Tarikh kejadian ; 29/10/2008
Masa kejadian : 9.00 pm
Tempat kejadian : Kelas KAFA USM
Pada malam ini ana berkesempatan untuk mengikut W acana ilmiah yang bertajuk “Membina Mahasiswa Celik” oleh Akh Wan Ahmad Fayhsal dari UTP.
Ana sudah mengenali Akh Fayhsal sejak 2 bulan lalu melalui blognya ,sosialiskanan.blogspot.
Ana sudah mengenali Akh Fayhsal sejak 2 bulan lalu melalui blognya ,sosialiskanan.blogspot.
Beliau merupakan mentor kecil bagi ana kerana penglibatannya dalam aktivitsme dakwah dan kemasyarakatan yang amat luar biasa aktif (API ,GAMIS, TERAS) , pengalamannya dalam demonstrasi berkenaan isu-isu semasa dan perhubungan rapatnya dengan beberapa nama besar pemikir tulen seperti Syed Naquib Al-Attas , Cikgu Azmi dan sebagainya.
Forum yang dianjurkan oleh Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) , dan Simposium Bring Islam Back (SBIB) ini telah berjaya mengumpul seramai 20-30 orang mahasiswa.
Sesi dimulakan dengan pengenalan perkataan “maha” dan “siswa” itu sendiri. Menurut beliau , dalam sepanjang penghayatannya dalam bahasa-bahasa utama dunia, beliau tidak jumpapun perkataan yang menaikkan “penghormatan” (maha) yang setinggi rupa di dunia untuk mahasiswa selain daripada bahasa Melayu itu sendiri.
Sebagai contoh, menurut beliau , orang kan berasa takjub dan hormat apabila kita menyatakan bahawa kita merupakan mahasiswa di university sekian..sekian…namun apabila kita keluar sahaja daripada IPT , tidak kira sebagai engineer , doktor, mahupun sebagainya, kita tidak mendapat penghormatan sedemikian rupa.
Beliau memberi beberapa nama pemikir yang mampu merevolusikan masyarakat pada zaman mereka. Antaranya ialah Che’ Guevara (Cuba) ,Ali Syariati (Iran), Malcom X (Amerika Syarikat) dan Syed Qutb(Mesir) .
Kenapa memilih mereka ? Sebab mereka “berfikir” . Berfikir bukan setakat “realiti” yang ada di depan mata, bahkan mereka berfikir jauh ke hadap dan di luar pemikiran masyarakat yang ada pada zaman mereka.
Mereka merevolusikan masyarakat setelah melihat segala penindasan , kemelaratan , peperangan tak berkesudahan ,kebejatan sosial yang membarah , pemikiran masyarakat yang masih mundur dan “beku” , serta golongan “idealistik” seperti mahasiswa seringkali ditindas oleh penguasa yang korup dan penjilat bontot penjajah”.
Nama-nama di atas adalah terdiri daripada mereka yang cukup banyak membaca dan turun ke lapangan melihat sendiri permasalahan rakyat.
Mahasiswa bertindak sebagai perosak atau pemulih masyarakat . Pemulih masyarakat dengan erti kata lain bertindak sebagai golongan yang memahami kehendak dan permasalahan masyarakat dan mereka berusaha merubahnya .
Perosak masyarakat adalah juga terdiri daripada mahasiswa yang hanya tahu buat dasar, bajet , perundangan (ataupun apa-apa sahaja kerja) tanpa mengetahui dan mempertimbangkan permasalahan yang melanda dalam masyarakat.
Apa yang menarik bagi saya adalah dengan kenyataan beliau bahawa kampus merupakan tempat latihan mahupun tarbiyah mahasiswa.
Di kampuslah ,pejuang2, penggerak2 seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan realiti yang sebetulnya iaitu dengan turun ke lapangan masyarakat sebagai asas latihan persediaan sebelum benar-benar turun ke tengah-tengah masyarakat.
Beliau menekankan bahawa ramai di kalangan pejuang2 ini akan future bila sahaja berkahwin mahupun “grad”. Ini disebabkan mereka tidak memahami reality semasa yang melanda masyarakat.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang boleh dikongsikan di sini , namun cukup setakat ini sajalah disebabkan beberapa komitmen lain yang perlu segera diselesaikan.