Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Jumaat, September 26, 2008

Aku menulis bukan kerana nama

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu



Kerana inilah ana menulis. Ana bukanlah seorang yang mampu memukau kata-kata audiens sepertimana Sukarno , bukan juga seorang penyanyi yang mempunyai lontaran suara yang tinggi ,bukan juga seorang ahli sufi yang hidupnya dihabiskan dengan beribadat kepada Allah. Ana juga bukanlah seorang pejuang kemerdekaan yang hidupnya, matinya bergetaran dengan kalimat perjungan. Namun suatu perkara yang amat ana harapkan agar, demi perjuangan agama , bangsa dan negara, ana mampu menyumbang sesuatu buah fikiran untuk dikongsi bersama . Mungkin idea nya lama, lapok dan hanya sesuai diletakkan di tempat yang picisan . Itu tidak penting sebenarnya. Ana berpegang dengan sesuatu ungkapan (ana tidak pasti dari mana datangnya, mungkin hadis , kata-kata para pejuang agama dsb) , Allah s.w.t tidak melihat kepada hasil akhir ,tapi melihat kepada usaha yang kita lakukan . Bahkan dalam konteks dakwah, sesuatu dakwah tu tidak dilihat melalui umur seseorang individu , tetapi melalui tempoh dakwah itu disebarkan. bukan kita yang memulakan perjuangan , bukan kita juga yang mengakhirinya. Kita umpama mata rantai. Inilah kalimat perjuangan ana ,seorang GURU PELATIH IPGM.

Jika diharapkan nama, nama ana secara sebetulnya tidak pernah popular. Nama seorang yang hanya layak digelar melukut di tepi gantang. Insan biasa. Namun ana sedar , ada sesuatu untuk diperjuangkan demi menyedarkan para bakal guru bahawa kita masuk sekolah bukan setakat mengajar , tetapi mendakwah dan memberi kesedaran SERTA memberi didikan kepada para pelajar khususnya anak bangsa tercinta yang kian tenggelam 'keluhurannya' akibat kebejatan sosial yang kian parah. Guru-guru merupakan daie yang paling ramai dan paling kerap berjumpa dengan mad'unya. Inilah yang ana cuba perjuangkan dan tanamkan di hati dan jiwa setiap guru pelatih di institut pendidikan guru ana.

SALAM PERJUANGAN. TAKBIR!
STUDENT POWER !

usrah-Bukan sekadar satu pujukan , tapi suatu kewajiban !

Usrah merupakan suatu usaha amal yang sewajarnya (sewajibnya) diikuti oleh setiap lapisan masyarakat terutama golongan muda seperti mahasiswa mahupun guru pelati Islam. Saya kata wajib disebabkan satu hadis yang antara lain berbunyi ,syaitan itu umpama serigala , maka sesiapa yang tidak berada dalam jemaah/organisasi/bersikap individualistik, sesungguhnya syaitan mudah untuk menangkap orang-orang seumpama itu. Dalam hadis lain juga mengaskan bahawa sesiapa yang meninggalkan jemaah , sesungguhnya ia menanggalkan islam dari kepala lehernya.

Usrah merupakan suatu medan percambahan jiwa Islami , sebagai pusat tautan hati , penyemai benih kecintaan Illahi, sebagai sumber pembaikan jiwa. Tanpa usrah umpama tiada penyubur kepada kefahaman Islami itu sendiri. Memang benar , mungkin ilmu yang kita dapat semasa usrah itu sedikit , bahkan mungkin hanya beberapa berbanding yang kita boleh perolehi semasa mengikuti kuliah dan ceramah agama, namun harus diingatkan bahawa dengan usrah lah kita dapat saling bertukar-tukar fikiran, bertanya pendapat, beri komen, bertanya tentang mutaabaah amal mingguan kita , dapat saling nasihat menasihati dan sebagainya. Dalam usrah jugalah , yang dipimpin naqib /naqibah akan "memantau" segala perilaku anak-anak/adik-adik usrah mereka. Bayangkan sendiri adik-adik usrah mahupun anak-anak usrah tidak akan sanggup melakukan perkara yang menadi suatu larangan ketika usrah di luar daripada usrah di hadapan naqib/naqibah masing-masing.

Usrah merupakan suatu penyamarataan fikrah yang seterusnya akan membentuk suatu persefahaman yang sama dalam membentuk organisasi yang lebih besar. Ini penting agar gerak kerja dakwah sesuatu organisasi tidak tersekat atau terhalang disebabkan berlainan pembawaan/ gerak kerja / pemikiran /fikrah dalam sesuatu organisasi yang sama.Pembawaan yang berbeza ini amatlah berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa "mengubatnya" dengan bijaksana . Bayangkan sendiri bila perbezaan berlaku di peringkat atasan organisasi , tentulah menimbulkan suatu krisis dalam organisasi tersebut. Sesetengah pemimpin organisasi (rujuk sebagai pemimpin organisasi Islam) lebih gemar menjadikan kalendar aktiviti sebagai tempoh dakwah . Apabila program tamat , maka berakhirlah dakwah. Pemikiran ini merupakan pemikiran yang sungguh jelik /hodoh /hina yang sepatutnya dihindari oleh sesiapa sahaja yang bergelar penggerak. Sesetengahnya lebih suka mengikut semangat dan biasanya semangat ini hanya bermusim. Semangat itu penting, namun ia mestilah disusuli dengan ilmu dan kefahaman bagi mengelakkan diri kita menjadi sebagai bahan fitnah bagi Islam.

Usrah merupakan suatu tonggak pembentukan sebuah masyarakat yang sentiasa terkehadapan dalam sudut pemikiran . Dalam harus diperhalusi bahawa semuanya bergantung kepada naqib/naqibah/murabbi . Usrah menjadikan kita tahu dan cakna tentang permasalahan yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya bila sahaja usrah dapat diterapkan dengan pengisian berbentuk seperti itu , nescaya tiada lagi ungkapan "tak apa la, Palestin tu biarlah depa yang urus sendiri" ataupun "Iraq-iraq, apa kaitan dengan aku?" . Namun harus diingatkan bahawa ia bukan hanya melibatkan isu peperangan , tetapi juga melibatkan permasalahan sosial yang begitu kuat mencengkam ummat di kala ini.

Ada sesetengah pihak yang tidak faham , menjadikan usrah sebagai bahan lontar najis. Ana pernah diberitahu oleh sahabat ana bahwa ada ibu bapa yang menghalang anaknya daripada mengikut usrah .Alasannya , takut pembelajaran anak-anaknya terganggu . Bahkan ada yang menjadikan alasan sibuk sebagai senjata ampuh bagi melarikan diri daripada usrah. Inilah kebahayaan yang timbul bila sahaja mereka tidak faham tentang usrah , namun bedegar-degar bercakap tentang keburukan usrah. Nauzubillahi min zalik.. Seharusnya perkara seumpama ini tidak harus imbul dan amat jelik jika umat Islam sendiri tidak mengerti tentang sabda nabi yang disebutkan pada awal-awal ayat tadi.

Renungilah wahai saudara-saudaraku.