Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Ahad, November 23, 2008

Sajak "adikku"


Ini merupakan sajak ilham dari ana ketika di dalam bas. Pada asalnya ana tulis sajak ini di dalam handset, namun fikir-punya fikir mungkin sajak ini dapat dikongsi bersama teman-teman di luar sana . Tambahan lagi sudah lama ana tak "post" sebarang "luakan" pemikiran ana sendiri. Dari rijal untuk muslimat.....


Assalamualaikum adik....
Apa khabar imanmu, adik....
Apa khabar jiwamu, adik......
apa khabar fikrahmu , adik....
Abang rasa kau dah lain sekarang ini, adik.....
mana sopanmu , adik......
mana adatmu , adik....
mana sifat malumu , adik...
abah begitu jauh darimu adik...
mama pun tiada di sisimu , adik.....
kakak , abang dan adikmu juga tiada di sisimu , adik...
sekarang , hanya kau seorang berdiri di sini adik...
kau dah bebas adik...
kau dah rasa pandai berdiri atas kaki sendiri adik...
kau rasa kau tak perlukan mereka lagi , adik....

Abang nampak kau dah lain , adik....
dulu bertudung sopan , manis dipandangan mata ,
sejuk jiwa terasa ......
sekarang mana hilang semua tu , adik........
dulu untuk bercakap dengan lelaki merupakan suatu yang amat jarang berlaku...
sekarang mana "pakaian" mu itu , adik......

Abang tahu kau dah dewasa , adik...
kau bukan lagi si comel yang harus dimanja lagi , adik....
kau ada maruah untuk dijaga , adik.....
kau ada kehormatan untuk dipelihara , adik......
kau ada iman untuk dibelai , adik.....
kau ada adat untuk dijunjung , adik.....
manjamu bukan lagi satu tontonan umum , adik....
adik ,ketahuilah bahawa bidadari sentiasa cemburu kepadamu adik....
mereka ingin menjadi sepertimu , memiliki teman hidup sebagai ketua syurga kelak....

Abang tahu kau dah dewasa , adik......
kau bukan lagi si comel yang boleh dipeluk-peluk , adik.....
kau kini seorang wanita yang padanya mampu menggoncang dunia , adik.....
adik , fahamilah bahawa lelaki itu hanya akan menjadi milikmu bila dia di'akad'kan denganmu...
dia bukan milikmu lagi , adik.....
Jangan biarkan keparat hina ini menghina kesucianmu dengan kata-kata cinta dan rindu kepada mu, wahai adik.....
jangan sesekali biarkan binatang berhidung belang ini menyentuhmu ,adik....
walaupun sekali.....
jangan biarkan dirimu terperangkap dalam talbis syaitan bernada qasidah cinta agung, adik...

Kau sayang kepada lelaki bukan muhrimmu ,adik....
pernahkah dia berkata kepadamu bahawa dia sayang dan cinta kepadamu?
jika ya, katakan kepadanya bahawa tiada cintamu terhadap dia....
dia pernah menyentuh dan membelaimu , adik ?
jangan biarkan bayangan dirinya ada walau sekelumit dalam dirimu...
dia tidak layak membimbingmu , adik.....
dia hanya layak menjadi keldai yang hina....
dialah yang akan membimbingmu ke neraka , adik.....


Ketahuilah , adik bahawa jiwa dan maruahmu sungguh mulia di sisi Allah dan RasulNya , adik.....
Dalam Al-quran yang mulia tercatat nama kaummu , adik.....
Lupakah kau apabila saat kematian Nabi menjelma , kaummu menjadi perhiasan bibir baginda yang mulia....

Adakah kau tahu , adik...
dulu kaummu dihina lebih dari binatang....
tanpa hak , tanpa penghormatan.....
kaummu dijadikan perkakas untuk perhiasan dan hiburan , adik...

Adakah kau tahu bahawa kaummu dianggap sial dan pembawa musibah....
Islamlah yang mengembalikan kaummu ke tempat yang sepatutnya....
tempat yang mulia lagi terpuji......

Kau sungguh berharga , adik....
masakan Adam boleh hidup tanpa hawa...
masakan dunia boleh berseri tanpa hawa....
Seindah hiasan adalah wanita solehah.........