Ghuraba' bereti orang dagang ,orang yang asing lagi terpinggir. Ghuraba' adalah terdiri daripada pemudapemudi yang menjadikan Allah tujuan hidup mereka, Rasul menjadi ikutan mereka dan Alkitab (Al-Qur'an dan sunnah) sebagai pegangan mereka .
Mereka tidak sedikitpun rasa gentar terhadap sebarang ancaman yang datang dari mulut-mulut dan tangan-tangan manusia yang hina lagi zalim.
mereka juga yakin dengan apa yang mereka bawakan sehingga tahap keyakinan mereka itu menyebabkan mereka rela korbankan segala-gala yang ada dalam diri mereka termasuk nyawa dan harta demi Islam yang amat mereka kasihi ini.
Dari Ibn Mas'ud R.A ....ditanya kepada Rasulullah : Wahai Rasulullah , siapakah orang-orang yang asing itu ? Baginda menjawab al-ghuraba ialah kaum yang sedikit yang berada dalam lingkungan kebanyakan manusia jahat dan orang yang menentang/memusuhinya lebih ramai daripada orang yang mentaatinya /mengikutinya.
Begitu sedikit saudara-saudari di kalangan kita (termasuk diri ana sendiri) yang benar-benar sabar dan tsabat (setia) kepada jalan ini (sabilillah) seandainya dihujani dengan macam-macam tribulasi (ujian/mehnah) . Antara tribulasi tersebut termasuklah di pinggirkan , dihina , diugut , di keji bahkan ada di kalangan al-guraba ini terbunuh. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud :
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah , maka ada antara mereka yang gugur. Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.
Sebagai contoh terbaik. Sejarah Ikhwanul Muslimin di Mesir bermula di mana pelbagai mehnah dihadapi samaada dalam bentuk fizikal (yang boleh kita nampak :penderaan dan pembunuhan ) dan mental (seperti dimalukan /seksual/daiaibkan /fitnah dsb) terhadap penggerak-pengerak IM itu sendiri.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menjadi contoh ghuraba' yang terbaik di mana beliau tetap mempertahankan apa yang beliau bawa walaupun anak-anak buahnya kesemuanya masuk ke penjara oleh Rejim yang tolol lagi hina sedangkan beliau dibiarkan "bebas" yang akhirnya "kebebasan" beliau membawa kepada kesyahidannya.
IM diharamkan ,pemimpin-pemimpin dihukum gantung, pengikut-pengikut ditahan dan diseksa tanpa belas dan mereka ini dihina dan digelar sebagai penjahat dan teroris. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah :54
Mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaaan (orang-orang yang suka mencela)
Celaan dan hinaan serta penyiksaan yang paling mereka (al-ghuraba') takuti adalah Celaan dan hinaan serta penyiksaan yang datang dari Tuhan Maha Pencipta. mereka tidak takut kepada sebarang ancaman yang ditimbulkan oleh manusia yang bodoh lagi bongkak.mereka tetap teguh pendirian walaupun nyawa dihujung tanduk.
"dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi ,kami tidak menyeru Tuhan selain Dia, Sesungguhnya ,kalau kami berbuat demikian , tentu kami mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
(Surah Al-kahfi :14)
al-ghuraba ini tidak bersedih dan tidak juga mudah putus harapan untuk perjuangan ini. Walau ribut melanda, tetap mereka harungi jua berpegangkan firman Nya yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) , jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman .
(Surah Ali Imran : 139)
Mereka ini berpegang kepada apa yang disampaikan oleh Rasul yang tercinta :
" Sampaikan olehmu walau satu ayat"
mereka ini menjadikan dakwah sebagai cara hidup mereka , bahkan seringkali mereka mengungkapkan melalui perbuatan mereka bahawa dakwah ini umpama nyawa mereka.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepda kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung .
(Surah Ali Imran :104)
Dan ingatlah teman-teman...sebagai seorang pendokong dakwah , kita tidak bermaksud untuk menjadi orang orang yang terasing dan mengasingkan diri kepada masyarakat. Bahkan masyarakatlah patut kita masuki agar dakwah ini terus berkemabang di muka bumi ini.
Namun kita tetap teguh pendirian kita terhadap segala perkara yang menjadi kesukaan Allah dan perkara yang yang menimbulkan kemurkaan Allah.
Kita tidak takut untuk berkata "tidak" terhadap suatu perkara walaupun ia telahpun menjadi suatu kebiasaan bagi seluruh manusia.Dan apa yang kita takut seandainya manusia-manusia inilah yang akan mengheret kita ke dalam api neraka dan menebus segala amal kita disebabkan kita tidak berdakwah kepada mereka.
pada asalnya mereka al-ghuraba', yakni terpinggir dari masyarakat kerana menyoroti apa yang pernah dilalui pada zaman permulaan Islam dahulu
Imam Muslim telah meriwayatkan dalam kitab sahihnya sebagai berikut :
Dari Abu Hurairah r.a berkata , Rasulullah s.a.w bersabda : Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka sungguh bahagialah orang-orang asing itu
Namun kita mestilah ingat dengan janji-janji Allah dalam Surah An-nur :55 terhadap orang-orang yang beriman,
Dan Allah telah berjanji kepda orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi
, sebagai mana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-nya untuk mereka dan Dia akan benar-benar menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.....