Soldiers of Allah, sebuah kumpulan rap islamik yang berasal dari amerika, negara Uncle Sam yang terkenal sebagai sebuah negara yang penuh tipu daya hingga tidak sedar bahawa diri mereka tertipu sendiri...
bak kata tipah dalam filem ali setan, "tipah tertipu bang" umpama satu pernyataan yg sesuai untuk digambarkan pada negara paksi setan ini...mereka mencanangkan pembentukan demokrasi ala amerika iaitu aliran demokrasi mazhab mereka sendiri...namun mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah perosak kepada demokrasi yg konon-kononnya ditegakkan oleh mereka sendiri... lihat contoh di iraq, bayangkan sendiri saddam hussein yang dipilih oleh rakyat iraq sendiri digulingkan secara melulu dan membabi buta dengan alasan yang pada pendapat ana hanya layak diucapakan oleh budak kecil.. atas alasan untuk memerangi keganasan ... tgk pula di palestin, kerajaan hamas dipilih oleh rakyat tetapi mereka menghukum sendiri pilihan rakyat itu dengan menyekat sebarang bantuan kewangan... gile ke pe ni....
bercerita lebih lanjut tentang soldiers of Allah itu sendiri, ia bermaksud tentera Allah... pada masa kecil dahulu aku sering diberitahu bahawa tentera Allah ada di mana-mana ,sesiapa sahaja , tidak kira binatang, jin manusia , malaikat ,tumbuh-tumbuhan dan Alam... (n kumpualn2 yg aku sebutkan xdi mestilah berjuang n berbakti kpd Allah!) kumpulan ini seperti kebanyakan rappers dari Amerika terdiri daripada orang bekulit hitam... bagi aku mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk menyampaikan dakwah, dan inilah dia... lagu seperti bring islam back , 1924, dan islam for life menjadi medium bagi dakwah mereka... berdakwah melalui lagu...BAGUSLAH.... sekurang-kurangnya , kita ada ikhwah yang mampu mengajak mat-mat atau minah2 ya-a-au supaya menilai sendiri diri mereka sebagai hamba Allah.. kalau di m'sia ,too phat... tu pun satu lagu je yang di"translate" menjadi 2 versi, melayu dan english -iaitu Alhamdulillah yg lebih membawakan misi keinsafan...

c'mon la , dude... dakwah ada mcm2 cara... tu pun kira dakwah jugak.. kalo nk memaksa Mat2 rockers layan lagu mashitah ke , lagu sepohon kayu ke, cudipt ke, maunya nak layan... baguslah... band2 yang aku sebutkan di atas tadi mampu memecahkan kebuntuan para pejuang islam untuk mengajak mat2 rockers ni supaya mendekati dan mengingati Allah.. tapi benda tu tak jamin la... tetapi apabila lagu2 rock yg berunsur ketuhanan ini selalu di' propaganda' kan dalam hidup mereka , selalu diperdengarkan di radio-radio atau di tv-tv,aku percaya paling kurang pun sedikit dari hati mereka akan menilai kembali diri mereka....namun aku sendiri x nafikan bahawa nasyid itu sendiri irama yg indah...n murni...
namun , apabila dakwah melalui lagu ini bukan dinisbahkan sebagi metod dakwah atau kesedaran, atau hanya sebagai penghias album atau produk sampingan sahaja, besar kemungkinan keberkesanan mesej itu hilang.. sbg contoh, ada ke boleh 'headbanging' time lefthanded nyanyi lagu seruan.. seruan tu seruan tuhan, kenapa di'headbangingkan'... kata seorang member, RAJA ABDULLAH namanya , haru.....

aku teringat lagu band butterfingers , yg liriknya satu ketika dahulu menjadi kontroversi di m'sia... atas semangat grunge...
TENTANG TENTANG
by-butterfingers
Buka radio pagi hari
malam hari sama sahaja
cinta sana cinta sini
aku gila geli
Buka radio Hitz fm
propaganda Amerika
apa benda yang merdeka
jilat bontot depa apa benda yang merdeka
bila kawan ramai keliling kita
cakap besar tunjuk belang
tapi bila sorang-sorang pengecut pemalu
macam semua orang
saya ini pun bukan sempurna tapi saya tahu
dosa dan pahala tuhan saja yang tahu
dosa dan pahala tuhan saja yang tahu
gelang si paku gelang
gelang si rama rama
tentang marilah tentang
marilah tentang bersama-sama
tapi bukan niat aku untuk mengutarakan sesuatu yg lucah, di sini (aku rebel!), tetapi msg lagu xdi turut boleh diambil kira dgn keadaan masyarakat skang..masalah sosial, maksiat depan mata, penindasan di depan mata, ni pun skang bising2 pasa nk naik minyak masak ni, isk...
isu ni, mgkn an dikupas secara langsung atau x lgsg selepas ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan