
Bukan buku kuliah ,atau buku subjek "Chemistry" yang memeningkan otak itu ,tapi buku ataupun sekadar makalah ataupun majalah ilmiah.
Bergantunglah, mungkin majalah atau buku itu bertemakan topik yang berkisarkan agama, politik , isu-isu semasa mahupun apa jua jenis bacaan yang boleh dibaca.
Kita sering di"propagandakan" dengan slogan Membaca itu jambatan Ilmu , Membaca itu bagus dan sebagainya, tetapi adakah itu sekadar slogan ?
Adakah kata-kata atau slogan ini hanya untuk menyedapkan kata-kata apabila diungkapkan , menyegarkan mata bila dilihat dan dan menyenangkan telinga apabila mendengarnya?
Membaca sepatutnya menjadikan mereka ini sebagai orang yang terkehadapan dari segi pengetahuan , dari segi ilmu dan dari sudut pandangan tentang apa jua hal yang berbangkit (yang tak sudah-sudah!) dalam masyarakat.
Ada sesetengah orang menjadikan bacaan sebagai hobi mahupun "kewajipan" setiap minggu atau bulan tetapi dalam konsep yang berbeza iaitu sekadar untuk berhibur (hawa nafsu) dan fikiran.
Kebanyakan daripada kita hanya membaca bacaan yang bukan setakat ringan , tetap

Gosip-gosip (atau lebih tepat mengumpat dan memfitnah) ini menjadi suatu kebiasaan dalam majalah tersebut. Ada artis wanita yang membuat pernyataan "berani" (tapi bodoh!) dalam sebuah majalah hiburan (ana tidak ingat majalah apa) beberapa bulan lepas.
Isunya, membesarkan payudaranya. Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ini ,isu payudaranya sahaja yang keluar! Jelik lagi memualkan !
Gambar dalam bahan bacaan "sampah" ini tidak kurang "menariknya" , artis pakai bikini dengan payudaranya tersembul bagi perempuan, dan pusat terjulur bagi lelaki.
Tidak kurang juga gambar-gambar artis-artis "role model" masyarakat ini berpelukan lelaki perempuan tanpa rasa malu atau segan.
Mungkin inilah kebebasan individu yang dicanang-canangkan oleh Barat itu. Sungguh hebat "kebebasan" yang diuar-uarkan sehinggan maruah dan kehormatan diletakkan di darjat yang paling hina dan keji.
Sekarang (bahkan sejak dulu lagi pun) ,majalah atau akhbar mahupun buku yang bertemakan mistik dan tahyul memenuhi segenap ruang pameran bagi gerai-gerai buku mahupun gedung -gedung peralatan tulis.
Sebut sahaja hendak cerita apa, anak bunian yang tak habis habis keluar

Bahan bacaan seperti ini banyak di pasaran , seperti Wacana, cermin ,Variasari ,Mastiara ,Mingguan Misteri mahupun apa-apa sahaja yang bersangkut paut dengannya.
Ada sesetengah bahan bacaan tersebut ada bagusnya, termasuklah menyelitkan petikan ayat-ayat Qur'an mahupun hadis.
Tetapi apa yang ana lihat, ayat-ayat (atau lebih tepat jika dikatakan terjemahan ayat-ayat Al-Qur'an) hanya bertindak sebagai penghias majalah, ataupun sekurang-kurangnya sekadar pengisi ruangan kosong dan bawah dalam sesuatu kolum ataupun cerita.
Masyarakat kita terlampau didedahkan dengan benda merapu tak tentu pasal ini sehingga mewujudkan fenomena takutkan hantu atau benda keramat melebihi takutnya kita sendiri kepada Pencipta Kita, yakni Allah s.w.t.
Bahan bacaan yang "erotik" dan lucah juga berlambak di pasaran .

Semua perkara tersebut diceritakan sehingga pembaca akan "merasai" keseronokan jalan cerita berbanding pengajaran yang boleh diambil di dalamnya.
Apakah yang sebenarnya hendak mereka (penerbit dan pengeluar majalah) ini sampaikan kepada pembaca kecuali "melukut" sahaja.
Majalah seumpama inilah yang kadang-kadang lebih merbahaya berbanding majalah yang boleh di"nampak" apa yang tak patut dilihat dan ditayangkan kepada sesiapapun kecuali muhrim dan lelaki yang menjadi suaminya kerana gaya penceritaan yang "REALISTIK" dan penuh ayat yang" romantis" lagi memualkan .
Ana tidak ingin menimbulkan suasana yang tidak senang apabila anda semua membaca artikel ini, tetapi inilah hakikatnya .
Cuba jenguk ke gerai-gerai buku, majalah (atau bahan bacaan) seumpama ini berlambak dan membentuk majoriti di ruang pameran.
Sebenarnya , lambakan ini berpunca daripada sikap pengguna sendiri yang memilih bahan bacaan seperti itu . Masakan ada pengeluaran jika tiada permintaan !

Kalau ikut buku rujukan yang paling" teras" ialah Al-Qur'an. Tetapi kenapa buku teras ini tidak dirujuk , dibaca dan dihayati bagi membentengi diri dari perencanaan dunia yang menyesakkan lagi fana ini?
Lihatlah di sekeliling kita. Ramai anak muda kita yang menjadi "orang putih" , pakai baju ketat sendat , rambut diwarnakan dan memakai rantai.
Sekarang ia umpama satu "trend" dan dilihat "stylo". Salah satu sebab ialah akibat alat propaganda Yahudi dan Nasrani ini yang menyebarkan daiyah melalui alat media ini.
Mereka (yahudi dan nasrani) tidak akan berpuas hati selagi umat Muhammad ini tidak mengikut jalan mereka, sejengkal-demi sejengkal.
Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka..
(Surah Al-Baqarah :120)
Proganda ini sungguh halus dan berkesan , bahkan ia berjaya melumpuhkan roh dan jati diri Islam yang ada di kalangan umat Islam terutama generasi muda kini.
Seorang panglima Perang Salib , bila berjaya menakluk Baitul Muqaddis, dia dengan bongkak berkata "Seandainya kita mahu perangi Islam ,cabutkan ruh Islam dari diri mereka" sambil memegang Qur'an.
Peranan pembacaan bahan bacaan "tercemar" oleh hedonisme yang melampau ini sama hebat dengan medium-medium "pencemar" lain seperti televisyen , sistem pesanan ringkas, emel , radio dan perbualan harian.
Kenapa jenis pembacaan itu penting ? Salah satu sebab adalah kerana ia akan menentukan siapa kita sebenarnya.
Muslimah bertudung labuh tidak akan baca majalah mangga (sebagai contoh) dan perempuan yang berbaju sendat dan nampak "tube" tidak akan baca majalah i.(juga sekadar contoh)
Itu ikut logik. Tapi kalau kedua-dua contoh itu tidak tepat , maafkanlah saya .
Sebab kedua ialah , dari segi pembacaanlah, manusia dapat mengetahui sesuatu yang selama ini dia tidak mengetahuinya.
Orang Malaysia tidak akan tahu perihal yang berlaku di Mumbai (sekadar contoh) , jika tidak melalui pembacaan. Bahkan sesiapa sahaja tidak boleh jadi "somebody" jika tidak menjadikan bacaan sebagai hobi setipa masa.
Stalin , pemimpin Komunis Rusia yang digeruni kerap berada di Perpustakaan berbanding bercuti melancong .

Seruan "Bacalah" dalam surah Al-alaq sepatutnya menjadi perangsang bagi umat Islam untuk membaca.
Membaca apa ? Bismirabbikallazi khalaq -dengan nama tuhan yang menciptakan.-
Apa itu membaca "dengan nama tuhan yang menciptakan"?
Membaca dengan erti kata membaca yang memberi faedah , ilmu dan pengetahuan kepada kita. Dari tidak tahu kepada tahu. Dari tiada kepada ada. Dari tuhan , untuk manusia , kepada tuhan .