Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Selasa, September 30, 2008

2 hari sebelum lebaran...

Bermulanya syawal 2 hari akan datang. 2 perkara yang sepatutnya bermain di minda setiap individu muslim ,kesedihan bila bulan yang penuh keberkatan yakni bulan Ramadhan dan kegembiraan yang teramat bia tibanya bulan kemenangan setelah sebulan menahan HAWA nafsu, lapar dan dahaga yakni bulan Syawal. Sesetengah manusia lebih suka menyambut lebaran berbanding bulan Ramadhan, sesetengah orang pula lebih gembira menantikan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Bergantung kepada pandangan individu tertentu manakah bulan yang mereka gemari.tiada keterpaksaan . Namun , sebagai seorang yang mempunyai 1001 kelemahan , seharusnya pemergian Ramadhan seharusnya amatlah ditangisi kerana di dalam mempunyai 1001 rahmat ,1001 kenikmatan dan 1001 pengampunan. Terdetik dalam hati ini, suatu persoalan yang mungkin akan terjawab di padang mahsyar kelak, "adakah aku sudah melakukan amal yang terbaik bukan untuk diriku, tapi bagi Rabbku?" . "Adakah sekarang cukup amalan yang dibawa oleh diriku seandainya aku dibawa menghadapNya ?" "Adakah satu jaminan buat diriku bahawa amalanku selama ini tidak sia-sia dan diterima oleh-Nya?"

Bagi sesiapa yang mendambakan cintaNya , merasai kenikmatan beribadah dalam bulan Ramadhan menjadi suatu nikmat bahkan suatu rahmat baginya. Kenikmatan dan rahmat bila segala amalan yang dilakukannya dijanjikan untuk dilipatgandakan ganjarannya, doa yang dipinta senang dimakbulkan, bila solat sunat tarawikh menjadi asbab baginya untuk setia iktikaf dalam masjid ,bila solat malam menjadi rutin hariannya sepanjang malam , bila di dalam bulan Ramadhan itu sendiri terkandungnya malam yang lebih baik dari seribu bulan, yakni Malam Al-Qadr dan banyak lagi keistimewaan yang melambangkan kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Alangkah hebatnya dirimu , wahai Ramadhan yang umat muslim dambakan!

Adakah aku mampu menjejakkan kaki lagi ke "sekolah" ini , pada tahun hadapan ? adakah aku dapat menjadikan "sekolah" ini sebagai tempat aku mencintaiNya sepenuh dan seikhlasnya?
Adakah keduniaan menenggelamkan perasaan cintaku terhadap segala yang dijanjikan oleh KEKASIHku Dambaan setiap Muslim?
Adakah seandainya aku ditakdirkan hidup mengetuk kembali pintu "sekolah" ini pada tahun hadapan, adakah keinginanku "berguru" di dalamnya seghairah tahun ini? walaupun aku sedar hakikatnya tiada amalan yang aku lakukan yang boleh menjamin syurgaMu....

>Ya Allah ,ku dambakan cintaMU...
Panjangkanlah umur kami , atas dasar RahimMu,
moga cinta itu tak akan padam dari segenap titik darahku,
setiap partikel terhalus dalam badanku,
Moga cinta itu tetap subur, sehingga tiba Ramadhan seterusnya,
dan cinta itu berakhir bila segala ketentuan Mu terhadap kami berakhir
...