Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Jumaat, Julai 10, 2009

Majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI


Oleh GMP: 19 Julai 09
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP)

...dan berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-

Kenyataan Media 9 Julai 2009

Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.

-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.

- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.

- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.

- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.

- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr. Hassan Ahmad.

Khamis, Julai 09, 2009

Perjuangan SITC menegak Bangsa

Oleh AF Yassin (petikan daripada Majalah Dewan Masyarakat Julai 1973)

Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di daerah bertuah kawasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (SITC) yang seluas seratus ekar, terletakdi sempadan Perak dan Selangor. Dan di sini pohon-pohon dan bangunannya menjadi saksi ribuan kaki dari mereka yang memberikan jasa baktinya kepada bangsa dan tanah air. Udara di sini sejak lima decade dulu seakan-akan meniupkan semangat , mengipas bara yang kemudian menyala memanggang memasakkann politik , pendidikan, bahasa dan kesusasteraan menjadi seperti yang kita rasakan hari ini.

Ada rasa kepedihan ketika saya masuk ke bangunan induk maktab di mananpusat pentadbiran dan bilik-bilik kuliah ditempatkan . Bangunan-bangunan keinggerisan zaman pertengahan (medieval) dengan atap terbuka cara Gothik ini direkabentuk oleh Kesteven . Bentuk yang asing ini tidak melemahkan semangat guru-guru pelatihnya melanjutkan perjuangan mendapatkan kembali hak-hak kebebasan sejak ianya dirampas penjajah pada tahun 1511.

Guru-guru dan penutut-penuntut maktab dengan asahan semangat oleh Pengetua O.T.Dussek yang dianggap pro melayu adalah sebahagian dari pejuang-pejuang yang ingin mengembalikan keagungan kerajaan Melayu ke taraf keagungan Kerajaan Melayu Zaman Sriwijaya (Palembang Tua) tahun 671 . Kembali kepada keagungan Kerajaan Acheh di bawah Paduka Iskandar Muda Mahkota Alam. Kembali kepada keagungan Kerajaan Hayam Wuruk di bawah Perdana Menteri, Patih Gajah Madanya , dan kembali kepada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka kurun ke 15. Antara barisan nama-nama pejuangnya terdapatlah saudara-saudara Ibrahim Haji Yaakob, A.Karim Rash, id Abdul Hadi Haji Hassan , Mohd Isa bin Mahmod , Syed Nasir , Rahman Talib, Ghaffar Baba, Senu Abdul Rahman, Jaafar Hassan dan Ghani Ali di bidang politik , Za'ba (tidak menuntut di SITC) , Harun Aminurrashid , Abdullah Sidek, Yassin Makmur, Shahrum Hussein , Buyong Adil , Atan Long , Awang Had Salleh, M.Noor Azam , Saleh Daud ,Kassim Talib dan Aminuddin Baki (tidak menuntut di SITC) di bidang persuratan dan pendidikan.
Di asrama yang berbentuk bintang saya mengenang dan membayangkan keadaan pejuang-pejuang ini memendam rasa, berfikir bagaimana hak-hak kebebasan orang-orang Melayu dapat dipulihkan .Jabatan Karang Mengarang yang ditubuhkan dalam tahun 1924 banyak mengilhamkan mereka agar segera bertindak .. Ini pula banyak diperbantu oleh pensyarah-pensyarah yang sama-sama berdedikasi dan bersimpati dengan perjuangan bangsa seluruhnya . Faktor kekalahan Rusia di tangan Jepun dalam peperangan Russo Jepun.
bersambung..

Sains Dan Matematik Dalam BM Dan Bahasa Ibunda 2012 - Muhyiddin


PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

-- BERNAMA

Rabu, Julai 08, 2009

Tahniah kepada para pejuang bahasa dan bangsa - Dasar Tutup Sebelah Mata akhirnya terkubur jua

Tahniah kepada para pejuang bahasa dan bangsa atas usaha kalian ang tidak henti-henti, semata-mata ingin melihat anak bangsamu terus maju dan disegani.

Malaysia ni negara yang kuat retoriknya. Kata untuk memajukan bangsa, bahkan sesetengah program sengaja dicipta untuk menyemai unsur perkauman yang sempit, tetapi lidah yang sama juga mengungkapkan ungkapan bersatu padu antara kaum dan satu Malaysia. Kalau dalam agama golongan ini disebut sebagai munafik. Dalam penggunaan bahasa Melayu ,golongan ini disebut lidah bercabang, talam dua muka, jari telujuk kelingking berkait dan sebagainya.

Begitu juga dengan dasar PPSMI yang diperkenalkan ini. Pada asasnya dan perkiraannya menampilkan hasrat murni kerajaan dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutama kepada anak bangsa sendiri .Namun dasar ad hoc hanya layak dikatakan sebagai mencipta dasar "hantu" iaitu dasar jauh dari realiti semasa dan tidak berpijak ke bumi yang nyata.

Tulisan jawi telahpun dimatikan secara bersistem oleh "pejuang-pejuang bangsa a.k.a nasionalisme Melayu" ini sehingga melahirkan generasi yang majoriti tidak langsung mampu membaca dalam tulisan jawi. Usah terkejut, mereka inilah juga yang tidak mampu membaca Al-Quran disebabkan huruf jawi dan arab semua sama kecuali ada penambahan 3 aksara kepaa tulisan jawi.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang rela bermandi air berasid, teman-teman yang kesakitan akibat lemparan gas pemedih mata dan kepada saudara-saudara yang anggota badannya lebam-lebam akibat dipukul oleh para pencegah perusuh kita.

Tahniah juga kepada pembentang-pembentang kertas kerja, kepada penceramah-penceramah yang peka terhadap anak bangsa, kepada saudara-saudara yang rela mengepos atau menghantar "maklum balas" kepada kerajaan -sama ada dalam bentuk blog, laman web, memorandum, risalah -risalah dan sebagainya.

Keranda 152- Usman Awang
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya di Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak-anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi kelu

Usman Awang (1967)

Tahniah daripada seorang bakal guru sains 2011
Takbir!

Isnin, Julai 06, 2009

KENYATAAN AKHBAR OLEH GERAKAN HAPUSKAN PPSMI (GMP)


GMP1. Kenyataan ini dibuat setelah kami menerima desakan daripada banyak penyokong GMP supaya kami menjelaskan hasil pertemuan antara Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin bin Hussein dengan saya dan Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara dan anggota Jawatankuasa Pusat GMP, di pejabat Menteri pada 19 Mac 2009 yang baru lepas. Ada pihak yang menyangka bahawa kami telah bertolak ansur dengan Menteri dan tidak akan meneruskan lagi desakan supaya kerajaan memansuhkan PPSMI.

2. Sebenarnya, pertemuan itu, yang diadakan atas inisiatif YB Menteri, bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat dan lebih jelas lagi apakah sebenarnya yang dituntut atau dipeIjuangkan oleh GMP dan apakah pendirian kerajaan, khususnya YB Menteri Pelajaran. Menteri mahu kedua-dua pihak tidak bertelagah dalam akhbar atau media disebabkan salah faham atau maklumat yang tidak tepat tentang pendirian dan perasaan masing-masing. Kami bersetuju dengan hasrat Menteri itu.


3. Kami telah mendengar pendirian Menteri tentang pelbagai isu tentang pendidikan, nasib bangsa dan negara, tentang cabaran yang dihadapi oleh negara dan bangsa Melayu, dan lain-lain lagi. Kami juga faham tentang isu-isu, masalah dan cabaran yang disebutkan oleh menteri itu, cuma perspektif kami adalah berbeza. Salah satu isu yang patut diselesaikan segera adalah isu PPSMI.

4. Kami berdua menjelaskan pendirian GMP dan sebab-sebab GMP meminta kerajaan supaya memansuhkan PPSMI dan kembali sepenuhnya kepada dasar sebelum tahun 2003. Menteri itu memahami dan menghormati pendirian GMP itu. Walau bagaimanapun Menteri berharap isu PPSMI ini tidak dipolitikkan, yakni GMP tidak diperalatkan oleh parti-parti politik. Kami dengan tegas menjelaskan bahawa, setahu kami, tiada pihak yang secara terang-terang menggunakan kesempatan untuk mendapat faedah politik daripada perjuangan GMP itu. Kami memberitahu Menteri bahawa GMP tidak akan membiarkan perjuangannya disalahgunakan oleh para anggota dan penyokongnya atau diperalatkan oleh mana-mana pihak. Kami menganggap bahawa isu PPSMI ini bukan isu individu atau golongan tertentu, bukan untuk kepentingan mana-mana pemimpin atau parti politik, tetapi adalah isu yang menyentuh kepentingan rakyat, bangsa dan negara. GMP tidak mempunyai hak atau kuasa untuk mempolitikkan isu ini.

5. GMP tidak menyangka begitu ramai orang dari pelbagai pihak dan golongan, termasuk dari beberapa NGO Cina dan India dari seluruh negara yang menyokong GMP. Dan kami tahu banyak yang menyokong itu tidak mahu, atas sebab-sebab tertentu, menyatakan sokongan mereka secara terbuka. Menteri memahami hal ini.

6. Jika ada mana-mana pihak yang meminta GMP atau pakar-pakar bahasa dan ilmu sains dan matematik yang membantah PPSMI itu untuk memberi penjelasan (tidak lebih daripada itu) kepada mereka dalam seminar ilmu yakni bukan seminar politik, maka pihak GMP berasa patut menunaikan permintaan itu memandangkan negara ini mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab. Kami tidak mahu pendirian GMP disalahfahami oleh pelbagai pihak yang berkepentingan sendiri. Kami tidak mahu maklumat yang salah tentang GMP disebarkan oleh pihak yang tidak benar-benar faham tentang isu ini.

7. Pertemuan ini berlaku dalam suasana yang amat mesra dan terbuka. Kami berterima kasih kepada Menteri dalam hal ini. Kami dilayani sebagai kawan bukan sebagai lawan.

8. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan dan persetujuan yang dicapai dalam pertemuan ini. Kedua-dua pihak cuma mendengar dan cuba memahami fikiran, pendapat, pendirian masing¬-masing berhubung dengan PPSMI. Menteri memberitahu kami bahawa beliau akan membawa kes PPSMI ini ke Kabinet untuk diputuskan. Menurut Menteri beberapa faktor perlu diambil kira oleh pihak beliau sebelum keputusan ‘yang terbaik’ dapat dicapai.

Kami menegaskan pendirian GMP dalam pertemuan itu: meminta kerajaan kembali kepada dasar sebelum 2003. Ini bererti, kembali mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan, dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah dan sampai ke peringkat pengajian tinggi, seperti yang telah diamalkan dengan baik dan tanpa apa-apa masalah yang serius. Ini juga bermaksud mengajar mata pelajaran yang sama dalam bahasa ibunda Cina dan India (Tamil) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Bagi kami, tiada sebab yang munasabah mengapa dasar yang berkesan ini tiba-tba digantikan dengan dasar PPSMI ini. Hal ini telah kami sampaikan kepada Menteri.

Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Pengerusi GMP

Datuk A Samad Said
Sasterawan Negara

24 Mac 2009
Rumah Pena, Kuala Lumpur.

TIBA MASA GURU PELATIH KELUAR DARIPADA ZON SELESA. AYUH!

DIPETIK DARIPADA BLOG MUNA IZZAH IPGM KTB
6/14/2009 09:50:00 PM

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Dewasa ini kebangkitan mahasiswa IPT dan persatuan-persatuan yang diwakili mereka mula menunjukkan belang masing-masing. Suara mereka mula bergema di sana sini, demonstrasi demi demonstrasi mula menjadi medan luahan hati dan pandangan mereka.

12 Ogos 2008 menyaksikan demonstrasi besar besaran yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UiTM daripada seluruh negara yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berarak sejauh 3km ke Bangunan SUK, Selangor, semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang isu kuota 10 % bukan melayu di UiTM.

Pada tarikh yang sama juga, sekumpulan pelajar Kolej Masterskill juga membuat demontrasi berkaitan isu Pinjaman Tabung Pendidkan Tinggi Negara (PTPTN) di perkarangan Kolej mereka.

Diikuti dengan peristiwa 17 Oktober atau Ten Seventeen yang mana menjadi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila buat julung kalinya mahasiswa dapat menyerahkan memorandum secara by hand kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin dan melakukan demontrasi di hadapan Dewan Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu jam yang dikhususkan kepada bantahan terhadap sikap diam menteri terbabit.






Ini merupakan salah satu siri-siri demontrasi yang dilakukan oleh mahasiswa sepanjang tahun 2008, yang sebelum ini demontrasi dianggap perkara asing selepas dekad awal 90an. Jika masih ingat, antara demonstrasi terakhir daripada mahasiswa adalah pada 2006 yang lalu iaitu demonstrasi membantah kezaliman zionis di kedutaan Amerika dan demonstrasi Baling iaitu kira-kira pada 24 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Jelas dan nyata di sini membuktikan mahasiswa sekarang bukan lagi mahasiswa yang sekadar menjadi pak turut yang mengangguk jika setuju dan menggeleng jika membantah. Mahasiswa sekarang bukan lagi golongan mahasiswa yang dipandang lesu tidak bermaya, tiada idealisme. Pandangan masyarakat terhadap golongan mahasiswa sebagai golongan tiada idealisme ini telah berubah sama sekali apabila ada pihak yang menyelar tindakan sebuah parti politik yang bersifat angkuh apabila tidak mahu sama sekali 'mendengar' kritikan atau isu-isu yang diktengahkan oleh kaum muda dan mahasiswa. Biar apa kritikan sekalipun mahasiswa pada hari ini benar-benar menjadi golongan “Task Force” atau “Pressure group” kepada semua orang, daripada senarai parti politik hinggalah kepada orang perseorangan itu sendiri. Mahasiswa hari ini bebas mengkritik, menegur dan memberi cadangan kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan hak dan keadilan masyarakat umum di negara ini.

Terbaru, BERSIH dan DEMA (Student Democratic Movement) telah mengadakan satu bantahan yang digelar "1BlackMalaysia AfterDinnerCoffee" pada 11 Jun lalu yang lantang menyelar situasi politik di Malaysia. Menariknya penggabungan dan kerjasama antara mereka adalah bermula daripada Facebook, laman web sosial yang terkenal.

Namun satu yang masih menjadi persoalan saya hingga kini. Di mana mahasiswa daripada IPGM? Mana suara guru-guru pelatih? Apakah guru-guru pelatih ini pengecut?? Sekadar berapi-api di belakang, apabila diajak bersuara di hadapan, tak mahu! Dengan alasan kita orang kerajaan, tak boleh bersuara lebih-lebih. Pegangan apakah ini? Malaysia negara demokrasi bukan? Kita juga punya hak untuk bersuara bukan? Ini bukan persoalan yang saya ingin ajukan di sini tapi ia adalah hakikat namun realitinya adalah jauh berbeza. Memetik kata-kata Mujahid Page "apakah mulut-mulut guru pelatih ini terkunci atau dikunci?" Itu persoalannya.

Di Malaysia terdapat 28 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau dahulunya dikenali sebagai Maktab yang telah, sedang dan bakal melahirkan beribu ribu guru yang mana bidang tugasnya diketahui umum, mengajar, mendidik masyarakat. Apakah kita sekadar inginkan guru yang bakal lahir itu sekadar guru semata-mata? Guru yang kerjanya sekadar mengajar, atau guru yang sekadar- mengajar?

Pertukaran nama daripada maktab - institut - IPGM melihatkan antara usaha KPM untuk membuat anjakan paradigma kepada bakal-bakal guru ini yang antara hasrat KPM adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu. Saya tidak berminat untuk menyentuh lebih mendalam dalam peranan KPM merealisasikan impian mereka yang satu ini kerana bagi saya jika akar umbinya sendiri sudah pincang, untuk membetulkan ranting-ranting kecil adalah satu perkara sukar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Melahirkan Guru Yang Murabbi.

