Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Oktober 29, 2008

Basahkan Hatimu dengan Ikhlas




Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas
www.iLuvislam. com
oleh: Abu Fateh *

Sabda Nabi s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرىء مانوى

Maksudnya : "Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setipa individu itu apa yang diniatkannya. ..."



Hadis riwayat saidina Umar r.a ini bukanlah asing bagi kita. Bahkan mungkin ada yang sudah jemu bila tajuk niat dan ikhlas diutarakan. Namun, kerana nilainya yang cukup besar, ditambah dengan sukarnya untuk sampai ke maqam ini, para ulama' tidak jemu-jemu membincangkannya dalam kehidupan kita. Abu Daud dalam mengkomentari hadis ini berkata ; "sesungguhnya hadis ini merupakan separuh daripada Islam, kerana agama terdiri daripada zahir yang merupakan amal atau batin yang merupakan niat." Dari sinilah timbulnya persoalan sah atau batal sesuatu amalan, ikhlas dan riya', juga pecahan hukum yang pelbagai.

Firman Allah Ta'ala :
وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya."

Untuk mengungkap perkataan ikhlas amat senang bagi sesiapa pun, namun bila tiba kepada pelaksanaannya, tidak ramai yang mampu menjaga hati agar tidak timbul qasad yang bercabang, jauh daaripada lekatnya hati kepada makhluk. Kosongnya hati kecuali hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Manefestasi keikhlasan yang tulen ini diungkapakan oleh Rabiatul Adawiyah dalam syairnya :

كلهم يعبدك من خوف النار ويرون النجاة حظا جزيلا

او بان يسكنوا الجنان ويحظوا بقصور ويشربوا سلسبيلا

وانا ليس لى فى النار ولا الجنة رغب انا لا ارضى بحبى بديلا

"Mereka menyembah Mu kerana takutkan neraka, dan beranggapan lepas daripada azabnya satu kejayaan yang besar. Ataupun kerana ingin menghuni syurga dan memperolehi mahligai dan minum air salsabila. Akan tetapi aku bukanlah menyembaMu kerana untuk lepas daripada neraka atau untuk mendapatkan syurga, aku tidak rela cintaku ditukar ganti."

Bagi tokoh sufi ini ibadatnya semata-mata kerana Allah. Ganjaran syurga atau pelepasan daripada siksa neraka bukanlah sesuatu yang dikejar, namun ibadatnya hanya semata-mata kerana cinta kepada Allah Ta'ala, maka terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjaran yang sepatutnya di atas amalan yang dibuat.

Persoalan ikhlas merupakan perkara yang luas, ianya mencakupi gerak geri kita seharian. Ikhlas dalam mengerjakan ibadat khusus maupun umum, ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada sesama manusia, ikhlas dalam menuntut ilmu dan sebagainya. Pendek kata setiapa gerak geri seharian kita menuntut kepada kemurnian hati.

Dalam membicarakan persoalan ikhlas ini, Ibnu Atho'llah menukilkan dalam kitab Hikamnya:
الاعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الاخلاص فيها

"Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwanya), ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu."

Justeru amalan tanpa disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Ramai yang solat tanpa ikhlas, ada yang menunaikan haji semata-mata kerana mahukan gelaran, tak kurang yang menuntut ilmu kerana inginkan title 'Dr' diletakkan dihadapan nama mereka. Justeru marilah sama-sama kita muhasaah diri apakah niat kita yang sebenarnya.

Memahami peri pentingnya ikhlas dalam setiap amalan, Imam Hassan Al-Banna menjadikan ianya sebagai salah satu Rukun Baiah. Penting bagi semua pendokong amal islami menjaga niat dalam menyampaikan dakwah. Tanpa ikhlas kata-kata kita hanya akan sampai ke cuping telinga pendengar bukannya kepada hati mereka.

Biar apa pun niat kita, persoalan ikhlas ini merupakan sirrun min assraarillah (rahsia daripada rahsia Allah). Jadi bukanlah tugas kita untuk menjustifikasi seseorang berdasarkan anggapan kita. Cukuplah kita diajar oleh Nabi saw agar menghukum seseorang berdasarkan kepada zahirnya bukan menduga batinnya kerana ianya bukan kemampuan kita. Tugas kita hanyalah sentiasa bermuhasabah adakah niat kita sudah ikhlas bukan menghukum niat orang lain.


Lawan ikhlas adalah riya, yang sangat ditakuti oleh Nabi saw terjadi kepada umatnya. Sabda baginda saw : "Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."

Riya' bukanlah perkara yang kecil. Diklasifikasikan sebagai syirik kecil, sudah cukup bagi kita untuk berwaspada daripada terkena penyakit hati ini. Ubatnya tidak terdapat dalam buka pharmacology, diagnose juga agak sukar! Maka sia-sialah amalan yang bercampur aduk dengan niat yang pelbagai, lebih-lebih lagi riya yang merosakkan pahala amalan.

Justeru dengan imtihan yang around the coner ini marilah sama-sama kita menghisab diri, merenung sejenak mengapa kita berada di sini, mengapa bidang pengajian ini yang kita pilih. Sekiranya di sana ada yang masih bercampur niat mereka dengan qasad keduniaan, maka masih ada peluang untuk kita kembali kepada jalan yang sebenarnya.

Juga marilah kita istiqamah dan ikhlas dengan ibadat yang telah difardukan Allah kepada kita dengan menambah amalan sunat sebagai bekal diakhirat sana. Mana-mana ilmu tidak akan menyelamatkan kita daripada azab Allah tanda diamalkan, dan amalan kita tidak akan diterima tanpa niat yang ikhlas.