Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, November 16, 2011

Ustaz Abu Bakar Al Baqir- Pengasas pengislahan Awal di Tanah Melayu

SIRI 1: Ustaz Abu Bakar Al-Baqir(1907–1974)

Dipetik daripada laman Web http://5tokoh.blogspot.com/2008/04/siri-1-ustaz-abu-bakar-al-baqir19071974.html

Saari Sungib | abuurwah@gmail.com |

Latar Belakang

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi.


Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang

· Persatuan Melayu Perak

· Persatuan Sunligh Taiping

· Kelab Saadat Kuala Kangsar

· Kesatuan Melayu Muda (KMM)

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)

· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

Usaha Pembaharuan

Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

Maahad Al-Ehya Al-Sharif

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di Gunung Semanggol.

Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan". Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan bangsa Melayu.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1974.

Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad). Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat diraja.

Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari Timur Tengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam sebagai tenaga pendidiknya.

Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia.

Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Pembaharuan melalui Ekonomi

Pada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusaha meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari Singapura juga turut hadir.

Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah seluruh Tanah Melayu.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-Sharif, Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat kanan.

MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak tradisional dan raja Melayu.

MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh Tanah Melayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam bidang pendidikan.

Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu.

Melalui LEPIR juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah menggabungkan semua sekolah rakyat di Tanah Melayu, melahirkan satu sistem persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam bagi semua sekolah rakyat.

LEPIR di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah mengusahakan penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab bagi seluruh Tanah Melayu.

Dengan menerajui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjuruskan usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan menubuhkan sebuah tabung mengumpul dana daripada rakyat.

Biodata Lebai Maadah bin Layang-Reformis Awal Kuala Pilah

Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943)

Pengenalan

Ulama yang pernah menjadi kontroversi ini dianggap pelopor fahaman 'Kaum Muda' negeri ini. Beliau berasal dari Kampung Jeram, Tengkek iaitu sebuah kampung di pendalaman kira-kira 28 km dari Bandar Kuala Pilah jika melalui Pekan Batu kikir. Menurut cerita orang-orang tua di kampung itu, beberapa suku keturunan orang-orang Minangkabau dari sekitar Talang atau Seri Menanti dipercayai telah meredah hutan belantara untuk membuka kampung baru melalui kawasan Langkap. Tidak dinafikan juga ada penduduk asal kampung dari suku-suku yang mudik ke hulu Sungai Jempol melalui Kuala Jempol atau Ulu Sungai Muar. Dijangkakan proses migrasi ini bermula awal abad ke 19.

Biodata diri

Nama penuhnya ialah Muhamad Maadah bin Layang. Beliau lahir dalam tahun 1895 di Kampung Jeram, Tengkek. Bapanya penduduk kampung yang bertugas sebagai pesawah, pencari damar dan antara pembuka awal kampung. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih menuntut di India. Ibunya pula bernama Aman. Kampung Jeram mempunyai kawasan rekreasi air terjun yang indah dan menjadi kawasan kunjungan pelancung dari dalam dan luar sekarang ini. Rumah kelahiran Maulana ini tidak jauh dari kawasan rekreasi tersebut. Dahulunya, kawasan air terjun ini dikatakan pernah menjadi tempat meminjam pinggan mangkuk penduduk kampung dari masyarakat orang Bunian.

Photo: Maulana Lebai Maadah Layang



Pendidikan Awal

Maulana Lebai Maadah mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Tengkek tahun 1907 dan kemudiannya meneruskan pengajian agama secara memondok di Pondok Alor Keladi, Kedah selama lebih kurang empat tahun antara tahun 1915 hingga 1919. Allahyarham juga diberitakan pernah mengaji di Tualang Sekah di bawah asuhan Tuan Guru Yunus Al Masri, di sinilah beliau belajar berqasidah dan berlagu.

Berkahwin

Sekembalinya beliau ke kampung, Lebai Maadah bertemu jodoh dengan gadis yang dinamakan 'Sori' dari Johol dalam Daerah Kuala Pilah. Usia perkahwinannya tidak lama kerana ramai penduduk mukim tersebut kurang senang dengan Lebai Maadah yang selalu menegur perilaku atau amalan penduduk yang dianggapnya bersalahan dengan syariat. Apabila diberitakan ada seorang ulama dari India berkunjung ke Kuala Pilah tetapi beliau menghadapi kesukaran berdakwah kerana masalah bahasa. Lebai telah tampil menawarkan diri untuk membantu ulama tersebut sebagai penterjemah bahasa Arab. Beliau mendapat upah lebih kurang RM80.00 berkerja sebagai penterjemah dan mengikut ulama itu berdakwah hingga ke Perak. Ulama India inilah memberi perangsang kepadanya untuk menuntut agama di Benua India.

Kemudian beliau belayar ke India mengikut ulama tersebut untuk menimba ilmu agama lebih mendalam. India ketika itu menjadi lokasi pengajian Islam terkenal selain Mekah khasnya di Karachi ( sebelum ditubuhkan Pakistan) dan Deoband. Maulana ini dikatakan terpaksa mendapatkan derma orang ramai untuk perbelanjaan belayar ketika itu. Kerana kesempitan kewangan, beliau terpaksa berjalan kaki dari suatu tempat ke suatu tempat lain ketika berkelana di sana. Emak penyusun Hajjah Zabidah faseh pernah mendengar sendiri perbualan Maulana dengan datuknya Tokki Omar Bail sekembalinya dari India, Maulana memberitau kesusahannya di rantau orang dalam mencari ilmu agama dan terpaksa mengikat perut menahan kelaparan.

Haji Md Zin @ Lajin Ujang iaitu murid tua dan pangkat bapa saudara kepada Lebai Maadah, mengatakan Lebai Maadah hanya sempat bersama tiga hari sahaja dengan ulama itu ketika menjejakkan kaki di sana kerana ulama itu terus keluar bertabligh. Tinggallah Lebai Maadah bersendirian dan beliau menggunakan kebolehannya berqasidah untuk menarik perhatian orang ramai. Sebelum berqasidah, beliau akan membentang kain kendungnya dan para pengunjung akan melemparkan derma. Lebih kurang tiga bulan pula Lebai Maadah berqasidah begitu untuk mengumpulkan duit bagi menampung perbelanjaannya seharian. Beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa Urdhu dalam tempoh tersebut.

Belajar Di Darul Ulum

Lebai Maadah bernasib baik diterima menuntut Kolej Darul Ulum walau pun beliau tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai yuran pengajian. Pengetua Kolej tersebut bersimpati dengannya dan menyarankan Lebai Maadah membuat kerja sampingan seperti berkhidmat dengan guru-guru dan membasuh pinggan mangkok di kantin. Beliau juga berkhidmat membasuh pakaian guru dan kawan-kawan untuk mendapat pendapatan harian. Dia berada India selama lebih kurang 8 hingga ke 13 tahun di Darul Ulum dan di Alegar, India. Haji Abdul Aziz Yunus, anak murid awal di Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah pula memaklumkan Tuan Gurunya itu banyak terpengaruh dengan perjuangan Shah Waliyul'Lah al- Dehlawi dan dalam gerakan pembaharuan ketika menuntut di India. Di sana juga mungkin telah membentuk kecenderungan beliau kepada aliran "as sunnah" ( Salafiyyah) dan tidak terikat kepada mazhab yang empat.

Kembali Ke Kampung

Kepulangan beliau dikatakan mendapat sambutan hangat penduduk kampung kerana dia adalah sesatunya anak kampung yang mendapat pendidikan tinggi agama dan dari luar negeri pula ketika itu. Maulana Lebai Maadah yang berkulit cerah dan bertubuh gempal amat secucuk apabila memakai tarbus hitam serta berkot. Pakaian lain yang kerap dipakainya ialah jubah putih sehingga ke lutut seperti jubah pakaian kumpulan Tabligh sekarang ini. Pakaian beliau yang sentiasa kemas bersih ini juga turut menjadi ikutan murid-muridnya.

Lebai Maadah balik ke tanahair selepas merantau mengaji agama pada tahun 1933. Ada pandangan lain iaitu beliau balik tahun 1937 dan dengan perantaraan saudaranya serta bantuan orang ramai, beliau telah membuka madrasah pertama di Alor Gajah, di hadapan Balai Polis Daerah Alor Gajah sekarang. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau ke sana kerana di Alor Gajah telah mula subur fahaman aliran as sunnah sejak tahun 1920an. Dianggarkan lebih 80 pelajar dari berbagai tempat telah menuntut dengan di Madrasah Alor Gajah ini. Haji Md Zin Ujang yang banyak membantu penyusun mengimbas perjalanan hidup Lebai Maadah ini kerana beliau merupakan murid pertamanya di Alor Gajah. Mereka mempunyai hubungan kekeluargaan pula.

Keistimewaan ketara pusat pengajian yang ditubuhkan oleh Lebai Maadah ialah sekolahnya diselia secara formal dan menerima pelajar wanita. Suatu hari dalam tahun 1938, Lebai mengajak beberapa anak muridnya makan besar kerana beliau telah menerima ijazah pengajiannya dari Darul Ulum. Lebai mensyarahkan bidang pengajiannya sehingga memperolehi sarjana ( master) dalam pengajian Islam. Menurutnya, beliau terpaksa mengaji 35 mata pelajaran peringkat ijazah pertama dan 47 subjeks lagi untuk melayakkannya menerima sarjana tersebut. Beliau tidak meneruskan pengajiannya untuk ke peringkat Phd kerana pelajar disyaratkan menjadi kerakyatan India dan berkhidmat di kolej tersebut. Ijazah sarjana beliau dikirimkan melalui pos oleh Pentadbir Darul Ulum.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya Lebai Maadah telah berbahas dengan tokoh utama as sunnah di Alor Gajah bernama Haji Muluk. Maulana yang dikatakan alim dalam agama itu berada di pihak yang menang. Mungkin ekoran dari peristiwa itu menyebabkan Lebai Maadah kembali ke Kuala Pilah untuk mendirikan sekolah baru bagi mengelakkan perbalahan.

Di kampung halamannya, Maulana membuka sebuah Madrasah Jameah Islamiah yang mengajar berbagai mata pelajaran di Kampung Bukit Tempurung kira-kira 3 km dari Kampung Tengkek. Sekolah berdinding kayu ini didirikan di atas bukit dan mula menerima pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah ini didirikan secara gotong royong penduduk kampung. Tiang madrasah jenis 'ponak' ditebang dari hutan berdekatan dan papan belutinya dibeli dari Pekan Batu Kikir. Atapnya dari daun rumbia dan sebahagian kerja pembinaan diupahkan kepada orang China. Sekolah itu mampu menampung pelajar lebih 50 orang. Pelajar lelaki dan perempuan di asingkan. Sebelah malam pula dibuka kelas untuk orang-orang dewasa. Sekolah ini turut menerima penuntut luar dari Negeri Sembilan, walaupun jalan perhubungan untuk sampai ke kampung itu terpaksa berbasikal atau berjalan kaki lebih 15km dari pekan Batu Kikir.

Perkahwinan

Lebai Maadah dijodohkan dengan gadis kampungnya bernama Salbiah Ibrahim. Perkahwinan kali keduanya ini berlangsung dalam tahun 1938 ketika itu Lebai masih mengajar di Alor Gajah. Menurut Haji Md Zin Ujang, emaknya dan emak saudara Lebai bernama Bayau merundingkan untuk menjodohkan Lebai Maadah dengan Salbiah. Walau pun mereka tidak pernah bertemu muka tetapi Lebai Maadah ada bertanyakan rupa paras dan keperibadian bakal isterinya dari Haji Md Zin. Salbiah dikatakan gadis pingitan kampung yang menarik waktu itu. Pasangan ini dianugerahkan Allah dengan anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Kassim.

Di Madrasah Bukit Tempurung, beliau telah menjodohkan pula seorang penuntut beliau bernama Abdul Jalil bin Salim yang berasal dari Pekan Alor Gajah, Melaka dengan Latifah Omar Bail yang turut menuntut di Madrasah Bukit Tempurung itu. Abdul Jalil merupakan penuntut awal beliau ketika di Alor Gajah dan turut meneruskan pengajianya di Bukit Tempurung. Penyusun masih ingat masa hidupnya, Allahyarham Ustaz Abdul Jalil amat tegas dalam fahaman as sunnahnya dan tidak bertolak ansur dalam perkara-perkara yang dianggap bidaah dalam amalan ibadah. Contohnya, beliau hanya berdiam diri ( lelapkan mata) masa majlis ratip tahlil arwah dan tidak mengangkatkan tangan ketika berdoa. Kehadiran beliau ke majlis-majlis kenduri kendara sanak saudara di kampung hanyalah untuk mengeratkan siraturrahim sahaja.

Kaum Muda

Mungkin kerana perbezaan kefahaman yang dibawa oleh Lebai Maadah bin Layang yang dianggap mewakili kaum muda dan bertembung pula dengan kaum tua yang didakwa golongan Syafiiyah, sedikit sebanyak telah mengocak struktur amalan ibadah tradisi setempat. Sebahagian besar penduduk kampung mulai memandang serong kepada aliran ini. Maulana Lebai Maadah memahami usaha untuk mengubah fahaman yang sudah berakar umbi itu bukan suatu kerja yang mudah. Selain berdepan pertembungan tersebut, Lebai Maadah turut tampil untuk membasmi amalan–amalan khurafat yang masih mewarnai budaya masyarakat yang jauh di pendalaman itu. Antara amalan yang pernah dilakukan ialah seperti upacara memuja semangat padi sebelum turun ke sawah, mandi safar, ilmu pembomohan, amalan kebatinan dan lain-lain lagi.

Awal tahun 1900an sering berlaku perdebatan antara kaum muda dengan kaum tua Lebai Maadah dianggap pelopor bagi fahaman ini di Negeri Sembilan. Kesan dari penubuhan beberapa madrasahnya di Kuala Pilah menyebabkan aliran ini berkembang di Negeri Sembilan. Pengikut fahaman ini telah berkampung di Kuala Pilah dan menubuhkan Madrasah Ittibaus Sunnah di Jalan Parit, Kuala Pilah yang masih beroperasi hingga sekarang. Peringkat awalnya, kelompok ini dianggap sering bermasalah dengan Majlis Agama Negeri tetapi kini dilaporkan telah kendur.

Cita-cita Menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi

Lebai Maadah melihat dengan ilmu sahaja permasalahan ummah dapat ditangani. Tanpa ilmu sudah tentu amal tidak akan menepati kehendak agama. Dalam suasana negeri yang masih dijajah dan perhubungan komunikasi yang sukar waktu itu, beliau harus memikul amanah untuk membimbing anak bangsanya keluar dari kegelapan. Bagi merealisasikan wawasannya, beliau menubuhkan pula Madrasah Aliah Islamiah Harapannya untuk melihat anak bangsanya mendapat pendidikan lebih tinggi, ini ditegaskan oleh beliau sendiri dalam buku penubuhan Madrasah Aliah Islamiah atau juga dikenali sebagai Islamic High School dalam muka surat 33 :

" .. mereka itu ( penuntut lelaki) anak-anak muda yang berhemah tinggi juga dalam mencari ilmu pengetahuan serta ikhlas dan jernih hati – hati mereka pada menjaga kefardhuan, dan masing – masing itu berharap belaka kepada kemajuan kaum dan bangsa dan juga tanahair."

Difahamkan Maulana Lebai Maadah bercita-cita untuk menjadikan pusat pengajiannya itu sebagai asas kepada penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam ( Universiti Islam) sebagaimana yang terdapat di Darul Ulum India. Malangnya, cita-cita murninya ini tidak kesampaian apabila meletus Perang Dunia Kedua. Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, penuntut-penuntut terpaksa meninggalkan pengajian dan balik kampung bila Jepun mula sampai ke negeri ini. Madrasah ini hanya sempat beroperasi selama empat tahun sahaja. Maulana sendiri akhirnya balik memberi tumpuan kepada Madrasahnya di Kampung Bukit Tempurung ketika itu.

Sebelum menubuhkan Madrasah di Pelangai ini, beliau telah menyahut seruan Dato' Menteri Mohd Idris Abdullah ( Ketua adat ) untuk membuka sekolah di Sungai Dua Kecil ( kini menjadi kawasan masjid Sg Dua Kechil) dalam Daerah Kuala Pilah. Tanah ini adalah milik keluarga Dato' Idris tetapi selepas beberapa lama beroperasi, Dato' Idris telah mendapat persetujuan ahli keluarganya untuk mewakafkan tanah mereka di Pelangai untuk dijadikan kawasan sekolah. Kawasan baru ini lebih strategik dan di tepi jalan besar Kuala Pilah ke Batu Kikir/ Bahau bagi menggantikan sekolah di Sungai Dua.

Pembangunan Sekolah

Beberapa nama disebutkan oleh beliau dalam buku penubuhan Madrasah ini kerana anak-anak kampung bermuafakat membinanya seperti Dato' Muhamad Idris, Yang Mulia Dato' Laksamana Sholleh dan Dato' Putih Isa. Madrasah ini siap didirikan pada 15 Januari 1939. Madrasah ini juga dilaporkan dibiayai oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Yang Dipertuan Besar waktu itu. Dua bangunan sekolah didirikan untuk memisahkan murid-murid lelaki dan perempuan. Jadual waktu persekolahan bermula jam lapan pagi sehingga pukul dua belas tengahari bagi sesi pagi. Penuntut-penuntut diberi rehat sebentar untuk makan tengahari dan dijadualkan bersholat zuhur secara berjamaah di surau. Sesi kedua bermula jam dua petang hingga jam empat petang. Selepas sholat asar mereka di benarkan bermain atau beriadah untuk menjaga kesihatan.
Pelajar lelakinya berpakaian seragam berkot dan bertali leher seperti sekolah Inggeris waktu itu tetapi bertarbus.

Sistem persekolahan yang agak sistematik ini membuktikan Lebai Maadah seorang pendidik atau pemimpin yang berkarisma. Setiap penuntut samada lelaki atau perempuan mendapat didikan atau tarbiah secara langsung dan sama rata dari Lebai Maadah. Dinyatakan belum sampai dua tahun terdirinya sekolah ini, lebih seratus penuntut lelaki – perempuan dari beberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pahang dan serata daerah dalam Negeri Sembilan telah belajar di sini. Bagi membantu beliau mengendalikan perjalanan sekolah dan asrama, maka beberapa penuntut yang telah senior dilantik sebagai kerani atau pengelola asrama. Guru-guru lelaki dan perempuan pula dilantik di kalangan penuntut yang telah mampu membimbing pelajar-pelajar baru.

Penuntut–penuntut lelaki dan perempuan disediakan asrama yang berasingan. Mereka ada memasak sendiri dan ada juga yang kira bayar sahaja. Manakala penuntut perempuan pula ada yang tinggal bersama Lebai Maadah dikenakan bayaran makan dan belanja persekolahan secara bulanan. Tukang masak makanan disediakan. Guru-guru sentiasa ada bersama penuntut untuk membimbing mereka. Sebelah petang, kelas pengajian terbuka kepada penduduk sekitar yang dikatakan mendapat sambutan hangat.

Antara mata pelajaran yang diajar di Madrasah ini ialah seperti ilmu saraf, ilmu nahu, tajuid, fiqh, tauhid, akhlak, tafsir dan terjemahan al Quraan, usul hadith dan kitab-kitab hadith, tasawuf, al mudharabat, ilmu berkhutbah atau bersyarah, bahasa Inggeris , membaca al Quraan dan banyak lagi. Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, Maulana Lebai Maadah agak tegas ketika mengajar. Beliau selalu membawa rotan semambu bila mengajar. Setiap ayat yang diajar mesti difahami dengan teliti dan penuntut – penuntut terpaksalah mengulang kaji dan menghafal pelajaran di asrama sebelah malamnya. Esoknya beliau akan menyoal kembali pelajaran yang telah diajar. Sesiapa yang gagal menjawab dengan tepat atau tergagap – gagap akan dimarahi. Pernah Ustaz Abdul Jalil dirotan dan peristiwa itu menjadikan penuntut lain kecut perut. Antara anak murid awal beliau yang dianggap kontroversi dalam negara kita ialah Shamsiah Fakeh iaitu pemimpin PKM yang diharamkan itu.

Keistimewaan cara mengajar Maulana ialah ia mengajar menterjemah al Quran secara harfiah iaitu terjemahan dari ayat ke ayat dalam Bahasa Melayu bersekali dengan tajuidnya. Haji Abdul Aziz mendakwa penuntut – penuntut mampu menamatkan terjemahan al Quran dalam tempoh lapan bulan sahaja. Salah seorang murid beliau, Haji Abdul Malik Husin turut mengakui keistimewaan pengajian tafsir Al Quran cara Lebai Maadah kerana ia merangkumi dengan ilmu saraf, nahu, maani, mantik dan bayan. ( Rujukan dari artikel oleh Zaharuddin Pilus, Berita Mnggu 27 Julai 1980). Dianggarkan penuntut – penuntut yang belajar ketika itu lebih 280 orang pada hari – hari akhir sebelum meletusnya perang. Beliau sendiri waktu itu membuat kerja sampingan selain menuntut iaitu ditugaskan sebagai kerani dan pengelola asrama lelaki.

Selain kesibukan Lebai menguruskan sekolahnya di Pelangai dan Bukit Tempurung, beliau masih sempat memberi pengajian agama kepada orang ramai secara memberi syarahan kerana beliau begitu mahir berpidato dan lancar pula tutur katanya. Kebolehannya menguasai banyak bahasa juga berupaya meruntun pendengar untuk mendekati tokoh istimewa ini.

Difitnah

Penyusun sengaja menambah muatkan isi kandungan kisah riwayat hidup ulama besar ini tentang kisah fitnah dan mehnah yang diterimanya ketika berada di zaman kemuncaknya. Saat getirnya ialah beliau difitnah berjahat dengan pelajar perempuannya di Madrasah Aliah Islamiah. Fitnah ini sengaja diada-adakan oleh penduduk setempat kerana cemburu dengan ketokohan Lebai Maadah. Bencana itu akhirnya dapat dipadamkan apabila Tuanku Abdul Rahman, Tuan Yang Dipertuan Besar turun sendiri menjadi saksi di hari upacara mengangkat sumpah di sekolah tersebut. Pihak yang menuduh tidak berani tampil ke hadapan. Sifat kedengkian itu bukanlah tamat setakat itu sahaja malah Lebai Maadah lagi sekali lagi diuji apabila ada pihak menuduh Lebai Maadah menerima gaji lebih tinggi sedangkan beberapa pelajarnya yang senior membantu mengajar hanya mendapat gaji lebih rendah iaitu lebih kurang RM25 atau RM30 sebulan berbanding Lebai Maadah yang menerima gaji RM 350 sebulan. Menurut pandangan mereka gaji Lebai Maadah mengalahkan gaji D.O Kuala Pilah waktu itu.

Seorang pelajar bernama Othman Ali dari Kampung Tengkek merisik berita tentang ada anak murid Lebai sendiri bernama Hitam Taha sedang merancang untuk mencabar Lebai Maadah berkeris. Dia dikatakan telah memakai pakaian serba hitam selaku panglima untuk bergaduh dengan Tuan Gurunya sendiri. Ekoran dari itu, Lebai telah mengadakan perhimpunan pada hari sabtu yang dihadiri semua muridnya. Beliau menyampaikan hasratnya untuk memberi tumpuan di Madrasah di Bukit Tempurung sahaja. Di sini terdapat percanggahan maklumat antara Tuan Haji Abd Aziz Yunus dengan Haji Md Zin Ujang tentang punca utama Madrasah Aliah Islamiah tersebut ditinggalkan oleh Lebai Maadah. Dari artikel Zaharuddin Pilus ( Berita Minggu 27/7/1980) melaporkan pula Cikgu Hitam Taha itu mengambil alih pengajaran di sana selepas perang tetapi madrasah tersebut tidak bergerak terus menerus selepas beliau berhenti mengajar. Walau bagaimanapun, penyusun percaya faktor meletusnya perang dunia kedua dan gangguan pihak tertentu itu ada berkaitan.

Hubungan akrab dengan raja

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, pihak istana di Seri Menanti amat berminat dengan orang-orang alim. Istana raja selalu dikunjungi para ulama dan kerabat raja turut menadah kitab untuk mendengar kuliah ulama. Yang Dipertuan Besar Paduka Sri Tuanku Muhamad Shah Ibni al Marhum Tuanku Antah yang ditabalkan bagi tahun 1888-1933 telah menjemput Tuan Guru Haji Darun Haji Ibrahim yang berasal dari Inderagiri dan bermukim di Semenyih untuk menjadi guru agama di istana. Dikatakan adik baginda iaitu Tunku Burhanudin turut menjadi alim di bawah bimbingan ulama ini. Pewaris tahta Yang Dipertuan Besar kemudiannya iaitu Tunku Abdul Rahman anak kedua kepada Tuanku Muhamad turut memuliakan para ulama.

Di masa pemerintahan baginda, ulama di negeri adat perpatih ini diberi keutamaan. Baginda bukan sahaja mendekati ulama malah turut menyumbangkan kewangan membina pondok atau sekolah agama, sebagaimana peranan baginda membantu Tuan Guru Lebai Maadah ini dan mewakafkan sebidang tanah untuk Tuan Guru Haji Abdul Majid Abdul Karim di Batu Kikir bagi tapak pondoknya. Di zaman baginda juga, perbahasan agama secara sihat diadakan di istana di antara Lebai Maadah dengan Haji Muhamad Mustaffa dari Kuala Jempol. Majlis perbahasan itu dipengerusikan sendiri oleh Al Marhum Tunku Besar Burhanudin.


Photo: Gambar ramai depan Balai Istana Seri Menanti bersama YM Tuanku Abd Rahman. Maulana Lebai Maadah duduk paling kiri ( bertarbus) 1939.

Walau bagaimanapun, keakraban ini pernah mengundang salah faham kepada pihak tertentu di istana apabila Lebai dituduh melanggari adab dengan raja. Kisahnya ialah sewaktu Tunku Abdul Rahman mencemar duli turun ke Pelangai untuk menyampaikan syahadah ( sijil) tamat pengajian kepada pelajar-pelajar di sana. Ketika majlis bersantap disediakan, Tunku Abdul Rahman meminta Lebai Maadah duduk bersama baginda makan bersama. Tiga hari lepas itu, Lebai dikunjungi polis dari Balai Polis membawa mesej Lebai Maadah dikehendaki hadir ke istana bagi tuduhan tersebut.

Tuan Guru Lebai Maadah dengan tenang mengajak Haji Md Zin Ujang menemaninya ke istana. Mereka bertolak dari kampung jam 7.00 pagi menunggang basikal. Perjalanan untuk sampai ke istana Seri Menanti memakan masa lebih kurang 4 jam lamanya lantaran kerana jalan ke Pekan Batu Kikir waktu itu masih jalan tanah dan melalui jalan kampung serta kebun getah. Sesampai di pintu istana, Lebai memberi salam dan seorang budak berumur lebih kurang 8 tahun muncul ( mungkin putera raja), kanak-kanak itu berlari ke tingkat atas istana. Kemudian terdengar suara dari bilik istana, " Lebai, mari sini!" Lebai Maadah pun naiklah ke atas istana berbual dengan Tunku Abdul Rahman.

Antara perbualan mereka yang sempat diingati oleh Haji Md Zin Ujang ialah Lebai Maadah melahirkan rasa dukacitanya terhadap perkara berbangkit. Beliau tidak mengangkat sembah sebagaimana lain-lain rakyat ketika bertemu raja dan memanggil Tunku Abdul Rahman dengan panggilan 'Tuan Patik". Tunku Abdul Rahman pula merendah diri berkata:

" Di dunia kami tinggi tapi di akhirat, Lebai lebih tinggi darjatnya.." Baginda berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak tertentu di istananya.

Dalam perjumpaan itu juga, Tunku Abdul Rahman meminta Lebai Maadah mengajar tafsir al Quran dalam Bahasa Inggeris. Bermula dari tarikh itulah beliau kerap ke istana menunaikan permintaan baginda. Tunku Abdul Rahman mendapat pendidikan di Kolej Kuala Kangsar dan mendapat Barr-at Law dari Inner Temple England tahun 1928. Baginda sebelum ditabalkan menjadi Dipertuan Besar pernah menjawat jawatan ADO di beberapa daerah dan terakhir menjadi DO Batang Padang 1933. Baginda pernah juga meminta Lebai Maadah menafsirkan mimpinya apabila bermimpi baginda digelar "Manaf" oleh Raja-raja Melayu. Lebai menafsirkan baginda akan naik tinggi dan disebut orang selama-lamanya. Menurut Haji Md Zin, antara kelebihan yang dimiliki oleh baginda selepas itu ialah Baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong pertama dan gambarnya terus dicetak dalam wang kertas negara ini sehingga sekarang.

Perbahasan agama

Lebai Maadah merupakan tokoh pemidato dan pandai berbahas. Seperti yang disebut sebelum ini, beliau pernah berbahas masalah agama dengan tokoh assunnah di Alor Gajah dan seorang ulama terkenal bernama Tuan Haji Muhamad Mustaffa dari Kuala Jempol ( riwayat hidupnya turut dipaparkan dalam buku Jejak Ulama ini) ulama ini mendapat didikan dari Mekah Al Mukarramah dan sangat terkenal di kalangan pembesar negeri termasuk Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad sendiri. Majlis perbahasan ini telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti dengan dihakimi oleh Tunku Besar Burhanuddin Ibni Tuanku Antah iaitu kerabat raja ketika itu. Menarik juga dicatitkan di sini iaitu kecenderungan pihak istana dalam bidang agama agak menonjol ketika itu kerana selain di Negeri Sembilan, Raja Kelantan Tengku Long Senik yang memerintah tahun 1900 – 1920 turut menjadikan ulama sebagai tempat rujukan utama ketika dilemma kemasukan amalan tarekat Ahmadiyah ke Kelantan.

Dalam perbahasan tersebut, Lebai Maadah dikatakan sekali lagi menunjukkan keistimewaannya apabila beliau yang bermodalkan Al Quran berjaya melengkapkan hujahnya. Apabila beliau ingin merujuk bahasannya, beliau hanya menepuk kitab suci itu dan nashkah yang terbuka itu tepat menunjukkan ayat-ayat yang beliau kehendaki dengan izin Allah. Bukan itu sahaja, Maulana ini juga dikatakan pernah berbahas dengan orang-orang kristian yang diadakan di Sekolah Menengah King George V Seremban. Kebolehan Maulana menguasai banyak bahasa termasuk Bahasa Inggeris selain bahasa Urdu dan Arab memudahkan beliau menyampaikan dakwahnya. Kesannya, ramai penganut agama kristian waktu itu masuk Islam

Hasil Karangan

Beberapa karya beliau yang diketahui sempat ditinggalkan ialah seperti berikut:

i. Kitab " Percubaan Tuhan" perbicaraan tentang keimanan setebal 40 muka. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939 dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
ii. "Urujul Akhwam" mengandungi 100 halaman, terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939.
iii. "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al Zainiah, Bukit Mertajam tahun 1939.
iv. " Suluh Tengkek" setebal 80 muka iaitu buku panduan syarahan agama. Terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939

Malangnya, sebahagian besar kitab – kitab pengajian dan beberapa hasil tulisan beliau tidak dapat dikesan lagi selepas kematiannya. Ada penduduk kampung mendakwa Maulana pernah memberi pesanan sebelum ajalnya supaya kitab- kitab beliau diserahkan kepada muridnya Ustaz Abdul Jalil yang telah menyemenda ( berkahwin dengan penduduk kampung), kerana beliau sahaja yang dikatakan mampu menguasai dan memahami kitab-kitab Arab tidak berbaris itu. Walau bagaimanapun, kitab – kitab tersebut telah beralih tangan kepada kerabat sebelah isterinya iaitu bapa mertuanya Imam Ayin ( Ibrahim). Masa kecil, penyusun pernah melihat orang tua ini di rumah anaknya Hajjah Bedah Ibrahim iaitu isteri datuk saudara penyusun.

Hari – Hari Akhirnya

Dalam musim perang, Lebai Maadah hanya menumpukan masanya di Madrasah Bukit Tempurung. Kegigihannya untuk mencurahkan ilmu disanjungi oleh penuntut-penuntut beliau. Adakalanya beliau akan pergi ke rumah anak muridnya untuk mengajar secara langsung. Ini disahkan sendiri oleh Ustazah Hambiah Md Som ( telah meninggal dunia beberapa bulan selepas pertemuan dengan penyusun) yang menyatakan Tuan Gurunya sering datang ke rumah mengajar ketika beliau masih dalam pantang ( baru bersalin). Lebai ingin menjadikan Hambiah sebagai penghulu atau ketua muslimat yang mendalami ilmu agamanya.

Antara kata-kata yang masih diingati oleh Hambiah ialah " ..apa nak buat, tiada rezeki anak-anak untuk belajar.." Ini seolah-olah beliau telah merasakan tempoh hidupnya begitu singkat. Sudah ditakdir Allah jua, ketika anak lelakinya berusia dua tahun, isteri beliau telah meninggal dunia. Allahyarhamah Salbiah Ibrahim dikatakan meninggal kerana mengalami sakit perut. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di rumah emak saudara Lebai Maadah di Kampung Jeram. Berita sedih itu disampaikan kepada suaminya di Madrasah, Maulana menyambut berita kesedihan itu dengan kata-kata lebih kurang begini,

" Biarlah.. dia ( Lebai ) pun akan mati di sana jugak.."

Benar, lebih kurang beberapa hari selepas pemergian isterinya, Maulana yang alim ini pun turut mengikuti isterinya dalam usia 48 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara isterinya di Tanah Perkuburan Kg Jeram, Tengkek. Kematiannya diibarat kehilangan permata atau payung ilmu oleh penduduk di negeri ini, agaknya doa spontan ibunya apabila setiap kali melihat kenakalan anak lelaki telah dimakbulkan Allah.

"Jadi payung negerilah kau nak" Inilah ucapan biasa yang sering dikatakan oleh ibunya.

Menurut Haji Md Zin Ujang pula, malam sebelum kematiannya, beliau bercakap dengan rakan sekampungnya bernama Sidek ( dipanggil Sidiadik) supaya diuruskan segera sebelum zuhur. Rupanya beliau perlu dikebumikan sebelum zuhur itu. Seorang anak muridnya bernama Md Yassin dari pelangai Kuala Pilah berdiri kaku di kubur ketika orang ramai sudah mula beredar dari kubur. Apabila ditanya apa yang beliau perhatikan, katanya dia nampak seorang berpakaian serba putih keluar dari kubur dan terus menghilang. Allahyarham meninggal dunia di rumah emak saudaranya Puan Bayau, rumah itu jugalah tempat isteri tersayangnya menghembuskan nafas terakhir.

Penyusun telah sempat menziarahi tanah perkuburan di Kg Jeram tempat tokoh ulama ini disemadikan pada 4 Syawal 1424 bersamaan 28 November 2003. Kami agak sukar mengesan tapak kuburnya kerana tiada tanda-tanda jelas yang membolehkan kami mengesahkan batu nesannya, tetapi menurut penduduk kampung kubur sepasang suami isteri itu adalah berhampiran bawah pokok kundang yang rendang. Sekolah yang diasaskan beliau di Pelangai, Kuala Pilah telah diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah Menengah Rendah Agama Pelangai. Malah ada juga perkhabaran bahawa beliau turut mengharapkan sesatunya anak lelakinya yang masih belajar merangkak waktu itu diberi didikan agama sehingga sampai ke Darul Ulum juga. Anak lelaki yang yatim piatu itu dibela oleh emak saudaranya Hajjah Bedah Ibrahim. Anaknya itu kini adalah seorang pakar perubatan yang pernah bertugas di Hospital Pakar Tawakkal Kuala Lumpur dan kini membuka klinik sendiri di Taman Tun Dr. Ismail.

Penutup

Maulana Lebai Maadah bin Layang bolehlah dianggap tokoh pembaharuan yang ulung di negeri ini kerana terbukti dalam tempoh tidak sampai 15 tahun beliau balik ke tanahair, beberapa jejak-jejak yang ditinggalkannya telah meninggalkan kesan seperti berikut:

i. Beliau adalah tokoh pertama yang menubuhkan sekolah agama atau madrasah berasrama secara formal dan sistematik. Mata pelajaran yang diajar di madrasahnya merangkumi semua lapangan pengajian agama termasuk memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan.
ii. Pengajian terjemahan al Quran secara harfiah terbukti memudahkan penuntut-penuntut di madrasah ini menguasai ilmu pengajian al Quran dengan cepat.
iii. Beliau membuka madrasahnya untuk anak-anak bangsa samada lelaki atau perempuan tanpa membezakan mereka. Pelajar-pelajar yang mendapat tarbiah dari madrasah secara langsung dari beliau itu datang dari banyak tempat dan negeri. Melalui pendedahan ini menyebabkan pemikiran dan aliran yang dibawa oleh beliau berkembang di banyak tempat pula.
iv. Maulana juga dianggap tokoh yang berwawasan tinggi kerana pernah bercita-cita untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi agama ala Darul Ulum di Nusantara.
v. Terbukti pemikiran dan aliran " as sunnah" atau lebel "Kaum Muda" yang dicetuskannya telah bertapak di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah adalah kesinambungan gerakan awal yang dirintis oleh beliau.

Pendek kata, kemunculan beliau di persada dunia pendidikan dalam negeri pengamal adat perpatih ini benar-benar dirasai dan sebagai pelopor fahaman yang tidak terikat kepada aliran bermazhab. Walau pun aliran ini masih sukar diserasikan dalam masyarakat setempat tetapi sumbangan besar beliau dalam dunia pendidikan agama tetap terakam dalam lipatan sejarah negeri ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Selasa, November 15, 2011

Biodata Ustaz Abdullah al-Qari Haji Salleh (AQHAS)

Ustaz Abdullah al-Qari Haji Salleh (AQHAS)

BIODATA USTAZ ‘ABDULLAH AL-QARI HAJI SALLEH

Pengenalan

‘Abdullah Al-Qari ialah Guru Kreatif (1994), Tokoh Agama (Tokoh Hijrah Ar-Rasuul 2004)dan Tokoh Maulid Ar-Rasuul 2005), Pujangga Islam (2005) yang melahirkanbanyak dan berbagai karya berunsur Islam juga Tokoh Sunnah Nusantara (2005) yang melahirkan buku-buku berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, salah seorang penggerak Sunnah Nabi SAW, pemurni (reformis) Islam menerusi buku di mana B u ku Guru Zaman.

Jika Hasaan B. Thaabit Al-Anshaari r. a. dikenal sebagai Penyair Nabi SAW, maka Abdullah Al-Qari tersohor Penulis Tuk Kenali dengan berbagai karya menarik.

Kelahiran

Beliau lahir pada pagi Ahad 23 Dzu Al-Qa’idah 1356 H. bersamaan 26 Disember 1937 M. diberi nama ‘Abdullah Al-Qari (Pembaca terutama Al-Qur’an) oleh anak saudara Tuk Kenali, Tuan Guru Hi.Muhammad Jebeng, empat tahun sesudah perginya Hj. Salleh tepi Jalan Kenali. Kenali, di Lot 1203 Kenali, Jalan Puteh, tidak jauh dari Maqam Tuk Kenali.

Pendidikan

Beliau dibesarkan dalam Pendidikan Islam, di mana bapanya Hj. Salleh B. Puteh (Ab.Latif) seorang Guru Al-Qur’an di Pondok Kenali, murid tua Tuk Kenali; demikian juga ibunya Hjh. Khadijah Bt. Abdullah, keluarga Tuk Kenali, mengajar Al-Qur’an kepada kanak-kanak di sebelah dapur rumahnya. Lokasi rumah di tepi Pondok Lorong Kubur Tuk Kenali menyebabkan beliau banyak dipengaruhi Pendidikan Pondok di samping Pendidikan Sekolah Melayu Kubang Kerian, Kota Bharu (1946-1951).
Bakat

‘Abdullah Al-Qari mula berminat membaca buku-buku serba bidang sejak di Darjah Lima Sekolah Rendah dengan membaca buku-buku Indonesia yang dipinjam daripad Gurunya, Cikgu Muhammad B. Abdullah dan buku-buku di bilik bacaan di sekolah termasuk buku Sains. Bakat beliau terserlah dikesan oleh gurunya, Cikgu Mahmud B. ‘Abbas semasa beliau di Darjah Tujuh (Sekolah Menengah Melayu Tuk Pasir Pertama di Kelantan) di Sekolah Melayu Kota (Jelasin) – 1952 yang memuji dan tertarik kepada hasil karangannya di peringkat sekolah. Beliau memperoleh Sijil Pangkat Satu bagi kedua sekolah tersebut.

Mendalami Islam

Beliau memasuki Pondok MadrasahAl-Ahmadiyyah Bunut Payung (1952) belajar pada Tuan Guru Hj. AbdullahTahir B. Hj. Ahmad akan Tafsir Al-Qur’an dan pada Ustadz Hj. Ab. Rahman Al-Khudhri B. Ibrahim akan Al-Hadith. Gurunya yang berasal dari Pahang ini memberi galakan menulis di bidang Agama. Mula membaca majalah-majalah Agama dengan cara meminjam dan cuba menulis. Pada sebelah pagi beliau belajar di Darjah Tujuh.

Awal 1953 beliau dilantik menjadi guru dalam usia 15 tahun dan bercanggah dengan hasratnya untuk menyambung pelajaran di Jaami’ Merbau, K.Bharu (sempat belajar sehari). Pada suatu malam, beliau bermimpi berhadapan dengan wajah Nabi SAW yang bersabda, “Anta belajarlah Islam!”

Beliau mula membeli kitab-kitab Arab dengan cara belajar sendiri dan berguru kepada murid-murid Tuk Kenali dan murid Tuk Khurasan (Ahli Hadith) dengan mempelajari Hadith,Ilmu Ushuul At-Tafsir, Ushuul Al-Fiqh dan lain-lain. Ya, dalam usia 15 tahun ini beliau mula menjadi guru, pengarang, penerbit (Pustaka ASA) dan pengedar. Kerja seharian beliau ialah mengajar dan mengarang buku sambil belajar Agama. Bila sesuatu tajuk sudah difahami dengan baik, maka dia dijadikan buku dan disebarkan.

Peningkatan llmu

Beliau berjaya memperoleh Sijil Kursus Persekolahan Melayu (T.U.O.S. : Perguruan – 1956) , Sijil Maktab Perguruan Bahasa ‘. Language Institute – 1959),SPM (1962); STP (penuh – 1974);juga Sijil Pra LINAS (Universitas Nasional Jakarta: Kuliah Bahasa dan Sastera- 1974) dan kelayakan masuk ke Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri (Kuliah Usuluddin – 1974; seterusnya memasuki Universiti Malaya (1974-1977) dengan pencapaian Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dan anugerah Mahasiswa Terbaik.

Demi mematuhi arahan Nabi SAW tadi, maka sejak umur 15 tahun mula mempelajari dan mengkaji Islam serta menulisnya menjadi buku-buku bernilai sehingga masih kini (berusia lebih 70 tahun) berjaya menghasilkan lebih 300 karya sendiri dan terjemahan dalam berbagai bidang pengajian Islam, perubatan, umum, bahasa dan sastera; juga sajak berunsur Islam dalam bentuk buku biasa, kamus dan ensiklopedia.
Kerana kegiatan yang agak luar biasa ini, maka penulis telah dianugerahkan:

1. Tokoh Guru Kreatif (Penulisan) Kelantan, 1990.
2. Tokoh Buku Kelantan,1994.
3. Tokoh Hijrah Ar-Rasuul Kelantan,2004.
4. Tokoh Guru Kelantan (JPN), 2004.
5. Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia, 2005.
6. Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara, 2005.
7. Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,2007.
8. Tokoh Penulis Islam Terbaik, Serambi Mekah, 2008.
9. Tokoh pengkajian Al-Qur’an dan Al-Hadith (SIQAH),Nusantara, 2008.

Isteri beliau menerima anugerah “Tokoh Ibu Shaalihah Kelantan” (2005): Hjh. ‘Aisyah Bt. Hj.Ibrahim.

‘Abdullah Al-Qari telah berjaya mendirikan Masjid As-Sunnah dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Qari di Taman Al-Qari; juga “Pusat Kajian dan Sebaran Al- Qur’an dan As-Sunnah Nusantara” bertempat di Tingkat Satu Masjid As-Sunnah, Taman Al-Qari Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian berhadapan Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian.

Senarai buku tulisan dan terjemahan beliau di sini.

disalin dari kertas kerja Seminar Pencinta Buku 2010 anjuran Institus Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Biodata Ustaz Hashim Abdul Ghani


Petikan daripada Laman web

http://kembara2006.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

Pendahuluan

Saya percaya ramai pengunjung blog ini akan mendapat maklumat sedikit sebanyak sejarah hidup alim ulama kita khususnya di negeri ini. Saya juga tidak menafikan ada yang tidak bersetuju apabila saya turut menyisipkan tokoh-tokoh kaum muda yang agak sensitif bagi kaum tua ( bermazhab). Mereka ( kaum tua) mendakwa kaum muda membuat aturan agama yang baru yang menyalahi apa yang diamalkan oleh nenek-moyang terdahulu. Paling tragis bila dilebelkan “sesat”, sedangkan bagi pihak kaum muda pula mereka mengamalkan sebenarnya dan bukan bukan mencipta yang baru sebaliknya hendak memulihkan yang lama yang telah dilupakan. (Rujuk http://www.lib.usm.my/ : Gerakan Pembaharuan Islam)

Jesteru itu dalam konteks di negeri ini pula, saya tertarik untuk menonjolkan seorang lagi tokoh kaum muda berasal dari Kuala Pilah yang dianggap sering mencetuskan ‘polemik berkala’ dengan pihak agama negeri dan golongan assyafieah. Tokoh kaum muda itu ialah Allahyarham Ustaz Hashim Abdul Ghani iaitu generasi kedua dari Madrasah Aliah Islamiah, Pelangai Kuala Pilah yang ditubuhkan oleh Almarhum Maulana Lebai Maadah Layang. Ustaz Hashim cukup terkenal lantaran tulisan-tulisan beliau dalam media cetak berhubung dengan percanggahan pendapat dengan kaum tua. Saya sendiri tertarik mengikuti perbahasan beliau sejak perdebatan sengit antara beliau dengan Nahmar Jamil seorang penulis dari Negeri Perlis yang disiarkan di akhbar tempatan.

Riwayat Hidup

Allahyarham Ustaz Hashim Abdul Ghani dilahirkan pada 5 Julai 1927 di Kampong Sungai Dua Kecil, Kuala Pilah. Bapanya Imam Abdul Ghani Salam seorang imam masjid dan ibunya bernama Aisyah Abdul Wahid. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah tahun 1937 dan kemudiannya menyambung pelajaran di Madrasah Aliah Islamiah, Pelangai. Pejuang kalangan kaum wanita menentang penjajah iaitu Shamsiah Fakeh adalah rakan seperguruan dari madrasah Lebai Maadah ini. Masa pendudukan Jepun, beliau membantu bapanya berniaga dan mempelajari Bahasa Jepun. Selepas perang tamat, Ustaz Hashim melanjutkan pengajian agama di Madrasah Al Akhlaq Islamiah Bagan Serai dan seterusnya di Madrasah Al Mashoor Pulau Pinang di bawah bimbingan Abu bakar Assyaari. Pengajiannya di bawah biasiswa Yang Dipertuan Besar. Beliau menamatkan pengajian pada akhir tahun 1953 dengan pangkat pertama.

Menubuhkan Madrasah

Sekembalinya ke kampung, Ustaz Hashim memulakan kegiatan mengajar agama di beberapa buah madrasah sekitar Kuala Pilah. Kemudian bersama-sama rakan seperjuangan, beliau mengasaskan Madrasah Ittibaa’ As Sunnah (MIS) di Kampung Parit iaitu kira-kira sebatu dari Pekan Kuala Pilah. Pusat pengajian ini juga lebih dikenali surau tengah sawah yang pada asalnya terbina di tengah sawah tepi jalan utama Kuala Pilah- Seremban waktu itu. Madrasah ini dikatakan pernah menerima murid-murid dari serata negeri termasuk dari Singapura.

Teks pelajaran yang diajar seperti pengajian al Quran, kitab hadis Bukhari-Muslim, kitab al Umm karya Imam Syafie, al Muwata’ Imam Malik, Bulughul Maram, Tauhid Ibnu Taimiyah, dan Muhamad Abdul Wahab, Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq dan lain-lain lagi. Bahasa pengantar dan teks tersebut dalam Bahasa Arab yang mampu melahirkan kader-kader dakwah yang berilmu. Memandangkan pengajian mendasari fahaman yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, maka MIS menerima berbagai jolokan sperti kaum muda, Wahabi, Khawarij, sesat dan sebagainya. Yang jelasnya, mereka cukup menentang amalan-amalan baru dalam ibadah yang tidak mempunyai sandaran dengan al Quran dan sunnah Nabi Saw. Mereka menyeru masyarakat menjauhi tradisi taklid buta dalam ibadah.

