Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Ahad, Mei 30, 2010

Karnival Konsert Aura Magika Ummah 2010(KAMU)






Tentatif Karnival

08.00 pagi Ceramah Motivasi
10.00 pagi Pertandingan Coral Speaking Sekolah Rendah / Booth Jualan dan Pameran
Dibuka
12.00 pagi Kaunter Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah Dibuka / Penyampaian Hadiah Pertandingan Coral Speaking Sekolah Rendah
01.00 petang Rehat dan Solat Zohor Berjemaah
02.00 petang Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah / Pertunjukan Drift Kereta / Riadah Berkuda
03.00 petang Pertandingan Street Soccer
04.00 petang Penyampaian Hadiah Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah
04.30 petang Rehat dan Solat Asar Berjemaah
05.00 petang Penyampaian Hadiah Pertandingan Street Soccer
05.30 petang Forum Perdana Isu Gejala Sosial / Persediaan Akhir Konsert (Final Sound Check)
07.00 malam Rehat dan Solat Maghrib Berjemaah
08.00 malam Kuliah Maghrib
08.30 malam Solat Isya Berjemaah
09.00 malam Konsert berlangsung
Tentatif Konsert

08.00 malam Kehadiran Tetamu VIP
09.00 malam Perasmian
09.15 malam Persembahan Pembukaan Algebra
09.25 malam Silap Mata dan Nasyid Amar
09.35 malam Nasyid Nazrey Johani
09.50 malam Nasyid Algebra ft Muadz
10.00 malam Pentomen dan Anekdot Tazkirah
10.10 malam Nasyid Nazrey Johani
10.25 malam Silap Mata dan Nasyid Amar
10.40 malam Nasyid Algebra ft Muadz
10.50 malam Pentomen dan Anekdot Tazkirah
11.00 malam Nasyid Nazrey Johani
11.10 malam Nasyid by All Artis
11.15 malam Penutup dan Bersurai
Tiket Konsert Aura Magika kini boleh didapati secara online eksklusif di blog http://karnivalkamu.blogspot.com
. Murah dan Berbaloi-baloi. Tempahlah sekarang !
Harga tiket :
a)Kanak-kanak (berumur 12 tahun dan ke bawah) RM 5
b)Dewasa (berumur 13 tahun dan keatas) RM 7
c)Eksklusif VIP (barisan duduk di hadapan+kerusi empuk banquet) RM 10
d)Keluarga (2 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak) RM 30
e)Kumpulan kanak-kanak (40 0rang) RM 150
f)Kumpulan Dewasa (40 orang) RM 200
Untuk hiburan :
Nasyid
Makar Ilusi
PentominAnakdot Puitis
Band secara langsung!
Menampilkan artis seperti :
Nazrey Johani
Amar
Muadz
Algebra Band
Soul Group of PentominUstaz Fahmi Abu Bakar
DJ Miftah (Cahaya Nasyid@SeriFM/Singapura)


Hubungi kami di:

PENGARAH
mohammad akmal abdul aziz+60 013 200 7503Pengasas Simposium Bring Islam Back! (SBIB)

SETIAUSAHA
nurfitri amir muhammad+60 013 706 9509Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)

BENDAHARI
mohd zaidi husain+60 013 261 4371Aktivis Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

PENGURUSAN ARTIS
ahmad hafiz mohammad+60 013 628 8764Presiden Penang Muslim Student Association (PISA)

PROMOSI & PEMASARAN
mohd saiful afindi+60 019 413 1472Koordinator Aman Pattani (AMANI)

KOORDINATOR KONSERT
muhammad haafizuddin abirerah+60 013 629 4570Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) / Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia

KOORDINATOR KARNIVAL
ahmad zhafri md noor+60 019 455 4508Pengerusi Jaringan Pemuda Dakwah Islamiyyah (JUNDIYY)

TUGAS-TUGAS KHAS
ahmad fikri ahmad nazari+60 013 309 0126Aktivis Penang Muslim Student Association (PISA)

TUGAS-TUGAS KHAS
mohd fadli amir mohd sobri+60 013 515 8688Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)

Rabu, Mei 19, 2010

ISU JUDI-PENDIRIAN FORUM PENYELARASAN UMMAH

Kenyataan Media FORUM

Susulan dari pengeluaran lesen judi bola sepak sempena piala dunia 2010, Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (FORUM) mendesak agar Kerajaan menarik balik lesen tersebut yang telah diberikan kepada Konglomerat Perjudian, Berjaya Groups Sdn Bhd. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Pada 12 Mei pula, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Melihat kepada proses membuat keputusan yang begitu singkat tanpa merujuk kepada maklumbalas awam, FORUM merasakan wujud keraguan dalam proses meluluskan lesen tersebut. Dengan ini, FORUM menggesa SPRM untuk menjalankan siasatan jika ada sebarang penyelewengan yang berlaku. Dalam hal ini, pihak FORUM akan membuat laporan rasmi kepada pihak berkenaan.
Pada hemat FORUM pemberian lesen judi bola tersebut wajar dibatalkan kerana kerana ianya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran mana-mana agama, bahkan ianya juga bercanggah dengan lunas dan tatacara berfikir yang betul serta tidak menepati etika dan budaya masyarakat ketimuran. Malah FORUM berpendapat dengan kelulusan lesen judi berkenaan akan mengundang pelbagai impak negatif kepada Negara, masyarakat dan individu. Perkara ini juga akan menjatuhkan nama baik Malaysia sebagai sebuah negara yang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi di persada dunia. Justifikasi kerajaan bahawa pemberian judi berlesen akan memudahkan pengawalan adalah tidak tepat sama sekali. Tidak ada sebarang jaminan bahawa para penjudi akan hanya berjudi melalui judi lesen.
FORUM bimbang jika kerajaan terus berfikiran prakmatik yang songsang seperti ini, suatu hari nanti kegiatan maksiat seperti pelacuran pula akan diberikan lesen seperti di Belanda, atas alasan yang tidak Syarie. Pertaruhan piala dunia tidak seharusnya dibenarkan atas apa alasan sekalipun kerana ia akan turut mengundang banyak lagi gejala sosial, rumahtangga porak-peranda dan seterusnya masyarakat menjadi huru-hara. Tambahan lagi, judi piala dunia yang berlansung empat tahun sekali, tidak kurang bahaya berbanding judi lain kerana masyarakat mungkin menganggap tempoh yang lama dan sekali sekala itu ‘tidak salah’ untuk melibatkan diri. Dengan tanggapan seperti itu, FORUM yakin keadaan akan menjadi tidak terkawal dan menegaskan sama ada Piala Dunia atau lumba kuda, judi wajib diharamkan sama sekali.

FORUM PENYELARASAN UMAT PULAU PINANG (FORUM)
19 Mei 2010

Khamis, Mei 06, 2010

MAPIM USUL DEWAN RAKYAT KELUARKAN RESOLUSI KHAS ISU GAZA DAN JURUSALEM TIMUR , AHLI PARLIMEN MALAYSIA TURUT SERTA DI MISI FLOTILLA KE GAZA SERTA SOKON

Kenyataan Media
7 hb April 2010

MAPIM mengusulkan supaya Dewan Rakyat yang kini sedang bersidang mengeluarkan resolusi khas mengutuk keganasan Israel yang sehingga hari ini terus melakukan pelanggaran hak asasi manusia ke atas rakyat Gaza .

MAPIM adalah jawatankuasa gabungan badan-badan Islam Malaysia yang terdiri dari 24 organisasi gabungan negeri dan kebangsaan yang berfungsi untuk menegakkan keadilan dan kesatuan umat Islam berasaskan petunjuk Al Quran dan As-Sunnah
Semenjak Israel mengganas ke atas Gaza pada awal 2009 dalam serangan 22 hari yang bertujuan membunuh dan menghancurkan Gaza , malangnya sehingga kini kezaliman Israel masih tidak berhenti.

Termasuk juga ialah tindakan Perdana Menteri Israel Benjamin Natanyahu yang terus berdegil membina kependudukan di Jurusalem Timur walaupun ia suatu yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Parlimen Malaysia perlu sekali lagi menyatakan pendirian tegas terhadap keganasan tidak berperikemanusiaan Israel yang terus melancarkan serangan keatas Gaza, disamping membina tembuk besi disepanjang sempadan Gaza – Mesir serta mengenakan kepungan keatas Gaza sejak 2006 lagi.

Situasi terkini menunjukkan kepungan ke atas Gaza dan serangan yang masih dilakukan oleh Israel telah menjadikan Gaza berada dalam keadaan dharurat.
\
Dengan tindakan zalim itu pada hakikatnya Israel bertujuan untuk meneruskan tekanan ke atas seluruh populasi Gaza melalui pemusnahan segala kemudahan awam yang ada,
Kami ingin mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen Malaysia bahawa serangan Israel pada awal 2009 yang mengakibatkan 1400 orang awam yang terbunuh , puluhan sekolah , masjid , hospital , ambulan , stor ubatan , bangunan PBB yang musnah, namun sehingga kini rakyat Palestin di Gaza terus menderita.

Walaupun laporan khas dari Suruhanjaya PBB iaitu Goldstone Report telah mendedahkan bukti betapa dalam serangan 2009 itu , Israel telah bertindak luar biasa dengan serangan ganas yang tidak proporsional dengan serangan balas HAMAS , dan sepatutnya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa , akan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang dilakukan ke atas Israel sehingga hari ini.

MAPIM berpendirian bahawa Malaysia tidak harus tunduk kepada mana-mana kuasa Barat untuk terus menegaskan pendirian mengutuk Israel dan berusaha agar hak rakyat Palestin dikembalikan dan Israel dihukum di atas segala pelanggaran hak assasi manusia berdasarkan undang-undang antarabangsa yang dilakukannya ke atas Gaza.

MAPIM berpendirian Malaysia sebagai negara yang berdaulat perlu menegaskan prinsipnya untuk tidak mengiktiraf Israel dan memastikan segala perhubungan rasmi samada dalam perdagangan , ekonomi , ketenteraan , kebudayaan , sukan mahupun diplomatik tidak diadakan dengan Israel samada secara langsung atau tidak langsung.

MAPIM menerima maklum bahawa sebuah koliasi sudah terbentuk di Turkey dalam usaha untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza. Koliasi ini menggabungkan beberapa organisasi dan pergerakan yang bergerak untuk memecah “blockade” ke atas Gaza. Ia melibatkan sebuah organisasi berpejabat di Turki iaitu IHH (Insani Yardim Vakfi) dengan
“European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG)”, “Greek Ship to Gaza campaign”, “Swedish Ship to Gaza campaign” dan “Free Gaza Movement”.

Mereka sudah melancarkan dan mengumumkan sebuah misi “flotilla” kapal-kapal laut yang dimuat dengan kargo , wakil media , ahli parlimen , selebriti dan aktivis untuk ke Gaza bulan hadapan.

Rombongan kapal-kapal (flotilla) paling kurang 8 buah itu , termasuk 3 kapal kargo , akan berlayar dari beberapa pelabuhan Eropah bermula 3 hb Mei dan dijangka tiba di pelabuhan Gaza dalam bulan tersebut.

Lebih 5,000 tan kargo termasuk semen , bahagian-bahagian rumah pasang siap , bahan binaan yang lain , peralatan perubatan dan alat-alat pendidikan akan dibawa untuk diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

The Free Gaza Movement telah melancarkan beberapa kapal ke Gaza sejak Ogos 2008, bersama dengan pelbagai organisasi dan aktivis dari serata dunia. Pada Disember 2009, IHH telah menggerakkan misi konvoi darat dengan membawa beberapa tan bekalan bantuan kemanusiaan.

Pada Januari 2010 , Kempen Eropah telah membawa 50 ahli parlimen ke Gaza untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin dan menyaksikan sendiri kemusnahan akibat serangan Israel dan segala polisi Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Sementara itu misi kapal untuk Gaza dari Greece dan Sweden sudah melancarkan kempen untuk meningkat kesedaran awam dan mengumpul dana untuk usaha membawa bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Kata IHH President Bulent Yildirim.“Through this coalition, these organizations will be able to maximize resources, experience and commitment to ending the illegal siege on Gaza. Even as Israel continues its daily persecution of Palestinians, we will use this action to wake the world’s consciousness about the crimes committed against Palestinians,”

Kami juga telah dimaklumkan bahawa sebuah kapal kargo telah dibeli dari tabung yang dikumpul dari rakyat Malaysia untuk menyertai misi tersebut.

Dengan yang demikian MAPIM berpendapat sangat wajar paling minima 2 orang ahli Parlimen Malaysia menyertai misi flotilla ini disamping menghasilkan sebuah usul khas mengutuk keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

MAPIM juga menyatakan gesaan untuk semua ahli Parlimen Malaysia menandatangani sokongan memorandum MAPIM yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung PBB dan rombongan misi flotilla tersebut supaya mesej rakyat Malaysia mengenai isu Palestin dapat dipertegaskan.

MAPIM mengsasarkan kutipan paling minima bernilai RM 1 juta dapat dikumpul dikalangan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada bantuan barangan yang akan dibawa bersama dalam misi tersebut .

MAPIM ingin mengumumkan sebagai simbol penyertaan rakyat Malaysia bersama misi flotilla itu. suatu KONVOI NASIONAL MAPIM UNTUK GAZA akan diadakan pada 8 hb Mei 2010 di Stadium Melawati , Shah Alam , Selangor. MAPIM merencanakan minima 50 buah kereta akan bergerak dalam konvoi dari setiap negeri untuk berhimpun jam 5.00 petang di Shah Alam. Tujuannya adalah untuk membangkit kesedaran dan sokongan rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

Acara kemuncak konvoi tersebut adalah perhimpunan perdana di Stadium Melawati bersama dengan pemimpin-pemimpin rakyat bagi menyatakan sokongan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Israel.


Yang Benar



Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
Pengerusi Penyerlaras KONVOI NASIONAL MAPIM UNTK GAZA

Rabu, Mei 05, 2010

Kenyataan PACE: Memperingati Ulangtahun Nakbah ke 62


MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 62

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali.



Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan.


Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin.


Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan.



Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.

Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949.


Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.

Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia.

Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
Palestine Centre of Excellence