Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Isnin, Disember 29, 2008

Satu paradigma basi dalam menyambut Tahun baru

Tahun 1429 hijrah kini digantikan dengan tahun baru 1430 hijrah . Tahun 2008 masihi juga dalam tempoh tak sampai 48 jam bakal melabuhkan tirai dan disusuli dengan tahun 2009 masihi. Hmm, banyak hasrat yang masih belum dapat ditunaikan pada tahun 2008 (lebih tepat tahun 1429 h) ,nampaknya kena injak ke tahun depan pula la.

Macam biasa , tahun ini dah ada promosi konsert secara besar-besaran . Konsert kalau membangun minda, mampu memberi penginsafan , menjaga ikhtilat lelaki perempuan dan diadakan secara sopan tak apalah , ini......... Kalau boleh tak nak pakai baju pergi konsert. Di sini ana sertakan hukum menghadiri konsert daripada Ustaz Azhar Idrus

Hukum menghadiri konsert
Ulasan oleh : Ustaz Azhar Idrus
Dipetik dari : PhotoSantai

Assalamu'alaikum ..
Untuk mengetahui hukum menghadiri sesuatu konsert atau persembahan hiburan, perlu diketahui terlebih dahulu apa yang ada pada majlis tersebut. Jika ada disana perempuan dewasa yang menyanyi dan suaranya didengar oleh pendengar lelaki yang bukan mahram kepada penyanyi perempuan tersebut maka hukum majlis tersebut adalah majlis maksiat. Maka majlis yang seperti ini haram hukumnya kita hadir. Tiap langkah yang kita hayun akan mendapat satu dosa. Jika 100 langkah bermakna kita mendapat 100 dosa dan malaikat pula melaknat orang yang keluar dari rumahnya menuju ke tempat2 seperti ini.

Orang2 yang terlibat mempromosi atau mengiklankan majlis tersebut akan mendapat dosa mengikut bilangan orang yang hadir. Maka jika 20 ribu orang hadir pada majlis tersebut, dia akan mendapat 20 ribu dosa. Turut sama berdosa semua yang terlibat seperti jurukamera, pemuzik, pengerusi majlis dan lain-lain.

Dalam sebuah hadith nabi saw memberi amaran yang bermaksud :
"Siapa yang pergi ke tempat perempuan bernyanyi dan mendengar suara nyanyiannya maka akan dituang ke dalam dua lubang telinganya pada hari akhirat dengan timah yang mendidih."

Berkata imam Ghazali r.a. :
"Siapa yang menggunakan telinganya untuk mendengar nyanyian perempuan yang bukan mahramnya maka dia telah kufur nikmat telinga dan telah kufur pula nikmat kaki kerana menggunakan kakinya untuk pergi ke tempat tersebut."

Sebaiknya kita gunakan masa yang ada untuk mengahadiri kuliyah2 agama disekitar kawasan kita agar hidup lebih bermakna dan terhindar dari kemurkaan Allah swt.

Wallahua'lam ..

Ana petik satu persoalan yang diberikan oelh seorang penyoal yang dijawab oleh Ustaz Zaharuddin

Soal Jawab : Hukum Kunjungi Karnival Jom Heboh

(diterbitkan di Majalah-i, Oktober 2006)

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.com

Soalan

1. Suatu ketika dulu, ada mufti di negara kita menjelaskan bahawa menganjurkan acara Sure Heboh (sekarang Jom Heboh) adalah haram. Ia haram kerana acara tersebut telah menjadi medan untuk golongan remaja melakukan maksiat. Selain Sure Heboh, sebenarnya banyak lagi acara-acara seumpamanya yang demikian juga sifatnya, tetapi acara itu tidak heboh kerana tak masuk tv.

Walaupun demikian, ada kebaikan acara-acara seperti itu, misalnya kita boleh bawa ahli keluarga membeli belah dan mendapatkan pelbagai info dan perkhidmatan yang disediakan di situ. Sekiranya acara itu dihukumkan haram, adakah haram juga kita pergi ke situ, sedangkan tujuan kita untuk membeli barang-barang atau mendapatkan informasi yang ada? Sekian.

- Hasyim

Jawapan :

Pada hemat saya, para mufti mengatakannya haram berdasarkan majlis pesta nyanyian yang dibuat di sebelah malamnya, ia mungkin kerana waktunya bermula sekitar jam 7 malam yang menyebabkan ramai yang menghadirinya tidak menunaikan solat Maghrib. Ia jelas tergolong dalam hadis sohih "Sempadan di antara seseorang itu Muslim dan (Syirik) Kafir adalah meninggalkan solat" (Muslim, Abu Daud)

Selain itu percampuran di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal menjadikan ia pencetus kepada maksiat dan perzinaan selepas konsert. Ini jelas dari firman Allah yang menyebut : "Dan janganlah kamu mendekati zina" (Al-Isra' : 32) ; demikian juga hadis : "daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor Babi yang bergelumang kotor dengan tanah" (Riwayat At-Tabrani), terdapat satu lagi hadith nabi yang beerti : "Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Antaranya juga Nabi bersabda : " Mana-mana wanita yang membuka pakaiannya (auratnya) di tempat selian rumah suaminya, melainkan dia telah merempuh (melanggar) tabir dan batas yang ada antaranya dan Tuhannya" ( Riwayat Ahmad, Sohih : Albani, Ghayatul Maram, no 195). Banyak lagi hadis yang menerangkan adab lelaki dan wanita.

Tambahan dari itu, kehadiran di dalam majlis yang penuh maksiat itu akan membantu dan meingkatkan lagi semangat para ahli maksiat untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini. Ia dilarang menurut firman Allah : "dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara yang membawa dosa ..", demikian juga firman Allah : " Telah diturunkan kepada kamu al-Quran yang apabila kamu dapati ianya dipersendakan dan diengkari, maka janganlah kamu duduk dalam majlis itu sehinggalah mereka tidak lagi mempersendakan ayat Allah ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran ke majlis konsert itu sudah tentu bertentangan dengan larangan Allah di atas. Mungkin kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah, para Mufti memfatwakannya sebagai haram.

Adapun, hukum untuk seseorang menghadiri gerai-gerai yang disediakan bersama keluarga untuk membeli belah dan mendapatkan baranagan keperluan dengan harga murah. Ia tertakluk kepada : -

a) Niat lawatan anda ; Sekiranya niat anada benar-nbenar hanya untuk membeli belah dan membawa anak-anak berjalan tanpa melibatkan diri dari yang haram. Maka hukum menjadi harus.

b) Keterlibatan dalam sebarang aktiviti maksiat yang ada di karnival itu atau meninggalkan kewajiiban sebagai Muslim. Seperti menghadiri konsert dan meninggalkan solat lima waktu kerana leka ber'shopping' atau tidak menutup aurat semasa berjalan dan yang sepertinya. Sekiranya anda hanya pergi mendapatkan barangan atau informasi sebenar (tidak termasuk informasi berkaitan perkara yang jelas haram, seperti informasi gosip dan mengumpat di kalnagn para artis) yang diperlukan kemudian terus balik. Saya kira tiada masalah yang besar tatkala itu.


Jadi banyakkan solat hajat dan sujud syukur kerana masih diberi peluang untuk menatap dunia fana dan penuh tipu daya ini pada tahun baru. Enjoyyy....well, kita masih muda , enjoy la dulu, kalau dah tua nak mampus baru bertaubat merupakan alasan yang sering diberikan .

Tapi bolehkah kita jamin kita dapat hidup bukan setakat sampai tua, tapi seminit dari sekarang? Mungkin seminit lagi malaikat maut berdiri di sis kita dalam keadaan penuh amarah dengan memukul muka kita dan ketika itu kita dapat merasa peritnya menghadapi azab sakaratul maut... renungkanlah ....BAGI HATI YANG TAK MATI DAN BAGI RASA YANG DAPAT MERASA...............

Tiada ulasan: