Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Isnin, Jun 22, 2009

Taksub jemaah? Puak aku lebih betul?

Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal Islam atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, jemaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jemaah atau organisasi. Bukan dengan al-quran dan as-sunnah . Dalil -dalil al-quran dan sunnah akan ditafsirkan seiras dengan kehendak organisasi.

Hizbiyyah ini akan menjadikan seseorang taksub kepada jemaah sehinggah tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jemaahnya betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah keputsuan jemaah atau keputusan syura, sekalipun menyanggahi nas.Inilah sikap hizbiyyah atau asabiyah yang dicela.

Saya gemar untuk menyentuh keperihalan taksub jemaah bilamana melihatkan ada sesetengah ahli-ahli jemaah yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang baru "menjejakkan kaki " ke medan perjuangan kampus mahupun penggerak-penggerak kampus sendiri yang begitu taksub kepada satu-satu tanzim.

Ada seorang anak usrah saya berkata dengan nada yang sedih bahawa ada sesetengah sahabat beliau yang seolah-olah memberi "nasihat" kepadanya supaya berundur daripada menyertai tanzim luar daripada tanzim lokaliti . Mereka berkata beliau telah begitu banyak berubah bila mengenali sesetengah "sahabat " yang menerima ekstra tarbiyah dan pendedahan . Saya sebagai penggerak pun menepuk dahi tanda terkejutnya terhadap "luahan hati" anak usrah saya ini.

Saya dengan nada simpatis menyuruh beliau bersabar walaupun saya sendiri tahu bahawa ada sesetengah penggerak sendiri yang tidak mahu menerima sebarang tanzim luar, katanya taat setia kepada tanzim yang asal. Ada sesetengah penggerak yang sampai sekarang tidak begitu faham konsep wala' kepada pemimpin dan sirr wa hazaar (kerahsiaan dan berhati-hati) sehingga begitu takut untuk menyertai sebarang program luar walaupun ia membina fikrah dan kefahaman tentang gerak kerja.

Ini baru tanzim ,tidak masuk lagi perbezaan antara mazhab yang suatu masa dahulu mengakibatkan umat Islam terjerumus ke kancah mengkafirkan antara satu sama lain dan perpecahan antara muslim. Beberapa orang sahabat pernah berkongsi cerita kepada saya berkenaam sikap yang diamalkan oleh penggerak-penggerak dakwah di lokalti mereka. Ada sampai tahap bergaduh dan tidak bertegur sapa hanya kerana merasakan diri mereka yang terbaik dan berbalah mencari mad'u .

Bagi saya , perkara seumpama ini janganlah diperselisihkan kerana ia hanya mendatangkan kerugian terhadap umat Islam itu sendiri . Imam Hassan Al-Banna pernah berkata ," kita bersatu atas apa yang disepakati , dan kita berlapang dada terhadap apa yang diperselisihkan".

Alhamdulillah, perkara ini tidak pernah berlaku kepada IPGM saya di mana kebanyakan usaha dakwah dilakukan oleh penggerak-penggerak lokaliti mahupun tanzim tunggal. Seandainya sikap taksub kepada jemaah ini menular dalam darah daging kita, dikhuatiri satu hari nanti akan berlaku perpecahan disebabkan adanya tanzim baru yang menggerakkan IPGM.

Ketidakfahaman kepada gerak kerja jemaah ini hanya akan membantutkan usaha dakwah itu sendiri. Kalau ketidakfahaman ini berlaku di kalangan adik-adik yang baru menjinak-jinakkan diri dalam arena dakwah kampus, ia masih boleh diterima. Tetapi apabila penggerak sendiri tertanya-tanya dan menentang sesuatu yang baru dan ekstra, ada sesuatu yang tidak kena terhadap tarbiyah.

Saya tidak begitu gemar dengan slogan ,"kalau masuk universiti cari Karisma , PEMBIN A , Hizbut tahrir , PMI , dan apa jua wadah" sehinggakan wujud satu stigma dalam pemikiran adik-adik bahawa sesetengah tanzim sahaja yang dapat diikuti, tanzim lain tidak boleh ,sebab tidak Islamik , jauh dari penghayatan Islam dan sebagainya. Dan saya percaya ada di antara mad'u dan bakal mad'u yang "lari" daripada menerima tarbiyah bila melihatkan "perpecahan" ini.

