Agak menghairankan . Seorang akh berkata kepada saya ,”Ana bangga jadi totok P**”. Kenapa harus wujud Jemaah lain? Jemaah lain ni pengacau je kat Malaysia ni. Biar satu Jemaah je kat Malaysia ni.”
Seorang ustaz pula berkata kepada saya,” Enta jadi UM** la ..”
Saya tidak mudah melenting dengan pernyataan mereka. Tetapi saya menjadi kesian. Sebab apa kesian ? Mungkin kerana mengingatkan ada sesetengah golongan yang begitu taksub dan menjadikan Jemaah mereka sebagai “agama” baru.
Atau mungkin saya merasakan bahawa mereka ini “tidak mempunyai pengetahuan “ (sebenarnya merekapun tidak pernah terdedah dengan Jemaah lain pun)
Kenapa saya kata mereka menjadikan Jemaah mereka sebagai agama mereka? Sebab mereka ini (walaupun memiliki akhlak yang baik) begitu taksub dengan jemaah mereka sehinggakan menafikan peranan Jemaah lain
Bukankah setiap manusia mempunyai kecenderungan mereka sendiri dalam memilih Jemaah? Kenapa ada paksaan dalam memilih Jemaah? Kenapa mereka dengan bangga kata merekalah jemaah yang terbaik sehingga menafikan peranan jemaah lain? Agak hairan.
Saya jadi hairan . Mereka bangga kata mereka wakil P** , tapi mungkin mereka tidak pernah pun menghadiri usrah P** dan mengendalikan tamrin pemuda mereka. Saya beberapa kali pernah mengendalikan tamrin pemuda kawasan. Kebanyakan daripada penggerak program adalah dari jemaah saya.
Kalau sekadar bangga masih boleh diterima,tetapi mereka ini gemar melabelkan Jemaah lain dengan gelaran yang tak patut-patut. Macam-macam. Tapi saya tak terasa sebab saya tahu siapa mereka. Pucuk baru biasanya bangga dengan hijaunya mereka.
Amat kesian. Sedih dengan perlakuan mereka ni. Saya tinggalkan mereka. They are new blood. Masih baru dan bersemangat (kadang-kadang bertindak bodoh).
Berada di kalangan NGO dan masyarakat menjadikan saya tidak mudah melabelkan manusia atau jemaah lain. Berlapang dada itu penting. Cuma jadi hangat bilamana ada sesetengah "orang bawah dan masih baru" begitu giat memaksa pendoktrinan bahawa merekalah membawa jemaah yang terbaik. Satu persoalan ,"enta tu sapa nak totok membabi buta ni?"
Suka dengan kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz ,"kta memusuhi UMNO bukan kerana nama dia UMNO , tetapi kita bermusuh dengan dia kerana dasarnya yang sekular" Andai UMNO mengubah dasarnya daripada sekular kepada Islam , kita bubar PAS, masuk UMNO."
Ini menunjukkan keterbukaan pimpinan atas, yang bawah-bawah harap faham-faham , ya?