Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Mei 06, 2009

Kes Status Agama Anak setelah salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam harus dikaji sedalam-dalamnya


Keputusan kabinet kerajaan untuk memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain perlulah dikaji secara perundangan dan syarak sebelum diwartakan di khalayak ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesan jangka panjang .

Ini adalah kerana dengan keputusan kabinet ini ,secara langsung mengenepikan peranan golongan otoriti agama sepeti Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dari segi agama (Islam) di Malaysia.

Pengeluarana warta ini adalah berikutan kes bekas penganut Hindu yang memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah menukar agama anaknya kepada Islam ,namun tindakan ini mendapat tentangan daripada isterinya yang beragama Hindu , yang kemudiannya mengheret ke mahkamah kes ini sebelum mahkamah memutuskan bahawa hak-hak penjagaan anak-anak mereka yang sementara adalah di bawah jagaan bekas isterinya.

Menurut kenyataan beberapa orang mufti, keputusan kerajaan untuk mengekalkan agama anak-anak dengan agama asal apabila salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga memeluk Islam adalah melanggar syarak yang ditetapkan. Ini adalah kerana pengenalan kepada akta ini melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam dalam mendepani isu-isu yang sensitif seperti ini.

Di sini saya memetik beberapa hujah balas berkenaan isu ini:


DIPETIK DARI SINI


1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

rعَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.”

Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anak
Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Ahad, Mei 03, 2009

Justifikasi mengapa PPSMI perlu dimansuhkan

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc (Hons) Kejuruteraan Bahan Universiti Malaya

Setiausaha Teras Pengupayaan Melayu (Perak)



Pendahuluan.

Kertas ini disediakan untuk membantu pejuang bahasa Melayu menggunakan hujah undang-undang, fakta dan terma yang tepat untuk berhadapan dengan suasana negara yang mengalami sindrom kemerosotan bahasa eka. Perjuangan pujangga, ilmuan dan wartawan bahasa pada zaman sebelum dan selepas kemerdekaan menatijahkan bahasa Melayu termaktub di dalam perlembagaan serta disulami dalama pelbagai akta dan dasar kebangsaan untuk diimplementasikan secara menyeluruh. Malaysia belum hampir kepada fenomena krisis bahasa peribumi seperti di Brazil yang kini menggunakan bahasa Portugis, krisis kepupusan bahasa etnik di benua Amerika serta Benua Australia, namun langkah pro aktif dan progresif pelru diambil oleh kita yang mengaku warga Malaysia. Menurut Dr Abu Hassan Hasbullah, Tamadun diukur dari aspek adiluhur bahasa, budaya dan seni sesebuah masyarakat.[1]



Perlaksanaan Pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merobek kepercayaan umum berkenaan leluhurnya undang-undang, perlembagaan dan serta maruah bagi dasar-dasar kebangsaan di negara ini. PPSMI telah mencerminkan bahawa pragmatisme telah menjadi lumrah bagi pentadbir negara untuk beranjal terus mengikut pasaran ekonomi dunia hingga menidakkan kemajuan bangsa pada perspektif jangka masa panjang. Lantaran itu PPSMI telah bercanggah dengan pelbagai akta dan dasar di Malaysia. Di sini saya kemukakan secara 10 fakta percanggahan berkenaan kepada pembaca untuk bersama kita teliti dan berfikir untuk bertindak.



1. Bertentangan Falsafah Pendidikan Negara

Mekanisme serta modus operandi untuk merealisasikan intipati Falsafah pendidikan Negara adalah bergantung kepada bahasa yang dijadikan mediumnya. Jika bahasa tersebut diperkemaskan, berutiliti serta bernilai dalam sesebuah negara, nescaya penggunaannya berjaya membawa kepada fokus falsafah pendidikan lebih berkesan.



"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"



Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah

1970 - Bahasa pengantar darjah 1

1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan

1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1

1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera

1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti

1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains

1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan

1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti



Kemudian dari tahun 1983, berlaku kebangkitan penumbuhan institut pendidikan tinggi swasta yang menurut pasaran kerja semasa yang mengutamakan bahasa Inggeris. Bukan sekadar pengantar di dalam dewan kuliah, malah bahasa Inggeris mendominasi pentadbiran dan pengurusan umum di IPT berkenaan. IPTA tidak dapat tidak terpaksa bersaing demi untuk mengekalkan ‘prestij’ sebagai universiti yang mampu melahirkan mahasiswa yang mampu ‘bekerja’.



2. Langgar Perkara 10 (4)[2]

Pemerintah Malaysia tidak menggunakan Perkara 10 (4) untuk melindungi bahasa Melayu malah menjadi penceetus kepada ketidakpercayaan kepada Bahasa Melayu. Lihat perkara ini.

“ (4) pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah fasal (2) (a), parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung dengan apa-apa juga melainkan berhubung dengan perlaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.”



3. Langgar Perkara 152

Perkara ini dibentang di Parlimen pada 23.2.1967 di mana Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan telah diterbitkan oleh Kerajaan dan kemudiannya berkuatkuasakan pada 1 September 1967. Hal ini kerana dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, Bahasa Inggeris diberikan tempoh 10 tahun untuk digunakan sebelum dialihkan kepada bahasa Melayu.

“ 152. Bahasa Kebangsaan.

(1) bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”



Sila rujuk lagi di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 ini kerana ia amat panjang huraiannya.

4. Langgar Perkara 159

Lihat Perkara 159 (5)

“ Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada perkara 10 (4), undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian 3, Perkara 38, 63(4), 70, 71 (1), 72(4), 152 atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja”



Ini bermakna, sebarang pindaan undang-undang dalam Perkara 152, maka Perkara 159 menjadi pembatasnya iaitu dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sahaja. Namun hari ini dasar senyap pemerintah yang merugikan bahasa Melayu dan ibunda lain melalui penswastaan pendidikan dan PPSMI, ia tidak melalui pindaan 152. Hal inilah yang menyusahkan pakar perundangan untuk membela Bahasa Melayu melalui saluran undang-undang.



5. Bercanggah Akta Pendidikan 1961

Secara amnya, Akta Pelajaran 1961 adalah berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Asas utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada: (1) penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama; (2) penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah; dan (3) pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid. Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan menekankan perkara-perkara tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk identiti kebangsaan yang menyumbang ke arah perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai

kaum di negara ini.[3]



Sejak awal kemerdekaan negara lagi, Malaya telah bertekad untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa integrasi, perpaduan dan kemajuan negara. Bahasa Melayu adalah gabungan harmoni antara bahasa asal bagai kaum-kaum melayu di nusantara. Apabial negara bangsa Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei terbina, perbendaharaan dan nahunya telah disistematikkan menurut keperluan dan tahap penggunaan setiap negara bangsa berkenaan.



6. Bercanggah akta pendidikan 1996

Lihat seksyen-seksyen di dalam Akta Pendidikan 1996 di bawah.

Seksyen 1[4]

Satu daripada perbezaan utama bagi kedua-dua akta adalah berkaitan dengan Seksyen 1 Akta Pendidikan 1996 iaitu mengenai tajuk ringkas akta dan mula berkuatkuasa. Akta Pendidikan 1996 menggunakan perkataan “pendidikan”, manakala Akta Pelajaran 1961 pula menggunakan perkataan “pelajaran”. Walaupun terjemahan mudah bagi kedua-dua istilah tersebut ke bahasa Inggeris adalah sama iaitu ‘education’ tetapi maknanya jika dinilai dari sudut penekanan penggunaannya dalam bahasa Melayu adalah ternyata berbeza. Perkataan “pendidikan” adalah jauh lebih tepat berbanding dengan perkataan

“pelajaran”.

Seksyen 17

Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan 1996 memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi pendidikan yang diberi pengecualian. Namun begitu, Seksyen 17 (2) memperuntukan bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib bagi mana-mana

institusi yang bahasa pengantar utamanya bukan bahasa kebangsaan.



Sementara itu, peruntukan yang terdapat di dalam Akta Pelajaran 1961 hanya memperuntukan bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja. Sebenarnya pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 jelas telah memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.





7. Bertentangan Penyata Razak 1956

Laporan ini merupakan antara laporan dan kajian penting untuk melihat bagaimana fungsi bahasa melayu boleh dijadikan sebagai medium wajar untuk menghasilkan pendidikan yang mengekalkan kemajuan sekaligus jati negara.



Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :-

• Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .

• Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.



Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan p[elajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”



(Penyata Razak perenggan 12)





8. Bertentangan Penyata Rahman Talib 1960

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

• Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.

• Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas

• Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir .

• Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.



9. Bertentangan dengan Dasar kebudayaan Kebangsaan 1971



Saya memetik 2 kurungan di dalam rasional perlaksaan dasar kebudayaan Kebangsaan 1971. Budaya adalah rencah dan simprom luaran bagi sesebuah kaum jika dilihat dari segi makrospektif. Dari segi spiritual dan asas kemajuan budaya juga merupakan suatu ramuan asasi bagi menjadikan negara ini negara berprinsip, memiliki kredibiliti serta menyimpan tradisi jika diteliti secara mikrospektif. Lihat 2 kurungan di bawah.



(i)Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini. Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca) . Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.



(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.[5]



10. Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967/69

Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan.

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen kurungan (2), dipakai di seluruh Malaysia. Kurungan (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Pihak-Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, melalui enakmen Badan Perundangan Negeri masing-masing dan tarikh-tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan-peruntuk an yang berlainan dalam Akta ini di Negeri-Negeri itu.



2. Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan- perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan berhubungan dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain dalam Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi[6].





Penutup.



Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna menjadi hegemoni kepada bahasa lain di Malaysia. Malah Malaysia telah merayakan kemajmukan rakyat melalui penataran sistem pendidikan bukan kebangsaan serta berusaha mengelakkan kepupusan bahasa kaum lain dan pribumi. Hal ini jarag berlaku dalam sesebuah negara bangsa, malah penubuhan legitimasi negara bangsa selalu menundukkan serta menghapus terus upaya bagi bahasa kaum bukan majoriti. Bahasa melayu bukan merujuk semata-mata kepada kaum Melayu. Istilah bangsa ini bukan suatu yang bersifat ‘etnicity value’ malah bangsa di sini adalah merangkumi negara bangsa yang dibina atas teras usul kemelayuan. Tidak hairan sedari zaman penjajahan lagi, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa umum bagi kaum-kaum di tanah Melayu. Teras asal ini menjadi payung dan pentas untuk mempamerkan kebudayaan dan kemajuan Malaysia pada zahir dan rohaninya.



PPSMI telah menjadi permulaan kepada ketidakpercayaan pemimpin sendiri terhadap masa depan eka bahasa di Malaysia sebagai bahasa pencetus maju. Di sinilah peranan rakyat untuk terus bersuara dan berjuang demi menyelamatkan maruah negara.







[1] Lihat majalah Dewan Bahasa April 2009.

[2] Kesemua rujukan perlembagaan saya gunakan Perlembagaan Persekutuan 9hingga 15 Ogos 2003) terbitan ILBS

[3] Rujuk Esei Perbandingan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996 yang merupakan tugasan Ahmad Fauzi bin Mohamed semasa mengikuti program MSc. (Education Management) di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman.

[4] Ibid

[5] Sumber daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

[6] UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

Sekilas Dalam Perjuangan


Gambar semasa aku menjadi Ketua Fasilitator bagi Kem Remaja bagi Kelab Remaja JIM pada tahun 2008 Di sebelah merupakan Dr. Halim ," bapa" bagi KARISMA Pulau Pinang


Bersama adik-adik semasa Kem Remaja Pintar di Balik Pulau , Pulau Pinang


Semasa dalam program anjuran MAB Motivation Camp


Bersama teman-teman semasa program Mukh de Jerai , di Gunung Jerai Kedah


"Pose" kaku di hadapan banner semasa Program ISMA di Ipoh, Perak. Suatu pengalaman berharga menyertai sahabat-sahabat dari wadah yang lain


Bersama teman-teman seperjuangan semasa menjadi jurutugas bagi Unit Penginapan untuk Program Persidangan Perwakilan Nasional JIM 2007


Bersantai di sebuah pantai semasa Program Tamrin Murabbi, melahirkan usrah yang muntijah, insyaallah. Keihatan bersama dengan aku ialah Saudara Razi dari Persatuan Agama Islam IPGM Kampus Pulau Pinang


Bersama teman-teman KARISMA melawat Rumah Untuk Saudara Baru (aku lupa tempat )


Usrah di tempat bermain boling . Masa in Akh Fairuz Jaafar, penggerak KARISMA Pulau Pinang dan Kedah masih belum posting


Aku semasa demonstrasi Palestin di Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang


Demonstrasi menentang kehadiran kapal perang US selepas berlakunya pembantaian terhadap Gaza akhir tahun lepas dan awal tahun ini. MAMPUS AMERIKA !! Tapi, apa tindakan kita?

Khamis, April 30, 2009

Masam-manis-pahit-lepir pencarian

Aku sempat sembang dengan seorang sahabat lama aku di Kolej Mara Kulim tahun 2006, Syeikh Hafiz dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang di tempat kegemaran kami, Nasi Kandar Istimewa . Tajuk kami berbaur-baur. Antaranya perihal perbalahan beberapa individu dan kelompok yang saling menyalahkan golongan lain . Antara nama-nama subjek tersebut adalah Maulana Asri, Rasul Dahari, Dr. Asri Zainul Abidin, Zaini syiah dan sebagainya.

Perbincangan kami adalah mengenai ada di antara tokoh-tokoh di atas yang secara tidak jujur memetik sesuatu fakta sebelum mengubahnya demi kepentingan diri mereka sendiri. Ada yang konon-kononnya memetik kata-kata dari tokoh-tokoh tertentu , tetapi apabila diselidiki, itu hanyalah suatu rekaan. Begitu juga apabila ada sesetengah sejarah sengaja diputarbelitkan oleh golongan yang mengaku golongan berilmu dengan penuh nafsu.

Aku tertarik dengan kenyataan sahabat aku tadi bahawa kita (golongan awam) sebenarnya tertipu dengan golongan-golongan yang mengaku berilmu ini. Beliau memberi saranan kepada diriku supaya aku lebih meneliti dalam setiap bacaan mahupun fakta terutama yang berkaitan al-qur'an dan hadis.Tapi bukan semua ilmuwan atau golongan agamawan yang memetik ayat dan mengolah ayat secara nafsu ini , cuma segelintir sahaja.satu saranan yang amat bagus untuk direnungi.

Rabu, April 29, 2009

Bila kita disibukkan dengan hal diri sendiri...suatu renungan

Apabila aku disibukkan dengan diri sendiri..
Dakwah tak jalan..tapi asyik pening kepala je..
bukan fikir tentang ummat...kata keramat golongan tabligh..
tetapi disibukkan dengan kenapa , mengapa dan bagaimana....

Bila kita mengharapkan segala cinta bukan pada pemiliknya,
tetapi kepada yang dicinta..
Bila kita berjuang tetapi memerlukan sandaran selain Dia,
akan musnah segalanya....

Perit liku semalam, mungkin mengkhayalkan aku dalam sukma pementasan keegoaan dan kepura-puraan,
Jalan dakwah tak pernah sunyi...
kau yang menilai...........aku yang dinilai........


Sorotan perjalanan dakwah tidak pernah sunyi , dengan segala onak dan duri..
ya Allah, aku hanya manusia biasa ,
berubah dari satu juzuk peribadi kepada juzuk peribadi yang lain,
masih tersimpan peribadi gasar dalaman untuk diri ,
secuil untuk kenangan, bukan untuk adat dendam dan batu pukulan kata-kata pemati,
bilamana segala usaha disandarkan untukMU , bukan untuk sesiapa...

Kebangkitan dalam diri...ye, kali ini aku tak akan menyerah lagi....
Mungkin keterlanjuran ku dan semangat ku dalam berdakwah,
menjadikan aku si perintih jiwa yang hina....

Tapi memikirkan, tanggungjawabku lebih besar dari kepentingan peribadiku,
hatta dibenci, mahupun dicaci.....sang Murabbi tetap berdiri...
menghadap Illahi....
Biar satu hari debu-debu pasir dan puin-puin kayu berbicara...
Dialah yang rela mengorbankan iwa dan raganya demi Islam tercinta........

GURU SELEPAS 50 TAHUN KEMERDEKAAN

ARTIKEL YANG AKU GALI DARI ARKIB WEBLOGS

Kita bakal menyambung ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, tidak kira apapun pekerjaannya pasti ternanti-nanti akan kemunculan hari yang bersejarah ini. Sama ada kita memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya bergantung kepada diri setiap individu. Bagi mereka yang pernah mengharungi perit getir dijajah pasti akan menghargai setiap detik kemerdekaan itu. Bagi mereka yang jauh daripada mengenal makna kesengsaraan akibat penjajahan mungkin sambutan kemerdekaan sama seperti menyambut hari ulangtahun kelahiran atau perayaan sahaja. Yang digambarkan hanya keseronokan dan kemeriahan sambutan hari tersebut sahaja.

Sedarkah kita bahawa 50 tahun yang lepas, guru memainkan peranan yang penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanahair? Keprihatin para guru akan kesengsaraan rakyat di bawah penjajahan Jepun dan British mendorong ramai dalam kalangan guru yang berusaha meniup semangat patriotisme dalam hati setiap anak-anak didik dan hati setiap golongan masyarakat. Bukan sahaja menerusi perjuangan dalam parti politik , tetapi juga menerusi bidang persuratan. Benar kata pepatah, ‘mata pena lebih tajam daripada mata pedang”. Kelebihan itu yang digunakan oleh golongan guru untuk menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat. Guru yang memikul amanat besar menyedarkan masyarakat menerusi aktiviti penulisan.

Dengan beraninya golongan ini menyuarakan komentar serta pandangan tajam mereka mengenai penjajah melalui suratkhabar seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Malaya, Warta Ahad dan Warta Jenaka. Ada juga yang menulis dalam akhbar-akhbar sebelum dan semasa pemerintahan Jepun seperti Persaudaraan Sahabat Pena Malaya, Semangat Asia dan Fajar Asia. Tulisan mereka lebih berkisar kepada cerpen dan rencana yang menyentuh soal politik, kebudayaan dan pendidikan. Nama-nama seperti Abdul Ghafar Baba, Syed Nasir Syed Ismail, Alimin, Buyong Adil, Za'ba, Abdullah Sidek, Harun Md.Amin (Harun Aminurrashid) dan Shaharom Husain adalah antara tokoh guru penulis yang telah mewarnai dunia penulisan waktu itu.

Fenomena ini secara tidak langsung telah meningkatkan martabat dan maruah golongan guru di mata masyarakat. Ramai yang menyanjung dan menghormati golongan guru yang bukan sahaja diakui mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dan pengalaman yang luas tetapi juga mempunyai semangat yang tinggi dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan negara. Namun kini, di ambang 50 tahun kemerdekaan negara, di manakah kedudukan guru di mata masyarakat? Kemerdekaan sudah dicapai, apakah pula yang harus diperjuangkan oleh golongan guru ini?

Sambutan Hari Guru tetap diadakan baik pada peringkat sekolah mahupun pada peringkat kebangsaan setiap 16 Mei. Objektifnya ialah untuk menarik perhatian masyarakat untuk mengenang kembali peranan dan pengorbanan guiru yang tentunya tidak ternilai oleh masyarakat. Guru ialah agen perubahan dan pembentuk modal insan. Walau bagaimanapun berapa ramaikah daripada kita yang sedar akan hakikat ini? Usahkan masyarakat malah warga guru sendiri kian hilang kepercayaan kepada kebolehlaksanaan mereka terhadap peranan yang perlu dimainkan.

Teringat penulis terhadap satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Seorang rakan guru telah diduga oleh kejadian yang menguris hati dan perasaannya. Manakan tidak. Keretanya yang baru dibelinya telah dicalar oleh pelajar sekolah. Dalam perjumpaan guru di sekolah tersebut, guru itu dengan nada sedih telah meluahkan perasaannya. Dia menyatakan bahawa dia mendidik dan membuat teguran kepada pelajar-pelajar dengan niat ikhlas namun dia tidak menduga inilah balasan pelajar kepada keikhlasan yang diberikan.Guru tersebut kelihatan sudah berputus asa. Kejadian yang menimpanya membuatkannya berfikir dua tiga kali untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan anak-anak didik. Hal ini jelas tergambar apabila guru itu memberi nasihat kepada rakan sekerja supaya lebih berhati-hati terutama ketika membuat teguran atau memarahi pelajar-pelajar. Ternyata beliau tidak mahu kejadian yang sama menimpa guru yang lain.

Itu hanya sebahagian daripada peristiwa-peristiwa yang mungkin dianggap kecil oleh masyarakat. Banyak lagi peristiwa yang seumpama yang mendorong para guru untuk mengambil sikap lepas tangan terhadap maslaah disiplin pelajar. Rata-rata guru yang berbuat demikian, bukan disebabkan sudah lupa akan peranan atau rasa tanggungjawab mendidik pelajar namun lebih didorong oleh faktor menjaga kepentingan dan keselamatan diri.

Guru juga mempunyai kehidupan sendiri. Ada keluarga dan anak-anak yang perlu diberi perhatian. Keikhlasan mendidik yang dewasa ini kurang dihargai oleh pelajar mahupun masyarakat sekeliling menyebabkan guru sudah tidak sanggup berkorban. Logiknya, kenapa perlu mengundang masalah? Seandainya pelajar tidak mahu belajar, tidur di dalam kelas, membuat bising atau keluar masuk ke dalam kelas sesuka hati, kenapa tidak dibiarkan sahaja? Asalkan sukatan pelajaran dihabiskan. Untuk apa menanggung risiko?

Dugaan guru zaman dahulu tidak sehebat zaman sekarang. Dengan kedudukan dan status ibu bapa yang berpelajaran tinggi, kini sesetengah pelajar tidak lagi menghormati guru serta takut kepada guru berbanding murid 20 tahun lalu. Banyak cerita murid mencabar kewibawaan guru telah didengar dan dibaca. Tindakan guru cuba mendisiplinkan pelajar ada ketikanya membawa kepada peristiwa hitam dalam diri seperti disaman oleh ibu bapa di mahkamah, diberi surat tunjuk sebab atas kesalahan yang direka oleh ibu bapa, dikejar dengan senjata oleh pelajar ditumbuk oleh pelajar, diconteng namanya dengan tulisan-tulisan lucah di dinding-dinding sekolah, malah banyak lagi penghinaan dan tohmahan.dan sebagainya.

Kejayaan pelajar dalam akademik jarang dikaitkan dengan gurunya yang mengajarnya.Pelajar seringkali dikaitkan dengan sikapnya sendiri yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran. Namun usaha gurunya tidak diberi perhatian langsung. Tanpa guru mana mungkin seorang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang. Memang benar, pelajar perlu digerakkan untuk berusaha dengan tekun untuk mencapai kejayaan namun siapakah yang menjadi penggeraknya? Siapakah yang menunjukkan arah yang betul kepada pelajar? Siapakah yang seringkali menegur dan membetulkan pelajar tatkala pelajar membuat kesalahan aatau kesilapan dalam proses pembelajaran. Siapakah lagi kalau tidak guru? Namun ironinya apabila pelajar berjaya, yang difokuskan oleh media massa ialah sikap pelajar sendiri dan rahsia kejayaan pelajar seringkalui dikaitkan dengan usaha yang positif daripada pelajar sendiri. Namun apabila pelajar menemui kegagalan yang disalahkan ialah warga guru. Guru dikatakan tidak mendidik dengan betul, guru yang hanya memberi tumpuan kepada bisnes kecil-kecilannya ,dengan jualan kain, kasut,alat mekap dan sebagainya di sekolah. Guru dituduh mengabaikan pelajar-pelajarnya.

Begitu juga halnya dengan tingkah laku disiplin. Masyarakat mudah menunding jari kepada para guru. Sebagaimana pernah dijelaskan oleh Dato’ Seri HIshamuddin Tun Hussien, masyarakat mudah menyalahkan seluruh warga guru biarpun hanya dua peratus pelajar kita terlibat dalam salah laku disiplin. Sedangkan kejayaan guru kita mendidik 98% pelajar lain langsung tidak diambil kira. (Amree Ahmad,Sampai Bilakah Guru Harus Berkorban?, Majalah Dewan Masyarakat, Mei 2005, hal 12)

Setiap kali timbul masalah melibatkan sekolah dan pelajar, para ibu bapa selalu memperkecil malah menyalahkan guru.Banyak pandangan dilemparkan kepada institusi perguruan dengan tujuan memberi panduan serta teguran yang mungkin ikhlas untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan khususnya kepada individu guru. Tetapi sebahagian besar teguran tersebut lebih menjurus memperkecilkan malah memperlekehkan guru. (Shasha Azman, Pengorbanan Guru dan Realiti Dunia Pendidkan, Dewan Masyarakat,Januari 2004,hal 8-10)

Negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-50 namun masih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan untuk membela nasib guru. Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan 12 jawatan khas “Guru Cemerlang” dan lima jawatan “Pengetua Cemerlang” dengan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) selepas Skim Adiguru (Guru Super) yang dilaksanakan akhir tahun 2004 merupakan usaha pertama untuk memartabatkan profesion perguruan.(Mohd Shukri Mohd Ariff, dalam ruangan Catatan Kepada Pembaca, Majalah Dewan Masyarakat ,Mei 2005).

Nasib guru sudah mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan. Hasrat Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien untuk memartabatkan profesion perguruan harus dipuji. Diana Asyikin dalam esei bertajuk “Merenung Kembali Profesion Keguruan di Malaysia” menjelaskan bahawa hasrat Menteri Pelajaran itu dilaksanakan melalui empat strategi utama iaitu penekanan aspek pemilihan bakal guru dan latihan guru, usaha pemantapan karier perguruan, usaha penambahbaikan persekitaran kerja guru, dan usaha meningkatkan rasa bangga dan keyakinan diri guru serta mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap profesion perguruan. ( Majalah Dewan Masyarakat, Mei 2005, hal 13)

Apapun hakikatnya, Kementerian Pelajaran telah mulai mengambil langkah pertama.Guru juga harus memainkan peranan mereka. Jadilah seperti guru-guru 50 tahun yang lalu. yang aktif dan bersungguh-sungguh meniupkan semangat perjuangan mendaulatkan maruah bangsa terutama golongan guru Melayu. Nurul Halawati Azhari dalam artikel bertajuk, “Peranan Persuratkhabaran Dan Golongan Guru Dalam Kemerdekaan” menegaskan bahawa kesusahan yang dialami masyarakat Melayu telah menyuntik semangat guru-guru pada zaman itu, menunjangi pergerakan politik. sama ada dengan menyertai parti-parti politik seperti Umno, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pada waktu itu, guruguru Melayu mempunyai rasa insaf diri yang tinggi. Sedar akan kelemahan orang Melayu ketika itu, guru-guru bersatu dalam kesatuan sama ada berhaluan kiri atau kanan. Tapi, waktu itu sama ada memilih parti berhaluan kiri atau kanan, matlamat perjuangan mereka adalah sama iaitu ingin membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Seperti yang dinaytakan sejak awal-awal lagi, ada juga kalangan guru yang menggunakan medium penulisan sebagai alat menyampaikan pandangan serta seruan masing-masing. Mereka turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Mereka menulis dengan tujuan yang sungguh murni iaitu untuk perkembangan dan kedaulatan bahasa dan sastera serta kemerdekaan tanah air. Pahit getir perjuangan penulisan mereka terasa manisnya apabila laungan kemerdekaan bergema di seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Sumbangan golongan guru penulis untuk memartabatkan bangsa tidak terhitung nilainya. Jiwa pendidik yang cintakan bangsa terus subur walaupun ada ketikanya dipuji dan dibela, ada waktunya pula dikeji dan difitnah.

Zaaba ialah antara individu yang aktif dan lantang menyuarakan pendapatnya menerusi mata pena. Beliau memperlihatkan sikap antikolonial British dari awal lagi.
Shaharom yang menggunakan nama pena Mashor Malaya, Shabhi dan Dharmaya, misalnya seorang guru yang banyak menyentuh tentang peri mustahaknya guruguru menanamkan semangat kebangsaan pada murid-muridnya dalam hasil karyanya. Ia turut menyeru guru-guru lain agar turut serta menyuntik kesedaran dalam diri murid-murid Melayu akan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan, kesejahteraan dan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Seharusnya itu yang diperjuangkan oleh guru-guru abad ini. Walau bagaimanapun fokus utama bukan sahaja menyedarkan murid-murid akan tanggungjawab mereka tetapi juga memerdekakan mereka daripada terus dijajah mindanya oleh pengaruh negatif globalisasi.Guru berperanan mengeluarkan pelajar daripada belenggu budaya hidup barat yang hanya mementingkan keseronokan dan hiburan semata-mata. Guru perlu memainkan peranan yang besar dalam menyemai rasa cinta akan tanahair dan semangat sanggup berkorban untuk negara di hati setiap pelajarnya. Pembentukan jati diri pelajar harus diberi keutamaan , bukan sekadar memberi tumpuan kepada akademik semata-mata.
Sememangnya tanggungjawab ini amat besar. Malah semua pihak tidak kira kerajaan, pihak swasta mahupun ibu bapa sendiri menaruh harapan yang tinggi kepada guru. Demi negara dan martabat profesion perguruan, setiap insan bergelar guru perlu terus berjuang selagi gelaran guru itu masih terpahat di dada.Perjuangan meningkatkan maruah diri dan perjuangan menjadikan pelajar-pelajar benar-benar bebas daripada segala masalah sosial yang mengganggu gugat kesejahteraan negara. Perjuangan ini tidak pernah selesai.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-50 wahai para guru! Manisnya sambutan kemerdekaan ini ialah apabila anda sedar bahawa golongon guru merupakan nadi kemerdekaan negara. Tanpa insan bergelar guru, tidak mungkin tanahair.kita mengecapi kemerdekaan. Biar di manapun kedudukan guru selepas 50 tahun kemerdekaan ini, yang penting guru sendiri sedar dan yakin tugas guru yang penuh cabaran dan menuntut banyak pengorbanan ini merupakan tugas yang mulia dan hanya mampu dipikul oleh insan yang terpilih sahaja. Calang-calang orang sahaja yang mampu menjadi guru.

Maka berbanggalah wahai insan yang dipanggil ‘cikgu’. Anda ialah insan yang dihormati .Andalah insan yang bermaruah. Andalah insan yang tinggi darjat dan kedudukannya.Anda ialah insan yang cekal hatinya.Andalah insan yang kuat semangatnya.Andalah ‘role model’ pelajar-pelajar yang akan menjadi pewaris negara.. Hormatilah diri anda sendiri!Angkatlah darjat anda! Biarpun banyak tohmahan dan fitnah yang ditabur, namun percayalah bahawa di hati setiap insan pasti akur bahwa tanpa insan yang bergelar guru , “they are nobody” . Tidak akan ada pemimpin yang akan menggegar pentas dunia. Tiada peguam yang akan berjaya menegakkan keadilan, tiada doktor yang berjaya menyelamatkan nyawa, lantaran segala-galanya bermula dari insan yang hanya bergelar guru.
(Artikel ini pernah di siarkan di majalah Ehwal Pendidikan Ogos 2007)

Diantara kelmarin ,semalam dan hari ini..

Aku terpanggil untuk menuls setelah sekian lama tidak bergerak di persada maya ini. Beberapa isu masih aku terlepas ,samaada isu 1Malaysia oleh Najib, isu agama anak-anak muallaf oleh Nazri Aziz , isu Penanti , isu pembacaan ayat-ayat suci Al-qur'an oleh ADUN bukan Muslim dan sebagainya. Hakikatnya, bukan terlepas, tetapi slow sikit dalam mencari kudapan cum sumber rujukan sebenar isu-isu tersebut. Emosi dan fizikal turut memainkan peranan sebenarnya dalam gerak kerja aku masa SEM ni.

Aku meneliti satu-satu perkara tersebut, satu saja kesimpulan- kita masih ego dan tidak mahu mengakui kebenaran pihak lawan kita walaupun kita tahu mereka benar. Contoh ,dalam isu pembacaan Al-quran oleh bukan Muslim, aku merasakan Majlis Fatwa haruslah sejelas-jelasnya memahami konteks yang sedang berlaku apabila petikan Qur'an dibacakan. Aku tak mahu ulas panjang tetapi itulah hakikat sebenar di mana apabila ada yang membaca petikan Qur'an dengan niat untuk menguatkan hujah dan belajar, merek dituduh sebagai penghina, pengkhianat bahkan ada yang berpusu-pusu membawa kes ini ke Balai Polis . Apa kes ni ,bang? Ada yang sesetengah bukan setakat menghina tetapi bawa dalam mahkamah terus pelaksanaan hukum Islam, (secara total menghina kerelevana ayat-ayat Qur'an) Zaid Ibrahim , bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang disingkirkan, tiada pula "ustaz-ustaz segera" ni bawa kes ni ke Balai Polis atau mahkamah. Inilah dinamakan politik 3 suku ,dan kurang matang.

Satu lagi isu apabila kerajaan mengeluarkan akta yang "bertindak" menghalang salah seorang dari pasangan yang memeluk Islam untuk menarik anak mereka uuntuk memeluk Islam. Aku setuju denga pernyataan yang dikeluarkan oleh TERAS PENGUPAYAAN MELAYU bahawa sebelum mengeluarkan apa jua akta yang bersangkut paut dengan Islam,kerajaan hendaklah merujuk terlebih dahulu dengan pihak berautoriti, dalam konteks ini pihak yang memahami undang-undang dan Islam itu sendiri. Apakah akta ini diperkenalkan setelah meneliti pandangan pihak-pihak yang berautoriti ? Ini yang jadi persoalan. Jika selama ini , salah seorang dari pasangan memeluk Islam bebas untuk menarik anaknya sekali masuk ke dalam Islam ,tetapi apabila akta ini diperkenalkan , ini secara tidak langsung menghalang pengislaman anak pasangan tersebut. Pada pendapat aku, kerajaan seharusnya mengkaji terlebih dahulu sebelum memperkenalkan akta seumpama ini. Satu lagi ,aku tak nampak pun tentangan dari parti-parti politik , cendikiawan-cendikiawan mahupun agamawan-agamawan berkenaan isu ini. Yang aku nampak cuma TERAS PENGUPAYAAN MELAYU mengeluarkan kenyataan daripada blognya. Kemana menghilang yang lain?

Isnin, April 20, 2009

Where shall we begin ?

Aku baru post title di atas , ada 2 orang sahabat terus sent comment. terima kasih untuk komen tersebut. Sebenarnya tajuk di atas merupakan tajuk sebuah buku yang ditulis oleh Ali Ahariati , seorang pemikir besar Iran pada zaman Kebangkitan Revolusi Islam pada zaman 7o-an dulu. Tajuk penuh buku ini adalah Where Shall We Begin? -Enlightened Thinkers and The Revolutionary Society yang sedikit sebanyak memberi aku inspirasi terhadap guru sebagai revolusioner yang akan mengubah masyarakat.

Dalam buku terbitan CITIZEN INTERNATIONAL ini aku didedahkan dengan pekataan enlightened thinkers atau souls yang juga bermaksud golongan yang "celik pemikiran" atau Rausyanfikir mengikut bahasa Parsi. Teruja bila baca buku ini sebab secara terperinci ia menerangkan kepada diriku tentang apakah maksud sebenar Rausyanfikir . Aku pertama kali mendengar istilah ini apabila menghadiri satu "talk" ringkas oleh Saudara Faysal dari UTP. Anda semua boleh mengunjungi blog beliau di Rausyanfikir.com . Seingat aku , bagi beliau mahasiswa lah yang sepatutnya menjadi Revoutioner thinkers yang akan mengubah masyarakat dari dasar atau bawah.

Mungkin anda masih tekeliru dengan istilah ini.Menurut Ali Shariati, seseorang yang celik pemikiran ini@ rausyanfikir@ enlightened thinkers ini merupakan segolongan manusia yang sedar perkara kebejatan yang menimpa masyarakat dan mereka berusaha mengubahnya -"Individuals feel a social resposibility and have a sense of social mission". Mereka ini merupakan segolongan manusia yang memikirkan keadaan , sebab berlakunya sesuatu seterusnya merangka solusi kepada masyarakat yang mereka diami. Aku nampak guru yang menerima tarbiyah dan menyampaikannya merupakan segolongan dari insan-insan yang celik prmikiran ini.

Dalam buku bersaiz poket ini juga Ali Shariati menggariskan beberapa tanggungjawab oleh "Rausyanfikir" ini . Antaranya adalah merapatkan semula jurang antara teori-teori praktis dan pemikiran antara golongan intelek dengan masyarakat umum. Pernyataan ini dengan bahasa mudah ialah intelektual-intelektual mampu turut ke lapangan masyarakat , bercakap tentang pelbagai isu umat tanpa perbezaan tentang lengok bahasa atau pemikiran siapa yang lebih intelek yang kadang-kadang menimpa golongan intelek hari ini. Seakan mewujudkan satu golongan bergelar intelektual ,namun hanya memahami persoalan dan keadaan masyarkat melalui teori-teori, kajian-kajian, atau bahan bacaan bukan melalui pemahaman dari segi kontekstual atau berdepan.

Aku tertarik dengan kata-kata beliau ini - The responsibility of the enlightened soul is to identify the real causes of the backwardness of his society and discover the real cause of stagnation and degeneration of the people of his environment.

Beliau juga menggariskan beberapa langkah yang perlu rausyanfikir pertimbangkandalam "mencernakan revolusi 'masyarakat ke medan nyata atau realistik
@ educate his slumbering and ignorant society
@ identify the rational solution , which would enable his people to emancipate themselves from the status quo
@ try to find out the true cause relationships between misery , social illness and abnormalities and the various internal and external factors
@ transfer this understanding beyond the limited group of his collegues to the society as whole.

Aku baca buku ni, aku nampak banyak teori. Tapi aku yakin sahabat-sahabat yang terima tarbiyah semuanya menuju ke arah pengubahan masyarakat secara perlahan-lahan walaupun perubahan tidak mendasar dan terpampang di depan mata.

Siapakah yang sebenarnya layak menjadi seorang rausyanfikir@enlightened thinkers@ pemikir yang celik ini?Ali Shariati menjawab persoalan ini dengan kata-kata tersebut:

The enlightened soul is a person who is self-conscious of his human condition in his time and historical and social setting , and whose awareness inevitable and necessarily gives him a sense of social responsibility.An d if he happens to be educated he may be more effective and if not perhap less so. But this is not a general rule, for sometimes an uneducated individual may play a much more important rule.

Buku yang bagus untuk dibaca dan dfahami dengan erti kata mencernakan dengan segala sifat ke dalam kotak pemikiran bakal guru yang semakin lesu dengan nilai keinteletualan ini.

Selasa, April 14, 2009

Transformasi Melayu- Baca untuk suapan pemikiran

PETIKAN DARI BLOG TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

Berikut ialah suatu rencana yang TERAS berpendapat berguna untuk bangsa Melayu renungi agar mengambil mana-mana yang difikirkan baik untuk mengangkat daya usaha mandiri dan keusahawanan di kalangan bangsa Melayu Rencana ini TERAS kutip dari seorang penulis Shen Yeen Aun dari web “Shen Yee Aun Di Persada Nusantara”Falsafah Perniagaan Kaum Cina

Sejarah perniagaan cina di tanah Melayu sebenanya bermula pada zaman pemerintahan British di Negara kita. British membawa imigran cina ke tanah Melayu untuk mengusahakan lombong dan ladang. Mereka sebenarnya datang ke sini tanpa membawa ahli keluarga mereka. Motif utama kedatangan mereka adalah untukmencari dan mengumpul duit. Kaum cina juga dipengaruh dengan cerita bahawa tanah Melayu merupakan satu syurga yang mudah mencari duit dan dapat menjadi kaya.

Malangnya cerita yang didengari tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.

Pada mulanya bila mereka berada di sini sebenarnya mereka juga hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Ada juga dalam kalangan cina yang ditipu menjadi buruh dan kuli. Walaubagaimanapun kesusahan yang dialami di sini tidak sesusah negara asal. Kita tidak dapat menafikan bayangan awal terhadap tanah Melayu berubah dan pendapatan yang diperoleh amat sedikit tetapi mereka mampu makan dengan kenyang di sini jika hendak dibandingkan dengan negara asal mereka.

Budaya perniagaan yang diamalkan ialah sifat kerajinan. Orang cina percaya sekiranya mereka hendak menjadi seorang peniaga yang berjaya mereka perlu rajin dan bersungguh-sungguh. Kerajinan ini bukan sahaja perlu diamalkan sebelum berjaya tetapi juga selepas berjaya juga perlu kekal rajin.

Mengikut kajian yang diperoleh secara umumnya orang cina yang terlibat dalam perniagaan bekerja 16 hingga 18 jam sehari. Boleh kita bayangkan atau tidak ? Dapat kita bayangkan apabila orang tengah tidur orang cina sudah mula bekerja dan apabila orang sedang tidur orang cina baru tamat bekerja.

Seterusnya orang cina mempunyai mentaliti dan persepsi yang amat unik terhadap perniagaan. Mereka berfikiran bahawa tiada yang menang tak menang semua dan pada masa yang sama kalah tak kalah semua. Mereka juga tak suka berniaga sekiranya tidak menyumbang dari segi bentuk tenaga dan modal. Keuntungan yang diperoleh pula tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya kerana keuntungan yang diperoleh harus digunakan untuk menambah modal dan juga untuk melabur.

Musuh utama mereka ialah takut hendak bersaing , takut untuk mencuba dan tak sanggup hadapi kegagalan. Antara pemikiran yang paling ditekankan ialah situasi menang-menang dalam sesuatu urus niaga supaya berlaku keadilan dan kebaikan kepada semua pihak. Orang cina juga tak harap dan bermimpi keuntungan mampu diperoleh dalam sekelip mata sahaja.

Sebelum dan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan orang cina merancang dengan teliti, bijak dan sistematik. Bagi orang cina sesuatu perniagaan bukan permainan sebaliknya merupakan sesuatu ibaratkan antara hidup dan mati. Oleh itu mereka tidak boleh tersilap merancang pada setiap masa. Perancangan yang baik menjanjikan pulangan dan masa depan perniagaan yang baik manakala perancangan yang dilakukan secara sambil lewa hanya akan memudaratkan sesuatu peniagaan.

Baik atau buruknya sesuatu perniagaan bergantung kepada perancangan yang rapi .

Selain itu , orang cina sentiasa mencari peluang untuk menerokai tempat dan pasaran baru. Mereka tidak akan berhenti di tempat mereka berada. Mereka senantiasa mahu terus maju dan bertambah baik dari satu hari ke satu hari. Oleh itu , cita-cita orang cina adalah membuka sebanyak rantaian perniagaan yang boleh sehingga ada yang membawa rantaian perniagaan mereka ke luar negara.

Sementara itu , peniaga-peniaga cina mudah menyesuaikan diri dengan keadaan. Bangsa Cina merupakan satu bangsa yang paling fleksibel apabila berniaga. Hal ini disebabkan mereka mudah mengeksploitasi keadaan dan pantas belajar menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan keadaan.

Pada masa yang sama , bangsa cina juga merupakan bangsa yang berpandangan jauh. Sebelum memulakan perniagaan mereka sudah melihat dan meramal perjalanan

Perniagaan mereka sehingga berpuluh-puluh tahun ke depan. Batu loncatan mereka besar tetapi realistik. Boleh dikatakan segala yang difikirkan oleh peniaga ialah masa depan perniagaan , keuntungan yang diperoleh dan berapa rantaian dan pasaran yang mampu ditembusi.

Bangsa Cina juga merupakan satu bangsa yang tak takut kepada persaingan dan kerugian Persaingan digalakkan untuk memotivasikan dan meningkatkan perniagaan dari masa ke masa. Perasaan cemburu tidak digalakkan tetapi perasaan cemburu yang positif harus dibenarkan demi kemajuan. Mereka sanggup menghadapi segala bentuk rintangan , masalah , cabaran , dugaan , kesusahan dan sebagainya. Bagi mereka mustahil seseorang mampu berjaya tanpu mengharungi pelbagai rintangan. Kejayaan yang manis datang dari usaha dan pengorbanan yang pahit.

