Dahulu engkau dijaga bersih,
Dikawal dari terjahan nafsu melulu,
Kini kau kelihatan bebas,
Nafsu bagai kawan setia,
Tarbiah semakin berkurangan,
Satu per satu ibadah kecundang,
Dimana khusyuk solatmu?
Sebagai senjata pencegah munkar,[i]
Dimana kekuatan doamu?
Sebagai senjata orang mukmin,[ii]
Allah tidak akan mengubahmu,
Sehingga kau mengubahnya sendiri,[iii]
Seketul daging sebagai penentu,
Jika baik, baiklah tuannya,
Jika rosak, rosaklah tuannya,[iv]
Hindari kata nafsu,
Kerana,
Mungkin padamu sesuatu itu indah,
Sedangkan tuhanmu berkata tidak,
Mungkin padamu sesuatu itu gundah,
Tetapi disana ada keredhaan-Nya,
Dia lebih mengetahui darimu.[v]
Bertaubatlah!!!
Selagi pintu keampunan masih terbuka.
Nukilan,
-Abu Faris 'Audah (mujahidin pro T)-
[i] Surah Al-Ankabut, ayat 45
[ii] Tidak pasti sama ada hadith atau tidak.Wallahua'lam..
[iii] Surah Ar Ra’d, ayat 11
[iv] Hadith dari Jabir, riwayat Muslim dan Tirmidzi
[v] Surah Al-Baqarah, ayat 216
1 ulasan:
Iman susah nak dijaga. Akan tetap ia tetap perlu dijaga kerana Orang Yang Beriman sahaja akan masuk syurga.
Wallahualam
Catat Ulasan