Guru yang Murabbi itu kerjanya bukan mengajar semata-mata tetapi mendidik dan mentarbiyah anak-anak muridnya dalam masa yang sama. Murabbi bukan satu perkataan asing untuk guru-guru pelatih yang dalam kelompok tarbiyah saya rasa kerana hal menjadi guru yang murabbi adalah perkara yang ditekankan dalam konteks tarbiyah guru pelatih. Namun bagaiman dengan kelompok yang satu lagi? Kelompok guru pelatih yang tidak mendapat tarbiyah apatah lagi untuk mempunyai fikrah. Kelompok ini saya kira sebagai golongan majoriti dalam satu satu IPGM itu dan suara kita jika bergabung adalah satu perkara yang menakjubkan. Saya bukanlah berniat untuk 'mengkelompokkan' guru-guru pelatih kerana nyatanya kita bernaung di bawah bumbung yang sama, namun ini adalah hakikatnya. Perpecahan dalam kalangan guru pelatih itu memang wujud dan isu ini jika tidak diketengahkan dan tidak diambil perhatian akan menjadi satu isu ibarat duri dalam daging yang menjadi pucuk kepada segala permasalahan perpaduan yang berlaku. Namun saya kagum dengan usaha kelompok beberapa perwakilan pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk berdiri dan bersuara dengan menubuhkan ikatan-ikatan dan kesatuan yang melibatkan usahsama guru-guru pelatih daripada IPGM yang berbeza. Sudah lama medan perjuangan guru-guru pelatih IPGM ketandusan pergerakan yang betul-betul mantap yang boleh menggegarkan dewan parlimen mungkin.




Timbul lagi satu persoalan di benak fikiran. Mengapa pelajar IPGM tidak sebebas pelajar IPTA?

Saya menyeru kepada para guru pelatih sekalian usah sekadar berani di belakang, di alam maya, mari kita bersama-sama bangkit pertahankan hak kita di alam realiti. Ayuh bersama rakan lain perjuangkan bahasa kita yang semakin hilang yang bakal membunuh anak Melayu. Guru pelatih - anda kelompok paling PATUT bersuara dalam isu PPSMI kerana kita antara yang bakal menjadi mangsa dalam isu ini. Kenapa kita masih diam? Diam melihat kemusnahan demi kemusnahan yang bakal menimpa anak bangsa kita, kepincangan demi kepincangan dalam ummah. Jika kita bersatu hati, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kita berada di jalan yang benar.

Sudah sudahlah menikmati hidup muda yang takkan pernah puas yang sentiasa dahagakan hiburan. Suara anda diperlukan!! Tinggalkan segala macam game, hiburan-hiburan yang melalaikan - kita tak nak lahir guru yang turut menjadi mangsa hedonisme! Guru yang tidak mengetahui isu semasa, guru yang lari daripada kenyataan dan sentiasa hidup dalam angan-angan melayan perasaan sendiri. Kita nakkan guru yang profesional, yang lantang bersuara pertahankan hak anak bangsa, yang punya idea-idea bernas untuk dilontarkan demi menggerakkan masyarakat, guru yang bersama sama turun membanteras gejala sosial, guru yang MURABBI!

Ingat, suara anda diperlukan kerana dengan suara anda kita mungkin boleh mengubah dunia. Siapa tahu?



Rujukan.
-Mahasiswakini.
-GamisDaily
-Just A Note - Deafening Silent
-FikrahMahasiswa

Ahad, Julai 05, 2009

Perjuangan Kita Sebagai Rausyanfikir Masyarakat Masih Jauh

Saya berkesempatan untuk menyertai Muktamar Pergerakan Pemerkasaan Tulisan Jawi(PERAWI) di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di Alor Setar anjuran Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah . Muktamar kali ini hanya berjaya menghimpunkan 150 orang sahaja . Mungkin ini disebabkan hari ini (hari Ahad) merupakan hari bekerja di mana kebanyakan yang hadir terdiri daripada pak cik dan mak cik yang pernah merasai kehangatan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat.

Satu lagi isu yang SEWAJIBNYA guru pelatih IPGM ambil tahu , selain meneruskan kitaran bodoh sehari-hari-(makan , tidur, kuliah , dan seterusnya tanpa perubahan sepanjang tahun) , ialah untuk menggarap kembali perjuangan untuk membangkitkan lagi penggunaan tulisan jawi di Malaysia.

Sepatutnya guru pelatih lebih terkehadapan dalam isu ini , juga termasuk isu-isu lain yang melibatkan integriti agama , bangsa dan leluhur jati diri seperti isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) , isu pengekalan status asal agama anak setelah salah seorang ibu bapa memeluk islam , isu murtad, penderaan , gejala sosial yang membarah ,Liberalisme Islam serta ideologi yang menjadi perosak aqidah yang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya dan sebagainya.

Suara guru pelatih seakan terus sepi dari segi "suara" dan "kerja tangan" yang melibatkan isu-isu yang melibatkan masyarakat. Ini seakan mewujudkan satu tanggapan bahawa profesion keguruan merupakan profesion orang yang tak tahu apa-apa selain jadi robot , penagampu, peneruskan dasar-dasar tolol dan tidak realistik oleh pihak-pihak tertentu yang semakin hari semakin menggadai agama , bangsa dan tanah air mereka walaupun giat mencanagkan kepada masyarakat bahawa merekalah pejuang bangsa dan negara yang sebenar.


Ini berbeza dengan sahabat-sahabat daripada IPT yang seakan begitu gah dengan budaya intelek ,diskusi , debat , budaya ilmu , aktivisme ( penyerahan memorandum ,, perhimpunan dan sebagainya) dan kesedaran kendiri . Berbeza dengan kita di IPGM , kita Masih lagi terperangkap dengan pemikiran picisan dan hedonisme -main permainan video , "dating" ,suka dimanjakan dan dilayan seperti anak-anak belasan tahun, malas seumpama meneternak ayam di sangkar. Prinsip yang mereka amalkan ialah Cukup masa pergi cari makanan .Inilah yang amat menyedihkan terutama apabila mengenangkan bahawa gejala sosial hari in bukan lagi suatu barah , tetapi suatu wabak melanda seluruh masyarakat kita pada hari ini.

Berapa orang yang sedar terhadap permasalahan ini? Mana suara guru pelatih kita? Masih tidur? Teruskan tidur. Sehingga kita "dibangkitkan" kelak dalam keadaan diseksa disebabkan gagal untuk memahami realiti masyarakat semasa.Tertarik dengan kata-kata Profesor Khoo Kay Kim .

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."


Walaupun dalam kata-kata tersebut beliau hanya menyebut berkenaan dengan Universiti, tetapi kata-kata ini juga boleh diterjemahkan sebagai mahasiswa, yang juga berkait rapat dengan guru-guru pelatih (atau mahasiswa "keguruan") institusi pendidikan guru di Malaysia.

Rabu, Julai 01, 2009

PPSMI Tidak Wajar Diteruskan, Kerajaan Jangan Teragak-Agak - Anwar Ibrahim 28 Jun


Mesyuarat Pimpinan Pusat hari ini membincangkan antaranya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Seharusnya semua pihak menyedari kedudukan Bahasa Melayu dijamin oleh peruntukan Perlembagaan serta Dasar Pendidikan Nasional. Sewajarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dihimbau semula bagi mengingatkan kita akan jerih perih pejuangan nasionalis tulen. Adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk memartabatkannya sesuai dengan hasrat Kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Oleh itu kelengahan Kementerian Pelajaran dan kabinet membuat keputusan berhubung kedudukan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seumpama mengenepikan semangat yang terkandung jelas dalam Perlembagaan. Dengan merosotnya prestasi matematik dan sains terutamanya di kalangan pelajar luar bandar tambah memburukkan keadaan.

Makanya pada sidang media seusainya mesyuarat tengahari tadi, saya mengulangi desakan agar kerajaan umno-bn kembali mematuhi intipati Dasar Pendidikan Nasional serta memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kami juga menggesa agar sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah jenis kebangsaan. Perlaksanaan PPSMI sekian lama memangsai rakyat terbanyak dan pembaziran berjumlah RM 4.5 billion.

Desakan ini dibuat tanpa menidakkan keperluan memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dan kepentingannya, terutama di peringkat menengah atas serta pengajian tinggi. Namun kami menolak sebarang usaha untuk memastikan kelulusan Bahasa Inggeris diwajibkan di peringkat SPM. Perhatian mestilah ditumpukan kepada usaha untuk menghantar guru yang benar-benar terlatih ke kawasan luar bandar. Kandungan kurikulum juga perlu dilakar sesuai bagi menghasilkan kualiti pembelajaran dan pelajar yang terbaik.

Turut disentuh ialah isu tanah yang menimbulkan beban yang bukan sedikit kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, Pandamaran, Selangor dan Kampung Layang-Layang di Johor. Mesyuarat memutuskan isu ini akan dikendali oleh Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali. Beliau bersama panel lainnya akan meneliti serta berusaha mengurangkan beban yang ditimpa rakyat. Pimpinan parti juga secara sebulat suara menyokong penuh calon Pas di Manek Urai dan akan bersama-sama memastikan kemenangan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Ahad, Jun 28, 2009

Cikgu haprak? cabuk? tak tahu apa-apa?


sempat bersembang dengan Cikgu Azmi Abdul Hamid Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) . Beliau kata cikgu sekarang takde ape, rosak . Betul ke? Saya cuma gelak sahaja. Lebih kepada mengiyakan. Persoalan .Betul ke ?

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'


Datuk Abdul Ghani Othman

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

Jumaat, Jun 26, 2009

Para Penggerak Dakwah Perlu 'Belajar' Guna Bahasa Melayu dengan Sebetulnya

Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan satu dasar yang sangat kontorversi dan dikaitkan dengan satu dasar drakonian ('cekik darah') yang melanda umat Melayu Islam di Malaysia. Saya sebagai seorang guru pelatih mengetahui tentang 'cantik hodohnya' dasar ini. Ulasan daripada pihak kepimpinan negara sehinggalah kepada Mak Temah roti jala sangat 'menarik' walau pun kadang kala agak 'pelik'. Budaya pasca liberalisasi ini dilihat sebagai satu 'rahmat' bagi sesetengah pihak dan dilihat sebagai satu 'bala' oleh satu pihak yang lain. Saya tidak akan mengulas berkaitan isu ini kerana bagi diri saya kerajaan mampu menilai baik buruk dasar yang lebih 6 tahun diperkenalkan ini. Itulah harapan saya.

Penulis tidak akan cuba bangkitkan isu ini kerana terdapat satu isu lagi yang penulis rasa tidak kurang pentingnya terhadap gagasan memperkasakan bahasa di Malaysia ini iaitu penyalah gunaan bahasa dalam kalangan para penggerak dakwah. Persoalannya : "Adakah para penggerak dakwah perlu 'belajar' dan 'diajar' menggunakan Bahasa Melayu yang 'sebetulnya' ?". Persoalan ini masih menjadi persoalan besar kepada saya sekarang ini.

Ini kerana penulis melihat satu kecenderungan dalam kalangan para penggerak dakwah untuk 'merojakkan' penggunaan bahasa terutamanya Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. . Penulis ingin tegaskan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Arab walau pun 'kurang sesuai' namun tidaklah tidaklah 'salah' berdasarkan prinsip yang tertentu. Bahasa Arab perlu dipelajari dan dilihat sebagai bahasa yang tinggi nilainya kerana diiktiraf sebagai 'bahasa syurga'. Selain daripada itu, terdapat juga saranan daripada tokoh-tokoh ulama yang menyarankan penggunaan Bahasa Arab dalam kehidupan. Malah bahasa ini merupakan bahasa yang asalnya pelbagai istilah dalam Bahasa Melayu seperti masjid, sabar, solat, zakat, haji dan sebagainya namun 'disesuaikan' dengan lidah Bahasa Melayu itu sendiri. Malah 'penyalah gunaan bahasa' ini penulis tidak pula merujuk kepada penggunaan perkataan dalam Bahasa Inggersi yang sudah 'dimurnikan' ke dalam Bahasa Melayu. Penulisan ini banyak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris yang sudah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu. Pembaca boleh dapati dalam artikel ini. Malah penggunaan bahasa baku juga haruslah digalakkan.

Penulis cenderung untuk memfokuskan kepada kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dibaurkan menjadi satu bahasa asing yang jelek.

Lihatlah di mana-mana sahaja terdapat banyak 'penyalah gunaan' bahasa dalam kehidupan seharian yang menyebabkan masyarakat kian tidak terarah dan gagal untuk menyelami kepentingan penggunaan Bahasa Melayu yang sebetulnya. Tidak ketinggalan juga para penggerak dakwah ini juga. Peranan sebenar para penggerak dakwah ialah membawa satu pembaharuan (tajdid) dari segi amalan dan penghayatan beragama dalam masyarakat. Bahasa Melayu tidaklah salah dijadikan medium untuk menyebarkan Islam ke dalam masyarakat dan penggunaannya perlulah mematuhi penilaian yang ditetapkan. Bhasa Melayu merupakan bahasa ilmu.

Namun jika penggunaan Bahasa Melayu ini dengan Bahasa Inggeris ini yang dicanangkan menjadi sesuatu bahasa yang pelik, kerangka penggunaan Bahasa Melayu yang boleh dilihat sebagai satu bahasa ilmu terutamanya di Asia Tenggara dilihat sudah rapuh dan lesap. Bahasa Melayu tidak akan dipandang satu bahasa ilmu terutamanya apabila melihat para penggerak dakwah tidak 'menghormati' bahasa ilmu ini.

Kita lihat ramai penggerak dakwah dari segi penulisan malah percakapan 'gemar' mencampur adukkan Bahsa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Kenapa fenomena ini harus berlaku? Adakah ingin menunjukkan kita berjiwa dan berfikiran sejagat (universal), maka penggunaan bahasa perlulah bersifat 'sejagat'. Apakah pula kita beranggapan bahawa kaedah ini sesuai bagi melambangkan diri kita mengikuti perkembangan semasa (up-to-date) dan penggunaaan bahasa ini bersifat hebat dan mengujakan (cool and sporting).

Apa pun tanggapan kita, tindakan ini merupakan satu kesalahan 'besar' dalam penggunaan Bahasa Melayu dan alasan-alasan di atas bukanlah alasan yang konkrit untuk mendapat perhatian dan penilaian. Bahkan tindakan di atas hanyalah sekadar menonjolkan kelemahan diri para penggerak dakwah yang 'tak keruan' dalam isu penggunaan bahasa itu sendiri. Apalah salah kalau menggunakan Bahasa Melayu seluruhnya, dan apalah pula dosa menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, kalau berkemampuan. Barulah bahasa kita tidak dilacurkan dengan percampuran dengan bahasa lain yang menunjukkan Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang kuat yang mampu berdiri sendiri dan bahasa yang bernilai dalam kehidupan seharian kita.

Sekadar terjahan minda, mungkin ada pihak yang mampu menjalankan penyelidikan berkaitan fenomena penyaah gunaan bahasa ini dengan lebih serius demi kemandirian bahasa yang dilihat kian dilacurkan oleh pihak yang berkepentingan dalam isu melibatkan penggunaan Bahasa Melayu ini. Fenomena ini juga wajar dilihat sebagai satu faktor penghakis jati diri para penggerak dakwah kerana kebanyakan penggerak dakwah di Malaysia terutama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah institusi pendidikan lain berbangsa Melayu.

Kehakisan jati diri ini wajar ditangani dengan berkesan agar para penggerak dakwah ini tidak disifatkan 'sombong' dengan bahasa sendiri dan bersifat hipokrit dalam memperjuangkan isu berkaitan bahasa. Jangan biarkan masyarakat meraung-raung melihatkan masyarakat dakwah ini kian 'lesap' dan kaku dalam memahami isu bahasa yang seakan dilacurkan juga oleh para ikhwah akhawat penggerak dakwah ini. Maka, renung-renungkanlah.

Salah dan silap harap dimaafkan. Sebarang teguran sangatlah diperlukan.

Diposkan oleh Akh Zhafran pada jam 06:26 0 komen

KHUTBAH JUMAAT: Beruntunglah Insan Yang Dagang

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:



“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]


Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah.

Masakan tidak.

Islam datang menongkah kebiasaan.

Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan.

Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan.

Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.

Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya.

Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman.

Mereka ganjil bukan sebab mereka salah.

Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai. Itu sahaja.

Firman Allah SWT:



“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” [Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti.

Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan.

Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA!

Kerana itulah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”

[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”

[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:



“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]

Allah Subhanahu wa Ta’aala juga menyebut:



”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)” [Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:



“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [al-Maa’idah 5: 49]

Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan peringatan di dalam al-Quran:



“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” [Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini.

Jemaah kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran.

Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”

[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun,

Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing.

Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam.

Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ditanya tentang maksud firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:



“ Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan” [al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”

Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam.

Islam asing di zaman permulaannya.

Islam kembali asing di zaman kemudiannya.

Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Khamis, Jun 25, 2009

Khairy: Jangan jadikan pelajar bahan ujian PPSMI - Malaysiakini 23 Jun 2009


Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.

"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.


khairy jamaluddin interview 230209 12Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,
yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PPSMI rugikan murid

"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:


•Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.
• Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
•Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Rabu, Jun 24, 2009

Keputusan Isu PPSMI Awal Julai – Apa Pengharapan Anda?


Sumber dari MalaysiaKini.com menyatakan bahawa, kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian – jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan – ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.

Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.
Apa pandangan dan harapan anda ?

Inferiority Complex


"Eh , tak perlu lah nampak macam religious sangat , nanti orang bukan Islam menjauhi kita pula" ,"kita kena lah consider bahawa negara kita ni berbilang bangsa dan agama, tak boleh la nampak radikal sangat " dan sebagainya adalah merupakan antara kata-kata yang sering saya dengar sepanjang "terjun" dalam bidang dakwah ini.Kata-kata ini bukan keluar daripada si anak kecil , tetapi melibatkan golongan dewasa yang saya kira sepatutnya lebih bersifat rasional terhadap kata-kata mereka.

Saya tidak melihat isu ini sebagai isu ranting sahaja .Antara sebabnya ialah kerana isu ini sebenarnya boleh merosakkan aqidah yang kita pegang selama ini . Saya ulangi AQIDAH ! Saya berkata demikian adalah kerana ada sesetengah orang yang nampak begitu "tidak yakin" terhadap kesyumulan agama Islam ini. Bahkan berasa rendah diri bila bercakap berkenaan dengan agama. Bukan rendah diri sebab kurang ilmu agama , tetapi rendah diri sebab agama itu sendiri,rendah diri untuk berkata yang haq dan menegah perkara yang bathil.

Ada satu ketika , apabila saya dan beberapa sahabat saya pergi ke sekolah untuk program Pengalaman Berasaskan Sekolah di sebuah sekolah d Pulau Pinang, semasa kami hendak balik , tiba-tiba seorang perempuan cina menghulurkan salam kepada kami. Sahabat saya bersalam manakala saya hanya buat "donno" sahaja sebab tahu hukumnya. Saya tahu ada sesetengah ulama seperti Yusof AlQardhawi yang begitu lembut berkenaan kes ini sehingga menghalalkan seseorang lelaki memegang tangan wanita , namun untuk diri saya saya berpegang kepada prinsip selagi tak mencapai tahap darurat , saya tidak akan bersalam.

Saya beritahu kepada sahabat saya tadi .Tapi beliau menjawab ,"dah orang hulur salam, sambut je lah" seolah-olah benda ini biasa sahaja. Siap tambah fatwa sendiri pula-"tak apa bila sambut salam perempuan tua sebab "niat" bukan nak mengurat ,tetapi atas dasar dia tu sebaYa dengan mak aku". Amboi . Hebat fatwa ini.
Saya tegurlah sahabat saya ini , tidak kira sama ada sebaya dengan ibu kita,kakak kita , mahupun nenek kita kalau melibatkan persentuhan kulit dengan kulit antara lelaki dengan perempuan tetap haram. Hanya beberapa orang ulama yang berselisih dengan pengharaman ini.

Pernah sekali di IPGM saya berlangsung satu perhimpunan bulanan di padang. Tiba-tiba saya berasa "kelainan" apabila pengarah menyampaikan ucapan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Rupa-rupanya ia merupakan tanda "selamat datang" kepada beberapa orang sahabat dari Kanada yang belajar di IPGM ini . Memang tidak salah untuk berbahasa inggeris , tambah-tambahan lagi bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di Malaysia ,namun sifat kita yang terlampau "baik hati" ini menjadikan mentaliti "hormat" kepada sifat yang ada pada orang arat bertambah.

Tertarik dengar satu cerita daripada seorang sahabat semasa belajar di luar negara dahulu. Beliau dengan sinis berkata "punyalah ramai rakyat Malaysia belajar di tempt ana dahulu, tak adelah director bercakap bahasa Melayu!"

Bukan niat saya untuk memperbesarkan sesuatu yang "sepatutnya" tidak diperbesarkan. Tetapi dalam sedar tak sedar kita sebenarnya masih mempunyai perasaan "inferiority complex" yang mendalam dalam diri terutama perkara yang melibatkan jati diri kita sebagai seorang muslim dan Melayu .

Mentaliti terjajah masih mendekam tebal dalam pemikiran orang-orang kita. Tidak msutahi suatu hari nanti generasi muda kita hanya akan megenal jenama-jenama barat, ikon-ikon barat, makanan-makanan barat dan semua perkara berkaitan dengan barat seandainya perasaan rendah diri tidak bertempat ini terus berada dalam diri.

Usah bercakap berkenaan lambakan majalah, pakaian (fesyen) dan apa jua yang berkaitan dengan barat, budaya barat yang tidak baik dan tidak bersesuaian dengan Islam terus digunapakai sehingga orang yang menentangnya dikatakan jumud , out-dated person,katak bawah tempurung , berfikiran sempit dan pelbagai istilah yang memperendahkan golongan ini.

Selasa, Jun 23, 2009

Surat KHAS untuk Sister In Islam

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang 11000 Balik Pulau Pulau Pinang.Tel: 017-6291368/012-5296690
skuadpenyelamataqidah@gmail.com atau jihadin82@yahoo.com

__________

Assalamualaikum w.b.t,

Sisters In Islam,
No 7, Jalan 6/10,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

21 Jun 2009

Merujuk Isu Yang Membelenggu SIS Mutakhir Ini

Puan,
Surat ini ditulis dengan rasa rendah diri akan kurangnya ilmu di dada dan atas kesedaran untuk memberikan pandangan sesama seIslam serta melaksanakan tugas dakwah sebagai seorang Islam khasnya.

Merujuk kepada usul berkaitan SIS yang diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini supaya Majlis Fatwa Kebangsaan menyelidik dan mengkaji pendirian SIS berhubung beberapa isu khasnya yang melibatkan syariat Islam. Saya percaya cadangan pengharaman SIS bukannya matlamat agenda yang tersembunyi tetapi peleraian kepada polemik yang melanda lebih utama.

Dari kacamata seorang hamba Allah yang melihat polemik tersebut, saya sertakan beberapa teguran serta saranan yang boleh diperhalusi dan diaplikasikan oleh SIS pada masa akan datang.

Puan,

SIS dikatakan membawa aliran pemikiran liberalisme dalam Islam. Seperti mana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke 74 (25 Julai 2006), aliran pemikiran tersebut diputuskan adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. SIS disarankan meneliti kembali ciri-ciri aliran pemikiran tersebut yang telah dihuraikan dari segi akidah dan syariah. Hal ini kerana kenyataan-kenyataan SIS ada yang bercanggah dengan Islam dan tafsiran dalil Quran yang digunakan diragui memandangkan tiada sumber rujukan yang sahih. Sebelum pihak lain mengambil tindakan mengkaji kebenaran fahaman liberal di dalam SIS, ada baiknya SIS bertindak dahulu secara dalaman.

Puan,

Islam adalah agama yang amat menggalakkan umatnya melakukan kajian dalam segenap ilmu. Buktinya dalil-dalil di dalam Al-Quran banyak yang memberi motivasi dan galakan supaya umat Islam terus mengkaji kerana melaluinya juga kita akan semakin kenal penciptaan dan kekuasaan Allah.

Melihat beberapa isu dan kajian yang diketengahkan oleh SIS, sebenarnya tiada halangan untuk SIS melakukan kajian serta membantu wanita Islam dari segi perundangan, kebajikan, kaunseling keluarga dan sebagainya tetapi berhati-hatilah apabila ia melibatkan hukum atau saranan agama. Tafsiran sumber-sumber teks Islam tidak boleh dilakukan secara wewenang apatah lagi apabila pengkajinya tidak mempunyai latar belakang ilmu agama yang lengkap seperti ilmu Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith dan al-Jarah wa al-Ta’dil.

Di sinilah letaknya kepentingan pendapat dan tafsiran dari ulamak dan mufti yang muktabar dan terkini. Golongan yang menjadi pendokong kepada ilmu teras Islam ini mesti dirujuk terlebih dahulu dan pendapat mahupun fatwa yang dikeluarkan mesti digunapakai dan bukan dipertikaikan.


Puan,

Selaku kumpulan wanita Islam yang bergerak dengan misi memperjuangkan kesamaan, keadilan dan kebebasan wanita Islam, amatlah diharapkan SIS turut sama terlibat dalam menangani gejala sosial yang melibatkan remaja Muslim khasnya. Masalah remaja perempuan Muslim yang bakal menginjak kaki ke alam kewanitaan ini bukan lagi suatu fenomena berkala tetapi sudah menjadi masalah besar serta bertambah dari hari ke hari. SIS boleh ‘turun padang’ dan melihat sendiri permasalahan yang berlaku.

Selain itu, prinsip pemakaian tudung juga perlu dijelaskan lagi memandangkan ibadah ini sangat sinonim dengan wanita Muslim. Bukan sahaja golongan bukan Muslim malah dalam kalangan wanita Muslim ada yang masih keliru serta menganggap Islam mengongkong golongan wanita melalui pemakaian tudung.

Amalan yang diwajibkan oleh Islam ini patut menjadi fokus utama mana-mana kumpulan yang memperjuangkan hak wanita kerana tudung itu sendiri sebenarnya membawa unsur kebebasan kepada wanita serta melindungi pemakainya dari bahaya provokasi lelaki. Pemekaian tudung juga adalah salah satu daripada manifestasi konsep diri sebagai seorang Muslim dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Konsep ini harus diterima dan diterangkan dengan baik walaupun ahli-ahli SIS tidak mengamalkannya.

Puan,

Selain saranan di atas, adalah diharapkan pihak SIS mengambil berat dan bertindak melakukan perubahan berdasarkan gesaan terbaru dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz supaya SIS merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya melibatkan isu pelaksanaan dan pentadbiran atau Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) jika membabitkan bidang kehakiman (Utusan Malaysia, 17 Jun 2009). Andaikata perubahan tersebut direalisasikan, pasti golongan alim ulamak juga menyambut baik pendekatan SIS dan dakwah Islam dalam konteks yang diperjuangkan SIS yang akan lebih bersepadu dan tersusun.


Puan,

Umat Islam di Malaysia kini semakin terbuka dan berlumba-lumba mencari kebenaran Islam. Besarlah harapan kami agar pihak SIS tidak memberi pandangan yang mengelirukan atau membawa idea-idea baru yang secara tidak langsung menyentuh syariat Islam. Semoga SIS dapat berubah ke arah yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

“ Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”
(Al-Imran:19)


Sekian Terima kasih,

Yang benar,


…………………………………………..
WARDAH BT ABDUL RAHMAN
Setiausaha Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Isnin, Jun 22, 2009

Taksub jemaah? Puak aku lebih betul?

Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal Islam atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, jemaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jemaah atau organisasi. Bukan dengan al-quran dan as-sunnah . Dalil -dalil al-quran dan sunnah akan ditafsirkan seiras dengan kehendak organisasi.

Hizbiyyah ini akan menjadikan seseorang taksub kepada jemaah sehinggah tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jemaahnya betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah keputsuan jemaah atau keputusan syura, sekalipun menyanggahi nas.Inilah sikap hizbiyyah atau asabiyah yang dicela.

Saya gemar untuk menyentuh keperihalan taksub jemaah bilamana melihatkan ada sesetengah ahli-ahli jemaah yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang baru "menjejakkan kaki " ke medan perjuangan kampus mahupun penggerak-penggerak kampus sendiri yang begitu taksub kepada satu-satu tanzim.

Ada seorang anak usrah saya berkata dengan nada yang sedih bahawa ada sesetengah sahabat beliau yang seolah-olah memberi "nasihat" kepadanya supaya berundur daripada menyertai tanzim luar daripada tanzim lokaliti . Mereka berkata beliau telah begitu banyak berubah bila mengenali sesetengah "sahabat " yang menerima ekstra tarbiyah dan pendedahan . Saya sebagai penggerak pun menepuk dahi tanda terkejutnya terhadap "luahan hati" anak usrah saya ini.

Saya dengan nada simpatis menyuruh beliau bersabar walaupun saya sendiri tahu bahawa ada sesetengah penggerak sendiri yang tidak mahu menerima sebarang tanzim luar, katanya taat setia kepada tanzim yang asal. Ada sesetengah penggerak yang sampai sekarang tidak begitu faham konsep wala' kepada pemimpin dan sirr wa hazaar (kerahsiaan dan berhati-hati) sehingga begitu takut untuk menyertai sebarang program luar walaupun ia membina fikrah dan kefahaman tentang gerak kerja.

Ini baru tanzim ,tidak masuk lagi perbezaan antara mazhab yang suatu masa dahulu mengakibatkan umat Islam terjerumus ke kancah mengkafirkan antara satu sama lain dan perpecahan antara muslim. Beberapa orang sahabat pernah berkongsi cerita kepada saya berkenaam sikap yang diamalkan oleh penggerak-penggerak dakwah di lokalti mereka. Ada sampai tahap bergaduh dan tidak bertegur sapa hanya kerana merasakan diri mereka yang terbaik dan berbalah mencari mad'u .

Bagi saya , perkara seumpama ini janganlah diperselisihkan kerana ia hanya mendatangkan kerugian terhadap umat Islam itu sendiri . Imam Hassan Al-Banna pernah berkata ," kita bersatu atas apa yang disepakati , dan kita berlapang dada terhadap apa yang diperselisihkan".

Alhamdulillah, perkara ini tidak pernah berlaku kepada IPGM saya di mana kebanyakan usaha dakwah dilakukan oleh penggerak-penggerak lokaliti mahupun tanzim tunggal. Seandainya sikap taksub kepada jemaah ini menular dalam darah daging kita, dikhuatiri satu hari nanti akan berlaku perpecahan disebabkan adanya tanzim baru yang menggerakkan IPGM.

Ketidakfahaman kepada gerak kerja jemaah ini hanya akan membantutkan usaha dakwah itu sendiri. Kalau ketidakfahaman ini berlaku di kalangan adik-adik yang baru menjinak-jinakkan diri dalam arena dakwah kampus, ia masih boleh diterima. Tetapi apabila penggerak sendiri tertanya-tanya dan menentang sesuatu yang baru dan ekstra, ada sesuatu yang tidak kena terhadap tarbiyah.

Saya tidak begitu gemar dengan slogan ,"kalau masuk universiti cari Karisma , PEMBIN A , Hizbut tahrir , PMI , dan apa jua wadah" sehinggakan wujud satu stigma dalam pemikiran adik-adik bahawa sesetengah tanzim sahaja yang dapat diikuti, tanzim lain tidak boleh ,sebab tidak Islamik , jauh dari penghayatan Islam dan sebagainya. Dan saya percaya ada di antara mad'u dan bakal mad'u yang "lari" daripada menerima tarbiyah bila melihatkan "perpecahan" ini.

Bagi saya sendiri secara peribadi, menyertai tanzim lain di samping menumpahkan ketaatan (atau gerak kerja dan usrah)kepada sistem pentarbiyahan yang satu atau tunggal banyak memberi kelebihan dari segi pengalaman, gerak kerja, pemikiran dan pengetahuan kepada saya .

Seandainya sikap terlampau "bergantung" , taat tak tentu pasal, dan jumud (beku) ini terus melekat di pemikiran penggerak-penggerak dakwah itu sendiri , saya percaya bahawa dakwah ini hanya setakat usrah , progaram ,usrah , program . Setakat itu sahaja yang kita nampak sehingga melupakan sendiri realiti yang melanda masyarakat massa.