Bagi saya sendiri secara peribadi, menyertai tanzim lain di samping menumpahkan ketaatan (atau gerak kerja dan usrah)kepada sistem pentarbiyahan yang satu atau tunggal banyak memberi kelebihan dari segi pengalaman, gerak kerja, pemikiran dan pengetahuan kepada saya .

Seandainya sikap terlampau "bergantung" , taat tak tentu pasal, dan jumud (beku) ini terus melekat di pemikiran penggerak-penggerak dakwah itu sendiri , saya percaya bahawa dakwah ini hanya setakat usrah , progaram ,usrah , program . Setakat itu sahaja yang kita nampak sehingga melupakan sendiri realiti yang melanda masyarakat massa.

Inilah yang begitu menyedihkan. Kekeliruan ini hanya mencetuskan fenomena "selagi kakak usrah ,abang usrah aku tak join benda ni aku tak nak join benda ni' dan akhir sekali perkembangan dari segi pemikiran dan gerak kerja tidak dapat bercambah disebabkan takut melanggar "tabu" ini.

Sempat berusrah bersama adik-adik (akhawat semuanya) mengenai taasub jemaah , konsep taadud(kepelbagaian)jemaaah dan peri pentingnya kita mengetahui gerak kerja sesebuah tanzim yang lain. Sebab itulah apabila wujudnya satu 'ikatan" yang mengikat penggerak-penggerak antara IPG Zon Utara , Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara , saya adalah antara penggerak yang gembira dengan idea penubuhan ini disebabkan akan ada pengaliran dan percambahan pemikiran bersama sahabat-sahabat daripada IPG yang lain. Saya sering merindukan suasana di mana akan ada ikhwah mahupun akhawat di IPG saya yang akan bertanyakan , 'mana program ilmu minggu ini ? apa beza antara khalafi dan salafi? syed qutb seorang bughoh? dan sebagaimya.

Saya optimis seandainya amalan ilmu dan perkongsian pintar bersama jemaah lain diamalkan , tidak mustahil akan lahir individu yang mampu bercakap seperti JIM (dari segi tarbiyah) , PAS (dari segi siasah atau politik ) , Persatuan Ulama (dari segi aktivisme dan pemikiran ) dan PAI dari segi gerak kerja dan sebagainya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
ana nk tnye, bleh ke kte mnyertai bnyak jemaah stelah kte berbaiah.... asifni..ana bru lg dlm jemaah nie.. salah ke kalo kte mnyertai bnyk jemaah sbg wadah kte u2k berdakwah.. tp knape wujudnye jurang2 antara jemaah.. bg mereka dkwah mereka hnye u2k jemaah......... tlong jelas kn bleh...

Tanpa Nama berkata...

Saya bahagikan soalan tersebut kepada dua:
1. bolehkah kita meneyrtai banyak jemaah setelah kita berbaiah ?
2. Kenapa wujudnya jurang-jurang antara jemaah?

Jawapan :

1. Boleh . Tiada sebarang larangan berkenaan hal ini . cuma saya tertarik dengan analogi yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal berkenaan isu taadud jemaah ini. Anda boleh baca artikel ni http://saifulislam.com/?p=1964.
Kalau jemaah lain yang kita sertai itu hanya bersifat pemikiran tanpa melibatkan unsur pentarbiyahan , saya amat menyetujuinya. Sebagai contoh Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ). Namun kalau jemaah itu melibatkan usrah dan unsur-unsur pentarbiyahan , saya secara peribadi khuatir jika mereka itu sendiri terkeliru akibat banyaknya cabang pentarbiyahan. kalau boleh cari jema tarbiyah yang tunggal suapay gerak kerja lebih teratur dan tarbiyah lebih di fahami dengan jelas.

2.Kenapa wujudnya jurang-jurang antara jemaah? Jurang-jurang ertinya pemisahan antara jemaah, bukan begitu? Sepatutnya tidak patut wujud golongan yang menganggap mereka itu lebih Islamik dan hebat berbanding yang lain . Ada sesetengah jemaah yang begitu "menjaga" anak-anak buah sehingga bertindak mengharamkan anak-anak buah menghadiri program yg dianjurkan oelh jemaah lain. Itu yang janggalnya bilamana penggerak sendiri tidak begitu memahami peranan jemaah itu sendiri. Sebagai satu wasilah dan jalan yang pelbagai , namun mempunyai matlamat yang sama-menegakkan syariat dalam kehidupan.

Akh Zhaf (mujahid page) berkata...

maaf. jawapan tu saya yang buat. Silap jadi anonymous pula.