Sejajar itu , bangsa Cina juga bersifat agressif dalam perniagaan. Tiada sebarang unsure kompromi berkaitan dengan perniagaan dan wang. Terdapat juga perbezaan antara urusan peribadi dengan perniagaan. Oleh itu sesuatu ahli keluarga tidak boleh menggunakan wang yang diperoleh daripada keuntungan perniagaan. Hal peribadi tidak harus dicampurkan dengan perniagaan. Kenyataan tersebut terlalu dipraktikkan sehingga majikan atau bos sendiri tak dibenarkan menggunakan wang keuntungan dengan sesuka hati walaupun perniagaan tersebut miliknya.

Segala peluang harus dieksploitasi dengan baik dan pantas kerana bangsa Cina percaya peluang hanya datang sekali dan sekali terlepas sukar untuk mengejar kembali. Oleh itu , segala tindakan diambil dengan cepat , laju dan pantas. Hal ini disebabkan dipercayai lagi lama tunggu semakin lama sama terbuang. Dipercayai juga semakin lambat bertindak semakin tipis sesuatu peluang.

Dalam pada itu , peniaga yang berjaya juga merupakan peniaga yang berani mengambil risiko. Kalau tak berani mencuba maka sampai bila pun seseorang tidak akan mendapat apa yang dimimpikan sekiranya tak berani mengorak langkah ke arah mimpi yang dimimpikan.

Kegagalan dan kerugian bukan sesuatu yang harus ditakuti oleh setiap peniaga tetapi sesuatu yang telah diramal mungkin berlaku.

Kita harus sedar tiada jaminan dalam dunia ini dan apatah lagi dalam dunia perniagaan yang tidak menentu. Seseorang harus berani mencuba , meneroka , melabur dan juga melancarkan pembaharuan dari masa ke masa. Penakut tidak mungkin berjaya dalam perniagaan kerana seseorang peniaga tidak harus ada perasaan ragu-ragu dalam segala tindakan dan keputusan yang dibuat. Apabila perasaan keraguan timbul maka sesuatu perniagaan akan terhenti di situ dan sukar bergerak ke hadapan.

Falsafah dan budaya seterusnya pula seseorang peniaga mesti bertahan lasak iaitu mempunyai daya ketahanan dan stamina yang kuat. Tiada satu benda yang mampu dikecapi tanpa pengorbanan. Antara pengobanan yang perlu dikorbankan mungkin seluruh simpanan wang sebagai modal , masa bersama keluarga tercinta , masa untuk besuka ria dan melakukan perkara yang disukai.

Seterusnya seseorang peniaga mesti sanggup bekerja siang dan malam walaupun letih dan penat dan kadang-kala sakit juga tidak boleh rehat sesaat pun. Daya ketahanan dari segi mental dan fizikal perlu kuat apabila menghadapi tekanan. Mereka sedar bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian daripada bersenang dahulu dan bersusah kemudian. Tiada alasan yang boleh diberi tetapi mengaku segala kesalahan dan kelemahan demi kemajuan. Segala kekurangan , kelemahan dan kesalahan harus dikaji dan belajar untuk memperbaiki dari masa ke masa.

Sehubungan itu , seseorang dipercayai tidak harus mudah tunduk kepada takdir dan nasib. Walaupun orang cina percaya kepada takdir tetapi tak mudah berserah kepada takdir sebelum mencuba dan berjuang. Sekiranya pada waktu tertentu mereka berada dalam jangka masa yang kurang baik iaitu menanggap sial dan malang maka sebenarnya sial dan malang tidak berkekalan kalau tidak berputus-asa. Mereka berfikiran tiada yang mustahil di dunia ini sekirannya kita berusaha.

Dipercayai juga setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Peniaga yang unggul juga merupakan peniaga yang mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi . Seorang pahlawan mesti gagah , teguh dan berani apabila menghadapi sebarang bentuk tekanan dan cabaran. Seseorang harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap masa. Setiap masalah dan bencana yang bakal menimpa harus diketahu awal.

Perniagaan juga dilihat sebagai satu perjuangan yang berada di medan perang. Oleh itu , strategi yang baik dan semangat juang yang tinggi perlu ada.

Feng Shui juga merupakan salah satu elemen yang amat dititik beratkan dalam dunia perniagaan cina. Bangsa cina perlu ada rangsangan dan dorongan psikologi yang baik untuk bergerak ke hadapan. Mereka percaya alam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.

Alam dipercayai mempunyai hubungan dengan kelahiran , nasib dan perjalanan masa depan seseorang orang.

Oleh itu , kedudukan dan masa yang sesuai diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Wang beratus hingga berpuluh-puluh ribu sanggup dibelanjakan demi mendapat khidmat pakar Feng Shui yang terbaik. Pemikiran yang unggul perlu ada untuk menjadi antara yang terbaik dalam dunia perniaaan. Mengikut falsafah dan budaya cina bahawa seseorang harus melihat dari pelbagai sudut dan tidak fokus kepada satu pandangan yang sempit sahaja. Matlamat yang jelas perlu diberi perhatian. Otak mesti terus berfikir , berinovasi dan bergerak. Idea pula perlu terus berkembang. Kemahiran membaca pemikiran orang ramai , pesaing dan pekerja juga perlu ada. Oleh itu pemikiran yang unggul melibatkan analisis , membaca , mengingat , meramal , menentukan dan sebagainya.

Adat yang diamalkan dalam perniagaan pula orang cina akan menutup akaun setiap tahun. Sesuatu perniagaan dikira berjaya kalau untung. Segala bentuk hutang harus diselesaikan 3 hari sebelum menjelang tahun baru. Hutang tidak digalakkan dibayar pada tahun baru cina kerana menjadi pantang larang dalam adat cina yang dianggap membawa kesan yang tidak baik.

Segala janji seseorang peniaga harus dikotakan walau sesusah mana. Perniagaan juga tidak digalakkan dibuka pada tahun baru cina. Biasanya selepas setahun bekerja kuat dan keras maka orang cina biasanya akan berehat minama 3 hari hingga maksima 15 hari terus. Setiap pembukaan perniagaan biasanya ada pembakaran mercun.

Pembakaran mercun dipercyai mampu menghalau dan membuang roh , semangat , nasib dan benda yang tidak baik. Majlis pembukaan perniagaan juga harus dibuka pada tengah hari dan kurang baik sekiranya dibuka pada waktu malam.

Sebelum merdeka kaum Cina sebenarnya sudah menguasai ekonomi negara disebabkan oleh dasar pecah dan perintah oleh pihak penjajah iaitu British. Kini sudah

50 tahun kita merdeka adakah kita masih boleh melabelkan kaum Cina sebagai sebuah komuniti yang menguasai ekonomi negara ? Jawapannya tidak walaupun tidak dapat dinafikan terdapat ramai kaum Cina yang kaya dan berjaya dalam sektor ekonomi. Sehubungan itu , sekiranya terdapat juga golongan Melayu yang maju dan mundur maka realitinya terdapat juga kaum Cina yang kaya dan juga miskin pada masa yang sama.

Kumpulan kita melihat setiap kaum masing - masing maju dalam kelajuan yang berbeza. Sememangnya antara 20 orang yang terkaya di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada kaum cina tetapi beberapa puluhan individu ini tidak boleh menggambarkan 6.3 juta kaum Cina yang lain. Kemungkinan besar juga total perolehan berpuluh - puluh tokoh korporat ini menyamai dengan percampuran pendapatan 6 juta kaum cina yang lain.

Melalui kaji selidik didapati kaum Cina amat mementingkan pelajaran. Majoriti keluarga amat mengutamakan pelajaran dan biasanya ibu bapa mahupun kadang - kala nenek atau datuk cina sanggup bermatian - matian tidak kira menggunakan cara apa sekali pun untuk memastikan generasi muda dalam keluarga cina mendapat pendidikan yang sempurna. Keluarga cina yang sederhana dan kurang kaya sanggup bekerja 2 hingga 3 pekerjaan tanpa henti demi menyimpan sejumlah wang yang besar untuk pelajaran generasi muda.

Ada juga yang sanggup menjual segala harta yang ada demi pelajaran dan pendidikan. Ada juga yang sanggup berjimat cermat sehingga seperti kais pagi makan pagi , kais petang makan petang yang bermaksud makan dengan amat jimat dan sedikit. Ada juga golongan tua yang sanggup berjalan berbatu - batu jauhnya demi mengutip tin dan menyumbang sedikit dalam pelajaran mahupun pendidikan generasi muda.

Keadaan yang digambarkan jelas menunjukkan biasanya majoriti generasi kaum muda cina berpendidikan tinggi dan dengan ilmu serta sijil yang dimiliki telah memudahkan mereka mencari pekerjaan. Terdapat juga dalam kalangan graduan cina yang menggangur tetapi biasanya mereka tidak menggangur dengan lama sebab mereka tidak putus asa mencari kerja dari utara hinggalah ke selatan. Bagi sesetengah kaum cina tidak kira betapa susah sesuatu perkerjaan itu tetapi asalkan ada pekerjaan untuk mereka untuk bekerja maka mereka sudah mudah puas hati.

Di samping itu , ramai juga golongan cerdik pandai iaitu biasanya golongan profesional cina kini tengah bekerja dan berkhidmat di luar negara. Hasil kajian menunjukkan biasanya golongan ini merupakan pelajar yang berjaya bertapak di Universiti yang terkemuka seperti Universiti Oxford dan Cambridge di United Kindom , Harvard dan Yale di Amerika Syarikat , Ontario di Kanada , Auckland di New Zealand , National University Singapore di Singapore dan sebagainya. Mereka biasanya terus mendapat tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka.

Kategori seterusnya pula golongan yang bekerja di luar negara dengan pekerjaan yang kurang tinggi seperti menjadi buruh , mencuci pinggan penjaga keselamatan , promoter dan sebagainya. Hal ini disebabkan pendapatan mereka akan berlipat kali ganda apabila mereka membawa kembali ke negara kita. Dikatakan dengan hanya mencuci pinggan di United Kingdom bersamaan dengan hampir RM 6000 sebulan. Terdapat juga kategori seterusnya yang memohan untuk bekerja dalam negara sendiri tetapi tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan maka mereka keluar untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan.

Good for non-Muslims to learn about Islam

Petikan dari surat pembaca di The Star
Monday April 13, 2009




IT is gratifying to read that Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz is defending Perak DAP secretary Nga Kor Ming’s recital of Quranic verses in his speech. I think it’s about time that non-Muslims learned more about Islam.

When I was schooling in Alor Star, I remember going to school on Saturdays and joining the Quran dan Tajwib classes just for fun. The religious teacher (Ustaz Salleh) was amused that a Chinese boy would sit at the back of the class listening to his friends reading from the Quran. However, Ustaz Salleh did quietly inform me that I was not to touch the religious book.

When I was in Form Four, I remember a teacher, an Indian Christian, urging my classmates to do something for another classmate who was suffering from depression. My Muslim classmates suggested that we buy a copy of the Quran for him.

So we contributed to the fund and the Muslim boys bought a copy of the Quran.

And then the Muslim boys told the teacher and the non-Mulsim boys that we were not allowed to touch the book.

When I started working as a teacher in rural Kedah, I remember one incident when we as a group of teachers were invited to a kenduri on Nabi Muhammad’s birthday at the compound of the local mosque.

We were told that we could eat just about anything on the table, except the beef. The cow had been slaughtered as a form of sacrifice and so should be consumed only by Muslims.

We wanted to enter the mosque, but they encouraged us not to. It is sad that as a non-Muslim Malaysian, I don’t know much about Islam.

I have been invited by Christian, Hindu, Buddhist and Sikh friends to visit their churches or temples, to attend their religious classes, to attend their religious ceremonies, to read their holy books which were presented to me as gifts, to take up their correspondence courses, to listen to and watch their free CDs and DVDs, but I have never once been invited by a Muslim friend to learn something about Islam.

So, thank you, Nik Aziz, for making that positive statement about a non-Muslim reciting a verse from the Quran.

G.K. LIM,

President, HRD Gateway,

Kuala Lumpur.

Isnin, April 13, 2009

GMP mohon kemelut PPSMI diselesai

Petikan Berita Mnggu Online (13 April 2009)

KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berharap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menyelesaikan isu segera berkenaan.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata Muhyiddin dan timbalannya, Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum ini menunjukkan sikap prihatin terhadap isu berkenaan dan berharap pelantikan mereka membolehkan kedua-dua subjek itu diajar semula dalam bahasa Melayu.

Katanya, GMP menaruh harapan tinggi kepada kepimpinan baru Kementerian Pelajaran untuk menyelesaikannya segera dengan cuba memahami isu dan masalah berkenaan serta tidak hanya mengikut telunjuk kepemimpinan terdahulu yang gagal memahami aspirasi rakyat khususnya pelajar sekolah.

Ahad, April 12, 2009

Peranan Mahasiswa Keguruan Dalam Mendepani Kemelut Masyarakat Massa

Saya tertarik untuk mengulas berkaitan perkara ini disebabkan oleh pelbagai kecelaruan yang terjadi dalam kalangan peatih guru kita mutakhir ini. Bermula dari serangan pemikiran (ghazwatul fiqr) sehinggalah krisis identiti, semuanya agak 'akrab' dan menjadi 'ramuan biasa' (tidak lagi menjadi rahsia disebabkan semua pihak dah tahu) dalam khalayak pelatih guru.


Saya bukanlah seorang yang berhak untuk menghukum seseorang kerana segala kelemahan yang ada pada diri saya dari segi ilmu dan pengalaman, namun saya sekadar ingin berkongsi pengalaman berdasarkan keterlibatan saya di dalam persatuan di IPG saya.


Sudah menjadi satu perkara yang jelas bahawa kita, selaku pelatih guru mempunyai peranan yang sangat penting untuk mendidik dan 'membiasakan' diri kita untuk terlibat dalam bidang keguruan, maksud saya dalam pendidikan untuk menjadi guru yang cemerlang dunia dan akhirat.


Seperti seruan azan yang menyeru ke arah solat dan falah (kejayaan), kedua-dua kalimah itu merupakan satu simbiosis dalam hidup seseorang.


Agak jengkel kalau ada dalam kalangan pelatih guru yang menyatakan bahawa dia solat, namun tanggung jawab yang dipikul selaku seorang mahasiswa dalam bidang keguruan terabai.


Begitu juga agak tidak masuk akal jika ada pelatih guru yang menyatakan bahawa dia berjaya dengan tidak solat dan membuat maksiat kepada Allah taala.


'Kejayaan' itu betul merupakan satu pernyataan subjektif, namun harus ingat bahawa kejayaan hakiki seseorang terutamanya mereka yang bergelar muslim bukanlah terletak pada harta pangkat dan rupa paras yang dimiliki, namun kejayaan yang sebenar apabila berjaya menjadi hamba Allah yang taat kepada-Nya.


Pelatih guru selaku guru yang akan datang terpaksa membiasakan diri dengan situasi yang gawat sekarang ; gejala sosial, kemelut fikrah (krisis identiti) dan kebejatan moral dalam kalangan murid dan masyarakat.


Jika para guru hanya melihat peranan mereka hanya selaku seorang tenaga pengajar, saya rasa sangat rugi kerajaan membelanjakan beberapa ratus ribu ringgit untuk seorang pelatih guru jika kita mampu menjimatkan kos dengan hanya membeli cd interaktif atau pun robot sebagai 'tutor' kepada murib jika mereka merasakan peranan mereka sekadar mnagajar sahaja.



Jadi, peranan pelatih guru yang diangkat martabatnya sebagai mahasiswa ini perlulah seiring 'kenaikan pangkatnya' supaya profesion keguruan akan berada dalam landasan yang sebenar, iaitu sebagai seorang pendidik masyarakat yang akan banyak mempengaruhi sosial masyarakat setempat.



Jadi, peranan guru yang mulia ini bukan sekadar tunggul atau kayu dalam masyarakat. Dalam mengharungi kepesatan kesesatan dan keributan sosial sedunia ketika ini, pelatih guru perlulah memantapkan diri itu dengan pengisian jiwa yang mantap supaya pelatih guru ini akan lebih berani menghadapinya (gelombang jahiliah moden).



Sekurang-kurangnya para pelatih guru tidak menjadi agen pemusnah masyarakat.


Ya, guru merupakan agen perubahan dalam masyarakat. Perubahan itu hendaklah mengarah kepada keredhaan Allah s.w.t. Biar pun sedikit peranan dan usaha kita kepada masyarakat, namun ingat, Allah s.w.t. tak tengok sangat hasil. Apa yang penting, usaha kita.



Berjaya tak berjaya nombor seterusnya.

Perkongsian dari Zafaruddin Azzafaranniy..

Sabtu, April 11, 2009

Peribadi...bahagian 2

Peribadi, menurut Buya HAMKA ialah :
1. Kumpulan sifat-sifat dan kelebihan diri , yang menunjukkan kelebihan seseorang daripada orang lain
2. kumpulan sifat akal-budi , kemahuan , cita-cita dan bentuk tubuh

Namun aku tertarik dengan kata-kata beliau yang aku kira amat jelas dan amat dalam maksudnya, sesuai untuk bekalan pendakwah sepanjang jalan..ataupuN sekurang-kurangnya kepada mereka yang sedar mereka harus berbuat sesuatu terhadap permasalahan yang melanda ummt sekarang ini.

"Setelah merdeka , kita berjuang mempertahankan kemerdekaan , setelah diakui kemerdekaan itu , kita berjuang mengisinya, supaya bangsa dan negara kita berdiri dan Terus hidup . Apabila perjuangan telah berhenti , apabila kesulitan tidak ada lagi , apabila kita sudah puas dengan apa yang adA ertinya matilah negara kita dan kita "

Selain itu , semangat (perubahan) itu dititIpkan melalui REAKSI dan LONTARAN kata-kata yang sungguh bermakna :

"Kebangunan Revolusi kita tempoh hari , hanyalah reaksi jiwa yang tidak tahan ditekan. Dan bila pekerjaan demikian telah habis , gelora telah tenang dan air bah telah susut , terbuntanglah kembali kelemahan jiwa kerana tidak percaya kepada diri sendiri itu."

Sifat manusia yang pelupa dan sering terlupa sebenarnya telahpun ditegur oleh Allah s.w.t sendiri .Bahkan manusia (insan) itu dikaitkan dengan perkataan "an-nasiya" yang bererti pelupa . Apabila manusia itu ditekan dan ditindas , mereka akan bersifat reaktif, terutama sesuatu perkara yang telah lama terpendam dalam diri mereka. Mereka akan melawan dan terus melawan selagi mana hak mereka dan kepentingan mereka diganggugugat. Tetap ia hendaklah bermula dari manusia itu sendiri sama ada mereka sedar ataupun tak terhadap hak-hak dan kepentingan mereka .

Apabila kejayaan mereka tercapai, mereka mula berasa senang, dan jika tiada sebarang pengulangan pemikiran dan peringatan , mereka akan sedikit-demi sedikit akan menjauhi tujuan sebenar mereka, dalam konteks revolusioner masyarakat (guru) dan mungkin dari segi konteks pengabdiaan kepada yang esa itu sendiri. Segalanya bermula dengan niat.
Innamal a'maalu binniyat (sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat)

Petikan daripada buku Peribadi seterusnya melambangkan revolusion yang dialami oleh setiap insan yang berbaka Islam, di mana Islam menjadi darah dagingnya semenjak beberapa keturunan :

" Dalam Agama ini , umpamanya kita lahir dua kali. kelahiran pertama , iaitu kita dalam Islam. Tetapi setelah kita dewasa , kita harus lahir sekali lagi. Kita selidik agama itu sedalam-dalamnya dan kita sesuaikan hidup kita dengan dia."

Ini bermaksud setiap manusia akan mula sedar dengan agama apabila pemikiran mereka mulai matang dan mampu menilai mana yang baik mana yang buruk. Dalsm Islam apabila seseorang telahpun akil baligh dan mampu memegang amanah dan harta, masa itulah merupakan petanda mereka ini dikatakan mampu menilai mana yang aik , mana yang buruk.

Aku beli buku ini tahun lepas sebelum aku boikot Tesco (sebelum pembantaian terhadap Ghazza). Karya Prof . Dr. Hamka yang penuh puitis, informatik , berfalsafah , berbaur dengan segala kepandaian dalam berolah kata-kata. Aku sudah ada 4 buku dari banyak-banyak buku karya-karya beliau. Antaranya, buku ni, Falsafah Hidup ,kenang-kenangan Hamka , dan Tenggelamnya Kapal Van Deer Wijch(novel cinta)Harga ? RM 14.00 . Khazanah yang tidak ternilai pada harga yang rendah terbitan oleh Pustaka Dini.

Selamat membaca !

Jumaat, April 10, 2009

Peribadi....bahagian 1

Aku rasa mungkin dah begitu lama aku tidak membedah atau mengembara sambil menulis ulasan berkenaan sesuatu buku. Dalam post yang dulu-dulu, aku pernah bedah buku "Dua Wajah" oleh Syed Hussain Ali, Timbalan Presiden PKR berkenaan pengalamannya "bersekolah" d Pusat Kemunting dan beberapa pusat tahanan di bawah akta draconian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)selama 6 tahun .

Kupasan buku tersebut seingat aku dibuat secara luaran sahaja ,tanpa melibatkan sebarang kupasan mendalam.

Kali ini ,aku suka berkongsi dengan anda semua dengan satu buku yang dikarang oleh Buya Hamka.Bagi aku buku-buku yang menerima "sentuhan" daripada beliau tidak lari daripada unsur-unsur falsafah dan agama serta sedikit alunan bahasa yang cukup indah berintikan pengetahuan yang melambangkan penulisnya adalah orang yang kuat membaca , menelti dan berfikir.


Bab kata ayahanda Dr. daniel Zainal Abidin, orang Islam mesti amalkan zikir di samping berfikir .Dua-dua unsur itu tidak boleh lari dari sudut pemikiran terutama yang muslim.

Untuk kupasan ini ,aku lebih suka memetik beberapa perkataan daripada buku ini untuk dikongsi bersama.

"Dua puluh ekor kerbau pedati , yang sama gemuknya dan sama kuatnya , sama pula kepandaiannya menghela pedati , tentu harganya pun tdak berlebih berkurang . Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya , sama kuatnya , belum tentu sama harganya. Sebab bagi kerbaunya tubuhnya yang berharga . bagi manusia peribadinya."

Bersesuaian dengan tajuk buku ini, Buya HAMKA menekankan bahawa "Harga" seorang manusia tidak terletak pada bentuk fizikal dan luarannya, melainkan peribadi atau sudut dalamannya semata-mata. Seseorang yang kuat , cantik mahupunn memiliki rupa luaran yang hebat, bagus dan menawan tidak semestinya memiliki "nilai" yang tinggi.

Dalam islam ia disebut sebagai muru'ah ataupun maruah. ia melambangkan siapa sebenarnya kita. Berapa rama di antara kita yang memiliki kekuatan yang baik, namun dari segi akhlak dan peribadi lemah .

Peribadi orang-orang "hebat" ataupun revolusioner masyarakat diungkapkan seperti berikut :

Setelah sesuatu bangsa yang terjajah beratus tahun lamanya , mencapai kemerdekaanya dengan perjuangan yang hebat , timbullah dengan jelas beberpa orang yang berjalan di hadapan sekali , yang harganya seperti orang seorang kadang-kadang lebih daripada bermillion orang

Kadang-kadang ,kemunculan seseorang itu amat dinanti-nantikan bagi sesetengah masyarakat. Tidak kurang juga terpaksa melawan arus dalam masyarakat demi untuk menimbulkan suatu perubahan dalam masyarakat.

Tidak kurang juga dibunuh dan diseksa hanya kerana menegakkan sesuatu yang haq dan menuju kebenaran.

Bagi yang kenal tarbiyah , imam As-syahid Hassan Al-banna merupakan mujadid, pembaharu urusan agama seterusnya revolusioner bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.Kita percaya bahawa Pak Cik Hassan (naqib aku panggil) ini merupakan orang yang meperbaharui roh agama selama 100 tahun sekali sepertimana yang pernah dijanjikan nabi dalam hadisnya.

Sebelum itu Jamaluddin AL-Afghani , Ibnu Taimiyyah ,Imam Al-ghazali , Khalifah Umar Abdul AZiz dan sebagainya. Kedatangan mereka adalah di tengah-tengah masyarakat yang pada ketika itu semakin condong kepda kekeliruan dalam beraqidah dan beribadat. Di saat kedatangan mereka , mereka hanyalah manusia biasa seperti kita , namun sumbangan yang mereka beri terhadap Islam dan masyarakat amat besar dan bernilai. Dan kebanyakan dari mereka , seperti Pak Cik Hassan sendiri syahid dibunuh oleh penjilat regim sekular yang memerintah mesir ketika itu.

Bagi revolusioner yang bukan Islam ataupun Islam yang perjuangan bersifat lokaliti, yang merubah masyarakat dengan pemikiran dan kefahaman mereka sendiri adalah terdiri daripada golongan yang tertindas seperti golongan pekerja semasa Revolusi Perancis ,golongan bawahan di India bawah pimpinan Mahatma Gandhi, revolusi penentangan tehadap kerajaan boneka penjajah di Cuba Oleh Che Guevara ,Revolusi Islam di Iran oleh Imam Khomeini , pembebasan dasar pembezaan warna kulit oleh Nelson Mandella dan Malcom X , penentangan Tok Janggut,Dato' Bahaman ,Tok Gajah dan lain-lain tokoh semasa membebaskan Tanah Melayu dari jajahan British.Mereka adalah terdiri daripada orang individu yang mempunyai kesedaran, dan mampu menyumbangan kesedaran tesebut kepada masyarakat sekeliling yang mampu merubah keseluruhan aspek sosial , pemikiran dan gaya hidup masyarakat tersebut.

sambungan....

Khamis, April 09, 2009

Antara aku dan persepsi muzik aku..



Post aku kali ini adalah menegenai citarsa muzik aku yang mungkin aku 'stop" sekejap, untuk memberi laluan kepada arus baru dalam pemikiran ,tarbiyah aku.yang kers dan mungkin radikal bagi sesetengah orang.

Bila aku renung balik, fikir balik , sebenarnya banyak perkara yang dahulu aku lakukan dan aku amat suka lakukan , sanggup aku korbankan kerana tarbiyah aku.
Bukan nak kata kita sudah korbankan banyak benda dalam hidup kita (atau tadhliyyah), mahupun rasa kita ni dah cukup tarbiyyah (hingga hebat tarbiyahnya)tetapi ini adalah satu pernyataan yang melambangkan tansformasi hidup aku, dari seseorang yang "hanya melihat hidup ini dari kacamata "orang biasa" kepada seseorang yang alhamdulillah, terima tarbiyah sampai sekarang.

Ye la, mana la orang terima tarbiyah yang suka mendengar (atau selalu mendengar) muzik trash metal, satu muzik aliran yang "sounded" dia macam muzik "blackmetal" (istilah tidak tepat yang menyapu bersih label untuk band yang memperjuangkan irama ini) ,merapu tanpa penghujung ,dan muzik yang membingitkan dengan ketukan dram yang tanpa henti dan halatuju, beserta gorengan gitar elektrik dan bass yang saling memautkan bunyi berpadu hingga menghasilkan bunyi yang "masterpiece", dan wah-lau, segar!

Sekarang pun ,di kala rindu kepada masa persekolahanku mendatang, aku buka video yang aku download dari youtube, mahupun mendengar mp 3 kumpulan cromok. Otai rock , ni..

Bagi aku , band yang dianggotai Sam ,Miji dan Carl ini banyak bagi falsafah dalam hidup, mungkin aku dan mungkin sebahagian besar dari kita. Seingat aku hanya mendengar Ikim .fm untuk mendengar irama nasyid dan qur'an , yang lain aku banyak mendengar lagu Ruffedge(form 5, bilA rindu), Amuk(start sekolah rendah), Ekamatra, Wings , Search , terutama Cromok.


Nasyid yang aku tahu pun banyak yang evergreen, Brothers zaman IPT dulu(yang giat menyanyikan lagu berbentuk perjuangan) , Raihan (puji-pujian) dan munkin sekali nada murni(nama lama bagi Rabbani , masa alArqam) dahulu.

Bukan mahu meminggirkan irama nasyid atau apa-apa saja yang berkaitan dengannya, tetapi ini orientasi kepada penghidupan aku sendiri, yang sering mencari dan terus mncari.

Walapun agak "jauh" dari kumpulan nasyid, tetap aku amat menggemari ceramah-ceramah agama , sejak kecil lagi. Teringat zaman sekolah rendah dulu, mak aku selalu pasang kaset Ustaz Ismail Kamus dan Harun Din ( of couse berkaitan jin dan alam ghaib) . Sampai sekolah menengah , banyak mendengar pengisian oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz yang cukup disayangi dan dihormati.

Bagi aku cromok bagi banyak falsafah dalam kehidupan aku. Mungkin banyak kepada kekeluhan dan kekeliruan tanpa henti dan berpanjangan. Cuba anda semua baca lirik misty ini, video boleh didapati di youtube<

MISTY

Searching for an anwser
wondering trough different places
is there anything left for a heart so true

flying with broken wing
plungging into certain death
the sight of you saved me from the fall

i reach out to touch you
spread my wings towards your heart
fly until i reach my destination

you !
hope lies in your spark
like candle in the dark
guide me with your heart

you !
cought me by surprise
glimpse of your eyes
light the colours in the sky

happy ever after ?
milion hands grab me away from you
milion reasons nothing I ever knew

will it ever matter ?
fantasies turn into shattered dreams
I don’t know why they stop me, hate me
what have I done ?

sadness in your eyes
even demon cry
I’ll will for you
nothing much that I can do
even demon cry

I’ll wait for you
nothing much that I can do
even back to where I started
broken wings with broken heart

Misty ni ku banyak layan masa zaman frust dengan seorang wanita dahulu. Untuk melupakan(konon-konon) segala penderitaan btin, lagu ini aku hafal dan jadikan falsafah hidup aku. Aku siap boleh ingat lirik satu persatu. Tetapi tak la sampai buka band underground atau join mana-mana band, cuma sekadar pelepas tekanan.Sekadar head banging tu , biasalah.

Bait-bait ayat sungguh puitis dan "mempersonakan" dengan segal bentu rayuan, tetapi apabila dinyanyikan, orang yang first time dengar tak akan faham, mungkin mencebik bibir menbjauhi diri.

Bila masuk tariyah, aku dapat rasakan bahawa bukan dengan cara ini tekanan di lepaskan. Dulu aku begitu tidak terbimbing, tetapi ketegasan tentang solat dan qur'an yang diterapkan oleh ibubapa aku tanpa KOMPROMI menyebabkan aku tidak pergi hanyut terlampau jauh. Trimakasih ibu,abah! Bila terima tarbiyah teringat satu petikan dari Al-Qur'an yang maha suci.


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"
[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


Satu lagi lagu yang aku selalu juga layan .Lagu memories. Antara lagu yang bermotifkan keluhan dan perasaan tidak puas hati yang tidak ditahan-tahan .


MEMORIES

I’m not angry with life

I’m just bewildered

Chains of uncertainty

Are holding me down

Where am I to go

Who am I to blame

What am I to do

God, am I insane?

I never thought that my smile

Will put me deep into dept

I never thought that my innocence

Would stray me away from reality

I never thought that my life

Would resolved to emptiness

I never thought that in order to live

I have to bear so much pain

The sorrow of life has taught me

To accept many new beginnings

To smile even though it hurts

To reach out even if there’s no one there

To aim high and never say die

Cause there’s always sun at the end of the night

Memories

Tortured by my own memories

Memories

Trapped in my own memories

If your eyes are full to the brim

The teardrops are sure to fall down

For whom the eyes may starve tomorrow

Who knows, where it get lost

The tears that I had kept hidden in my…



ALAMAT BLOG NI? AKU AMBIL DARI ALBUM BAND NI-deafening silence the album.. Senyap lagi memekakkan? Walaupun kehadiran kita tidak dsambut dengan segala macam sambutan, namun kehadiran kita tetap "panas" dan "menyesakkan"

Isnin, Mac 23, 2009

Perjuangan Mengubah Mentaliti Guru Pelatih Sedang Bermula

Aku rasakan tak perlu aku luahkan segala-galanya di sini, namun inilah perkara yang bermain di kotak pemikiran aku semenjak menjadi guru pelatih ini(atau lebih tepat apabila aku dimasukkan ke dalam sistem tarbiyah). Perjuangan ini aku rasakan keseorangan , tanpa sahabat-sahabat IPGM di sisi tanpa penggerak-penggerak yang sudi memerah pemikiran bersama bagi membentuk fikrah di lokaliti .

Lebih tepat lagi semenjak dari penjejakan kaki aku ke alam usrah, aku keseorangan, bilamana sistem usrah diasingkan dengan tanzimiah yang aku rasakan sesuatu yang agak sekular bagi sebuah tanzim /waslah yang menegakkan Islam. Keseorangan bila kita memikirkan bahawa orang yang terima tarbiyah ni tanggungjawabnya lebih besar dan berat untuk mendakwah orang tambahan lagi di sebuah IPGM yang tiada jurusan agama mahupun arab sepenuh masa. Tiada sipa yang memahami kecuali Allah dan kata-kata perangsang oelh naqibku.

Keseorangan memandang sayu surau yang tiada aktiviti, bila mana bila diadakan Kelas Pengajian Aqidah anjuran SPAQ, ada suara sumbang yang seolah-olah mempertikaikan kerelevanan kelas ini diadakan. Niat aku cuma satu, supaya warga IPGM, dapat sama-sama terdedah pemikirannya berkenaan isu-isu semasa yang melanda masyarakat. aku berpandangan bahawa kita tidak mampu jadi guru yang baik seandainya kita dan mampu menjadi murabbi, atau sekurang-kurangnya pembimbing kepada generasi muda. Aku cuba serapkan perkara ini ,namun siapa yang tahu dan cuba memahami. Mereka menganggap ini kerja aku, atau aku saja kena buat, tapi mereka tak memahami bahawa aku perlukan mereka di sisi. Perlukan mereka. sekurang-kurang jangan perlecehkan usahaku ini !

Mungkin sebab itulah aku lebih suka bekerja seorang. Aku tak mahu jadi kera sumbang. Terkadang terpaksa menjadi ghuraba, terasing di IPGM sendiri ,berjuang tanpa sesiapa di sisi, hanya menghadap Allah merayu da merintih setiap pagi. Aku tahu mungkin ada sesetengah orang tidak begitu suka dengan kehadiranku. aku anggap ini sebagai satu ujian bagi diriku. Aku seorang yang cukup "radikal" bagi sesetengah individu bilamana aku pernah meghantar memorandum bantahan SEORANG DIRI ke HEP di sebabkan kosert yang diadakan di belakang surau. Aku seorang yang amat bertegas terhadap sesuau isu. mungkin ini menjadikan aku "tak sepopular" sahabat-sahabat yang lain.

Pergi meeting luar seorang diri (sebagai wakil IPGM) sampai pukul 1.00 pagi di luar bersama teman-teman luar kampus.Bayangkan roommate aku pun boleh jumpa aku time kuliah dan subuh je.Every days every weeks. Aku fikir balik, am i mad? Berjuang seorang diri tapi dibalas dengan kata-kata - hang nak guling orang ke? kelas pengajian tu penting sangat ke? buat kelas tak sesuai masa(ingat Muallim nak ikut masa hang ke?).bila mana kata2 ini keluar dari adik-adik , xpelah juga. sekuang-kurangnya mereka kurang arif. Tapi bilamana kata-kata ini diungkapkan oleh penggerak sendiri, what's the hack of this?

Bila diajak program, pelbagai jenis alasan diberikan ,termasuklah dari penggerak itu sendiri! Program trbiyah ,bai! Alasan, banyak kerja atau mak aku tak bagi ikut program. Nak cari orang pun satu hal bagi mengisi kouta penyertaan.

Tapi aku sedar bahawa fikrah yang aku ada tak akan masuk dengan orang yang tahu buat program saje,bilamana tarbiyah diketepikan dalam mengemudi sesuatu organisasi. Termenung dan sakit kepala memikirkan masalah IPGM , dan umat-itulah diri aku yamng sebenar. Terkadang berasa sungguh lemah semangat .Aku tahu bahawa jika ada yng membaca catatan aku ini, akan tersenyum sinis atau sekurang-kurangnya melangkau ke halaman bog lain, tapi inilah hakikat.Aku tak melihat diri aku sebagai sempurna, tapi inilah tarbiyah yang aku terima dari naqib aku, secara tidak langsung. Naqib aku ini mempunyai 5 usrah tetap mingguan di 3 tempat yang berbeza.Beliau juga mengendalikan kelas agama , tusyen , muazzin di Masjid USM dan pekerja sekaligus! Dia juga pernah menjaga kami geng-geng usrah mahasiwa ni. aku mahu jadi sepertinya, dan aku perlu menjadi sepertinya !

Aku tahu aku bukannya berfikrah sangat, tapi ikhtilat tu aku sangat-sangat jaga. Bagaimana hendak jadi penegak kepada Daulah Islamiyyah jika benda "kecil" ini pun tak settle.Aku tengak perkara ini lah yang menjadi masalah beberapa tanzim yang pernah aku anggotai programnya.

Namun ,aku akui kebenaran fikrah aku, fikrah Islam yang digariskan oleh Allah walaupun aku sendiri tak sempurna. Fikrah inilah yang pernah digariskan oleh Rasulullah s.a.w , jalan yang pernah ditempuh salafussoleh, tabi' tabi'in dan pejuang-pejang agama terdahulu.

Bilamana buku tarbiyah dan ceramah agama pun jarang , program bebentuk tarbiyah tidak pernah atau jarang dihadiri, pentingkan diri berbanding tarbiyah.......... tiada ketaatan bagiku ke atas kepimpinan macam ni...

Pernah satu ketika , aku sandarkan segala permasalah ini kepada seorang kaum hawa. Meluahkan perasaan gejolak ketidakpuasan hati , masalah tanzim dan sebagainya.Namun bukan settle pun masalah aku , bahkan bertambah banyak masalah melanda -dapat malu dengan pakcik makcik, naqib aku, jiwa tak tenteram , hati resah gelisah, semangat pun asyik turun saja, dan aku hampir melepaskan semua jawatanku dalam beberapa tanzim apabila dikecewakan. Tak perlu aku sebut tanzim tu tanzim apa, sekadar menyatakan bahawa tanzim -tanzim tersebut bukan tanzim yang ada nama saja , tapi tak bergerak! Aku pernah dikecewakan oleh beberapa orang wanita dahulu, tapi wanita yang terima tarbiyah, ini kali pertama. Sekarang aku serah bular-bulat kepada Allah, nak letakkan aku dimana.samaada mati syahid atau mencapai kemenangan hakiki.Inilah pengajaran yang paling bermakna dalam hidupku supaya aku sentiasa beringat-ingat.

Planning, nak train adik-adik usrah ikut kemampuan masing-masing. Ada didedahan dengan pentadbiran, ada dikaitkan dengan program motivasi, ada yang akan pegang kelas pengajian aqidah, ada yang akan menjadi pemikir yang celik fikiran . Insyaallah, mungkin kesannya tak anmpak hari ini, insyaallah , esok atau lusa , sapa tahu?

aku laksanakan yang terbaik ya tuhanku,Kau jadi saksi ke atas perjuanganku ini. ... perjuangan merubah mentaliti Guru Pelatih IPGM .Betapa peritnya silih merasa, aku terima...sebab inilah adat berjuang.........

Ahad, Mac 22, 2009

Trend yang menyesakkan-maafkan diri yang “kolot” ini.

Berjalan-jalan di negeri serambi mekah ni , cukup menyejukkan pandangan terutama pada hari jumaat di mana ribuan muslimin berkopiah putih mahupun berserban , manakala muslimat dengan gaya bertudung labuh yang menyejukkan mata memandang. Tapi bagi aku suasana ini dirosakkan oleh gejala yang aku kira sebagai gejala up-to-date(konon-konon) ,dengan mewarnakan rambut.
Selain aku juak dengan kefahaman Islam liberal yang aku kira umpama munafik dan perosak aqidah seluruh dunia yang konon-konon serba terbuka dengan melihat Islam yang diamalkan oleh salafussoleh, tabi’, tabiin serta para lama sebagai “kolot” , aku melihat trend ini sebagai trend dari mnifestasi Islam liberal ini.
Kenapa aku tiba-tiba bercakap tentang rambut orang hari ini? Sebab bagi aku mereka yang mewarnakn rambut tanpa sbab yng diharuskan adalah mereka yang tiada jati diri, suka mengikut ,tertipu dengan istilah liberal, up-to-date, hebat, rugged ,moden dan segala istilah yang direka-reka konoin-kononnya melambangkan ketamadunan.

Bila kita bercakap berkenaan dengan melayu , kita jadi hebat . namun, rambut kaler, bai. Setahu aku rambut melayu kaler hitam. Cuba renung hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daudi :
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum itu.
Maafkan aku jika aku dilihat jumud, sempit, kolot ,naïf ,ketinggalan zaman, radikal , konservatif, mahupun segala istilah yang menandakan keterbelakangan , namun ini adalah teguran aku terhadap mereka yang konon-konon up-to –date ini.

Aku tak Nampak relevan mewarnakan rambut ini. Kat ipgm aku ,ada wanita melayu(islam) warnakan rambut . Sebab apa aku tahu, sebab dia time kuliah pakai tudung , time makan kafe tudung wat lap tingkap! Hadis di atas kalau diteliti baik-baik juga boleh diertikan sebagai kalau orang kristian atau lain-lain agama mewarnakan rambut dengan warna perang , kalau kita tiru, maka secara automatic kita akan sama seperti dengan mereka .

Menurut Ustaz Haji Mat Jais, Penolong Pengarah Bhagian Dakwah JAKIM- mandi wajib tidak sah bagi yang menggunakan warna selain dari inai disebabkan pewarna itu akan menyalut rambut dan ini akan menghalang air dari sampai ke rambut. Ini mengakibatkan kita akan sentiasa berada dalam hadas kerana mandi hadas besar(wajib) tidakn sah akibat air tidak diratakan ke seluruh badan.

Tengok bangsaku yang melayu (Islam) , aku jadi sedih. Gothik ,punk , mat rempit, minah rempit ,mak-mak datin , anak-anak muda yang dengan selamba mewarnakan rambut, kalau wanita tentu tak pakai tudung.
Hukum mewarnakan rambut menurut para ulama disamakan dengan hukum mengubah ciptaan Allah yang diisbathkan daripada hadis mafhumnya berbunyi
“Allah melaknat mereka yang menyambung rambut, yang meminta disambung rambutnya….”

Selain itu terdapat ulama berpandangan bahawa hukum mewarnakan rambut adalah kabur hukumnya. Aku terjumpa satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Nu’man bin Basyir dan juga diriwayatkan oleh Muslim

Sesungguhnya yang jelas itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu juga jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhat yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka barangsiapa yang menjauhi syubhat, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya . Dan barangsiapa yang terjerumus kedalamnya, maka dia telah terjerumus ke perkara yang haram . Seperti pengembala yang mengembala ternakanya di sekitar tempat yang masih diragukan bila binatang ternakannya memakan rumpu di sana.


Namun menurut Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam laman web , menyatakan bahawa terdapat keadaanertentu yang mengharuskan pewarnaan rambut ini , antaranya ialah supaya dapat membezakan diri dari menyerupai golongan yahudi dan nasrani. Yahudi enggan mewarnakan rambut mereka. Sebab kedua ialah supaya bila diwarnakan rambut , musuh jadi takut . selain itu harus bagi seorang isteri untuk mewrnakan rambutnya dengan warna hitam untuk tujuan behias bagi suami semata-mata dan bukannya menjadi tayangan di khalayak ramai..

Hmm, aku jelak dengan sikap sesetengah ibu bapa yang mewarnakan rambut anak mereka yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mungkin mereka fikir bahawa anak kecil itu masih tidak perlu solat atau mandi hadas, jadi mereka warnakan rambut anak mereka. Ada sesetengah yang menganap mewrnakan rambut kepada anak mereka merupak sesuat yang membanggakan, dan mendapat sanjungan daripada ramai orang.

Di kala, Negara kita dihimpit kemelot moral yang bukan setakat membarah , tetapi semakin mematikan kita ini, marilah sama-sama kita merenung balik bahawa sebenarnya kita bukan setakat hilang warna rambut hitam yang asli ,kita sebenarnya kehilangan sebuah identiti dan jatidiri bangsa yang selama ini kita perjuangkan . Jangan jadikan perjuangan bangsa ini sekadar satu retorik atau talbis(gula-gula penyedap kata) untuk mendapatkan sokongan dari pengundi, buktikan dari diri dulu.