Dipetik dari harakahdaily.com Ali Bukhari Amir Wed | Dec 31, 08 | 9:57:28 pm MYT | ||||
Ketika mengarang ini, rumah di desa sedang berusrah. Dan, tatkala menyelak-nyelak pustaka rumah yang termuat di dalamnya buku-buku usrah, saya terlihat kitab Syed Qutb, Maalim fit Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang diterjemah dalam bahasa Melayu. Lalu dalam bab Islam Adalah Tamadun (al-Islam Huwa al-Hadharah) , penulis yang amat terkenal dengan ketajaman mata pena itu menulis mengenai Islam sebagai berikut 'Masyarakat Islam' ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup. Manakala masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tatasusila. 'Masyarakat Islam' bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka 'MUSLIM' sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. 'Masyarakat Islam' dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat 'jahiliyah' dalam segala bentuknya adalah masyarakat 'songsang.' 'Islam Hadhari' dalam fahaman Syed Qutb Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan. Buku itu asalnya berjudul: 'Menuju masyarakat Islam yang bertamadun', tapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan 'bertamadun' dan judul buku itu diubah menjadi 'Menuju Masyarakat Islam' saja. Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis. Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau 'operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa.' Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar. Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau. Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi 'tamadun' sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau. Syed Qutb mengaku tersilap dan jujur membetulkan kesilapannya Maka, di atas kesilapan itu, beliau dengan mudah membetulkan kesilapannya. Ini kerana, beliau berfikir, merenung dan mengarang dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.. Saya (Syed Qutb) terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman. Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya. Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu. Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas. Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun Dan pada akhirnya..Syed Qutb sendiri telah menarik satu kesimpulan sebagai berikut: Perkataan 'bertamadun' sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru. Wallahu'alam. . Kenapakah orang-orang seperti Syed Qutb ini dengan mudahnya mengaku kesilapannya sendiri? Pertamanya, beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan diri. Hidup dan matinya telah diwakafkan seluruhnya untuk kemerdekaan jiwa, demi Islam dan Muslimin. Beliau tiada kepentingan siasah seperti Abdullah Ahmad Badawi. PM seperti Abdullah ada cita-cita politik ketika membawa Islam Hadhari di dalam Perhimpunan Agung Umno dan ini membuktikan bahawa Abdullah tak jujur dan ikhlas dengan Islam Hadhari. Pada tahun baru yang bakal menjelang sebentar sahaja lagi, dan bersempena Maal Hijrah ini, tulisan ini menyeru kepada Abdullah supaya bersikap ikhlas di dalam menerajui pemerintahannya. Jika didapatinya ada kesilapan seperti mana Syed Qutb, maka dengan jujur hendaklah dia menggugurkan kalimat Islam Hadhari itu dan gunalah istilah lain seperti Muslim Hadhari atau apa-apa saja istilah bagi tujuan membetulkan dan membatalkan khilaf terdahulu. Janganlah Abdullah risaukan sangat bahawa nantinya umat Islam di Malaysia akan mengejek-ejeknya pula di atas kesilapan tersebut. Itu tidak mengapa. Syed Qutb dengan rela dan ikhlas telah mengaku khilafnya. Tiada manusia sempurna. Paling penting, gugurkanlah PPSMI ini. Abdullah sendiri tahu bahawa PPSMI ini adalah dasar yang batil. Yang menyebabkan Abdullah masih lagi pertahankan PPSMI, mungkin ini disebabkan oleh keegoannya. Atau, andaian kedua, mungkin beliau masih takut dan gementar kepada Tun Dr Mahathir yang mengasaskan PPSMI tersebut. Wahai Abdullah, ikhlaskan dirimu mentadbir urusan-urusan kehidupan kami; warganegara Malaysia seluruhnya.. Wallahu'alam. . 9:36 p.m, 31 Disember 2008 |
Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Khamis, Januari 08, 2009
Syed Qutb menolak Islam Hadhari ?
Dengan sukacitanya dimaklumkan...
Oleh :
Muallim Nuruddin bin Bashah
(Koordinator Skuad Penyelamat Aqidah , SPAQ)
Tarikh:
Setiap hari Ahad (bermula 11 Januari 2009)
Masa :
4.30 petang
Tempat :
Blok Muhibbah , Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis ilmu ini..
