Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Selasa, Ogos 05, 2008

Mufti Perlis Menggesa PM Taubat !

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

Azamin Amin
Sun | Aug 03, 08 | 10:43:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan. "


Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

ImageAbdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan. " - mks._


Petikan MUjahid PaGE

Tafakur: PAS Terengganu sokong kenyataan Mufti Perlis
Khairul Azlam Mohmad
Wed | Aug 13, 08 | 9:48:44 am MYT

KUALA NERUS, 13 Ogos (Hrkh) - PAS menyokong pendapat serta pandangan
Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin bahawa perbuatan bertafakur
di Tugu Peringatan Negara bercanggah dengan amalan Islam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah
berkata perbuatan bertafakur dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu
Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah bercanggah
dengan Islam sebenar.

Katanya, perbuatan tersebut menyerupai amalan di zaman jahiliah yang
wajar dihentikan kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah Islam.

"Kami (PAS) menyokong pendapat dan pandangan Mufti Perlis yang
mendakwa perbuatan pemimpin negara bertafakur, meletakkan bunga dan
tabik hormat di hadapan Tugu Peringatan Negara bercanggah dengan Islam
dan perlu dihentikan segera," ujarnya kepada Harakah baru-baru ini.

Menurut Ustaz Abu Bakar, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sebagai ketua negara yang pernah mengetuai Negara-negara Islam
(OIC) tidak sepatutnya melakukan upacara tersebut.

Katanya, perbuatan serta amalan tersebut sama sekali bercanggah dan
bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Pendirian kita (PAS), perbuatan itu tidak kena dengan cara Islam dan
saya cadangkan supaya kerajaan segera menghentikan amalan yang
bercanggah dengan ajaran Islam," tegasnya.

Sebelum ini, Mufti Perlis telah membuat teguran terbuka mengenai
istiadat meletak kalungan bunga, tabik hormat serta bertafakur di
hadapan Tugu Peringatan Negara sempena Hari Pahlawan, pada 31 Julai lalu.

Katanya, Islam menentang sebarang unsur keberhalaan yang boleh
merosakkan pemikiran dan pegangan mengikut nas ajaran Islam yang
menjadi tunjang kehidupan ummah.

Menurutnya, pemimpin dan anggota masyarakat yang terlibat dengan
perbuatan tersebut hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT serta
kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan hadis. -
tmj/mks. _

__._,_.___