Melihat kepada apa yang berlaku pada hari ini, saya amat sugul memikirkan di luar sana kita masih jauh daripada “menyentuh” jiwa masyarakat. Masyarakat masih lagi “jahil “ dengan segala macam kejahilan, masih lagi “bodoh” dengan segala tipu daya dan kebodohan dunia, masih lagi jauh daripada jalan tuhan , masih lagi mencari-cari erti sebenar hidup bahkan masih lagi memerlukan bimbingan setelah “pembimbing” yang sepatutnya , yakni ulama dan umara tidak memainkan peranan yang sepatutnya.
Kita melihat berapa ramai manusia yang memakai jubah ulama atau asatizah-asatizah lepasan azhar ataupun universtiti-universiti yang lainnya, yang berada dalam kerajaan masih jauh daripada memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan yang agak caca marba ini.
Apabila kerajaan masih lagi bodoh dengan idealistik yang kadang –kadang sangat melucukan – berusaha menangani gejala social pada masa yang sama menghidangkan rakyat dengan jom heboh, konsert adam lambert bahkan mencadangkan pembinaan sebuah hub hiburan yang berharga RM100 juta.
Bahkan kebodohan ini kita amat terasa apabila mereka melaungkan kata-kata 1Malaysia, pada masa yang sama menyemarakkan perasaan perkauman antara kaum bagi mengekalkan status quo pemerintahan mereka. Kita berasa barangkali inilah zaman di mana yang jahil dianggaap berilmu, yang jahat dianggap baik, yang hina dikata mulia yang zalim dikata penyelamat bangsa.
Segala jenis kebobrokan , dan terhakisnya nilai keimanan, adat ketimuran ini sebenarnya telaah dirancang oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan. Peranan kita sebaggai guru haruslah seumpama menyentak kembali sdan menongkah arus segala idea dan “kejahatan” yang cuba diseludup oleh pemerintah kepada bangsa Malaysia.
Kita sekarang tidak lagi hairan melihat anak-anak mu
da merokok pada umur yang masih muda seawall 8 tahun, kita kini sudah mendengar cerita anak gadis cilik kita yang hilang “ mahkota”nya pada usia yang cukup muda seawall 9 tahun atas dasar suka sama suka dan kita sekarang menuju kea rah sesuatu yang lebih buruk daripada itu.
Jenayah nilai dan segala jenis talbis iblis yang cuba disuapkan oleh segolongaan manusia yang memegang kuasa ini haruslah ditentang secara berhikmah dengan menyebarkan nilai-nilai moral berasaskan agama yang luhur dan suci ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sesetengah manusia lebih gemar mengatakan bahawa mereka telah melakukan apa yang terbaik dengan mengajar manusia dengan mengenal apa itu alat, perkakasan , kegunaan alatan, formula-formula sains, segala jenis pengiraan dan sebagainya tanpa mereka sendiri menyemai apa itu nilai Islam.
Kita jangan terkejut apabila guru yang sepatutnya mendidik itu telah berjaya melahirkan ramai “robot-robot” menggantikan “insan-insan” yang sepatutnya terlahir daripada sIstem pendidikan itu.
Robot tidak bermakna kita tidak memiliki pemikirn sendiri ,tetapi robot dengan erti kata kita melakukan perkara secara rutin tanpa melakukan sesuatu yang akan merubah orang lain atau masyarakat yang kita berada di dalamnya. Robot itu paginya ke sekolah, petangnya bermain, malamnya ke pusat tuisyen atau bersantai dan rutin ini berlangsung sehinggalah naik ke menara gading.
Kita jangan hairan apabila seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang pengkomputeran akan menjadi hackers yang terbilang, jangan kita hairan dengan pegawai bank atau pengarah syarikat yang berjaya menggelapkan berjuta-juta duit syarikat untuk kepentingan diri mereka dan jangan kita takjub dengan bapa-bapa yang berjaya meragut kesucian anak gadisnya.
Inilah robot-robot yang telah berjaya kita hasil daripada system pendidikan kita. Sistem itu tidak salah, yang salah Cuma pelaksanaannya di mana kita lebih melihat kepada “mundurnya agama kita seandainya kita tidak mengikuti bangsa lain atau agama lain”.
Sebenarnya kita terlampau merendah diri terhadap bangsa lain. Mungkin ini disebabkan kita telahpun berates-ratus tahun berada di bawah kaki penjajah. Apa yang penjajah buat kita kata itu yang terbaik tanpa kita memikirkan inplikasinya terhadap rakyat kita yang masih lagi tinggi dengan nilai agama dan adat.
Perasaan inferiority complex ini tidak akan terhapus selagi mana agama ini tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Kita tidak akan berupaya menjadi contoh kepada bangsa dan agama lain selagimana kita tidak membuang perasaan ini jauh-jauh. Cuba kita Tanya berapa ramai yang sanggup dikata “baik”?
Ramai akan rasa cemuh atau mencebik bibir mereka bahkan menafikan apabila mereka dikatakan baik. Namun apabila ingin dikatakan jahat, berapa yang “sudi” mendabik dada merekalah yang paling jahat. Alangkah jahilnya pemikiran ini.
Bangunlah wahai guru ,pengislah masyarakat. Buangkan segala “selimut” yang selama ini berjaya mengelabui pemikiran dan tindakan kita selama ini. Bangkitkan segala kesedaran dalam diri. Lakukan sesuatu untuk ummah kita. Ummah kita memerlukan ramai “pejuang-pejuang” yang akan mengislahkan masyarakt-mereka inilah guru.