Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Disember 31, 2009

SUDUT PIDATO DI IPGM ? MAMPUKAH IA DIREALISASIKAN?

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.

“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.

“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan antara IPT 2009 di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dr. Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Abdul Rahman, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan UIAM turut menyediakan wang tunai bernilai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abdul Rahman dinobatkan pemenang kategori pidato bahasa Melayu dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ain Anissa Mohamed bagi kategori bahasa Inggeris.

Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPT dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu.

Menurut Saifuddin, pindaan AUKU 1975 itu memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.

Jelasnya, mahasiswa dapat menggunakan platform tersebut untuk berhujah dan berbincang mengenai isu semasa secara lebih meluas termasuk melibatkan isu-isu politik tanah air.

“Kita berharap ia dapat meningkatkan kualiti lapan teras kokurikulum di universiti.

“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.

Isnin, Disember 07, 2009

Pengenalan Program Dakwah Lapangan Dalam Masyarakat-hebahan kedua

Program "Sayengi Sek-sek Kito"


Anjuran: Segolongan anak muda sayangkan umat
Tarikh: 15/12/09 (Selasa)
Tempat: KB Mall
Keperluan: Anak-anak muda yang berani
menyahut cabaran ummah
Masa: 0800 - 1400


Objektif:
  1. Memberi pendedahan kepada para penggerak dakwah tentang aktiviti dakwah di lapangan yang melibatkan masyarakat yang pelbagai karenah.
  2. Mendekatkan masyarakat dengan para penggerak dakwah dan mendekatkan para penggerak dakwah dengan masyarakat.
  3. Menonjolkan keprihatinan segolongan generasi muda terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melibatkan generasi muda.
  4. Memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam mengaplikasikan ilmu agama yang dimiliki dalam membantu menggerakkan ummah yang kian lena.
Pendekatan:
  1. Berbual-bual tentang perkara-perkara santai dengan para mad'u (golongan sasaran)
  2. Mengedarkan risalah -risalah santai berkaitan beberapa isu seperti gejala sosial, aurat dan sebagainya.
  3. Mengedarkan borang kaji selidik berkaitan isu-isu remaja kepada mad'u.
  4. Menonjolkan akhlak Islamiyah dari sudut pemakaian, tutur kata, bahasa badan dan pemikiran.
Golongan Sasaran:

Semua lapisan masyarakat

Keperluan:
  1. Keikhlasan kerana Allah
  2. Kefahaman tentang Islam
  3. Keberanian
  4. Perasaan sayang akan ummah


Berminat?:

Keterangan lanjut dan pendaftaran. Sila hubungi:

Akh Zhafri : 019-4554508 (Muslimin)
Ukht Afifah : 013-6104964 (Muslimat)


Selasa, Disember 01, 2009

Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY) sebagai satu ikatan antara wadah-wadah di Pulau Pinang


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog saya tidak kira di mana jua anda berada, moga Allah sentiasa merahmati anda semua. Ini merupakan beberapa cetusan pemikiran saya berdasarkan beberapa perkara yang saya lakukan sepanjang tahun ini. Mungkin ia akan diadakan secara bersiri selepas ini ,yakni akan ada sambungan , dan mungkin ia akan terus tertutup hanya dengan artikel ini.

Saya pada kali ini ingin bercakap mengenai pandangan saya sebagai seorang individu kecil dalam beberapa persatuan dan pertubuhan yang saya sertai. Ini hanyalah sebagai coretan sisi setelah begitu lama diri ini begitu tegar untuk menulis disebabkan komitmen lain yang semakin mendengkam terutama program yang bertali arus. Bersyukur kali ini!

Apa pandangan saya berkenaan dengan Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY)?
Hampir 9 bulan saya mengambil alih jawatan sebagai pengerusi JUNDIYY yang sebelum ini dipegang oleh Akh Izzat Anwari Hasni.Secara jujurnya saya ingin berada di dalam JUNDIYY walaupun dengan hanya memegang jawatan kecil disebabkan saya melihat JUNDIYY sebagai satu saluran untuk menyatukan "suara-suara" yang ada antara wadah-wadah di Pulau Pinang.

Saya dapati ini merupakan satu kepentingan kepada wadah-wadah dakwah untuk memikul satu kesatuan yang mampu memberi impak yang baik kepada sebarang permasalahan yang timbul terutama yang berkaitan dengan "serangan" terhadap Islam , perang pemikiran dan penghinaan terhadap Islam serta beberapa isu yang boleh disepakati bersama antara wadah. Agak tertarik dengan kata-kata Muallim Nuruddin Bashah , koordinator Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) yang menyatakan bahawa musuh Islam tidak takut kepada individu , tetapi akan berasa gerun bila berhadapan dengan jemaah atau penyatuan antara wadah-wadah.

Apabila memegang jawatan ini sebenarnya saya "terpaksa" untuk berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap semua wadah tanpa sebarang kecondongan terhadap mana-mana wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Saya merupakan Setiausaha Agong Karisma Pulau Pinang bagi sesi 2009/2010 namun ini tidak bermakna saya akan menyelitkan sebarang "kritikan " atau celaan, atau ajakan secara halus terhadap wadah-wadah lain.

Saya suka mengambil kata-kata daripada guru saya yang amat saya hormati ,Maulana Asri Yusoff, "setiap orang ada sumbangannya sendiri , tabligh ada cara dia, PAS ada cara dia, kita kena terima dan berlapang dada sebarang perbezaan tersebut" .Saya melihat apabila kita bersikap taksub terhadap jemaah kita sendiri kita sebenarnya menutup pintu untuk bersikap lebih terbuka,tidak mampu menerima pendekatan orang lain , menutup pintu pemikiran dan mengahalang perbezaan pendapat (yang saya berpendapat amat tidak rasional) dan sebagainya. Namun , saya sedari wadah yang saya maksudkan adalah wadah yang diakui "ketsiqahannya" dan diterima sebagai wadah yang diterima.

Ini tidak bermaksud saya ini menyeru kepada taadud(kepelbagaian atau berbilang-bilang ) jemaah ,tetapi saya suka melihat bahawa setiap setiap jemaah atau wadah-wadah mempunyai sumbangan sendiri ,mempunyai jasa dan peranan sendiri. Tabligh dengan cara mereka sendiri dan kita tidak boleh menafikan bahawa dengan jasa tablighlah , ramai golongan marhaen mula melihat Islam.

Begitu juga dengan KARISMA -JIM yang mungkin lebih fokus kepad profesional termasuk golongan mahasiswa, wadah-wadah lokaliti seperti Persatuan Mahasiswa Islam atau persatuan Agama Islam yang menjalankan tugas mereka sehabis mampu di lapangan dakwah lokaliti. Hizbi-PAS juga beperanan lebih kepada siyasi tarbawi dan sebagainya.

Amat tidak adil bila kita menyatakan bahawa kitalah jemaah yang sebenar dan paling sempurna sehingga saling kritik dan mencerca kumpulan yang bukan dari golongan kita. Amat malang perkara ini berlaku kepada kepimpinan atasan yang seolah-olah menjadikan dakwah adalah menyeru kepada tanzim bukan dakwah yang menyeru kepada Allah .Mereka seolah-olah meletakkan bahawa sesiapa yang masuk wadah lain tidak akan masuk syurga Allah. Saya berlindung daripada pemikiran yang sempit lagi dangkal ini.

Melalui JUNDIYY, kita akan berganding bahu atas perkara yang disepakati dan akan berlapang dada terhadap sebarang perselisihan yang timbul sepertimana yang diungkapkan oleh Imam Hassan Al Banna. Mungkin sesetengah wadah itu merasakan mereka yang terbaik disebabkan gerak kerja, kemampuan mereka menarik ramai golongan sasar semasa program dan sebagainya, namun apabila berada di dalam JUNDIYY sepatutnya perkara atau perasaan ini tidak akan timbul. Apabila kita rasakan kitalah yang terbaik , dikhuatiri kita sebenarnya menutup salah satu pintu untuk berlapang dada dalam gerak kerja Islam.

Di dalam JUNDIYY sendiri terdapat 10 wadah yang berdaftar dan yang masih belum berdaftar , tetapi diakui "sah" dan setiap daripada tersebut mempunyai pendekatan , golongan sasar, dan pandangan yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Namun ,ingin saya tegaskan di sini , ini tidak bermaksud kita akan berpecah hanya disebabkan benda-benda kecil seperti ini.

Sejarah suatu ketika dahulu pernah mencatatkan bahawa wujudnya golongan yang taksub mazhab sehinggakan setiap penjuru kaabah ada seorang imam yang mengimamkan jemaah yang mewakili setiap mazhab. Perkara yang bidaah lagi menyeleweng ini akhirnya berjaya dibanteras oleh seseorang yang bernama Muhammad Ibnu Wahab . Amat menyedihkan perkara ini berlaku di dunia Islam dan ditempat yang suci lagi mulia, iaitu Tanah Haram. Dan secara hakikatnya saya menyedari dengan sebenarnya mazhab itu tidaklah kita boleh menyamakannya dengan wadah . Ini hanyalah satu perumpamaan yang kecil tetapi lebih terarah maksudnya.