PPSMI: Tokoh,pejuang bahasa sokong himpunan 100 ribu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh) - Pakatan Rakyat berkeyakinan penuh Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu berjaya dilaksanakan berdasarkan bantahan-bantahan yang telah ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pencinta bahasa, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik di kalangan Pakatan Rakyat. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan perhimpunan yang diusahakan oleh Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang dianggotai oleh golongan tersebut merupakan satu langkah berani bagi mempastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri. Beliau berpandangan, himpunan ini merupakan suatu himpunan yang telah memecahkan tembok pemikiran orang Melayu yang sebelum ini takut unutk berhimpun bagi mempertahankan hak mereka. Suhaizan yang menjangkakan himpunan tersebut lebih hebat daripada himpunan Bersih juga bakal mencorakkan pemilihan dan perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno pada Mac ini. "Saki baki ahli Umno yang cintakan bahasa Melayu tetapi takut untuk membantahnya semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir suatu masa dahulu bakal ke hadapan untuk mmeperjuangkan isu ini khususnya Umno Johor. "Calon-calon Naib Presiden Umno bakal menggunakan isu ini untuk menekan calon utama Naib Presiden iaitu Dato' Hiishamudin Tun Hussin yang bertanggungjawab terhadap PPSMI. Menteri Pendidikan ini bakal mencari jalan selamat untuk keluar daripada beban legasi Tun Dr Mahathir ini," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini. Sehubungan itu katanya, semua penggerak Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu ini harus berhati-hati dengan perangkap isu perkauman yang biasanya timbul sebelum Perhimpunan Agung Umno. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) , Shamsul Iskandar Mat Akin menegaskan AMK akan memberi sokongan padu serta menyertai perhimpunan tersebut kerana konsisten dengan pendirian supaya pembelajaran matematik dan sains dikembalikan semula kepada bahasa ibunda. "Isu pendidikan merupakan isu penting dan ia tidak perlu dipolitikkan. Justeru, cadangan-cadangan yang akan lahir daripada perhimpunan ini wajar dilaksanakan. "Tindakan Pakatan Rakyat yang serius bersama-sama NGO ini punya matlamat yang satu iaitu pendidikan anak-anak bangsa diletakkan semula di landasan yg betul. Bahasa Inggeris juga mesti diutamakan mengikut kaedah yang sesuai,"katanya. Himpunan tersebut turut mendapat sokongan Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, Universi Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan. Beliau menganggap, perhimpunan membantah PPSMI sesuai diadakan untuk menzahirkan keinsafan pejuang bahasa dan rakyat tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai asas tamadun bangsa yang telah dijadikan dasar negara sejak kemerdekaan. "Malahan bahasa Melayu telah menjadi tonggak tamadun sejak lebih dua alaf (milinieum), sejak zaman kerajaan Sriwijaya pada abad 7 Masihi dan kemudian memuncak pada zaman kesultanan Melayu mulai sekitar abad 13. "Cadangan saya, jika perhimpunan dan perarakan untuk menyembahkan hasrat kepada Yang di-Pertuan Agong, elok diluaskan konsepnya daripada PPSMI kepada dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu seluruhnya. " Selain isu PPSMI, bahasa Melayu turut terpinggir dalam bidang lain, termasuk dalam urusan rasmi pentadbiran kerajaan seperti mesyuarat, pekeliling, perjanjian serta dalam urusan ekonomi, di tempat awam serta media massa,"katanya. Dalam pada itu, Pengarah jawatankuasa Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu, Hasni Abas sewaktu dihubungi Harakah menyatakan dalam perhimpunan tersebut, satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Katanya, memorandum tersebut antaranya memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kedua-dua subjek itu. Jelas Hasni lagi, sehingga kini pihaknya menerima penyertaan serta sokongan 14 NGO dan sayap Pemuda Pakatan Rakyat daripada PAS dan KeADILan yang turut menyatakan kesediaan serta memberi sokongan bagi bantahan serta penyerahan memorandum itu. Dalam perkembangan tersebut, menurut sebuah laman web berita, pejuang bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato' Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu itu bagi mengadakan perhimpuan tersebut. Hassan bagaimanapun menyatakan butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan. Jelasnya, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya akan datang. Pengerusi Yayasan Karyawan itu juga menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN. Hassan berpandangan sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkan pemilihan agung parti itu hanya tinggal dua bulan lagi. Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kebanyakan pemimpin Umno dan ahli-ahlinya lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat. Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar parti-parti pembangkang lebih aktif menyuarakan bantahan itu. "Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau KeADILan bersuara, kuat," katanya. - mks. |