Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Sabtu, Mac 20, 2010

KEFAHAMAN ILMU DAN KETRAMPILAN PENDIDIKANDALAM UPAYA PEMBAHARUAN (TAJDID)



16-February-2006
Oleh: Prof . Dr. Sidek Baba


Pembaharuan atau tajdid dalam Islam adalah sesuatu yang fitrah atau tabie sifatnya. Islam bukanlah suatu agama yang beku dalam pemikiran dan statik dalam amalan. Dinamika Islam memberikan ruang kepada kreativiti wujud. Kreativiti dalam pemikiran adalah dituntut tanpa menolak faktor syarak. Berfikir reflektif adalah suatu keperluan kerana perubahan hari ini dan hari depan berasaskan cerminan masa lalu supaya wujud kesinambungan antara yang lepas dengan hari ini. Apa yang berlaku pada masa lalu memberikan kita landasan tradisi yang baik. Keupayaan umat Islam mengimbangi faktor perubahan zaman ialah kebijaksanaan menjembatani faktor tradisi yang baik dan cemerlang dengan faktor perubahan kini yang tidak lari dari kerangka fitrah.


Tajdid Sepanjang Zaman Pada abad-abad terdahulu wujud pemikir-pemikir yang melakukan pembaharuan dalam situasi umat yang berbeza mendepani cabaran yang juga tidak sama. Tokoh-tokoh seperti Ibn Taimiyyah, Muhammad Abduh, Muhammad Ab. Wahab. Hassan al Banna, Sheikh Muhammad al Ghazali, Ismail Faruqi dan Yusof al Qardawi adalah antara contoh tokoh-tokoh yang membawa pembaharuan pemikiran pada tempoh-tempoh terdahulu hinggalah ke hari ini. Dalam Dunia Melayu tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri, Wali Songo, Muhammad Nasir, Pendita Zaaba, Sheikh Tahir Jalaluddin, Muhammad Naquib al Attas adalah sebahagian dari tokoh-tokoh pembaharuan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Samada mereka melakukan pemurniaan semula jalan fikir Islam yang sudah tersasar akibat tepunya amalan khurafat yang diamalkan oleh umat mahupun yang kehilangan dinamika dalam kaedah berfikir yang boleh menyebabkan kejumudan yang berpanjangan.


Dengan pembaharuan tidak bermakna umat kini menolak faktor-faktor nas yang qatie atau prinsip asasi Islami yang mutlak sifatnya tetapi zaman-zaman yang berlaku dalam sepanjang sejarah jatuh bagun umat berlaku lintasan-lintasan pengaruh tamadun dan silang-pemikiran yang tidak serasi dengan tasawwur Islami. Lalu umat terjebak dengannya untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan dan kemajuan atau terus berada dalam kebekuan yang tidak memungkinkan pembaharuan berlaku akibat terlalu terikat dengan tradisi yang yang menyebabkan faham taqlidik menyubur.


Strategi Eklektik Prof. Dr. Taha Jabir , seorang tokoh ilmuan Islam menyebutkan umat Islam berada di tiga persimpangan. Pertama terus menggunakan ilmu-ilmu yang sifatnya traditional dengan metodologinya sekali. Pendekatan ini disebut sebagai pendekatan authentic atau kekal seaslinya. Kedua, umat Islam berhadapan dengan faktor perubahan semasa yang dikatakan moden iaitu berlakunya dinamika ilmu dikembangkan dengan menggunakan kekuatan metodologi terkini.


Pendekatan ini disebut sebagai pendekatan modernistik. Ketiga , umat Islam perlu menyaring asas tradisi, memilih asas-asas prinsipnya dan mengolahnya semula menggunakan pendekatan terkini supaya faktor perubahan berlaku tanpa menghilangkan maksud keaslian dan tradisinya. Ianya disebut sebagai pendekatan eklektik. Pendekatan eklektik belum begitu berkembang dan sering menerima kritik. Pengkritik yang cenderung kepada asas epistemologi atau asas-usul ilmu sering tidak setuju sementara yang lain merasakan ianya suatu kewajaran kerana meskipun metodologinya dinamik, prinsip dan ruh ilmu dan pendidikan tetap tidak berubah.


Terdapat di kalangan ilmuan Islam umpamanya mempunyai asas konsep, definisi dan falsafah yang jelas mengenai ilmu dan pendidikan tetapi tidak dikembangkan dalam tahap kedua yang menuntut berkembangnya metodologi atau kaedah operasi yang mampu menterjemahkan asas falsafah dan konsep dalam tugas-tugas harian pengilmuan dan pendidikan. Dalam masa yang sama terdapat di kalangan penggerak ilmuan dan pendidikan melaksanakan pendekatan mendidik yang sifatnya semasa tetapi tidak berpedomakan jalan falsafah yang selari dengan pembangunan fitrah insan. Akhirnya wujud jurang antara keinginan melakukan penjembatanan supaya peroses pengilmuan dan pendidikan berlaku secara sepadu dengan keinginan bersikap prgamatik dan semasa tetapi tidak dipandu oleh nilai, falsafah dan hikmah.


Pembaharuan dalam pemikiran adalah amat perlu bagi umat Islam kini. Pemikiran yang tajdidi dan islahi sifatnya tidak menolak faktor-faktor asasi dalam aqidah, ibadah, akhlak dan syariyyah tetapi pembaharuan menyentuh tentang metodologi dan pendekatan yang semasa dan sezaman bagi menyuburkan lagi kreativiti supaya umat tidak terpinggir dalam arus perubahan dan mampu mengembangkan asas-asas berfikir yang sedia ada. Di Malaysia sistem pendidikannya berkembang dengan menggariskan asas falsasah untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dengan memberikan penekanan tentang perlunya integrasi ilmu dan pendidikan berlaku. Nilai-nilai murni cuba dijadikan asas merentasi kurikulum dan ko kurikulum. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cuba memperkenalkan program integrasi dan Islamisasi dan kursus-kursusnya supaya jenis modal insan yang dilahirkan mampu mengurus sistem secara holistik.


Strategi penerapan nilai-nilai Islam telah mengubah corak muamalah yang menyangkut tentang transaksi bank, kewangan, insuran dan lain-lain sedang mengalami proses pembaharuan yang agak pesat. Walaupun ianya berasaskan syariah dan mekanisme pengurusan yang konvensional tetapi ianya boleh diterima oleh orang-orang Islam dan juga Bukan Islam. Pendidikan Islam di Malaysia umpamanya memberikan penekanan terhadap pembangunan akal, rohani dan juga jasmani secara sepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Ianya juga merupakan pendekatan reformatif bagi melahirkan modal insan yang maju dalam pemikiran, terbangun akhlak dan etikanya dan memiliki ketangkasan dan kelasakan dalam melakukan sesuatu.


Proses pembaharuan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutama bila mendepani proses globalisasi yang amat mencabar kini. Proses ini bukan bermakna kita harus menerima faham-faham Barat secara sewenang-wenang. Faham liberal, sekular, rasionalis, pragmatis, naturalis, humanis dan lain-lain yang bersumber dari akar-masalah dan falsafah orang Barat adalah tidak sesuai dengan tradisi pembangunan orang-orang Islam. Perubahan dan kemajuan adalah sesuatu yang fitrah tetapi hendaklah ianya berjalan atas kerangka tradisi yang sifatnya dinamik dan sifat perubahan itu diibaratkan mata rantai yang menghubungkan zaman-zaman yang berbeza tetapi tetap memiliki kesinambungan dan tali-temali tamadun yang sifatnya menyumbang. Di sinilah datangnya pembaharuan yang memberikan landasan perubahan bertunjangkan asas ilmu dan pendidikan yang Qurani dan dikembangkan oleh metodologi yang tidak menyalahi. Inilah asas pembaharuan yang mampu mengekalkan wibawa dan maruah umat supaya maju dan berubah dalam kerangka dan acuan sendiri.


Faham Tradisi, Liberal dan Pluralis dalam Islam Antara isu-isu yang berbangkit di kalangan dan terhadap umat Islam masakini ialah faham tradisi, faham liberal dan faham pluralis di kalangan masyarakat malah umat. Faham tradisi merujuk kepada sesuatu yang telah berlaku dan menjadi asas kepada sistem kepercayaan dan agama. Faham liberal merujuk kepada aliran falsafah pemikiran Barat yang tercabut akar nilai dan tradisinya dan tidak menjadikan agama dan nilai-nilai mutlak sebagai sandaran. Faham pluralis pula ialah wujudnya tanggapan beragama dengan titik-persamaan bahawa semua agama adalah baik dan semua agama membawa kebenaran sehingga tidak dapat membezakan yang mana satu agama samawi, agama budaya dan agama falsafah yang asas konsep dan metlamatnya adalah tidak serupa.


Di kalangan sesetengah anggota umat berpendapat bahawa umat Islam hanya akan maju dan dapat mempertahankan jatidirinya dengan syarat faktor tradisi dijadikan asas kemajuan dan perubahan. Pendapat ini ada betulnya tetapi sifat Islam adalah agama dinamik dan sentiasa releven dengan perkembangan zaman dan cabaran lingkungan. Faktor ruang dan waktu adalah antara cabaran utama yang memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan reflektif dilakukan tanpa perlu merombak prinsip asasi yang ada pada tradisi.


Terdapat juga di kalangan sesetengah anggota umat berpendapat bahawa untuk memajukan umat, faham semasa adalah perlu. Untuk itu perubahan ke arah faham liberal dan pluralis amat perlu supaya pengaruh perubahan dari Barat umpamanya harus menjadi metlamat dalam memberi makna perubahan dan kemajuan bagi umat Islam. Mereka berpendapat berpegang kepada tradisi bakal membawa kejumudan dan umat Islam bakal terpinggir dalam arus globalisasi.
Terdapat juga di kalangan mereka yang memiliki latar kesedaran dan pendidikan Islam dan dalam masa yang sama terdedah dengan pengalaman keilmuan dan pendidikan Barat berpendapat bahawa faktor tradisi adalah amat penting sebagai asas kesinambungan tetapi dalam masa yang sama umat Islam harus bersikap proaktif dan selektif terhadap ilmu-ilmu Barat dan metodologi pendidikan yang semasa supaya wujud integrasi yang harmoni antara faktor-faktor lalu yang memberikan ilmu bertatah nilai dan faktor-faktor terkini yang memberi menfaat kepada umat Islam sendiri.


Aliran pertama boleh menjadikan agama sebagai faktor taklidik atau ikut sesuatu tidak secara kreatif yang memungkinkan tertutupnya pintu ijtihad yang boleh menyebabkan perspektif yang tidak dinamik berkembang. Tradisi adalah sesuatu yang baik tetapi sifat tradisi ibarat batu-bata pemikiran dan pengalaman yang berguna yang terbina sejak zaman Rasulullah SAW, diperkukuh oleh para sahabat dan tabie-tabieen, diperkasa oleh kalangan ulama dan ilmuan terkemudian dan terbangunlah binaan Islam yang menyebabkan lahirnya tamadun yang menjadi rahmah alamiah kepada Barat dan Timur.


Aliran kedua menjadikan agama sebagai faktor sampingan dan bersifat pragmatik dan semasa terhadap perubahan dan kemajuan. Aliran ini melihat tradisi atau faham tradisionalisme sebagai sesuatu yang sudah ketinggalan dan ianya memerlukan faham baru yang lebih sezaman. Sezaman itu pula dihubungkan dengan faham pemBaratan yang memperkenalkan pelbagai aliran fahaman yang asas konsepnya adalah dari sumber yang sama iaitu menjadikan akal sebagai sumber dan metodologi empiris sebagai cara mengembangkan ilmu. Asas ini menolak kehadiran agama dan nilai-nilai Rabbaniah.


Aliran ketiga cuba mengambil pendekatan eklektik atau bersepadu supaya faktor-faktor tradisi yang baik dikembangkan menggunakan metodologi terkini yang sifatnya dinamik supaya ilmu dan pendidikan terus subur dan sezaman sifatnya.


Aliran kedua mempunyai kecenderungan terhadap faham liberal dan pluralis. Liberalisme di Barat tidak mempunyai akar tradisi yang menjadikan agama dan sistem nilai sebagai sandaran. Faham pluralis melihat agama itu adalah sama sehingga hilang upaya membezakan agama samawi dengan agama falsafah atau gagal memahami faktor aqidah tauhid dengan sesuatu yang bercanggah dengannya hingga menyebabkan faham pluralis mengambil jalan mudah menyatakan semua agama adalah benar.


Kepentingan Litarrafu Dalam meneliti maksud pemahaman antara agama dan tamadun, asas yang boleh dijadikan faktor litaarafu atau kekenalan ialah asas etika yang baik yang mungkin lahir dari saripati kepercayaan terhadap nilai baik yang dilihat tidak bercanggah dengan akidah. Ianya tidak bermakna peleburan asas aqidah bagi maksud adanya saling pengertian dan pemahaman terhadap perbedaan dan persamaan.


Faham ”Islam Liberal” yang sedang menjadi isu dalam masyarakat Islam tidak bertolak atas pertimbangan aqidah dan tasawwur yang jelas. Ada beza pendapat yang menyatakan terdapat nilai-nilai dalam etika dan nilai-nilai baik dalam agama yang dalam beberapa hal sifatnya sejagat dengan menyatakan bahawa semua agama adalah benar. Lalu pendekatan tafasir dan takwil terhadap al Quran dibuat terikat dengan acuan faham liberal dan pluralis. Pendekatan seperti ini amat membahayakan dan boleh merosakkan asas tasawwur Islami dan menjadikan faham agama amat ”superficial”.


Islam tidak menolak kepentingan litaarrafu atau kekenalan dalam ertikata yang luas selagi ianya tidak bercanggah dengan faktor aqidah, ibadah , akhlak dan syariah yang tersasas kukuh oleh faktor tradisi. Sebarang usaha untuk melakukan perubahan mestilah mengambil kira faktor tradisi yang telah membangunkan asas epistemologi (ilmu) dan aksiologi (nilai) yang mendukung faktor rahmah alamiah. Perubahan yang berlaku seharusnya dalam kerangka bahawa karamah insan atau kemuliaan manusia terbina dengan keyakinan yang bulat terhadap Pencipta dan dariNya datang hikmah, rahmah dan nikmah untuk kebaikan umat manusia.


Makna Ibadah dalam Perspektif Tajdid Maksud ibadah dalam Islam adalah untuk melakukan respon terhadap kehidupan dan menjadi pemangkin terhadap perubahan. Kita melakukan solat untuk membolehkan jiwa ruku’ dan sujud menjadi sebati hingga mencetuskan jiwa kehambaan yang tinggi. Kita lakukan siyam atau puasa untuk membolehkan hati dan jiwa mengalami proses transformasi diri supaya diri manusia sentiasa dekat dengan Allah ( taqarrub Ilallah) dalam ertikata yang luas. Kita lakukan zakat, infaq dan sadakah dengan maksud menyuburkan jiwa kemanusiaan tinggi supaya manusia menginsafi bahawa beza antara manusia di sisi Tuhannya ialah taqwa. Kita lakukan zikir kepadaNya dengan maksud bahawa mengingati Allah atas kebesaranNya bukannya dalam bentuk lafaz saja tetapi Kebesaran Allah itu terlihat di mana-mana saja. Alam ini dengan segala ketakjuban yang kita lihat adalah bukti nyata tentang ayat-ayat Allah untuk dijadikan iktibar, contoh dan bukti tentang kewujudan dan keperkasaanNya.


Kita kerjakan umrah dan Haji dengan maksud mengajak diri kembali kepadaNya. Tawwaf yang kita lakukan adalah simbol kepatuhan kita kepada asas wehdah iaitu kesatuan. Apa pun yang kita tempuh dalam tawwaf samada kita dihimpit, disinggung, ditukis dan dipintas, kesabaranlah menjadi tunggak kekuatan kita. Bayangkan kita hubungkan tawwaf itu sebagai simbolik kehidupan, itulah sebenarnya gambaran cabaran kehidupan dan tawwaf mendidik kita mempunyai khadaf atau arah yang betul dimana menyatukan hati-hati insan supaya mempunyai halatuju yang sama dalam hidup ini iaitu memohon keredhaan Allah SWT. Oleh itu maksud ibadah yang diwajibkan dalam Islam ialah mengekalkan seseorang supaya sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Jiwa fitrahlah yang menjadi tunggak membangunkan kekuatan umat.


Apa yang menjadi isu di sini ialah mengapa ketekunan manusia melakukan solat, ketabahan mereka mengerjakan siyam, kesediaan mereka menghulurkan zakat-fitrah dan sadakah, keupayaan mereka melakukan umrah dan haji belum sampai mencetuskan suatu perubahan besar yang memungkinkan umat Islam menjadi sumber kekuatan membangun tamadun. Apakah ibadat yang dilakukan lebih bersifat adat atau ritual hingga menyebabkan keinsafan mendalam terhadap maksud solat sebenarnya tidak dirasakan. Apakah siyam yang dilalui hanya menyebabkan seseorang itu merasa lapar dan dahaga dan ianya bersifat tradisi sehingga semasa idilfitri pekerti sebahagian orang-orang Islam tidak membayangkan maksud hari kemenangan dari pengaruh-pengaruh yang tidak baik. Apakah umrah yang dilakukan berulang-kali dan haji yang disempurnakan lebih dari sekali hanya berlaku kerana ianya adalah suatu tuntutan agama atau ianya berlaku dalam kesedaran dan keinsafan bahawa ke Mekah dan ke Madinah mengingat kita tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat membangun umat dan sekaligus membangun Islam. Ramai yang ditemui selepas mengerjakan umrah dan haji, perangainya tidak banyak berubah. Sikap dan tingkahlakunya serupa dan sumbangan terhadap pembangunan umat Islam pun tidak sebanyak mana.


Pada asasnya ibadat yang disebutkan diatas semuanya memiliki risalah membangun diri, membangun jamaah dan ummah dan menimbulkan keinsafan yang mendalam bahawa Islam dan umatnya tidak akan mampu dihormati dan tidak akan berupaya menyaingi Barat sekiranya ibadat dilihat dalam perspektif yang sempit dan tidak dilihat sebagai sesuatu yang integratif sifatnya. Tidakkah dalam solat yang kita sempurnakan itu menuntut kita membina dan mematuhi kepimpinan yang baik tidak saja dari segi bacaan dan pimpinan sembahyangnya tetapi juga terhadap kepimpinan sistem dan juga negara. Tidakkah dalam siyam yang kita lalui menuntut adanya kualiti kawalan dan kesabaran yang penting bagi menghadapi cabaran. Lebih-lebih lagi cabaran terbesar manusia ialah cabaran hawa nafsu. Hawa nafsu dididik dan diasuh supaya tunduk kepada fitrah insani.


Tidakkah pada amalan zakat terdapat anjuran pentingnya kita mempunyai harta dan pentingnya harta didapati dari sumber yang halal dan mustahaknya harta itu dibersihkan supaya orang lain juga mendapat menafaat darinya. Tidakkah dengan melakukan umrah dan haji semakin mendekatkan kita kepada fitrah iaitu bagaimana kita melihat sepanjang gurun pasir yang maha luas, Rasulullah SAW dan para sahabat serta tabie-tabieen memperjuangkan Islam sehingga Islam sampai kepada kita pada hari ini. Apakah beradanya kita di Arafah tidak memberikan kita kesan simbolik tentang Yaumil Mahsyar dimana kita akan dihisab di depan Allah SWT nanti.


Baik Arkanul Iman atau Rukun Iman mahupun Arkanul Islam atau Rukun Islam, ianya menjadi landasan yang amat penting bagi asas kepercayaan dan asas amal bergerak seiring supaya umat Islam tidak saja hebat dari sudut ibadatnya tetapi menjadikan faktor ibadat sebagai pedoman hidup dalam melakukan apa saja pekerjaan di dunia ini. Sekiranya faktor ibadat dijadikan elemen ritual untuk menentukan dosa dan pahala saja ianya semacam terpisah dengan kepentingan dunia. Amal duniawi kita harus merangkum faktor rohaniah atau ritual dan bagaimana faktor ritual atau rohaniah menjadi landasan atau tunggak membentuk ilmu, pendidikan, ekonomi, teknologi, pengurusan dan lain-lain supaya faktor duniawi itu berkembang dalam kerangka aqidah, syariyyah, akhlak, muamalah yang akhirnya menepati maksud doa kita untuk kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirah. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.


Oleh itu perspektif memperkasa umat semestinya bertolak dengan memahami faktor ghaibiyyat yang menghubungkan Pencipta dengan Yang Di Cipta, menemukan fikir dan zikir, mempertautkan ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem dan ianya bakal menghasilkan peribadi-peribadi unggul dan cemerlang yang menggunakan kekuatan berfikir sebagai asas mengembangkan ilmu dan modal insan dan menggunakan kekuatan zikir sebagai menghubungkan dirinya dengan hikmah Allah. Hikmahlah merupakan anugerah terbesar Allah kepada yang dikehendakkiNya supaya manusia mempunyai pedoman dan suluh hidup yang sifatnya memandu dan menerangi.


Modal Insan dan Pembangunan Ilmu Kualiti modal insan bergantung kepada kekuatan ilmu dan kecanggihan ketrampilan yang dimiliki oleh seseorang. Masyarakat Barat memberi fokus yang yang sangat tinggi kepada pembangunan modal insan. Sistem pendidikan yang ditawarkan terutama di peringkat pengajian tinggi mampu melahirkan modal insan yang releven dengan perkembangan sains dan teknologi. Modal insan ini digerakkan untuk menjana kemajuan dalam semua bidang dan akhirnya mereka mampu menempa kemajuan dan perubahan.


Barat tidak saja membangunkan modal insan dalam lingkungannya sendiri dan memajukan sistemnya sendiri tetapi menggunkan kekuatan modal insan ini untuk mengembangkan pengaruhnya ke seluruh alam ini. Strategi globalisasi ini amat gagah cuba melakukan transformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup, resam budaya, dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu dan pendidikan, teknologi komunikasi dan maklumat, media cetak dan letronik terhadap umat manusia.


Bagi umat Islam tidaklah menolak Barat kerana kemajuan sains dan teknologinya atau tradisi keilmuan dan penyelidikan yang dilakukannya. Tetapi tradisi Islam melihat kepentingan falsafah, nilai dan hikmah disebalik perkembangan sains dan teknologi, keilmuan dan penyelidikan yang menghasilkan modal insan yang terlibat dalam arus globalisasi. Falsafah dan faham nilai di Barat banyak menumpu atau dilatari oleh faham materialisme atau kebendaan dan juga faham hedonisme atau berpoya-poya yang mendukung konsep hidup kerana hidup dan hidup tanpa akhirah. Bila pertimbangan akhirah tidak menjadi kepercayaan dan kefahaman mereka maka faktor duniawi dianggap segala-gala.


Oleh itu sistem kapitalisme Barat menghasilkan teori-teori ekonomi yang melihat sumber-sumber ekonomi diuruskan untuk maksud keuntungan, monopoli, eksploitasi kerana faham kapitalisme tidak mengambil pertimbangan keadilan, jurang negara kaya dan miskin, pengagihan sumber ekonomi secara seimbang, keadilan sosial tetapi lebih ideologikal terhadap penguasaan modal. Teori-teori ilmu dan pendidikan juga banyak menghubungkan manusia dengan kemajuan akal secara empirikal atau saintifik dengan menolak faktor agama yang dianggap sebagai dogmatik. Kaji-selidik yang berlaku tampak zahirnya maju dan berkembang tetapi ianya memajukan manusia secara kebendaan tidak terhadap kemanusiaan yang luhur.


Faham utilitarianisme atau keperluan nilaiguna semasa menyebabkan pertimbangan hari pembalasan tidak ada dalam benak mereka. Kalau adapun perlanggaran dan salahlaku hanya dirujuk kepada pertimbangan peraturan dan undang-undang semasa. Hal yang sama terhadap pembangunan teknologi, ianya banyak membantu kehidupan manusia tetapi pada akhirnya pembangunan teknologi menjadi jalan mengisi maksud fahaman kebendaan dan nafsu nafsi. Perkembangan media letronik umpamanya digunakan semahu-mahunya untuk menyuburkan industri hiburan yang bersifat nafsu-nafsi hingga menyebabkan pertimbangan nilai dan akhlak bukan isu bagi mereka. Akibatnya generasi muda di negara-negara lain atau di kalangan remaja Islam terikut-ikut sama dengan rentak dan gerak hiburan dan budaya popular sehingga hilang pertimbangan adab , akhlak dan kesantunan.


Globalisasi dengan strategi mengukuhkan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (World Bank) , memperkasakan Organisasi Perdagangan Antarabangsa (World Trade Organization) dan Rangkaian Gedung Komersial Antara-Benua (Trans-National Coporation) adalah gerakan gagah untuk memperkasa kewangan dan ekonomi dunia berasaskan sistem liberal kapitalis Barat. Kemajuan bidang teknologi komunikasi dan telekomunikasi (ICT) adalah mekanisme lain yang memperkukuh dan mempercepatkan perkembangan komersial , ekonomi dan ilmu pengetahuan umat manusia dibantu oleh alat-alat teknologi langit terbuka seperti satelit umpamanya yang menawarkan pakej hiburan, muzik, filem yang amat sensasi, separuh lucah dan lucah dan hedonistik sifatnya tetapi juga corak pembudayaan yang menyebabkan kecenderungan meniru cara gaya hidup Barat amat ketara.


Ini bukan bermakna bahawa tidak ada menfaat berbanding dari Barat yang boleh kita ambil. Kelemahan kita ialah membiarkan diri kita sebagai masyarakat pengguna dan penciplak terhadap perubahan orang lain dan tidak mampu menghasilkan sumber-sumber itu berasaskan acuan kita sendiri. Tradisi Islam tidak menolak kepentingan ilmu dan teknologi. Tetapi inti kepada kemajuan Islam pada masa lalu ialah kekuatan aqidah dan akhlak, ilmu dan adab membentuk watak ilmuan dan karyawan, pemimpin dan masyarakat yang peka terhadap faktor duniawi dan ukhrawi, prihatin terhadap pengurusan sumber rahmah dan nikmah dari Allah, melakukan dakwah untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah dan mendidik mereka benci kepada kemungkaran, kefasadan dan kezaliman.


Pembangunan Modal Insan dalam konteks acuan kita sendiri mestilah bertunjangkan ilmu yang mampu menyuburkan ketrampilan Mengurus Diri dan keupayaan Mengurus Sistem. Islam tidak menolak kepentingan matematik kerana kejadian alam dan pergerakannya adalah matematikal. Islam tidak menolak usaha penerokaan dan penyelidikan kerana anjuran tadabbur atau kajiselidik dari Allah menganjurkan sifat syukur terhadap penemuan-penemuan yang memperlihatkan kebesaranNya, bukan bersifat takabbur dan menyalahgunakan penemuan saintifik untuk merosakkan alam, kehidupan dan peradaban insan. Jiwa tadabbur harus membimbing manusia kembali dan kekal dalam fitrah kerana manusia tidak melakukan penciptaan kerana manusia hanya mampu mereka dan menggubah sesuatu supaya menjadi lebih kreatif.


Oleh itu kurikulum pendidikan di semua peringkat harus di rombak semula supaya mendidik ilmu Mengurus Diri mestilah mampu disepadukan dengan ilmu Mengurus Sistem. Dalam bahasa yang mudah faktor-faktor nilai, hikmah dan pedoman baik harus sifatnya merentasi disiplin ilmu. Sekiranya ini dapat dilakukan secara bijaksana dan kreatif metodologi pengajaran pembelajaran tidak hanya memperkasa ingatan dan hafalan tetapi menjadikan pelajar faham dan mengembangkan pemikirannya disamping menghasilkan kesan penghayatan dan amalan yang baik. Inilah bentuk Modal Insan yang harus kita bangunkan.


Kebebangan Intelektual Sejak negara-negara di rantau Alam Melayu mencapai kemerdekaan, masalah pokok yang dihadapi ialah keinginan di kalangan sesetengah pejuang kemerde- kaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan terhadap dasar-dasar yang ditinggalkan oleh penjajah. Ratusan tahun umat Islam di jajah dirantau ini menyebabkan psikik mengkagumi Barat masih lekit dalam pemikiran, psikik feudal masih utuh dalam amalan dan upaya ilmu dan pendidikan yang Islami sifatnya berkembang dalam batas yang amat ritual dan rohaniah sifatnya.


Ianya menyebabkan perubahan yang bersifat simbolik berlaku tetapi tidak berkembang dalam skop ilmu yang integratif dan mampu menjana pembaharuan yang menterjemahkan Islam sebagai Suatu Cara Hidup. Tradisi pondok dan madrasah, pesantren dan maahad masih menumpu memperkasa ilmu mengurus diri secara ritual dan kurang fokus terhadap ilmu-ilmu Mengurus Sistem. Peranan institusi ini amat besar menjadi benteng keyakinan umat terhadap Islam tetapi belum mampu menjadikannya wadah membangun ilmu yang sepadu dan menghasilkan ulama’ dan ilmuan yang dilibatkan dalam arus penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara. Keadaan yang dikotomus ini menyebabkan konflik yang berpanjangan berlaku antara pendukung Darul Islam atau Negara Islam dengan kelompok status-quo yang masih teguh dengan strategi keBelandaan dan keInggerisan dan menyebabkan konflik bina negara menghasilkan jurang sehingga ke hari ini.


Munculnya gerakan politik Islam dan gerakan dakwah menjadi faktor yang amat penting dalam upaya pembaharuan yang dicetuskan sejak kemerdekaan di capai. Sayangnya pendekatan umumiyyat yang dipancarkan menerusi retorika dan program-program pendidikan dan pembangunan sosial masih belum mampu memberikan makna dan isi terhadap pembaharuan yang ingin dicetuskan. Akhirnya parti politik Islam dan gerakan dakwah sebahagiannya menjadi parachiol atau sempit dalam kelompoknya dan tidak menjadikan strategi wehdah atau kesatuan fikrah dan arah sebagai gerakan yang sifatnya alamiah dan mampu mengisi pembangunan ilmu yang Islami sifatnya.


Ianya menyebabkan keinginan berubah yang tinggi dengan kemampuan ilmu dan stretaegi yang terbatas. Cita-cita ke arah Darul Islam atau Negara Islam amat kulliyy tetapi upaya transformatif masih di tahap minimal. Tradisi intelektual tidak berkembang dan kejumudan berfikir masih kuat. Keadaan ini menyebabkan wujudnya penyakit kebebangan intelektual yang parah. Akhirnya lahir suatu keadaan yang amat kritikal dimana strategi hitam-putih berkembang, kaedah menghukum menjadi subur dan isu-isu agama tidak didekati secara ilmu dan intelektual tetapi didekati dengan emosi dan sikap reaktif terhadap situasi. Ianya tidak melahirkan dai’ dan murabbi atau pendakwah dan pendidik yang mampu menekuni kerja-kerja dakwah dengan sabar dan bijaksana berasaskan kefahaman terhadap realiti atau waqie dan faham akan faktor-faktor sezaman dan cabaran lingkungan yang sentiasa menuntut kebijaksanaan dan upaya strategik yang reflektif dan ijtihadik sifatnya.


Acuan Kita Sendiri Pembaharuan proses pengilmuan dan pendidikan dalam konteks globalisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Asas-asas fundamental dalam pembangunan modal insan harus menjadi fokus dalam proses pengilmuan dan pendidikan yang sifatnya integratif. Memberi respon tentang keperluan pasaran serta perkembangan pasaran kerja semata tidak memadai untuk membangun modal insan yang memiliki sahsiah unggul. Jenis cabaran kehidupan manusia pada masakini dan masadepan tidak hanya dalam kepentingan maklumat, ilmu dan penguasaan teknologi yang sifatnya mekanistik tetapi tuntutan terhadap keluhuran hatibudi insan yang menghayati nilai-nilai teras yang tinggi disamping watak kemanusiaan yang memahami erti persaudaraan dan ukuuwwah supaya komunikasi yang berkembang mempertautkan hati-hati insan seutuhnya.


Acuan kita sendiri tidak semestinya menolak faktor Barat dan Timur yang bermenafaat tetapi umat Islam harus memiliki upaya menyaring yang tinggi supaya mereka tidak hanya bertahan sebagai umat pengguna semata-mata tetapi akhirnya mampu menjadi umat penyumbang yang dihoramti dan disegani.


Ilmu dan pendidikanlah yang perlu melalui proses pembaharuan supaya sistem pendidikan yang berjalan, kurikulum integratif yang diajarkan dan sistem nilai yang dijadikan landasan pengajaran-pembelajaran membolehkan lahirnya modal insan yang mampu menekuni karenah zaman dan cabaran lingkungan.
Pada masa yang lalu acuan proses pengilmuan dan pendidikan telah menghasilkan produknya. Bagi menghasilkan produk modal insan yang Islami, integrasi Ilmu Mengurus Diri dan Mengurus Sistem harus berlaku dengan perancangan kurikulum yang baik, metodologi pendidikan yang menimbulkan kesan penghayatan dan penguasaan ketrampilan yang terkini supaya ianya menghasilkan jenis modal insan yang mampu mendepani cabaran globalisasi dan menjadikan umat Islam sebagai penyumbang terhadap tamadun umat manusia.


Sidek Baba adalah profesor yang bertugas di Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebelumnya beliau menjabat sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin sejak 1994-2002. Beliau pernah menjadi Dekan Pusat Matrikulasi UIAM pada tahun 1992-1994.

Apa itu syiah? Mari kenali mereka...




Olahan: zhafri

Pengenalan Kepada Syiah





Syiah ialah golongan yang mendakwa Saiyyidina Ali lebih utama daripada para sahabat-sahabat yang lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain . Inilah perkara pokok yang membezakan golongan syiah dengan golongan-golongan Islam yang lain.




Terdapat beberapa banyak aliran di dalam syiah itu sendiri yang pada dasarnya mempunyai konsep tersebut di atas . Tetapi aliran-aliran itu berbeza antara satu satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman –fahaman atau ajaran –ajaran yang berbeza.




Tetapi tumpuan yang utama akan diberikan Syiah Imamiyah Ithna Asyariyyah kerana para ulama mempertikaikan bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas tercetusnya revolusi di Iran. Ahmadinejad dan puak Hizbullah, yang digela sebagai “hero” dunia Islam sebenarnya adalah tediri daripada Syiah.



Syiah Imamiyah ithna ‘Asyariyyah ialah syiah yang mempercayai keimanan dua belas orang imam secara berturutan seperti di bawah ini :-



1. Ali bin Abi Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husin bin Ali
4. Ali Zainal Abidin bin Husin
5. Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin
6. Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
7. Musa al-Kazim bin Ja’far as-Sadiq
8. Ali ar-Ridha bin Musa Kazim
9. Muhammad al-jawaad bin Ali Ridha
10. Ali bin Muhammad al-jawaad
11. Hasan bin Ali al-Askari
12. Muhammad bin Hasan al-Askari al-Mahdi

Contoh penyelewengan Syiah ialah :-



1.Al-Quran sudah diseleweng-
Syiah
Syiah percaya bahawa Al-quran sekarang ini telah diubah , diseleweng dan ditokok tambahkan. Di dalam kitab Al-fashlu Al-Khitaab at-thabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi .
” Bahawa tokoh-tokoh syiah telah bersepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-quran “
Islam
Menurut Islam orang yang meragui walau satu huruf dalam Al-quran adalah orang kafir. Namun apabila orang Islam itu sendiri meragui keaslian dan kesyumulan Quran , secara automatiknya segala amalan dan perbuatan baik yang dikerjakannya tertolak sebab Allah tak menerima ibadat orang-orang kafir.



2. Kemuliaan pada sifat berpura-pura( taqiyyah)
Syiah
Dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi , juzu’ 2 oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ya’kub bin Ishak al-Kulaini al-razi , hal. 217 :Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abu Umar alA’jami katanya Abu Abdullah a.s berkata kepadaku “Wahai Abu Umar ,sesungguhnya Sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orng yang tidak mempunyai taqiyyah dan taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu , kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf”
Ditempat lain Iman Ja’far As-sadiq berkata kepada Sulaiman bin Khalid :” Wahai Sulaiman ! Sesungguhnya engkauberada di atas agama yang sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina Allah”.
Islam
Taqiyyah merupakan konsep atau ciri-ciri yang tidak dapat dipisahkan dari fahaman syiah. Dalam Isdlam , sifat ini merupakan sifat-sifat tercela dan pengamalnya digelar sebagai munafik. Taqiyyah bermaksud berbohonh atau berpura-pura. . Ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syiah lantaran jelas mereka melaksanakan kebohongan. Sehubungan itu ,Imam Syafie berkata “Tidak pernah aku melihat aku pihak yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiah (A-lKifayah, hal.49 ,as-sayuti ,Tadrib Ar-Rawi,jilid 1 ,hal. 327)

3. Mengkafirkan Para sahabat Rasulullah s.a.w
Syiah
Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-majilisi juz 27 , hal. 64-66: Kebanyakan para sahabat adalah munafik , tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka . Tetapi apabila mereka wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini saidina Ali berkata “ Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman , Abu Dzar, Miqdad dan Ammar dan perkara ini tidak ada masalah lagi”.
Islam
Nabi Muhammad mengumpamakan Para sahabat sebagai bintang bergemerlapan di langit. Mereka juga dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t melalui lidah Rasul-Nya.

4. Imam Adalah maksum
Dinyatakan dalam kitab “Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 27: Akidah Kami tentang imam itu maksum ,Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi ,ia ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat buruk dan keji yang nyata dan tersembunyi , semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain .



5. Imam itu dianggap lebih tinggi daripada nabi-nabi.a.s
Perkara ini dinyatakan dalam banyak kitab muktabar syiah. Antaranya ialah imam-imam boleh menghidupkan orang mati , menyembuhkan penyakit sopak dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: “ Tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi Muahammad s.a.w serta diberikannya juaga sesuatu yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumnya . Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad pasti akan diberikan kepada Amirul Mukminin Ali. A.s. bahkan kepada Hassan , Hussin a.s kemudian kepada Imam-imam selepasnya sehingga hari Kiamat dengan ditambahkan ilmu-ilmu yang baru( yang tidak dimiliki nabi-nabi) pada setiap tahun , pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap saat”.-Biharul Anwar JILID 27 HAL.29


Implikasi ajaran syiah



1.Secara automatiknya Qur’an dinisbahkan kepada atau kitab biasa yang kesahihan dan kerelevanannya dapat dipertikaikan Ajaran ini tidak ada beza dengan fahaman Islam(?) Liberal yang menekankan bahawa perlu adanya kritis Al-Qur’an disebabkan mereka berpendapat bahawa ajaran yang terdapat dalam Al-Quran tidak sesuai DIGUNAPAKAI pada zaman ini, dan Al-Qur’an yang kita baca hari ini tidak terlepas dari “tangan-tangan “ ghaib yang mengubah kalam Allah secara perlahan-lahan. Bila Al-Qur’an yang selama ini dijadikan sebagai suatu rujukan sejak ia diturunkan kepada nabi Muhammad tidak lagi dipercayaai , kitab mana yang kita nak pakai dan dijadikan rujukan ?Kitab Islam Hadhari? Mana ada kitab…Kesimpulannya, kedua-dua ajaran ini ada perkaitan walaupun syiah sendiri mengkafirkan dan memusuhi golongan Islam Liberal.



2. Hadis dan sirah Nabi Muhammad tidak lagi digunapakai disebabkan mereka mengatakan bahawa sahabat-sahabat nabi semua kafir kecuali 4 orang yang telah disebutkan tadi. Tetapi hadis-hadis yang ahlus-sunnah wal jamaah guna pada hari ini datangnya dari sanad-sanad yang berasal dari para sahabat yang turut sama melihat cara hidup nabi, mendengar pertuturan nabi, dan merasai pahit maung perjuangan bersama nabi. Para sahabat ini telahpun dikafirkan. Patutkah sahabat-sahabat yang telah “dikafirkan” ini diikuti dan dipercayai oleh umat Islam? Fahaman ini tiada beza dengan fahaman ANTI-HADIS, tetapi sebab –sebab penolakan hadis adalah berbeza sedikit (mereka tidak mengkafirkan para sahabat) ,iaitu para sahabat tidak terlepas daripada melakukan kesilapan . Mereka berpendapat bahawa hadis ini adalah rekaan para fuqaha, alim ulama mazhab, para sahabat, dan 2 ke 3 generasi selepas generasi sahabat



3. Cuba lihat filem fitna oleh Wilder…apakah ini yang telah diajar oleh Nabi Muhammad? Adakah ini ajaran yang diturunkan oleh Allah s.w.t? Menyiksa diri sehingga berdarah semata-mata ingin menghapus “dosa warisan” ? dan penyesalan terhadap penganiayaan (?) yang berlaku terhadap keluarga Ali? Ia seolah-olah menggambarkan bahawa islam itu suatu agama yang menyeru para pengikutnya menyiksa diri untuk mendapat redha dari tuhannya… Apa bezanya mereka ini dengan ajaran kristian yang menekankan keagaman dari segi konsep dosa warisan ?

Ajaran Syiah ada dimana-mana…ia telah meresap masuk ke beberapa buah negeri di semenanjung termasuklah Kelantan(negeri ambo tu!) Johor, Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Gombak ,terdapat sebuahtempat yang telah diberi nama Hauzah Ar-Ridha yang menyebarkan ajaran syiah…boleh tengok ritual di sini….. di Kelantan , kawasan Tanah Merah telah dikenalpasti sebagai tempat penyebaran syiah melalui ajaran Hassan Anak Rimau .
Ia juaga telah memasuki beberapa institusi keagamaan diMalaysia.. video akan disertakan…. Penyebar ajaran syiah dah boleh masuk tv dan menjadi ahli panel bagi sebuah ceramah agama bersempena PRU lepas…
Hebat Hizbullah? Lantang Ahmadinejad? Kuat Iran? Alim Khomeini? Cuba fikir-fikirkan

Khamis, Mac 18, 2010

Kenyataan akhbar Aqsa Syarif: Situasi terkini di Baitul Maqdis


Kenyataan Media AQSA SYARIF
19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi’ulakhir 1431


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka.


Upacara perasmian kuil pada 15 Mac yang lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu adalah percikan api pertama yang akan mencetuskan ledakan besar. Ekoran dari tindakan provakasi ini, Khaled Mish’al tokoh dan jurucakap HAMAS di Damsyik menggesa supaya rakyat Palestin bangkit melancarkan intifadah demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Tanah Suci Baitul Maqdis. Tindakan Israel membangunkan tempat ibadat mereka di kawasan penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian adalah jelas menggunakan sentimen keagamaan untuk melanjutkan agenda jahat Zionis untuk menguasai Baitul Maqdis.

Perancangan ini adalah seiring dengan pengumuman Tel Aviv untuk meneruskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi yang menempatkan tambahan 1,600 unit apartment di Baitul Maqdis timur. Meskipun Israel bersetuju untuk menghentikan projek penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dalam semua perundingan damai yang dicapai bersama pihak berkuasa Palestin sejak dari Perjanjian Oslo 1993 sehinggalah Konferens Annapolis pada tahun 2007, namun seperti yang dijangka, Israel sama sekali tidak akan menghormati syarat-syarat rundingan damai tersebut.


Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara haram Israel bahawa Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai ‘Judea’ dan ‘Samaria’ adalah bahagian yang integral dari negara Israel dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diwartakan sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah-tanah rakyat Palestin yang mereka rampas adalah bertujuan untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Kehadiran kuil Hurva adalah pelengkap kepada cita-cita untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya dengan mengeluarkan rakyat Palestin yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam saat-saat situasi cemas yang berlaku kini di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa maka AQSA SYARIF menegaskan berikut:-

1. AQSA SYARIF menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci Baitul Maqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.

2. AQSA SYARIF menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat-syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di sana pasti akan menggagalkan proses rundingan damai dan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian dua negara.

3. AQSA SYARIF menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca dari dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan regim Zionis itu meskipun ia bertentangan dengan prinsip undang-undang dan hak asasi.

4. AQSA SYARIF menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat regim Zionis yang berselindung di sebalik proses rundingan damai untuk melanjutkan agenda pendudukan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. AQSA SYARIF yakin bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang ampuh ialah dengan seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyatakan solidariti mereka terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dari pendudukan Zionis. Umat Islam juga wajib membantu baik dari segi kewangan dan moral serta mempertahankan hak rakyat Palestin dalam forum-forum antarabangsa.

5. AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L’oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. AQSA SYARIF mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction – kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (civil society) kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.

6. AQSA SYARIF juga menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.

7. AQSA SYARIF mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten di dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. AQSA SYARIF akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim Zionis Israel.

8. AQSA SYARIF juga tidak lupa untuk merafaqkan sembah kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel sejak negara mencapai kemerdekaan dan konsisten di dalam menyanggah pendudukan regim zionis Israel ke atas bumi Palestin.
Sekian kenyataan AQSA SYARIF dan semoga rakyat Palestin terus teguh di dalam perjuangan mereka dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang di jalan Allah swt.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF


AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor. No. Telefon: 013-7444428; E.mail: admin@aqsasyarif.com; myhasanuddin@gmail.com; Laman Web: http://www.aqsasyarif.com/.

Rabu, Mac 17, 2010

Program Survey Tanjong Tokong


PROGAM SURVEY TANJONG TOKONG


Objektif: Membantu survey kehendak penduduk Tanjong Tokong samaada mereka inginkan pembangunan(pindah) ataupun penempatan mereka dikekalkan .


Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)


Bermula : 8.00 pagi hingga 2.00 petang


Pengangkutan akan disediakan .


Hubungi Nurfitri Amir untuk keterangan lanjut : 013-7069509

Mohon sebarkan

Ahad, Mac 14, 2010

Ulama: Dimuliakan Atau Disucikan?

Disiarkan pada Mar 07, 2010 dalam kategori Akidah
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin(moasriza@yahoo.com)

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi.
Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.
Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan.
Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.
Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara ‘membabi buta’. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.
Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya.
Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah ‘takabur yang nyata’, namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata ‘benar!’.
Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.
Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: “Aku mufti aku mesti betul”, atau “Aku tok guru aku tak akan salah”, atau “Aku ustaz, kau siapa?!”.
Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran ‘ulama’, ‘tok guru’, ‘ustaz’, ‘kiyai’, dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.
Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.
Sebab itu, ada golongan yang dinamakan ‘ulama jahat’. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar ‘gelaran’ atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.
Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda ‘wang besar’ ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.
Mereka ini kadang-kala cuba berperwatakan melebihi watak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Sehingga seseorang memaklumkan kepada saya bahawa di tempatnya, ada penceramah (barangkali ada tauliah) berceramah tentang kelebihan guru tarekatnya yang boleh berhubung langsung dengan nabi dan para wali.
Ceritanya itu mengingatkan saya kepada apa yang pernah disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menjawab golongan sufi yang seperti itu di zamannya, kata beliau:
Dalam kalangan mereka (golongan sufi) ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan telah lama mati. Lalu dia (jelmaan itu) berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”.
Ulas Ibn Taimiyyah lagi : « Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak tahu dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Akulah Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad” ».
Kata Ibn Taimiyyah lagi : « Aku tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi S.A.W keluar daripada hujrah (bilik persemadian atau kubur) baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menganggap ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.
Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi S.A.W, lalu Ibn Taimiyyah menyebut: “Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (ilmuwan agung Andalus, minggal 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (para sahabat Nabi s.a.w yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi S.A.W (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah telah bercanggah pendapat (selepas kewafatan Nabi s.a.w) dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi S.A.W. dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda, adakah beliau bertanya Nabi S.A.W dan baginda menjawabnya”. (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399, Riyadh: Maktab al-`Abikan).
Namun, malang sekali sepanjang sejarah, masih ada yang termakan dengan perkara-perkara yang seperti ini disebabkan mereka gagal membezakan antara menghormati tokoh agama dan mensucikannya. Cenderungan sesetengah penceramah agama melarang fikiran kritis dan akal yang aktif umat Islam, amat bercanggah dengan ajaran Islam.
Mereka itu sering berkata: “terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal”. Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan.

Ahad, Mac 07, 2010

Daurah Sunnah- Dakwah dan Tarbiyyah Mengikut Al –Qur’an dan As-sunnah dengan kefahaman salafussoleh


Objektif : Memahami apa itu dakwah , cara berdakwah , keutamaan dalam dakwah, tarbiyyah diri , ilmu dan dakwah .


Fokus : Pengurusan diri dan akhlak , pengenalan amar makruf nahi mungkar ,memahami dakwah dalam menempuh cabaran dunia dakwah

Tarikh :

13 Mac 2010 (Sabtu)


Tempat :

Institut Ibn Qaiyyim , Bukit Mertajam


Tentatif :

8.30 pagi : berkumpul di Universiti Sains Malaysia (USM)
10.30 pagi : Slot Ceramah 1: Kewajipan berdakwah
Oleh : Ustaz Abdul Kadir bin Sahak
11.30 pagi : Kudapan
12.00 tengah hari : Ta’aruf dan perbincngan
1.30 petang : Solat dan makan (makanan disediakan)
2.00 petang : Slot Ceramah 2
Oleh : Ustaz Sobri Hanif
3.30 petang : Brainstorm Agenda Dakwah
4.30 petang : Bersurai

Anjuran :


Gabungan Mahasiswa Tajdid (GMT) Bahagian Wilayah Utara


Berminat untuk berdaftar atau mengetahui lebih lanjut tentang program ? Hubungi Akh Zhaf di talian 019-4554508 atau Ukht Husna USM di talian 017-6713370

Jumaat, Mac 05, 2010

Ringkasan Laporan Situasi Penularan Video Lucah Tempatan Di Internet Dan Telefon Bimbit



Ringkasan LaporanPenularan Video Lucah Tempatan Melalui Internet dan Telefon Bimbit


Premis Kegiatan seks bebas dikalangan muda – mudi di Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Sejak sekian lama isu ini dibincangkan dari semasa ke semasa oleh pelbagai pihak namun nampaknya tidak ada penambahbaikan yang benar-benar berlaku terhadap masyarakat melainkan kegiatan ini semakin bertambah dan salah laku seks dikalangan masyarakat kita terutama remaja semakin menjadi-jadi.


Jika dua puluh tahun dahulu, salah laku seks dilakukan secara tersembunyi di rumah-rumah sunyi, di dalam hutan dan semak-semak agar tidak diketahui orang. Namun, sekarang ia telah menjadi satu barah yang sangat kritikal. Para pemuda kita pada hari ini seolah-olah tidak lagi malu untuk melakukan seks di mana-mana tempat yang mereka suka.


Bahkan mereka seolah-olah berbangga melakukan seks bebas apabila mereka merakam perbuatan seks mereka sendiri. Kegiatan jenayah seks seperti cabul, rogol, sumbang mahram, dan gangguan seksual kini semakin tidak terkawal.


Peningkatan jumlah kes salah laku seks dewasa ini sangat berkait rapat dengan penularan video lucah yang tidak terkawal didalam masyarakat. Kemudahan untuk mengakses bahan ini sama ada melalui internet, kedai cd dan dvd malah melalui telefon bimbit telah menjadikan aktiviti seks bebas semakin diamalkan oleh belia-belia kita.


Video-video lucah luar negara dengan pelbagai aksi seks yang baru kepada masyarakat timur telah menjadi bahan rujukan oleh remaja-ramaja kita untuk meniru dan seterusnya merakam aksi seks sendiri versi Malaysia. Sekarang, dengan begitu mudah video-video lucah lakonan anak tempatan ini dapat diakses sama ada melalui internet atau telefon bimbit.


Video Lucah TempatanMajoriti video lucah tempatan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit. Selain itu, videocam dan juga kamera litar tertutup turut digunakan untuk merakam aksi-aksi lucah.


Video-video ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara rakaman, jenis aksi, identiti individu di dalam video, lokasi seks dan jenis institusi (sekolah, syarikat, IPT) yang dikaitkan dengan individu didalam video.


Jenis-jenis video lucah ini membolehkan beberapa ‘keyword’ atau ‘tag’ dicipta untuk setiap video supaya video yang dimaksudkan mudah untuk dicari di internet. Kaedah penyebaran video lucah tempatanPerkara dasar kepada permasalahan video lucah ini adalah kehilangan nilai moral masyarakat terutamanya muda-mudi yang meniru gaya hidup seks bebas barat, malah merakam pula aksi seks terbabit dengan alasan untuk dijadikan bahan kenang-kenangan. Apa yang lebih membimbangkan adalah budaya rogol yang semakin menjadi-jadi.


Budaya ini menjadi semakin terkenal dengan wujudnya telefon bimbit berkamera. Idea untuk merakam aksi seks sebagai kenangan juga datang daripada barat dan video-video versi barat ini mudah untuk ditonton di internet. Video-video lucah aksi peribadi versi tempatan pula boleh didapati secara mudah diinternet dengan munculnya laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian ‘file’ peribadi secara percuma diinternet.


Perkhidmatan ini disebut sebagai ‘file hosting’. Video-video lucah tempatan ini tersebar sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Video ini akan disebarkan dengan sengaja biasanya apabila si lelaki ingin membalas dendam dengan memalukan si perempuan apabila mereka memutuskan perhubungan. Begitu juga dengan video lucah versi rogol dan skodeng termasuk video lucah yang dirakam bersama pelacur.


Menjadi kebiasaan juga video-video lucah rakaman sendiri ini tersebar apabila telefon bimbit atau laptop yang mengandungi aksi ini dicuri atau hilang. Pencuri terbabit biasanya akan menyebarkan video ini di internet. Selain daripada video yang didapati daripada laman ‘file hosting’, video lucah tempatan juga biasanya mudah ditonton daripada laman yang menyediakan ‘video streaming’ (penyiaran video) dengan aplikasi sosial.


Perniagaan dan Promosi Video Lucah Tempatan Di Premis NiagaLambakan video lucah boleh didapati dipremis – premis kedai video cetak rompak, pasar-pasar malam, dan juga dijual terbuka ditepi-tepi jalan pada waktu-waktu tertentu. Namun, kebiasaannya video-video lucah yang dijual melalui vcd atau dvd ini merupakan video lakonan luar negara. Video lucah tempatan seperti ini jarang-jarang dijual melalui vcd atau dvd.


Jika ada pun jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ia tidak praktikal kerana lazimnya video-video lucah tempatan ini adalah video rakaman sendiri menggunakan kamera telefon bimbit dan kualiti rakamannya tidak sesuai untuk ditonton melalui vcd. Video-video lucah ini biasanya ditonton melalui internet atau telefon bimbit.


Oleh itu, selain video-video yang diedarkan melalui internet wujud pula perkhidmatan menjual video-video ini secara ‘softcopy’ dikedai-kedai telefon bimbit dan kedai-kedai yang menawarkan ‘ringtones’, muzik dan permainan untuk telefon bimbit. Bawa sahaja telefon yang mempunyai aplikasi video beserta dengan memori kad, dengan RM30, momori kad (1 atau 2 Gigabite) akan diisi penuh dengan video-video lucah. Pilihan boleh dibuat antara video lucah asing dan video lucah tempatan.


Dengan adanya telefon bimbit canggih juga, seseorang boleh berkongsi video lucah melalui MMS dan Bluetooth. Budaya bertukar-tukar video telefon bimbit ini telah menjadi satu norma kepada belia apabila mereka melepak atau berhimpun bersama-sama. Mereka yang mempunyai video lucah terbaik dan terbaru akan berbangga untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Jika video terbabit adalah video rakaman diri sendiri, kebanggaan mereka akan lebih terserlah.


Tiada rasa malu. Walaupun video lucah asing lebih melampau aksi kelucahannya, namun video aksi anak tempatan lebih diminati mungkin kerana wajah-wajah dalam video berkenaan lebih dekat pada hati mereka.Telefon Bimbit Tiruan China MobilePenyebaran video lucah melalui telefon bimbit telah lama berlaku dalam masyarakat, namun ada fenomena baru yang dicipta oleh telefon-telefon yang disebut sebagai China Mobile yang merupakan telefon import yang dihasilkan di China dengan meniru beberapa ciri yang ada pada telefon bimbit jenama yang terkenal.


Bentuk dan lambang yang digunakan pada telefon ini jelas menunjukkan percubaan syarikat dari China ini untuk mengelirukan pengguna, antara jemana yang ditiru adalah Sony, Nokia dan Apple. Model tiruan yang dihasilkan tidak meniru seratus peratus ciri yang ada pada jenama sebenar, terdapat beberapa ciri yang khas yang disertakan pada telefon China Mobile ini seperti aplikasi TV dan dual simkad.


Melalui penyiasatan yang dilakukan, telefon ini dibawa masuk kedalam negara ini melalui pengedar tunggal. Ini dapat dilihat apabila terdapat kawalan harga paling rendah terhadap telefon jenis ini. Sebagai contoh, telefon China Mobile model A968 yang terdapat lambang Sony Vaio padanya dijual dengan harga paling rendah rm300 selepas tawar-menawar dimana-mana kedai pun. Harga yang dipamerkan dikedai-kedai untuk telefon jenis ini adalah diantara rm400 hingga rm450. Tiada satu kedai pun yang dibenarkan menjual dengan harga kurang daripada rm300 walaupun mereka mampu untuk menjual dengan harga itu.


Promosi Video LucahOleh kerana telefon jenis ini dijual dihampir kesemua kedai telefon bimbit dan harga tawar-menawarnya dikawal, maka para peniaga mesti memikirkan bagaimana untuk menarik minat orang ramai supaya membeli China Mobile daripada kedai mereka. Kerana hanya memikirkan keuntungan, para peniaga ini sanggup mengambil kesempatan diatas keruntuhan moral para belia kita.


Video-video lucah tempatan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia dijadikan bahan promosi untuk melariskan jualan telefon bimbit mereka. Caranya, setiap telefon ini akan ditawarkan secara pakej dengan video lucah percuma beserta memori kad 1 atau 2 Gb.


Mereka hanya akan menawarkan promosi ini kepada pelanggan yang dilihat ‘berpotensi’ sahaja. Jika mereka melihat pelanggan tidak berminat pada video lucah, mereka akan menawarkan lagu-lagu dan ringtone sebagai ganti. Namun, melalui tinjauan yang dilaksanakan, kebanyakkan pembeli telefon bimbit ini akan teruja dan mahu membeli telefon berkenaan daripada peniaga yang menawarkan video paling banyak, paling mengujakan dan paling terbaru.


Para peniaga ini juga tidak segan-silu menjemput pembeli untuk membeli video-video yang baru setelah video percuma yang diberikan itu puas ditonton. Jika video yang ditawarkan oleh peniaga sudah ada dalam koleksi pembeli, maka pembeli terbabit boleh menukarkannya kepada video yang lain. Kegilaan membeli video lucah dikedai telefon bimbit ini dilihat sudah mancapai satu tahap yang serius. Boleh dikatakan ia telah menjadi satu industry kecil.


Para peniaga akan mengumpulkan seberapa banyak video lucah tempatan dari internet dan mereka juga sanggup membeli video lucah buatan sendiri atau ‘skodeng’ yang terbaru daripada pelanggan untuk dijadikan koleksi berharga yang boleh dijual kembali.


Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakkan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah dan individu dewasa yang mungkin mempunyai keupayaan terbatas untuk memuat turun video ini daripada internet. Kesan terhadap masyarakatKesan penyebaran dan kegilaan video lucah lebih-lebih lagi video yang mempamerkan wajah-wajah tempatan adalah sangat buruk.


Tidak dapat dinafikan, kehadiran telefon bimbit berkamera dan boleh memainkan video telah membawa kepada peningkatan jumlah video lucah buatan sendiri. Jika dahulu, untuk menonton video lucah, remaja dan belia perlu berhimpun dirumah-rumah bujang yang mempunyai pemain video, kini dengan telefon bimbit, nafsu mereka boleh dirangsang dimana-mana pun. Di dalam sekolah, di bilik tidur, di tandas, di pejabat, di dalam bas, di stesyen bas, di dalam pasaraya, di tepi jalan malahan di dalam kawasan surau dan masjid pun boleh ditonton tanpa sesiapa mengetahui.


Cuba bayangkan apa perasaan yang akan timbul didalam diri lelaki, tidak terkecuali perempuan setelah video ini ditonton. Kebetulan setelah menontonnya di dalam bas yang kurang penumpang, naik seorang wanita cantik duduk disebelah. Macam-macam boleh berlaku selepas itu. Kehadiran lambakan video-video lucah ini juga menggalakkan pasangan-pasangan yang bercinta seawal usia 11 tahun untuk melakukan seks dan selepas itu timbul pula kes-kes buang anak dan peningkatan jumlah anak luar nikah.


Kejadian rogol dan zina yang dirakam didalam kawasan sekolah yang heboh diperkatakan juga adalah berpunca daripada penyebaran video-video ini melalui telefon bimbit yang dibawa ke sekolah. Jelas sekali kesan sosial yang sangat buruk yang dibawa oleh video-video seperti ini. Selain kesannya kepada masyarakat dalam bentuk salahlaku seks, imej negara dan bangsa juga akan tercalar dimata masyarakat dunia.


Cuba kita taibkan perkataan ‘melayu’ atau ‘malaysia’ pada ‘search engine’ untuk video, maka yang akan keluar dahulu adalah beratus-ratus video-video lucah tempatan. Ini adalah satu perkara yang amat memalukan. Tinjauan yang dilakukan mendapati, video-video lucah tempatan ini ada yang sudah dipamerkan oleh laman-laman web lucah perdana antarabangsa dengan tajuk dan komen yang mempersendakan imej negara seperti ‘Malaysian just pretend to be conservative’ dan ‘Cute veiled malay get wild’.


Cadangan


Berikutan dengan pendedahan ini, pihak kerajaan diharapkan dapat memainkan peranan yang sewajarnya untuk mengawal perkara ini supaya ia tidak menjadi lebih buruk. Dalam kes penjualan dan penyebaran bahan lucah, sudah ada undang-undang yang melarang perkara ini daripada berlaku. Namun, penguatkuasaan akta ini dilihat tidak berlaku dengan menyeluruh.


Kekerapan serbuan pihak-pihak berwajib terhadap sendiket penghasilan dan penjualan video lucah dilihat masih tidak mencukupi. Penguatkuasaan akta ini juga belum lagi dilaksanakan terhadap peniaga-peniaga telefon bimbit yang menjual video lucah secara muat turun sama ada ke telefon bimbit daripada computer atau ke komputer daripada internet.


Walaupun hak untuk kebebasan media perlu ditegakkan, namun dinegara ini, ia perlu dilihat daripada kaca mata masyarakat timur. Kebebasan secara total seperti yang dibawa oleh dunia barat sebenarnya hanya akan membinasakan sistem sosial masyarakat yang teratur. Perkara ini telah berlaku di barat.


Tiada ertinya sesuatu kemajuan itu jika maruah dan jati diri masyarakat tergadai. Oleh itu, kawalan terhadap penyebaran bahan lucah tempatan dan luar negara sepatutnya dilaksanakan. Sistem seperti tapisan ‘Green Dam’ yang dilaksakan di China dan sebahagian negara-negara lain perlu dicontohi dengan sedikit pengubahsuaian. Kerajaan perlu ikhlas dan bertanggjawab dalam melaksanakan tugas ini, hanya bahan-bahan yang merosakkan moral perlu dikawal, bukan bahan-bahan lain yang bersifat ada kepentingan tersembunyi pihak-pihak tertentu.


Pihak berkuasa yang berkenaan sudah tentu lebih arif bagaimana untuk mengawal kegiatan ini daripada terus membinasakan jati diri masyarakat. Pihak kerajaan perlu tegas dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang jelas sudah terpengaruh dengan dokma barat yang menolak polisi moral. Apa yang jelas, majoriti rakyat pasti akan bersetuju agar sekatan terhadap bahan-bahan lucah internet dilaksanakan jika mereka mengetahui situasi yang sebenar.


Oleh itu, situasi penularan video lucah dan kesannya kepada masyarakat perlu didedahkan secara agresif di media-media semasa agar masyarakat faham.PenutupNilai-nilai moral masyarakat timur sedikit demi sedikit telah luntur di dalam masyarakat Malaysia tidak kira bangsa mana pun. Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan dan pihak-pihak berwajib kerana keruntuhan nilai moral masyarakat akan membawa kepada malapetaka yang besar dimasa hadapan.


Diharapkan, laporan ini dapat memberi sedikit maklumat kepada organisasi-organisasi masyarakat seterusnya membolehkan mereka bergerak dengan kaedah-kaedah yang sesuai dalam komuniti masing-masing untuk membanteras budaya yang terus membarah dalam masyarakat ini.


UNGGAS Pulau Pinang

Khamis, Mac 04, 2010

Krisis Kepemimpinan (Leadership)

3. Krisis Kepemimpinan (Leadership)
Krisis kepemimpinan Gerakan Dakwah sangat terasa. Krisis tersebut bukan karena Gerakan Dakwah gagal melahirkan para pemimpin besar sebagaimana para pendirinya, akan tetapi yang terjadi adalah sistem tarbiyah (kaderisasi) dan mekanisme kepemimpinan yang macet dan tidak memilkiki standar/ukuran yang jelas sehingga mempengaruhi kinerja Gerakan Dakwah itu sendiri. Bahkan lebih parah lagi, kepemimpinan terkesan diktator sehingga tidak ada peluang berbeda pendapat, atau merubah keputusan yang telah diputuskan oleh pemimpin atau elitenya kendati bertentangdan dengan nilai-nial Islam.
Semua harus tunduk atas segala keputusan jamaah/organisasi, termasuk masalah-masalah kecil dan huquq syakhshiyyah (hak pribadi) seseorang. Anggota jamaah yang kritis dan berfikir besar, selalu dihadapkan kepada : taat atau tinggalkan jamaah / Gerakan Dakwah ini. Atau paling tidak dikucilkan dan diisukan dengan berbagai isu yang tidak berdasar. Akhirnya isu-isu itulah yang memenuhi pikiran dan hati mereka yang seharusnya diisi dengan iman, ilmu pengetahuan, kasih sayang dan saling menghormati. Dialog, diskusi, tabayyun (konfirmasi) seakan diharamkan dan jarang sekali dilaksanakan. Sebaliknya, setiap momentum atau setiap pertemuan selalu diberikan taujihat (arahan) terkait taat, tsiqah, husnizh-zhan dan sebagainya. Padahal dialog dan tabayyun itu merupakan bagian dari ajaran Islam yang utama, sebagaimana yang dicontohkan dalam kehidupan dan kepemimpininan Nabi Muhammada Saw dan para Sahabatnya.
Nyaris semua Gerakan Dakwah hari ini memiliki keyakinan (paling tidak dalam prakteknya), bahwa para pemimpinlah yang berhak membahas semua masalah. Semua keputusan harus ditaati oleh semua kadernya. Kalau tidak, mereka akan diancam untuk dikeluarkan dari Gerakan Dakwah.
Itulah fakta kepemimpinan Gerakan Dakwah masa kini. Lalu, bagaimana dengan pemimpin-pemimpin besar umat yang lahir sepanjang sejarah? Bagaimana mereka lahir? Apakah ada peran Gerakana Dakwah dalam kemunculan mereka? Sekitar 1987, terjadi diskusi serius antara mahasiswa dengan seorang tokoh besar dakwah DR. Ahmad Al-Assal seputar krisis kepemimpinan Gerakan Dakwah. Beliau ketika itu menjabat Vice President Internationla Islamic University, Islambad.
Dalam diskusi yang memakan waktu lebih dari tiga jam itu, kami mendapat kesimpulan, bahwa terkait pemimpin besar, katakanlah seperti, Khulafaurrasyidin, Umar bin Abdul Aziz, Sholahuddin Al-Ayubi, Muhammada Al-Fateh, Hasan Al-banna, Abul A’la Al-Maududi dan seterusnya, kelihatannya merupakan hak perogratif Allah. Mereka tidak lahir dari rekayasa manusia. Sehebat apapun tokoh atau organisasi dakwah, belum pernah melahirkan pemimpin besar, minimal sebesar mereka.
Artinya, para pemimpin besar umat (al-Imam al-A”zhom dan apapun istilahnya) sepanjang masa, termasuk diangkat-Nya para Nabi, termasuk Nabi Muhammad Saw dari keturunan siapa, dari suku apa, di wilayah mana dan kapan waktunya merupakan hak dan rahasia Allah. Hal tersebut di dasari oleh fakta sejarah yang disinyalir pula oleh Allah dalam Al-Qur’an surat Al-An’am (6) : 124 “…Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya….”
Sejarah juga membuktikan, kaum Bani Israel misalanya. Mereka tidak pernah menduga, apalagi mengetahu nabi terakhir diutus dari suku Quraisy pada abad ke 6 masehi. kendati sudah dijelaskan dalam Kitab Taurat dan Injil bahwa akan lahir seorang nabi bernama Ahmad. Demikian pula yang menaklukkan Palestina pertama kali adalah Khalifah Umar Ibnul Khattab, yang membesakannya dari pendudukan Salibis adalah Sholahuddin Al-Ayubi dari bangsa Kurdistan (selatan Irak). Begitu pula dengan pemimpin besar Islam yang di tangannya terealisasikan prediksi Nabi Saw tentang penaklukkan Istambul (Konstantinopel) sekitar enam abad setelah Beliau bersabda, yakni melalui seorang pemimpin Islam muda bernama Muhammad Al-fatih.
Kalau demikian halnya, apakah kita harus menunggu lahirnya pemimpin besar itu, baru kepemimpinan Gerakan Dakwah berjalan dengan baik dan sempurna? Jawabannya tentulan tidak. Karena Islam mewajibkan dan mencintai profesionalisme dan keteraturan. Sebab itu, saatnya merumuskan pola atau format kepemimpinan Gerakan Dakwah agar sesuai dengan fungsi kepemimpinan itu sendiri, yakni menyayangi, mengajarkan ilmu, mentransfer/menularkan ruh imaniyah (spirit keimanan), memberikan keteladanan dan menegakkan kedisiplinan termasuk terhadap diri, keluarga dan elite mereka sendiri.
Yang amat dirasakan adalah dominasi pemimpin yang berlebihan terhadap arah perjalanan jama’ah atau organisasi dakwah sehingga menyebablan dakwah terseok-seoak dan terkadang menyimpang dari jalan yang benar di tengah ancaman dan sekaligus peluang yang sangat besar. Di antara penyebabnya ialah tidak ada keseimbangan antara tarbiyah jundiyah (kaderisasi keprajuritan) dengan tarbiyah qiyadiyyah (kaderisasi kepemimpinan) . Akibatnya, semuanya hanya siap menjadi junidiyyun muthi’ (prajurit yang taat), tanpa diiringi dengan pembangunan sifat kritis, kepemimpinan dan rasa tanggung jawab. Gerakan Dakwah hari ini membutuhkan al-Qo-id al-Hazim (Smart Leader), yakni pemimpin yang cerdas, cermat dan teliti serta kokoh dalam memegang prinsip.
Sesungguhnya posisi pemimpin bagi sebuah organisasi atau jama’ah itu bagaikan otak manusia bagi semua anggota tubuhnya. Bilamana otak tersebut mengalami ganguan, seperti gangguan yang diakibatkan pembulu darah disekitarnya pecah, maka otak akan mengalami guncangan hebat yang berakibat sebagian atau semua anggota tubuh akan mengalami kelumpuhan, atau ap yang dinamakan ilmu kedokteran dengan strook. Strook itu bisa mengakibatkan sipenderitanya lumpuh secara parsial dan bisa juga total, tergantung tinkatan strooknya.
Jika yang terganggu itu adalah saraf otak yang terkait dengan fungsi menjaga kestabilan anggota tubuh manusia, maka anggota tubuh tertkait akan mengalami gangguan atau koslet. Akibatnya, ia tidak berfungsi secara baik. Demikian juga dengan kepemimpinan dalam sebuah organisasi, tak terkecuali organisasi Gerakan Dakwah sekalipun, karena para pemimpinnya bukanlan para Nabi dan Rasul yang ma’shum (terpelihara) dari berbagai gangguan dan ancaman penyakit kepemimpinan.
Untuk lebih jelas gambaran krisis kepemimpin yang sedang dialami oleh Gerakan Dakwah masa kini, alangkan baikanya kita memaparkan model-model kepemimpinan buruk yang lazim terjadi dalam sebuah organisai keagamaan, bahkan jauh sebelum diutusnya Muhammad Saw sebagai Rasul.
Karena, sejarah telah membuktikan, bahwa organisasi keagamaan, apapun bentuknya (seperti Jama’ah, Gerakan Dakwah, Partai Politik, Negara yang berdasarkan agama dan sebagainya) cendrung high risk (beresiko tinggi) terhadap penyimpangan karena memiliki legitimasi agama atau wahyu, yang bermuara dari kekeliruan memahami wahyu dan tidak istiqomah (konsisten) atas arahan wahyu.
Pada waktu yang sama, organisasi keagamaan juga memiliki big opportunity (kesempatan besar) dalam melakukan perubahan dan perbaikan masyarakat dan pemerintahan karena nilai-nilai yang diusung memiliki keunggulan dan kekuatan yang luar biasa . Hal tersebut akan terjadi bila Gerakan Dakwah memiliki persyaratan-persyaratan utama seperti, berjalan pada jalur yang benar; yakni sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri, bukan dilandasi penafsiran-penafsiran yang terkesan dipaksakan, memiliki organisasi yang solid, pemimpin yang bermutu (Smart Leader) dan sebagainya. Jika tidak, Gerakan Dakwah hanya akan menambah problematika umat yang sedang menumpuk seperti sekarang ini. Semboyan-semoboyan yang mentereng seperti, kemajuan dan kejayaan umat, penyebaran rahmat bagi alam semesta, bersih, peduli, profesional atau Ustadziyatyul ‘Alam (Guru Global), hanya bagaikan fatamorgana atau mimpi di siang bolong.
Agar menambah ketajaman pemahaman kita tertang kepemimpinan dalam Islam, maka perlu pemaparan model-model kepemimpinan yang muncul dalam organisasi keagamaan. Melalui pemaparan mopdel-model tersebut, kita juga akan menyadari dan mengakui bahwa krisis kepemimpinan itu benar-benar sedang terjadi dalam Gerakan Dakwah kita. Jika sudah diketahui dengan pasti dan cermat, kita wajib berupaya maksimal untuk mencarikan jalan keluarnya agar Gerakan Dakwah tidak mengalami kelumpuhan, pembusukan atau bergerak tanpa dhawabith syar’yyah (pakem-pakem syar’i) yang sudah baku.
Kalau kita cermati dengan baik, paling tidak ada tiga model kepemimpinan yang berkembang dalam Gerakan Dakwah saat ini:
1
. Kepemimpinan Wayangisme. Adapun cirri-cirinya :
a. Dualisme kepemimpinan atau dengan kata lain, terdapat pemimpin formal dan inforlmal disebabkan berbagai alasan, di antaranya, pemahaman yang meyakini masih dalam periode Dakwah Sirriyyah (Dakwah Tersembunyi). Kalau kita lihat sejarah dakwah Rasul Saw, marhalah sirryah (periode rahasia) itu sekitar tiga tahun saja. Setelah itu, Allah perintahkan dakwah jahriyah (terang-terangan). Nabi Muhammada Saw. siap menghadapi berbagai tantangan yang mengahdang Dakwah dan bahkan pengusiran dari negerinya serta upaya pembunuhan terhadap Beliau.
b. Biasanya pemimpin informal lebih berkuasa sehingga pemimpin formal hanya sebagai boneka yang dapat dikendalikan ke mana arah dan tujuan yang dikehendakinya. Akibatnya, masyarakat menjadi bingung dan sulit memahami arah perjalanan Gerakan Dakwah yang sebenarnya. Musuh-musush dakwah semakin mudah menuduh Gerakan Dakwah tersebiut dengan berbagai tuduhan negative seperti, liar, sempalan, berbahaya, ancaman keamanan dan sebagainya. Mereka menyebutya dengan OTB (Organisasi Tanp Bentuk).
2. Masyayekh (Tradisionalisme Dibungkus Agama). Ciri-cirinya adalah :
a. Sentralistik kekuasaan.b. Sentralistik keputusan dan pendapatc. Sentralistik keuangan.d. Sentralistik keilmuan dan pengalaman.e. Sentralistik penghormatan dan wibawaf. Di mata orang-orang terdekatnya (kelopmpok elitenya) atau di hadapan sebagian besar anggota jam’ahnya, sang pemimpin bagaikan Nabi, atau Wali, Dewa dan bahkan ada yang menganggapnya bagaikan Malaikat yang tidak pernah salah dan tidak memiliki kelemahan, atau diyakini sangat suci. Semua ucapan dan pendapatnya dianggab bagaikan sabda atau firman.
g. Untouchable (tidak bisa tersentuh) baik oleh peraturan, kritik maupun nasehat, karena dia yang mengendalikan peraturan.h. Selalu mentaujih (mengarahkan) kendati keluar dari sistem dan konteks aturan main yang sudah ditetapkan.i. Tidak mau membangun suasana dialogis dan menghindar dari dialog.j. Selalu menghina atau mengecilkan kelompok atau tokoh lain di luar jama’ah dan kelompoknya, termasuk anggota Jama’ah yang yang dianggapnya bermasalah karena krtis terhadap keputusan-keputusannya.
k. Jarang yang berani memberikan nasehat kepadanya. Kalau ada yang berani mengkritik dan memberikan nasehat kepadanya, pasti dia carikan jalan untuk mengucilkannya, bahakn dicoret (ditip-ex, meminjam istilah salah seorang teman) dari keanggotaan jama’ahnya.l. Selalu berfikiran negatif (negative thinking) terhadap jama’ah atau tokoh lain di luar jama’ahnya dan juga terhadap anggota jamaahnya yang kreatif, berfikir besar dan jauh ke depan yang memilki ‘uqul al-kabiroh.- meminjam istilah Yusuf Al-Qordhowi -.m.
Yang menentukan segalanya adalah keinginan pribadinya, kendati dengan mengatasnamakan lembaga, seperti jama’ah, dakwh, partai dan lain sebagainya serta dengan memanfaatkan keikhlasan mayoritas anggota jama’ahnya dan hawa nafsu duniawi segelintir elite di sekitarnya.n. Biasanya punya hasrat memimpin untuk puluhan tahun atau sampai mati, tanpa menyadari bahwa berlama-lama dalam kepemimpinan itu cenderung menggirngnya menjadi korup, menyimpang, khususnya saat sistem dan mekanisme organisasi tidak berfungsi alias mandeg atau dimandegkan.
3. Ahbarisme dan Ruhbanisme. Adapun cirri-cirinya :
a. Memanipulasi agama untuk kepentingan pribadi dan atau kelompok yang bersifat duniawi. Kalau dalam sejarah Kristen terkenal dengan istilah “penerbitan surat pengampunan dosa”. Kalau dalam sejarah umat Islam, terkenal dengan istilah “nyari berkah, takut kualat”. Bahkan ada anggota Jama’ahnya menyerahkan anak gadisnya untuk dinikahi sang pemimpin hanya sekedar mencari “berkah”, kendati anaknya masih ingusan.
b. Menumpuk kekayaan dari aktivitas dakwah (keagamaan), baik sosial maupun politik dengan alasan kepentingan agama/dakwah. (Q.S. Attaubah / 9 : 34)c. Memaksakan teks agama (Al-Qur-an dan As-Sunnah) dan peristiwa sejarah kepada semua konteks kehidupan yang sedang dihadapi, kendati tentang masalah-masalah teknis duniawi yang dibolehkan bahakan dianjurkan Islam untuk ijtihad atau menggunakan akal. Atau senbaliknya, memaksakan teks agama untuk melegalkan kekeliruan dan kesalahan yang mereka lakukan demi mengejar keuntungan dunia yang tak seberapa. Gaya kepemimpinan seperti ini terkesan ada unsur “legalisasi” tindakan yang secara badihiyyat (aksiomatiak Islam) melanggar aturan agama itu sendir.
d. Ucapan dan perbuatannya bernilai Sabda, harus ditaati dan tidak ada peluang mengkritisi apalagi mengoreksi dan mengakuinya sebagai kesalahan. Kalapun di hadapan pengkriytiknya ia bermuka manis, namun di belakangnnya, ia akan mencari-cari cara untuk menyingkirkannya.e. Mengambinghitamkan kepentingan agama dan dakwah untuk mendapatkan uang atau dana tanpa peduli haram atau syubhat. Fatwa atau pendapat tentang uang dan harta selalu berubah sesuai dengan situasi dan kondisi yang terbuka.Model-model kepemimpinan tersebut adalah model kepemimpinan negatif yang wajib dijauhi dan dihindarkan oleh Gerakan Dakwah, apalagi jika sampai terdapat kombinasi dua atau lebih dari tiga model kepemimpinan tersebut, tentulah akan membawa mala petaka besar terhadap Gerakan Dakwah, cepat atau lambat.
Timbul pertanyaan mendasar, apa gerangan yang menyebabkan model-model kepemimpinan tersbut mucul dan terkadang subur? Padahal mereka juga orang yang paham Islam dengan baik dan memahami ancaman neraka.
Menurut hemat penulis, paling tidak ada tiga belas (13) faktor :
1. Ketaatan anggota jama’ah atau partai atau organisasi yang berlebihan pada pemimpin mereka, sehingga tidak lagi mengikuti arahan Allah dan Rasulnya.
2. Kekaguman dan penghormatan yang berlebihan pada pemimpin.
3. Harapan pada pemimpin yang berlebihan.
4. Mencintai pemimpin secar berlebihan
5. Suburnya mentalitas imma’ah (pak turut / yes-man) dalam kehidupan berjama’ah, berorganisai atau berpartai dan besarnya nafsu kepentingan duniawi yang diharapkan dari aktivitas dakwah.
6. Tidak dibangunnya suasana kritis dan dialogis dalam kehidupan berjama’ah, berorganisasi atau berpartai, khususnya kritis terhadap pemimpin sebagaimana para Sahabat Rasulullah terhadap Rasul Saw. Padahal sholat berjama’ah yang dilakukan lima kali dalam sehari semalam mengajarkan kritis terhadap sang imam; ada yang ditegur atau diingatkan. Namun jika ia melakukan sesutau yang menyeabkam shpolatnya batal, maka ia harus digantikan keimamannya saat itu juga.Persoalan ini dalam Islam adalah hal yang biasa-biasa saja, tidak perlu menggemparkan karena Islam itu sesuai dengan fitrah dan karakter manusia yang lemah. Peristiwa ini akan dilihat sebagai peristiwa “kiamat” hanya oleh orang-orang yang dimabuk kedudukan dan kekuasaan.
7. Kurang memahami mana dan kedudukan Wahyu dan Sunnah Rasul serta mana yang ijtihad sang pemimpin. Semuanya dianggap sama kedudukannya.
8. Terikat kepentingan duniawi terhadap pemimpin dan dakwah.
9. Tidak dibangunnya tradisi keilmuan dalam kehidupan berjama’ah, berorganisasi atau berpartai sehingga lahir secara alamiyah masyarakat umyyin (tidak memahami Islam kecuali hanya sebatas presepsi yang dibangun pemimpinnya). Mereka, sengaja atau tidak, dijauhkan dari refernsi utama Islam, yakni Al-Qur’an, Hadits Rasul Saw, kehidupan para Sahabat dan buku-buku ulama stnadar lainnya. Dengan demikian, akan memudahkan sang pemimpin tersebut mengendalikan anggota jama’ah, organisasi dan partainya.
10. Lemahnya keilmuan dan mental yang mempelajari Syari’ah (Islam) secara akademis dalam mengatakan dan menegakkan hak dan kebenaran serta mencegah kemungkaran dalam lingkungan jama’ah atau internal karena suburnya mental ewuh pakewuh, khususnya terhadap para pemimpinnya. Anehnya, terhadap lingkungan luar jama’ahnya terkesan tegas dan berani menyatakan hak dan kebenaran, terkadang keluar pula dari kontek dak yang diajarkan Islam.
11. Lumpuhnya Lembaga-Lembaga Tinggi Jama’ah seperti Majlis Syuro, Dewan Pengawas Syariah dan sebagainya sehingga mengakibatkan macetnya sistem dan mekanisme tanzhim (organoisasi). Akhirnya lemabaga-lembaga tersebut tidak dapat berfungsi secara maksimal. Bahkan dalam banyak hal, lembaga-lembaga tingi tersebut tidak lebih dari tukang stempel keinginan para pemimpinnya.
12. Sistem kaderisasi Junndiyyah yang keliru dengan menitik beratkan kepada ketaatan pada jama’ah dan qiyadah (pemimpin), bukan kepada kepahaman dan kecerdasan akal dan spritual serta kejujuran moral yang dilandasi iman pada Allah dan akhirat.
13. Sistem kaderisasi qiyadiyyah yang diabaikan, baik sengaja maupun tidak. Mungkin karena mnganut falsafah tidak boleh ada dua mata hari.