Sepertimana yang pernah saya dan Akh Izzat Anwari tekankan dalam beberapa program JUNDIYY (sebagai contoh SIMPOSIUM BRING ISLAM BACK) yang lepas ,Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah ini bukan merupakan satu jemaah atau tanzim baru , tetapi merupakan satu "ikatan" yang mengikat wadah-wadah di atas perkara-perkara yang disepakati seperti isu-isu penindasan terhadap ummat seperti yang berlaku di Palestina dan selatan Thai, gejala sosial, murtad, Islam Liberal , ajaran sesat dan penghinaan terhadap kesucian Islam sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang .

Mungkin terdapat sesetengah wadah yang "kurang" dari segi ini ,dan ada wadah yang "pakar" dalam perkara seumpama ini. Jadi, melalui penyertaan ke dalam JUNDIYY , kita cuba menyemai perasaan bahawa perkara yang "boleh disepakati" ini sepatutnya menjadi "sebahagian daripada gerak kerja atau pemikiran kita" . Ini bermaksud, bukan hanya sesetengah wadah sahaja yang akan bercakap tentang bahaya Islam Liberal, tetapi melibatkan semua wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Dan saya berlindung dengan Allah dari pemikiran bahawa JUNDIYY lah yang terbaik dari segi pemikiran dan sebagainya. Saya melihat JUNDIYY hanyalah sebagai satu "alat" bukan satu tujuan .

Sebelum ini, semasa Pengerusi masih dipegang oleh Akh Izzat Anwari, beliau membawa JUNDIYY kepada forum Islam Liberal , namun kali ini saya masih tidak begitu berkesempatan dalam "membawakan " isu ini. Moga semester depan memberi kita semua semangat untuk terus berjuang dalam perjalanan yang sungguh panjang ini. Seperti petikan kata-kata emas Sang Mujadid Ibn Qaiyyim Al Jauziyyah-Perjalanan seorang daie itu sungguh panjang dan meletihkan. orang yang lalai akan bertanya ,"mengapa engkau rela melelahkan diri kamu seperti ini?" jawab sang daie dengan pasti, "aku mengharapkan pengistirehatan yang kekal di akhirat kelak".

Saya begitu optimis bahawa JUNDIYY akan terus mekar sebagai satu ikatan antara wadah-wadah terutama wadah-wadah mahasiswa di Pulau Pinang. Saya suka menekankan bahawa saya ini hanyalah perantara , bukan orang yang mampu menentukan halatuju sesebuah wadah yang bernaung di bawah JUNDIYY. Moga-moga anda semua sentiasa berada dalam rahmatNya dalam perjalanan yang sungguh memenatkan ini. Salam satu perjuangan untuk anda semua.

Bersatu Memikul Dakwah Ilaihi Rabbi,

Ahmad Zhafri bin Md Noor
Science Education
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang
+60194554508


KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.

Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.

25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.

KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.

Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.

Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.

Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.

Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.
--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)



--

ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD

Program Sayengi Sek-sek kito- Dakwah Turun Ke Lapangan

Program "Sayengi Sek-sek Kito"-program Daie Turun Ke Lapangan Masyarakat

Lokasi : KB MALL Kota Bharu

Tarikh : 15 Disember (Selasa)

Masa : bermula kumpul jam 8 pagi (datang awal sebab nak briefing program )

Anjuran: segolongan manusia yang ingin menggerakkan dakwah kepada anak-anak muda yang jauh dari bi'ah solehah . Sang daie turun ke lapangan sebagai sebahagian daripada dakwah fardhiah kita. Kami tidak terikat kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan , tetapi bergerak dengan inisiatif sendiri.

Bayaran : Infaq (untuk fotostat bahan-bahan edaran)

Cara pengoperasian : Mengedarkan risalah berkenaan dengan bahaya zina, couple, hiburan melampau , tutup aurat dsb kepada golongan sasar di KB Mall. Kita juga akan mengedarkan borang survey untuk diisi oleh pengunjung di sana

Target peserta (pendakwah) : Orang suka menginfakkan sebahagian masa ke jalan Allah . Rela menginfakkan wang untuk ke program ini (kenderaan , minyak , fotostat , makan minum sendiri dan kredit hand phone). Diberi penekanan kepada peserta-peserta daripada Institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi (IPT) . Yang sudah bekerja amat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Akh Zhaf (019-4554508) dan Ukht Afifah (013-6104964)

Ahad, November 29, 2009

Erti sebuah pengorbanan

Anda akan dikira sebagai seorang pejuang sendainya anda
@ rela menegakkan kebenaran walaupun bersendirian
@ tidak gemar duduk sahaja melihat kemungkaran yang berlaku keliling anda
@ duit anda dihabiskan seumpama mencurahkan air ke pasu kecil tanpa merungut
@ rela berlapang dada walaupun orang yang lebih muda daripada anda mencabar kewibawaan anda
@ bersedia untuk dibenci hatta oleh orang yang paling anda sayangi
@ mempunyai jiwa yang sensitif
@ bergerak kerja tanpa henti
@ tidak mengharapkan populariti
@ mempunyai ketegasan dalam perjuangan
@ mempunyai halatuju yang jelas dalam hidup
@ "mengetuk" orang lain bukan "diketuk " orang lain
@ gemar membaca dan mengkaji
@ gemar berprogram

Khamis, November 26, 2009

Katakan Tidak Pada Wahabi

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.



Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.

Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.

Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.

Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.


Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi.

Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut.


Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat.


Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.



Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat.

Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi’i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi’i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua).

Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.

Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi’i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.

Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan.

Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya.

Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT.

Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi.


Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din.

Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali.

Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004: “Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat.

Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja.

Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya.

Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri.

Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’.

Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan.

Rabu, November 25, 2009

Sang Murabbi berkata-himpunan kata-kata menusuk kalbu

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)



Lahirku di Kampung Al-Jaurah,

Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,

Tercetus perang 1948, familiku berpindah,

Mengharung kaki menuju Ghazzah.

Tika asyik beriadah bersama teman,

Malang menimpa, aku terhumban,

Lumpuh seluruh badan,

Namun, kutekad kekuatan,

Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,

Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,

Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,

Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,

Hati yang terhiris itulah,Yang kubawa ke Mesir gagah,

Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,

Berkhutbah di masjid, akulah khatib,

Akulah pengasas Majma' Islami,

Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,

Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,

13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,

Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,

Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,

1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,

Dihukum penjara seumur abadi,

Ditambah 15 tahun lagi,

Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,

Pandangan kananku hilang mutiara,

Mata kiriku kabur, terseksa didera,

Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,

Aku dibebas dengan janji payah,

Antara Jordan & Israel laknatullah,

Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihatIntifadah Aqsa, bangkitnya ummat,

Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,

Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,Malam Isnin aku bersolat sendiri,

Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,

Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,

Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,

Usai solat Subuh, tiada lama hanya,

Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,

Tiada rasa nyeri, pulanglah,

Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,

Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,

Duniaku, pisahlah,Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!

Siapa kamu?

Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?


AS-SYAHID SYEIKH AHMED YASSIN


Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakultifakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak. Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan sematamata,bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.-SYEIKH ABUL A'LA AL MAUDUDI



PETIKAN 1

Apabila usaha dakwah Islam berhadapan dengan tekanan, tahanan dan tali gantung maka ia benar-benar menjadi suatu jihad yang berat; menuntut pengorbanan. Itulah masa bersungguh, bukan masa main-main. Ketika itu jelaslah siapa yang benar-benar mengerti apa ertinya dakwah, jerih parah berjihad dan pengorbanan kerana Allah, dan siapa pula yang hanya ingin berdakwah dengan senang lenang, tanpa usaha, tanpa pengorbanan yangsewajarnya. Seolah-olah mereka lupa firman Allah yang berbunyi:

ُمُهْت.س.م مُكِلْبَق نِم ْاْوَلَخ َنيِذ.لا ُلَث.م مُكِتْأَي ا.مَلَو َة.نَجْلا ْاوُلُخْدَت نَأ ْمُتْبِسَح ْمَأ

ىَتَم ُهَعَم ْاوُنَمآ َنيِذ.لاَو ُلوُس.رل ا َلوُقَي ى.تَح ْاوُلِزْلُزَو ءا .ر.ضل ا َو ءاَسْأَبْلا

َق ِهّللا َرْصَن .نِإ .َأ ِهّللا ُرْصَن ٌبيِر ) 214 (

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal kamu belum mengalami apa yang telah dialami oleh manusia sebelum kamu. Mereka telah menderita kesusahan dan keperitan hingga bergegar (keimanan) mereka. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya tertanya-tanya: “Bilakah gerangan datangnya perto]ongan Allah” (Insaflah) bahkan pertolongan Allah itu hampir jua.”

(Surah Al-Baqarah: 214)


Allah berfirman lagi:

ا.مَلَو َة.نَجْلا ْاوُلُخْدَت نَأ ْمُتْبِسَح ْمَأ َمَلْعَيَو ْمُكنِم ْاوُدَهاَج َنيِذ.لا ُهّل ل ا ِمَلْعَي

َنيِرِبا.صلا ) 142 ( ُهوُمُتْيَأَر ْدَقَف ُهْوَقْلَت نَأ ِلْبَق نِم َتْوَمْلا َنْو.نَمَت ْمُتنُآ ْدَقَلَو

َنوُرُظنَت ْمُتنَأَو ) 143 (

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang benjihad dan siapa pula yang sabar. (Pada hal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk benjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan di hadapan, kamu masih teragak-agak.”

(Surah Al-Imran: Ayat 142—143)



PETIKAN 2

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang
menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi
sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu
hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat
manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh partiparti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya. - SYEIKH MUSTAFA MASYHUR



Sesungguhnya kebenaran tidaklah mengasingkan dirinya dari fitrah.Tetapi hawa nafsulah yang mendindingi kebenaran dengan fitrah, hawanafsulah yang menyebarkan kelam kegelapan, mendindingi pendapat pemikiran menutupi jalan dan menyembunyikannya. Ianya tidak tertewas oleh hujah, tetapi ianya tertewas oleh ketakwaan. Tertewas oleh ketakutan kepada Allah dan muraqabah kepada-Nya ketik a tersembunyi dan secaraberterangan. Daripada ini nyatalah bahawa Al-Furqanlah (Al-Quran) yang menyinari pandangan dan menghilangkan segala kesamaran serta membuka (menjelaskan) jalan.-Abdullah Nasih Ulwan

"Ana tidak pernah percaya bahawa masa di universiti kita berlatih untuk ke lapangan masyarakat yang sebenar. Ana percaya kita sebenarnya kita sebenarnya walau di alam kampus adalah seorang yang bekerja dalam alam sebenar."-Jangan masa kampus saja aktif masa kerja ,masa kahwin semua slow"- Ustaz Hafiz Noordin .Yang Dipertua ,Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang.

"Perjalanan seorang daie sungguh panjang dan meletihkan. Orang yang lali akan bertanya, mengapa kau rela melelahkan diri seperti ini? Jawab sang daie dengan pasti , aku mengharapkan pengistirehatan di akhirat kelak" -Ibnu Qaiyyim Al Jauziyyah

“Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.

"Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dgn semua situasi ini. Ia meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yg sedang diancam bahaya. Sebuah bangsa yg sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini,"
"Sebuah bangsa yg sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah bangsa yg sedang memikul tangungjawab spt tangungjawab kita ini, bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dgn ubat pelali atau bergantung kpd impian impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu mempersediakan diri untuk mengharungi perjuangan yg panjang dan sengit. Pertembungan haq dan batil, antara berguna dan tidak, antara pemilik dan perampas, antara org yg mengikut arus dan menongkah arus, antara orang ikhlas dan orang yg khianat."
"Bangsa ini perlu memahami bahawa jihad bererti bersusah payah, dan bersusah bererti berpenat lelah. Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah selesai perjuangan ini. Pada esoknya baru mrk boleh bergembira"

“Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mengcengkam”.
-Ustaz Farrag Najjar


(Kamu ajaklah seluruh dunia kepada kami, nescaya kamu dapati kami mempunyai sesuatu perkara yang mesti diperjuangkan. Berhimpunlah manusia disekeliling kami, nescaya kami akan mengumandangkan peringatan kepada mereka. Kami akan merawat pesakit dengan ubat kami dan kami akan meniupkan ruh kami di dalam tubuh badan. Tertutuplah telinga dunia sekiranya ia tidak mendengar apa yang ingin kami sampaikan. ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PEMIMPIN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI, MATI DI JALAN ALLAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI).-IKHWANUL MUSLIMIN
"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah."

"Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan itu, tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Adikku,usahlah engkau gerun dengan tali gantung yang akan menjerut leherku ini.."


"Aku telah menunaikan hak kalimah syahadah itu dan memperjuangkannya, kerana orang yang berkata dengan kalimah itu tidak akan menyembah yang lain"


Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim...