Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Jumaat, Oktober 29, 2010

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata


Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid
Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan
yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang
digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan
kemasyarakatan.

Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:

1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam
daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti
penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak
boleh digarap oleh kekuasaan.

2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan
roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang
kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa
kasih dan cita.


Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah
undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin
yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan
yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan.

Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin.
Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam
ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang
mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis,
industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual.

Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul.

Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada
memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu
ibadat.

Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah
diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allah
yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat
Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang
melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata.


Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al- Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.

Imam Ahmad Merasa Pelik

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau
melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang
tidak disenangi, ditabalkan.

Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.”


Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi
iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatan
sehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan
“alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun
sebesar biji sawi.

Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian
dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlis
ilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahawa punca segala fenomena kelemahan
umat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana.


Iktibar Daripada Tragedi

Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah
semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya.

Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan
amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut
tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk
mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan
Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat
memeritkan.

Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Ia
menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa
punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang
merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang
berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam.


Pertembungan Islam Dan Jahiliah

Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu
syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan
berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah).
Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan
syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru
kepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya.
Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali-
Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para
wali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu
negara buat mereka.”


Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah
yang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan
yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah.

Beliau menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan
negara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan
perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yang
sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dan
sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnu
Hanbal (r.a.)


Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru,
Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru.
Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran,

Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu. Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartian yang tersusun bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya.

Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk
mengukuhkannya dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah
kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh ditangani dengan nasihat
(ceramah) para pendakwah sahaja.

Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan
akidah keimanan di setiap tempat hendaklah saling tolong menolong, menyusun tenaga
dan strategi, menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di
dalam proses melakukan ‘penyelamatan’ melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk
menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para du’at yang haraki.

Membutakan Mata

Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa
kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna
kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di
dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk
memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di kiri
kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia hanya
menjadi penonton sahaja.

Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah
ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al-
Shaibani, seorang penyair dan ahli tafsir.

Beliau menganggapnya sebagai kematian. Disisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atauimpak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung. Al-Rafie pergi lebih jauh. Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang keperluan bersikap jelas dan terang. Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan
atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini.
Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat
Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang
dari ingatannya bahawa anda tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang,
lalu dia berkeras terhadap anda sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya!

Tiada ulasan: