Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, November 25, 2009

Jangan bunuh intelektual

Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) intelektual. Namun, sebagai manusia biasa, beliau tidak bebas daripada kelemahan. Begitu juga intelektual lain. Justeru, mereka boleh dikritik. Tetapi, cara beliau diserang baru-baru ini adalah tidak adil. Begitu juga dengan cara intelektual lain yang pernah diserang.

Islam meletakkan intelektual/ulama di tempat tertinggi, iaitu sebagai pewaris para Nabi (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Kita memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban.

Membina intelektual yang hebat, kelas pertama dan bertaraf dunia bukanlah mudah. Kita melakukan segala-galanya untuk melahirkan dan memperkukuhkannya. Antaranya, ialah menyediakan pensyarah universiti berkelulusan PhD atau setaraf.

Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.

Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah "orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya".

Menurutnya lagi, "Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki sesuatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual, walaupun hal ini sering kali berdampingan: banyak didapati pemegang gelar dan profesor yang tidak memusatkan diri untuk mengembangkan bidang mereka atau berusaha menemukan pemecahan atas masalah tertentu dalam bidangnya. Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya."

Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.

Intelektual subur dalam masyarakat yang menghayati budaya ilmu, yang menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) dalam bukunya, Penjelasan Budaya Ilmu, ialah masyarakat yang meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu serta setiap keputusan adalah berasaskan ilmu.

Malangnya, dalam sejarah, berlaku beberapa tragedi intelektual dibunuh. Di barat, ada intelektual dibunuh kerana bertentangan pendapat dengan pihak berkuasa agama. Di timur, ada Revolusi Kebudayaan yang mengorbankan satu generasi intelektual. Di sini, intelektual Kaum Muda dihentam Kaum Tua.

Antara ciri-ciri lazim intelektual dan penentangnya ialah:

n Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.

n Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.

n Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.

n Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.

n Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.

n Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.

Antara cara penentangan yang lazim terhadap intelektual ialah:

n Tuduh pendapat intelektual bukan idea baru tetapi idea lama yang dikitar semula. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami idea baru yang disampaikan intelektual. Kalaupun ada idea lama yang diungkap semula, bukankah sentiasa ada manusia baru yang perlu diulangkan ajaran yang sama? Contohnya, guru yang sama perlu mengajar subjek yang sama setiap tahun kerana menerima murid baru.

n Tuduh intelektual bincang perkara ranting dan bukan fundamental atau prioriti. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami ketika banyak perkara fundamental dan prioriti dibincangkan intelektual, lalu diambillah perkara ranting itu untuk ditonjolkan.

n Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.

n Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.

n Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.

n Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.

n Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan "mencerca", tetapi "mengkritik", yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapakah dibezakan antara "intelektual" dan "ulama"? Masihkah ingin diteruskan unsur sekularisme dalam menguruskan Islam dengan mewujudkan golongan penguasa dan pendominasi agama serta terus menerus memisahkan intelektual dengan ulama?

Lupakah kita pada usaha-usaha, contohnya, "pengislaman ilmu" oleh Ismail Faruqi dan "mengintelektualkan ulama dan mengulamakkan intelektual" oleh Mohd Natsir?

n Tuduh intelektual muda kurang pengalaman atau tidak menghormati orang tua. Sebenarnya penentangnya lupa bahawa dunia telah berubah. Pengalamannya mungkin tidak lagi relevan, hormat perlu diusahakan bukan dipaksakan dan kini wujud konsep baru seperti penghakupayaan dan partisipasi orang muda.

n Larang intelektual bercakap tajuk tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.

n Utamakan seniority dalam peruntukan penyelidikan atau lantikan jawatan hingga intelektual ketinggalan. Ini bertentangan dengan nilai kecemerlangan.

n Cari, malahan cipta, kelemahan intelektual. Ini dendam peribadi.

n Apabila berlaku pertelingkahan antara intelektual dan penentangnya, maka penentangnya mencadangkan agar berdamai. Tetapi, perdamaian perlu dilaksanakan dengan adil.

Apabila intelektual yang diserang mempertahankan haknya, penentangnya tidak mampu berhujah, lalu menyelamatkan diri dengan mencadangkan berdamai. Kalau perkara ini berulang, maka intelektual akan sentiasa menjadi mangsa penentangnya dalam fenomena pembulian intelektual.

Kesimpulannya, kita perlu memperkukuh, bukannya membunuh intelektual.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Selasa, November 24, 2009

Jangan Kau Jadi Fitnah Untuk Diriku di Akhirat Kelak


"Tok" . Ku menyekeh dia
Ku berkata...
Kau jangan harap aku manjakan kau...
kau jangan harap aku akan mandikan kau
kau jangan harap aku akan belaikan kau
Mungkin satu hari nanti kau akan berkata kepadaku di AlMizan
Lelaki ini cukup celaka. gunakan aku untuk maksiat...
Gunakan aku untuk ke tempat lagha...
Hukum dia Wahai Empunya Keadilan..Jangan Biarkan dia terlepas lagi...
Lalu aku akan dihukum dengan sebenar-benar dan sekeras-keras hukum...
Lalu si Penjaga Neraka yang bengis akan mengheretku ke dalam lembah yang sungguh
memualkan, menyiksakan dan kematian itu dirasakan lebih nikmat dari berada di dalamnya
hatta sedetik masa dunia...

Aku tak manjakan kau lagi..
cukuplah kau cuma aku suapkan dengan makananmu...
supaya kau terus hidup..jangan harap kaki mu akan ku perhiaskan untuk menyerikan pandangan
jangan kau harap aku akan membelaimu selembut kain baldu
jangan kau harap aku akan biarkan kau melalui jalan berkarpet merah ...
akan ku biarkan kerikil -kerikil, duri-duri dan batu-batuan menerjah kakimu
Akan aku biarkan mu kesakitan , pudar kulitmu disiram hangatnya matahari,

Akan ku jadikan kau perkakas yang hanya akan diperah keringatnya,
Jangan ingat aku zalim, bahkan aku takut suatu ketika nanti kau akan menzalimi ku.
menjadi saksi untuk menyeretku ke dalam ke tempat yang tiada istilah nikmat...
tempat di mana kenikmatannya hanyalah dapat menghirup nanah dan meneguk lautan peluh yang memualkan ....
Wahai Lagenda 110 DBF 3691.....
Jangan sesekali kau ingin bermanja dari ku lagi.....

Cukuplah..cukuplah...
Biarlah dirimu tak terbasuh..biarlah diriku dipandang pengotor dan tak kemas..
Biar masa yang ada ku habiskan untuk ilmu, untuk meeting dan program...
Tiada masa untukmu...
Aku mahu jadikan kau teman ....bukan sebagai tuan ....
yang perlu digilap dan dimanja selalu..
Mungkin hayatmu tak lama...
Dan mungkin jua hayatku...

Sekilas luahan dari Kulim Kedah

Jumaat, November 06, 2009

Muhasabah Untuk Para Pejuang





Ditulis oleh Mohd Farhan Madzlan

Bila ditanya kepada mereka yang berjuang untuk mempertahankan Islam, apakah hadaf perjuangan mereka. Rata-rata mereka menjawab dengan penuh semangat, tegakkan Islam di mana kami berada. Suatu ungkapan yang menjadi nadi kekuatan dan rangsangan semangat untuk terus memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Namun begitu, berapa ramai yang terkeliru dengan kekuatan ungkapan ini, ataupun mereka yang terkeliru dengan kehidupan perjuangan mereka. Mereka seakan ingin memperjuangkan Islam di mana mereka berada tapi mereka melupai betapa pentingnya keberadaan Islam pada jiwa raga mereka terdahulu. Lebih parah dari itu, mereka berjuang atas nama Islam tapi imej, syakhsiah, akhlak, iman dan amal mereka seolah-olah mereka yang tidak mengenali Islam bahkan lebih dari itu. Saidina Umar al Khattab berkata, tegakkan daulah Islamiyyah pada diri kamu masing-masing sebelum kamu menegakkan daulah Islamiyyah pada negara atau negeri kamu.

Pertama : Kekurangan Ilmu & Thaqafah

Kemantapan ilmu dan thaqafah yang kurang diambil berat oleh para pejuang menjadi satu fitnah yang paling besar dalam Islam sendiri. Musuh islam tidak kenal penat dan masa dalam mengaut segala displin ilmu dan thaqafah namun jauh disana, pejuang Islam masih terlalu ramai leka dan lagha dengan bayangannya sendiri tanpa ada kesungguhan yang tinggi untuk mendapatkan ilmu dan thaqafah. Bahkan yang lebih memalukan, menggunakan hujah mereka sibuk berjuang, mereka tidak sempat untuk menuntut ilmu. Kesannya, hadirlah para pejuang yang berjuang serta bertindak tanpa ilmu dan thaqafah yang tinggi. Lebih menjadi parah, bukan sahaja tanpa ilmu bahkan emosi dan perasaan didahulukan dari segalanya, seterusnya melemahkan gerakan dan juga menatijahkan ketidakpuasan hati dan pepecahan dalaman yang ketara.

Kedua : Tarbiyyah Ruhiyyah Yang Lemah

Setiap mereka yang menuntut ilmu agama pada dasarnya mereka adalah pejuang agama Allah. Mereka lebih memahami kepentingan dan kewajipan bersama dengan gerakan serta memperjuangankan Islam berbanding dengan mereka diluar bidang agama. Namun begitu, halnya berlaku sebaliknya. Tidak seperti yang diharapkan. Mereka yang menuntut ilmu agama meninggalkan tarbiyyah dalaman berbanding mereka diluar bidang. Lebih dari itu, mereka yang tiada rasa kepentingan dalam gerakan ini lebih maju amal ibadah dari mereka yang merasakan kepentingan tersebut.

Hal ini boleh dibuktikan dengan membuat culaan dan kajian rambang terhadap mereka yang bergelar pejuang ini. Berapa ramaikah yang solatnya sentiasa berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau, berapa ramai yang melazimi al Quran, zikir atau hizib, berapa ramai yang sentiasa bersengkang mata di dini hari untuk bermunajat kepada-NYA, berapa ramai yang bersedekah dan beramal jariah jika masih ramai lagi yang bakhil atau malas dalam gerakan. Bilangannya terlalu sedikit, kekuatannya masih terlalu lemah, misi dan visinya masih terlalu jauh. Jika didatangkan ujian dan fitnah kepada mereka atau gerakan, masih belum boleh memberikan keyakinan yang penuh mereka akan terus thabat bersama dengan perjuangan ini masakan mereka dalam keadaan penggantungannya terlalu lemah. Tepuk dada tanyalah iman dan amal kita masing-masing.

Ketiga : Maksiat Menjadi Amalan

Menjadi satu fenomena baru kepada para pejuang yang tiada imuniti dan antibodi yang berkesan untuk melawan gelojak nafsu dan godaan syaitan yang menipu ditambah dengan tarbiyyah ruhiyyah yang sangat lemah. Tidak pelik sekarang jika terlihat pejuang pada kalamnya hanya lagha dan lucah sahaja, penglihatannya yang tidak mampu ditutup kembali, kaki tangannya sentiasa bertindak untuk memuaskan nafsunya, akalnya berperanan pengemudi yang terbaik dalam nafsu dan maksiat. Bibirnya sudah tiada istighfar dan istia’zah, jiwanya merasa semakin serasi dengan maksiat dan nafsu. Akhirnya, titik-titik kecil hitam semakin memenuhi hati yang putih & suci satu ketika dahulu seterusnya menjadi hati hitam yang degil dan susah ditenangkan.

Keempat : Ukhuwah Kian Pudar

Sibuk berjuang sehingga lupa persoalan ukhuwah. Walaupun asas perjuangan ini ialah untuk membentuk ukhuwah yang berlandaskan iman dan takwa. Kesannya, ia dipinggirkan, semangat ananiyyah, penting diri sendiri bermahajalela dalam sanubari pejuang. Sifat dengki, salah menyalah, tidak puas hati berlarutan sehingga memburukkan lagi keadaan. Berapa ramai yang mampu berkongsi perkara atau maddiyyah yang bernilai dengan sahabatnya. Berapa ramai yang rela berkorban, pada senyumnya kita turut tersenyum, pada susahnya kita turut merasainya begitu. Ukhuwahnya bagaikan api, tidak seperti lilin yang sanggup berkorban bagi mengeluarkan walaupun sedikit cahaya demi kepentingan dan kebersamaan. Api itulah juga iblis yang menjauhkan ukhuwah dan kasih sayang. Bagaimanakah para pejuang mampu meneruskan sisa perjuangan dan baki kehidupan ini tanpa motivasi luaran yang penting dalam mengimbangi dan memperkuatkan dasarnya. Lihatlah betapa hebat ukhuwah para sahabiah yang terbentuk dari bimbingan Rasulullah SAW juga pada diri mereka mempunyai kekuatan tarbiyyah dan keilmuan yang cukup mantap dan hebat. Senang dan susah mereka dirasai bersama, kelebihan dan kekurangan mereka dilengkapi bersama. Inilah ukhuwah sejati yang telah dilupai oleh para pejuang masa kini.

Kelima : Motivasi Dalaman & Luaran

Justeru itu, para pejuang perlu kembali menilai semula diri, membuat muhasabah membaiki diri dan kekuatan. Memadai muhasabah diatas sebagai asas kepada nilaian dan kajian semula ke arah pembinaan serta pengislahan diri berbanding mengambil muhasabah kecil yang juga padanya terkandung dari muhasabah-muhasabah pokok tersebut. Kemantapan ilmu dan thaqafah juga tarbiyyah ruhiyyah yang hebat menjadi satu motivasi dalaman yang sangat kuat dan thabat sebagai asas atau teras kepada perjuangan ini. Jiwa-jiwa inilah yang membuat satu ledakan kekuatan kepada ahli gerakan yang lain sebagai salah satu motivasi luaran dalam membina kekuatan gerakan dan survival perjuangan ini. Perlu diingat berapa ramai mereka yang telah gugur yang telah acap kali diulangi di dalam kitab suci al-quran mengenai mereka yang diuji dengan fitnah dunia yang mengelirukan ini. Nescaya tiada kekuatan melainkan pergantungan yang kuat kepada Allah dan menjauhkan diri dari kemurkaanNYA. Kita tidak terlalu merisaui kehadiran kita pada saat ini namun yang dirisaui adalah adakah kita akan tetap thabat dalam perjuangan ini ataupun kita jatuh dan gugur dari landasan perjuangan kita apabila kita benar-benar telah diuji kelak.

Rabu, November 04, 2009

Mukh De' Syarif 09...


TENTATIF MUKH de SYARIF 09

JADUAL SOLAT
Tarikh Hari Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
20-11-2009 Jumaat 5:38 5:48 7:08 13:06 16:28 19:01 20:14
21-11-2009 Sabtu 5:38 5:48 7:09 13:07 16:28 19:01 20:14
22-11-2009 Ahad 5:38 5:48 7:09 13:07 16:28 19:01 20:15


HARI PERTAMA (20 NOVEMBER 2009 - JUMAAT )
MASA AGENDA
1700 - 1800 Ketibaan dan Pendaftaran Peserta
1800 - 1930 Persediaan tempat perkhemahan, urusan kendiri dan makan malam
1930 - 2000 Solat Maghrib
2000 - 2115 Solat Isya'
2115 - 2330 Eksplorasi Air Batu
2330 - 0400 Minum malam, rehat

HARI KEDUA (21 NOVEMBER 2009 - SABTU)
MASA AGENDA
0400 - 0530 Qiam
0550 - 0700 Solat Subuh, Al Mathurat, Kuliah Hati 1
0700 - 0830 Urusan kendiri, Solat Dhuha, sarapan
0830 - 1030 Eksplorasi Alam
1030 - 1045 Rehat
1045 - 1300 Eksplorasi Alam
1300 - 1430 Solat Zuhur, makan tengah hari
1430 - 1630 Eksplorasi Alam
1630 - 1700 Solat Asar, Al Mathurat, minum petang
1700 - 1800 Eksplorasi Alam
1800 - 1930 Riadhah, urusan kendiri dan makan malam
1930 - 2000 Solat Maghrib, Kuliah Hati 2
2000 - 2115 Solat Isya'
2115 - 2330 Eksplorasi Minda & Emosi
2330 - 0400 Minum malam, rehat

HARI KETIGA (22 NOVEMBER 2009 - AHAD )
MASA AGENDA
0400 - 0530 Qiam
0550 - 0700 Solat Subuh, Al Mathurat, Kuliah Hati 3
0700 - 0830 Urusan kendiri, Solat Dhuha, sarapan
0830 - 0945 Refleksi Diri
0945 - 1000 Rehat
1000 - 1200 Eksplorasi Diri
1130 - 1300 Evaluasi program dan Penutup
1300 - 1430 Solat Zuhur, makan tengah hari dan bersurai

Hubungi JK Promosi Lokaliti anda sekarang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 NOVEMBER 2009(AHAD)!


(I4P)
Akh Zhaf (019-4554508)
Ukht Izma (013-4209545)

(K-Kedah)
Akh Razman (013-4488379)
Ukht Salehah ((019-3928714)

(Minden)
Akh Syahid (013-4687892)
Ukht Salwani (013-9878562)


(Transkrian)
Akh Yaakob (019-6052850)

(JMTI dan UiTM)
Akh Zaid (013-5074580)

Pernyataan Media Berkenaan Isu Penangkapan Dr. asri

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

3 November 2009/15 Zulkaedah 1430

JIM PERSOAL KAEDAH PENANGKAPAN BEKAS MUFTI PERLIS



Pada hari Ahad, 1 November 2009, negara dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang. Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.



Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur’an dan sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia .



Berikutan penangkapan tersebut, pelbagai pihak telah mempertikaikan cara penangkapan dilakukan. Menurut laporan-laporan media, beliau ditahan pada jam 12.10 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.10 pagi. Beliau kemudian diarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.00 pagi keesokkannya untuk dituduh. Namun setelah disemak peguam beliau, didapati bahawa tiada pendakwaan telah difailkan di mahkamah. Beliau akhirnya dibebaskan pada kira-kira jam 12.30 tengahari dengan jaminan JAIS tanpa sebarang pendakwaan tetapi boleh dipanggil oleh JAIS pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.



Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Dr Asri di minta ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan. Menurutnya lagi, Dr Asri akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Katanya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.



Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mempersoalkan kaedah penangkapan yang dilakukan. Mengapakah beliau ditahan secara mengejut dan mengaibkan seperti penjenayah besar sedangkan beliau boleh dipanggil dengan cara yang lebih profesional dan hormat untuk bertemu JAIS atau mana-mana pihak berkuasa? Pengarah JAIS sendiri menyatakan bahawa Dr. Asri telah lama dipantau. Mengapakah pula tiada pertuduhan atau pendakwaan difailkan di mahkamah sedangkan tangkapan telah dibuat pada hari sebelumnya? Apakah motif di sebalik penahanan begini?



JIM melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.



Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)



Apatah lagi sekiranya perkara yang diperselisihkan itu adalah perkara yang boleh diselesaikan secara musyawarah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah.



JIM berpendapat bahawa sewajarnya JAIS lebih berhemah dalam membuat penangkapan dan pertuduhan terhadap sesiapa juga tidak kira rakyat biasa atau seorang bekas Mufti kerana dikuatiri tindakan mereka boleh mengakibatkan salah tafsir atau boleh mencacatkan sistem keadilan Islam itu sendiri. Dalam melaksanakan tindakan, sandaran Al-Qur’an dan sunnah harus dijadikan panduan selain mengambil pendekatan kaedah-kaedah fiqh seperti Al-Aslu bara’atu zimmah iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Di samping itu, keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi harus dilihat dilaksanakan dalam proses dan prosidur berkaitannya.



JIM berharap JAIS akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan.



JIM juga mengesyorkan supaya JAIS mengambil kesempatan ini untuk meneliti semula Enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam yang bersifat subjektif supaya ia tidak mengekang pengembangan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.



Sekian. Terima kasih.



HJ ZAID KAMARUDDIN

Presiden

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Sabtu, Oktober 24, 2009

Berita kepada kawan .-Tribute untuk mangsa Gempa ,Padang







klik sini untuk video

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Reff#

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Khamis, Oktober 22, 2009

Darah muda...

Zul menatap timbunan baju yang masih tak terbasuh di tepi wardrobe nya. "Alamak , letih gile nak basuh. Kalau sehelai dua takpelah, ni dah jadi bukit.Adui." , Zul merebahkan pinggulnya yang sekeping itu di penjuru kepala katil blok penginapannya. Masih terngiang kata-kata dan Justify Fullmesej daripada Aida, tunangnya , yang seolah-olah memberinya satu kekuatan baru, secara dalaman, dan Zul sendiri hairan dengan perasaannya ketika itu ." akh tak bertepuk sebelah tangan .Percayalah".

"Wah, letih banget dong. Kalu camni, elok aku kawin dulu, baru senang kerja dakwah aku.hehe" Fikiran nakal mula membaur dalam fikiran letih lesu itu. Zul terkadang terlampau advance pemikirannya, sampaikan sahabat-sahabatnya ada yang tidak memahami apa yang berada dibenak pemikiran Zul walaupun mereka satu usrah. Zul baru lepas meeting marathon, satu meeting di Taman Pegaga bersama jemaahnya, satu lagi bersama sebuah syarikat fasilitator. Letih meeting semalam tak habis lagi. Esok jadual penuh lagi. Usrah , pengisian di surau dan tampal poster. Itu tak masuk promote kelas perbandingan agama lagi. Update blog lagi.
"Wah pecah kepala gu lawan gini gak"
, getus zul dalam loghat separa timur separa selatan.

Dia mengambil keputusan untuk mandi. Biarkan baju yang tak terbasuh di situ. Malam tu Zul tidur awal. Bangun tahajud menjadi niatnya dan rutinnya semenjak sekolah menengah lagi . walaupun dia sedar dia bukanlah orang baik akhlaknya. Darah muda . Biasalah . Dalam telefon bimbitnya penuh mesej perempuan dan nombor wanita. Ada yang dikenali ,ada yang tidak. Layan semua ,itu prinsipnya.

Setiap hari semakin deras waktu rasanya. Masa berlalu tak disedarinya. Gastriknya juga kian mencengkam disebabkan tidak makan seharian. Dua tiga kali dia hanya termuntah angin. Dia redha. Banyak kali juga. Dalam seminggu boleh kata tiga ke empat hari dia dalam berkeadaan begitu .Migrainnya jangan diceritakan lagi, hampir setiap pagi menyerang.

Masa bersama temanpun semakin berkurang. Bila ditanya kemana dia pergi, Zul dengan muka selamba berkata ,"Ada kerja sikit."Dia tidak mahu sesiapa mengetahuinya , hatta rakan baiknya sendiri .

Namun bila perpisahan antara Aida dan Zul berlaku, akibat pertengkaran hebat yang berlaku di antara mereka, Aida mula bertukar hati bila Zul sedikit menekan Aida mengenai soal jodoh. Zul rasa Aida tidak serius dengan soal jodoh dan perkahwinan.Dan akibat perbalahan yang turut melibatkan orang ketiga itu, mereka putus. Zul pasrah.

"Mungkin dia tak sesuai untukku"
. getusnya di dalam hati. Akibat perpisahan tersebut Zul ,mula tawar hati untuk membuka pintu kepada muslimah yang ingin menghampirinya. Walaupun dia redha, tetapi perpisahan itu telah memberi kesan terhadap emosinya dan menggugat sedikit keputusan peperiksaannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu hati ini. Ramai yang mempersoalkan gerak kerja dakwahnya ini. Ramai juga yang mengaitkan dengan pencapaian rendah ini dengan berkata "inilah "dosanya" akibat terlampau bersemangat untuk berdakwah".

Selepas buka semester baru, Zul mula membuka lembaran baru dan dakwahnya semakin kencang. Mungkin Zul ini terlampau laju sehingga sahabat-sahabat dia pun tak terkejar . Zul ingin memanfaat sepenuhnya masa yang ada demi dakwah. Biarlah sahabat-sahabat terus leka bermain dan menonton wayang, biarlah sahabat-sahabat terus dalam keadaan itu.Puas diajak program , liat .Bila ditegur pula dia sendiri dipulaukan . Sehingga dia sendiri pun agak tertekan dengan keadaan tersebut .
"Biarlah aku menjadi seperti Cikgu Mi, Presiden Teras Perpaduan Melayu Bersekutu itu, yang sentiasa berjalan programnya , walaupun hanya dia seorang yang menggerakkannya."
Katanya dengan nada yang sedikit merajuk. Mungkin kecewa.

Sebut sahaja ,program apa, dari program fasilitator, kelas perbandingan agama, mukhayyam, program bersama wadah-wadah lain, semua dia buat dengan bantuan sahabat-sahabat sefikrahnya yang berada di luar isntitusinya.Bukan memboikot atau menjauhkan diri daripada penggerak dalaman, tapi dia tak nak kacau orang dalam lagi."Nanti kena marah",monolog hati kecilnya."Mungkin aku akan kacau depa punya periuk nasik kot, takpe la", bisik hati kecilnya penuh pasrah. Baginya diari perjuangan ini tidak akan pernah berhenti. Dia banyak terpengaruh dengan Cikgu Mi, mentor tak rasminya.

Orang luar tak faham ,hatta naqibnya sendiri yang terkadang dia merasakan tidak mempercayainya lagi. Biarkan .

Takziah kepada Ustaz Ramadhan fitri dan Ukht kHadijah

TERAS gesa segerakan pemansuhan PPSMI

21 10 2009

TERAS menyambut baik pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu yang mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Walaupun TERAS tetap berpendirian bahawa sepatutnya dasar asal iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu boleh segera dilaksanakan pada tahun depan , namun keputusan muktamad bahawa PPSMI dimansuhkan adalah keputusan yang wajar.

Kami berpendapat rancangan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus memperkukuhkan Bahasa Inggeris tidak seharusnya terlalu sukar untuk dilaksanakan. Dengan memastikan guru-guru mencukupi dan terlatih , kami tidak nampak kenapa ia perlu terlalu lama untuk kembali kepada dasar asal.

Soalnya pihak Kementerian Pelajaran sepatutnya sudah tahu apakah kelemahan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selama ini. Bukahkah hal ini telah berjalan sedemikian lama dan sudah sedia dimaklumi oleh pihak Kementerian .

Langkah memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Melayu terletak kepada penggunaanya secara praktik dalam semua sektor kehidupan rakyat , pengurusan pentadbiran negara , operasi sektor swasta dan penggunaannya dikalangan ahli professional.

Sementara itu pihak Kementerian hanya perlu melakukan perancangan melatih guru yang cukup mahir bukan sahaja diperingkat sekolah malah juga diperingkat pra Universiti.

Demikian jugalah langkah memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Faktor paling penting ialah soal kecukupan guru dan juga teknik pengajaran yang berkesan serta bahan pengajaran seperti buku teks yang lengkap dan boleh mempercepatkan kemahiran membaca , menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kami berpendapat isu ujuran keperluan melatih guru dan penempatn guru bukan perkara yang baru. Sudah acapkali dibangkitkan soal guru tidak mencukupi dalam matapelajaran tertentu akibat pihak yang berkenaan gagal merancang dengan baik. Kes guru bahasa Inggeris berlebihan di sekolah Bandar manakala tidak mencukupi di sekolah luar Bandar bukan suatu rahsia lagi.

Oleh itu persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012 sebenar tidak perlu menggunakan terlalu banyak masa dan sumber.

Sebelum PPSMI diperkenalkan guru-guru yang sedia ada sepatutnya tidak bermasalah untuk kembali mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu kerana segala rujukan dan kurikulum asal sudahpun ada.

Kami berfikir sememangnya ramai guru-guru terutama di sekolah luar Bandar yang mendapati amat sukar mengajar dua pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris secara tidak langsung sudah mengajarnya dalam Bahasa Melayu setiap kali berhadapan dengan pelajar-pelajar yang sukar memahami perantaraan dalam bahasa Inggeris.

Jadi tidak timbul masalah yang terlalu berat untuk mempersiapkan supaya bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010.

Kelemahan yang jelas harus dipelajari dari kesilapan melaksanakan PPSMI ialah penafian hakikat bahawa pelajar sukar menguasai matapelajaran diperingkat awal dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya.

Bukan sahaja pihak yang berkenaan telah sedemikain gopah berbelanja lebih RM5 bilion untuk PPSMI , kesannya yang parah tidak dapat dijangka oleh para penggubal PPSMI terutama kepada pelajar luar Bandar.

Jika benar dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir maka yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan keperluan ini ialah dengan mempertingkat kualiti pengajaran guru yang sedia ada dan bilangan guru pakar yang boleh menyelia dan membantu guru yang lain.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Rabu, Oktober 21, 2009

Bila Fikiran "jahat" menerpa....


Ku rasakan tidurku tidak lagi terganggu
dengan panggilan meeting, meeting dan meeting
atau sms yang mengajak ku ke majlis sekian sekian
atau mengigau bilamana aku terpaksa membuat sekian sekian
atau suara Kak Lat yang bertanyakan tentang program..haha
atas nama dakwah

Mungkin itu dulu...
aku masih kecil ketika itu tapi jarak umur hanya tolak setahun dengan sekarang
kepala selalu bagaikan nak pecah
eh, poster ni tak tampal lagi
alamak , kertas kerja ini masih belum siap lagi
aduh, fasi program tak cari lagi
alahai, usrah tak buat lagi
atau sekadar pemikiran sekali lalu- sahabat sefikrah tengah dating
atau anak usrah yang semakin jauh menjauhi...

Fikir, fikir dan terus berfikir
Aku naik heran bila ada penggerak yang mampu tarik sebuah kereta
mampu keluar hujung minggu tonton wayang sinema di Bukit Jambul
atau masih mampu tidur lena dihujung minggu
atau balik kampung berjumpa saudara mara
atau masih mampu bergelak ketawa dengan orang silang jantina
Palestin terus "dirogol"
Selatan Thai masih lagi dicabul,
Pemikiran Umat masih lagi terbelenggu dalam
pemikiran fasik dan jahiliah...
dan Islam itu umpama satu ketulan hina di tandas
di mata para munafik dan kafir dan pendewa-pendewa mereka...

Ah..
hari ini aku bangun
senang...
mungkin semangatku semakin luntur
atau tapak aku semakin teguh
hingga tiada apa yng rungsing menerpa di minda
Aku tak pasti
yang pasti aku terasa beban itu sedikit lucut...
mungkin beberapa tanggungjawab telah aku selesaikan..

Alamak! kumpul duit ,ma...
Nak kawin ooo...
tukar moto jadi kereta wooo....
nak beli baju baru looo...
nak hantar kat mama muda lagi....
orang dah tak pandang motor Lagenda DBF 3691
orang dah tak hirau orang yang pergi program..
orang pandang adalah orang yang seperti orang ....
bukan orang yang seperti insan yang ihsan...
Persetan itu semua...
kita hanya nak orang realistik..menerima hedonisme sebagai tuhan
menerima pop sebagai juadah sehari-hari
menerima tuhan dalam erti kata hamba
kau kau aku aku ...agama generasi muda yang baru
serba individualistik
Wargh....aku berlepas diri dari pemikiran ini

Pemansuhan PPSMI mungkin 2011


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.

"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.

"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan.

Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.

"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.

"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan.

Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.

"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang.

Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.

Selasa, Oktober 20, 2009

Islam dihina. Sampai bila kita hendak rendahkan diri?

"Sori, syeikh, ana tak layak jadi pengerusi , tak layak, bagi orang lain la" . "Maaf , saya sedar diri saya , saya bukanlah seperti antum semua" dan beberapa ayat lagi pelepas kepada "bebanan" tanggungjawab. Saya sering berhadapan dengan situasi ini bila mana sesuatu amanah itu ingin di"turunkan". Ramai sahabat-sahabat merendah diri dan berkata "Ana orang biasa saja , syeikh." tanpa menyedari bahawa perasaan rendah diri mereka ini menyentap banyak peluang berdakwah .

Sebagai contoh, seorang Presiden sebuah tanzim dakwah berkata "ana ini hanyalah orang biasa saja, syeikh" , dalam sedar tak sedar peluang untuk kerjasama antara jemaah dan perkongsian halatuju tanzim tersekat akibat tindakan mereka ini.

Berapa banyak perkongsian pintar, kerjasama antara wadah, perkongsian idea serta pengalaman yang terlepas begitu sahaja bilamana perasaan merendah diri yang tak bertempat ini muncul? Jadilah seperti pemuda kahfi , di mana mereka bertegas bangkit menyatakan "Tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi , kami tidak menyeru tuhan selain Dia" .

Seandainya pemuda kahfi ini hanya tahu berkata< "kami tak layak menegakkan kebenaran " , bayangkan sendiri natijah akibat perbuatan mereka itu. Satu lagi persoalan, seandainya semua menghindar diri daripada amanah kepimpinan dan dakwah, siapa lagi yang akan memegang urusan yang amat berat ini? Muthusamy? Muniandy? Choong Boon Kai? Roberta marciallo?

Kita bukan berada di zaman di mana Islam itu kuat. Pada zaman di mana pemahaman islam itu begitu tegar dan asli dengan rempah-ratus warisan golongan salaf . Atau berada di zaman di mana para ulama adalah terdiri daripada muhadithin ataupun pengasas mazhab berada di dalamnya. Kita sekarang berada pada zaman di mana Islam itu dihina secara terang -terangan , ulama diperkecilkan , haq dan bathil saling bercampur dan Islam itu keluar dari jiwa manusia seumpama panah yang keluar dari busur.

Alangkah hinanya kita seandainya kita masih lagi merendah diri dan tidak mahu bergerak semata-mata kerana hendak jaga hati-hendak jaga niat dari sifat-sifat mazmumah.Alangkah zuhudnya mereka disaat para munafik dan kafir mempersoalkan syariah Islam di Malaysia (SIS dan JAG) . Inilah yang dikatakan zuhud tak bertempat. Konon-kononnya tidak mahu lahir sifat sombong, atau riak dalam hati.

Ramai juga yang akan cari kesalahan dan kelemahan penggerak lain dengan menyatakan,"ana dah buat kajian tentang enta, kelemahan enta, kalau ada penaja ana akan terbit buku pasa kelemahan enta sem ini juga". Inilah ayat-ayat sinikal yang sengaja saya ubah bilamana ada juga yang menggelarkan diri mereka sebagai penggerak ini ada masa hendak cari kelemahan penggerak lain, siap survey lagi .

Mungkin agak kelakar tapi ini realiti. Mungkin penggerak yang dicari kelemahan itu ada kelemahan , tetapi itu tidak menjadikan penggerak itu diboikot dan digelar memalukan Islam. Kita kena faham bahawa yang memalukan Islam bukan penggerak yang fail exam atau yang dapat keputusan yang rendah, tetapi yang memalukan Islam adalah para penggerak yang tidak menjaga ikhtilat, tidak bergerak dan sebagainya.

Memang apabila gagal dalam peperiksaan sedikit sebanyak akan menjadikan orang mempersoalkan kita, namun adakah pengggerak yang keluar berdua-duaan itu lebih mulia daripada penggerak yang tidak mempunyai masa untuk menelaah semata-mata kerana dakwah? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini.

Biarkan. Ini hanya khilaf untuk renungan bersama. Kenapa dicari kelemahan? Kenapa tidak dicari kelebihan sahabat kita ini, apa sumbangan sahabat kita ini, apa yang dia telah lakukan untuk agama ini.

Ada yang begitu berbangga dengan jumlah adik atau anak usrah yang ramai , namun ramai disebabkan populariti , bukan sebab apa yang hendak disampaikan iaitu islam itu sendiri .Kadang-kadang prinsip dakwah mereka ini berubah mengikut kehendak golongan ramai sehingga orang diluar dakwah akan mempersoalkan apakah bezanya antara yang ikut tarbiyah dengan yang ikut tarbiyah.

Teruskan merendah diri hingga Islam ini diranapkan . Teruskan mengumpul koleksi kelemahan para sahabat. Biarlah mereka di situ. Wahai penggerak dakwah! yang tulen Jasad dan kudrat antum diperlukan semaksimum mungkin! Jangan undur lagi ! Banyak lagi permasalahan umat kita kena fikir. Mustadhafin, Islam Liberal , murtad, gejala sosial, anak luar nikah , pelacuran , perpecahan umat Islam , ajaran sesat, agenda yahudi, ekonomi, penindasan terhadap golongan minoriti dan sebagainya. Fikir bukan setakat risau , kena bertindak !Sesungguhnya orang yang berjihad di jalan Allah tidak takut celaan daripada golongan yang suka mencela !

Isnin, Oktober 19, 2009

Umat Islam kurang Sensitif Isu Penghinaan

Sinar Harian, 16 Oktober 2009.

Credit to Izzat Anwari Hasni. (diedit mengikut kesesuaian)

Belum selesai dengan isu karikatur Rasulullah SAW yang dilukis Kurt Wetergaard, muncul pula filem pendek Fitna, terbitan Geert Wilders yang mengutuk ayat al-Quran kononnya sebagai pencetus keganasan dalam Islam.

Malah kutukan yang direka-reka oleh kedua-dua ikon anti-Islam itu disambut ‘meriah’ oleh kebanyakan golongan anti-Islam yang lain sama ada mereka termakan racun yang dibawa pihak anti-Islam atau mereka terikut-ikut kebebasan berkarya sehingga Islam menjadi medan paling nikmat untuk dijadikan humor.

Terbaru isu kutukan terhadap Rasulullah SAW yang dibuat oleh Seppo Lehto, seorang aktivis berbangsa Finland sehingga dia dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun. (2 tahun je??!)

Video lukisan penghinaan terhadap Rasulullah SAW. yang dibuatnya telah disiarkan dalam YouTube dan banyak lagi laman web lain menunjukkan sikap keterlaluan dan melampau pihak anti-Islam dalam memburukkan pandangan masyarakat umum terhadap Islam.

Mengapa Islam dipilih sebagai agama utama yang ingin dihina? Mengapa isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW. dan Islam tidak putus-putus sehingga hari ini?

Izzat Anwari Hasni : Ketua Pembangunan Usrah, Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API), Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dan bekas penuntut Sains Kimia di Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam jawapannya,berkata:

Puncanya, sikap umat Islam sendiri yang kurang sensitif terhadap isu yang berkaitan penghinaan terhadap Rasulullah SAW. dan Islam. ( akidah umat Islam dilondeh satu persatu sehingga kita tidak sedar bahawa Islam sudah pun bertukar wajah menjadi ikon paling lemah pada mata masyarakat.)

” Pengalaman saya dalam menganjurkan program bersifat keislaman kebanyakannya dianaktirikan malah kurang disertai individu Islam terutama golongan mahasiswa.
Program ini juga disekat oleh pentadbiran universiti dan dilabel sebagai ‘underground’.
Agak hairan kerana orang Islam sendiri yang menyekat perkembangan agama yang dianutinya. Takutkan agama sendirikah? “

Rata-rata masyarakat sudah lali dengan isu yang memijak Islam secara sedar atau tidak. Lambakan isu itu jarang ditekankan dalam media massa kerana disaluti ubat penenang.

Pelbagai iklan dan berita ‘kejayaan’ umat Islam dieksploitasi menjadi kemegahan yang wajib disebut-sebut oleh masyarakat.

Isu Masjid Kristal di Terngganu umpamanya, menjadi buah mulut ramai sebagai bukti ketemadunan masyarakat Islam di Malaysia. Benarkah? Tetapi mengapa kiblat masjid itu terpesong daripada arah sebenar Ka’abah? Mengapa masjid tersebut didirikan di pulau?

Akidah umat Islam jelas kian terhakis sehingga boleh timbulnya Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad. Mengapa isu Kahar ini tidak ditentang habis-habisan oleh umat Islam sedangkan telah nyata sesat?
Mengapa perlu dibicarakan dalam mahkamah untuk membuktikan dia bersalah? Sudah sahih dia bersalah kerana penyelewengan akidah yang dilakukannya.
( mengapa tidak diaplikasikan prinsip detention without trial,ISA??)

Mengapa masyarakat bukan Islam takutkan negatra Islam? Mengapa mereka takutkan hudud sedangkan hukuman tersebut hanya kepada orang Islam? Malah masyarakat bukan Islam wajib dilindunigi di bawah pemerintahan negara Islam.

Semua umat Islam diseru untuk bersama memartabatkan kembali kedaulatan Islam dalam diri serta kehidupan seharian. Kebanyakan masyarakat bukan Islam bukan hanya setakat bencikan Islam dan ajarannya, tetapi salah faham terhadap kebenaran Islam itu tidak disampaikan oleh umat Islam secara benar.

Kurangkan pergaduhan sesama Islam, beri pemahaman yang sahih kepada masyarakat bukan Islam, pandang ke hadapan dan lihatlah siapa musuh Islam sebenar.

Rabu, Oktober 14, 2009

Integriti Intelektual Muda


wasif.

oleh: Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Integriti Intelektual Muda[1]

oleh

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

wan_wasif@yahoo.com

www.ilmuwan-w.blogspot.com

Pendahuluan

Intelektual muda merupakan golongan pelapis yang menjadi harapan ummat bagi menggerakkan upaya intelek dan tradisi keilmuan di dalam masyarakat.Sukar dibayangkan watak masyarakat yang bakal lahir seandainya kita meminggirkan peranan intelektual muda .Intelektual muda mampu membawa dan memimpin perubahan dalam masyarakatnya seandainya suara mereka didengari dan peranan mereka diiktiraf oleh masyarakat.Namun hanya intelektual muda yang punya integriti sahaja yang mampu merealisisasikan agenda perubahan yang diimpikan tersebut.Tanpa integriti ,seseorang itu langsung tidak layak digelar intelektual .

‘’Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan.Akarnya dalam,menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya.Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun,dengan warna cantik berkilat,ranum,dan sedia menaburkan biji benihnya.Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.’’

(Dari Akar Hingga Buahnya,Cetakan Kedua 2007 ,Institut Integriti Malaysia)

Makna integriti

Perkataan Integriti berasal daripada perkataan Latin,integritas yang boleh dimaksudkan sebagai tidak terjejas(unaffected)-kukuh(intact)-benar(upright)-boleh diharapkan(reliable).

Glosari Integriti memberi maksud integriti sebagai perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur,benar,amanah,tertanggungjawabkan,telus,cekap dan bijaksana.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula memberi definisi integriti kejujuran ,keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan , ketulusan

Manakala The Oxford English of Dictionary menyatakan ‘’Integrity mean wholeness,entireness,completeness,chastity and purity’’[2]

Dalam Pelan Integriti Nasional (2004) pula memberi takrifan erti integriti individu sebagai berikut:-

’keselarasan dengan apa yang diperkatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya,keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral,etika dan undang-undang serta antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. [3]

Berani membela kebenaran

Intelektual muda yang punya integriti mempunyai keberanian yang luar biasa dalam membela kebenaran.Tiada ketakutan dan sifat bacul dalam dirinya dalam menyuarakan kebenaran. Segala kepalsuan,pembohongan,penyelewengan,kerosakan dan kemungkaran akan dilawan sedaya upaya sehingga kebenaran itu tetap terzahir .Keberanian para intelektual muda ini bukanlah keberanian kosong dan sia-sia bahkan ia merupakan keberanian yang terlahir hasil keyakinan terhadap prinsip kebenaran itu sendiri.

Prof Dr Deliar Noer dalam bukunya Partisipasi Dalam Pembangunan pernah mengupas apa yang dikatakan oleh bekas wakil Presiden Indonesia ,Mohammad Hatta,

’’titik berat pendidikan di perguruan tinggi terletak pada pembentukan karakter,watak.Pangkal segala pendidikan karakter ialah cinta akan kebenaran dan bererti mengatakan salah dalam menghadapi sesuatu yang tidak benar.Pendidikan ilmiah pada perguruan tinggi dapat melaksanakan pembentukan karakter itu kerana…ilmu ujudnya mencari kebenaran dan membela kebenaran.’’[4]

Demikianlah watak intelektual muda yang berintegriti sang pencinta kebenaran yang berani melawan kepalsuan dan yang dengan ilmu yang dimilikinya dia sentiasa berusaha mencari dan membela kebenaran.

Keinsafan tentang tanggungjawab sosial

Intelektual muda perlu insaf bahawa ilmu yang diraihnya bukan sekadar untuk manfaat dirinya seorang sahaja.Sikap individualistik tidak sewajarnya wujud dalam diri seorang intelektual.Ilmu yang ada perlu dikongsi bersama dan upaya intelektual tersebut perlu dilakukan secara kolektif atau berjamaah.

Selain itu juga intelektual muda yang berintegriti perlu memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat dan masyarakat sekeliling.Segala rintihan dan luahan hati rakyat perlu diambil kira oleh intelektual muda dalam gerak kerja intelek mereka dan bukan hanya hanyut dengan teori-teori dan idea-idea yang tidak ‘merakyat’- ‘mengakar’-‘merimbun’ meminjam istilah yang sering diungkapkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil.

Persoalan tanggungjawab ini pernah dikupas oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam tulisannya Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam tatkala memberikan takrifan tentang insan yang baik iaitu:

‘’Insan yang baik itu ialah insan yang berilmu luhur,yang insaf akan tanggungjawab dirinya kepada tuhannya yang Hak,insan yang memahami serta menyelenggarakan penunaian tanggungjawabnya terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya,insan yang dalam serba-serbi tingkah lakunya sentiasa mengasuh dirinya menuju kearah kesempurnaan sebagai insan adabi[5].

Inklusif bukan esklusif

Intelektual muda yang berintegriti tidak akan bersifat esklusif dan bertindak lagak golongan elit.Dekat di hati masyarakat dan mudah diterima rakyat keseluruhannya.Demikianlah yang boleh digambarkan watak intelektual muda yang inklusif.Tidak wujud jurang atau tembok pemisah yang ketara antara intelektual muda dan masyarakatnya bahkan intelektual muda itu dengan kesedaran bahawa mereka juga sebahagian daripada masyarakat sedaya upaya cuba menganalisis masalah yang menimpa masyarakatnya lantas cuba menyelesaikan permasalahan tersebut .Profesor Syed Hussein AlAtas(Allahyarham) dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun mengungkapkan bahawa :-

‘’Kaum intelektual yang harus menjelaskan masalah masyarakat dan mencuba menyelesaikannya.Selain itu,kaum intelektual menghasilkan idea-idea dan menyebarluaskannya kepada anggota masyarakat lainnya.’’[6]

Idea-idea dan pemikiran intelektual muda tidak seharusnya hanya berlegar sekitar kelompok mereka sahaja dan segala perbahasan dan perdebatan intelek mereka tidak sewajarnya terlalu ‘melangit’ tinggi dan tidak berpijak di bumi yang nyata atau sekadar mengungkapkan idea dan pemikiran yang tidak ‘membumi’.Bahasa dalam mengungkapkan daya fikir intelek mereka juga perlulah difahami atau menggunakan bahasa yang mudah tetapi sarat dengan falsafah dan penuh dengan idea bernas.

Memelihara amanah keilmuan

Amanah keilmuan merupakan amanah yang cukup besar dan perlu dipikul oleh para ilmuwan.Intelektual muda yang berintegriti perlu sentiasa memastikan amanah keilmuan ini terus dipelihara.Menuntut ilmu yang benar,menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ,menyanggah ilmu palsu dan batil misalnya merupakan amanah keilmuan yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia mengungkapkan tentang peranan para guru,sarjana dan cendekiawan seperti berikut ;-

‘’Peranan para guru,sarjana dan cendekiawan perlu meniupkan semula semangat cintakan ilmu,mengajak masyarakat kembali menikmati ladhdha al-ma’rifa,merasakan keseronokan bertemu dan menerokai pemikiran besar dan renungan pemikiran agung.’’[7]

Usaha berterusan untuk menyuntik semangat cintakan ilmu dan kebenaran dalam diri setiap individu perlu digerakkan dan inilah amanah keilmuan bagi setiap intelektual muda. Benar seperti yang pernah dikatakan oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali,

’’melakukan jihad ilmu pengetahuan dalam pertempuran untuk memajukan umat ini adalah suatu kewajiban yang tidak dapat ditangguh.Jika kita gagal dalam hal ini,kita akan menerima kesannya yang sangat pedih[8]

Bebas dan bersikap terbuka

Intelektual muda yang berintegriti bebas dan bersikap terbuka dalam kegiatan intelek mereka.Dalam memperkatakan soal kebenaran,memihak kepada kebenaran menjadi keutamaan para intelektual muda dan bukan hanya sekadar memihak kepada kelompok,parti,puak,mazhab atau aliran-aliran tertentu.

Kita tidak mahu melahirkan satu generasi ilmuwan yang diungkapkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil sebagai ‘’ generasi ilmuwan yang mewah dengan kebendaan tetapi kehilangan kebebasan lalu muflis pemikiran’’[9]

Kebebasan dalam membicarakan soal kebenaran menjadi aset penting para intelektual muda bagi mengelakkan mereka daripada menjadi kuda tunggangan dan boneka mana-mana pihak yang ingin mempergunakan keilmuan mereka demi mencapai agenda peribadi mereka.

Intelektual muda yang berintegriti juga perlu sentiasa bersikap terbuka misalnya bersikap terbuka menerima kritikan orang lain,bersikap terbuka menyampaikan ilmu kepada mana-mana pihak ,bersikap terbuka mendengar dan memanfaatkan ilmu orang lain atau bersikap terbuka dengan khazanah ilmu agama,bangsa atau tamadun-tamadun lain.Sikap terbuka ini mampu membuka ruang kepada para intelektual muda untuk mencari kebenaran dan meraih ilmu yang benar.

Menghormati keahlian dan authoriti ilmuwan lain

Terdapat kecenderungan di kalangan segelintir intelektual muda masa kini untuk menafikan kewibawaan ilmuwan lain yang tidak sependapat dengan pemikiran mereka dan akhirnya menjurus mereka untuk tidak menghormati keahlian dan authoriti ilmuwan lain.

Keegoan dalam diri mereka ,sikap taksub dan terlampau mendewa-dewakan tokoh-tokoh tertentu menyebabkan mereka sukar untuk menerima pandangan dan pemikiran ilmuwan lain walaupun jelas ilmuwan tersebut lebih pakar dalam bidang pengkhususan ilmu masing-masing.

Dalam hal ini tokoh pemikir,Dr Muhammad ‘Imarah pernah mengungkapkan seperti berikut,:-

‘’Islam sebagai satu agama telah memberi panduan kepada kita bahawa untuk mengetahui kebenaran(al-haq),kita hendaklah berpegang pada keahlian seseorang itu dalam ilmu yang dimilikinya.Jadi ,kita tidak boleh merujuk kepada orang yang telah tergelincir daripada kebenaran kerana perbuatan tersebut mengaibkan Islam’’[10]

Oleh kerana itu seorang intelektual muda yang berintegriti perlu sentiasa menghormati keahlian dan authoriti ataupun hormat kritis terhadap para ilmuwan lain.

Mengamalkan ilmu yang dimiliki

Intelektual muda yang berintegriti akan sentiasa mengamalkan ilmu yang dimilikinya tanpa mengira sebanyak mana ilmu yang telah diperolehinya.Tanpa pengamalan terhadap ilmu,pincang tahap keintelektualan mereka dan mereka hanyalah insan yang terpukau dan khayal dengan teori-teori ,konsep-konsep,idea dan gagasan yang muluk-muluk sahaja.

Barangkali peringatan Prof Dr.Mohd.Kamal Hassan di bawah ini perlu menjadi renungan buat para intelektual muda:-

‘’Intellectual knowledge or rational understanding alone,however is inadequate.The knowledge should be translated into action and a pattern of excellent behaviour for others to emulate’’[11]

Akhlak dan peribadi para intelektual muda yang tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki mereka pasti lebih teruk daripada mereka yang tidak berilmu lantas inilah yang akan membawa kepada kerosakan dan malapetaka yang dahsyat dalam masyarakat akibat pengkhianatan para ilmuwan dan intelektual yang tidak mengamalkan ilmu yang mereka perolehi.

Penutup

Integriti intelektual muda perlu terus diperkasakan.Hanya dengan memiliki integriti,intelektual muda mampu memainkan peranan bermakna dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat dan memimpin misi pencerahan dan pencerdasan ummat.Semoga intelektual muda terus memantapkan kualiti keilmuan mereka dengan integriti.

Rujukan

1) Anuar bin Haji Ahmad ,’Integriti Dalam Pembinaan Jatidiri’’(Kertas kerja Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia(IIM)

2) Anwar Ibrahim, Gelombang Kebangkitan Asia,Cetakan Pertama 1997,Dewan Bahasa dan Pustaka

3) Dari Akar Hingga Buahnya,Cetakan Kedua 2007 Institut Integriti Malaysia

4) Himpunan kertas kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

5 )Mohd.Kamal Hassan ,Moral and Ethical Issues In Human Resource Development:Old Problems and New Challenges,IKD Monograph Series-Institut Kajian Dasar (IKD))

6) Muhammad ‘Imarah, Anugerah Islam Untuk Ketamadunan terjemahan Dr Muhammad Nur Manuty-cetakan kedua 2007-Terengganu Development Institute-Centre For Studies In Modernity and Civil Society(CESMACS)

7) Muhammad Al-Ghazali,Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara’ Dan Akal,penterjemah Nur Hadi Ihsan cetakan 2009-Crescent News(K.L.)Sdn Bhd

8) Syed Hussein AlAtas, Intelektual Masyarakat Membangun,Cetakan Kedua 2009,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur


[1] Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Intelek Muda anjuran Akademi Sains Islam Malaysia(ASASI) pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Daerah Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan

[2] Rujuk kertas kerja Anuar bin Haji Ahmad ,’Integriti Dalam Pembinaan Jatidiri’’(Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia(IIM)

[3] Pelan Integriti Nasional merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Kelima,Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang berteraskan prinsip dan falsafah Rukun Negara dan cabaran Wawasan 2020 dan ia dilancarkan pada tahun 2004

[4] Prof Dr Deliar Noer ,Partisipasi dalam pembangunan, Cetakan Pertama 1977,Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) ms 85

[5] Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas ,Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam-,Himpunan Kertas Kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

[6] Syed Hussein AlAtas, Intelektual Masyarakat Membangun ,Cetakan Kedua 2009,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,ms 11

[7] Anwar Ibrahim,Gelombang Kebangkitan Asia,Cetakan Pertama 1997,Dewan Bahasa dan Pustaka

[8] Muhammad Al-Ghazali,Warisan pemikiran Islam menurut syara’ dan akal,penterjemah Nur Hadi Ihsan Cetakan 2009,Crescent News(K.L.)Sdn Bhd

[9] Siddiq Fadzil,,Minda Muslim:ketegaran dan keluwesannya, Himpunan Kertas Kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

[10] Dr Muhammad ‘Imarah-,Anugerah Islam Untuk Ketamadunan ,terjemahan Dr Muhammad Nur Manuty,Cetakan Kedua 2007,Terengganu Development Institute-Centre For Studies In Modernity and Civil Society(CESMACS)

[11] Prof Dr.Mohd.Kamal Hassan , Moral and Ethical Issues In Human Resource Development:Old Problems and New Challenges,IKD Monograph Series

Memorandum bantahan terhadap kumpulan yang mencabar perlaksanaan undang-undang Jenayah Syariah

Sila layari http://www.ipetitions.com/petition/syariahmalaysia/ bagi menyatakan sokongan anda.


10 hb Oktober 2009

Masjid Solihin , Teras Jernang , Bandar Baru Bangi, Selangor , Darul Ehsan

Menyedari bahawa Undang-undang syariah berdasarkan rujukan sumber dalil dan nas Quran , Al Sunnah dan Ijma Ulama dan ia adalah undang-undang yang dicernakan dari perintah Allah S.W.T. dan setiap umat Islam dan pemerintah Islam yang dimandatkan dengan kuasa oleh umat Islam, wajib melaksanakan undang-undang syariah dengan sesempurna mungkin,

Beriman dan menyakini serta menginsafi bahawa undang-undang syariah adalah undang-undang Allah S.W.T yang terbaik dan paling adil dan paling layak dan berkesan untuk menyelesaikan serta menangani segala masalah sosio-ekonomi politik kehidupan umat Islam khususnya dan masyarakat awam keseluruhannya,

Menegaskan bahawa undang-undang syariah semada dalam urusan muamalah mahupun jenayah adalah undang-undang yang sah dan berkewajipan di kuatkuasakan oleh agensi-agensi mengikut peruntukan yang jelas dinyatakan secara tersurat seperti yang diperundangkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mengambil perhatian bahawa hukuman sebat sudah diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984).Akta itu diwujudkan menurut kuasa diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai II (Senarai Negeri).

Memahami kes Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sabit dengan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987,dan Mahkamah Syariah tersebut berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Menegaskan lagi bahawa umat Islam berhak untuk melaksanakan serta mengembangkan undang-undang syariah seperti yang tercakup dalam undang-undang Islam yang meliputi semua aspek kehidupan umat islam.

Mengambilkira bahawa perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia maseh memerlukan pemerkasaan yang sewajarnya dengan mempertingkatkan bidangkuasa dan kecekapan agensi-agensi Islam seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Majlis Fatwa Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Penjara , Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah,

Menyedari wujudnya kekeliruan dikalangan masyarakat awam mengenai undang-undang syariah,

Mengambil perhatian serius ujudnya kumpulan tertentu yang berusaha menimbulkan kekeliruan serta memburuk-burukkan perlaksanaan undang-undang syariah dan cuba menghapuskan undang-undang syariah di Negara ini

Maka ,

  • Kami dengan tegas menyatakan pendirian kami membantah dengan keras percubaan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Joint Action Group For Gender Equality (dianggotai antaranya oleh Sisters in Islam, SUARAM, Selangor Community for Community Awareness ,HAKAM) yang cuba menolak dan menghalang perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara ini melalui memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 1 hb Oktober 2009.
  • Membantah dengan keras bahawa kumpulan ini telah menyatakan dengan terang dan biadab bahawa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah seperti yang dijatuhkan ke atas Kartika bersabit kesalahan minum arak sebagai kejam dan menjejaskan imej Negara yang dianggap Negara Islam moderat.
  • Kami juga membantah keras mereka yang berusaha dengan mengguna saluran undang-undang meminta semakan kehakiman (judicial review) dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap kes Kartika Sari Dewi Shukarno supaya perlaksanan hukum jenayah syariah seperti yang diperuntukan dalam undang-undang syariah dihalang perlaksanaannya .
  • Kami dengan tegas membantah kenyataan beberapa pemimpin negara yang mempersoalkan wibawa dan autoriti agensi perlaksanaan undang-undang Syariah yang dengan kenyataan mereka berpendirian bahawa hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah tidak perlu didilaksanakan. Kenyataan mereka menjejaskan imej dan undang-undang Islam di negara ini sekaligus berimplikasi menghina Mahkamah Syariah.
  • Dengan ini kami mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap kumpulan yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencabar kuasa agensi Islam yang diperuntukan dalam undang-undang mengenai status undang-undang Islam di negara ini sekaligus mencabar kuasa Raja-raja yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.
  • Kami menegaskan lagi bahawa undang-undang syariah di negara ini hendaklah diperkasakan dan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JAKIM, Jabatan Agama negeri-negeri, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang lain hendaklah memberi kerjasama penuh untuk merealisasikan perlaksanaan undang-undang Islam dengan sempurna di negara ini.
  • Kami membantah dan menolak dengan keras sebarang campurtangan pihak luar semada oleh media atau mana-mana kumpulan NGO atau politik dari luar mahupun dari dalam Negara atas nama hak asasi manusia atau gender yang cuba memberi tekanan ke atas Negara khususnya agensi penguatkuasa undang-undang syariah supaya undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Negara ini.

Diperakui oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid

Penyelaras Kempen Pertahan undang-undang Syariah

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

1.Amidi Manan

Timbalan Preisden ABIM

2.Ust Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA

3.Prof Madya Salleh Hj. Ahmad

Timbalan YDP Persatuan Ulama Malaysia

4.Hj. Zainol Rijal

Setiusaha Persatuan Peguam Syarie Malaysia

5. Fadhlina bt. Siddiq

Naib Presiden ABIM

6.Masadah Sajadi

Pengerusi Majlis Bertindak Wanita Islam

7.Dr. Khairuddin Datuk Malik

Pengerusi JAMA’IY Perak

8.Prof. dr. Wan Salim Mohd Nor

Pengerusi FORUM Negeri P.Pinang

9.Dr. Abdul Rahman Ahmad

Timbalan Pengerusi WEHDAH Kedah

10. Mohd Idris Mohd Yussoff

Presiden GAMIS

Selasa, Oktober 13, 2009

Mahasiswa pembela rakyat tertindas


Oleh: Muhammad Fuad Syazwan Ramli*

Penulis berkesempatan menonton dokumentari Tragedi Trisakti dan Semanggi[1] di Indonesia ketika era Reformasi dahulu. Penulis terasa begitu teruja melihat kelantangan dan kegigihan serta keberanian para demonstran yang terdiri daripada anak-anak mahasiswa di universiti-universiti terkemuka di Indonesia. Mereka ini berdemonstrasi bukanlah kerana elaun mereka ditarik. Bukanlah kerana Kafeteria di kolej mereka ditutup. Bukan juga kerana masalah parking di Fakulti. Tapi mereka ini berjuang, turun berpanas di jalan raya kerana ingin menyuarakan suara rakyat bawahan.

Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen. Orang politik sukar untuk diharap bagi membela nasib rakyat. Jika ada “political mileage”, cepat sahaja mereka membantu. Tapi jika tiada, jangan harap nak nampak batang hidung. Ini semua kerana orang politik gilakan kuasa, dengan kuasa sahaja mereka dapat menjalankan agenda mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak mendatangkan faedah kepada usaha mereka dalam mendapatkan kuasa, buat apa mereka bersusah?

Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa. Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.

Contoh mudah, Tragedi Baling. Apa kaitan mahasiswa di Universiti Malaya, di Institut Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia[2] dengan masyarakat Baling? Adakah kemiskinan, kemelaratan, kebangsatan masyarakat Baling akan mengurangkan elaun mahasiswa ini? Adakah kebuluran di Baling akan memberi kesan terhadap kualiti makanan di Kafeteria? Adakah perarakan kaum buruh di Baling akan menghalang mahasiswa untuk parking di Fakulti masing-masing?

Jawapan kepada semua pertanyaan sinis ini sudah tentulah tidak. Tidak ada langsung pertalian di antara mahasiswa ini dengan rakyat Baling. Yang ada cumalah mereka semua merupakan warganegara Malaysia. Itu kalau dilihat dengan mata kasar. Mata yang cuma melihat zahiriyah tapi sering buta terhadap batiniyah.

Tidakkah bodoh mahasiswa ini berpanas, beresak-esak membawa sepanduk, melaung-laung di bawah panas terik semata-mata demi rakyat Baling yang tiada kena mengena dengan mereka? Jika anda adalah Doktor Mahathir, maka jawapannya adalah ya. Bagi anda mereka bodoh. Tapi jika anda merupakan seorang yang beridealisma, maka anda akan menyangkal kebodohan Doktor Mahathir ini[3].

Perjuangan mahasiswa tidak dirantai pada isu-isu yang bersangkut-paut dengan hak mahasiswa sahaja. Ia juga bukan hanya setakat isu berkaitan politik. Ia jauh melangkau isu-isu popular ini. Isu penderitaan rakyat juga termasuk dalam agenda perjuangan mahasiswa. Akan tetapi, kenapa hari ini dalam pada mana hampir setiap masa kita mendengar masalah rakyat dengan golongan keparat yang rakus membaham tanah rakyat dan hak-hak mereka, mahasiswa kita masih lagi sibuk dengan isu seperti ISA, e-Undi, dan sebagainya lagi yang rata-rata berkait dengan politik. Seolah-olah, perjuangan mahasiswa ini semata-mata berkaitan politik sahaja.

Ini pandangan yang tidak betul. Mahasiswa wajib berpolitik, tapi jangan sampai gila politik. Biarkan kegilaan itu dirayakan oleh para politikus. Kita sebagai mahasiswa menggugat, yang bebas dari sebarang faham politik kepartian, harus mengambil jalan tengah. Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentang. Tak kira siapa yang melakukannya. Kita berpolitik ikut kadar kita, ikut cara kita. Jangan dicontohi bulat-bulat perangan parti politik. Kita gerakan mahasiswa, bukan parti politik. Kita tidak perlukan “political mileage”. Kita tidak perlukan populariti. Jangan semua jentera kita dihalakan buat membedil isu-isu politik semata.

Kita seharusnya tahu dengan jelas agenda perjuangan. Jangan hanya mabuk dalam politik. Ramai, bukan sedikit mahasiswa hari ini yang melihat gerakan mahasiswa sebagai agen parti politik. Akhirnya, ramai yang masuk kerana ingin dilihat sebagai “PAS”, “UMNO”, dan sebagainya. Tak kurang juga yang menolak menyertai gerakan mahasiswa kerana tidak suka kepada politik. Ini lah keburukan yang berlaku bila mahasiswa terlalu gila politik.

Berbalik kepada persoalan asal, mahasiswa seharusnya menjadikan diri mereka pejuang kepada golongan yang tertindas. Orang kampung, mereka kebanyakan tak faham bidang perundangan, mereka tidak fasih bab ekonomi. Sebut nama Lord Atkin, terlopong mulut mereka. Jadi, adakah mereka ini boleh diharap dalam membela nasib sesame mereka? Sudah tentu golongan yang tamak, boleh berlagak umpama orang mengantuk disorong bantal. Mudah sahaja menipu rakyat. Rakyat hanya akan sedar mereka ditipu setelah semuanya sudah terlambat.

Jadi, di sinilah mahasiswa memainkan peranan. Kita harus menjadi golongan yang memberi faham kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya ditipu. Kita seharusnya menjadi agen yang mempertahankan kepentingan rakyat. Orang kampung tak berani untuk membuka mulut. Kalau berani pun, mereka tak tahu ke mana mereka harus pergi untuk buka mulut. Jika mereka tertindas di bumi BN, mereka boleh mengadu nasib kepada PR. Tapi bagaimana jika yang ditindas itu berada di bumi PR? Hendak mengadu kepada PR? Ibarat kambing masuk kandang harimau. Jadi kita lah yang harus menyuarakan suara golongan yang tertindas ini. Kita tidak tunduk pada tekanan parti politik. Kita tidak menjadi ahli dalam mana-mana pakatan. Kita bebas bertindak mengikut acuan kita sendiri. BN atau PR, apa beza nya? Semua akan ditentang jika menindas rakyat.

Malangnya, adakah mahasiswa hari ini, sanggup untuk berbuat demikian? Apakah mahasiswa sanggup menggadai cita-cita politik mereka demi kepentingan rakyat? Kita hari-hari bermimpi untuk mengulangi pencapaian wira-wira kampus seperti Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, yang lantang melaungkan “STUDENT POWER” hingga menggugat kerusi pemerintah. Tapi adakah aspirasi dan keazaman kita hari ini selari dengan mereka semua? Adakah matlamat perjuangan kita hari ini, sejelas matlamat mereka? Mereka berjaya, kerana mereka punya agenda yang jelas dan mereka berpegang teguh kepada agenda itu. Tapi kita hari ini?

Ayuh rakan mahasiswa, bangkitlah dan sedar bahawa tugas membela rakyat tertindas terletak di bahu kita, bukan di bahu JKKK atau JSR. Kita yang harus berjuang memartabatkan kembali maruah rakyat. Jangan salahkan politikus jika kita sendiri tak buat kerja. Kita bukan agenda parti poltik. Tapi kita agen rakyat.

Sekian.

[1] Dalam tragedi ini, mahasiswa Indonesia yang beraspirasi tinggi turun ke jalan raya bagi menumbangkan regim Suharto yang rakus memperkosa kepercayaan rakyat. Kebangkita hebat mahasiswa ini bagaimanapun telah dibalas dengan kekerasan melampau dari pihak tentera. Akhirnya, para mahasiswa pejuang rakyat menjadi mangsa.

Tragedi Trisakti, 13 November 1998. Cedera, 253 orang. Cedera akibat tembakan: 14 mahasiswa, 1 orang pensyarah, 2 pelajar sekolah tinggi, dan 15 pemerhati.

Tragedi Semanggi, 13 November 1998. 7 mahasiswa terkorban, 1 pelajar sekolah tinggi, 9 pemerhati, dan 1 anggota polis.

http://www.youtube.com/watch?v=sD89O4_6ZPY

[2] Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara. Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid. Seramai 1138 orang pelajar ditahan termasuk 77 wanita. Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak. Mohamad Ridhwan Bin Alias, Gerakan Mahasiswa di Universiti Malaya, 2004.

[3] Doktor Mahathir adalah insan keparat yang bertanggungjawab merogol aspirasi mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU. Tiada guna bersimpati kepada Doktor Mahathir. Genius? Firaun membina Piramid yang kukuh sehingga beribu tahun. Geniuskah Firaun di mata kita?

Penulis merupakan mahasiswa tahun pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). (Kuliyah undang-undang Ahmad Ibrahim). Blog beliau ialah sampah sarap kehidupan

Isnin, Oktober 12, 2009

Kenyataan Media berkaitan isu penempatan


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan pendirian dan pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hasil perbincangan bersama semalam. Berikut merupakan kenyataan yang dihantar ke UPSIkini.

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
8 OKTOBER 2009


Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.

Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.

Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :

• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.

• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.

• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.

• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.

Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Nor Aqilah hanis Bt Mohd Yusof
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Ahad, Oktober 11, 2009

::Pembekuan Penempatan Siswa Pendidikan::


Bangi - 5 OKTOBER - Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) memohon kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat penjelasan berkaitan isu pembekuan penempatan bagi mahsiswa Fakulti Pendidikan di Institiut Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan.

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan mahasiswa di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI mengeluarkan kenyataan bahawa semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa 3 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan agar mahasiswa terutamanya dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini. Hal demikian adalah berkaitan masa depan mahasiswa yang tidak boleh diperjudikan dengan mudah.

Menurutnya lagi, respon yang diterima daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, GAMIS memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya. Jika tidak, masalah pengangguran di kalangan graduan akan semakin meningkat di negara kita.

Sekiranya tidak ada penjelasan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat, GAMIS akan bertemu menteri bertanggungjawab untuk mendapat penjelasan sebenar agar ianya tidak mendatangkan permasalahan kepada beribu mahasiswa dalam bidang ini.