Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Julai 30, 2008

Adnan Ibrahim
Tue | Jul 29, 08 | 10:51:12 am MYT

Ternganga juga mulut penonton Buletin Utama siaran televisyen swasta
apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said begitu petah
bercakap tentang kereta Mercedes E200 Kompressor dan memperlekeh
Perdana V6 Executive.

Terasa macam beliau bercakap di Litar Formula Satu di Sepang jika
tidak diberitahu pembaca berita, bahawa beliau bercakap kepada
wartawan sebelum mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan Terengganu di
sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Barangkali datang dari Terengganu dapat merasa henjutan minyak percuma
daripada kompresor baru ke Kuala Lumpur dan boleh menjadi topik
pertama dalam mesyuarat sebelum masuk lebih serius.

Selepas ini kalau rakyat mahu tahu bagaimana lasak kereta Mercedes
boleh Exco Terengganu cadangkan mesyuarat akan datang diadakan di
Genting Highland, Cameron Highland atau di tempat yang lebih jauh bagi
Terengganu iaitu Perlis. Makin bertambah lebat cerita tentang Mercedes
kerana modal bercakap makin banyak dan berisi.

Bagaimanapun rakyat tertanya, tidak berminatkah Exco Terengganu
menaiki kapal terbang kalau ada program di luar Terengganu sehingga
kereta Exco terpaksa jalan jauh? Atau barangkali jalan raya Terengganu
perlukan kereta lasak?

Kabinet membuat keputusan Exco Terengganu tidak boleh menggunakan
kereta tersebut tetapi apakah tindakan disiplin dikenakan kepada
mereka terbabit yang melanggar arahan surat perkeliling membeli kereta
Mercedes tersebut?

Menurut MB Terengganu, penelitian telah sudah dibuat sejak dua tahun
lalu dan keputusan muktamad dibuat tiga bulan lalu. 14 kereta Mercedes
itu telah digunakan sejak seminggu lalu.

Katanya, spesifikasi pembelian Mercedes menepati syarat surat
perkeliling kementerian kewangan yang hanya membenarkan kerajaan
negeri menggunakan kereta nasional atau kereta yang dipasang di
Malaysia (CKD).

Menjawab pertanyaan wartawan dengan petah Ahmad menjawab: "Saya
sayangkan duit kerajaan negeri saya buat macam ni. Saya nak jaga duit
rakyat sebab itu nak kena buat."

Kalau kita beli kereta Mercedes RM240 ribu boleh tahan berapa tahun?"
soal Ahmad kepada wartawan sambil menambah: "I pakai kereta 18 tahun..
Mercedes kerajaan sekarang. Tak ada masalah."

Bila ditanya keputusan Kabinet beliau berkata: "Kita dah beli
(Mercedes) dah pun. Nak jual secondhand berapa ribu pulak� berebut
orang nak beli..dah nak buat macam mana."

Ahmad juga menunjukkan kepakaran dalam bidang kereta katanya: "Proton
kena terima (kritikan beliau) sebagai positif. Dia kena
upgrade� Perdana V6 Executive dia tambah 10 inci daripada Perdana
V6�spek lain tidak tambah..enjin, kotak gear.. itu masalah� itu yang
rosak."

"Tanya semua menteri besar tapi dia tak berani cakap la� Saya tak nak
hipokrit. Saya cakap benda benar. Saya ada rekod boleh tunjuk
satu-satu," ujarnya lagi.

"Kalau salah, Kabinet tarik balik perkeliling. Cuma anggapan kita
kalau Mercedes� mewah, mewah. Cuba cek Spanco (dimaksudkan kos
penyelenggaraan) .

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga
ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada
keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri
Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan
kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan
untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk
ke perbelanjaan rakyat.

Mengenai kereta rasmi ini terdapat juga Exco terutama daripada Pakatan
Rakyat duduk depan bersama pemandu. Bagi Exco wanita mereka lebih
berakhlak duduk dibelakang sekiranya pemandunya lelaki.

Ahmad sepatutnya lebih petah dalam mengubah kemiskinan rakyat
Terengganu kerana kedudukan kemiskinan Terengganu ditangga kedua
selepas Sabah sedangkan negeri tersebut mempunyai pendapatan yang
kedua tertinggi dalam negara.

Kenapa negeri berpendapatan kedua tertinggi tetapi rakyatnya miskin?
Jawabnya kerana Terengganu bermenterikan mereka bercitakan kemewahan
sehingga lupa bagaimana program, perancangan serta idea yang baik bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat.

Semasa Terengganu dibawah pemerintahan PAS pada 1999 kedudukan
kemiskinan negeri itu telah dibaiki daripada tempat kedua iaitu dengan
kadar 17.3 peratus kepada tempat ketiga (14 peratus)pada tahun 2001.

Pada awal 2004 percapaian itu dibaiki lagi ke paras keempat dengan
kadar kemiskinan iaitu 10 peratus setelah membuat perubahan polisi
sebaliknya negeri itu kembali miskin iaitu tempat kedua (15.4 peratus)
setelah BN memerintah kembali pada pilihan raya umum 2004.

PAS mampu mengubah nasib kehidupan rakyat walaupun ketika itu wang
royalti minyak ditarik balik oleh kerajaan Pusat.

Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300, Terengganu kembali
menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan.
Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang
Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006.

Dalam masa yang sama kos sara hidup di Terengganu adalah yang kedua
tertinggi di negara ini sepertimana kata Pengarah Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' Adzlan Mohd Dagang.

Rakyat Terengganu masih belum lupa pembangunan Masjid Kristal yang
menelan belanja lebih RM270 juta hanya sebagai perhiasan bukan
bermanfaat untuk Islam ternyata salah daripada maksud sebenar
mendirikan rumah Allah.

Penganjuran Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun menghabiskan RM300
juta setahun. Sukan kapal layar itu hanya dipertandingan di kota mewah
seperti Perth, Australia; Monaco, Itali dan lain-lain bandar maju
cukup tidak sesuai dipertandingkan di Kuala Terengganu.

Penganjuran yang mengharapkan timbal balas kedatangan pelancong asing
dan menguntungkan ekonomi negeri rupanya tidak kecapaian berikutan
mereka lebih gemar tinggal di Singapura berbanding di Kuala Terengganu
yang masih kekurangan hotel mewah dan prasarana bagi menarik minat mereka.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan
RM130,000 berbanding Mercedes RM245,000 yang dikatakan lebih murah
daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam tindakan kerajaan
Terengganu itu kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat
yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
Selain itu, menteri yang sepatutnya berperanan mempromosi dan membantu
industri kereta nasional sebaliknya memperlekeh secara terbuka.

Sementara itu dilaporkan Badan Pencegah Rasuah (BPR)membuat siasatan
mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan
Perdana V6 Executive yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat
tahun lalu. - mr/mks. _

Tiada ulasan: