Dua tiga menjak ini ,saya berpeluang untuk menggunakan satu lagi manfaat daripada teknologi yang ada, dengan menggunakan YM dan Skype. Sebenarnya saya sebelum ini tidak pernah terfikir untuk menggunakan YM atau skype sebagai medium perbincangan yang melebihi seorang pada satu-satu masa. Biasanya apabila saya bermusyawarah , saya biasanya berjumpa dan bercakap dengan cara bersemuka . Musyawarah Ikatan Kerohanian IPG Zon Utara , Musyawarah Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY) dan Musyawarah Biro Agama dan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) .
Banyak kelebihan yang saya perolehi semasa bermusyawarah secara maya atau dalam talian ini. Antaranya adalah saya dapat menjimatkan masa saya untuk mengumpulkan "korum" atau keahlian dalam perbincangan saya. Biasanya kami terpaksa menunggu lama untuk ahli perbincangan sampai ke tempat musyawarah, namun apabila pendekatan ini digunakan, ahli-ahli perbincangan dapat "datang" tepat masa. Mungkin ini disebabkan mereka tidak perlu menghadapi masalah seperti kesesakan lalulintas, terikat dengan masa lepas program dan sebagainya.
Saya juga dapat menjimatkan banyak kos apabila musyawarah dalam talian digunakan . Kos minyak motor, kos caj telefon ,letih dan kos makan minum (lepas musyawarah biasanya rasa lapar) dapat dihapuskan . Saya tidaklah menyatakan bahawa saya berkira dalam berdakwah , namun ini hanyalah satu perbandingan.
Musyawarah dengan cara ini sesuai apabila ahli-ahli perbincangan berada di tempat jauh antara satu sama lain di mana perjumpaan secara bertemu muka tidak dapat dijalankan disebabkan banyak kekangan yang dihadapi oleh setiap ahli. Bayangkan anda terpaksa menempuh perjalanan selama 3 jam semata-mata untuk perjumpaan selama sejam !
Tetapi musyawarah secara tidak bertemu muka ini juga ada masalahnya. Antara masalahnya ialah perhubungan tak stabil di mana "line" selalu putus-putus sehingga kita tak mampu berada dalam musyawarah sepenuhnya. Saya pernah 2 3 kali mengalami keadaan seperti ini. Awal-awalnya memang sakit kepala tetapi , inilah dugaan bila bermusyawarah dengan cara ini.
Musyawarah secara tidak bertemu muka ini juga boleh menyebabkan si ahli tidak fokus semasa musyawarah sedang dijalankan . Ahli musyawarah mungkin akan bersembang , makan, makan, ke tandas bahkan pergi membasuh baju ketika musyawarah dijalankan . Halangan-halangan ini menjadikan ahli perbincangan tidak fokus terhadap perbincangan .
Selain itu perbincangan secara tidak bersemuka ini juga turut
Sambungan ...