Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Sabtu, November 29, 2008

Senaman-antara yang haram dan yang diharamkan

Assalamualaikum,
Kepada yang masih keliru, semuga artikel di bawah dapat memberi pencerahan..
HIZBUTTAHRIR MALAYSIA
Senaman - antara yang haram dan 'yang diharamkan'
Oleh HTM
Khamis, 27 November 2008 11:12
Sekali lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) menarik minat umat Islam untuk diperbincangkan. Kali ini berkenaan dengan pengharaman senaman yoga, selepas sebelum itu isu fatwa pengharaman pengkid telah dikeluarkan oleh pihak yang sama.


Pelbagai pandangan telah diberikan oleh umat Islam berkenaan isu pengharaman senaman yoga ini, sebagaimana juga dengan isu pengharaman pengkid. Bukan sekadar pandangan atau kritik, malah kekeliruan juga banyak muncul hasil dari keputusan majlis fatwa ini.

Beberapa hari lepas, pengerusi MFK, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan.

Manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

Walaupun terdapat pihak yang mengkritik, namun di sini kita melihat satu usaha yang baik telah dilakukan oleh pihak Majlis dalam usaha mereka untuk menjaga aqidah umat Islam itu sendiri.

Tetapi apa yang lebih penting yang perlu kita sedar adalah bahawa fatwa ini tidak akan dapat memberikan kesan apa-apa kepada masyarakat jika sekiranya ianya tidak di dokong oleh penerapan undang-undang oleh negara.

Hukum haramnya pengkid mahupun senaman yoga ataupun apa sahaja yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu hanya akan menjadi sekadar penyedap hati yang dapat memuaskan segelintir umat Islam.

Tetapi hakikatnya adalah, fatwa yang dikeluarkan itu tidak akan dapat dilaksanakan di tengah-tengah kehidupan umat.

Dengan kata lain, umat Islam di Malaysia boleh 'percaya' bahawa yoga itu haram, namun jika ada di kalangan umat Islam yang masih melakukan yoga, maka siapakah yang akan mengenakan hukuman terhadap perbuatan tersebut?

Wahai umat Islam! Wahai penguasa umat Islam! Wahai para ulama kaum Muslimin! Sedarlah bahawa Islam itu bukan hanya sekadar fikrah yang hanya tertulis sebagai suatu maklumat semata-mata.

Tetapi ianya adalah sesuatu yang wajib dan perlu diterjemahkan sebagai suatu thariqah pelengkap kepada keyakinan kita bahawa Islam itu adalah merupakan suatu cara hidup yang sempurna.

Dalam erti kata yang mudahnya hukum-hakam Islam itu wajib diterapkan di dalam kehidupan umat Islam itu secara nyata. Sebagai contoh, fikrah Islam mengajar bahawa zina itu haram dan sesiapa melakukan zina, maka dia wajib dihukum 100 kali rotan.

Thariqah Islam di dalam kes ini menyatakan bahawa wajiblah ada satu institusi yakni Mahkamah Khusumat yang wajib menjatuhkan hukum ke atas pelaku zina dan merotan mereka dengan 100 kali rotan.

Penggabungan di antara fikrah dan thariqah inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang sempurna.

Tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun tidak ada hukuman ke atas pelaku zina, sebagaimana di dalam kes tidak ada hukuman ke atas pelaku yoga ini.

Juga, tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun pelakunya hanya dihukum 6 kali sebatan. Islam bukanlah satu agama yang mengandungi hukum-hakam yang hanya perlu 'difatwakan' , namun tidak ada 'akibat' (hukuman) dari pelanggaran keharaman tersebut.

Dalam erti kata yang mudahnya Islam itu bukan hanya sekadar untuk 'difatwakan' semata-mata bahawa itu haram dan itu halal, tetapi ianya adalah suatu bentuk fikrah dan thariqah yang wajib diterapkan oleh individu, masyarakat dan juga negara.

Dalam pada seluruh Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia kecoh kerana pengharaman senaman Hindu ini, umat Islam hendaklah sedar bahawa banyak lagi senaman lain yang mengandungi unsur haram di dalamnya.



Boleh dikatakan semua senaman yang lain yang dilakukan oleh umat Islam, khususnya yang selalu dianjurkan dan banyak juga yang muncul di kaca TV adalah juga haram hukumnya.

Apa tidaknya, semua senaman yang muncul di kaca TV memaparkan perempuan yang tidak menutup aurat dan kalau menutup aurat sekalipun, di dalam keadaan yang cukup tidak sempurna seperti berbaju T dan berseluar track.

Walhal pakaian bagi wanita Muslimah yang diwajibkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah berjilbab dan bertudung labuh.

Perbuatan perempuan yang tidak bertudung atau bertudung pendek, terkinja-kinja melompat ke sana-sini, berbaring, berlakunya ikhtilath (percampuran) di antara kaum lelaki dan banyak lagi perbuatan lainnya, semuanya adalah haram!

Justeru, semua bentuk senaman ini juga mesti difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwanya terhadap senaman-senaman lain yang jelas-jelas haram di sisi Islam, walaupun tidak terdapat unsur pemujaan sekalipun.

Janganlah hendaknya MFK memilih-milih untuk berhukum dengan hukum Allah ini kerana jelas bahawa membeza-bezakan hukum Allah ini adalah suatu perkara yang pastinya mengundang murka dan azab dari Allah swt. FirmanNya:

"...Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan kufur (mengingkari) akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dimasukkan mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan"
[TMQ al-Baqarah (2):85-86].

--
Wanna think & feel beyond the ordinary ??? Visit www.mykhilafah. com

Dilema Melayu Islam- buku memperihalkan pendekatn secara terbuka dan "bebas"

Ana mencadangkan antum semua sebagai penggerak-penggerak dakwah dan aktivis-aktivis untuk membaca buku ini -Buku Dilema Melayu Islam (Kurang Fikir atau kurang zikir) karya Pahrol Mohamad Juoi.

Buku ini digarap dari seudut pandangan bebas dari kaca mata penilai yang bebas.

Dalam buku ini "dicuit" perihal isu ketuanan melayu, ketidakmatangan politik bangsa Melayu , PAS , Kota Bharu Bandaraya Islam , Islam Hadhari , kesan video lucah dan majalah picisan terhadap Melayu dan sebagainya.

Pertama kali mentap buku ini ana mempunyai perasaan yang kurang enak tentang buku ini. Melihatkan ilustrasi dan tata cara aturan buku ini menyebabkan ana berfikirna bahawa buku ini bertahap novel atau sekadar buku motivasi.

Bila membacanya ana tahu ana silap. Banyak isu dan idea diketengahkan melalui buku ini. Ia termasuklah cara-cara penyelesaian atau langkah-langkah pencegahan yang patut dilakukan bagi membasmi sesuatu isu, sebagai contoh perpecahan sesama bangsa Melayu .


Bagi yang ingin meneliti dan melihat pendapat dari perspektif bebas dan berbeza , ana cadangkan antum membeli buku ini. Harganya cuma RM 30.00 karya Telaga Biru sdn. bhd.

Mengisi masa dengan membaca buku seumpama ini dapat menambahkan lagi world view kita sebagai penggerak.

Dalam halaman belakang buku , ada pertanyaan mengapakah anda mesti membaca buku ini ?
Antara jawapannya adalah :

Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.

Memberi pandangan "di luar kotak" untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, peranan hamba dan khalifah , kesepaduan ilmu aqli dan naqli , berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi).

Menjelaskan pelaksanaan "berpolitik sebagai satu ibadah " untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin melayu ke arah pembentukan generasi yang lebih berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.

Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik , pragmatik , praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan dan ketelusan menguruskan perbezaan.

Mengajak bangsa Melayu Islam berfikir ... jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu perkongsian pintar sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk persaingan sihat turut tertutup?

Hmm, harap sangat dapat membaca dan mendalami isi hati Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam Malay Dilemma. Akan datang , insyaallah.