Thinking Out Of the box? Apa tu? Ramai yang melihatnya sebagai satu slogan , macam slogan 1Malaysia yang dipelopori oleh Najib Tun Razak. Ada yang berpandangan ia merupakan satu kata-kata retorik atau penyedap kata dan ada yang leih "cerdik" menjadikan ia sebagai satu penghayatan .
Saya kadang-kadang bersikap sinikal terhadap sebilangan manusia yang berkata seperti ungkapan di atas , namun pada masa yang sama menyekat pemikiran manusia lain dengan pelbagai jenis peraturan dan akta. Ada yang sempit pemikiran yang cepat-sepat menghukum orang atau melabelkan orang-orang tertentu dengan pelbagai label dan hukuman seandainya pemikiran mereka yang dihukum ini berbeza atau bercanggah dengan pendapat ramai.
Ghuraba' merupakan golongan yang berfikir di luar kotak ini. Imam Ahmad Bin Hambal, Imam Ibn Qaiyyim Al Jauziyyah, Syeikh Muhammad Ibn Wahab, Ibnu Taimiyyah , Syed Syeikh Al Hadi , Imam Hassan Al Banna, Tahir Jalaluddin , Imam Bukhari dan yang paling utama adalah nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w adalah mereka yang berfikir dan berbuat sesuatu yang di luar kebiasaan masyarakat ,melawan arus pemikiran songsang masyarakat dan menghadapi masyarakat dengan hujah , bukan dengan emosi.Mereka juga digelar sebagai pengislah , revolusionist , mujadid dan rasul (bagi nabi Muhammad dan nabi serta rasul yang lain )
Ada mereka yang amat cepat melenting bila kita memberi sesuatu hujah walaupun hujah itu mantap dan bernas, namun atas nama emosi , ego dan taksub melampau, semua kebenaran itu ditolak mentah mentah. Golongan merupakan golongan manusia yang ghulu' (melampau) dalam pemikiran dan pendapat mereka sehingga mereka merasakan bahawa merekalah agama , agama itu mereka. Ada yang begitu cepat mengkafirkan dan menyesatkan orang lain terutama ulama, mujtahid dan muhadithin silam ,sedangkan mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan ulama-ulama ini tidak lebih ilmunya berbanding anak kecil .
Ramai yang berkata marilah berfikir luar kotak , namun bila kita berbuat sesuatu perkara yang "di luar kotak" , cepat sungguh pemikiran orang ramai bahawa sang penyeru perubahan ini perasan lebih , bajet hebat , tolol , cari pengaruh dan ingin menjatuhkan pimpinan terpilih . Namun apabila diselidik secra mendalam , mereka yang suka menjatuhkan ini tidak lebih daripada golongan pengampu , ghulu' dan jumud pemikiran. Sesetengah manusia begitu takut dengan hujah dan dalil. Mereka hanya berhujahkan dengan hujah golongan sesat yang dahulu , iaitu amalan dan kepercayaan mereka bergantung kepada paderi-paderi , tok-tok guru ,amalan turun temurun dan kebiasaan masyarakat .
Kesimpulannya, marilah berfikir di luar kotak pemikiran -walaupun dipandang pelik dan ganjil . Hujahnya biar atas kebenaran dan fakta. Jangan takut golongan ghuraba' .Umat ini memerlukan anda semua.