Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
Petikan daripada Mingguan Malaysia 24 ogos 2008BANGI 23 Ogos - Kerajaan akan memastikan penguatkuasaan fatwa pengharaman Islam Liberal dilaksanakan dengan serius agar umat Islam negara ini tidak terpengaruh dengan fahaman dan ideologinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penguatkuasaan tersebut memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi maklumat mengenai golongan pemikiran tersebut yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Katanya, antara peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam penguatkuasaan itu ialah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 .
''Enakmen tersebut memberi kuasa menangkap dalam kes jenayah syariah seperti ajaran sesat dan kumpulan bertopeng agama yang boleh menjejaskan ketenteraman negara.
''Kita akan cuba berbincang dan mendapatkan kerjasama daripada NGO dan agensi kerajaan lain seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah fatwa tersebut dikuatkuasakan," katanya.
Beliau berucap merasmikan Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim), Somali Ahmad.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menggesa semua pihak menyalurkan maklumat berhubung kegiatan kumpulan pemikiran itu yang didapati bergerak secara terang-terangan melalui saluran media komunikasi dan menjadikan golongan anak-anak muda sebagai sasaran.
''Golongan pemikiran Islam Liberal ini berpegang kepada pegangan sekularisme dan pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama, selain pegangan feminisme yang berpendapat semua lelaki dan wanita perlu dilayan secara sama dalam semua hukum syarak.
''Gerakan ini sangat bahaya. Oleh itu, bahan-bahan bacaan berhubung Islam Liberal harus dikawal agar ia tidak tersebar luas di pasaran dan segala aktiviti mereka harus disekat," katanya.
Petikan daripada Harakahdaily 23 ogos 2008PUM gesa kerajaan bendung penularan Islam Liberal
Roy Rasul Sat | Aug 23, 08 | 6:28:39 pm MYT | |||||||
BANGI, 23 Ogos (Hrkh) - Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir mencadangkan supaya kerajaan menguat kuasa fatwa mengenai Islam Liberal dilaksanakan.
Katanya, fatwa tersebut yang dicadangkan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri agar menguatkuasakan keputusan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan kali ke-74 tahun 2006 lalu, bagi mengharamkan Islam Liberal. "Kita cadangkan supaya fatwa itu dilaksanakan dan dikuat kuasakan," katanya kepada media di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor, hari ini. Menurutnya, pengaruh Islam Liberal di negara ini agak serius dan ia digerakkan pula oleh golongan terpelajar yang beragama Islam. "Kalau mekanik sendiri yang menjadi pencuri susah sikit. Begitu juga jika orang itu tidak tahu Islam senang untuk kita tetapi mereka yang mahir dalam bidang ini (agama) sebab itu bahaya, kerana orang Islam sendiri yang menggerakkannya," katanya. Sehubungan itu katanya, kefahaman Islam sebenar perlu diberikan kepada masyarakat agar pengaruh Islam Liberal ditangkis. "Islam yang sebenar ialah memberi ruang sebanyaknya untuk mereka belajar dan memahami Islam dalam semua bidang. Itu yang menjadikan penyelesaiannya. "Belajarlah secara serius untuk memahaminya dan ruangnya masih ada untuk dipertingkatkan," katanya. Katanya, beliau juga bimbang dengan mereka yang menggunakan nama Islam contohnya untuk pertubuhan Islam sedangkan mereka tidak membela Islam. Sementara itu, dalam ucapan perasmian seminar tersebut yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sumali Amat yang menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi, berkata, seminar itu wajar diteruskan. Katanya, ia bertujuan membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi ummah di zaman globalisasi. Katanya dengan peruntukan kuasa yang ada, kerajaan akan mempastikan komuniti 'Islam Liberal' di Malaysia tidak dapat mempengaruhi dan mengembangkan teologinya secara substansi dan metodologi. "Antara peruntukan undang-undang yang boleh digunakan di peringkat kerajaan negeri ialah Jadual 9, Senarai 2, Senarai Negeri: Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 (enakmen No. 12 Tahun 1087) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 turut memberi kuasa menangkap dalam kes jenayah syariah seperti khalwat, ajaran sesat dan kumpulan bertopengkan agama yang boleh menjejas ketenteraman dan keselamatan negara, katanya. Katanya, beliau akan cuba berbicangan dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan polis apabila fatwa tersebut dikuat kuasakan. Katanya, kumpulan Islam Liberal didapati bergerak secara terang melalui saluran media dan buku-bukunya. Sementara itu, seminar tersebut yang diadakan hari ini dan esok dianjurkan oleh PUM dan Yadim. Ia dihadiri oleh para ilmuan agama, wakil-wakil Jabatan kerajaan, Jabatan Kehakiman Syariah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). - mns_ |
Mujahid Page berkata :
Alhamdulillah. Nampaknya kerajaan mulai sedar terhadap ancaman akidah ini. Tapi jangan biarkan pepatah "kuman di seberang laut nampak , gajah di depan mata tidak disedari" .
Ana berpendapat pendekatan Islam Hadhari yang dicanangkan oleh kerajaan Pak Lah harus dikaji semula bagi menjernihkan lagi "kesejahteraan" akidah rakyat Malaysia sebab ia banyak timbulkan kekeliruan berbanding perkara yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan