Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Sabtu, Jun 28, 2008

Sepintas di Ceramah Permuafakatan Menjana Kekuatan Ummah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada malam (28 Jun 2008) ni ana berkesempatan untuk mengikuti ceramah isu semasa yang disampaikan oleh tokoh kontroversi ini, Dr Asri Zainal Abidin. Beliau baru-baru ini dikaitkan dengan kemasukannya ke dalam sebuah parti politik pembangkang dan belIau juga dikenali sebagai seorang yang begitu lantang mengkritik pengisytiharan Islam Hadhari oleh pentadbiran Pak Lah. Pada permulaan ceramah, kami disajikan dengan nyanyian oleh warga emas kariah Masjid Maqbul Sungai Pinang. Dalam nasyid itu, terselit lirik seruan supaya berjimat cermat "membawa berkat". Ai, dalam fikiran ana, nak kena orang2 tua ni. Silap majlis ni. Rupa-rupanya telahan ana tidak silap sebab bila habis sahaja nasyid diperdengarkan kepada hadirin seramai 300 orang itu, Sabihuh Assamahah Dr. Asri Zainal Abidin mula buka mulut kontroversinya itu mennyentuh berkenaan isu berjimat cermat . Beliau menceritakan berkenaan tindakan JAKIM edar khutbah jumaat ke masjid di Perlis, tajuknya "berjimat cermat". beliau melarang pegawai yang bertugas (imam khutbah) membaca khutbah tersebut berdasarkan beberapa faktor yang akan saya nyatakan selepas ini. Beliau berkata memanglah betul membazir itu haram dan dalam sanad Al-quran sendiri dengan jelas menyatakan bahawa pembazir itu saudara syaitan,namun apabila hanya orang2 miskin, orang2 kampung sahaja yang diseru supaya berjimat cermat , tapi pemimpin atasan tetap melakukan perkara yang membazir , seperti melancong tanpa tujuan, menempah meja makan di hotel mewah, mengambil komisen dari projek rakyat dan sebagainya, seruan itu hanya omong kosong dan sia-sia.

Beliau seterusnya menyebut satu petikan dari Kitab Imam Nawawi, bahawa ada suatu masa semasa pemerintahan seorang raja yang bernama Malikallah, apabila musuh ingin menyerang negeri tersebut, raja tersebut datang kepada imam nawawi untuk mendapatkan nasihat. Pada asalnya baginda raja ingin mengutip cukai dari rakyat.Namun apabila baginda bertemu dengan ulama terbilang itu, Imam Nawawi tidak bersetuju dengan langkah tersebut. Bahkan ulama tersebut menyusulkan pandangan supaya pemimpin-pemimpin atasan menggunakan harta mereka sendiri dahulu sebelum mengutip cukai pada rakyat. itupun jika tidak mencukupi setelah harta-harta pemimpin digunakan. Dalam Qur'an , menurut Dr. Asri, tidak mepersaudarakan golongan (yang melakukan maksiat) manapun dengan syaitan melainkan golongan yang suka membazir. Begitu teruknya perumpamaan orang yang suka membazir itu , kata beliau. Dr. Asri seterusnya menyarankan supaya orang-orang bawahan menegur para pemimpin mereka yang dilihat begitu tegar dengan melakukan pembaziran.

Dr. Asri seterusnya menyinggung berkenaan dengan permasalahn pemikiran orang Malaysia amnya , orang melayu khasnya. Beliau menyatakan bahwa kebanyakan orang Melayu menganut fahaman politik yang tak masak. Tak masak bermaksud apabila seseorang individu atau organisasi tidak bersetuju atau tak sokong mengenai sesuatu isu / pendapat, mereka dikatakan sebagai penentang kepada pihak yang ditegur. Beliau turut menyelar pihak yang menganggap isu politik melebihi isu akidah. Beliau memberi cotoh, kenapa kita dapat berkawan baik dengan Ah Seng yang lain akidah ( sama fahaman politik) sedangkan kita bergaduh dengan Ahmad yang sama akidah dengan kita(yang tak sama fahaman politik) . Beliau melihat situasi agak teruk kerana permusuhan terjadi hanya disebabkan perbezaan ideologi politik.

Apa yang menarik dalam ceramah malam ini ialah apabila beliau menyeru supaya pemimpin-pemimpin Melayu dapat duduk semeja membincangkan permasalahn umat Islam. Ana pernah baca kenyataan Mufti Perlis ini dalam akhbar Sinar Harian versi Kelantan lebih kurang 2 minggu lepas (sehari selepas Tok Guru Nik Aziz men"fatwakan" Islam Hadhari merupakan ajaran sesat!) Antara nama yang dicadangkan untuk sama-sama bincang ialah Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, penasihat PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Mursyidul Am PAS. Beliau menekankan bahawa diskusi ini penting bagi menjaga keharmonian Islam itu sendiri di bumi Malaysia. Pemimpin Melayu berpecah belah sedangkan mereka sepatutnya bersatu atas dasar nama Islam dan pesaudaraan .Untuk menguatkan hujah beliau, Dr. Asri mmengemukakan satu dalil dari Al-Quran yang bermaksud , "Damaikan puak yang bertelagah(surah mana ana lupa nak salin)..Beliau turut mengemukakan hadis yang antara lain bermaksud Nabi Muhammad s.a.w bersabda supaya memerangi puak yang melampau (yang tak adil dan tak suka berdamai) . Beliau seterusnya menerangkan bahawa belaiu tidak menyeru supaya mengangkat senjata bagi menyahut "seruan" nabi, cukuplah sekadar pemimpin / individu tersebut ditegur. beliau juga mengemukakan satu lagi hadis yang antara lain bermaksud , orang berkelahi umpama pencukur agama!

Dalam ceramah ini juga beliau ada menceritakan tentang Peperangan Jamal yang berlaku antara Ali dan Aisyah(pada mulanya) sebelum tentera Ali terima gasakan dari tentera Muawiyah. Dalam peperangan itu , golongan munafik menjadi dalang bagi mencetus peperangan tersebut. Dianggarkan seramai 70,000 orang para sahabat termasuk 2 sahabat besar nabi,Talhah bin Ubaidillah dan Zubair ibn Al-Awwan meninggal semasa perang tersebut. Dr.Asri menceritakan cerita ini dengan hujah bahawa begitulah yang terjadi seandainya tiada persefahaman antara pemimpin. Beliau turut mengemukakan dalil Qur'an Surah Al-Hujurat :6 yang bermaksud "Wahai orang -orang yang beriman ! Jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk mengetahui) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kau lakukan".




Sebelum mengakhiri ceramah sejam ini, beliau dengan tegas menyatakan bahawa isi kandungan yang termaktub dalam Islam Hadhari itu bagus, dan dia tidak sesekali mengharamkan manhaj ini, namun , beliau berpendapat bahawa nama Islam Hadhari itu tidak sesuai dan mengelirukan masyarakat dari segi penghayatannya. "5 tahun kerajaan bersifat defensif terhadap isu Islam Hadhari, sampai sekarang orang masih bercakap tentangnya. Saya(Dr.Asri) ada menyusul kepada Pak Lah supaya mengubah nama Islam Hadhari kepada nama yang lebih tepat lagi.
Namun Pak Lah tetap nak guna nama tersebut....atas nama perpaduan (Islam) , buang terus Islam Hadhari itu"... kata beliau sebelum mengakhiri majlis tersebut.