Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Jun 03, 2009

INSAN MATERIALISTIK TIDAK LAYAK MENJADI GURU


PETIKAN DARI GAMIS YAHOOGROUP

Ya, pekerjaan sebagai guru bukanlah tempat yang sesuai bagi golongan yang materialistik untuk memenuhi cita-cita mereka. Pendapatan seorang guru tidaklah sehebat pendapatan seorang pensyarah, engineer, doktor dan sebagainya. Tetapi guru boleh dikatakan berada pada golongan pertengahan kerana tidak dinafikan sara hidup guru lebih baik berbanding golongan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.


Kali ini suka saya berkongsi berkaitan isu ini memandangkan, saya juga bakal bergelar seorang guru kelak, InsyaAllah. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain sama ada yang bakal atau pun sudah bergelar seorang guru. Isu ini juga suka saya kongsikan kerana melihat kepada keadaan sekeliling sewaktu bersama rakan-rakan dari fakulti yang sama. Masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan tersendiri apabila bergelar guru kelak.


Apa yang menariknya, apabila sahaja berbual tentang kereta, masing-masing pasti aktif memberi respon, ada yang bercita-cita ingin memiliki kereta yang cantik, mewah, selesa, berjenama dan sebagainya. Begitu juga apabila berbual tentang rumah, tangga gaji dan lain-lain pastinya masing-masing mampu memberikan respon. Tetapi, apabila sahaja berbual tentang masalah disiplin pelajar di sekolah, peranan dan tanggung jawab sebagai guru, persediaan menjadi guru dan sebagainya, ada yang bersedia memberikan langkah penyelesaian mengikut pandangan dan kemampuan masing-masing dan ada juga yang ”berkecuali”. Keadaan ini sebenarnya yang perlu diberi perhatian.

Teringat saya kepada pesan seorang pensyarah Kemahiran Teknologi Elektrik (Pendawaian) , iaitu Tn Hj Ashaari sewaktu tazkirah (sebelum mula kursus) pada hari Jumaat yang lepas, antara isi yang disentuh adalah, beliau ada mengingatkan bahawa apabila mula-mula menerima gaji kelak, niatkan gaji tersebut (sebahagian) adalah untuk menunaikan haji atau umrah. Ini kerana bagi mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan disamping menyahut 3 panggilan kepada setiap manusia iaitu azan, haji/umrah dan mati. Daripada pesanan tersebut, dapat saya simpulkan bahawa, pentingnya memperbetulkan niat dalam menguruskan gaji yang akan diperolehi kelak walaupun sedikit bagi menjamin mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.






Kita memahami, setiap manusia pasti inginkan kehidupan yang selesa khususnya apabila sudah bekerja dan berumahtangga. Kehidupan yang selesa inilah kadang-kadang menjadikan seseorang itu bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, beriltizam, berdaya saing dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang keselesaan hidup dengan gaji yang banyak, kereta yang selesa, dan lain-lain menjadi penghalang utama kepada seseorang untuk bekerja dengan penuh komited. Khususnya kehidupan seorang guru, yang bilamana begitu selesa dengan kehidupan menyebabkan mereka lalai dengan tanggungjawab mendidik pelajar.

Saya pernah mengenali seorang guru yang mempunyai perniagaan sendiri, kerana ingin mendapatkan pendapatan yang lebih (mungkin). Guru tersebut boleh dikatakan tidak fokus kepada tanggungjawab sebagai seorang guru menyebabkan dia sentiasa di tegur oleh guru-guru yang lain kerana banyak mengabaikan pelajar-pelajat. Pelajar-pelajar yang berada dibawah tanggungjawabnya sentiasa ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh guru tersebut sering keluar untuk menguruskan perniagaannya.
Saya tidaklah ingin menyalahkan guru tersebut untuk mendapatkan pendapatan yang lebih, malah suka saya galakkan jika guru tersebut mampu memainkan tanggungjawab beliau dengan sebaiknya.


Sebagai kesimpulannya, setiap manusia sama ada yang bakal atau sudah pun bergelar guru dan bercita-cita ingin memiliki kesenangan (kemewahan) dengan gaji yang diperolehi, seharusnya memperbetulkkan kembali niat mereka, disamping merenung kembali apakah tujuan sebenar kita memilih guru sebagai kerjaya. Paling penting disini boleh saya katakan, dengan keberkatan dan keikhlasan sahaja mampu menjadikan kita akan merasa cukup dengan apa yang ada. Kita akan merasa puas apabila berjaya mendidik pelajar-pelajar, kita pasti akan merasa gembira apabila pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang akan menetukan masa depan pelajar sama ada PMR ataupun SPM, dan ianya sebenarnya sudah cukup menjadi ”value added” pada gaji kita nanti, mudah-mudahan. ..wallahu’alam.

TAJDID MEMBANGUN PENDIDIK-2

Cabaran utama yang menentukan terjadi atau tidaknya pendidikan holistik dan bersepadu bergantung kepada pendidik. Pendidiklah yang menjadi tenaga utama yang menentukan sesuatu ilmu itu difahami , nilainya dihayati , kemahiran berpindah dan sikap peljar terbentuk.

Oleh itu, membangun kualiti pendidik yang memhami integral adalah suatu tajdid. Tajdid memberikan fokus kepada beberapa isu penting.
Pertama , pendidik harus menguasai ilmu subjek., ilmu berbanding, dan ilmu yang berkaitan dengan nilai dan agama .Keperluan ini adalah asas bagi pendidik supaya keupayaannya mengolah pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dalam batas keahlian, kepakaran , dan pengetahuannya semata-mata tetapi dikaitkan dengan aspek –aspek berbanding yang lain. Yang terpenting ialah cara mana pengetahuannya mengenai akidah, ibadah, syariah dan fiqah, akhlak dan adab membantu melengkapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, aspek pengajaran dan pembelajaran iaitu pedagogi dan metodologi harus didekati secara bersepadu dan seimbang. Guru agama yang mengajar tilawah bukan saja menghubungkannya dengan fadilah dan pahala , tetapi dikaitkan dengan ilmu yang terkandung di dalam Al-qur’an yang menjadi sumber petunjuk untuk pelajar memahami alam dan kehidupan secara sepadu. Pedagogi dan metodologi harus pelbagai dan kreatif supaya kesan penerimaan dan pemahaman pelajar juga kreatif dan inovatif.
Ketiga, guru perlu menampilkan akhlak contoh. Qudwah adalah faktor penting kepada pendidik. Secara fitrahnya manusia mencontohi ibu bapa , guru , sahabat, dan pemimpin sebagai sumber ikutan. Dalam pendidikan guru harus memiliki kualiti murabbi, maullim dan mu7addib supaya kualiti pengajaran dan pembelajarannya meberi kesan terhadap pembentukan minda dan sahsiah pelajar. Guru harus memiliki kasih sayang yang tinggi , melihat anak murid seperti anaknya sendiri, kesabaran yang tinggi menghadapi karenah murid dan sentiasa cekal untuk membentuk pemikiran , memberikan ilmu dan pengajaran terhadap mereka.

Tajdid ilmu dan pendidikan tidak akan berlaku sekiranya pendidik dan pengurus pendidikan tidak bijaksana dan kreatif dalam memahami faktor zaman dan perubahan . Pada tahap ini umat Islam berada dalam kedudukan yang lemah menguasaiIlmu Mengurus Sistem. Pemahaman ilmu Mengurus Diri juga masih dalam tahap rohaniah yang terbatas . Akibatnya , umat Islam mempunyai cita-cita yang besar tetapi memiliki upaya ilmu yang terbatas. Akhirnya dominasi barat terus berjaloan dan umat Islam terus berkonflik , menuding jari dan mengambil pendekatan menyalahkan orang lain atau sesama sendiri. Pendekatan dalam dakwah dan tarbiyah masih dalam lingkaran umumiyyat dan tidak mampu masuk ke gelanggang dakwah secara inovatif.

Umat Islam banyak membuat saranan dan tertumpu akal mindanya di medan seminar dan kertas kerja. Tajdid pemikiran harus berlaku supaya ada kebijaksanaan mengenal pasti masalah, memikirkan strategi mengatasinya , berikan alternatif yang terbaik secara praktis, suburkan daya kesepaduan dalam ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem supaya natijah keilmuan dan pendidikan berada dalam kedudukan yang terbaik untuk melakukan transformasi insan, masyarakat, sistem , negara dan umat.

Negara-negara maju menjadikan strategi modal insan yang berkualiti sebagai landasan ke arah perubahan . Umat Islam juga harus berfikir strategik bahawa Allah s.w.t mengurniakan umat Islam dengan kekayaan hasil bumi yang luar biasa . Akibat kelemahan membangun modal insan berikutan sistem ilmu dan pendidikan yang tidak berkualiti , menyebabkan sumber itu dieksploitasi oleh orang lain. Sudah sampai masanya modal insan yang Islamik dibangunkan berasaskan tajdid ilmu dan pendidikan yang diolah dalam acuan sendiri.