Inilah yang begitu menyedihkan. Kekeliruan ini hanya mencetuskan fenomena "selagi kakak usrah ,abang usrah aku tak join benda ni aku tak nak join benda ni' dan akhir sekali perkembangan dari segi pemikiran dan gerak kerja tidak dapat bercambah disebabkan takut melanggar "tabu" ini.

Sempat berusrah bersama adik-adik (akhawat semuanya) mengenai taasub jemaah , konsep taadud(kepelbagaian)jemaaah dan peri pentingnya kita mengetahui gerak kerja sesebuah tanzim yang lain. Sebab itulah apabila wujudnya satu 'ikatan" yang mengikat penggerak-penggerak antara IPG Zon Utara , Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara , saya adalah antara penggerak yang gembira dengan idea penubuhan ini disebabkan akan ada pengaliran dan percambahan pemikiran bersama sahabat-sahabat daripada IPG yang lain. Saya sering merindukan suasana di mana akan ada ikhwah mahupun akhawat di IPG saya yang akan bertanyakan , 'mana program ilmu minggu ini ? apa beza antara khalafi dan salafi? syed qutb seorang bughoh? dan sebagaimya.

Saya optimis seandainya amalan ilmu dan perkongsian pintar bersama jemaah lain diamalkan , tidak mustahil akan lahir individu yang mampu bercakap seperti JIM (dari segi tarbiyah) , PAS (dari segi siasah atau politik ) , Persatuan Ulama (dari segi aktivisme dan pemikiran ) dan PAI dari segi gerak kerja dan sebagainya.

Ahad, Jun 21, 2009

Memories


Memories

I`m not angry with life
I`m just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down

Where am i to go
Who am i to blame
What am i to do
God, am i insane?

I never thought that my innocence
Would stray me away from reality


I never thought that my life
Would resolved to emptiness

I never thought that in order to live
I have to bear so much pain

The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings

To smile even though hurts
To reach out even if there`s no one there
To aim high and never say die
Cause there`s always sun at the end of the night

Memories... tortured by my own
Memories...
Memories... trapped in my own
Momeries...

If your eyes are full to the brim
The teardrop are sure to fall down
For whom the eyes may starve tomorrow
Where it get lost, the tears, that i had
Keep hidden in my... chorus

by :Cromok

Rabu, Jun 17, 2009

ISU SIS...haramkan terus,,kenapa diperdebatkan lagi?


Saya telah mengikut secara cermat perkembangan segolongan wanita yang menganggotai SIS (Sisters In Islam, kalau Ustaz Hafiz Nordin, beliau gelarkan kumpulan ini sebagai Sisters Out Of Islam) ini. Pada pandangan saya , Kumpulan ini seharusnya dikuburkan terus disebabkan banyak fitnah yang dicetuskan oleh kumpulan Andartu dan ibu tunggal ini.

Antaranya ialah mempersoalkan beberapa hukum yang secara qat'ie (jelas) termaktub di dalam Al-quran seperti pembahagian pusaka antara lelaki dan perempuan, menolak peranan ulama sebagai pakar rujuk dalam hal berkaitan Islam dan kebebasan individu untuk mentafsir Al-Qur'an (Zainah Anwar) dan menolak peranan jabatan agama sebagai pemantau atau pencegah kepada maksiat (SIS) ,

Dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan ,Zainah Anwar dan Marina Mahathir menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan apartheid dalam isu agama terhadap wanita . Selain daripada itu, SIS juga menyokong penubuhan Inter-Faith Council (IFC) yang secara jelas menolak beberapa hukuman terhadap orang murtad , menentang keputusan Majlis Fatwa mengenai isu pengkid, dan menyokong hak kebebasan menukar agama (dalam kes Lina Joy) .

Mereka juga menganjurkan satu program yang dinamakan Musawah yang secara jelas mempersoalkan banyak hukum yang telahpun nyata dan jelas dalam Al-Quran .Perjumpaan ini dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandusawah.

Dalam persidangan yang dianjurkan dengan dana yang besar ini juga mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari�at yang dibawa oleh al-Qur�an dan al-Sunnah.


Ada sesetengah sahabat daripada Gamis menyarankan supaya diwujudkan satu ruangan debat antara SIS dengan pihak yang berautoriti dalam agama (termasuklah wakil daripada PAS) untuk mencari jalan penyelesaian terhadap bebeapa isu dan membetulkan kembali ketidakfahaman mereka (SIS) terhadap Islam.

Saya dengan nada sinikal memberi cadangan supaya diwujudkan juga ruangan debat antara penggerak Islam dengan pemimpin ajaran sesat yang telah diharamkan seperti Ayah Pin (ajaran ratib kuat) , Kahar Ahmad (Rasul Melayu) , Asyaari (Abuya ,kumpulan Al-arqam ) dan banyak lagi ajaran songsang di Malaysia atas dasar kebebasan beragama ,tidak mahu bagi orang Islam fikir kita jumud dan keras dan atas dasar nama nak jaga persepsi orang terhadap Islam.

Saya berpandangan sedemikian kerana SIS secara terang-terangan (walaupun mereka menafikan) menganut ajaran Islam Liberal yang secara jelas difatwakan sesat dan bercanggah dengan Syariat Islam dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-74 yang lalu.


Oleh disebabkan banyak fitnah yang mereka cetuskan dan kekeliruan kepada orang awam ,eloklah dikuburkan terus .Jangan kerana atas dasar nama kebebasan pendapat dan beragama, tragedi di Indonesia yang secara jelas mengiktiraf Islam Liberal ini suatu ideologi berlaku di Malaysia.

Kalau perkara yang diperselisihkan merupakan persoalan furu' , kita masih boleh berlapang dada. Tetapi apa yang kita perselisihkan di sini adalah persoalan yang melibatkan aqidah atau pegangan umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Ini bukan satu persoalan yang kecil.

Tribut untuk sahabat-sahabat yang masih tidak mengerti....

Selasa, Jun 16, 2009

Rancangan SUARA SISWA, mahasiswa diperbodohkan ?


ALhamdulillah, saya berjaya mengikuti rancangan ini sehingga ke penghabisan rancangan SUARA SISWA di tv1 . Rancangan ini secara hakikatnya amatlah bermakna dan bermanfaat kepada golongan-golongan mahasiswa yang dahagakan idealisme dan pekongsian minda yang dicetuskan oleh sahabat-sahabat yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin mereka. Mahasiswa-mahasiswa inilah yang akan menjadi pengganti kepada pemimpin negara yang ada sekarang ini.


Namun jiwa saya cukup terkilan dan terasa diperbodohkan apabila persembahan mini konsert yang tiada kena mengena dengan idealisme siswa-siswi disajikan kepada para penonton apabila tamatnya program berbentuk diskusi ini.

Saya secara jujurnya menyatakan umpama menonton sebuah rancangan serius tetapi lawak . Secara logiknya, mana sesuai rancangan berunsur ilmiah ini diselangi dengan unsur hiburan (yang lebih bersifat hedonisme tanpa diketahui motif disebalik konsert mini tersebut!)

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa idealisme dan pandangan para pelajar umpama di"najiskan" apabila konsert itu bermula. Saya berpandangan bahawa segala perbincangan tersebut menjadi sia-sia dan "tiada nilai". Cuba bayang apabila Rancangan Hujah di tv9 menjemput Siti Nurhaliza sebagai penghibur di akhir rancangan.
Tak ke haru ?

Apa pandangan anda?

Kongres Rejuvensi Sistem Pendidikan Islam Negara

TARIKH

11 Julai 2009

HARI

Sabtu

TEMPAT

Dewan Auditorium Masjid Putrajaya



SASARAN PESERTA


4.1 Wakil Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan IPTS

4.2 Wakil Pesnyarah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS

4.3 Wakil Persatuan – persatuan guru- guru seperti NUTP dan NGO berkaitan

4.4 Wakil Kementerian

4.5 Guru besar dan wakil badan pelajar setiap sekolah di Selangor

4.6 Wakil daripada Parti Politik

· Maksimum perwakilan adalah seramai 3 orang untuk satu-satu pertubuhan, entity mahupun badan.


KERTAS KERJA DAN PEMBENTANG


5.1 1) Pembentang : Prof Tajul Ariffin (UKM)

Tajuk :Penganalisaan Serta Cadangan Kritikal

Pemartabatan Sistem Pendidikan Islam di

Institusi Pengajian Tinggi.

2) Pembentang : Prof. Dr Sidek Baba (UIAM)

Tajuk :Peranan Pendidikan Islam dalam

Pembentukan Mahasiswa Menjadi

Pelapis Kepimpinan dan Cencekiawan yang

Berintegriti, Cemerlang dan Bersih.

3) Pengulas : Syaikh Panji Gumilang (Maahdad Zaitun, Indonesia)

5.3 1) Pembentang : Dr Abd Halim Tamuri (UKM)

Tajuk : Sistem Pendidikan Islam di Sekolah, Satu

Penilaian

.

2) Pembentang : Dato’ Dr Siddiq Fadzil

Tajuk : Halatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah

Sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan

Insan.

3) Pengulas : Al-Fadhil Ust Baihaqi Abdullah

ATURCARA PROGRAM

08.00 pg : Pendaftaran Peserta

08.30 pg : Ketibaan Dif-dif Jemputan

08.40 pg : Ucapan Pengarah Kongres

08.50 pg : Ucapan alu-aluan Presiden GAMIS

08.45 pg : Ucapan alu-aluan oleh Penasihat GAMIS

09.05 pg : Perasmian dan Ucaptama Oleh Timbalan Perdana

Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

: “Letak duduknya Pendidikan Islam dalam Halatuju

Sistem Pendidikan Malaysia”

09.50 pg : Persembahan multimedia

10.00 pg : Minum Pagi

10.20 pg : Persembahan multimedia

10.30 pg : Pembentangan Kertas Pertama , Tema : Rejuvenasi

Sistem Pendidikan Islam di IPT

12.20 pg : Persembahan multimedia

12.30 ptg : Makan Tengahari dan Solat Zohor

02.30 ptg : Pembentangan Kertas Kedua , Tema : Transformasi

Sistem Pendidikan Islam di Sekolah

04.30 ptg : Minum Petang dan rehat

05.30 ptg : Perbahasan usul dan Resolusi bertindak
06. 30 ptg : Bersurai

Isnin, Jun 15, 2009

Wajib lulus BI ? Saya bersetuju tetapi.....

Seandainya kerajaan benar-benar ingin menjadikan BI sebagai subjek lulus peperiksaan , saya menyokong dasar ini , tetapi berlandaskan 2 syarat yang saya kira amat penting untuk ditelitikan :

Syarat pertama:
Mansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar ini dilihat sebagai satu dasar yang tidak "berpijak di bumi yang nyata " dan jauh daripada realiti rakyat Malaysia. Ia dilihat sebagai dasar yang baik utnuk dipakai ,namun dalam konteks Malaysia sekarang ini , pelaksaan amat tidak sesuai digunapakai. Dasar ini hanya memberi manfaat kepada golngan minoriti sahaja , tanpa melibtkan golongan masssa.

Hakikatnya , dasar ini telah ditentang secara berterusan selama 6 tahun (bermula saat dasar ini dilaksanakan iaitu tahun 2003 )oleh ahli-ahli bahasa dan cendikiawan serta beberapa kerat ahli politik dan guru-guru yang terlibat , namun dipandang sepi sehinggalah ura-ura untuk dasar ini dikaji semula dan dilihat hasilnya tercetus oleh pihak pelaksana dasar sendiri.


Apabila diminta untuk dasar ini dikaji secara lebih mendalam, pihak pelaksana dasar itu sendiri dengan rakus dan sombong menidakkan suara hati nurani rakyat yang terdiri daripada mereka yang prihatin dan para guru yang mengajar subjek-subjek tersebut .

Seandainya dasar ini diteruskan , ramai golongan pelajar terutama golongan bumiputera yang akan tercicir atau ketinggalan pelajaran disebabkan ketidakmampuan mereka untuk menguasai kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris.

Ketika kedua-dua subjek masih menggunakan perantaraan Bahasa Melayu pun ,ramai pelajar-pelajar bumiputera tidak mampu menguasai kedua-dua subjek dengan baik ,inikan pula apabila diajar dalam bahasa Inggeris.

Dasar ini secara jelas lari daripada realiti , di mana "Yang ketinggalan terus ketinggalan , yang dapat tangkap terus cemerlang" ,yang mana yang cemerlang itu membentuk golongan minoriti.


Syarat kedua
Kerajaan hendaklah memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris. Namun saya berpandangan usaha ini bukan dilaksanakan secara terburu-buru sebagaimana pelaksanaan PPSMI dahulu, tetapi biarlah secara beransur-ansur dan guru-guru juga benar-benar bersedia untuk memperkasakan cara pengajaran dan pembelajaran mereka.

Saya berpandangan seandainya BI dijadikan sebagai subjek lulus , biarlah sistem pemarkahan itu diubah mahupun dipertingkatkan . Saya bermaksud jika selama ini kita hanya menekankan aspek penulisan atau "nonverbal approach" semasa menjawab peperiksaan ,bairlah sistem pemarkahan terbaru ini lebih menekankan kepada "verbal".
Namun sebelum sistem penekanan kepada verbal ini dilaksanakan ,pastikan bahawa guru-guru Bahasa Inggeris sudahpun cukup bersedia untuk menghadapi tugasan dan bebanan ini. Kita tidak mahu jadikan anak bangsa kita sebagai tikus makmal akibat kegagalan kita untuk memahami realiti masyarakat.

Tetapi harus ditegaskan sekali lagi di sini bahawa dasar seperti ini tidak harus dilaksanakan secara ad hoc sepertimana yang telah dibuat apabila dasar PPSMI diperkenalkan . Pelaksanaan ini haruslah diteliti dan dibuat kajian secara terperinci dan melbatkan pakar-pakar bahasa, akademi ,cendikiawan dan sebagainya.

Ahad, Jun 14, 2009

Akta 174- Suatu "RANTAI" yang membelenggu ? Biarkan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
(Akta 174)

Bahagian iv - Kesalahan-kesalahan

Seksyen 10 (1)
Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu institusi , boleh menjadi ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan , mana-mana persatuan, parti politik , kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan , badan atau kumpulan orang yang lain , sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang , sama ada ianya di bawah institusi atau di luar instiusi itu , dan sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysiam kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah akta ini atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahul secara bertulis oleh Menteri.

Seksyen 10 (2)
Tiada sesuatu pertubuhan badan atau kumpulan pelajar sesuatu institusi , sama ada ditubuhkan oleh , di bawah atau mengikut akta ini atau selainnya boleh ada apa-apa gabungan , persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan , parti politik,kesatuan sekerja , atau mana-mana pertubuhan , badan atau kumpulan orang yang lain , samaada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang , samaada ianya adalah di dalam institusi itu atau di luar institusi itu, dan samaada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia , kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah akta ini , atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.

Seksyen 10 (3)
Tiada sesiapa jua , semasa menjadi seorang pelajar sesuatu institusi , boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan ,simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan , badan atau kumpulan orang yang haram.

Seksyen 10 (4)
Tiada suatu pertubuhan badan atau kumpulan pelajar sesuatu institusi yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Akta ini, atau mana-mana lain pertubuhan , badan atau kumpulan pelajar sesuatu insitusi boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan , simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan , badan atau kumpulan orang yang haram.

Seksyen 10 (5)
Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen kecil (1),(2) ,(3) atau (4) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh , apabila disabitkan , dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu inggit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denfa dan penjara itu kedua-duanya.

Bahagian ii -Tatatertib Am

Seksyen 11
Tiada seorang pelajarm dan tiada sesuatu pertubuhan , badan atau kumpulan pelajar, boleh mengorganisasi, menjalankan , atau menyertai sesuatu aktiviti di luar kampus , kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis Ketua Eksekutif terlebih dahulu dan dengan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa sekatan , had atau syarat yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif perlu atau bermanfaat dikenakan :
dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang pelajar perseorangan daripada aktiviti yang berupa semata-mata keperibadian atau persendirian.