Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Ogos 27, 2008

PERANAN GURU DAN PEMBANGUNAN AKHLAK ISLAMIAH


Muqaddimah
Dalam mencapai aspirasi pembangunan manusia adalah unsur yang paling menentukan. Pembangunan akan tidak bererti kalau manusia itu sendiri runtuh. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menerangkan; "Anak Adam itu ialah binaan/bangunan Allah."
Sudah pasti yang dimaksudkan. dengan perbuatan meruntuh ini bukan sekadar membunuh atau merosak hakikat jasmaniahnya sahaja, malah merangkumi usaha merosakkan pemikiran, hati nurani, akhlaq dan aqidahnya.
Manusia yang runtuh kemanusiaannya tidak dapat menjadi sendi ketenteraman dan kesajahteraan masyarakat. Ia kabur tentang hakikat dan tujuan hidupnya sendiri. Pembangunan itu menurutnya tidak lain dari usaha mencurahkan aspirasi dan khayalan cita-cita yang tidak berteraskan nilai dan norma samawi. Ia membina gedong, institusi, rancangan-rancangan yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai- nilai abadi ini lebih penting ditekankan untuk kesejahteraan jangka panjang manusia itu sendiri. Apabila nilai-nilai, kesedaran. dan komitment terhadan nilai semakin lemah dan longgar , manusia mula berhadapan dengan persoalan keruntuhan keperibadian, akhlaq dan peradabannya.


Oleh sebab itu soal membangun manusia merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membanqun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama' Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya.

Perkembangan ledakan ilmu pengetahuan membawa berbagai perubahan dalam berbagai bidang kehidupan . Antara yang datang dengan kemajuan ialah penjajahan . Penjajahan yang datang silih berganti menguasai negara Islam bukan sahaja menjajah kekayaan umat tetapi juga merosakan keperipadian dan meninggalkan pendekatan keilmuan yang sekular. Golongan apa yang dipanggil agamawan bukan sahaja diketepikan tetapi juga diruntuhkan imej mereka sebagai golongan ulama' atau ustaz dakwaan yang dikatakan sebagai palsu. Institusi agama dikembirikan.


Ilmu-ilmu yang tidak bertitik tolak dari agama tetapi kerap didorong menentang nilai-nilai agama. Gejala kemunduran yang lahir daripada kemiskinan dan hasil pemunggahan penjajahan terhadap kekayaan umat atau hasil tidak keadilan sosial ...

Pergertian akhlaq dalam tasawur Islam tidak difahami dan 'dihayati. Persoalan ketuhanan atau ibadah tidak ada kena mengena dengan masalah akhirat. Seseorang boleh dianggap contoh insan berakhlaq atau bermoral meski ia tidak pernah mengenal dan menyembah Tuhan atau mengindahkan nilai agama Akhlaq tidak ada kena mengena dengan keadilan sosial dan kemestian mematuhi undang-undang Allah.

Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.

Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian ber berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.

Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling. Penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam . Akhlak dalam Islam mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. Rasulullah menerangkan "Addin atau agama ialah akhlaq yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya." Banyak lagi hadith-hadith dan ayat-ayat al-Qur'an yang menerangkan tentang akhlaq tidak dapat kita perturunkan di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? Adakah persoalan- persoalan pokok yang menjadi topik-topik perbicaraan ilmu akhlaq ? Bagaimana membangunkan akhlaq ? Inilah soalan-soalan yang perlu difahami sebelum seseorang guru berjaya dalam melaksanakan tugas murni mereka.

PENGERTIAN

Dari segi bahasa, "Akhlaq ialah kata jama' dari "Al Khulq". Dalam lisan 'l Arab ia bermakna tabiat atau watak .Ia juga bermakna maru'ah, ADDIN atai FITRAH menurut Qamus 'l Muhit.

Pada hakikatnya ia adalah penyifatan tentang gambaran batin seseorang. Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan kandungannya yang tersendiri. Ini mencerminkan lahiriah , sifat seseorang dan segala kandungan sifat itu. Gambaran ini samada yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan sifat yang terpuji dan sebaliknya yang tercela.

Menurut Imam Al Ghazali, Al-Khulq ialah suasana kejiwaan yang mantap yang menerbitkan perbuatan, perbuatan itv terbit begitu sahaja tanpa berfikir dan merenung panjang. Sekiranya suasana kejiwaan yang menjadi sumber perbuatan itu memerlukan tindak-tanduk yang baik. Tetapi kalau muncul yang sebaliknya, maka suasana kejiwaan itu dinamakan sebagai akhlaq yang buruk.

Para failasuf dari aliran sosialisme positif seperti Livi Brill menerangkan tiga pengertian akhlaq :


Gagasan yang mengandungi konsep, hukum dan adat istiadat. Iaitu yang berkait dengan hak-hak manusia, kewajiban manusia antara satu sama lain yang diakui dan diterima oleh tiap-tiap individu pada umumnya pada masa tertentu atau peradaban tertentu.

Perkataan akhlak juga dipakai untuk menunjukkan ilmu yang mengkaji fenomena ini.

Kadang-kala juga digunakan ungkapan ini untuk menunjukkan penerangan-penerang an tentang ilmu ini.
Menurut Durkheim sifat-sifat akhlaq yang terpenting ialah soal kewajiban atau kebaikan ditinjau sebagai sistem dan kaedah tingkah-laku sosial. Juga ditinjau dari sudut penentuannya tentang tujuan yang baik bagi tingkah-laku manusia dan peranannya mendorong manusia melakukan kebaikan.

Kewajihan-kewajipan ini menurut beliau digariskan oleh masyarakat sendiri untuk kesejahteraannya. Aliran falsafah yang serba ruh pula menafsirkan bahawa akhlaq adalah sistem ruhaniah dalam suatu kerajaan ruhani Ilahi seperti yang tertera dalam pandangan seorang Failusuf German Leibniz (1646-1716), Kerajaan ruhani ini dihuni oleh ruh manusia dan malaikat. Pemilik tunggalnya ialah Allah sebagai ruh yang paling agung. Di mana ruh-ruh lain mendapat kewujudan dariNya Dalam kerajaan ruhani ini tidak ada kesalahan tanpa ganjaran. Tidak ada keutamman tanpa pahala . Yang mengubal undang-undang akhlaq untuk makhluk yang mempunyai ruh ialah Allah, . Untuk makhluk lain yang mertabat ruhaniahnya tidak seperti mertabat ruhaniah manusia, yang mengetahui kewujudan pencipta, Allah gariskan undang-undang alam atau tabi'i

AKHLAK-DALAM PANDANGAN FAILASUF MUSLIM

Aliran rasional dalam kalangan failasuf muslim seperti Ibnu Maskawaih menakrifkan akhlaq seperti berikut :

"Sesuatu keadaan (sika) diri yang mendorong sesorang bertindak melakukan perbuatan yang serasi dengannya tanpa merenung dan berfikir panjang

Keadaan atau sikap ini terbahagi kepada dua :

Yang tabi'i dan semula jadi
Yang diperoleh melalui kebiasaan dan latihan sehingga menjadi sebati dan sifat diri
Aliran ruhaniah dalam Islam pula pada umumnya diwakili oleh segolongan sufism. Golongan tasauf memang mengganggap akhlaq sebagai pokok persoalan yang penting. Malahan segolongan dari meraka menerangkan bahawa tasauf itu tidak lain dari akhlaq itu sendiri.

Imam Quraisi memberikan definasi tasauf sebagai :

"Masuk dalam sifat dan akhlaq yang sunnah dan menjauhkan diri dari sifat yang rendah".

Al-Junaid pula menjelaskan erti tasauf dengan takrif yang mirip benar dengan makna akhlaq.

Beliau menjelaskan :

"Membersihkan hati dari menurut kehendak orang, meninggalkan perangai semulajadi (yang buruk) mereda atau memadamkan sifat manusiawi, menolak ajakan nafsu, menghayati sifat-sifat ruhaniah bersandarkan ilmu yang sebenarnya, sentiasa beramal dengan yang lebih utama, sentiasa menasihati ummah, setia dengan Allah dalam berpegang kepada kebenaran dan menurut Rasul dalam syariah (undang-undang Islam)."

ILMU AKHLAQ

Menurut Dr. Taufiq at Tawil :

"Ilmu akhlaq ialah ilmu yang menggariskan modul contoh utama yang wajar diikuti oleh manusia dalam tingkah-lakunya. " Atau seperti yang dijelaskan oleh Dr. Zakaria Ibrahim bahawa ahli falsafah hampir sepakat mengatakan bahawa ilmu akhlaq ialah ilmu yang berusaha menemukan atau mendedahkan contoh-contoh tingkah laku manusia yang utama, menggasaskan konsep dan pengertian , menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam tingkah lakunya.

Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibini:

"Ilmu akhlaq ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah laku yang berakhlaq, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati -nurani (conscience) , hukum-hukum aahklaq, tanggung jawab akhlaq, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang mendaji dasar keyakinan akhlaq , menentukan contoh-contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia."

Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibani :

"Ilmu akhlak ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah-lakunya yang berakhlak, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati nurani (conscience) , hukum akhlak, tanggungjawab akhlak, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang menjadi dasar keyakinan akhlak, menentukan contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia."

Lebih jelas Dr. Miqdad Yalchin menakrifkan akhlak sebagai 'prinsip' dan kaedah yang mengatur tingkah laku (perangai) manusia yang ditentukan oleh wahyu dalam konteks mengatur kehidupan manusia di dunia untuk mencapai matlamat wujudnya yang paling sempurna.

Huraian-huraian yang diberikan oleh para ulama membayangkan bahawa akhlak Islam mengatur empat perhubungan dasar :


1. Hubungan manusia dan jin dengan Allah (Pencipta).
2. Hubungan manusia dan jin sesamanya.
3. Hubungan manusia dan jin dengan alam.
4. Hubungan manusia dan jin terhadap dirinya sendiri.

Dalam hubungan akhlak dengan amal maka akhlak menurut Dr. Mohd Abdullah Darraz boleh dikategorikan kepada :


1. Akhlak al-Fardiyah -- perseorangan.
2. Akhlak dalam bidang kekeluargaan.
3. Akhlak dalam bidang kemasyarakatan.
4. Akhlak dalam bidang kenegaraan.
5. Akhlak keagamaan dalam erti kata sempit.

Pembahagian ini tidak bermakna antara suatu bidang dengan bidang yang lain terdapat tembok pemisah yang jelas. Sebaliknya terdapat jalinan yang rapat dan sukar untuk dapat dipisahkan antara suatu dengan yang lain. Bidang kenegaraan umpamanya melengkapkan bidang-bidang yang lain. Perjuangan untuk mendaulatkan keadilan adalah perjuangan akhlak. Usaha-usaha untuk memantapkan asas-asas kesejahteraan masyarakat adalah usaha-usaha akhlak.

AHKLAK DAN PEMBANGUNAN HATI NURANI

Cita-cita untuk membangun keluarga, masyarakat dan negara yang baik bergantung kepada wujudnya individu yang baik. Individu yang baik ialah individu yang subur hati nuraninya dengan kesedaran dan penghayatan akhlak yang tinggi. Sebab itu pembangunan hati nurani juga merupakan tugas akhlak.

Menurut asy-Syaibani; "Matlamat pokok ilmu akhlak ialah membangun 'conscience' atau hati nurani manusia yang berakhlak, menghaluskan jiwa, membersihkan hati, menyepuh budi, menguatkan hubungan manusia dengan Allah, mengelokkan perangai, menilai perilaku, mengukuhkan semangat ukhuwah, kasih sayang, gotong royong, menegakkan yang benar dan yang baik."

Bertitik tolak dari ini, para guru harus meningkatkan hati nurani berakhlak di kalangan murid-murid. Hati nurani dibentuk dengan akidah atau pegangan agama yang berkesan. Iman dan akidah yang mantap mencorakkan rasa kasih dan benci yang membina dalam diri seseorang. Rasulullah menerangkan;

"Tidak beriman atau tidak sempurna iman seseroang dai kamu hinggalah Allah dan RasulNya lebih disayanginya dari yang lain."

Kant berpendapat; "Penghayatan akhlak tidak mungkin berkembang sempurna tanpa keyakinan kepada Allah." Watson pula berpendapat; "Tanpa iman manusia akan hidup dalam arus serba boleh melakukan apa sahaja. Tidak tunduk kepada mana-mana undang-undang moral kecuali yang sesuai dengan nafsu dan keinginan peribadi."

HUBUNGAN AKHLAK DAN AKIDAH

Di sini jelas adanya hubungan rapat antara iman atau akidah dengan akhlak. Soalnya; apakah semua pegangan agama membawa kesan akhlak yang sama ? Tentu tidak.

Pegangan akidah (keagamaan) yang boleh menimbulkan kesan menyeluruh bukanlah sebarang akidah tapi ialah yang unggul dan mempunyai ciri-ciri yang mampu menimbulkan kepekaan keagamaan yang tinggi dan menerbitkan semangat perjuangan yang kukuh. Ciri yang mesti ada antara lain ialah :


1. Keimanan kepada Allah, pencipta alam jagat, manusia dan kurniaan Tuhan yang lain.
2. Keimanan kepada hari Akhirat.
3. Keimanan bahawa undang-undang akhlak ialah undang-undang Illahi, lahir dari kehendakNya untuk mengatur hidup manusia demi kesejahteraannya. (An-Nisaa' : 174-175).

PAS bantah konsert Avril, jemaah menteri dianggap biadab


Nyza Ayob
Tue | Aug 26, 08 | 6:08:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS hari ini membantah penganjuran Konsert artis simbol seks Avril Lavigne kerana dianggap sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam dan rakyat negara ini yang akan menyambut bulan Ramadan dan kemerdekaan.

Iklan




Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert penyanyi tersebut setelah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan serta Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) membatalkan konsert tersebut disifatkan satu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada September ini.

Nasrudin menganggap tindakan tersebut suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap umat Islam, walaupun Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Dato' Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Tindakan tersebut katanya, menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini.

Selain itu katanya, negara juga berhadapan dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos.

"Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak├»¿½anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme. Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik, bermoral dan berdaya saing, sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Nasrudin berpendapat pembatalan konsert sebelum ini bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit.

Tindakan ini katanya, menunjukkan maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati penyanyi dari Kanada itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan di mana pemimpin-pemimpin Umno yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini.

"Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?" katanya.

Sehubungan itu beliau menyatakan konsert seperti itu harus dibatalkan segera dan ia adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam.

" Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak├»¿½agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung, "katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, Pekida, Abim, Jim, Teras dan Gamis turut bersama-sama membantah konsert tersebut.

Beliau turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah Saiful Bahri tetapi turut menunjukkan sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar. - mks. _

Isnin, Ogos 25, 2008

AVRIL LAVIGNE,,,,,Oh Malaysia Negara Islam (HAD-HARI)

Avril Lavigne dibenar buat konsert


PETIKAN DARI BERITA HARIAN 25 OGOS 2008

Oleh Che Wan Badrul Alias
chewan@bharian.com.my

Penganjur hiburan diminta hormati prosedur permohonan permit

KUALA LUMPUR: Kabinet meluluskan permit konsert Avril Lavigne, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, 29 Ogos ini, sekali gus menamatkan kontroversi konsert yang akan diadakan dua hari sebelum perayaan kemerdekaan negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kelulusan itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin, berdasarkan 'budi bicara'.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ini kali terakhir kerajaan akan berbuat demikian dan mengingatkan penganjur supaya menghormati prosedur permohonan permit persembahan sedia ada bagi mengelakkan isu seperti itu timbul lagi.


Beliau berkata, masalah berkenaan tidak akan timbul jika penganjur konsert Avril Lavigne mengemukakan permohonan tiga hari bekerja sebelum mesyuarat mingguan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti yang ditetapkan.


"Kementerian hanya menerima permohonan daripada penganjur konsert artis itu pada 11 Ogos lalu, sehari sebelum mesyuarat mingguan Puspal menyebabkan kementerian kesuntukan masa untuk memproses permohonan dan menangguhkan keputusan pada mesyuarat minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak pernah berlaku pada persembahan artis luar negara sebelum ini. Mereka menghormati prosedur permohonan permit dan memohon beberapa bulan lebih awal berbanding pihak

Penganjur Avril Lavigne bukan saja lewat membuat permohonan, malah membuat promosi terlebih dulu sebelum membuat permohonan.

"Kita memberi amaran terakhir kepada semua penganjur supaya mengemukakan permohonan tiga hari bekerja sebelum mesyuarat Puspal," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Foto 'Changing Malaysia,' di sini, semalam.

Puspal dianggotai pegawai kementerian berkenaan, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan.

Selain itu, polis, kastam, imigresen, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).





PETIKAN DARI TRANUNGKITE.NET

Lulus Konsert Avril, penghinaan kepada Negara dan Umat Islam


Tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan pada bulan september ini. Walaupun Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, tetapi ia diluluskan semula apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri semalam.

Rakyat yang cintakan Islam membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Ini suatu tindakan yang kurang ajar, walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.


Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Pembatalan konsert sebelum ini, bukan kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelambatan permohonan permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Di mana pemimpin-pemimpin yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?



Merenung kembali kenapa ana memilih guru

Apabila dikaji balik, direfleks balik dalam lingkungan 5-10 tahun ni, ana tiba-tiba terfikir dalam benak ana dan ana mulai sedari bahawa ana tak pernah berfikir bahawa ana bakal menjadi seorang guru. GURU ? Alamak ! Dulu ingat time sekolah rendah dulu , nak jadi dktor la, saintis la, engineer la .... semua boleh jadi... Namun , tak pernah keluar dalam mulut ini akan terkeluar bahawa ana akan memilih guru sebagai profesion ana. Hmm... ana berkesempatan untuk membuat Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/School Based Experience/Rancangan Orientasi Sekolah/ROS) di sekolah lama ana dulu.. Sekolah Kebangsaan Mulong 2, berkedudukan 20 km dari Kota Bharu Bandaraya Islam. Menjejakkan kaki ke sekolah lama menemukan ana dengan 7 orang guru lama sekolah yang pernah mengajar ana dulu. Gembira tak terkata hanya tuhan yang tahu. Guru yang pernah memarahi kita, pernah mendenda kita bahkan pernah merotan kita dahulu kini ditemukan balik dalam keadaan yang tak disangka-sangka.

Ana sempat berbual-bual dengan guru matematik ana dahulu ,cikgu Aziz yang aku cukup mengingati beliau disebabkan beliau insan yang banyak beri kami nasihat.dan pengajaran , seumpama bapa dan anak selayaknya! Beliau seorang yang kelakar bila mengajar namun cukup tegas dalam menangani disiplin dan prestasi pelajar. Tiba-tiba terkeluar dari mulutnya bahawa beliau terkejut juga bila dapat tahu ana bakal jadi guru. Beliau pernah berpendapat ana bakal jadi doktor dahulunya( masa beliau beritahu perkara inoi ,ana gelak tak berhenti-henti) sebab dulu ana rajin dan selalu dapat tempat gak kat kelas...(hehe, angkat bakul sikit) . Namun bila fikir balik, macam ana bagitau masa awal penulisan tadi ,ana tak pernah terfikir nak jadi guru. Ana namakan ini sebagai "jodoh" ana . mak ana selalu sebut supaya besar nanti mesti jadi cikgu dan kita yang masih kecil ni meradang la sebab tak minat (hehe, budak -budak) ..mungkin ni berkat kata-kata dan doa ibu yang henti-henti tambahan pula datuk ana dulu bekas guru besar (perancangan sulit tanpa henti, hehe).

Kenapa ana memilih guru ? Biar ia menjadi rahsia ana ....

Guru-guru inilah yang berjaya membentuk ana untuk menjadi seorang 'manusia', dan kemungkinan besar 'manusia ini' akan membentuk 'orang lain' menjadi 'manusia'. Sesungguhnya, bila ana didedahkan dengan SBE ini , ana dapati begitu banyak manfaat yang ana dapat. Antaranya ana dapat biasakan diri dengan suasana yang bakal ana tempuhi dalam 2 tahun lebih nanti. tak sabar rasanya. Namun , ana sedar untuk menjadi seorang guru yang baik ini memerlukan jiwa yang benar-benar ikhlas dan bersedia hadapi pelbagai rintangan dan cubaan . Ana sedar bahwa untuk menjadi seorang 'guru' bukan semudah yang disangka.

Ramai yang jadi guru disebabkan ijazah ,diploma mahupun sijil. Namun bila diteliti balik, perkara seumpama itu hanyalah suatu perkara yang luaran , tidak temasuk nilai-nilai dalam pengajaran. Sijil dan ijazah tidak menentukan adakah seseorang itu 'layak' untuk menjadi seorang guru. Cuba kita teliti balik beberapa ketika dalam tahun kebelakangan ini ... Pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh bakal guru mahupun guru itu sendiri. Rogol anak murid, menyertai pertandingan ratu pondan di Kota Bharu , terlibat dengan seks luar nikah di IPG ana, berdua-duaan ditempat gelap ,terlibat dengan najis dadah dan sebagainya seumpama jadi musuh dalam selimut bagi guru-guru yang benar-benar 'guru' kerana ia memburukkan lagi imej guru yang suatu ketika dahulu dihormati dan disanjungi. Kenapa ini boleh berlaku?
Soal keikhlasan ?ana tidak ingin menyentuh lebih lanjut berkenaan perkara ini.. Fikir-fikirkan

Ahad, Ogos 24, 2008

Kerajaan serius tangani pemikiran Islam Liberal

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

Petikan daripada Mingguan Malaysia 24 ogos 2008

BANGI 23 Ogos - Kerajaan akan memastikan penguatkuasaan fatwa pengharaman Islam Liberal dilaksanakan dengan serius agar umat Islam negara ini tidak terpengaruh dengan fahaman dan ideologinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penguatkuasaan tersebut memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi maklumat mengenai golongan pemikiran tersebut yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Katanya, antara peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam penguatkuasaan itu ialah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 .

''Enakmen tersebut memberi kuasa menangkap dalam kes jenayah syariah seperti ajaran sesat dan kumpulan bertopeng agama yang boleh menjejaskan ketenteraman negara.

''Kita akan cuba berbincang dan mendapatkan kerjasama daripada NGO dan agensi kerajaan lain seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah fatwa tersebut dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim), Somali Ahmad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menggesa semua pihak menyalurkan maklumat berhubung kegiatan kumpulan pemikiran itu yang didapati bergerak secara terang-terangan melalui saluran media komunikasi dan menjadikan golongan anak-anak muda sebagai sasaran.

''Golongan pemikiran Islam Liberal ini berpegang kepada pegangan sekularisme dan pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama, selain pegangan feminisme yang berpendapat semua lelaki dan wanita perlu dilayan secara sama dalam semua hukum syarak.

''Gerakan ini sangat bahaya. Oleh itu, bahan-bahan bacaan berhubung Islam Liberal harus dikawal agar ia tidak tersebar luas di pasaran dan segala aktiviti mereka harus disekat," katanya.

Petikan daripada Harakahdaily 23 ogos 2008

PUM gesa kerajaan bendung penularan Islam Liberal
Roy Rasul
Sat | Aug 23, 08 | 6:28:39 pm MYT

BANGI, 23 Ogos (Hrkh) - Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir mencadangkan supaya kerajaan menguat kuasa fatwa mengenai Islam Liberal dilaksanakan.

Iklan




Katanya, fatwa tersebut yang dicadangkan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri agar menguatkuasakan keputusan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan kali ke-74 tahun 2006 lalu, bagi mengharamkan Islam Liberal.

"Kita cadangkan supaya fatwa itu dilaksanakan dan dikuat kuasakan," katanya kepada media di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor, hari ini.

Menurutnya, pengaruh Islam Liberal di negara ini agak serius dan ia digerakkan pula oleh golongan terpelajar yang beragama Islam.

"Kalau mekanik sendiri yang menjadi pencuri susah sikit. Begitu juga jika orang itu tidak tahu Islam senang untuk kita tetapi mereka yang mahir dalam bidang ini (agama) sebab itu bahaya, kerana orang Islam sendiri yang menggerakkannya," katanya.

Sehubungan itu katanya, kefahaman Islam sebenar perlu diberikan kepada masyarakat agar pengaruh Islam Liberal ditangkis.

"Islam yang sebenar ialah memberi ruang sebanyaknya untuk mereka belajar dan memahami Islam dalam semua bidang. Itu yang menjadikan penyelesaiannya.

"Belajarlah secara serius untuk memahaminya dan ruangnya masih ada untuk dipertingkatkan," katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan mereka yang menggunakan nama Islam contohnya untuk pertubuhan Islam sedangkan mereka tidak membela Islam.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian seminar tersebut yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sumali Amat yang menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi, berkata, seminar itu wajar diteruskan.

Katanya, ia bertujuan membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi ummah di zaman globalisasi.

Katanya dengan peruntukan kuasa yang ada, kerajaan akan mempastikan komuniti 'Islam Liberal' di Malaysia tidak dapat mempengaruhi dan mengembangkan teologinya secara substansi dan metodologi.

"Antara peruntukan undang-undang yang boleh digunakan di peringkat kerajaan negeri ialah Jadual 9, Senarai 2, Senarai Negeri: Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 (enakmen No. 12 Tahun 1087) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 turut memberi kuasa menangkap dalam kes jenayah syariah seperti khalwat, ajaran sesat dan kumpulan bertopengkan agama yang boleh menjejas ketenteraman dan keselamatan negara, katanya.

Katanya, beliau akan cuba berbicangan dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan polis apabila fatwa tersebut dikuat kuasakan.

Katanya, kumpulan Islam Liberal didapati bergerak secara terang melalui saluran media dan buku-bukunya.

Sementara itu, seminar tersebut yang diadakan hari ini dan esok dianjurkan oleh PUM dan Yadim.

Ia dihadiri oleh para ilmuan agama, wakil-wakil Jabatan kerajaan, Jabatan Kehakiman Syariah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). - mns_


Mujahid Page berkata :
Alhamdulillah. Nampaknya kerajaan mulai sedar terhadap ancaman akidah ini. Tapi jangan biarkan pepatah "kuman di seberang laut nampak , gajah di depan mata tidak disedari" .
Ana berpendapat pendekatan Islam Hadhari yang dicanangkan oleh kerajaan Pak Lah harus dikaji semula bagi menjernihkan lagi "kesejahteraan" akidah rakyat Malaysia sebab ia banyak timbulkan kekeliruan berbanding perkara yang baik.



Jumaat, Ogos 22, 2008

Asakan Terakhir Helwani GAMIS : Akhirnya Konsert Avril Lavigne Dibatalkan

Posted on August 20th, 2008 by rijal82

KUALA LUMPUR, 20 OGOS, 10 am : Sekretariat Hal Ehwal Wanita (HELWANI) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pada awal pagi tadi telah menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert Avril Lavigne kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut. Memorandum itu diserahkan oleh saudari Rafidah Jannah Salleh selaku Naib Presiden 1 GAMIS kepada wakil Datuk Bandar, Ezriq Razak jam 10.25 pagi tadi. Rafidah juga menjelaskan, Helwani juga telah menerima sokongan membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu.

Saudari Rafidah juga menegaskan bahawa konsert itu tidak perlu diadakan dalam bulan kemerdekaan atau di luar bulan kemerdekaan, apatah lagi bagi menghormati kehadiran Ramadhan al-Mubarak. GAMIS tidak menyalahkan konsert itu diadakan tetapi artis yang mengisi konsert tersebut hendaklah ditapis oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang membawa artis tersebut.


Sidang media


Mujahid Page berkata : Tahniah ! Moga Allah s.w.t berkati urusan kalian semua. Kami di sini sentiasa mendoakan keberhasilan kalian semua dalam medan yang serba mencabar ini. Rock Avril lavigne , rock lagi diorang ni.... TINDAKAN menganjurkan konsert di ambang ataupun di bulan kemerdekaan amatlah tidak kena. Tambah-tambah lagi bila artis dari luar negara diundang ke sini. Nampaknay umpama satu penghinaan, bahkan satu kejelikan , satu simbol muncul ,di mana era penjajahan minda tahap baru muncul , dengna tujuan untuk "menjajah" pemikiran dan moral rakyat Malaysia yang semakin tandas jiwa dan akhlaknya. Kejayaan untuk semua. insyaallah.

Rabu, Ogos 20, 2008

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan membentangkan Pindaan kepada Akta Pendidikan yang memberikan tumpuan kepada agenda untuk memartabatkan profesion perguruan .

Menterinya , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata , rang undang-undang itu ialah untuk menaik taraf maktab -maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

"Melalui institut ini, saya harap kurikulum dapat digubal yang memenuhi kehendak dan situasi semasa dengan setiap IPG ini mempunyai kelebihan masing-masing .

Setiap IPG memberi tumpuan untuk melahirkan guru-guru yang boleh mengajar Bahasa Inggeris ,Bahasa Mandarin ,dan satu IPG yang berhubung kait kepada memberi keperluan tambahan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak di mana Keningau dan Miri telah dikenalpasti ;' katanya di Lobi Parlimen semalam.

Kampus induk IPG itu sedang dibina di Nilai , Negeri Sembilan , katanya , rang undang-undang yang dipinda itu menunjukkan komitmen kementerian untuk merealisasikan agenda bagi memartabatkan profesion perguruan.


Mujahid PAGE berkata :

Alhamdulillah...moga-moga penaiktarafan ini bakal menjadikan maktab perguruan setanding dengan institusi pendidikan yang lain. Ini penting bagi melahirkan guru-guru yang benar-benar terlatih . Ada pihak berpendapat guru lepasan institut lebih berkualiti berbanding guru yang telah ke universiti dan mengambil bidang keguruan di institut perguruan.

Ini ana tak nak komen apa-apa . namun bila diteliti balik tempoh yang KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) hanya lah setahun tempoh pengajian sebelum dihantar ke sekolah-sekolah manakala IPG pula sebagaimana yang telah dikatakan tadi mempunyai tempoh pengajian (dan juga pendedahan!) selama 5 1/2 tahun. Inilah satu faktor mengapa perlunya disegerakan kewujudan satu institusi di mana institusi itu khas untuk pembinaan guru .

Di institut pendidikan guru sekarang ini masih dalam peringkat menaik taraf untuk membolehkan pengeluaran ijazaah sendiri tanpa pergantungan kepada institusi pengajian tinggi yang lain. Jika sebelum ini , institut perguruan (maktab perguruan dahulunya) hanya menyediakan diploma sebagai sandaran dan ijazah peringkat pertama hanya disediakan setelah sambung pengajian di institusi pengajian tinggi yang lain.

syabas untuk usaha ini ..

Selasa, Ogos 19, 2008

Emosiku menggeledak !!- Inilah bangsaku...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ana rasa sudah begitu lama tidak menulis di blog ana. Komitmen terhadap tugasan dalam ipg dan luar ipg begitu begitu diperlukan setiap masa dan ketika. mulai sekarang , dari 16 sehingga 23 haribulan Ogos ni, insyaallah ana try update blog ana. Noktah.

Semasa dalam perjalanan menaiki bas dari kota bharu ke Nilam Puri ,ana mengalami pengalaman yang paling menghinakan , bahkan menjijikkan sepanjang 20 tahun ana lahir ke dunia fana ini. Sepasang 'couple' sedang bermesra-mesraan di hadapan ana , dalam bas yang terhimpit-himpit dengan penumpang. Maaf , ana bukannya tidak biasa melihatnya di tempat lain ,ana biasa lihat benda ni berlaku di luar Kelantan, namun di Kelantan ,inilah yang pertama. Negeri yang pernah digelar sebagai Negeri Serambi Mekah kerana lahirnya para ulama dan ilmuwan terbilang , lahirnya ramai pahlawan serta mujahid-mujahid Islam-post independent pada suatu ketika dahulu. TETAPI KINI ? Sungguh menyedihkan. Bahkan Bandar kota bahru sendiri yang digelar sebagai Kota Bharu Bandaraya Islam kini 'diwarisi' oleh generasi-generasi yang tak tahu malu ,lemah pegangan dan nilai keIslaman yang sebenar.

ana begitu kecewa kerana negeri yang diperintah oleh para ulama ini secara halus 'digulingkan' oleh para pewaris yang terus leka dengan cinta yang biadap dan sial ini. APA NAK JADI DENGAN NEGERIKU KELANTAN ! Soal ana dalam hati . Hanya Allah yang tahu perasaan ana ketika itu.Perasaan bercampur baur antara kecewa, sedih , marah dan geram... semuanya bersatu menghasilkan perencah perasaan yang memeritkan untuk dirasai...

Ana gunakan perkataan Cinta yang biadap disebabkan cinta itu tidak disalurkan ke tempat yang betul. Ada ke cium kepala ana dara orang yang pastinya belum dikahwini dan bercakap pun memang nyaris-nyaris nak bercium( ana fikir mereka dah bercium ketika itu ,dengan bersaksikan ramai orang!) .Mereka biadap dengan mempamerkan muka tidak malu mereka dengan bermesra-mesraan di tempat awam . Mereka biadap dengan mempamerkan aksi Melayu Boleh di depan lelaki yang pakai kopiah ini, mereka biadap dengan mak cik, pak cik , muslimah bertudung labuh ,adik-adik dan sesiapa sahaja yang berada di dalam bas ketika itu. Mereka tidak menghormati kami yang berada di tempat kejadian ketika itu. Bahkan ana sendiri duduk berhadapan dengan pasangan tersebut dengan jarak tak hampir sedepa ! Inikah adat ketimuran ? Inikah Islam Hadhari? Yang lelaki dah nampak ana perhatikan aksi mereka , dan dia dengan selamba menurutkan lagi 'angin pusaran dia ' , malah lebih ganas lagi ! Subhanallah !kesialan cinta mereka itu boleh merasuki fikiran sebahagian besar anggota masyarakat yang akhirnya menganggap benda itu biasa dan normal berlaku di sekeliling mereka. Kesialan cinta mereka itu jugaklah yang menjadikan bilangan anak tak sah taraf di Malaysia meningkat ! (Jikalah terjadi zina di sini) Tahniah untuk Malaysia !

Image Hosted by ImageShack.us

TERCABAR ? sungguh tercabar...umpama satu penghinaan bila saudara yang memakai kopiah ini dipertontonkan dengan drama ASMARDANA tanpa segan silu... Fikir ana , dibantai terus di situ... namun bila fikir bahawa As-syahid Hassan Al Banna pernah berkata supaya dakwah hendak lah disampai secara berhikmah , ana turutkan juga... mujadid Islam itu pernah berkata ,jadilah kamu seperti pokok, mereka melemparimu dengan batu dan kamu membalas mereka dengan buah yang lazat !

YA ALLAH ,
KAU BERILAH KAMI KESABARAN DALAM MENYEBARKAN RISALAHMU,
KAMI HAMBAMU YANG DHAIF LAGI HINA....
HANYA KAU YANG KAMI SEMBAH DAN HANYA KEPADA KAULAH KAMI POHON PERTOLONGAN...
KAMI TIDAK MAMPU MEMBUKA HATI HAMBA-HAMBAMU , HANYA KAU LAH BERKUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU....
KAMI HANYA MAMPU BERUSAHA YA ALLAH...
TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG DIREDHAI OLEH MU ,
BUKAN JALAN-JALAN MEREKA YANG SESAT.....
AMIN , YA RABBAL ALAMIN....

Ana teringat suatu ceramah yang ana hadiri , penceramah dengan sinis berkata jikalah Malaysia terus dengan keadaan seumpama ini (gejala sosial berleluasa , luntur nilai agama dan adat ketimuran ) suatu hari nanti rakyat Malaysia akan berbual sesama mereka dalam nada baru " Anak saya dah kena tangkap khalwat semalam" "Ye ke?, ana saya pun kena" "Anak awak bila?"anak saya minggu lepas lagi " . PERKARA SIAL DAN KEJI SEUMPAMA INI WAJIBLAH DIPERANGI , WALAUPUN IA MENGAMBIL MASA YANG CUKUP PANJANG !


Bila ditanya umur berapa dan belajar kat mana , dkelentongnya kita..cakap umur 23 tahun , muka macam 19 tahun . Kalau yang tu tak apa lagi la , tapi bila tanya pasa belajar kat mana , ada ke dijawabnya bukan belajar tapi sedang MENGAJAR di Shah Alam . MENGAJAR ?? Pulak dah! Perempuan tu pun , badan sederhana dan tengok dari segi bentuk badan umur baru 18 tahun. Tapi dicakapnya 23 tahun bahkan dia sudahpun grad! Ya Allah ! Apa yang sudah terjadi kepada bangsaku ini ! Seandainya benar sang lelaki jongos itu seorang guru , TAK AKAN KU REDHA DIA MENGAJARI ANAKKU KELAK! Begitu juga melihat kepada situasi yang melanda IPG tempat ana (ana prefer rahsiakan dulu ,untuk menjaga kepentingan jemaah Islam di sini) di mana sepasang lelaki perempuan DITANGKAP BOGEL di bilik kuliah pada waktu malam. Akhirnya , pasangan tersebut dikehendaki membayar RM 500 atas kesalahan tersebut (walaupun kesalahan yang telah mereka lakukan menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut AKTA 174 , akta yang hampir sama dengan Akta Universiti Kolej Universiti AUKU ). Dengan nada berseloroh , teman ana berkata " SYoklah depa, dapat buat seks...sekali kena,kena bayar RM 500 .. kalau pelacur luar pun belum tentu kena bayar banyak tu !. Sebelum tertangkapnya pasangan tersebut , mereka dahpun dikenali dengan aksi hot mereka termasuk lah bercium di khalayak ramai ! Pasangan ini pernah jua terkantoi dengan member ana tengah buat love bite....... INIKAH CIKGU? MEREKA NAK AJAR CARA BUAT SEKS HARAM DI SEKOLAH ? Tapi tiada tindakan yang dapat dibuat sebelum itu kecuali selepas pasangan tersebut ditangkap bogel pada malam tersebut. Moga peristiwa yang memalukan ini tidak akan berulang....doa-doakan lah wahai saudara-saudaraku agar diperteguhkan hati dan tapak pendirian pejuang-pejuang Islam di IPG ini....

GURU OH GURU ..............................................

MANA KERAMATMU ???????????
SELAMA INI KAU DIMULIA ,
KINI KAU DIHINA OLEH DIIMU SENDIRI !!!!!!

Isnin, Ogos 18, 2008

TIKA IMAN BERSUARA

Dahulu engkau dijaga bersih,

Dikawal dari terjahan nafsu melulu,
Kini kau kelihatan bebas,

Nafsu bagai kawan setia,

Tarbiah semakin berkurangan,

Satu per satu ibadah kecundang,



Dimana khusyuk solatmu?

Sebagai senjata pencegah munkar,[i]

Dimana kekuatan doamu?

Sebagai senjata orang mukmin,[ii]

Allah tidak akan mengubahmu,

Sehingga kau mengubahnya sendiri,[iii]

Seketul daging sebagai penentu,

Jika baik, baiklah tuannya,

Jika rosak, rosaklah tuannya,[iv]

Hindari kata nafsu,

Kerana,

Mungkin padamu sesuatu itu indah,

Sedangkan tuhanmu berkata tidak,

Mungkin padamu sesuatu itu gundah,

Tetapi disana ada keredhaan-Nya,

Dia lebih mengetahui darimu.[v]

Bertaubatlah!!!

Selagi pintu keampunan masih terbuka.

Nukilan,

-Abu Faris 'Audah (mujahidin pro T)-


[i] Surah Al-Ankabut, ayat 45

[ii] Tidak pasti sama ada hadith atau tidak.Wallahua'lam..

[iii] Surah Ar Ra’d, ayat 11

[iv] Hadith dari Jabir, riwayat Muslim dan Tirmidzi

[v] Surah Al-Baqarah, ayat 216

Rabu, Ogos 13, 2008

isu cadangan pembukaan uitm terhadap bukan bumiputera

Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor


LEBIH daripada 5,000 pelajar UiTM mengadakan perarakan aman ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, semalam bagi menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. – Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI


SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.

Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.

Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu.

Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid.

Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum.

“Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Luqmannulhakim menambah: “Insya-Allah kami akan buat susulan bantahan fasa kedua dan ketiga. Kami akan memohon sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya baginda menitahkan soal pengambilan pelajar UiTM tidak dibincangkan lagi.”

Ahad lalu, Abdul Khalid mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya.

Sementara itu, seorang penuntut UiTM, Sheikh El-Ash Shaff Shaik Daud, 22, melahirkan kebimbangan sekiranya cadangan tersebut diteruskan, nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain.

“Mula-mula diminta kemasukan 10 peratus tetapi lama-kelamaan kadar itu dipertingkatkan. Akhirnya golongan bumiputera lenyap dan tertindas di universiti sendiri,” ujarnya.

Bagi Khairul Ashraf, 19, pula, UiTM perlu mengekalkan dasar penubuhannya untuk bumiputera agar lebih ramai anak Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya.

PETIKAN DARI HARAKAHDAILY.NET

Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khalid
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Aug 13, 08 | 1:59:25 pm MYT

Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain.

Iklan




Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.

Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).

Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.

Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.

Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah.

Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.

Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi.

Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.

Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu.

Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.

Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.

Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan.

Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu?

Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM.

Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.

Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun.

Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu.

Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?_



Petikan dari Malaysiakini.com


MB S'gor enggan mohon maaf
Aug 13, 08 9:26pm

Menteri besar Selangor enggan meminta maaf berhubung cadangannya agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima 10 peratus pelajar bukan Bumiputera walau mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bantahan pelajar universiti itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berharap isu berkenaan tidak lagi dibesar-besarkan, lapor Bernama hari ini.

"Tak ada... ini bukan ada maaf atau apa, semua ini hanya untuk menerangkan isu yang telah dipolitikkan," beliau dipetik berkata, mengulas desakan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu yang mahu beliau berbuat demikian secara terbuka.

Semalam lebih 5,000 pelajar UiTM di Shah Alam dilaporkan berarak sejauh dua kilometer ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor yang menempatkan pejabat menteri besar sebagai tanda bantahan dan menyerahkan memorandum yang menyatakan rasa kesal mereka terhadap cadangan itu.

Abdul Khalid dilaporkan menjelaskan, kenyataannya Ahad
lepas bukanlah pendirian kerajaan Pakatan Rakyat atau PKR.

Katanya, kenyataannya dibuat ketika menjawab soalan daripada
media tentang kemasukan pelajar asing dan Bumiputera ke UiTM dalam konteks untuk mempertingkatkan mutu pendidikan tinggi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pelajar Melayu dan Bumiputera.

"Kerajaan negeri Selangor amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman," katanya.

Abdul Khalid menegaskan, beliau tidak pernah bermaksud
mempertikaikan hak keistimewaan pelajar Bumiputera dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi mengangkat martabat pelajar Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, seperti dilaporkan agensi berita itu, beliau merancang mengadakan perbincangan dengan universiti-universiti di Selangor supaya mereka dapat berusaha untuk mencapai tahap universiti bertaraf antarabangsa.

"Salah satu ciri yang menyebabkan universiti-universiti dikenali di
peringkat antarabangsa ialah keterbukaan universiti daripada segi idea dan kemasukan pelajar dan juga daripada segi penglibatan pelajar dalam perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa," katanya.





Petikan dari harakahdaily.com


UiTM: Laporan media menjurus perkauman - MB Selangor
Saidah Hairan
Thu | Aug 14, 08 | 1:05:47 pm MYT

SHAH ALAM, 14 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan
pihak media yang sengaja mengulas laporan di luar konteks asal
berhubung cadangan pembukaan pelajar asing dan bukan bumiputera
mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lebih menjurus
kepada isu perkauman.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kerajaan
negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak pernah bermaksud mempertikaikan
hak-hak keistimewaan pelajar bumiputera dan sedar bahawa UiTM
ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta
bumiputera Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan
Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

Menurut beliau, pihak Kerajaan Negeri berharap isu itu tidak
dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan
pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh
sesetengah pihak.

Berhubung pembukaan kuota 10 peratus kepada pelajar asing dan bukan
bumiputera katanya, kenyataan itu dibuat ketika menjawab soalan
daripada pihak media dan bukan menjadi dasar kerajaan Pakatan Rakyat
untuk meletakkan kuota tersebut.

Katanya, ulasan itu dibuat daripada konteks mempertingkatkan mutu
serta kualiti pendidikan tinggi dalam era globalisasi sekali gus
membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada pelajar Melayu dan bumiputera.

Menurut beliau, dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu, UiTM
sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu yang melibatkan
kuota saja.

Tambah beliau, ia perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan
kemudahan universiti supaya ia boleh dianggap sebagai sebuah institusi
pengajian tinggi yang disegani.

Justeru tegasnya, kerajaan negeri berharap pelajar dan ahli akademik
UiTM perlu berusaha mengembeleng tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri
dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta dapat
menjayakan polisi 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. - lanh _




Selasa, Ogos 05, 2008

Mufti Perlis Menggesa PM Taubat !

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

Azamin Amin
Sun | Aug 03, 08 | 10:43:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan. "


Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

ImageAbdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan. " - mks._


Petikan MUjahid PaGE

Tafakur: PAS Terengganu sokong kenyataan Mufti Perlis
Khairul Azlam Mohmad
Wed | Aug 13, 08 | 9:48:44 am MYT

KUALA NERUS, 13 Ogos (Hrkh) - PAS menyokong pendapat serta pandangan
Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin bahawa perbuatan bertafakur
di Tugu Peringatan Negara bercanggah dengan amalan Islam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah
berkata perbuatan bertafakur dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu
Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah bercanggah
dengan Islam sebenar.

Katanya, perbuatan tersebut menyerupai amalan di zaman jahiliah yang
wajar dihentikan kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah Islam.

"Kami (PAS) menyokong pendapat dan pandangan Mufti Perlis yang
mendakwa perbuatan pemimpin negara bertafakur, meletakkan bunga dan
tabik hormat di hadapan Tugu Peringatan Negara bercanggah dengan Islam
dan perlu dihentikan segera," ujarnya kepada Harakah baru-baru ini.

Menurut Ustaz Abu Bakar, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sebagai ketua negara yang pernah mengetuai Negara-negara Islam
(OIC) tidak sepatutnya melakukan upacara tersebut.

Katanya, perbuatan serta amalan tersebut sama sekali bercanggah dan
bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Pendirian kita (PAS), perbuatan itu tidak kena dengan cara Islam dan
saya cadangkan supaya kerajaan segera menghentikan amalan yang
bercanggah dengan ajaran Islam," tegasnya.

Sebelum ini, Mufti Perlis telah membuat teguran terbuka mengenai
istiadat meletak kalungan bunga, tabik hormat serta bertafakur di
hadapan Tugu Peringatan Negara sempena Hari Pahlawan, pada 31 Julai lalu.

Katanya, Islam menentang sebarang unsur keberhalaan yang boleh
merosakkan pemikiran dan pegangan mengikut nas ajaran Islam yang
menjadi tunjang kehidupan ummah.

Menurutnya, pemimpin dan anggota masyarakat yang terlibat dengan
perbuatan tersebut hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT serta
kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan hadis. -
tmj/mks. _

__._,_.___