Selama penubuhannya, MIAS menghadapi banyak halangan dari berbagai pihak. Pihak berkuasa negeri yang rata-rata ditunjangi oleh kaum tua pasti melihat pergerakan ini suatu ancaman dalam kerharmonian masyarakat bermazhab. Mereka terlalu keras dan tiada kompromi dalam menyanggah perkara bidaah yang diada-adakan itu. Bagi mereka tiada erti taklid sebaliknya mereka menganjurkan ‘ittabaa’ keduanya mempunyai pengertian hamper sama kecuali amalan sahaja berbeza.

Taklid bererti meminta fatwa seseorang yang alim dalam urusan agama apabila tiada dalil atau sandaran dari Quran, hadis, ijmak dan qias. Manakala ittibaa’ pula bermaksud menerima hukum dan fatwa dari seseorang yang menunjukkan dalil dari Quran, hadis, ijmak dan qias. Inilah perbezaan dalam permasalahan tersebut. Pelajar-pelajar akan belajar al Quran secara harfiah bersekali dengan ilmu nahu dan saraf sebagai ilmu alat. Kebiasaan pengajian pondok mempelajari Bahasa Arab terlebih dahulu untuk belajar pengajian al Quran. Di MIS, mereka mengutamakan belajar Quran kerana di situ terletaknya hidayah dan ternyata mereka mampu membaca kitab-kitab besar dalam masa yang singkat.

Amalan Kaum Muda

Mungkin pembaca yang masih kabur dengan kaum muda ini tertanya-tanya, apakah amalan mereka yang berbeza dengan kaum tua atau bermazhab itu? Berikut beberapa dasar amalan mereka untuk perhatian dan perbandingan iaitu,

a. Ibadat Solat

1. Mereka melakukan ibadah mengikut aturan Quran dan hadis shahih sahaja.
2. Mereka berwudhu dengan menyapu seluruh kepala.
3. Tidak ada tarhiem sebelum azan.
4. Tidak melafazkan ‘USYALLI’ dalam solat.
5. Membaca surah Fatehah ayat demi ayat dan bukan wasal.
6. Tidak membaca qunut dalam solat subuh kecuali bila berlaku malapetaka besar seperti
membaca qunut nazilah tiap-tiap solat 5 waktu selama sebulan.
7. Tidak mengusap muka selepas solat.
8. Tidak menguatkan suara untuk berzikir dan berdoa selepas solat. ( buat masing-masing)
9. Tiada ‘fidyah’ solat.

b. Solat Jumaat

1. Tidak ada azan dua kali.
2. Tiada solat ‘qabliyah jumaat’
3. Tiada ucapan khas untuk khatib naik atas mimbar.
4. Khutbah tidak pakai tongkat
5. Khutbah ialah berucap dan bukan membaca kitab
6. Tiada tambahan kata ‘syaidina’
7. Tidak melaungkan salawat di antara 2 khutbah.

c. Hal Kematian

1. Tidak membaca al quran dekat mayat
2. Tidak ada jamuan makan-minum di rumah orang kematian. Sebaliknya jiran-jiran
menghantar makanan kepada keluarga simati.
3. Tiada kenduri atau bertahlil pada hari-hari tertentu selepas kematian.
4. Tiada bacaan Yasin, kumpulan Tahlil beramai-ramai untuk dikirimkan pahala kepada
simati.
5. Tidak memayungi keranda ketika pengkebumian.
6. Tiada bacaan talkin untuk simati.
7. Tiada amalan membakar kemenyan.

d. Lain-lain.

1. Tidak mengikut mana-mana kumpulan tarekat.
2. Tidak pergi bernazar di mana-mana kubur dan seumpamanya
3. Tidak mempercayai kuasa-kuasa ghaib, bomoh dan lain-lain.
4. Tidak menyambut majlis atau upacara hari-hari sejarah seperti bulan safar, Mal Hijrah,
Maulud Nabi dan lain-lain.

Kerjaya Diri

Ustaz Hashim pernah mengusahakan penubuhan Persatuan Muhamaddiah Malaysia dalam tahun 1962 seperti Muhamaddiah di Indonesia. Satu kongres telah dibuat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, di mana beliau dilantik sebagai setiausaha persatuan. Malangnya, penubuhan itu tidak diluluskan ekoran dari tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia. Beliau juga pernah menganggotai Persatuan Ulama Pulau Pinang, dilantik sebagai ketua Persatuan Peniaga Kecil Kuala Pilah, Penyelia Kemajuan Masyarakat bagi daerah Kuala Pilah mulai tahun 1961. Ustaz Hashim juga aktif dalam politik dan memegang beberapa jawatan penting. Perkhidmatan beliau itu telah diiktiraf oleh kerajaan sehingga diperkenan oleh Yang Dipertuan Besar untuk anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada Julai 1971.

Minat beliau dalam penulisan sangat tinggi, beliau pernah menjadi wartawan akhbar Majlis, Berita Harian dan Utusan. Mengarang buku-buku agama dan menggunakan ketajaman penanya untuk membalas kritikan pihak lain tentang kefahaman kaum muda. Perdebatan sengit beliau dengan penulis Nahmar Jamil dari Perlis adalah berhubung dengan masalah bermazhab. Antara buku-buku terbitan beliau mengenai kritikan itu ialah Gayung Bersambut, Haram dan Sesat Bermazhab. Beliau juga menubuhkan institusi bernama Kursus Tertulis Al Furqan ( KTF) gaya pos dan keset iaitu pengajian al Quran secara harfiah. Dikatakan ratusan pelajarnya mengikut kursus ini. Ramai tokoh ternama bertemu Ustaz Hashim antaranya ialah Dr Hamka.

Buku-buku yang dihasilkan beliau ialah Intisari Tauhid, Bahaya Turun Dari Menara, Haji Qiran, Kata Berbalas, Wajibkah Muslim Bermazhab (terjemahan), Gayung Bersambut 1 & 2, Panduan Haji, Aurad Muhamadiah Menyeleweng, Urusan jenazah, Kenapa Mesti Menurut As Sunnah dan banyak lagi kitab-kitab serta menterjemah kitab-kitab luar.

Buku-buku beliau yang diharamkan ialah Gayung Bersambut 2 oleh Jabatan Perdana Menteri pada 10 Mac 1988. Risalah-risalah terbitan MIS seperti ‘Risalah As Sunnah’ dalam tahun 1980an turut rampas dan beliau sendiri dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah rendah Kuala Pilah atas alasan menerbitkan risalah tanpa kebenaran. Beliau mendakwa risalah-risalah itu bukan untuk bacaan umum tetapi untuk edaran pelajar-pelajar MIS dan masyarakat As Sunnah sahaja.

Buku Haji Qiran misalnya, diterbitkan bila Ustaz Hashim membantah pendapat Majlis Agama Islam Perlis yang menghukum jemaah haji seramai 54 orang yang melakukan tawaf ifadah sebelum wukuf di Arafah tidak sempurna hajinya. Beliau membantah dengan menulis buku setebal 112 halaman. Beliau memberi kesimpulan ‘mereka yang berniat mengerjakan haji qiran atau mengubahnya untuk menggabungkan umrah dan haji, adalah tertunai tawaf ifadahnya dengan tawaf yang satu dan saie yang satu pada kala tawaf awal (qudum)’.
Deklarasi

Bagi menangani dari gangguan kaum tua, pada 26 Disember 1982 pendukung as sunnah seluruh Malaysia telah berhimpun di Kuala Pilah bertempat di MIS untuk membuat deklarasi agong iaitu:

Suatu golongan umat muslimin yang terdiri daripada mereka yang menganut pegangan agama Islam yang berdasarkan Kitab al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih, ijmak para sahabat, dan qiyas dalam jurusan keduniaan. Keluarga al-Sunnah itu terdiri daripada golongan muslimin yang sejak dahulu dikenali sebagai: Kaum Muda, Kaum Wahabi, Kaum Salafiyin, Ansarus-Sunnah, Ittibaus-Sunnah, Muhammadiah, al-Islah, Syah Waliyullah al-Dahlawi, al-Maududi, dan sebagainya. Mereka ialah golongan yang tidak bertaklid kepada sesuatu mazhab, tetapi boleh melakukan ittiba', iaitu menerima dan mengikut sesuatu pendapat yang muktabar setelah diketahui keterangannya dengan jelas dari Kitab al-Quran dan al-Hadis. Mereka tidak tersekat untuk melakukan ijtihad jika mempunyai syarat dan kemampuan.

Di penghujung usianya, Ustaz Hashim sempat menimba ilmu dalam bidang perubatan daripada The Homeopathy Of British dalam tahun 1994 peringkat Diploma dan beberapa sijil kursus perubatan herbalogy di Kuala Lumpur. Beliau dikatakan mengaku ‘tidak segarang dahulu’ setelah usia meningkat tetapi beliau pantang dicabar bila fahaman as sunnah golongannya disanggah. Pada 27 November 2004 selepas menunaikan solat subuh jam 6.30 pagi, Ustaz Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang dalam usia 77 tahun. Pemergiannya sudah tentu suatu kehilangan besar jamaah as sunnah dan semoga perjuangan beliau diberkati Allah jua hendaknya.

Lawati blog http://almizaan.wordpress.com

Selasa, November 08, 2011

POLEMIK TAFSIR DI ANTARA KAUM TUA DAN KAUM MUDA DI NEGERI KELANTAN

POLEMIK TAFSIR DI ANTARA KAUM TUA DAN KAUM MUDA DI NEGERI KELANTAN

Disediakan oleh:
Ust Ahmad Fadhli bin Shaari

Pendahuluan

Perdebatan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia merupakan satu perkara yang lumrah dalam sejarah. Demikian juga dalam Islam, hal ini menjadi satu aspek yang tidak mungkin dapat dipisahkan dari sejarah itu sendiri. Bahkan sebenarnya perdebatan dan perbezaan pendapat itu menjadikan Islam itu agama yang dinamis, flexibel dan tidak jumud atau static.

Perdebatan dan perbezaan pendapat dalam Islam meliputi berbagai masalah agama, baik akidah, syariah, falsafah, tasawuf dan lainnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah (1898 – 1974 M), perbezaan-perbezaan ini tidaklah sama sekali menyentuh permasalahan asas atau lub al-din. Dengan kata lain, perbezaan pendapat ini hanya berlaku di dalam masalah-masalah furu’ sahaja. Walaupun demikian, sejarah menyaksikan perbezaan-perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan umat Islam yang melibatkan perkara-perkara furu’ ini seringkali membawa kepada lahirnya sikap kafir mengkafir antara satu sama lain.

Tinta sejarah juga tidak sunyi dari catatan-catatan pertumpahan darah di antara puak-puak yang bertelagah dalam soal-soal remeh temeh yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat. Ini membuktikan bahawa perbezaan-perbezaan pendapat mengenai perkara-perkara yang ini mempunyai nilai-nilai yang sensitif di sisi sesetengah pihak.

Dalam perdebatan-perdebatan ini khususnya di bidang pemikiran, ia mengakibatkan lahirnya pelbagai aliran seperti tasawuf, ilmu kalam dan lainnya. Khusus di dalam bidang ilmu kalam, lahirnya golongan seperti Khawarij , Syiah , Mu’tazilah , ‘Asya`irah dan juga puak-puak lain.
Golongan-golongan ini bukan sahaja berbeza pandangan dari sudut teori politik, bahkan perbezaan ini merebak kepada isu-isu akidah. Perbezaan ini juga mengakibatkan pertumpahan darah yang tidak sedikit seperti yang termaktub di dalam sejarah Islam. Selain daripada itu, dengan kemunculan zaman moden, masalah aliran pemikian ini menjadi semakin rumit tambahan pula setelah umat Islam dihadapkan dengan cabaran-cabaran kolonialisme dan modernisme dengan unsur bawaannya. Dalam konteks inilah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa adalah satu realiti yang tidak dapat ditolak lagi bahawa di kalangan umat Islam terdapat pelbagai gerakan pemikiran seperti gerakan kiri (radikal), kanan atau liberal. Ada juga aliran yang berbau komunis atau sekular. Malah tidak kurang juga aliran yang berasal dari Islam tetapi kemudiannya menjadi penentang kepada Islam seperti aliran Baha’i dan Ahmadiah Qadiani. Setiap golongan yang disebutkan ini mempunyai pandangan-pandangan yang tersendiri di dalam membuat penafsiran terhadap nas-nas al-Quran bagi menyokong pendirian mereka.

Di Malaysia, di antara pertentangan yang agak besar di antara aliran pemikiran Islam khususnya di dalam bidang fiqh dan aqidah seterusnya merebak kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran ialah pertikaiaan di antara ‘kaum tua’ dan ‘kaum muda’. Walaupun sebenarnya pertikaian ini sepatutnya berpunca dengan perbezaan kefahamaan terhadap ayat-ayat al-Quran, tetapi ia bermula dengan perbezaan dalam bidang fiqh dan aqidah. Ini kerana pada zaman awal perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu, jarang sekali wujud perbincangan mengenai ilmu tafsir apatah lagi penulisan di kalangan ulama-ulama Melayu terdahulu . Penulis di dalam masa yang sama tidak menafikan kewujudan aliran-aliran lain namun pertembungan di antara kedua-dua golongan ini dianggap sebagai paling dominan di dalam masyaakat umat Islam di Malaysia. Manakala sesuai dengan negeri Kelantan sebagai di antara lokasi bermulanya sejaah pendidikan Islam di Malaysia, maka penulis menjadikan negeri Kelantan sebagai fokus utama di dalam penulisan ini.

Siapakah Kaum Tua?

Secara umumnya, kaum tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama tradisional yang berpegang kepada tradisi konservatif atau mempertahankan yang lama. Sesui dengan pengertian konservatif, ulama-ulama ini sebagaimana biasanya Cuma melihat sejarah atau masa lampau sebagai sumber inspirasi atau sesuatu ang harus dipertahankan. Di dalam banyak perkara, mereka lebih suka mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama bertapak di dalam masyarakat.

Justeru itu, pendokong kaum tua ini dilihat seringkali bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Golongan tradisionalis ini seringkali menganggap bahawa kemunduran umat Islam adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi yang lalu, serta memutuskan hubungan tradisi mereka untuk mengikuti arus perubahan iaitu godaan syatian dari Barat. Mereka lebih selesa untuk mengurung Islam dalam satu benteng tanpa jendela dan pintu kelua, tanpa ruangan terbuka ke aah langit, serta mempertahankan seluruh tradisi yang telah diwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang tulen atau campuran dai pelbagi pengaruh yang lain.

Sekiranya ditinjau dari satu sudut, memang benar aliran tradisionalisme cuba mempertahankan tradisi yang asal dan tulen. Bagaimanapun keaslian dan ketulenan dalam konteks ini lebih merujuk kepada jaran-ajaran paa ulama mazhabiyyah atau ang bertaqlid kepada imam-iamam mazhab yang empat. Penyakit bertaqlid ini sebenarnya bermula sejak abad keempat hijriah apabila Bani Abbasiyah didominasi oleh bangsa-bangsa asing, seterusna diperburukkan lagi dengan kejatuhannya di tangan kaum Moggol pada tahun 1258 M. Dalam konteks inilah Profesor Muhammad Kamal Hassan mengeaskan bahawa golongan ini ialah :

“..tend of restrict the role of ijtihad in prefeence to, and out of defeence, for, the established opinions the matters of the scholls of Islamic jurisprudence..”

Dari sudut sejarah, penyakit bertaqlid dan pembekuan ijtihad ini khususnya di Tanah Melayu pada dasarnya hanyalah berlaku dalam bidang fiqh sahaja atau hukum-hakam sahaja. Rujukannya pun bukanlah kepada karya asal atau ajaran-ajaran Imam Mujtahid, tetapi kepada karya-karya para ulama mazhabiyah atau yang bertaqlid kepada imam-imam ini. Karya-karya ini muncul di dalam bentuk sarah, hasiyah atau hamisy yang mana kandungannya kadang-kadang lebih sukar untuk difahami dari kitab matan atau induk. Seterusnya ia merebak kepada bidang Tauhid di mana kitab-kitab yang dibaca bukanlah ajaran-ajaran asal para pengasasnya, tetapi kitab-kitab syarah yang ditulis oleh ulama-ulama terkemudian. Begitu juga di dalam bidang tasawuf, yang diikuti oleh kebanyakan ulama-ulama tradisional ialah ajaran-ajaran daripada syeikh-seikh tariqat yang tumbuh dengan banyaknya selepas kejatuhan Baghdad.

Itulah kesimpulannya gambaran secara umum kumpulan tradisional ataupun kaum tua sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan pihak. Manakala Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan memberikan pengertian kaum tua sebagai :

“..ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru yang bercanggah dengan aliran-aliran pemikiran Islam yang sudahpun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu tempatan..”

Bilakah pemikiran kaum Tua ini mendominasi umat Islam di Kelantan? Jika ditinjau dari sudut kemasukan Islam ke negeri Kelantan, sejarah mencatatkan bahawa bumi Kelantan mula menerima gema syahadah sebelum abad ke-12 Masehi lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan. Manakala dari sudut mazhab, jelas bahawa umat Islam di Kelantan sejak dari dahulu lagi berpegang teguh kepada mazhab Syafi’e, bacaan al-Quran menurut riwayat Hafs dan bunyi sebutan yang tidak ada beza dengan sebutan lidah Arab. Oleh yang demikian, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa umat Islam di Kelantan lebih dahulu menerima aliran pemikiran kaum Tua sebelum timbulnya polemik dengan kaum Muda.

Di antara ulama-ulama yang kuat berpegang kuat dengan aliran kaum tua ketika awal perkembangan pendidikan Islam di Kelantan ialah :
i. Haji Noh Penambang
ii. Haji Yaakub Legor (1892-1971)
iii. Haji Mahmud Zuhdi
iv. Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani (1880-1952)

Di samping nama-nama yang disenaraikan di atas, masih terdapat ramai lagi ulama-ulama yang lain yang berdiri sebaris dengan kaum tua dalam mempertahankan amalan-amalan keagamaan tradisi yang telah diwarisi zaman berzaman. Keterbatasan kemampuan penulis menjadi halangan untuk menyenaraikan semua nama-nama mereka.

Pengenalan Kaum Muda

Sebenarnya Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional (ulama-ulama Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah Melayu, Pulau Sumatra dan Mesir. Gelaran ini diberikan oleh kerana ulama-ulama ini dikatakan cuba membawa sesuatu ciri yang baru di dalam ajaran agamas. Dalam perjuangan mereka, Kaum Muda ini menyeru anggota-anggota masyarakat supaya kembali kepada ajaran asli Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah serta mengamalkan ijtihad. Ulama-ulama Kaum Muda sangat kuat menentang amalan-amalan yang disifatkan sebagai bid’ah atau khuafat atau dalam erti kata lain amalan-amalan yang diadakan oleh orang-orang terkemudian yang tidakpun diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pemikiran Kaum Muda ini juga dikenali sebagai pemikiran islah atau reformasi. Mereka sangat menekankan kepada semangat pruitanisme iaitu penekanan terhadap ajaran Islam yang tulen (pristine). Bertolak dari semangat inilah, aliran Kaum Muda ini sangat-sangat menekankan kepada usaha-usaha islah atau tajdid. Islah di sini bermakna memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Sedangkan tajdid pula bermakna memperbaharui dan menyegarkan semula kefahaman dan komitmen terhadap ajaran-ajaran agama sesuai dengan tuntutan zaman.

Usaha tajdid berkait rapat dengan kegiatan ijtihad, malah tidak dapat memisahkan diri daripada ijtihad, sehingga dikatakan bahawa tajdid dan ijtihad ialah dua unsur yang saling melengkapi. Dari segi istilahnya, ijtihad bermakna bersungguh sehabis daya untuk menyimpulkan hukum-hukum syarak berlandaskan kaedah tertentu dalam menghadapi persoalan-persoalan baru yang tidak jelas hukumnya dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah atau Ijma’ ulama.

Walaupun gerakan tajdid ini secara zahirnya mendokong konsep rasionalisme, namun ia tetap bertentangan dengan gerakan modernisme di mana golongan reformis ini hanya berijtihad pada perkara-perkara yang kurang jelas (zanniyyah) kedudukan hukumnya manakala golongan modernisme pula berpegang terus kepada kepada akal di dalam berijtihad tanpa batas sama sekali sehingga termasuk kepada perkara-perkara yang sudah jelas (qat’iyyah) hukumnya.

Dari sudut sejarah, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-17 dan 18M iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703-1787). Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudahpun bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263-1328) yang disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai “the first and greatest Muslim reformer”.

Perkembangan aliran reformis di peringkat dunia diwarnai dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang dianggap sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M) , Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M) .

Pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa orang ulama Melayu yang menuntut di Tumur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za’ba sendri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda ini.

Pengaliran Fahaman Kaum Muda di Kelantan

Di Kelantan, pemikiran Kaum Muda ini berjaya menerobos masuk melalui beberapa orang tokoh, antaranya ialah seperti berikut :

i) Tuk Kenali (1870-1933) sendiri. Ini boleh dilihat melalui minat beliau yang suka membaca akhbar-akhbar yang diterbitkan oleh Kaum Muda seperti al-Urwah al-Wuthqa, al-Manar, al-Imam dan Saudara. Minat yang sedemikian merupakan satu perkara yang agak luar biasa di kalangan ulama-ulama tradisional sebelum tahun 1940-an. Kebanyakan ulama pada masa itu hanya membaca dan mengajar kitab-kitab agama dan jauh sekali dari mentelaah karya-karya kaum Muda dan mengikuti perkembangan politik dunia. Pengaruh pemikiran Kaum Muda ini boleh dilihat melalui majalah Pengasuh yang disusun oleh Tuk Kenali yang memperlihatkan sebahagian idea-idea Kaum Muda seperti isu-isu kemerdekaan, islah dan tajdid. Beliau juga menjadi penggerak utama kepada penubuhan sekolah-sekolah agama yang diketengahkan ideanya oleh Kaum Muda.

Menariknya, sekalipun Tuk Kenali kelihatan berminat dengan pemikiran-pemikiran Kaum Muda, beliau tidak pula menampakkan kecenderunggannya kepada Kaum Muda di dalam masalah hukum-hakam . Beliau yang dikenali sebagai seorang ulama yang tidak suka melibatkan diri di dalam isu-isu kontroversi seringkali mendiamkan diri di dalam persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Kaum Muda. Malah murdi-murid beliau sendiri yang seterusnya menjadi ulama-ulama terkemuka di negeri Kelantan seperti Haji Idris (meninggal 1927), Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad (1897-1961) dan Haji Yaakob Legor dikenali sebagai golongan yang paling kuat menentang fahaman Kaum Muda.

ii) Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad (1873M-1939M) iaitu salah seorang anak Tuan Tabal. Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal dengan sikap beraninya dalam mempertahankan pandangannya. Sekalipun beliau jelas sekali terpengaruh dengan pandangan ulama-ulama Kaum Muda di dalam bidang hukum-hakam seperti di dalam masalah usalli, niat dan talkin, beliau amat berminat dengan tasawuf.

iii) Tok Khurasan (1875-1944) yang bertanggungjawab mengenengahkan pelbagai ilmu-ilmu baru yang belum dipelajari oleh umat Islam pada itu khususnya di negeri Kelantan. Di antara ilmu-ilmu yang baru diperkenalkan ialah tafsir al-Quran, ilmu hadith, falsafah, manthiq, fiqh hanafiyyah dan balaghah. Sekalipun demikian, beliau tidak ditentang oleh ulama-ulama yang lain kerana keengganannya melibatkan diri di dalam isu-isu kontroversi. Sekalipun tidak secara langsung terlibat di dalam gerakan Kaum Muda, namun beliau tetap dikira sebagai antara tokoh terawal membawa pemikiran islah ke bandar Kota Bharu.

iv) Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa (1900-1935) yang merupakan anak kepada Haji Wan Musa. Beliaulah yang hakikatnya menjadi pendorong kepada bapanya untuk mendalami pemikiran kaum Muda. Semasa beliau berada di Mekah, surat-surat sering diutus kepada bapanya menceritakan pemikiran Syeikh Muhammad Abduh dan rakan-rakannya yang menyebabkan bapanya sedikit demi sedikit mula condong kepada Kaum Muda.

v) Datuk Haji Muhammad bin Haji Muhd Said yang merupakan Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama. Melalui majalah ini beliau meniupkan api perubahan kepada masyarakat Melayu dan menggesa mereka supaya mencontohi orang Jepun yang sudah berjaya mencipta pelbagai jenis rekaan baru untuk menolong mereka dalam kehidupan sehari-hari. Beliau juga kuat menyeru umat Melayu supaya kembali berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Selain daripada nama-nama yang disenaraikan di atas, masih terdapat ramai lagi di kalangan ulama-ulama yang boleh dikategorikan sebagai kaum Muda . Bagaimanapun, penulis yakin bahawa tokoh-tokoh utama Kaum Muda khususnya di negeri Kelantan tidak lari dari sekitar nama-nama yang disebutkan di atas.

Polemik-polemik Yang Pernah Timbul Di Antara Kaum Tua dan Kaum Muda di Kelantan Yang Mempunyai Hubungan Langsung atau Tidak Dengan Pentafsiran Ayat Al-Quran

Menurut Ismail Awang, di antara perrtelingkahan Kaum Tua dengan Kaum Muda ialah di dalam masalah-masalah seperti berikut :

1. Talqin : Haji Wan Musa dan anaknya Haji Nik Adullah tidak sependapat dengan para ulama di zamannya yang mengatakan talqin itu sunat. Bagi beliau dan ulama-ulama kaum Muda yang lain, tidak ada nas yang memerintahkan supaya dibaca talqin kepada jenazah di tanah perkuburan.

Hal ini bertentangan dengan ulama-ulama yang lain di masa itu. Untuk memuaskan hatinya, beliau sendiri menulis surat kepada Sayid Muhammad Rashid Redha meminta pandangannya mengenai hukum talqin.

Pada jawapannya, Rashid Redha menulis :
ما ذكره البرماوى ليس بسنة ولم يرد فيه حديث يثبت السنية ولا الأصحاب بل لم يرد في التلقين حديث صحيح ولا حسن وإنما ورد فيه حديث واحد ضعيف لم يخرجه أصحاب الصحاح ولا السنن
Yang bermaksud : Keterangan-keterangan yang disebut oleh al-Barmawi itu tidaklah kerana tidak ada satu hadithpun menthabitkan talqin itu sunat atau tidak oleh para sahabat, bahkan tidak ada satu hadith sahih atau hassan mengenai talqin. Hanya satu hadith yang dhaif (yang ada di dalam masalah talkin. Itupun - penulis) tidak dikeluakan oleh pengumpul-pengumpul hadith sahih dan sunan.

Sekiranya ditinjau pada pandangan golongan salaf, talqin dikatakan makruh kerana tidak mendatangkan sebarang faedah berdasarkan fiman Allah swt :

Yang bermaksud : Katakanlah: "Apakah Aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan." (Surah al-An’am, ayat 64)

Manakala sebahagian ahli ilmu dan Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa talqin diharuskan berdasarkan hadis daripada al-Tabrani yang meriwayatkan dari Abi Amamah bahawa dia menyuruh supaya ditalkinkan mayat.

2. Talfiq mazhab di mana Haji Wan Musa telah mengemukakan pendapatnya kepada Yang Mulia Tengku Ibahim (yang kemudiannya menjadi Sultan Kelantan : 1944-1960) bahawa umat Islam boleh memelihara dan memegang anjing tanpa disamak bekas air mulutnya kiranya perlu bagi menjaga keselematan rumahtangga. Pandangan beliau ini yang didorong oleh anaknya Nik Abdullah mencetuskan polemik hebat mengenai isu jilatan anjing pada masa itu.

Pada tahun 1937, satu perbahasan terbuka telah diadakan oleh Raja Kelantan di Istana Seri Cemerlang. Haji Wan Musa, Haji Abbas Taha dan Dr. Buhanuddin al-Hilmi . Pihak Haji Wan Musa menafsirkan ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah, ayat 233 yang berbunyi :

Yang bermaksud : Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.

Bagi mereka, Allah tidak memberati manusia dengan sesuatu yang berada di luar kemampuannya. Maka untuk menjaga binatang peliharaan seperti anjing ini daripada tersentuh dan sebagainya adalah sesuatu yang sukar. Oleh yang demikian, mereka mengeluarkan pandangan yang kontroversi itu.

Perdebatan yang berlangsung itu berakhir dengan masing-masing kekal dengan hujah. Sultan Kelantan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sendiri menurut pemerhatian mereka. Sekalipun Kaum Muda memberikan hujah yang agak mantap dengan bantuan ulama-ulama dari luar Kelantan, teori yang mereka utarakan sebenarnya tidak mendapat sambutan dari masyarakt. Ini boleh dilihat sehingga ke hari ini boleh dikatakan tidak ada di kalangan umat Islam di Kelantan yang memelihara anjing sebagaimana keharusannya yang didakwa oleh Kaum Muda.

3. Bina Masjid dari Zakat Fitrah : Haji Wan Musa tidak sependapat dengan keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan yang hendak membina Masjid Muhammadi Kota Bharu dari wang kutipan zakat fitrah. Beliau menentang keputusan Jemaah Ulama’ Majlis keana beliau berpendapat bahawa zakat fitrah adalah hak kepada oang-orang miskin. Beliau berdasarkan ayat 60 dari surah al-Taubah :

Yang bermaksud : Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana

Haji Wan Musa menyatakan bahawa berdasarkan ayat ini tidak terdapat nas yang jelas yang mengharuskan pembinaan masjid dengan menggunakan duit zakat. Bagaimanapun Kaum Tua menegaskan bahawa pembinaan masjid diharuskan dengan duit zakat fitrah berdasarkan keumuman farasa fi sabilillahiaitu di jalan Allah.

4. Masalah usalli : Haji Wan Musa yang mewakili kaum muda berpendapat bahawa kalimah usalli ketika hendak mengerjakan solat adalah tidak sunat berdasarkan hadis Bukhari yang bermaksud : “Apabila kamu berdiri untuk sembahyang hendaklah kamu takbir..”

Di dalam masalah ini, beliau mempunyai pertentangan pendapat yang amat hebat dengan ulama-ulama yang lain yang sezaman dengannya seperti Haji Ibrahim Haji Yusof (Mufti negeri Kelantan pada masa itu) , Haji Yaakub Legor, Haji Omar Nuruddin, Tengku Mahmud Zuhdi dan lain-lain yang menyatakan bahawa kalimah usalli adalah sunat bedasarkan pandangan ulama fiqh mutaakhirin.

Manakala masalah ayat-ayat sifat yang menjadi pertentangan makruf di antara golongan Kaum Muda dan Kaum Tua, penulis tidak menjumpai fakta yang menyebut bilakah pertentangan ini berlaku. Ini kerana diketahui umum bahawa aqidah yang diajar oleh ulama-ulama tradisional pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah aqidah aliran ‘Asya’irah, namun bilakah pertembungan dari sudut aqidah ini mula muncul di negeri Kelantan masih menjadi persoalan kepada penulis. Adapun pertentangan peringkat nasional berlaku dengan kemuncul majalah al-Imam yang dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun penulis membuat hipotesis bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir yang mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah fiqh dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat melembutkan pendekatannya walaupun sebenarnya terus mengekalkan fahaman Kaum Muda.

Juga perlu disebutkan peranan seorang tokoh angkatan baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan idealisme Kaum Muda iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh, seorang ulama yang bukan sahaj memiliki perpustakaan poeribadi yang paling besar di negeri Kelantan, bahkan beliau telah mengarang dan menterjemah lebih daripada 100 buah kitab yang berunsur reformisme.


SENARAI RUJUKAN :

1. Saidul Amin (2002) Perdebatan Kaum Tua dan Kaum Muda di Minangkabau Dalam Beberapa Masalah Pemikiran Islam , Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hal. 1. Lihat juga T aha J a bir al-Alw a ni (1994) The Ethics Of Disagreement in Islam, Virginia , USA : IIIT, h.13.

2. Abu Zahrah, Mu h ammad (tt) T a r i kh al-Madh a hib al-Isl a miyyah, Kaherah : Dar- al-Fikr, hal. 11.

* Dinamakan ilmu kalan kerana pada awalnya ilmu ini didasari oleh perdebatan di antara dua kelompok uamt Islam berkenaan dengan qadim dan hadith nya “ Kalam Allah”. Perdebatan ini memakan masa yang panjang dan beralih sedikit demi sedikit daripada isu teologi kepada aliran politik sehingga mengakibatkan pertumpahan darah yang tidak sedikit. Di antara ulama yang terlibat secara langsung dalam isu ini ialah Imam Ibn Hanbal. Lihat Saidul Amin, op.cit, hal 2.

* Khawarij m erupakan satu golongan yang timbul selepas peristiwa tahkim di antara Ali dan Mu'awaiyah. Pada awalnya kelompok ini berada di pihak Ali dan tidak bersetuju dengan majlis tahkim. Dari sudut lain, mereka berpandangan bahwa tahkim ialah satu warisan kebudayaan jahiliyyah. Mereka lantas berpandangan bahawa sesiapa yang berpegang kepada tahkim darahnya menjadi halal dan wajib dibunuh. Lihat Saidul Amin, ibid. Lihat juga al-Shahrust a ni, Abu al-Fath Mu h ammad bin Abd al-Kar i m (t.t) al-Milal wa al-Ni h al , j.1, hal 114. Lihat juga laman web http://www.dorar.net/melal.asp?art_id=114 , capaian 10 Februari 2006.

* Syiah pada mulanya hanyalah satu aliran politik yang membela Ali dan berkeyakinan bahawa hak khalifah atau imamah hanya pada keturunan Rasulullah ( Ahl al-Bayt ), iaitu keturunan Ali dan Fatimah. Namun pada akhirnya kelompok ini yang bermula bermula dari aliran politik akhirnya berubah kepada aliran yang banyak membahaskan persoalan-persoalan akidah. Di antara pokok pemikiran mereka ialah imamah dan taqiyyah . Lihat Saidul Amin, op.cit , hal 3

* Mu'tazilah merupakan satu kelompok yang terlahir akibat perdebatan Hassan al-basri dengan muridnya Wasil bin 'Ata' berkenaan dengan pelaku dosa besar ( murtakib al-kabair ). Menurut Wasil pelaku dosa besar tidaklah mukmin dan tidak juga kafir. Mereka tidak layak untuk ke syurga atau ke nerakan tetapi di tempatkan di antar kedua-duanya ( manzilah bayna manzilatayn ). Di antara isu-isu utama pemikiran mu'tazilah ialah : al-Tawhid , al-‘Adl, Wa'ad wa al-Wa'id, Amr bi al-Ma'ruf wa nahy ‘an al-Munkar dan M anzilah bayna manzilatayn . Dinamakan mu'tazliah yang berrerti golongan yang berpisah kerana berpisahnya Wasil daripada gurunya Hassan al-Basri. Lihat al-Imam ‘Abd al-Qadir bin Tahir bin Muhammad al-Baghdadi (1994), al-Farqu Bayna al-Firaq, Dar al-Ma'rifah, Beirut , hal 29.

3. Muhammad Yusuf al-Qaradhawi (1983), Kritik dan Saranan Untuk Para Da'I, terj. ( Jakarta , Media Dakwah). hal. 217.

4. Ismail Awang (1987), Pengajian dan Tafsir al-Qur'an, Kota Bharu : Dian Darulnaim, 186-187.

5. Abdul Rahman Haji Abdullah (1998), Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan Aliran , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur , hal. 5. Lihat juga Karl Mannheim, “Conservative Tought” , dalam K.Mannheim, Essas on Sociolog and Socail Psycholog (London : outledge & Kegan Paul, 1966), hal 95 & 96.

6. Temuramah penulis dengan seorang tenaga pengajar (yang mahukan namanya dirahsiakan) di Pondok Lubuk Tapah, 26 Februari 2006.

7. Roger Garaudy (1982), Janji-janji Islam , terj. Jakata : Bulan Bintang, Jakarta , hal 223-224.

* Dalam konteks Malaysia , mazhab fiqh yang dipegang sungguh-sungguh oleh kaum tua ialah Mazhab Syafie.

8. Abdul Wahab Khallaf (1971), Ringkasan Sejarah Perundangan Islam, terjemahan Pustaka Aman Press, Kota Bharu. Hal 149-156.

9. Muhammad Kamal Hassan (1980), Muslim Intellectual Response to New Oder Modernization in Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur . Hal. xi.

10. Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan (1983), Islam dan Masyarakat Kita Bharu Sekitar Tahun 1900-1940 , dalam Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan, Islam di Kelantan , Persatuan Sejarah Malaysia , Kuala Lumpur . hal. 19

11. Haji Nik Mahmood Ismail (1926), Kitab Jografi dan Tarikh Negeri Kelantan , Kota Bharu : t.pnt, hal .15.

* Seorang ulama yang mendapat pendidikan di Masjidil Haram, Mekah. Beliau mengajar agam di surau kampungnya iaitu di Penambang. Lihat ibid.

* Haji Yaakub Legor (1892-1971) - Nama sebenarnya ialah Haji Yaakub bin Ismail bin Abdul Rahman, seorang ulama' yang bukan dilahirkan di Kelantan tetapi berkahwin dan menetap di Kelantan. Berasal dari Legor , Thailand dan mendapat pendidikan awal di Pattani. Sempat belajar dengan Tok Kenali di Kelantan. Menjadi salah seoang tenaga pengajar di Masjid Muhammadi sebelum peperangan dunia pertama tetapi akhinya meninggal dunia di Thailand . Lihat Ismail Awang (1996) Haji Yaakub Legor , di dalam Ismail Che Daud (1996) Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2) , Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu. Hal. 187.

* Haji Mahmud Zuhdi - Berasal dari Pattani dan menjadi Saikhul Islam di Selangor. Beliau datang ke Kelantan atas jemputan Datuk Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail (Perdana Menteri Kelantan) untuk mendengar hujah beliau mengenai masalah usalli dan niat. Lihat Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan, op.cit, hal 19.

* Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani (1880-1952) - Dilahirkan di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bahru. Melanjutkan pelajaran di Mekah sebanyak dua kali. Pernah membuka pondok di Penanti, Bukit Mertajam. Sebelum itu, beliau juga mendiikan pondok di Pasi Kasa, Sering dan juga Kampung Tapang. Mengarang kitab Matali' al-Anwar wa Majami' al-Azhar ang mengandungi jawapan-jawapan terhadap Ibnu Taimiyah. Meninggal dunia di Mekah pada 1952. Lihat ibid, hal. 18. Lihat juga Ismail Awang, op.cit, hal. 503-519

12. Muhammad Yusuf al-Qaradhawi (1987), Ijtihad dalam Syariat Islam, terj Jakarta Bulan Bintang, hal 1-5

* Muhammad bin Abdul Wahhab - Dilahirkan pada 1115H/1701M di ‘Uyainah, Arab Saudi. Mendapat pendidikan awal oleh bapanya sendiri, Syeikh Abdul Wahab. Seterusnya belajar di Mekah, Madinah dan Basrah. Berguru dengan ialah Syeikh Abdullah Ibarhim bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi. Terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Taimiyyah lalu mengasaskan penentangan terhadap pemerintah Mekah pada masa itu dengan bergabung dengan gerakan Bani Saud. Kuat menentang khurafat dan bid'ah. Lihat Zakaria @ Mahmood bin Haji Daud (1996), Muhammad bin Abdul Wahab, di dalam Prosiding Seminar Tokoh-tokoh Mujaddid Islam , Badan Perhubungan Penerangan Islam (BPP1) Selangor dan Wilayah Persekutuan, hal 20.

* Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M) - Kelahiran Afghanistan dan membesar di bandar Kabul . Nasabnya sampai kepada Husayn bin Ali r.a. Meneruskan pengajian di India dan diusir keluar oleh penjajah Inggeris dari bumi Afghanistan kerana meniupkan api kemerdekaan. Beliau seterusnya berpindah ke Mesir, namun diusir oleh pemerintah Taufik Basya akibat tekanan Inggeris. Beliau seterusnya berpindah randah ke India , Paris , London , Iran dan bersama-sama Syeikh Muhammad Abduh mengasaskan Urwatul Wusqa. Beliau menyeru kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dan meninggalkan taklid buta. Dituduh oleh sesetgah pihak bahawa beliau bermazhab Syiah Ja'fari namun ini dinafikan olehnya sendiri. Wafat di Iran pada tahun 1897M. Sesetengah pihak mengatakan bahawa beliau mati akibat diracun oleh sesetengah pihak yang tidak senang dengan perjuangannya. Lihat Samir Halabi, AlAfghani: Mu s li h Raghmu al-Jidal , laman web http://www.islamonline.net/Arabic/history/1422/12/article20.shtml . Capaian pada 20 Februari 2006.

* Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M) - Anak tempatan Buhairah, Mesir. Mendapat pendidikan awal di Masjid Ahmadi, Tanta sebelum meneruskan pengajian di al-Azhar. Berguru dengan Syeikh Darwisy, Muhammad al-Basyuni, Hassan al-Tawil dan juga Jamaluddin al-Afghani ketika datang ke Mesir. Dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan ‘Urubiyyah. Bergabung dengan Jamaluddin al-Afghani di Paris untuk menerbitkan Urwatul Wusqa yang kemudiannya disebar luas ke negara-negara Islam. Kembali ke Mesir pada tahun 1889 dan wafat pada tahun 1905. Lihat http://www.islamonline.net/Arabic/history/1422/07/article29.shtml.

* Rasyid Redha (1865M-1935M) - Murid Syeikh Muhammad Abduh dan pengasas majalah al-Manar. Dilahirkan di perkampungan persisiran pantai Lubnan. Mendapat pendidikan dari ayahnya ‘Ali Redha. Bertemu dengan Syeikh Muhammad Abduh di Beirut dan seterusnya berutus surat dengannya. Terpengaruh dengan pemikiran Syeikh Muhammad Abduh dan pernah cuba untuk bertemu dengan Jamaluddin al-Afghani tetapi tidak berjaya. Berhijrah ke Mesir pada 1898M dan mengasaskan majalah al-Manar pada tahun yang sama. Majalah ini menyeru kepada tajdid dan reformasi masyarakat secara menyeluruh dan besar-besaran. Majalah ini tersebar luas di dunia Islam. Beliau wafat pada 1935M. Lihat Ahmad Tamam, Rashid Redha : al-I s la h Yubda` bi al- S o h afah wa al-Ta'l i m, capaian pada 20 Februari 2006 menerusi internet. Laman web :

13. http://www.islamonline.net/Arabic/history/1422/08/article13.shtml

* Tuk Kenali (1870-1933) - Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad. Dilahirkan di Kg Kenali, Kubang Kerian pada tahun 1968 dan nama timangannya ialah Awang . Dibesarkan di zaman pemerintahan Sultan Muhammad II atau dikenali sebagai Sultan Mulut Merah . Pada tahun 1886, beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah dan di sanalah beliau mula didedahkan dengan idea reformasi. Sekembalinya ke Kelantan, beliau selalu berinteraksi dengan karya al-Manar dan al-Urwah al-Wusqa yang menyebabkannya terpengaruh dengan idea-idea reformasi. Pernah melawat Mesir pada tahun 1903 dan bertemu dengan Syeikh Muhammad Abduh. Pengarang pertama majalah Pengasuh (1918) dan di antara tokoh pengasas Majlis Ugama Islam (1915) dan Madrasah al-Muhammadiyah (1917). Meninggal dunia pada 19 November 1933 . Lihat Yusoff Zaky Yaacob (2001), Tok Kenali di dalam Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1)¸ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Kota Bharu, hal 255-266.

* Soal hukum-hakam yang kontroversi pada masa itu ialah soal usalli, niat, talkin dan masalah jilatan anjing.

* Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad (1873M-1939M) - Anak kelahiran Kota Bharu yang mewarisi ilmu dan amalan ayahandanya, Tuan Tabal. Menuntut ilmu di Mekah selama 5 tahun. Beliau mempelajari bidang-bidang tasawuf, fiqh dan usul serta mengamalkan tareqat Ahmadiah seperti bapanya juga. Dilantik menjadi mufti pada tahun 1909M menggantikan Haji Nik Wan Daud dan meletakkan ekoran beberapa kontroversi pada tahun 1916. Meninggal dunia pada tahun 1939. Lihat Ismail Awang, Mufti Haji Wan Musa , di dalam Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1)¸ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Kota Bharu, hal 385-397.

* Tok Khurasan (1875-1944) - Nama sebenarnya Abu Abdullah Sayyid Hassan bin Nur Hassan. Dilahirkan di Pakistan pada 1875M tetapi berhijrah dan menetap beberapa lama di Afghanistan . Menuntut ilmu di India dan merupakan seorang penuntut ilmu yang rajin. Beliau dikatakan tidak pernah tidur pada waktu siang hari selama 9 tahun. Menguasai lebih 10 bahasa dan berhijrah ke Singapura untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan seterusnya datang ke bumi Kelantan pada 1911M ketika usianya 37 tahun. Bertanggungjawab membawa masuk ilmu hadith buat kali pertama ke bumi Kelantan. Meninggal dunia pada 4 September 1944 . Jasadnya dikatakan mengeluarkan bau wangi semasa diusung ke perkuburan. Lihat Ismail Che Daud (2001), Tok Khurasan, di dalam Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1)¸ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Kota Bharu, hal 434-450.

* Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa (1900-1935) - Anak kepada Haji Wan Musa dan cucu kepada Tuan Tabal ini dilahirkan di Jalan Merbau, Kota Bharu poeada tahun 1900. Antara guru-gurunya ialah bapanya sendiri, Tok Khurasan dan Hj. Nik Wan Abdullah. Melanjutkan pengajian di Mekah. Di sana beliau terdedah dengan tariq Syah Waliullah al-Dehlavi. Apabila pulang ke Kelantan pada tahun 1934, beliau diberikan sambutan hangat oleh penduduk negeri Kelantan. Namun beliau hanya sempat berada selama 8 bulan bersama masyarakat Kelantan kerana akhirnya dipanggil mengadap Allah pada 24 Mei 1935. Lihat ibid, hal 47.

* Datuk Haji Muhammad bin Haji Muhd Said - Beliau lebih dikenali sebagai Datuk Laksamana merupakan seorang tokoh yang amat berminat dengan agama. Anak tempatan Kota Bharu yang pertama yang belajar di Mesir dan bersimpatai dengan perjuangan Syeikh Muhammad Abduh. Pada 1922, beliau menerbitkan sebuah novel terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang diberi nama Citra Kecurian Lima Million Ringgit . Lihat Nik Abdul Aziz, op.cit, hal 16

* Antaranya mengikut pandangan penulis ialah Abdullah al-Qari bin Haji Salleh, seorang penulis dan tokoh ilmu yang terkenal buat masa sekarang di bumi Kelantan. Lihat temuramah bersama Majalah I (Januari 2006), Kumpulan Karangkraf, Kuala Lumpur , hal 23-29.

14. Pidato pendek yang dibaca di atas kubur pada akhir upacaa pengebumian seseorang yang mati dan di dalamnya terkandung nasihat-nasihat untuk si mati bagaimana menjawab soalan-soalan malaikat penyoal nanti. Kaum Muda menyatakan amalan ini adalah bid'ah. LihatWilliam R.Roff (1975), Nasionalisme Melayu, terj. Ahmad Boestaman, Universiti Malaya, Kuala Lumpur . hal. 87

* Talfiq mazhab - Konsep ini membawa makna tidak teikat dengan mana-mana mazhab tertentu tetapi beramal menurut pendapat-pendapat yang diyakini paling kuat sahaja sekalipun ia merupakan pandangan dari mazhab lain.

* Dr. Buhanuddin al-Hilmi - Kemudiannya terkenal sebagai tokoh politik di Tanah Melayu. Beliau pernah memegang jawatan Presiden Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan seterusnya sebagai Yang diPertua Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS)

* Haji Ibrahim Haji Yusof (Mufti negeri Kelantan pada masa itu) - Dilahirkan pda 1872 dan meninggal dunia pada tahun 1952. Beliau di sebelah bapanya berasal daripada Minangkabau dan sebelah emaknya daripada Jawa. Semenjak kecil belajar di Mekah dan berhijrah ke Kota Bharu dengan menetap di Banggol. Beliau menjadi mufti Kelantan antara tahun 1928 hingga tahun 1941. Lihat Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, op.cit, hal 59.

15. Lihat Ismail Awang, Mufti Haji Wan Musa , di dalam Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1)¸ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Kota Bharu, hal 389.