Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Januari 08, 2009

PPSMI: Tokoh,pejuang bahasa sokong himpunan 100 ribu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh) - Pakatan Rakyat berkeyakinan penuh Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu berjaya dilaksanakan berdasarkan bantahan-bantahan yang telah ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pencinta bahasa, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik di kalangan Pakatan Rakyat.




Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan perhimpunan yang diusahakan oleh Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang dianggotai oleh golongan tersebut merupakan satu langkah berani bagi mempastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri.

Beliau berpandangan, himpunan ini merupakan suatu himpunan yang telah memecahkan tembok pemikiran orang Melayu yang sebelum ini takut unutk berhimpun bagi mempertahankan hak mereka.

Suhaizan yang menjangkakan himpunan tersebut lebih hebat daripada himpunan Bersih juga bakal mencorakkan pemilihan dan perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno pada Mac ini.

"Saki baki ahli Umno yang cintakan bahasa Melayu tetapi takut untuk membantahnya semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir suatu masa dahulu bakal ke hadapan untuk mmeperjuangkan isu ini khususnya Umno Johor.

"Calon-calon Naib Presiden Umno bakal menggunakan isu ini untuk menekan calon utama Naib Presiden iaitu Dato' Hiishamudin Tun Hussin yang bertanggungjawab terhadap PPSMI. Menteri Pendidikan ini bakal mencari jalan selamat untuk keluar daripada beban legasi Tun Dr Mahathir ini," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, semua penggerak Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu ini harus berhati-hati dengan perangkap isu perkauman yang biasanya timbul sebelum Perhimpunan Agung Umno.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) , Shamsul Iskandar Mat Akin menegaskan AMK akan memberi sokongan padu serta menyertai perhimpunan tersebut kerana konsisten dengan pendirian supaya pembelajaran matematik dan sains dikembalikan semula kepada bahasa ibunda.

"Isu pendidikan merupakan isu penting dan ia tidak perlu dipolitikkan. Justeru, cadangan-cadangan yang akan lahir daripada perhimpunan ini wajar dilaksanakan.

"Tindakan Pakatan Rakyat yang serius bersama-sama NGO ini punya matlamat yang satu iaitu pendidikan anak-anak bangsa diletakkan semula di landasan yg betul. Bahasa Inggeris juga mesti diutamakan mengikut kaedah yang sesuai,"katanya.

Himpunan tersebut turut mendapat sokongan Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, Universi Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.

Beliau menganggap, perhimpunan membantah PPSMI sesuai diadakan untuk menzahirkan keinsafan pejuang bahasa dan rakyat tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai asas tamadun bangsa yang telah dijadikan dasar negara sejak kemerdekaan.

"Malahan bahasa Melayu telah menjadi tonggak tamadun sejak lebih dua alaf (milinieum), sejak zaman kerajaan Sriwijaya pada abad 7 Masihi dan kemudian memuncak pada zaman kesultanan Melayu mulai sekitar abad 13.

"Cadangan saya, jika perhimpunan dan perarakan untuk menyembahkan hasrat kepada Yang di-Pertuan Agong, elok diluaskan konsepnya daripada PPSMI kepada dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu seluruhnya.

" Selain isu PPSMI, bahasa Melayu turut terpinggir dalam bidang lain, termasuk dalam urusan rasmi pentadbiran kerajaan seperti mesyuarat, pekeliling, perjanjian serta dalam urusan ekonomi, di tempat awam serta media massa,"katanya.

Dalam pada itu, Pengarah jawatankuasa Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu, Hasni Abas sewaktu dihubungi Harakah menyatakan dalam perhimpunan tersebut, satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Katanya, memorandum tersebut antaranya memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kedua-dua subjek itu.

Jelas Hasni lagi, sehingga kini pihaknya menerima penyertaan serta sokongan 14 NGO dan sayap Pemuda Pakatan Rakyat daripada PAS dan KeADILan yang turut menyatakan kesediaan serta memberi sokongan bagi bantahan serta penyerahan memorandum itu.

Dalam perkembangan tersebut, menurut sebuah laman web berita, pejuang bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato' Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu itu bagi mengadakan perhimpuan tersebut.

Hassan bagaimanapun menyatakan butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.

Jelasnya, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya akan datang.

Pengerusi Yayasan Karyawan itu juga menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Hassan berpandangan sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkan pemilihan agung parti itu hanya tinggal dua bulan lagi.

Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kebanyakan pemimpin Umno dan ahli-ahlinya lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar parti-parti pembangkang lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau KeADILan bersuara, kuat," katanya. - mks.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya dan berjuta rakyat malaysia adalah pejuang Bahasa Ibunda Malaysia,Kami penyambung dari pejuang yang terdahulu untuk memartabatkan bahasa melayu dan kini ditukar kepada bahasa malaysia.Bahasa melayu dulu dipejuangkan sehingga menjadi bahasa ibunda negara malaysia dan semua bangsa yang ada kena belajar bahsa melayu untuk buat segala urusan dalam negara malaysia. sebab itu sekarang kita lihat betapa bangga apa bila ada bangsa bukan melayu yang fasih bertutur dalam bahasa melayu. Begitu lah juga apa yang diperjuankan oleh PPSMI (GMP) harus dipandang tinggi sama seperti pejuang haiwan,alam sekitar atau pun yang lain2 dimana terdapat segelintir rakyat dan juga pemimpin yang berpengatahuan tinggi atau pun,yang tidak ambil peduli/sambil lewa terhadap apa yang diperjuangkan mereka. Gelaran anasir terhadap mereka adalah satu yang terlalu biadap! begitu juga apa yang di sebut DS Nizar kepada sultan perak yang penuh rendah diri menyebut "Menyembah Derhaka" yang sepatutnya kita ambil rendah diri ini ibaratkan anak yang cuba menerangkan atau menegur pada bapa atau ibu mereka tentang apa yang mereka suruh adalah salah. bayangkan seorang anak yang mahu bercakap pada bapanya untuk menyatakan sesuatu yang dia tak mahu buat apa yang disuruh sudah pasti anak soleh/solehah berkata begini "maaf ayah/ibu saya tak berniat nak melawan....."ini adalah bahasa yang sopan terhadap ibu dan bapa kita.tapi adakah penderhaka bahasa sendiri tahu apa ayat yang paling sopan utuk menegur atau memberitahu tindakan sultan adalah itu adalah salah??melainkan kaki ampu/kaki kipas sahaja yg tunjuk sopan dari gayanya!!!fikirkan Lah!!!Pertahankan Bahasa Melayu,Bahasa Jiwa Bangsa.

Akh Zhaf (mujahid page) berkata...

semua sebab politik..keegoan para pemimpin yang konon-kononnya menegakkan hak ketuanan melayu terserlah pada masa ini. Bila orang bercakap ketuanan melayu tak relevan ,dia marah , siap angkat keris diperhimpunan agong .

Bila orang kata nak saman sultan(orang yang nak saman tu pun orang paling tak suka dalam pakatan) , dia melenting ,kata derhaka.

Bila bekas bos kata teruskan ppsmi sebab ramai tak tahu bercakap bi sbb banyak subjek diajar dalam bm,(dengan lain kata bm tak lagi relevan diunakan pada masa ini), dia angguk juga.

Inilah "pejuang" bangsa kepala bapak... sanggup gadai maruah bahasa semata-mata nak ikut kata2 individu yang tiba-tiba medapat "wahyu" selepas bangun dari tidur... banyak boleh dipertikaikan lagi.... masih butakah kamu wahai INSAN PEJUANG BANGSA ?(Konon-kononnya)