Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, September 18, 2008

Persatuan Agama Islam sebagai wadah perjuangan dalam kampus IPG Pulau Pinang

:Persatuan Agama Islam (atau lebih dikenali sebagai PAI) ditubuhkan pada tahun 2006 di mana tarikh sebenar penubuhannya tidak diketahui dengan tepat. Penubuhan PAI adalah untuk mengisi 'kekosongan ' yang wujud akibat pengharaman ke atas Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) akibat daripada fenomena 'Islamophobia' dunia dan ketakutan tidak berasas yang melanda institut perguruan (maktab perguruan pada masa itu) pada tahun 2002. Kekosongan ini sebenarnya 'terisi' dengan beberapa penggerak seperti Akh Fairuz dan teman-teman serta beberapa staf. Namun tiada organisasi seumpama PAI mahupun PGPI diwujudkan pada masa tersebut. Menurut akh Fairuz, semuanya dibuat atas dasar ukhuwwah fillah walaupun tiada tanzim rasmi pada masa tersebut.

Ana melihat PAI dari konteks bukan hanya sekadar sebuah persatuan , bukan jua sebagai sebuah badan , bukan jua sebagai satu nama sahaja. Ana melihat PAI sebagai pernyatuan sebuah keluarga Islam yang besar di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ini. Penekanan dari segi tarbiyah , dari segi kefahaman tentang erti sebenar sebuah tanzim yang menggunakan nama Islam di dalamnya. Membina sebuah badan amatlah senang , tetapi untuk membawa halatuju badan tersebut menjadi benar-benar sebuah badan yang dibina memerlukan pengorbanan dari segi keringat dan kefahaman penggerak itu sendiri .

PAI haruslah sentiasa bergerak dan tidak statik. PAI harus menjadi sebuah persatuan yang benar-benar membawa suara islam di dalam IPP. PAI TIDAK HARUS hanya dilihat sebagai penganjur aktif program yang bersifat rasmi (seperti Pertandingan Tilawah , Hafazan , Pertandingan Nasyid , ceramah-ceramah berdasarkan tarikh-tarikh penting Islam dsb) tetapi harus dilihat dari konteks yang lebih meluas lagi. Penggerak-penggerak PAI tidak seharusnya terperangkap dalam suasana persekitaran IPP yang amat selesa (di mana kami "dibayar" untuk belajar, peperiksaan 5 bulan sekali , jadual waktu p n p seumpama yang biasa ana alami masa sekolah menengah dulu dsb) .Keselesaan itulah menjadikan kita semakin berlemak ,hilang halatuju ,hilang taring perjuangan , mula futur dalam jalan dakwah , suka merungut tidak konsisten dalam usrah dan program tarbiyah dsb. 'Penyakit' ini hanya dapat diubat sekiranya penggerak sentiasa cuba konsisten dalam amalan dan menambahkan segala ilmu berkenaan dengan dakwah . Bahkan penyakit ini hanya dapat diubati hanya jika mereka yang sedang , dan mereka yang telah "sakit" menyedari tentang penyakit yang mereka alami ini.

Penggerak-pengerak PAI seharusnya sedar , dalam keadaan yang amat menyenangkan kita sepatutnya semakin kuat dan gagah untuk bergerak , tambahan pula mad'u di IPP sendiri yang boleh dikira kecil jumlahnya. Kita tidak terikat dengan sebarang kuiz-kuiz mingguan ,kita tidak terikat dengan masa kuliah yang tidak menentu ,kita tidak terlibat dengan program-program 'skala besar dan sederhana melibatkan artis luar yang mengadakan persembahan dsb , kita juga tidak merasai keperitan akibat keputusan wang di pertengahan bulan akibat pinjaman tidak dapat dsb , dan ini yang kita(guru pelatih IPP) patut syukuri.

Melihat teman-teman USM , UiTM , serta kenalan yang terdiri daipada aktivis-aktivis dakwah kampus dan pemimpin pelajar ,menjadikan ana semakin bersemangat untuk menjadikan IPP ini sama seperti mereka , perjuangan dan dakwah diiringkan sehingga ada yang menerima kesannya seperti dibuang asrama dan ditarik balik pinjaman .Ana sedar kita (penggerak-penggerak IPP) tidak 'mampu' , atau tidak 'sampai' tahap untuk berjuang sepertimana mereka (teman-teman sefikrah di IPT2 yang lain) , namun cara perjuangan itu sendiri kita dapat adaptasi dalam persekitaran IPP. Ana tidak bermaksud bergerak itu bergerak masa program rasmi IPP sahaja , bahkan di luar program rasmi IPP. Mentaliti Otak Program ( Program based mentality ) ini kita harus perangi habis-habisan sebagai seorang daie @ penggerak.

Kita bukan persatuan Bahasa Melayu yang hanya akan bergerak apabila ada program , mahupun mana-mana persatuan yang memperjuangkan objektif@matlamat yang bersifat keduniaan , tetapi kita adalah persatuan yang pada dasarnya memperjuangkan suatu cara hidup yang syumul iaitu Islam.
Sebagai contoh ,antara program yang kita boleh sertai adalah kita boleh menyatakan pendirian kita mengenai harga minyak melalui menyertai perhimpunan PROTES (bukan untuk menyokong sebarang parti politik tetapi diniatkan sebagai menyokong usaha penurunan minyak, sebagai satu mekanisme untuk mendedahkan para daie ini dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan masyarakat,) menyertai Program LANDAS (Sebagai contoh) iaitu program turun berdakwah dalam masyarakat , menyertai seminar-seminar Menangani Islam Liberal , forum-forum bersifat akademik ,bahkan menyertai kelas perbandingan agama . Bahkan untuk menjadi fasilitator (daie bagi pelajar sekolah) turut ada yang 'incharge' di sini .

Kebelakangan ini , ana melihat ramai daripada penggerak di IPP sendiri 'hilang jejak' dan hanya menonjolkan diri semasa program rasmi sahaja. Yang ada cuma adik-adik yang baru daftar pada bulan 7 lepas istiqamah mengikut program-program sama ada yang dibuat di dalam mahupun luar IPP. Sebagai contoh , Kelas Pengajian Aqidah dan Isu-isu semasa oleh Mualim Nuruddin . Majoriti yang ikuti kelas tersebut adalah terdiri daripada adik-adik baru yang belumpun ikut usrah , bahkan ada yang masih belum dapat memahami pengertian usrah sebenarnya. Penggerak-penggerak yang ikut tarbiyah hanya 2 atau 3 orang yang setia ikut program .Mana yang lainnya ? Seharusnya kalian yang telah ikut tarbiyah ke hadapan , bukan hanya menjadi orang yang mempunyai 1001 alasan untuk diberi.

Ayuhlah , wahai teman…. Bina kekuatan mu ….Bangunlah dari zon selesamu …bangkitkan kesedaranmu…Luqman , ana ,n Ukht Izma tidak mampu bergerak tanpa bantuan antum semua. Salam ukhuwwah untuk semua penggerak. Doakan kejayaan kita semua. Insyaallah.

Sekadar nasihat dari seorang teman ,

Ahmad Zhafri @Mujahid Page@UR

Naib Pengerusi Persatuan Agama Islam


SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA PRESIDEN ISMA BERKENAAN AMAL JAMAIE

Antara perkara penting yang ditekankan di awal perjalanan tarbawi kita selain kefahaman, akhlak Islam dan amalan fardi ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin. Bila kita sebut kalimah disiplin, makna yang paling hampir kepada minda kita ialah taat, kesungguhan datang program, persiapan untuk tarbiah, menjaga saluran, menjaga rahsia, iltizam adab mengemukakan pandangan, istisyarah (menanyakan pendapat) masul dan sebagainya.

Ini adalah perkara-perkara penting yang menjadi ukuran kepada prestasi tarbawi seseorang. Orang yang baik dari sudut ini maka kita anggap orang yang soleh untuk amal jama'i dan sesuai untuk bergabung dalam dakwah kita.

Alhamdulillah proses itu telah melahirkan generasi kita hari ini. Makna-makna itu sebati dengan diri kita dan menjadi unsur kecemerlangan dalam amal dakwah kita hingga kini. Sumbangannya kepada kesinambungan amal dan dakwah ini sangat besar.

Pada pendapat saya ia harus menjadi nilai yang berkekalan yang menjadi penekanan yang tidak mungkin menerima kelonggaran dalam amal jama'i kita untuk generasi seterusnya.

Walaubagaimana pun itu satu tahap dalam pelajaran haraki kita, ia bukan ilmu yang sudah lengkap dan sempurna. Penglibatan yang lebih terkedepan dalam amal haraki mengajar kita pengalaman-pengalaman dan penemuan-penemuan baru yang lazim bagi menyempurnakan gambaran untuk amal jama'i yang lebih ke depan.

Justeru ada dua pemerhatian penting yang ingin saya kongsikan di bawah topik yang kita bincangkan pada kali ini.


Pertama:

Kadang-kadang pemberatan kita berlebihan dalam penilaian kepada unsur-unsur disiplin tersebut menyebabkan kita terlepas pandang dalam memberi penekanan terhadap aspek kualiti lain atau lebih tepat aspek potensi diri yang juga diperlukan dalam kerja-kerja untuk mencapai objektif dalam amal jama'i.

Ini menyebabkan tanpa kita sedari, kita mengumpulkan orang-orang yang baik (dengar cakap) tetapi tidak berpotensi untuk melakukan kerja. Lebih sedih lagi kadang-kadang merekalah yang kita gelarkan sebagai kaedah sulbah yang kita letak pengharapan untuk memikul tanggungjawab pengembangan dakwah bagi marhalah akan datang.

Antara perkara negatif yang lahir dari pemahaman yang tidak jelas terhadap tabiat penekanan terhadap disiplin juga ialah terlalu melewatkan penglibatan mad'u ke dalam medan amal. Kita sebut, seseorang itu perlu diproses terlebih dahulu dalam lingkungan amal terhad/tarbawi rutin sehingga mantap baru boleh diberi tanggungjawab di medan amal dakwah yang memiliki cabaran terbuka.

Walaupun nampak munasabah, namun jika kita teliti dalam perlaksanaan, ia juga membawa berbagai kesan negatif. Ini kerana orang yang ditarbiyah dalam lingkungan itu dan berjaya dalam disiplinnya, bila keluar ke medan amal baru akan sekali lagi teruji dan kemungkinan gagal dari sudut disiplin juga besar. Kita sepatutnya faham bahawa cabaran medan juga termasuk dalam penilain tarbawi yang sangat penting. Di situ medan ujian yang sebenar sama ada apa yang dipelajari dalam usrah dan katibah dilaksanakan dalam medah amal.

Sebab itu kaedah sulbah bagi saya tidak boleh dilahirkan dalam lingkungan wasail tarbiyah rutiniyyah dan terhad, sebaliknya mereka yang perform dalam cabaran penglibatan yang terbuka itulah yang akhirnya dinilai sebagai perform dan layak dianggap kaedah sulbah.

Kedua:

Pemerhatian yang lebih penting dalam kita mengaplikasikan konsep disiplin ialah skop pemahaman kita terhadap disiplin itu sendiri. Penekanan kita terhadap nilai-nilai disiplin yang disebutkan terhad kepada nilai-nilai menjaga kesejahteraan tanzim yang tidak mencukupi jika dilihat dari aspek peranan disiplin dalam menentukan produktiviti yang lebih menyeluruh.

Saya mencadangkan agar kita melihat fungsi disiplin dalam amal jama'i digarap lebih luas dari aspek kesejahteraan tanzim semata-mata. Mungkin satu masa dulu isu keselamatan tanzim begitu dititik beratkan sehingga bila sebut disiplin maka maksudnya unsur-unsur yang berkaitan dengan keselamatan tanzim.

Kini dakwah telah berkembang dan peranan lebih luas, medan kian terbuka serta persaingan semakin besar dan mencabar, maka penekanan terhadap disiplin harus mengambil dimensi yang lebih luas dari semata-mata aspek keselamatan tanzim.

Disiplin adalah rahsia kemajuan, keberkesanan, daya saing dan produktiviti. Seorang individu atau sebuah jamaah, bahkan sebuah umat yang mantap disiplinnya akan lebih maju dan produktif berbanding dengan yang lemah disiplinnya.

Saya berani mengatakan bahawa penyakit kemunduran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini antaranya berpunca dari masalah disiplin. Kita tidak kekurangan sumber, harta, otak manusia yang bagus, persekitaran dan sebagainya tetapi kita kurang disiplin dalam mengendalikan sumber itu. Itu yang membuatkan kita tidak berjaya.

Kias perkara itu dengan harakah dakwah. Jika ahlinya berdisiplin, menjaga waktu, teratur dalam menjalankan kerja, cekap menggunakan potensi, bijak mengurus sumber dan seumpamanya tentu harakah itu akan melonjak maju dengan cepat meninggalkan yang lain.

Perkara-perkara ini telah disebut oleh Imam Al Banna seperti "teratur dalam urusan", "menjaga waktu" dan sebagainya tetapi mungkin kita kurang perasan dan silap/tidak tegas dalam membuat penekanan.

Saya mencadangkan supaya kita menerapkan mafhum disiplin yang menyeluruh ini untuk kita kuatkuasakan dalam pemeringkatan tarbiyah kita. Nilai disiplin bukan sahaja dalam usrah, dalam menghadiri program tarbiah dan apa-apa aktiviti yang berkaitan tarbiah sahaja tetapi juga disiplin waktu makan, bermain, berkerja, bergaul, berniaga dan sebagainya, bukan dari aspek akhlak Islam (hukum hakam) sahaja tetapi juga dari segi disiplin kejayaan (etika kecemerlangan kerja).

Seseorang yang tidak menjaga waktu, tidak terurus hidupnya dengan baik dan tidak memiliki disiplin-disiplin yang menjamin produktiviti di bidang dakwah dan juga kerjaya tidak layak menyertai dakwah ini. Dan dia tidak layak ditingkatkan keperingkat tarbawi seterusnya. Dengan itu kita dapat melahirkan manusia yang selamat dan juga produktif.

Saya bimbang melihat generasi kini, sebahagian yang telah lama bersama dakwah, mundar mandir ikut program ke hulu ke hilir tetapi, jaga waktunya lemah, pengurusan diri lemah, keyakinan dan mobilisasi potensi diri lemah, tidak serius buat kerja, kurang kecekalan, kesungguhannya dan keazaman pun lemah, dan banyak lagi kekurangan dalam banyak aspek disiplin kejayaan yang diharapkan.

Ust. Abdullah Zaik

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)