Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Isnin, Ogos 25, 2008

AVRIL LAVIGNE,,,,,Oh Malaysia Negara Islam (HAD-HARI)

Avril Lavigne dibenar buat konsert


PETIKAN DARI BERITA HARIAN 25 OGOS 2008

Oleh Che Wan Badrul Alias
chewan@bharian.com.my

Penganjur hiburan diminta hormati prosedur permohonan permit

KUALA LUMPUR: Kabinet meluluskan permit konsert Avril Lavigne, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, 29 Ogos ini, sekali gus menamatkan kontroversi konsert yang akan diadakan dua hari sebelum perayaan kemerdekaan negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kelulusan itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin, berdasarkan 'budi bicara'.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ini kali terakhir kerajaan akan berbuat demikian dan mengingatkan penganjur supaya menghormati prosedur permohonan permit persembahan sedia ada bagi mengelakkan isu seperti itu timbul lagi.


Beliau berkata, masalah berkenaan tidak akan timbul jika penganjur konsert Avril Lavigne mengemukakan permohonan tiga hari bekerja sebelum mesyuarat mingguan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti yang ditetapkan.


"Kementerian hanya menerima permohonan daripada penganjur konsert artis itu pada 11 Ogos lalu, sehari sebelum mesyuarat mingguan Puspal menyebabkan kementerian kesuntukan masa untuk memproses permohonan dan menangguhkan keputusan pada mesyuarat minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak pernah berlaku pada persembahan artis luar negara sebelum ini. Mereka menghormati prosedur permohonan permit dan memohon beberapa bulan lebih awal berbanding pihak

Penganjur Avril Lavigne bukan saja lewat membuat permohonan, malah membuat promosi terlebih dulu sebelum membuat permohonan.

"Kita memberi amaran terakhir kepada semua penganjur supaya mengemukakan permohonan tiga hari bekerja sebelum mesyuarat Puspal," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Foto 'Changing Malaysia,' di sini, semalam.

Puspal dianggotai pegawai kementerian berkenaan, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan.

Selain itu, polis, kastam, imigresen, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).





PETIKAN DARI TRANUNGKITE.NET

Lulus Konsert Avril, penghinaan kepada Negara dan Umat Islam


Tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan pada bulan september ini. Walaupun Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, tetapi ia diluluskan semula apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri semalam.

Rakyat yang cintakan Islam membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Ini suatu tindakan yang kurang ajar, walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.


Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Pembatalan konsert sebelum ini, bukan kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelambatan permohonan permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Di mana pemimpin-pemimpin yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?



Tiada ulasan: