Setelah (konon-konon) mengenal erti dakwah dan perjuangan , ana mengenal seorang nisa. Gayanya biasa sahaja bagi ana ...namun tidak pernah terpandang bagi ana dia "seksi" hingga menyeksakan jiwa yang lara ini. Gaya bersederhana, namun kesolehahan itu tertampil melalui akhlak yang ditunjukkan. Tengok kali pertama dah naik respek. Tapi ana sedar , siapalah diri ini , mengharapkan kuntuman bunga dari syurga yang menawan sifatnya. Wajahnya mulus , halus jiwanya kental dan keras terhadap lelaki , sebarang lelaki...pergaulannya hanya terhad kepada wanita2...dia tidak pernah bergurau berlebih-lebih dengan lelaki...mungkin tidak pernah bergurau pun...namun tiada siapa berkata dia sombong..
memiliki jiwa yang tabah, pandai menilai dan menjaga maruah diri...alangkah sempurnanya dia... nak ku hampiri ...namun ana takut...takut jiwa yang kotor ini akan menghancurkan keserian jiwa permata syurgawi ini...pertama kali kenal dahulu, mesej ana (yang nakal ini yang cuba approach dia...hehe) sering dibalas dengan peringatan dari hadis -hadis dan petikan Al-Quran berkenaan ikhtilat lelaki perempuan...egoku tertunduk dek kerana 'penangan' nisa itu...memberi kesedaran kepada ana tentang bahaya percintaan tanpa halal lelaki dan perempuan. Dahulu , ana main taram sahaja.. sekolah sekular...
kini , rasa hati dia telah ana berjaya selidiki dan ketahui... pertemuan dengan naqibah nisa itu , ibu bapa nisa umpama memberi sinar bagi ana...sinar yang menandakan mungkin nisa itu bakal milikku.... moga Allah beri ana dan nisa itu kekuatan bagi melawan segala tipu daya syaitan yang mungkin menyelinap dalam bentuk yang dilihat cantik, namun mampu merobohkan jiwa islami yang terbina selama ini....
ya Allah, hanya Kau yang ku harapkan ...
agar diri yang hina ini dapat menjaga kesucian bidadari mu..
mengharapkan diri ini menunjuki....
aku sendiri tak pasti jalan yang seharusnya aku lalui...
akan aku tempuhi jalan ini, berdikit-dikit....
moga rahmat turun terhadap kami.... ya Allah...
Biarlah pertemuan kami atas namaMU ini, dapat diakhiri dengan gerbang perkahwinan
juga atas namaMU ...itu yang kami pinta dariMu ,ya Allah....
tribute to:- ukht _______________
Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Assalamualaikum...
respek ar kat abg zaf..x sangka ar abg zaf nk cita dlam blog..tp nak gak tau siapa akak tue..student i4p gak ke?bdak usrah?papahal pon,saya doakan abg dgan akak tue bersatu jua akhirnya..AMINNN... nak jugak bgtau yang saya sokong perjuangan PAI untuk membantu Palestin..sama2lah kita berdoa untuk kebebasan saudara kita..InsyaAllah..
-junior i4p-
adakah nisa yang dlm fs akh tu?? adakah??
hehehe
Catat Ulasan