Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Januari 29, 2009

Santai...sambil fikir , fikir dan terus berfikir...


Bila Ana tengah baca emel, terbaca satu kiriman seorang sahabat melalui GAMIS yahoogroup . Dalam kiriman tersebut , terdapat file attachment mp3 lagu nyanyian Micheal Heart,seorang penulis lirik dan penyanyi dari Los Angeles , Amerika Syarikat . Satu "produk" dari Negara Uncle Sam yang tidak patut "diboikot" .

Lagu We Will Not Go Down ini merupakan tribut kepada penduduk Gaza yang menderita akibat tangan-tangan Zionis Laknatullah. Sebuah lagu yang berentak perlahan , namun ini mampu menggegarkan jiwa yang mampu merasa, hati yang tidak mati.


Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penyanyi ini.




Michael Heart - We Will Not Go Down (Song for Gaza)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Isnin, Januari 26, 2009

Mencari satu formulasi baru dalam menganjak pemikiran warga IPGM

Sering kedengaran keluhan daripada pensyarah IPGM dan guru pelatih sendiri, di mana keluhan itu lebih berkisarkan kurangnya semangat di kalangan guru pelatih untuk berinisiatif .

Maksud berinisiatif di sini ialah kurangnya semangat mereka untuk mencari sumber imu dan pengetahuan yang lain selain yang diberikan oleh pensyarah subjek (spoon feeding) , kurang semangat dari segi idealisme dan aktivisme dalam isu-isu yang berbangkit sama ada melibatkan isu dalam atau luaran institut (kalau adapun lebih berkisar tentang persoalan childish,sebagai contoh klasik ,bayaran elaun dan wireless internet).

Guru pelatih (pada pandangan ana) dihinggapi oleh penyakit takut keluar dari mentaliti selesa yang menakutkan ! Ana tambah perkataan "yang menakutkan" disebabkan ana jelak (berpandangan sinikal) dengan ucapan sesetengah pihak yang menyelar golongan guru pelatih supaya keluar dari mentaliti selesa , tapi pada masa yang sama orang yang bercakap tu 2 kali 5 dengan mereka yang disasarkan itu.

Istilah "yang menakutkan" memang menakutkan. Mentaliti zon selesa yang menakutkan itu membarah, memburuk dan mewujudkan suatu sudut persekitaran yang dilihat "bahagia" ,tapi pada masa yang sama "membunuh" pemikiran kritikal, berhemah, bijaksana , kesopanan, kejujuran,dan aspek kepedulian dan kesedaran tentang keadaan sekeliling di kalangan masyarakat guru terutama . Jiwa beragama , kesopanan dan persoalan kebenaran seolah-olah jauh dan semakin menyesar dalam diri sesetengah guru pelatih di institut.

Bukan malas, tetapi semangat juang mereka untuk menuntut imu itu umpama satu keterpaksaan (bagi seetengah guru pelatih) dan dibuat-buat dan tidak hairanlah jika dikatakan bahawa IPGM bakal melahirkan "robot-robot" yang mampu mengucapkan sesuatu perkara , tetapi tidak memperhadamkan apa yang dipelajarinya betul betul.

Tidak keterlaluan jika dikatakan budaya angguk-angguk geleng-geleng menjadi sebahagian daripada "chain effect" bagi persoalan mentaliti guru pelatih yang begitu pekat dengan keselesaan ini.. Hanya sesetengah individu(INDIVIDU , bukan perkumpulan) yang sedar dan berani (menempuh "momokan" Akta 174)lalu menegakkan haknya.

Sebagai contoh , isu Karnival Rukun Negara (juga boleh dipanggil sebagai Mini Jom Heboh) di belakang Surau di sebuah IPGM . Hanya beberapa individu sedar tentang "penghinaan" ini bangkit melawan perkara ini , namun akhirnya perkara ini di"diam"kan oleh tangan-tangan gelap yang memegang kuasa atasan. Sensitiviti beragama sepertimana yang ditekankan dalam Rukun Negara yang pertama (Kepercayaan kepaa tuhan) ini tidak dijaga. Namun berapa orang yang bangkit?

Kefahaman guru sebagai murabbi dan mursyid mahupun ustaziyatul fil alam haruslah dihadamkan betul-betul . Ana tidak bercakap tentang perlunya kita meninggalkan pengkhususan yang kita ambil sekarang, dan ambil jurusan agama , tetapi apa yang kita pelajari sekarang seharusnya (bahkan sewajibnya) diasimilasikan dengan penghayatan kerohanian, ketuhanan Yang Esa ,dan unsur keagamaan.

Perkara ini tidak harus dikesampingkan kerana kesan akibat perlaksanaan pemikiran seperti ini (iaitu tiada hubungkait antara Fardhu ain dan fardhu kifaah) bakal melahirkan natijah kerosakan nilai moral , akhlak dan pemikiran generasi yang bakal dididik nanti.

Sebagai contoh , pelbagai isu yang melibatkan remaja (generasi pelapis) yang sudah tentu tidak lari dari persoalan pelajar sekolah. Rakaman video seks dengan beruniform sekolah . Pukul guru dan hina guru. Ugutan rogol kepada guru perempuan. Hisap rokok ,ganja dan seks bebas. Ini tidak termasuk lagi dengan permasalahan yang bersumberkan barat -gothik , black metal , emo , sharp-skinhead ,rempit dan bermacam-macam lagi yang memeritkan untuk diambil pusing .

Itu menandakan kekosongan jiwa yang amat dahsyat yang dihidapi oleh generasi muda yang bakal menggantikan kita kelak , dan gurulah yang sepatutnya menjadi pengisi kepada kekosongan ini . Ini seharusnya guru pelatih sedar .

Kita bukannya "barua" , "pencacai" mahupun agen yang akan melaksanakan dasar-dasar pihak tertentu yang jauh dari fikrah Islami dan pada masa yang sama menentang apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t . Sebab itulah ana menekankan bahawa gurulah yang akan bertindak sebagai mursyid, sebagai murabbi atau apa-apa jua istilah yang mengangkat martabat guru sebagai tukang tunjuk.

Kesedaran ini seharusnya dipupuk sendiri oleh setiap guru pelatih IPGM . Tiada siapa yang akan menggerakkan mereka, kecuali mereka yang menggerakkan diri mereka sendiri . Penyertaan di dalam halaqah, usrah, think tank ,tanzim, program-program haruslah dititikberatkan oleh guru pelatih itu sendiri sebab hanya mereka mampu merubah diri mereka sendiri .

Jangan terperangkap dengan stigma atau dongengan Akta 174 , Akta pendidikan , mahupun banyak lagi AKTA-AKTA lagi. Akta akan dikenakan terhadap mereka yang melanggarnya bukan "melaluinya" . Pemikiran takut pointer terjejas , "alah, kita hebat macam mana pun jadi cikgu jugak" , tahyul Akta 174 , tidak cukup masa untuk terlibat dalam aktivisme dan kegiatan masyarakat dan pelbagai lagi alasan yang jijik lagi memualkan seharusnya dibuang (dalam diri setiap bakal guru) bagi melahirkan arkitek insan ataupun revolusioner masyarakat yang akan menrungkaikan permasalahan dan pemikiran masyarakat hingga ke akar umbi.

Membumikan fikrah Islam dan kesedaran sosial bermula dari "grass root"(golongan masyarakat biasa dan pertengahan ) hingga ke pucuk (pentadbiran negara) dan tidak seharusnya menjadi moto penyedap lidah untuk disebut atau ditulis dalam kertas. Insyaallah. Seandainya penerusan pentarbiyahan dan pendidikan dilakukan secara berterusan ,tidak mustahil kebejatan sosial dan permasalahan aqidah yang melibatkan masyarakat dapat diatasi . Tetapi semuanya kena bermula dalam diri guru, dan dari guru itu sendiri.



Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”

Dipetik dari Palestinkini

Written by admin from on January 10th, 2009 | 70 Comments

Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

1- serangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetkaa paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

2- pendapat saudara ttg tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel. kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?

Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

3 - saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 ? natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekak kan sahaja oleh Israel dah sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?

Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel dan AS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka di dekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

4- jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun … bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah ?

Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka menghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.

Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza.

Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau.

Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah.

Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu.

Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…

5-Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap utk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?

Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik gagal, pertubuhan2 NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu.

Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media.

Jikalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.

6- Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?

Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini.

Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini.

Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel.

Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.

7- Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiiti . TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?

Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut.

Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau.

Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…

8-Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?

Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak.

Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang terlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis.

Walau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam.
Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum.

Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.

9-Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?

Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

10-Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ? apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA.

Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri.

Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana..

Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

Program Himpunan Ummah Selamatkan Gaza (HIMMAH)


Tarikh: 1 Februari 2009 (Ahad)

Tempat: Dewan Milennium, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang

Masa: 7.00 petang – 11.00 malam (solat Maghrib & Isyak berjemaah)*

Ucapan oleh Mohd Azmi Abd Hamid (presiden TERAS)**, ustaz Mutalib Ma’arof (Mudir an-Nahdhoh), saudara Khalid (wakil dari Palestin), dan Dr. Mohd Roslan Hashim (JIM Pulau Pinang)

Undangan khas bacaan ayat-ayat suci al-Qur’ān oleh saudara Fakhrulradzi (johan akademi al- Qur’ān TV9) dan persembahan oleh Nazrey Johaney (bekas vokalis Raihan)

Tayangan khas multimedia, kempen dana untuk Palestin, kempen boikot besar-besaran, jualan barangan menyokong Palestin, dan banyak lagi!

Anjuran: Jabatan Mufti Pulau Pinang, Forum Penyelarasan Ummah Pulau Pinang (FORUM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang, Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP), HALUAN Pulau Pinang, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Institut al-Qayyim (IQ), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dan Youth Muslim Sports Club (YMSC)

*Sila bawa sejadah

**Siaran langsung dari Gaza

Rabu, Januari 21, 2009

Refleksi diri - suatu tingkat renungan yang mendalam 1



Serasa sudah begitu lama ana tidak menukilkan sesuatu dalam blog ini. Mungkin disebabkan tugasan dalaman dan luaran institut perguruan menjadikan ana seperti pengejar masa yang setia. Banyak perkara yang erlaku sepanjang 2 minggu ini .

Menjadi "runner" bagi Pameran Mini Palestin selama seminggu , ditambah dengan beberapa perjumpaan tanzim sehingga terpaksa "mengghaibkan diri dari institut sehinga pukul 1 pagi serta "terpaksa" mengendalikan kelas Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) menjadikan masa bagaikan terhenti seketika.


Mungkin keadaan ini telahpun dan sedang dirasai oleh ramai aktivis-aktivis pelajar dan masyarakat serta kader-kader dakwah di luar sana . Keletihan amat dirasai dan pada masa yang sama cukup berpuas hati. Ana refleks balik Surah Al-fussilat ayat 33 yang bermaksud :

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal yang soleh dan berkata , "sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"




Banyak lagi ayat-ayat Qur'an yang menerangkan tentang ciri-ciri manusia (pendakwah) yang terbaik dan ayat di atas merupakan sebahagian daripadanya.

Al-Qur'an sentasa menjadi penguat motivasi individu muslim. Di dalamnya terdapat banyak ayat-ayat yang mampu menguatkan sendi yang lemah , menegakkan kembali tulang belakang, menyegarkan mata dan minda yang keletihan dan pelbagai lagi kafiat bila seseorang individu muslim itu rapat dengan mukjizat yang terbesar ini.

Terkadang rasa diri ini berasa diri ini begitu kekosongan bila tanpa pengisian dalaman , tambah-tambah lagi bila menjadi pejuang bagi pengislahan masyarakat di bumi yang sejahtera ini.

Ana sentuh sedikit berkenaan isu Palestin di Malaysia. Ana setuju jika dikatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak begitu merasai , atau paling kurang mengambil tahu berkenaan isu Palestin ini.

Ya, mungkin ada yang berkata , aku dah solat hajat dan , aku dah demonstrasi dah , nak apa lagi? tetapi pada masa yang sama rokok DUNHILL terselit di tangan .

Ana menyertai demonstrasi aman Candle Light Virgil untuk Palestin pada 2 minggu lepas di Dewan Sri Pinang , di Georgetown .

Ada seorang sahabat dari badan bukan kerajaan(bukan tanzim /wadah ana la) , orang melaung dia pun melaung, orang pegang banner, dia pun pegang banner, orang kata jahat, dia pun kata jahat dan pada masa yang sama rokok menyala di tangan.

Inilah mazhab pemikiran yang sedang dihadapi oleh kebanyakan rakyat kita sekarang. Tidak salah untuk berdemonstrasi ,tetapi mestilah demonstrasi itu kita benar-benar mengetahui halatuju dan tujuannya.

Bukan sekadar semangat , tapi apa yang lebih penting adalah KEFAHAMAN. Sebab itu Imam As-Syahid amat menekankan unsur Kefahaman di dalam Arkanul Baiat kerana kefahaman merupakan rukun pertama dan terpenting.

Masakan seseorang turun ke laut seandainya dia tidak ada sebab-sebab sebenar dan kukuh untuk turun ke laut sepeti menangkap ikan, menghantar orang dan barang ke tempat lain ataupun sekadar hendak makan angin.

Semua itu memerlukan kefahaman dan penghayatan . Suatu lagi situasi jelik ialah bilamana sekumpulan peluncur air di sebuah tempat di Malaysia (keluar akhbar minggu lepas) dengan bangga menyatakan untuk boikot barangan dari USA dan Yahudi .

Bagus hasrat mereka, tapi banyak persoalan timbul di sini , adakah BOIKOT itu benar-benar meresap dalam hati mereka.

Maaf, ana tidak berapa tahu berkenaan negara mana yang membuat papan luncur dan pakaian khas untuk surf ini, dan ana tidak menolak kemungkinan barangan tersebut diimport dari negara yang diboikot tersebut.

Tertarik dengan kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkenaan kefahaman .

Benarnya kefahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang Allah berikan kepada HambaNya. Tiada nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dengannay seorang hamba dapat terhindar dari jalan orang-orang yang dimurkai iaitu orang-orang buruk tujuannya dan jalan-jalan orang-orang yang sesat (orang yang buruk kefahamannya)

Ada pula yang memberi kata-kata yang bagi Akh Izzat Anwari Hasni (Angkatan Pemuda Pemudi Islam, API ) adalah merosakkan aqidah seperti ,"matilah kita kalau kita boikot barangan Yahudi dan AS , semua barangan yang aku guna asalnya datang dari 2 negara tu jugak ".
Ada seorang wakil dari Coca Cola Malaysia membuat kenyataan bahawa seandainya rakyat Malaysia boikot barangan keluaran syarikat tersebut , nescaya ramai lah rakyat Malaysia (yang terdiri daripada pekerja-pekerja muslim) terpaksa berhenti kerja sebab kilang tepaks ditutup sebab boikot !

Inilah kerosakan aqidah yang berlaku bukan sahaja di Malaysia , bahkan menimpa seluruh umat muslimin di dunia bilamana rezeki ditentukan oleh boikot , bukan Allah S.W.T itu sendiri!

Talk berkenaan Palestin telahpun berlangsung semalam di IPPPP semalam (20 Januari 2009) , yang disampaikan oleh Dr. Roslan Hasyim dari Universiti Sains Malaysia .

Beliau seorang yang cukup istiqamah dalam memperjuangkan isu ini (Palestin) . Beliau sentiasa bergerak saban hari ke seluruh Malaysia terutama belah Penang ni . Moga Allah memberkati usaha beliau, insyaallah.

Dalam berkesempatan bercakap secara personal , ana ada bertanyakan kepada beliau berkenaan sesetengah pihak menyatakan bahawa buat apalah boikot barangan yang asalnya dari Amerika tetapi difrancaiskan di sini...bukan beri kesan kepada Amerika mahupun Yahudi pun... menyusahkan pekerja kilang di Malaysia yang majoritinya muslim adalah...

Secara ringkas beliau berkata, "boikot tetap boikot, tidak kira duit itu disalurkan atau tidak. Ini satu cara nak tunjuk protes terhadap mereka." Hmm, bila fikir balik, ada betul jugak pernyataan tersebut.





Jumaat, Januari 09, 2009

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA


http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

Khamis, Januari 08, 2009

Syed Qutb menolak Islam Hadhari ?


Dipetik dari harakahdaily.com

Ali Bukhari Amir

Wed | Dec 31, 08 | 9:57:28 pm MYT

Ketika mengarang ini, rumah di desa sedang berusrah. Dan, tatkala menyelak-nyelak pustaka rumah yang termuat di dalamnya buku-buku usrah, saya terlihat kitab Syed Qutb, Maalim fit Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang diterjemah dalam bahasa Melayu.


Lalu dalam bab Islam Adalah Tamadun (al-Islam Huwa al-Hadharah) , penulis yang amat terkenal dengan ketajaman mata pena itu menulis mengenai Islam sebagai berikut
(Saya menitipkan beberapa perenggan dengan melompat-lompat dan tidak tersusun..)

'Masyarakat Islam' ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup.

Manakala masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tatasusila.

'Masyarakat Islam' bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka 'MUSLIM' sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah.

'Masyarakat Islam' dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat 'jahiliyah' dalam segala bentuknya adalah masyarakat 'songsang.'

'Islam Hadhari' dalam fahaman Syed Qutb
Maka.. pengarang Syed Qutb kembali menyambung hujahnya..

Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan.

Buku itu asalnya berjudul: 'Menuju masyarakat Islam yang bertamadun', tapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan 'bertamadun' dan judul buku itu diubah menjadi 'Menuju Masyarakat Islam' saja.

Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis.

Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau 'operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa.'

Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar.

Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau.

Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi 'tamadun' sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau.

Syed Qutb mengaku tersilap dan jujur membetulkan kesilapannya
Akhirnya, Syed Qutb dengan penuh kejujuran, telah mengaku bahawa beliau sendiri telah terkeliru dengan konsep tamadun.

Maka, di atas kesilapan itu, beliau dengan mudah membetulkan kesilapannya. Ini kerana, beliau berfikir, merenung dan mengarang dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..

Saya (Syed Qutb) terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman.

Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya.

Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.

Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas.

Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun
Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran, 'Masyarakat Islam' adalah sebenar-benarnya masyarakat yang 'bertamadun' .

Dan pada akhirnya..Syed Qutb sendiri telah menarik satu kesimpulan sebagai berikut:

Perkataan 'bertamadun' sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru.

Wallahu'alam. .

Kenapakah orang-orang seperti Syed Qutb ini dengan mudahnya mengaku kesilapannya sendiri? Pertamanya, beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan diri. Hidup dan matinya telah diwakafkan seluruhnya untuk kemerdekaan jiwa, demi Islam dan Muslimin.

Beliau tiada kepentingan siasah seperti Abdullah Ahmad Badawi. PM seperti Abdullah ada cita-cita politik ketika membawa Islam Hadhari di dalam Perhimpunan Agung Umno dan ini membuktikan bahawa Abdullah tak jujur dan ikhlas dengan Islam Hadhari.

Pada tahun baru yang bakal menjelang sebentar sahaja lagi, dan bersempena Maal Hijrah ini, tulisan ini menyeru kepada Abdullah supaya bersikap ikhlas di dalam menerajui pemerintahannya.

Jika didapatinya ada kesilapan seperti mana Syed Qutb, maka dengan jujur hendaklah dia menggugurkan kalimat Islam Hadhari itu dan gunalah istilah lain seperti Muslim Hadhari atau apa-apa saja istilah bagi tujuan membetulkan dan membatalkan khilaf terdahulu.

Janganlah Abdullah risaukan sangat bahawa nantinya umat Islam di Malaysia akan mengejek-ejeknya pula di atas kesilapan tersebut. Itu tidak mengapa. Syed Qutb dengan rela dan ikhlas telah mengaku khilafnya. Tiada manusia sempurna.

Paling penting, gugurkanlah PPSMI ini. Abdullah sendiri tahu bahawa PPSMI ini adalah dasar yang batil. Yang menyebabkan Abdullah masih lagi pertahankan PPSMI, mungkin ini disebabkan oleh keegoannya.

Atau, andaian kedua, mungkin beliau masih takut dan gementar kepada Tun Dr Mahathir yang mengasaskan PPSMI tersebut. Wahai Abdullah, ikhlaskan dirimu mentadbir urusan-urusan kehidupan kami; warganegara Malaysia seluruhnya.. Wallahu'alam. .

9:36 p.m, 31 Disember 2008
Sekolah Pemikiran Pendang
_

Bengkel Pelancaran LANDAS-SPAQ

Dengan sukacitanya dimaklumkan...

Kelas Pengajian Aqidah dan Isu-isu semasa


Oleh :

Muallim Nuruddin bin Bashah
(Koordinator Skuad Penyelamat Aqidah , SPAQ)


Tarikh:

Setiap hari Ahad (bermula 11 Januari 2009)


Masa :

4.30 petang

Tempat :
Blok Muhibbah , Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang


Sebarang pertanyaan berkenaan program ini ,sila hubungi /sms saya di talian 019-4554508 atau Ukht Akmar ditalian 019-5517597..

Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis ilmu ini..

PPSMI: Tokoh,pejuang bahasa sokong himpunan 100 ribu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh) - Pakatan Rakyat berkeyakinan penuh Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu berjaya dilaksanakan berdasarkan bantahan-bantahan yang telah ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pencinta bahasa, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik di kalangan Pakatan Rakyat.




Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan perhimpunan yang diusahakan oleh Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang dianggotai oleh golongan tersebut merupakan satu langkah berani bagi mempastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri.

Beliau berpandangan, himpunan ini merupakan suatu himpunan yang telah memecahkan tembok pemikiran orang Melayu yang sebelum ini takut unutk berhimpun bagi mempertahankan hak mereka.

Suhaizan yang menjangkakan himpunan tersebut lebih hebat daripada himpunan Bersih juga bakal mencorakkan pemilihan dan perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno pada Mac ini.

"Saki baki ahli Umno yang cintakan bahasa Melayu tetapi takut untuk membantahnya semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir suatu masa dahulu bakal ke hadapan untuk mmeperjuangkan isu ini khususnya Umno Johor.

"Calon-calon Naib Presiden Umno bakal menggunakan isu ini untuk menekan calon utama Naib Presiden iaitu Dato' Hiishamudin Tun Hussin yang bertanggungjawab terhadap PPSMI. Menteri Pendidikan ini bakal mencari jalan selamat untuk keluar daripada beban legasi Tun Dr Mahathir ini," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, semua penggerak Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu ini harus berhati-hati dengan perangkap isu perkauman yang biasanya timbul sebelum Perhimpunan Agung Umno.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) , Shamsul Iskandar Mat Akin menegaskan AMK akan memberi sokongan padu serta menyertai perhimpunan tersebut kerana konsisten dengan pendirian supaya pembelajaran matematik dan sains dikembalikan semula kepada bahasa ibunda.

"Isu pendidikan merupakan isu penting dan ia tidak perlu dipolitikkan. Justeru, cadangan-cadangan yang akan lahir daripada perhimpunan ini wajar dilaksanakan.

"Tindakan Pakatan Rakyat yang serius bersama-sama NGO ini punya matlamat yang satu iaitu pendidikan anak-anak bangsa diletakkan semula di landasan yg betul. Bahasa Inggeris juga mesti diutamakan mengikut kaedah yang sesuai,"katanya.

Himpunan tersebut turut mendapat sokongan Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, Universi Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.

Beliau menganggap, perhimpunan membantah PPSMI sesuai diadakan untuk menzahirkan keinsafan pejuang bahasa dan rakyat tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai asas tamadun bangsa yang telah dijadikan dasar negara sejak kemerdekaan.

"Malahan bahasa Melayu telah menjadi tonggak tamadun sejak lebih dua alaf (milinieum), sejak zaman kerajaan Sriwijaya pada abad 7 Masihi dan kemudian memuncak pada zaman kesultanan Melayu mulai sekitar abad 13.

"Cadangan saya, jika perhimpunan dan perarakan untuk menyembahkan hasrat kepada Yang di-Pertuan Agong, elok diluaskan konsepnya daripada PPSMI kepada dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu seluruhnya.

" Selain isu PPSMI, bahasa Melayu turut terpinggir dalam bidang lain, termasuk dalam urusan rasmi pentadbiran kerajaan seperti mesyuarat, pekeliling, perjanjian serta dalam urusan ekonomi, di tempat awam serta media massa,"katanya.

Dalam pada itu, Pengarah jawatankuasa Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu, Hasni Abas sewaktu dihubungi Harakah menyatakan dalam perhimpunan tersebut, satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Katanya, memorandum tersebut antaranya memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kedua-dua subjek itu.

Jelas Hasni lagi, sehingga kini pihaknya menerima penyertaan serta sokongan 14 NGO dan sayap Pemuda Pakatan Rakyat daripada PAS dan KeADILan yang turut menyatakan kesediaan serta memberi sokongan bagi bantahan serta penyerahan memorandum itu.

Dalam perkembangan tersebut, menurut sebuah laman web berita, pejuang bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato' Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu itu bagi mengadakan perhimpuan tersebut.

Hassan bagaimanapun menyatakan butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.

Jelasnya, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya akan datang.

Pengerusi Yayasan Karyawan itu juga menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Hassan berpandangan sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkan pemilihan agung parti itu hanya tinggal dua bulan lagi.

Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kebanyakan pemimpin Umno dan ahli-ahlinya lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar parti-parti pembangkang lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau KeADILan bersuara, kuat," katanya. - mks.

Rabu, Januari 07, 2009

Mungkin InI CINTA akhirku

Terduduk. Termangu. Termenung. Sepi. Saat satu kali air mata jantan merembes mengalir ke pipinya di wajah yang tersirat 1001 luka itu. Zainuddin tidak pasti apa yang menjadikan dia menitiskan air mata. Mungkin sebab cintanya terasa payah untuk dicapai setelah hasrat peminangannya ditolak, mungkin kerana terlalu mengenangkan kisah lalu yang penuh kekecewaan . dan mungkin juga bila dia melafazkan kata kepada RabbNya seusai solat tahajud tadi. ,KataNya sambil diringi alunan tangisan yang sungguh hiba persis anak kecil yang merindukan belaian dari emaknya ,” Ya Rabbi, berilah kami kekuatan dalam mencari redhaMu . Jadikan kami di kalangan pejuangMu yang ikhlas dan istiqamah dan jalanMu..dan seandainya cintaMu itu terletak di atas cinta kepada hambaMu, maka dekatlah aku kepadanya… seandainya cintaku itu letaknya atas kepada cintaMu yang agung itu, maka jauhkanku darinya…

Mengimbas kembali kenangan dulu, saat masa di bangku sekolah. Siapa yang tak kenal Zainuddin – lelaki Mat Romeo yang sentiasa mencari gadis untuk diusik. Walaupun itu perkara dulu, yang telah lama berlalu ,namun pemikiran itu tetap berlegar di minda Zainuddin, umpama suatu perkara yang sukar untuk dihakis dari mindanya sehinggalah dia mengenali Fatimah, gadis ayu comel dari Grik Perak . "Mengenali" cinta pertama itu sungguh indah dan senyuman gadis cilik yang berlesung pipit dan bersuara lembut tetap melekat di jiwanya. "Wirawati" yang baginya “gagah” semangat dan adat ketimuran cukup menambahkan kesempurnaan wanita itu. Perkenalan di sekolah berasrama penuh itu berlanjutan sehingga 8 bulan hingga dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia terpaksa keluar dari sekolah tersebut akibat beberapa permasalahan yang melanda . Dengan hati yang parah dan berat Zainuddin balik semula ke sekolah lamanya dahulu, sekolah harian biasa lelaki.

Umpama sang pencinta yang kehilangan cintanya, dan umpama kapal yang patah kemudinya, Zainuddin kerap termenung dan bercakap di dalam tidurnya ,meratap "kematian" hakikat cinta pertamanya yang tak akan dia lupakan . Terbangun . kerapkali tersentak dan tersebut nama Ema , baginya satu nama insan yang sempurna. Hidupnya tidak lagi ceria seperti dahulu. Alam pembelajaran tidak seindah dahulu lagi, dan rasa nikmat hidup umpama disentap dari kotak mindanya.

Zainuddin mengeluh.

Namun, kesedihannya umpama sedikit terubat bila mengenali Khairunnisa , gadis lincah putih melepak yang muda beberapa tahun dengannya di Pusat membeli belah berhampiran sekolahnya. Masa itu , dunia dirasakan indah kembali , ditambah pula sifat Khairunnisa yang agak “sporting” dan penuh kenakalan sepertimana anak perempuan remaja Bandar yang lain. Sejak mengenali Khairunnisa , Zainuddin mampu mengukir sedikit senyuman dan berasa sedikit pengharapan dari makhlik Tuhan yang agung yang bernama wanita.

Disangkakan panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari. Genap sebulan bila termeterai janji cinta antara Zainuddin dan Nisa, dia menerima mesej yang berbunyi ,” maafkan Nisa Zai….kita terpaksa berpisah dahulu… mungkin kita dah tak ada jodoh… ayah Nisa marah Nisa lepas kita start couple… dia bimbang Nisa akan hanyut dan menjejaskan prestasi Nisa Nanti… Maafkan Nisa ya, sayang ! Zainuddin mula tertunduk dan membaca mesej itu berulang kali. Hatinya kembali terguris dan dirasakan dunia umpama menghempapnya. Dia melepaskan geram dengan menjerit kepada emaknya. Dia tahu dia salah tapi, jiwanya yang baran dan berserabut dengan segala permasalahan mengakibatkan beliau kembali “mengurung diri” dalam dunia khayalannya yang penuh duka. “Bukan aku yang harap begini… “ dia cuba memujuk hatinya yang lara dan lesu itu. Sepintas kenangan dan luka bersama Ema bersiram kembali dalam sanubarinya.

Dia mula mengenali istilah “headbanging” . Dia mula meminati muzik aliran keras.. dia mula mengenali beberapa band yang selama ini cukup dibencinya. Mungkin itu satu tanda protes terhadap apa yang menimpa kepada dirinya. Terhadap segala kesedihan yang menimpa. Protes kepada siapa , dia sendiri tidak pasti. Atau mungkin lebih kepada “penghukuman’ kepada dirinya sendiri. Zainuddin mula hanyut dngan aliran muzik itu dan measa sedikit puas dan “terisi” bila “melayan” lagu yang bingit dan sarat dengan mesej “kekejaman” hidup dan keluhan yang berpanjangan.

“Kesukaan” baru ini mula “ berehat” bila dia bertemu dengan Moniza, gadis kampung yang 2 tahun lebih tua daripadanya . Moniza itu, cukup cantik bukan sahaja dari pandangan Zainuddin tapi semua orang turut memuji kecantikan yang terhias pada diri Moniza. Zainuddin suka mengusik Moniza dengan panggila Maya Karin. Memang rupanya pun agak sama. Barangkali bagi mengelakkan kekecewaan berulang , dia memanggil gadis itu kakak, walaupun terkadang layanan yang diberikan Moniza terhadapnya lebih daripada layanan seorang kakak. Monizalah tempat dia mengadu nasib, Monizalah tempat dia mula mengenal hakikat insan seorang wanita dan Monizalah menjadikan dia semakin kuat dalam menempuh perjalanan hidup yang dirasakan tak keruan itu. Namun , dia tiada niat untuk menjadikan Moniza sebagai temannya, lantaran keperitan “cinta” itu masih terasa.

Lamunan Zainuddin terhenti seketika tatkala rakan sebiliknya Shazwan terbatuk dengan kuat. Zainuddin menoleh seketika kepada teman sebiliknya itu lantaran ke"tidaksopanan"nya “membunyi”kan dengkuran tajamnya walaupun Zainuddin tahu itu memang tak disengajakan. Zainuddin kini menatap kembali ke hujung sejadah yang telah dibasahi dengan air matanya . Dia berasa jijik dengan tingkah sesetengah individu yang rela menangis disebabkan Akademi Fantasia , mahupun Malaysian Idol. Tak kurang juga yang rela menangis bila menonton filem-filem yang melekakan . Perasaan jelik itu cuma sekilas sahaja, tapi cukup mewarnai jiwanya yang cukup tenang ketika itu.

Kenangan mulai terusik bila direnung jauh lagi ke dalam . Perpisahan kali terakhir bersama insan bernama wanita sebagai “couple” amatlah memeritkan. Dia teringat saat dia terpaksa “menendang” Atirah , bekas rakan sekolah rendahnya dahulu apabila cinta telah berputik selama 3 bulan. Zainuddin akui , dia “terpaksa” mengambil Atirah disebabkan “rimas” dengan “gangguan” wanita lain di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Walaupun Zainuddin bukannya segak mahupun “handsome” , tapi seolah-olah ada tarikan padanya yang tidak ada pada lelaki yang lain yang mengakibatkan dia sentiasa diburu dan disebut.

Akibat “tekanan” jiwa dan perasaan yang melampau, Zainuddin terpaksa melepaskan Atirah jauh dari hidupnya. Saat ini , Zainuddin rasa hidupnya tidak berguna lagi. Atirah ada mengugut untuk membunuh diri, namun Zainuddin berjaya memujuk Atirah, gadis yang padanya memiliki sifat-sifat "sporting" yang terkadang melampau. Pada malam perpisahan itu, Zainuddin tidak mampu bergerak , lemah tak bermaya , hatta sebelah tangan , lantaran dibebani dengan segala "penyesalan" dan “kesakitan “ yang melampau.

Mengingatkan peristiwa ini , Zainuddin mula bangun untuk menunaikan solat hajat , minta dikuatkan jiwanya yang sarat dibebani persoalan yang sungguh haru dan menyesakkan. Dalam rakaat kedua , Zainuddin sujud lama. Air mata kedukaan merembes kembali . seakan merintih kepada empunya Langit dan bumi. Umpama merintih dengan segala putaran kenangan lalu bersimpang siur dalam kepalanya. Sarat dengan kedukaan dan kelukaan yang melampau. “Ya Allah, moga diperkuatkan daku, dalam menghadapi mehnahmu….”.

Selepas solat hajat, Zainuddin duduk bersimpuh sambil membilang tasbih di jari jemarinya. Lafaz Subhanallah ,walhamdulillah, wallahuakbar keluar dari mulutnya seiring dengan pergerakan biji-biji tasbih di hujung antara ibu jari dan jari telunjuknya. Terdetik dalam hatinya , “begitu jauh diriku berubah ya Tuhan…. Mampukah aku menebus segala dosa silamku….”. Dalam diam di amat berharap Allah memberikan ketenangan dalam jiwanya kembali.

Mengapa Zainuddin boleh berubah begitu sekali ? Zainuddin tidak pernah pun terfikir bahawa dialah yang akan rukuk dan sujud pada malam ini. Munkin dia masih bergayut atau berSMS kata-kata sayang dan cinta pada masa ini lantaran dunianya yang haru. Mungkin kekosongan jiwanya yang “memaksa” dia kembali kepada “fitrah” seorang hambaNya. Dia teringat firman Allah s.w.t dalam Surah Yusof ayat 87 :

Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang yang kafir.

Ya Allah, kami tidak mahu menjadi seumpama kaum yang kafir, sentiasa berputus asa dari rahmatMu dan kebenaran . Doanya dalam separuh sedar.

Pengenalannya kepada jemaah tabligh menjadi sinar kepadanya apabila dia mula menapaki sebuah institusi pengajian di utara tanah air. Dia tidak pernah kenal pergerakan ini sebelum ini sebenarnya. Pada mulanya , dia hanya sekadar “taklid” , ikut sekadar sekadar sahaja. Namun setelah keluar beberapa hari ,dia mulai menyukai pergerakan ini . Serba ringkas dan “ikhlas” . Namun jodohnya dengan program “jihad” ziarah pergerakan tabligh tidak lama bila dia mulai mengenal Usrah Jemaah Islah Malaysia (JIM) . “Sempoi gak usrah ni…. Ada perbicangan dan tak kaku sangat…..”. Baginya usrah memberi banyak pengertian kepada hidupnya . Pendekatan yang digunakan Ikhwanul Muslimin dari Mesir ini banyak membantunya “membaiki” dirinya dan menjadikan dirinya tidak segan untuk masuk kembali kepada usaha pentarbiyahan.

Zainuddin bangun mengemaskan sejadahnya dan disangkutkannya di tali ampaian. Dia mematahkan jari jemarinya dan membetulkan lipatan kain pelekatnya. Dia kemudian terkenang Aisya, gadis senegerinya yang baginya cukup istimewa . Gadis manis bertudung labuh dan ”buas” . Aisya bukannya “seperiang” gadis –gadis yang pernah bertahta di hatinya dahulunya . Tapi baginya, Aisya punyai kekuatannya sendiri. Senyumannya. Mungkin. Jiwanya yang kental dan tenang. Mungkin.

Dada Zainuddin kembali sebak. Entah , mungkin jiwa budak setan ini terlalu merana dan ranap . Dia kembali merenung firman Allah s.w.t dalam Surah Ali –Imran ayat 139

Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita , padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) , jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman .

Ada ura-ura pertunangannya akan berlangsung tahun ini, namun terpaksa dibatalkan disebabkan halangan keluarga.Malu tak payah kiralah. Naqib Zainuddin dah tahu. Sahabat-sahabat pun dah tahu . Sebagai seorang lelaki Zainuddin rasa tertipu , diperbodohkan dan tercabar . Tapi sebagai seorang yang cuba mengubah dirinya, Zainuddin redha. “Mungkin bukan jodohku.,”bisik hati kecilnya. Aku berhenti berharap. Getusnya lagi.

Dalam diam Zainuddin berdoa ,” Ya Allah , seandainya dia baik bagiku , tetapkan aku dengannya. Seandainya dia tak dijodohkan untukku , jauhilah aku dengannya. Tutupilah hati kami .

Mungkin cinta Aku hanya untuk Allah…………………………….. bisiknya sambil melepaskan satu keluhan …….. Tuhan tak pernah mengecewakan Aku……..

Dalam diam, dia bertekad di dalam hati, untuk menjadi sebahagian daripada "mata rantai" dakwah. Lalu dia bergegas turun ke motosikal hitam yang baru dimilikinya dan merenung kembali firman Tuhan dalam Surah At-Taubah ayat 111 ;

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman jiwa mereka dan harta mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga , (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah , maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang sedemikian adalah ) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat , Injil dan Quran . Dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah ? Oleh itu bergembiralah dengan jualan kamu jalankan jual belinya itu , dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.


Mujahid Page