agama dan kedaulatan Negara ke tahap boleh dibanggakan.


وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” ali-Imran (3:104)
ameen

Guru... satu wacana pengislahan masyarakat madani..

Menurut buku Enlightened Thinkers and The Revolutionary Society karya pemikir Iran terkemuka Prof Ali Shariati “ the enlightened soul is a person who is self conscious of his human condition in his time and historical and social setting m and whose awareness inevitably and necessarily gives him a sense of social reponsiblity .
Ravindranath Tagore , seorang penyair Bengali , penulis novel , ahli falsafah dan pelukis ,dalam bukunya City and Village memperkatakan mengenai takrif sebenar “harta”- property is not merely money , not merely furniture , it does not represent merely acquisitiveness , but is an objective manifestation of our taste , our imagination , our constructive faculties , our desire for self-sacrifice.
Menurut Edward A. Shills , dalam International Encylopedia of the social Sciences ,tugas intelektual ialah mentafsirkan pengalaman masa lalu masyarakat , mendidik pemuda dalam tradisi dan kemahiran masyarakatnya , melancarkan dan membimbing pengalaman estetik dan keagamaan berbagai sektor masyarakat.
Peranan guru sebagai ulil al bab-Al-qur’an dan Terjemahannya dari Departeman Agama Republik Indonesia mentakrifkan ulil albab sebagai “orang-orang yang berakal “ ,”orang-orang yang mempunyai pemikiran “. Ulil Albab disebut enam belas kali dalam Al-quran , ia digambarkan sebagai :
1. Orang yang diberi hikmah (Qs : 2:269)
2. Yang sanggup mengambil pelajaran dari sejarah umat terdahulu (Qs : 12:111)
3. Kritis mendengarkan pembicaraan atau ungkapan pemikiran orang ( Qs: 39: 18)
4. Bersungguh-sungguh mencari ilmu (Qs: 3:7)
5. Merenung ciptaan Allah s.w.t di langit dan di bumi (Qs: 3 :190)
6. Mengambil pelajaran dari kitab yang diwahyukan oleh Allah (Qs: 38: 29 , 40:54, 3: 7)
7. Sanggup sendiri mempertahankan keyakinannya dan tidak terpesona dgn bilangan yang banyak dalam keburukan Qs: :5 :100 dan byak lagi.

"Maka hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada mungkar sehingga kamu melihat yang bathil ditaati , hawa nafsu yang diikuti , dunia yang diutamakan m dan ujub seseorang dengan pendapatnya ,maka hendaklah kamu berpegang kepada dirimu sendiri dan tinggalkan orang awam kerana di hadapanmu adalah hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seseorang yang memegang bara api, pejuang (Islam) pada hari itu menyamai balasan lima puluh orang lelaki yang berjuang seperti kamu . Para sahabat bertanya ,Apakah balasan lima puluh lelaki di antara kami atau di antara mereka ? Maka Rasulullah menjawab. Malahan balasan lima puluh daripada kamu .” Hadis ini hassan sahih menurut Imam At-tirmizi.

Menurut Syeikh Abu Ala Al Maududi dalam bukunya Gerakan Tajdid Islam , beliau menggariskan beberapa ciri-ciri mujadid , reformer mahupun pengislah . Antaranya :
· Hatinya bersih
· Berpandangan jauh ke hadapan
· Berfikiran luas, tidak jumud
· Sederhana dan seimbang dalam berpendapat dan mengambil keputusan
· Memiliki daya pemikiran yang kuat, tidak terpengaruh oleh kekuatan yang sedang berkuasa , tidak fanatik terhadap sesuatu golongan .
· Tabah dan tahan dalam menghadapi tentangan zaman
· Berbakat sebagai pemimpin dan pembimbing serta sanggup menerima suatu kepimpinan.
· Berkemampuan melakukan ijtihad dan menghasilkan kerja dalam lapangan pembangunan
· Meyakini dan memhami sepenuhnya terhadap ajaran Islam
· Pandangan , kefahaman dan perasaannya mencerminkan sebagai seorang muslim hakiki
· Mampu membezakan antara yang kebenaran Islam dan lumpur kepalsuan (jahiliah ) sehingga keada titik buntu.

Ahad, Januari 10, 2010

Hari yang letih...

Tarikh kejadian : 9 januari 2010

Pagi :
Pergi ke Bukit Dumbar untuk mengambil gambar matahari yang sedang terbit bagi tugasan kelas. Teringat surah As-syams di mana Allah s..w.t bersumpah demi Matahari..Terasa begitu agungnya kekuasaanMu Tuhan . Saya mula menginsafi bahawa kita hanyalah hamba yang durjana-tetap ingkar perintah Allah walaupun diberi segala knikmatan di dunia.

2.00 - 5.00 petang :
Daurah hadis di Farlim. Saya kian menggemari untuk belajar hadis -terasa sungguh dekat diriku dengan Rasulullah . Terasa begitu indah dan mudahnya agama ini di mana segala yang berasal daripada agama mempunyai dalil yang sahih dan merujuk terus kepada nabi. Ustaz Kama daripada Kelantan menjadi guru hadisku. Saya berasa sungguh simpati dengan sebilangan manusia yang tak berilmu (jahil) ,tidak mahu belajar, yang lebih suka bertaklid buta, taksub tuan guru atau syeikh-syeikh mereka dan mudah sekali menggelarkan orang lain sebagai kafir, sesat dan wahabi sedangkan hujah orang yang diberi gelaran itu adalah terus daripada nabi. Saya cukup bersimpati dengan manusia seperti ini. Moga Allah beri petunjuk kepadanya.

5.00 - 7.00 petang :
Berkejar ke Taman Pekaka dekat dengan Sungai Dua (kawasan USM) untuk hadiri meeting KARISMA Pulau Pinang. Banyak juga tugasan yang saya dapat bagi meeting kali ini . Terasa letih kerana memikirkan bahawa banyak sungguh tugasan kita yang belum-belum selesai walaupun kita cuba lakukan yang terbaik dalam hidup.Teringat mengenai suatu meeting persatuan lain yang saya ikuti. Semua menghindarkan diri apabila ditawarkan jawatan . Banyak alasan , banyak perkara yang keluar daripada kata-kata mereka apabila diberikan tugasan. Akhir sekali saya berpandangan bahawa begitu ramai belajar Islam , tetapi tak ramai yang hayati Islam .

8.00- 11.00 malam :
Berkejar ke Dewan Masyarakat Penyayang untuk hadiri Wacana Intelektual Melayu Muda : Permasalahan Melayu di Pulau Pinang , Apa peranan kita?- Wacana yang matang dan berkesan serta memuaskan hati kebanyakan para peserta ini menampilkan 3 tokoh. Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican (UMNO) , Ustaz Mujahid Yusoff Rawa (PAS) dan Jais Abdul Karim (GPMS) . Saya merasakan bahawa umat Melayu dapat diselamatkan apabila Islam betul-betul menjadi pegangan dan cara hidup mereka. Realiti umat Melayu di Pulau Pinang sekarang ialah mereka terkebelakang, sentiasa ditindas , miskin ,suka menyalahkan orang lain dan berfikiran sempit . Adios . Dah mengantuk dah. Alhamdulillah.

Jumaat, Januari 08, 2010

Fikir dan Risau 1: Tanjung Tokong....oh tanjung tokong

Baru balik daripada Tanjung Tokong. Agak keletihan namun perjumpaan antara Angkatan Pemuda Pemudi Islam (APIPUM) dengan Persatuan Penduduk-Penduduk Tanjung Tokong telah membuka dan menyegarkan minda atau skop pandang saya mengenai dakwah.Serasa begitu lama tidak beruzlah dan refleks diri . Sebelum pertemuan itu bermula, saya telah makan di Gerai Nasi Kandar Pak Syarif, Gelugor. Saya perasan ada seorang pak cik yang dulu pernah meminta sedekah di kawasan Gelugor tetapi sekarang alhamdulillah bekerja di salah sebuah gerai makan di situ.

Saya belek telefon saya dan menghantar mesej berbunyi begini kepada sahabat-sahabiah saya -"salam, sekarang ini ana tgh mkn di syarif kedai mamak. Rs sggh btuah seorg daie dpt mkn nasi telur goreng n ikan bilis. Mgkn diluar sana ramai mad'u2 yg jauh dr tarbiah, dan jgjauh dr mkn nasi sehari sekali. Btuah aku sb sang daie. Kmpl tenaga ke tg tokong mlm ni. Jmpa persatuan penduduk kat sana."

Sebenarnya antara kedua-dua peristiwa di atas saling bersangkut paut antara satu sama lain. Ia membawa mesej bahawa

1. kejahilan dan ketidaktahuan akan menyebabkan penindasan . Saya melihat isu penindasan terhadap penduduk asal tanjong tokong (yang dikatakan sebagai penempatan haram walaupun sudah beberapa generasi di tinggal di situ, kini dalam usaha pembangunan moden sepenuhnya oleh UDA ) disebabkan kejahilan umat Melayu itu sendiri . Begitu juga dengan kisah pak cik peminta sedekah tadi. Dia mencari sesuap nasi dengan cara tersebut mungkin disebabkan ketidaktahuan (atau dengan lain-ketidaksesuaian akademik dan ketidakahuan yang ada pada dia )

2. kita sebagai seorang daie sebenarnya bukan hanya bercakap dari segi "agama" tetapi usul terhadap agama itu sendiri. Sehingga kepedulian itu sebenarnya sebahagian daripada agama namun ia sendiri tak difahami oleh penggerak-penggerak dakwah itu sendiri.

3.Ramai berdegar-degar dgn isu thaharah, batal wuduk , cara mandi wajib ,sirah , tetapi tak ramai yang ambil tahu tentang kepedulian terhadap golongan yang dinamakan mustadhafin ini. Padahal tidak sedikit perihal membela golongan lemah , menentang kezaliman oleh penjarah yang zalim , kewajiban membela anak yatim , memberi makan kepada orang susah , perihal asnaf zakat dan perkara-perkara seumpama itu ditekankan dalam al-quran dan hadis . Begitu jauhnya kita umat Islam dalam menangani isu seumpama in sehingga ia hanya menjadi "teori" dalam pendidikan dan kitab-kitab, namun aplikasi sifar.

Khamis, Disember 31, 2009

SUDUT PIDATO DI IPGM ? MAMPUKAH IA DIREALISASIKAN?

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.

“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.

“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan antara IPT 2009 di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dr. Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Abdul Rahman, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan UIAM turut menyediakan wang tunai bernilai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abdul Rahman dinobatkan pemenang kategori pidato bahasa Melayu dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ain Anissa Mohamed bagi kategori bahasa Inggeris.

Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPT dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu.

Menurut Saifuddin, pindaan AUKU 1975 itu memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.

Jelasnya, mahasiswa dapat menggunakan platform tersebut untuk berhujah dan berbincang mengenai isu semasa secara lebih meluas termasuk melibatkan isu-isu politik tanah air.

“Kita berharap ia dapat meningkatkan kualiti lapan teras kokurikulum di universiti.

“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.

Isnin, Disember 07, 2009

Pengenalan Program Dakwah Lapangan Dalam Masyarakat-hebahan kedua

Program "Sayengi Sek-sek Kito"


Anjuran: Segolongan anak muda sayangkan umat
Tarikh: 15/12/09 (Selasa)
Tempat: KB Mall
Keperluan: Anak-anak muda yang berani
menyahut cabaran ummah
Masa: 0800 - 1400


Objektif:
  1. Memberi pendedahan kepada para penggerak dakwah tentang aktiviti dakwah di lapangan yang melibatkan masyarakat yang pelbagai karenah.
  2. Mendekatkan masyarakat dengan para penggerak dakwah dan mendekatkan para penggerak dakwah dengan masyarakat.
  3. Menonjolkan keprihatinan segolongan generasi muda terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melibatkan generasi muda.
  4. Memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam mengaplikasikan ilmu agama yang dimiliki dalam membantu menggerakkan ummah yang kian lena.
Pendekatan:
  1. Berbual-bual tentang perkara-perkara santai dengan para mad'u (golongan sasaran)
  2. Mengedarkan risalah -risalah santai berkaitan beberapa isu seperti gejala sosial, aurat dan sebagainya.
  3. Mengedarkan borang kaji selidik berkaitan isu-isu remaja kepada mad'u.
  4. Menonjolkan akhlak Islamiyah dari sudut pemakaian, tutur kata, bahasa badan dan pemikiran.
Golongan Sasaran:

Semua lapisan masyarakat

Keperluan:
  1. Keikhlasan kerana Allah
  2. Kefahaman tentang Islam
  3. Keberanian
  4. Perasaan sayang akan ummah


Berminat?:

Keterangan lanjut dan pendaftaran. Sila hubungi:

Akh Zhafri : 019-4554508 (Muslimin)
Ukht Afifah : 013-6104964 (Muslimat)


Selasa, Disember 01, 2009

Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY) sebagai satu ikatan antara wadah-wadah di Pulau Pinang


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog saya tidak kira di mana jua anda berada, moga Allah sentiasa merahmati anda semua. Ini merupakan beberapa cetusan pemikiran saya berdasarkan beberapa perkara yang saya lakukan sepanjang tahun ini. Mungkin ia akan diadakan secara bersiri selepas ini ,yakni akan ada sambungan , dan mungkin ia akan terus tertutup hanya dengan artikel ini.

Saya pada kali ini ingin bercakap mengenai pandangan saya sebagai seorang individu kecil dalam beberapa persatuan dan pertubuhan yang saya sertai. Ini hanyalah sebagai coretan sisi setelah begitu lama diri ini begitu tegar untuk menulis disebabkan komitmen lain yang semakin mendengkam terutama program yang bertali arus. Bersyukur kali ini!

Apa pandangan saya berkenaan dengan Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY)?
Hampir 9 bulan saya mengambil alih jawatan sebagai pengerusi JUNDIYY yang sebelum ini dipegang oleh Akh Izzat Anwari Hasni.Secara jujurnya saya ingin berada di dalam JUNDIYY walaupun dengan hanya memegang jawatan kecil disebabkan saya melihat JUNDIYY sebagai satu saluran untuk menyatukan "suara-suara" yang ada antara wadah-wadah di Pulau Pinang.

Saya dapati ini merupakan satu kepentingan kepada wadah-wadah dakwah untuk memikul satu kesatuan yang mampu memberi impak yang baik kepada sebarang permasalahan yang timbul terutama yang berkaitan dengan "serangan" terhadap Islam , perang pemikiran dan penghinaan terhadap Islam serta beberapa isu yang boleh disepakati bersama antara wadah. Agak tertarik dengan kata-kata Muallim Nuruddin Bashah , koordinator Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) yang menyatakan bahawa musuh Islam tidak takut kepada individu , tetapi akan berasa gerun bila berhadapan dengan jemaah atau penyatuan antara wadah-wadah.

Apabila memegang jawatan ini sebenarnya saya "terpaksa" untuk berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap semua wadah tanpa sebarang kecondongan terhadap mana-mana wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Saya merupakan Setiausaha Agong Karisma Pulau Pinang bagi sesi 2009/2010 namun ini tidak bermakna saya akan menyelitkan sebarang "kritikan " atau celaan, atau ajakan secara halus terhadap wadah-wadah lain.

Saya suka mengambil kata-kata daripada guru saya yang amat saya hormati ,Maulana Asri Yusoff, "setiap orang ada sumbangannya sendiri , tabligh ada cara dia, PAS ada cara dia, kita kena terima dan berlapang dada sebarang perbezaan tersebut" .Saya melihat apabila kita bersikap taksub terhadap jemaah kita sendiri kita sebenarnya menutup pintu untuk bersikap lebih terbuka,tidak mampu menerima pendekatan orang lain , menutup pintu pemikiran dan mengahalang perbezaan pendapat (yang saya berpendapat amat tidak rasional) dan sebagainya. Namun , saya sedari wadah yang saya maksudkan adalah wadah yang diakui "ketsiqahannya" dan diterima sebagai wadah yang diterima.

Ini tidak bermaksud saya ini menyeru kepada taadud(kepelbagaian atau berbilang-bilang ) jemaah ,tetapi saya suka melihat bahawa setiap setiap jemaah atau wadah-wadah mempunyai sumbangan sendiri ,mempunyai jasa dan peranan sendiri. Tabligh dengan cara mereka sendiri dan kita tidak boleh menafikan bahawa dengan jasa tablighlah , ramai golongan marhaen mula melihat Islam.

Begitu juga dengan KARISMA -JIM yang mungkin lebih fokus kepad profesional termasuk golongan mahasiswa, wadah-wadah lokaliti seperti Persatuan Mahasiswa Islam atau persatuan Agama Islam yang menjalankan tugas mereka sehabis mampu di lapangan dakwah lokaliti. Hizbi-PAS juga beperanan lebih kepada siyasi tarbawi dan sebagainya.

Amat tidak adil bila kita menyatakan bahawa kitalah jemaah yang sebenar dan paling sempurna sehingga saling kritik dan mencerca kumpulan yang bukan dari golongan kita. Amat malang perkara ini berlaku kepada kepimpinan atasan yang seolah-olah menjadikan dakwah adalah menyeru kepada tanzim bukan dakwah yang menyeru kepada Allah .Mereka seolah-olah meletakkan bahawa sesiapa yang masuk wadah lain tidak akan masuk syurga Allah. Saya berlindung daripada pemikiran yang sempit lagi dangkal ini.

Melalui JUNDIYY, kita akan berganding bahu atas perkara yang disepakati dan akan berlapang dada terhadap sebarang perselisihan yang timbul sepertimana yang diungkapkan oleh Imam Hassan Al Banna. Mungkin sesetengah wadah itu merasakan mereka yang terbaik disebabkan gerak kerja, kemampuan mereka menarik ramai golongan sasar semasa program dan sebagainya, namun apabila berada di dalam JUNDIYY sepatutnya perkara atau perasaan ini tidak akan timbul. Apabila kita rasakan kitalah yang terbaik , dikhuatiri kita sebenarnya menutup salah satu pintu untuk berlapang dada dalam gerak kerja Islam.

Di dalam JUNDIYY sendiri terdapat 10 wadah yang berdaftar dan yang masih belum berdaftar , tetapi diakui "sah" dan setiap daripada tersebut mempunyai pendekatan , golongan sasar, dan pandangan yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Namun ,ingin saya tegaskan di sini , ini tidak bermaksud kita akan berpecah hanya disebabkan benda-benda kecil seperti ini.

Sejarah suatu ketika dahulu pernah mencatatkan bahawa wujudnya golongan yang taksub mazhab sehinggakan setiap penjuru kaabah ada seorang imam yang mengimamkan jemaah yang mewakili setiap mazhab. Perkara yang bidaah lagi menyeleweng ini akhirnya berjaya dibanteras oleh seseorang yang bernama Muhammad Ibnu Wahab . Amat menyedihkan perkara ini berlaku di dunia Islam dan ditempat yang suci lagi mulia, iaitu Tanah Haram. Dan secara hakikatnya saya menyedari dengan sebenarnya mazhab itu tidaklah kita boleh menyamakannya dengan wadah . Ini hanyalah satu perumpamaan yang kecil tetapi lebih terarah maksudnya.

Sepertimana yang pernah saya dan Akh Izzat Anwari tekankan dalam beberapa program JUNDIYY (sebagai contoh SIMPOSIUM BRING ISLAM BACK) yang lepas ,Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah ini bukan merupakan satu jemaah atau tanzim baru , tetapi merupakan satu "ikatan" yang mengikat wadah-wadah di atas perkara-perkara yang disepakati seperti isu-isu penindasan terhadap ummat seperti yang berlaku di Palestina dan selatan Thai, gejala sosial, murtad, Islam Liberal , ajaran sesat dan penghinaan terhadap kesucian Islam sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang .

Mungkin terdapat sesetengah wadah yang "kurang" dari segi ini ,dan ada wadah yang "pakar" dalam perkara seumpama ini. Jadi, melalui penyertaan ke dalam JUNDIYY , kita cuba menyemai perasaan bahawa perkara yang "boleh disepakati" ini sepatutnya menjadi "sebahagian daripada gerak kerja atau pemikiran kita" . Ini bermaksud, bukan hanya sesetengah wadah sahaja yang akan bercakap tentang bahaya Islam Liberal, tetapi melibatkan semua wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Dan saya berlindung dengan Allah dari pemikiran bahawa JUNDIYY lah yang terbaik dari segi pemikiran dan sebagainya. Saya melihat JUNDIYY hanyalah sebagai satu "alat" bukan satu tujuan .

Sebelum ini, semasa Pengerusi masih dipegang oleh Akh Izzat Anwari, beliau membawa JUNDIYY kepada forum Islam Liberal , namun kali ini saya masih tidak begitu berkesempatan dalam "membawakan " isu ini. Moga semester depan memberi kita semua semangat untuk terus berjuang dalam perjalanan yang sungguh panjang ini. Seperti petikan kata-kata emas Sang Mujadid Ibn Qaiyyim Al Jauziyyah-Perjalanan seorang daie itu sungguh panjang dan meletihkan. orang yang lalai akan bertanya ,"mengapa engkau rela melelahkan diri kamu seperti ini?" jawab sang daie dengan pasti, "aku mengharapkan pengistirehatan yang kekal di akhirat kelak".

Saya begitu optimis bahawa JUNDIYY akan terus mekar sebagai satu ikatan antara wadah-wadah terutama wadah-wadah mahasiswa di Pulau Pinang. Saya suka menekankan bahawa saya ini hanyalah perantara , bukan orang yang mampu menentukan halatuju sesebuah wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Moga-moga anda semua sentiasa berada dalam rahmatNya dalam perjalanan yang sungguh memenatkan ini. Salam satu perjuangan untuk anda semua.

Bersatu Memikul Dakwah Ilaihi Rabbi,

Ahmad Zhafri bin Md Noor
Science Education
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang
+60194554508


KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.

Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.

25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.

KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.

Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.

Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.

Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.

Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.
--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)



--

ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD

Program Sayengi Sek-sek kito- Dakwah Turun Ke Lapangan

Program "Sayengi Sek-sek Kito"-program Daie Turun Ke Lapangan Masyarakat

Lokasi : KB MALL Kota Bharu

Tarikh : 15 Disember (Selasa)

Masa : bermula kumpul jam 8 pagi (datang awal sebab nak briefing program )

Anjuran: segolongan manusia yang ingin menggerakkan dakwah kepada anak-anak muda yang jauh dari bi'ah solehah . Sang daie turun ke lapangan sebagai sebahagian daripada dakwah fardhiah kita. Kami tidak terikat kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan , tetapi bergerak dengan inisiatif sendiri.

Bayaran : Infaq (untuk fotostat bahan-bahan edaran)

Cara pengoperasian : Mengedarkan risalah berkenaan dengan bahaya zina, couple, hiburan melampau , tutup aurat dsb kepada golongan sasar di KB Mall. Kita juga akan mengedarkan borang survey untuk diisi oleh pengunjung di sana

Target peserta (pendakwah) : Orang suka menginfakkan sebahagian masa ke jalan Allah . Rela menginfakkan wang untuk ke program ini (kenderaan , minyak , fotostat , makan minum sendiri dan kredit hand phone). Diberi penekanan kepada peserta-peserta daripada Institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi (IPT) . Yang sudah bekerja amat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Akh Zhaf (019-4554508) dan Ukht Afifah (013-6104964)

Ahad, November 29, 2009

Erti sebuah pengorbanan

Anda akan dikira sebagai seorang pejuang sendainya anda
@ rela menegakkan kebenaran walaupun bersendirian
@ tidak gemar duduk sahaja melihat kemungkaran yang berlaku keliling anda
@ duit anda dihabiskan seumpama mencurahkan air ke pasu kecil tanpa merungut
@ rela berlapang dada walaupun orang yang lebih muda daripada anda mencabar kewibawaan anda
@ bersedia untuk dibenci hatta oleh orang yang paling anda sayangi
@ mempunyai jiwa yang sensitif
@ bergerak kerja tanpa henti
@ tidak mengharapkan populariti
@ mempunyai ketegasan dalam perjuangan
@ mempunyai halatuju yang jelas dalam hidup
@ "mengetuk" orang lain bukan "diketuk " orang lain
@ gemar membaca dan mengkaji
@ gemar berprogram

Khamis, November 26, 2009

Katakan Tidak Pada Wahabi

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.



Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.

Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.

Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.

Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.


Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi.

Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut.


Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat.


Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.



Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat.

Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi’i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi’i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua).

Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.

Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi’i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.

Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan.

Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya.

Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT.

Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi.


Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din.

Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali.

Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004: “Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat.

Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja.

Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya.

Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri.

Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’.

Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan.