Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Mac 19, 2009

Sepintas di Forum Rukun Negara : Dicabar atau di daulatkan?




Pada awalnya, aku sangkakan bahawa forum yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini akan menjadi sangat menarik namun sangkaan aku sedikit meleset bila terdapat beberapa kekurangan yang berlaku dalam forum yang dapat disifatkan debat ini. Sepatutnya forum malam tersebut mempunyai 3 ahli panel yang terdiri daripada Pakatan Rakyat , Barisan Nasional dan ahli akademik.



Namun yang hadir cuma Ahli Parlimen Machang , Saifuddin Nasution dan Pensyarah Pusat Pengajian Media ,Dr. Abu Hassan Hasbullah . Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkasyi tidak dapat datang kerana ada urusan di Pahang.

Tambahan pula, Prof Madya Dr. Mohammad Agus yang sepatutnya jadi moderator juga tidak dapat datang dan digantikan oleh YB Ahmad Baihaki Atiqullah dan Pak Bakaq(?) yang juga dikenali sebagai penarik beca di kalangan bloggers.

Pendapat aku tentulah forum kali ini dilihat “Tidak seimbang” di mana tiada wakil dari kerajaan Barisan Nasional. Namun sangkaan ini meleset bila hadirin “dipanaskan” oleh provokasi yang dicetuskan oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, yang juga anak jati Kelantan.
Dr. Abu Hassan memanaskan gelanggang dengan mempersoalkan pemikiran sesetengah pihak yang “bias” , seperti soal papan tanda pelbagai bahasa .




Beliau menyelar sesetengah pihak yang mengata puak lain ,pada masa yang sama puak sendiri turut melakukan perkara yang sama. Beliau memberi contoh di Pulau Pinang.

Namun pernyataan beliau mengundang penambahan jawaban dari Saifuddin yang menegaskan bahawa penggunaan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang merupakan juzuk kecil , berbanding di Kuala Lumpur yang digunakan dengan skala yang besar.

Saifuddin turut menegaskan bahawa inilah permainan yang dimainkan oleh media Barisan Nasional yang mahu memperlihatkan bahawa kerajaan negeri yang dinaungi oleh Pakatan Rakyat tidak sensitive terhadap perasaan masyarakat melayu dan Perlembagan Malaysia.



aku tertarik dengan kata-kata Dr. Abu Hassan yang menyatakan bahawa Rukun Negara merupakan suatu projek yang ajaib yang mampu menjadi penyatu bagi seluruh rakyat Malaysia . Projek ajaib ini begitu murni dalam mewujudkan satu rangka Negara yang stabil terutama selepas perstiwa hitam 13 Mei .


Bagi aku, pernyataan beliau ini amatlah tepat dan tidak boleh dinafikan .Dr. Abu Hassan turut menambah bahawa segala kejadian perlanggaran undang-undang dan permasalahan yang melibatkan perlembagaan adalah berpunca dari ketidakfahaman kita terhadap Rukun Negara itu sendiri.
Beliau menegaskan bahawa, segala perlanggaran ini berlaku kerana Rukun Negara tidak dilihat sebagai satu rujukan dan penanda aras.



Contoh yang beliau berikan cukup mudah,iaitu membuang sampah di Kota Bharu . Beliau menekankan bahawa membuang sampah merata-rata ini melanggar Rukun Negara kelima , iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Seandainya kita sendiri yang melanggarnya, siapakah yang bersalah dalam soal ini?

Beliau tidak beremosi dan “bias” dalam memberi pandangan. Bahkan beliau banyak menegaskan bahawa beliau lebih memberi pandangan dari sudut pandangan academician , bukan politician.

Bagi aku apa yang Dr. Abu Hassan katakan satu renungan untuk semua di mana pelbagai isu yang menyentuh perlembagaan berlaku sekarang ini termasuklah isu Kerajaan Rampasan di Perak , raja-raja melayu dilibatkan dalam kancah politik, isu PPSMI, saman terhadap sultan Melayu Perak, agama Islam dicabar dan kedudukan dan kelebihan melayu dalam perlembagaan dipersoalkan.

Bagi beliau semua ini merupakan manifestasi kepada perlanggaran Rukun Negara secara terang terangan.
Banyak lagi sebenarnya yang ditimbulkan oleh Saifuddin dalam forum kali ini terutama yang menyentuh tentang Rampasan Kuasa oleh Kerajaan tertentu di Perak . Aku letakkan Rukun Negara di bawah sebagai renungan bersama.

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Tiada ulasan: