Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Selasa, Oktober 26, 2010

Pandangan Imam As-syahid Hassan Al Banna mengenai perkara khilafiah dan penghormatan terhadap ulama

Al Banna menukilkan beberapa kisah berkenaan perkara ini dalam bukunya yang terjemahannya diberi tajuk Detik-detik Hidupku- Hassan Al Banna. Saya suka berkongsi berkenaan perkara ini disebabkan saya melihatkan kecenderungan sesetengah pihak yang gemar membidaahkan orang, mewahabikan , menyesatkan manusia lain, mengeluarkan mereka daripada Ahlussunnah wal jamaah dan sebagainya. Amat malang perbezaan ini buka sahaja berlaku di kalangan alim ulama dalam jiwa yang lapang dan penuh mahabbah tetapi dilontarkan persoalah khlafiah ini ke tengah-tengah masyarakat umum yang kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sudut-sudut terpencil dalam agama.


Satu malam, saya merasakan ada satu perkara anih berlaku. Saya dapati para pendengar berada di dalam keadaan kelam kabut. Mereka telah berpecah kepadabeberapa kumpulan berlainan. Sebaik saja saya mula berceramah, satu soalan telah dikemukakan oleh salah seorang pendengar.

Dia menyoal, ‘Apakah pendapat tuanmengenai at-tawasul?’ Saya menjawab, ‘Saya agak bukan perkara ini saja yang awak ingin tahu. Awak akan bertanya begitu dalam sembahyang dan salam selepas azan. Awak akan bertanya sama ada surah Al-Kahfi dibenarkan dibaca pada hari Jumaat
atau tidak. Awak juga akan bertanya sama ada perkataan ‘Saidina’ patut disatukan dengan nama Rasulullah s.a.w. atau tidak. Awak akan bertanya di manakah ibu bapa Rasulullah s.a.w. ditempatkan selepas mereka mati dan dimanakah mereka berada sekarang. Awak akan bertanya sama ada pahala membaca Al-Quran sampai kepada orang mati atau tidak. Awak akan bertanya sama ada perhimpunan ahli-ahli sufi dan ahli-ahli Syariah merupakan satu dosa atau satu jalan menuju Allah.’


Kata-kata saya itu merangkumi semua persoalan-persoalan yang telah memecah-belahkan mereka selama ini. Orang yang bertanya terpegun mendengar kata-kata saya itu. Dia berkata, ‘Ya, saya tahu jawapan kepada semua persoalan itu.’ Saya menjawab, ‘Saudaraku, saya bukanlah seorang ulamak. saya hanya seorang guru. Saya telah mempelajari beberapa ayat Al-Quran dan juga hadith.. Saya juga mengkaji beberapa tajuk yang menyentuh Islam dan mengetahui sedikit
sebanyak mengenai Syariat Islam.


Saya menjalankan dakwah Islamiah secara sukarela. Apabila kamu keluar (meninggalkan) dari perbincangan ini, sesungguhnya kamu telah melukakan saya. Silalah memberi perhatian andainya awak suka mendengar ceramah saya dan menganggapnya berfaedah. Jika awak ingin mengetahui lebih banyak, awak bebas berjumpa para ulamak lain.

Awak akan mendapat jawapan kepada soalan-soalan tadi dari para ulamak yang mampu menolong awak. Saya telah menyampaikan segala yang saya tahu kepada awak. Awak memberi tanggungjawab kepada seseorang menurut kemampuannya.’ Orang yang menyoal saya tadi kagum dengan kata-kata saya itu.


Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Dengancara ini, saya telah berupaya mengelak kekecohan dari berlaku. Kebanyakan para hadirin berpuas hati dengan penjelasan saya. Tanpa melepaskan peluang, saya pun berkata kepada mereka“Saudara-saudara ku yang dikasihi. Saya sedar penyoal tadi dan kebanyakan awak semua ingin tahu saya menyebelahi aliran yang mana satu. Awak semua ingin tahu sama ada saya menyebelahi aliran Syeikh Moosa atau aliran Syeikh Abdus-Sami.


Pertanyaan begini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Awak semua telah mensia-siakan lapan tahun di dalam pertikaian dan politik kepartian. Sekarang awak semua perlu berhenti dari kegiatan tersebut. Orang-orang Islam berbeza pendapat di dalam perkara-perkara tadi selama berabad abad dan perbezaan-perbezaan itu masih berterusan. Allah suka kita semua berkasih sayang dan bersatu. Allah tidak suka semua bertikai dan berselisih. Saya berharap awak semua sekarang sanggup berjanji kepada Allah untuk menjauhkan diri dari perbincangan-perbincangan yang merosakkan.


Berusahalah mempelajari dasar-dasar Islam. Kemudian ikutilah dasardasar itu dengan cara yang sebenar benarnya. Ambillah dasar-dasar Islam dan laksanakanlah. Tinggalkanlah amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan ikutilah kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. agar hati awak semua menjadi terang dan jernih. Tujuan kita yang sepatutnya ialah mengikuti dasar-dasar Islam.



Kita tidak menekankan kepada sesuatu aliran pemikiran tertentu.” “Kita akan berupaya menyuarakan pendapat-pendapat kita di dalam suasana yang penuh keyakinan dan persefahaman jika terpupuk sifat kasih sayang dan amanah di kalangan kita. Saya yakin awak semua akan menerima dan berpegang dengannasihat saya ini.”


Rayuan saya ini sangat berkesan. Kami bersurai setelah berikrar untuk bekerjasama antara satu sama lain di dalam usaha menyebarkan Islam dan di dalam usaha menjauhi perkara perkara khilafiah. Setiap orang bebas berpegang dengan pendapat masing-masing schinggalah Allah yang Maha Besar sendiri memberi keputusan muktamad. Selepas perbincangan tersebut, kami pun meneruskan usaha dakwah Islamiah dengan aman. Kini saya menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan persaudaraan dan kerjasama di kalangan orang-orang beriman. Saya berusaha memupuk ciri-ciri persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiah) di kalangan mereka.


Kadang kala saya menyentuh perkara perkara khilafiah yang tidak menjadi punca perbalahan di kalangan mereka. Saya bertindak begitu untuk menunjukkan kepada mereka cara orang-orang bertakwa di zaman dahulu bertolak ansur di antara satu sama lain walau pun mereka berbeza pendapat.



Satu contoh
Teringat saya kepada satu peristiwa yang berkaitan dengan masalah khilafiah. Masalah itu saya bentangkan kepada para hadirin. Saya bertanya mereka, ‘Siapakah di antara kamu ini bermazhab Hanafi?’ Seorang lelaki pun bangun dan mendekati saya.


Kemudian saya bertanya lagi, ‘Siapakah di antara kamu ini bermazhab Syafi’e?’ Bangun lagi seorang lelaki dan mendekati saya setelah mendengar soalan itu. Kemudian saya memberitahu para hadirin bahawa kedua orang lelaki tadi akan bersolah dengan berimamkan saya sendiri. Kemudian saya menyoal lelaki Hanafi tadi, ‘Wahai Hanafi, apakah amalan awak mengenai pembacaan surah Al- Fatihah?’


Lelaki Hanafi itu menjawab, ‘Saya berdiam diri dan tidak membaca Al-Fatihah’. Seterusnya saya bertanya lelaki Syafi’e pula, ‘Wahai Syafi’e, apa pula yang kamu buat?’ Jawabnya, ‘Saya membacanya.’ Seterusnya saya bertanya, ‘Apakah pendapat awak mengenai solah yang dilakukan oleh saudara yang bermazhab Hanafi itu?’ Dia menjawab, ‘Solahnya tidak sah kerana dia tidak membaca Fatihah bersama Imam. Membaca Fatihah ialah salah satu rukun solah.’


Kemudian saya menyoal lelaki Hanafi pula, ‘Apakah pendapat awak mengenai saudara awak yang bermazhab Syafi’e tadi?’ Dia menjawab, ‘Dia telah melakukan satu perkara yang Makrooh-i-Tahrim. Membaca Fatihah bersama Imam adalah perbuatan Makrooh-i-Tahrim’. Seterusnya saya bertanya mereka berdua, ‘Sanggupkah awak memusnahkan akidah masing-masing lantaran perbezaan taddi?’ Kedua mereka menjawab serentak, ‘Sudah tentu tidak’. Kemudian saya bertanya para hadirin,‘Adakah awak semua akan menegur (mengkritik) mereka?’ Mereka menjawab, Tidak’.



Saya menyambung, ‘Puji-pujian bagi Allah. Awak semua kini boleh berdiam diri di dalam persoalan penting mengenai sah atau tidak sahnya solah seseorang. Tetapi awak tidak boleh bertolak ansur apabila seseorang ahli solah mengucap Allahumma Salli A’la Muhammadin atau Allahumma Salli A’1a Sayyidina Muhammadin. Perkara kecil ini awak jadikan punca pertikaian sehingga menyebabkan kekecohan besar.’


Cara saya berdakwah ini terbukti berkesan. Orang ramai mula memperbaiki sikap mereka terhadap satu sama lain. Mereka telah sedar bahawa Islam itu mudah dan luas. Dalam Islam, seseorang tidak boleh mengongkong seseorang lain. Pusat penumpuan di dalam Islam ialah Allah dan Rasul-Nya. Kemudian para anggota Ummah dan para pemimpinnya pula menjadi tumpuan.


SIKAP IMAM TERHADAP ULAMA YANG BERBEZA PENDAPAT

Saya mengambil sikap menghormati para ulamak di situ dan mengelak diri saya dari bertelingkah dengan mereka ketika saya menyampaikan ceramah atau syarahan. Jika seseorang ulamak muncul ketika saya menyampaikan ceramah, saya akan berundur diri dan memperkenalkannya kepada para hadirin. Sikap saya ini membawa kesan yang baik kepada para ulamak tersebut sehingga mereka selalu memuji saya.



Teringat saya kepada satu peristiwa yang berkaitan dengan perkara ini. Ada
seorang Syeikh Al-Azhar (yang bernama Syeikh Abdus Salaam) yang telah menghabiskan banyak tahun di dalam sistem pengajian Al-Azhar yang lama. Dia gemar berbincang dan selalu memberi masalah kepada para penceramah dengan menimbulkan persoalan-persoalan luar biasa.



Dia gemar berbincang tajuk-tajuk dan huraian-huraian yang diambil dari bahan-bahan rujukan lama. Satu hari dia cuba melibatkan saya di dalam perbincangannya itu. Ketika itu saya sedang menceritakan kisah Nabi Ibrahim a.s. kepada para hadirin. Dia bertanya kepada saya nama bapa Nabi Ibrahim a.s. Saya senyum dan menjawab, “Maulana Syeikh Abdus Salaam.


Adalah dipercayai nama bapanya ialah Tarikh dan nama bapa saudaranya ialah Azar. Tetapi di dalam Al-Quran, nama bapa Nabi Ibrahim disebut Azar. Tidak salah jika Azar dianggap bapa saudaranya kerana di dalam kamus Arab, bapa saudara kerap kali dianggap bapa. Setengah pentafsir berpendapat bahawa Azar adalah nama berhala.



Yakni Azar bukanlah nama bapanya atau bapa saudaranya. Huraian ayat Al-Quran: (s. An-An’aam .74)
Maksudnya:

“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar. Mengapakah engkau mengambil berhala-hala sebagai tuhan-tuhan?”


Yang di mana ayat ini boleh membawa erti ‘Dan ingatlah ketika Ibrahim



berkata kepada bapanya tinggalkan Azar. Mengapakah engkau mengambil berhala berhala sebagai tuhan-tuhan?”. Syeikh itu tidak ingin perkara itu berakhir begitu saja. Dia berkata, ‘Nama bapa Nabi Ibrahim ialah Tarukh, tetapi awak menyebut Tarikh.’ Saya membalas, ‘Namanya mungkin juga Tarukh. Walau bagaimanapun, nama itu bukanlah nama Arab. Sebutan nama yang betul tertakluk kepada sejauh mana kita mengetahui bahasa itu. Apa yang penting ceramah ini bertujuan memberikan nasibat dan gambaran.’



Syeikh itu terus mengganggu saya dengan cara itu setiap kali saya memberi ceramah. Tujuannya ialah hendak menyuraikan para hadirin dengan tajuk-tajuk perbincangan yang beku agar medan dakwah terletak di tangan para ulamak saja. Saya pun menyusun satu rancangan untuk menyekat kegiatan Syeikh itu. Saya menjemput



dia ke rumah dan mengalu-alukan kedatangannya. Saya menghadiahkan dua buah buku mengenai ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Saya memberitahunya saya sedia menghadiahkan sebarang buku yang dia suka. Dia sangat gembira mendengar katakata saya itu. Semenjak itu dia menghadiri majlis ceramah saya dan mendengar dengan penuh perhatian. Di samping itu, dia juga menasihati orang ramai supaya datang mendengar ceramah saya. Betapa indahnya sabda baginda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud:
“Hendaklah kamu bertukar-tukar hadiah antara satu sama lain kerana hal ini
akan mewujudkan kasih sayang di antara kamu.


Inilah buah fikiran yang tercetus dari seorang ulama yang ikhlas ini . Amat malang apabila saya melihat ramai daripada kita yang "anak-anak" ini begitu mudah melontarkan kenyataan "enta sesat , enta wahabi, mereka bukan ASWJ dan sebagainya sehingga perkara ini menjadi perkara yang begitu enak dilafazkan walaupun perbezaan itu hanya berdasarkan perbezaan berbentuk cabang sahaja, bukan pokok.